• Tidak ada hasil yang ditemukan

Minit Mesyuarat Kedua 2017

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Minit Mesyuarat Kedua 2017"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

MINIT MESYUARAT

KURIKULUM KALI KEDUA, 2017

Tarikh : 28 Mac 2017 (Selasa) Masa : 2.00 – 5.00 petang

Tempat: Bilik Mesyuarat, SJK(C) Poi Lam, Chemor Pencatat : Mohd Faris Bin Che Mohamad Rahimi Kehadiran

:-1. En. Foo Fook Keong (Pengerusi) 37. Pn. Lee Siew Hwa 2. Pn. 38. Pn. Lee Eai Ling 3. Pn. Chai Lai Yin 39. Cik Chow Fong Ling 4. Pn. Khong Moy Yin 40. Pn. Tan Yen

5. Pn. Ng Siew Fong 41. Pn. Ting Lan Moi 6. Pn. Lee Hooi Ching 42. En. Tan Chyin Chieh 7. Pn. See Hui Ying 43. Pn. Chong Boon Lee 8. Pn. Hwong Ai Ching 44. En. Mohd Nasruddin 9. Pn. Kok Dyi En 45. En. Zolkalpeli 10. Pn. Goh Sook Tyng 46. En. Ezzani 11. Cik Lee Sau Mien 47. En. Mohd Faris 12. Pn. Leong Sook Wai 48. Pn. Sarimah 13. Pn. Chong Voon Yen 49. Pn. Uma Baskaran 14. Pn. Chang Lai You 50. En. Mursyidi

15. Pn. Ng Yuk Ling 51. Cik Ong Gaik Suan 16. Cik Voon Sze Mun 52. Cik Ong Mei Yun 17. Pn. Chew Wai Wan 53. Pn. See Seck Hoon 18. Pn. Chuah Hui Leng 54. Cik Aw Pei Ting 19. Cik Tai Chia Yee 55. Pn. Cheng Hin Lee 20. Pn. Law Shy Fei 56. Pn. Chong Hwee Nee 21. Pn. Ng Kai Sook 57. Pn. Liew Lee Lee 22. Cik Ng Kar Kar 58. Cik Tan Lee Cho 23. Pn. Liew Lee Chin 59. Pn. Thien Chin Yee 24. Pn. Siu Yen Teng 60. Pn. Wong Yen Ching 25. Cik Khor Sim Kait 61. En. Chong Chun Loong 26. Pn. Liew Shan Foo 62. En. Ng Wei Seng 27. Pn. Kooo Jenny 63. En. Teng Kim Thiam 28. Pn. Be Jiunn Tyng 64. En. Yong Szu Chun 29. Pn. Chau Chooi Ping 65. Pn. Hew Chin Lee 30. Pn. Hor Yin Han 66. Cik Koh Chiew Wah 31. Cik Lee Shin Juen 67. Pn. Bay Yit Hiang 32. En. Lee Yaw Kwang 68. Pn. Leong Wai Ling 33. Pn. Lee Sheau Houy 69. Pn. Sharifah

34. Cik Lee Tyzz Whei 70. Cik Intan 35. Pn. Chong Hoi Ying

怡保培南小学

SJK(C) POI LAM,

(2)

36. Pn. Chang Sau Chan AGENDA :

1.0 KATA-KATA ALUAN

1.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih dan selamat datang kepada semua guru yang hadir untuk mesyuarat.

1.2 Guru Besar juga menyatakan bahawa untuk sesi persekolahan 2017, guru perlu membuat persediaan, memberi maklumat dan taklimat kepada murid.

Tindakan: Makluman 2.0 PERKARA-PERKARA BAHARU

2.1 Gred purata 5 teratas mengikut PPD Kinta Utara 2.1.1

Tindakan: Makluman 2.2 Sasaran

2.2.1 Hari pertama, PdP mesti bermula waktu ke-2. Buku Rekod Mengajar mesti ditulis mengikut jadual waktu.

2.2.2 Waktu PdP bermula 7.45 pagi hingga 1.10 / 1.40 petang.

2.2.3 Waktu aktiviti kokurikulum bermula 10 Januari 2017 iaitu pada pukul 2.00 hingga 3.00 petang melibatkan hari Selasa dan Rabu sahaja. 2.2.4 Waktu program bacaan pagi bermula pada pukul 7.30 hingga 7.45 pagi.

Guru yang bertugas dikehendaki mula bertugas pada pukul 7.20 pagi. Tindakan: Makluman 2.3 Kehadiran

2.3.1 Guru perlu hadir ke sekolah sekurang-kurangnya 10 minit awal sebelum mula persekolahan iaitu pada pukul 7.35 pagi.

2.3.2 Guru bertugas program bacaan pagi dan tugