• Tidak ada hasil yang ditemukan

MINIT MESYUARAT MESYUARAT PENGURUSAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI (MPSAH) BIL. 1/2018 TARIKH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "MINIT MESYUARAT MESYUARAT PENGURUSAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI (MPSAH) BIL. 1/2018 TARIKH"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

Mesyuarat Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi (MPSAH) Bil. 1/2018 27 Februari 2018

1 MINIT MESYUARAT

MESYUARAT PENGURUSAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI (MPSAH) BIL. 1/2018

TARIKH : 27 FEBRUARI 2018 (SELASA) MASA : 9.00 Pagi

TEMPAT : BILIK MESYUARAT BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI, JPS AMPANG

Kehadiran :

A. Pengerusi

Y.Bhg. Dato’ Ir. Hj. Nor Hisham bin Mohd. Ghazali Pengarah BPSAH B. Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi, JPS Malaysia

1. Ir. Roslina binti Yusop Timbalan Pengarah, Seksyen Hidrologi 2. En. Azman bin Said Timbalan Pengarah, PRABN

3. Ir. Rajaselvam A/L Govindaraju Ketua Penolong Pengarah Kanan, PRABN 4. En. Roslan bin Sukimin Ketua Penolong Pengarah Kanan, UPM 5. Ir. Mohd Zaharifudin bin Muhamad Ali Ketua Penolong Pengarah, SRO

6. Pn. Hazalizah binti Hamzah Ketua Penolong Pengarah, UTH 7. En. Azman bin Zulkifli Ketua Penolong Pengarah, UPM 8. Puan Nur Wazni binti Mohammad Penolong Pengarah Kanan, UPM 9. En. Mohd Eizam bin Yusof Penolong Pengarah Kanan, UPM 10. En. Mohamed Hafiz bin Kamaluddin Penolong Pengarah Kanan, UPM 11. En. Larry Charles bin Siniun @ Janim Penolong Pengarah Kanan, UPM 12. Cik Nor Hamizah binti Muhamad Penolong Pengarah, UTH

13. En. Abu Salim bin Ad. Aziz Penolong Jurutera, UPM 14. En. Zaini Amli bin Rosli Penolong Jurutera, UPM 15. Puan Siti Nor Aina binti Zulkapli Penolong Pegawai IT, PRABN

C. Pengarah/ Timbalan Pengarah JPS Negeri

16. En. Mohd Nazrizal bin Noor Pengarah, JPS WP Putrajaya 17. Ir. Hj. Hidzrami bin Shamsul Anwar Timb Pengarah, JPS Perak

18. En. Mokhtar bin Hasran Ketua Penolong Pengarah Kanan, JPS Johor 19. En. Shaari bin Haron Ketua Penolong Pengarah, JPS Terengganu

(2)

Mesyuarat Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi (MPSAH) Bil. 1/2018 27 Februari 2018

2 D. Pegawai Hidrologi Negeri

20. Pn. Normahyusni binti Mohd Annuar PHN JPS Sarawak

21. En. Poh Chee Chin PHN JPS Pahang

22. En. Noor Ibrahim bin Md Isa PHN JPS W.P Kuala Lumpur

23. Pn. Margaret Chong PHN JPS Sabah

24. En. Mohd Zaidi bin Mokhtar PHN JPS Perak

25. Pn. Norfaizah binti Saaidin PHN JPS Pulau Pinang 26. Danapal A/L Kannusamy PHN JPS Selangor 27. Hj. Shukri bin Mamat PHN JPS Terengganu 28. Pn. Mastura binti Maarof PHN JPS Negeri Sembilan 29. En. Ridzwan bin Ramli PHN JPS Perlis

30. Pn. Nuraini binti Husin PHN JPS Melaka 31. En. Mohd Affrizal bin Amran PHN JPS Kedah

32. En. Mohd Asmadi bin Mat Nor PHN JPS Kelantan (wakil) 33. En. Jeffree bin Esa PHN JPS Johor

E. Turut hadir

34. En. Abdul Kadir bin Mohd Noor Penolong Jurutera, JPS Melaka 35. En. Ho Kat Fui Penolong Jurutera, JPS Sabah 36. En. Mohd Rizal bin Ghani Penolong Jurutera, JPS Sabah 37. En. Mohd Shukri Zakaria Penolong Jurutera, JPS Pulau Pinang 38. En. Mohamed Shukri bin Abdullah Penolong Jurutera, JPS Pulau Pinang 39. En. Ahmad Tarmizi bin Mohamad Penolong Jurutera, JPS WP Kuala Lumpur 40. En. Wan Azhar bin Wan Yusuf Penolong Jurutera, JPS Kelantan

F. Urusetia

41. En. Muhammad Ariff bin Abdul Khalid Penolong Pengarah, UPM 42. Pn. Rafidah binti Hamzah Penolong Jurutera, UPM 43. En. Mohd Syhrizan bin Mat Ghani Penolong Jurutera, UPM 44. Cik Suzi binti Zunaidi Penolong Jurutera, UPM

Singkatan yang digunakan:

BPSAH - Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi WP KL - Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

SPH - Seksyen Peralatan Hidrologi SRO - Seksyen Ramalan dan Operasi UPM - Unit Pengurusan Maklumat UTH - Unit Teknikal Hidrologi PHN - Pegawai Hidrologi Negeri

PRABN - Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara

(3)

Mesyuarat Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi (MPSAH) Bil. 1/2018 27 Februari 2018

3 1.0 UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Dato’ Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua para hadirin ke Mesyuarat Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi Bil.1/2018.

1.2 Mesyuarat mengambil maklum berkenaan perkara-perkara sepertimana berikut :

1.2.1 Mesyuarat Pengurusan Sumber Air Dan Hidrologi diadakan pada awal tahun dan sekurang-kurangya sekali dalam tempoh masa 12 bulan yang perlu dihadiri oleh Wakil Pengurusan, Timbalan Wakil Pengurusan berserta Pegawai Hidrologi Negeri.

1.2.2 Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk memantau pencapaian prestasi objektif kualiti dan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan MS ISO 9001: 2008 bagi tujuan penambahbaikan.

1.3 Mesyuarat ini juga akan membentangkan Maklumbalas Minit Mesyuarat MPSAH Bil.1/2017, Pelaporan Bajet Pembangunan BPSAH bagi Tahun 2017 dan 2018, Pelaporan Bajet Mengurus BPSAH bagi Tahun 2017 dan 2018, Pelaporan Prestasi Data Hidrologi Tahun 2017, Pelaporan Penyebaran Data Hidrologi dan Maklumbalas Pelanggan Tahun 2017, Pelaporan Kursus Kumpulan Sokongan Tahun 2017, Pelaporan Penyediaan Laporan Banjir Semasa, Pelaporan Penyediaan Laporan Pemantauan Kemarau di Semenanjung Malaysia, Perancangan Penyediaan Garis Panduan Laporan Banjir Tahunan (LBT) dan Laporan Banjir Semasa (LBS) dan Perancangan Program- Program MS ISO 9001:2015 bagi tahun 2018.

Tindakan : Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT MPSAH BIL.1/2017

Pembentangan maklumbalas minit Mesyuarat Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi Bil.

1/2017 oleh Penolong Pengarah UPM (En. Muhammad Ariff bin Abdul Khalid) seperti di Lampiran 1. Minit Mesyuarat Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi Bil.1/2017 telah disahkan oleh Dato’ Pengerusi tanpa pindaan.

Tindakan : Makluman

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Program Kerja Tahunan dan Pembangunan

3.1.1 Pihak SPH memaklumkan masih terdapat beberapa negeri yang masih belum mengemukakan senarai inventori terkini iaitu :

i. Perlis ii. Sabah

iii. Pulau Pinang

(4)

Mesyuarat Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi (MPSAH) Bil. 1/2018 27 Februari 2018

4 iv. Perak

v. Sarawak

JPS Negeri diminta untuk menyegerakan penghantaran senarai inventori stesen hidrologi yang terkini bagi tindakan pihak Seksyen Peralatan selanjutnya.

Tindakan : JPS Negeri dan SPH

3.2 Laporan Prestasi Data Stesen- Stesen RHN Tahun 2016

3.2.1 PHN JPS WP KL memaklumkan bahawa prestasi data aras air bagi tahun 2016 tidak mencapai prestasi peratusan 95% adalah disebabkan oleh kerosakan stesen dan alat di stesen aras air di Sungai Klang @ Jambatan Sulaiman.

Walaubagaimanapun stesen dan alat tersebut telah diperbaiki dan data telah dicerap semula mulai Oktober 2017.

3.2.2 PHN JPS Kelantan memaklumkan bahawa prestasi data aras air bagi tahun 2016 tidak mencapai prestasi peratusan 95% adalah disebabkan oleh kerosakan alat di stesen aras air. Walaubagaimanapun kerosakan alat di stesen tersebut telah diperbaiki dan data aras air telah diperolehi semula mulai Disember 2016.

Tindakan : Makluman

3.2.3 Wakil PHN Kelantan memaklumkan bahawa kerosakan alat di beberapa stesen hujan dan aras air adalah disebabkan oleh masalah bateri yang cepat habis dan menyebabkan alat tidak berfungsi dan data tidak dapat diperolehi.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Seksyen Instrumentasi dan Komunikasi PRABN (Ir. Rajaselvam) memaklumkan masalah bateri yang cepat habis disebabkan oleh penaiktarafan 2 Channel switch ke bateri.

Dato’ Pengerusi meminta pihak SPH mengenalpasti penyelesaian dan membuat kajian pasaran yang terbaik bagi masalah bateri ini seperti menukar jenama bateri atau digantikan dengan jenis bateri yang lebih baik.

Tindakan : SPH

4.0 PEMBENTANGAN LAPORAN PERBELANJAAN BAJET PEMBANGUNAN BAGI TAHUN 2017 & PERANCANGAN BAJET PEMBANGUNAN 2018

Pembentangan Laporan Perbelanjaan Bajet Pembangunan Bagi Tahun 2017 & 2018 oleh Penolong Pengarah Kanan UPM (Pn. Nur Wazni binti Mohammad) seperti di Lampiran 2.

(5)

Mesyuarat Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi (MPSAH) Bil. 1/2018 27 Februari 2018

5 4.1 Agihan peruntukan pembangunan RMK-11 di BPSAH adalah seperti di jadual berikut :

Bil. Program/Projek Jumlah Peruntukan (RM)

1. Program Ramalan Dan Amaran Banjir Negara

(PRAB I) 145,000,000.00

2. Program Ramalan Dan Amaran Banjir Negara

(PRAB II) 385,000,000.00

3. Program Pembangunan Water Balance Bagi

Pengurusan Sumber Air Negara (Fasa I) 49,500,000.00 4. Program Pembangunan Water Balance Bagi

Pengurusan Sumber Air Negara (Fasa II) 45,000,000.00 5. Memperkasa Data dan Rangkaian Stesen

Hidrologi Nasional (Fasa I) 50,000,000.00

Jumlah 674,500,000.00

4.2 Dato’ Pengerusi menyarankan supaya sebutharga dan pembelian besar dirancang pada awal tahun bagi memaksimumkan perbelanjaan bagi tahun ini.

Tindakan : Makluman

5.0 PEMBENTANGAN LAPORAN PERBELANJAAN BAJET MENGURUS BAGI TAHUN 2017 & PERANCANGAN BAJET MENGURUS 2018

Pembentangan Laporan Perbelanjaan Bajet Mengurus Bagi Tahun 2017 & 2018 Ketua Penolong Pengarah Kanan Seksyen Instrumentasi dan Komunikasi PRABN (Ir.

Rajaselvam) seperti di Lampiran 3.

5.1 Penolong Pengarah Kanan Unit Instrumentasi dan Komunikasi PRABN (Ir. Rajaselvam) memaklumkan bahawa terdapat tambahan peruntukan bagi pejabat PLSK sebanyak RM600,000.00 menjadikan jumlah peruntukan bagi JPS WP KL adalah sebanyak RM1.2 juta.

5.2 Wakil JPS Negeri memaklumkan bahawa peruntukan bagi vot 23000 untuk tahun 2018 adalah tidak mencukupi. Penolong Pengarah Kanan Unit Instrumentasi dan Komunikasi PRABN (Ir. Rajaselvam) memaklumkan peruntukan tersebut adalah sehingga April sahaja dan akan ditambah lagi.

Tindakan : Makluman

(6)

Mesyuarat Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi (MPSAH) Bil. 1/2018 27 Februari 2018

6 5.3 Dato’ Pengerusi meminta supaya mengumpulkan kesemua bil-bil penyedia

telekomunikasi kegunaan stesen telemetri JPS di seluruh Malaysia dan dijumlahkan kos perbelanjaan tahunannya bagi tujuan perancangan bajet mengurus di masa hadapan.

Tindakan : SPH dan Seksyen Instrumentasi dan Komunikasi

5.4 Penolong Pengarah Kanan Unit Instrumentasi dan Komunikasi PRABN (Ir. Rajaselvam) juga memaklumkan supaya semua JPS Negeri dan Ibu Pejabat memastikan pembekal dan perunding mendaftar dengan sistem e-Perolehan dan e-Vendor.

Tindakan : Makluman

6.0 PEMBENTANGAN LAPORAN PRESTASI, PENGHANTARAN & PENERIMAAN DATA HIDROLOGI BAGI TAHUN 2017

Pembentangan Laporan Prestasi, Penghantaran & Penerimaan Data Hidrologi oleh Penolong Pengarah UPM (En. Muhammad Ariff bin Abdul Khalid) seperti Lampiran 4.

6.1 Prestasi Data Hujan

6.1.1 Semua negeri telah mencapai peratus prestasi penerimaan data hujan melebihi 95% kecuali negeri-negeri berikut :-

a) Kedah = 94.47 % b) Perak = 90.27 % c) Kelantan = 92.21 %

Tindakan : Makluman

6.1.2 PHN JPS Kedah memaklumkan bahawa prestasi data hujan bagi tahun 2017 tidak mencapai prestasi peratusan 95% kerana terdapat kerosakan alat di beberapa stesen hujan dan ketiadaan alat ganti.

Selain itu, pejabat JPS Kedah juga menghadapi masalah kekurangan staf yang kompeten untuk menjalankan kerja-kerja kutipan data hidrologi.

Tindakan : JPS Kedah dan SPH

6.1.3 PHN JPS Perak memaklumkan bahawa prestasi data hujan bagi tahun 2017 tidak mencapai prestasi peratusan 95% kerana terdapat keraguan data yang disebabkan oleh kerosakan alat minilog.

Tindakan : JPS Perak dan SPH

6.1.4 Timbalan Pengarah (Hidrologi), BPSAH (Ir. Roslina binti Yusop) memaklumkan supaya sebarang kerosakan atau masalah pada alat atau data yang diambil hendaklah dimaklumkan segera kepada ibu pejabat JPS Ampang melalui Borang Tindakan Pembetulan (BTP) samada secara manual atau atas talian supaya

(7)

Mesyuarat Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi (MPSAH) Bil. 1/2018 27 Februari 2018

7 tindakan pembetulan segera dapat diambil dan mengelakkan kehilangan data dalam tempoh masa yang lama.

Tindakan : Makluman

6.1.5 Wakil PHN Kelantan memaklumkan bahawa prestasi data hujan bagi tahun 2017 tidak mencapai prestasi peratusan 95% kerana data-data hujan bagi stesen hujan di pedalaman masih belum diambil.

Wakil PHN Kelantan juga memaklumkan data hujan di stesen Gunung Gagau tidak dapat diambil selama 5 bulan kerana kekangan cuaca buruk yang menyebabkan helikopter tidak dapat mendarat untuk mengambil data.

Tindakan : JPS Kelantan dan UPM

6.1.6 Dato’ Pengerusi meminta supaya semua stesen pedalaman (Stesen Heli) di Kelantan dan Pahang diasingkan prestasi data daripada stesen bukan pedalaman di dalam Sistem Pengurusan Rangkaian Hidrologi Nasional (SPHRN) supaya tidak menggangu prestasi data stesen bukan pedalaman.

Tindakan : UPM

6.1.7 Timbalan Pengarah (Hidrologi) BPSAH (Ir. Roslina binti Yusop) memaklumkan bahawa dedahan bagi stesen hujan Leboh Pasar WPKL adalah tidak mencukupi 2H yang menyebabkan data-data daripada stesen ini tidak tepat. Stesen ini dicadangkan supaya ditutup atau dipindahkan.

Tindakan : JPS WP KL dan UPM

6.2 Prestasi Data Aras Air

6.2.1 Semua negeri telah mencapai peratus penerimaan data aras air melebihi 95%

kecuali negeri-negeri berikut :- a) Perlis = 81.99 % b) Kedah = 36.83 % c) WPKL = 68.46 %

Tindakan : Makluman

6.2.2 PHN Perlis memaklumkan bahawa prestasi data aras air bagi tahun 2017 tidak mencapai prestasi peratusan 95% kerana terdapat keraguan data di Stesen Sungai Pelarit di Kaki Bukit.

PHN Perlis telah memaklumkan permasalahan tersebut kepada Unit Pengurusan Maklumat (En. Abu Salim b. Abd. Aziz).

Tindakan : UPM

(8)

Mesyuarat Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi (MPSAH) Bil. 1/2018 27 Februari 2018

8 6.2.3 PHN Kedah memaklumkan bahawa prestasi data aras air bagi tahun 2017 tidak

mencapai prestasi 95% kerana berlaku kerosakan stesen di Sg. Muda Jambatan Syed Omar akibat keruntuhan tebing sungai yang mengakibatkan kerosakan stesen dan alat.

PHN Kedah juga memaklumkan kerja-kerja pembaikan dan pemindahan stesen asal ke stesen sukatluah berhampiran (Jarak lingkungan 100 meter) akan dilaksanakan.

Tindakan : JPS Kedah

6.2.4 PHN Kedah memaklumkan kehilangan data yang berulang di Stesen Sg Ketil di Kuala Pegang adalah disebabkan berlakunya perbuatan vandalisme.

Terdapat pembinaan jeti penduduk kampung tanpa kebenaran berhampiran stesen yang mengakibatkan peralatan di stesen tersebut diganggu dan dicuri.

Dato’ Pengerusi meminta JPS Kedah tidak memindahkan stesen tersebut dan berbincang dengan wakil penduduk tempatan supaya jeti tersebut dipindahkan berjauhan dengan stesen aras air JPS.

Tindakan : JPS Kedah

6.2.5 Bagi stesen aras air Sg. Muda di Jeniang, PHN Kedah memaklumkan terdapat kerosakan alat Bubbler dan masalah vandalisme.

Tindakan : SPH dan JPS Kedah

6.2.6 PHN WP KL memaklumkan bahawa prestasi data aras air bagi tahun 2017 tidak mencapai prestasi 95% kerana berlaku kerosakan alat. Walaubagaimanapun, tindakan pembetulan telah diambil dan peralatan tersebut telah diganti.

Tindakan : Makluman

6.2.7 PHN WP KL juga memaklumkan bahawa data aras air dan luahan sungai di Stesen Sg. Klang @ Jambatan Sulaiman tidak tepat disebabkan oleh pembinaan Collapsible Weir (CW) Gate D4 dibahagian Upstream sungai (berhampiran Central Market, KL) dan CW Gate D5 di bahagian dowstream sungai (berhampiran Brickfield, KL).

Dato’ Pengerusi meminta supaya perbincangan dan tindakan lanjut berkaitan stesen ini perlu diadakan.

Tindakan : JPS WP KL dan UPM

(9)

Mesyuarat Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi (MPSAH) Bil. 1/2018 27 Februari 2018

9 6.3 Prestasi Data Sukat Luah

6.3.1 Semua negeri telah menghantar data-data sukat luah bagi keseluruhan stesen kecuali negeri-negeri berikut :

a) Kedah = 1 Stesen ketiadaan data b) Pulau Pinang = 2 Stesen ketiadaan data c) WPKL = 1 Stesen ketiadaan data d) Johor = 2 Stesen ketiadaan data e) Pahang = 11 Stesen ketiadaan data f) Kelantan = 5 Stesen ketiadaan data

Tindakan : Makluman

6.3.2 PHN Pulau Pinang memaklumkan bahawa pejabat mereka tidak dapat menghantar data sukat luah secara atas talian kerana masalah sistem penghantaran data. Walaubagaimanapun, data-data sukat luah telah dihantar ke UPM secara manual (borang).

Tindakan : UPM

6.3.3 PHN Pahang memaklumkan 11 stesen ketiadaan data sukat luah adalah disebabkan oleh kerosakan alat Cable Way dan kerja-kerja sukat luah tidak dapat dilaksanakan. Maklumat kerosakan alat Cable Way telah dimaklumkan kepada pihak SPH.

Tindakan : SPH

6.3.4 Dato’ Pengerusi memaklumkan bahawa operasi kerja-kerja sukat luah perlu terus dilaksanakan dan diberikan keutamaan oleh pihak JPS Negeri untuk kelangsungan data-data hidrologi.

Tindakan : Makluman

6.4 Pejabat BPSAH telah memajukan surat pemakluman Ruj. Bil. (47) dlm.PPS.11/1/9/3 bertarikh 11 Januari 2018 berkenaan penyerahan peralatan sukat luah kepada perunding dan penangguhan operasi sukat luah oleh JPS Negeri.

6.4.1 Penangguhan sementara operasi kerja-kerja sukat luah, persampelan kualiti air dan enapan ampai oleh JPS Negeri akan berkuatkuasa sehingga pihak SPH, BPSAH selesai membuat perolehan peralatan sukat luah atau sehingga diberitahu.

Tindakan : SPH dan UPM

(10)

Mesyuarat Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi (MPSAH) Bil. 1/2018 27 Februari 2018

10 6.4.2 Pihak BPSAH, JPS akan mengeluarkan Borang Tindakan Pembetulan (BTP)

bagi tujuan penangguhan sementara operasi kerja-kerja sukat luah, persampelan kualiti air dan enapan ampai oleh JPS Negeri sepertimana keperluan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015.

Tindakan : UPM

6.5 Ketua Penolong Pengarah UTH (Cik Hazalizah binti Hamzah) menegaskan supaya semua pegawai dan PHN dapat meningkatkan kepekaan terhadap kualiti data dan pengetahuan berkaitan data-data hidrologi.

Tindakan : Makluman

6.6 Timbalan Pengarah (Hidrologi) BPSAH (Ir. Roslina binti Yusop) menekankan bahawa maklumbalas mengenai kualiti data yang diterima daripada agensi-agensi luar perlu dikemukakan segera kepada BPSAH untuk diambil tindakan.

Tindakan : Makluman

6.7 Timbalan Pengarah (Hidrologi) BPSAH (Ir. Roslina binti Yusop) juga memaklumkan pejabat BPSAH sedang dalam proses perolehan perisian Hydrological Data Management (HDM) yang baru iaitu AQUARIUS. Perisian baru ini dapat melaksanakan kerja-kerja Data Quality Checking dan proses migrasi data daripada Tideda kepada AQUARIUS juga akan dilaksanakan pada tahun ini.Kerja-kerja penyemakan data-data hidrologi di dalam Tideda juga akan dilakukan sebelum kerja-kerja migrasi dilaksanakan.

Tindakan : Makluman

6.8 Dato’ Pengerusi menegaskan bahawa semua data-data hidrologi perlu diperolehi tanpa gagal kerana Bahagian ini (BPSAH) merupakan satu-satunya Jabatan yang bertanggungjawab untuk mengumpul data-data tersebut. PHN dan Timbalan-timbalan Pengarah Negeri perlu merancang dan mengurus serta memperuntukkan staf-staf yang mencukupi dan kompeten bagi tujuan kerja-kerja operasi kutipan data-data hidrologi di negeri masing-masing.

Tindakan : Makluman

7.0 PEMBENTANGAN LAPORAN PENYEBARAN DATA HIDROLOGI DAN MAKLUMBALAS PELANGGAN BAGI TAHUN 2017

Pembentangan Laporan Penyebaran Data Hidrologi Dan Maklumbalas Pelanggan bagi tahun 2017 oleh Penolong Pengarah UPM (En. Mohd Eizam bin Yusof) seperti di Lampiran 5.

7.1 Jumlah permohonan data hidrologi bagi 4 jenis kategori pelanggan iaitu Perunding Projek Kerajaan, Perunding Projek Swasta, IPT dan Agensi Kerajaan bagi tahun 2017 adalah sebanyak 414 permohonan. Bilangan jumlah borang maklumbalas yang diterima hanya sebanyak 74 (18%) sahaja daripada jumlah keseluruhan permohonan. Jadual berikut menunjukkan jumlah permohonan dan maklumbalas pelanggan bagi tahun 2017:

(11)

Mesyuarat Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi (MPSAH) Bil. 1/2018 27 Februari 2018

11 Bil. Jenis Pelanggan Jumlah

Permohonan

Jumlah maklumbalas pelanggan yang diterima

1. Perunding Projek Kerajaan 126 22

2. Perunding Projek Swasta 23 7

3. IPT 242 40

4. Agensi Kerajaan 23 5

Jumlah 414 74

Jumlah maklumbalas pelanggan

yang tidak diterima 340

Tindakan : Makluman

7.3 Dato’ Pengerusi memberi cadangan supaya pihak UPM menyediakan borang maklumbalas pelanggan secara atas talian bagi mengatasi masalah borang maklumbalas secara manual yang tidak dihantar oleh pelanggan.

Tindakan : UPM

7.4 Dato’ Pengerusi meminta supaya jumlah bayaran yang diterima daripada pembelian data hidrologi dan cadangan atau aduan daripada borang maklumbalas pelanggan dimasukkan dalam pelaporan bagi mesyuarat akan datang.

Tindakan : UPM

7.5 Penolong Pengarah UPM (En. Mohd Eizam bin Yusof) memaklumkan bahawa semua permohonan data hidrologi mematuhi piagam pelanggan iaitu dibekalkan dalam masa 7 hari bekerja kecuali daripada kategori IPT. Sebanyak 5 daripada 242 jumlah permohonan tersebut melebihi piagam pelanggan 7 hari bekerja. Ini disebabkan oleh data-data hidrologi yang dipohon dalam kuantiti yang banyak dan memerlukan masa melebihi 7 hari bekerja untuk diproses.

Timbalan Pengarah (Hidrologi) BPSAH (Ir. Roslina binti Yusop) menyarankan supaya UPM menyatakan dan memberi kefahaman kepada pelanggan mengenai jenis-jenis data hidrologi yang boleh diproses dalam tempoh masa 7 hari bekerja.

Tindakan : UPM

7.6 Penolong Pengarah UPM (En. Muhammad Ariff) memaklumkan bahawa di dalam objektif kualiti MS ISO 9001:2015 Keluaran 7, objektif kualiti berkenaan pembekalan data hidrologi kepada pelanggan telah dipinda seperti berikut :

“Membekal data hidrologi menurut spesifikasi dan jadual seperti yang telah ditetapkan dalam masa 7 hari bekerja daripada tarikh penerimaan permohonan yang lengkap. (Ini tidak termasuk permohonan data hidrologi dalam kuantiti yang unik dan pengambilan data yang dilaksanakan sendiri oleh pelanggan)”

(12)

Mesyuarat Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi (MPSAH) Bil. 1/2018 27 Februari 2018

12 Tindakan : Makluman

8.0 PEMBENTANGAN LAPORAN KURSUS KUMPULAN SOKONGAN BAGI TAHUN 2017

Pembentangan Laporan Kursus Kumpulan Sokongan oleh Encik Zaini Amli bin Rosli dari UPM seperti Lampiran 6. Mesyuarat mengambil maklum.

Tindakan : Makluman

8.1 Semua negeri mencapai peratusan 100% bagi kehadiran kursus berkaitan hidrologi kecuali negeri :

a) WP KL = 78%

Tindakan : JPS WPKL

9.0 PEMBENTANGAN PELAPORAN PEMANTAUAN KEMARAU DAN PENYEDIAAN LAPORAN BANJIR BAGI TAHUN 2017

Pembentangan Pelaporan Pemantauan Kemarau dan Penyediaan Laporan Banjir oleh Ketua Penolong Pengarah PRABN (Ir. Mohd Zaharifudin bin Muhamad Ali) seperti di Lampiran 7a dan 7b.

Tindakan : Makluman

9.1 Semua negeri mencapai peratusan 100% prestasi penghantaran data hujan setiap bulan sepanjang tahun 2017 kecuali negeri-negeri berikut :

a) Kedah = 72.9%

b) Selangor = 61.7%

c) WPKL = 58.3%

d) Melaka = 91.7%

e) Johor = 48.1%

f) Pahang = 84.1%

g) Kelantan = 95%

h) Terengganu = 83.3%

Tindakan : JPS Negeri

(13)

Mesyuarat Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi (MPSAH) Bil. 1/2018 27 Februari 2018

13 9.2 Laporan Banjir bagi tahun 2017 adalah seperti di dalam jadual berikut :

States Flash Flood Monsoon Flood Coastal Flood Flood Report

Perlis 4 - - 4

Kedah 55 - - 55

Pulau Pinang 10 - - 41

Perak 55 - - 55

Selangor 84 - 2 86

WP Kuala Lumpur 15 - - 15

WP Putrajaya 0 - - 0

Negeri Sembilan 27 - - 27

Melaka 17 - - 17

Johor 15 - - 15

Pahang 56 5 - 61

Terengganu 11 12 - 23

Kelantan 1 29 - 30

Sarawak 64 - - 64

Sabah 4 - - 4

WP Labuan 1 - - 1

Total 450 46 2 498

Tindakan : Makluman

9.3 Terdapat 2 kejadian banjir besar pada tahun 2017 yang berlaku iaitu:

9.3.1 Kuala Gandah, Temerloh Pahang ( 9 Mei 2017)

Hujan lebat menyebabkan aras air Sungai Teris, Lanchang meningkat dan membanjiri beberapa kawasan di sekitar Kuala Gandah dan kawasan sekitarnya dengan kedalaman 1.0 meter.

Kejadian hujan lebat juga berlaku di hulu (upstream) tadahan Empangan Sungai Kelau. Kadar ulangan hujan ini dianggarkan sehingga 16 tahun ARI.Walaubagaimanapun kejadiaan banjir di Kuala Gandah dan limpahan Empangan Kelau tiada kaitan antara satu sama lain. Kawasan Kuala Gandah dan Empangan Kelau dipisahkan oleh kawasan tanah tinggi serta kawasan

(14)

Mesyuarat Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi (MPSAH) Bil. 1/2018 27 Februari 2018

14 tadahan yang berlainan. Tiada stesen hidrologi di dalam kawasan tadahan ini.

Justeru itu, satu stesen telemetri baru akan dipasang dibawah Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRAB) Fasa I di Daerah Temerloh.

9.3.2 Pulau Pinang dan Kedah ( 4-5 November 2017)

Punca banjir adalah disebabkan oleh hujan lebat yang berterusan di kawasan tadahan. Sistem perparitan sediada tidak dapat menampung jumlah air larian permukaan yang sangat tinggi dalam satu masa. Aras air laut yang pasang tinggi ketika kejadian juga telah menyebabkan air tidak dapat mengalir keluar. Purata kedalaman kawasan yang terlibat dalam banjir ini adalah 0.1-1.2 meter dan tempoh ulangan hujan bagi hujan maksima 2 hari adalah melebihi 100 ARI.

Justeru itu, cadangan penyelesaian yang diambil adalah dengan cadangan pembinaan RTB Sg. Pinang dan bagi Negeri Kedah, permohonan projek akan dibuat di dalam Rolling Plan ke-4 RMK-11 dan RMK-12.

Tindakan : Makluman

10.0 PEMBENTANGAN PERANCANGAN PENYEDIAAN GARIS PANDUAN LAPORAN BANJIR TAHUNAN (LBT) & LAPORAN BANJIR SEMASA (LBS)

Pembentangan Perancangan Penyediaan Garis Panduan Laporan Banjir Tahunan (LBT) & Laporan Banjir Semasa (LBS) oleh Ketua Penolong Pengarah PRABN (Ir.

Mohd Zaharifudin bin Muhamad Ali) seperti di Lampiran 8.

Tindakan : Makluman

11.0 PEMBENTANGAN PERANCANGAN PROGRAM-PROGRAM MS ISO 9001:2015 BAGI TAHUN 2018

Pembentangan Perancangan Program-Program MS ISO 9001:2015 Bagi Tahun 2018 oleh Penolong Pengarah UPM (En. Muhammad Ariff bin Abdul Khalid) seperti di Lampiran 9.

11.1 Proses migrasi MS ISO 9001:2008 kepada MS ISO:9001:2015 akan dilaksanakan pada tahun 2018.

11.2 Surat pelancaran dokumen Sistem Pengurusan Kualiti Keluaran 7 telah diedarkan kepada semua wakil pengurusan BPSAH dan JPS Negeri melalui surat bertarikh 09 Februari 2018.

11.3 Dokumen-dokumen MS ISO 9001:2015 Keluaran 7 ini juga digunapakai berkuatkuasa 19 Februari 2018.

11.4 Pejabat BPSAH juga telah memaklumkan kepada semua pemegang salinan terkawal untuk melupuskan dokumen-dokumen MS ISO 9001:2008 Keluaran 6 berkuatkuasa 19 Februari 2018.

(15)

Mesyuarat Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi (MPSAH) Bil. 1/2018 27 Februari 2018

15 11.5 Objektif kualiti bagi skop penyediaan pelaporan banjir semasa seperti di dalam MS ISO

9001:2008 Keluaran 6 telah dibatalkan daripada pensijilan MS ISO 9001:2015 Keluaran 7 diatas sebab-sebab seperti berikut :

a) Data-data yang digunakan bagi penyediaan pelaporan banjir semasa diperolehi daripada stesen-stesen telemetri dan bukan daripada stesen RHN.

b) Penyediaan pelaporan banjir semasa tersebut juga kini dibawah tanggungjawab Pusat Ramalan Dan Amaran Banjir Negara.

11.6 Terdapat 4 dokumen-dokumen utama di dalam MS ISO 9001:2015 Keluaran 7 iaitu:

11.6.1 Manual Kualiti, MK

Pindaan telah dibuat berdasarkan keperluan MS ISO 9001:2015 yang terkini.

11.6.2 Prosedur Kualiti Pengurusan, PK (P)

Terdapat 3 Prosedur Kualiti Pengurusan baru yang diperkenalkan di dalam keluaran 7 ini iaitu :

a) Prosedur Kualiti Pengurusan Risiko, PK (P) -13 b) Prosedur Kualiti Pengurusan Perubahan, PK (P) -14 c) Prosedur Kualiti Pengurusan Pengetahuan, PK (P) -15 11.6.3 Prosedur Kualiti Operasi, PK (O)

Terdapat 1 Prosedur Kualiti Operasi daripada keluaran 6 telah dibatalkan daripada Prosedur Kualiti Operasi Keluaran 7 iaitu:

a) Prosedur Kualiti Operasi PK (O) – 04 Penyediaan Pelaporan Banjir Semasa.

11.6.4 Arahan Kerja, AK

Semua Arahan Kerja di dalam Keluaran 7 ini sama sepertimana Keluaran 6.

Tindakan : Makluman

12.0 PENUTUP

Dato’ Pengerusi menjemput semua ahli mesyuarat untuk memeriahkan Hari Air Sedunia (HAS) bagi tahun 2018 yang akan diadakan pada 24 Mac 2018 bertempat di Kuala Kangsar, Perak. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.10 petang.

(16)

Referensi

Dokumen terkait

Perhitungan laju evaporasi Waduk Wonorejo dengan metode empiris dilakukan dengan membagi data yang terdiri dari 12 tahun kalibrasi—4 tahun verifikasi, 13 tahun kalibrasi—3

Hasil analisis perhitungan curah hujan dengan metode (ANN) terhadap data pengamatan berdasarkan kalibrasi didapatkan bahwa di pembagian data 25 tahun epoch 2000 dengan

En Aziz Bin Atan mengucap tahniah dan terima kasih kepada sekolah yang telah menghantar penyertaan untuk Anugerah Tokoh Nilam Daerah Muar 2016 yang telah dilaksanakan pada

Hamid 5.4.1 5.5.2 8.2.2 Borang BTPP bagi tidak diisi lengkap bagi stesen dengan prestasi data kurang 95.0% Tiada bukti Wakil Pengurusan WP telah dilantik oleh BPSAH JPS.. Objektif

Semua Negeri – Mengambil maklum WPKL - Persampelan akan dilaksanakan pada bulan September 2016 4.9 Data Kualiti Air 4.9.2 Kelantan - Bagi sampel kualiti air Kelantan, sampel

cuaca seluruh dunia pada 1997-1998 JPS Malaysia – Memberi maklumat awal sebelum berlakunya kemarau kepada agensi-agensi berkaitan dan juga orang awam melalui Sistem Pemantauan

3 1.0 LAPORAN HUJAN 1.1 Lokasi Yang Tidak Menerima Hujan Berturut-turut di Stesen yang Berada di Empangan Lokasi yang mengalami ketiadaan hujan berturut-turut sehingga laporan ini

UPM Prestasi data hujan di semua negeri telah mencapai 100% pada bulan November 2017 berikutan penyelesaian kerosakan peralatan di Negeri Pahang serta pelaksanaan perkhidmatan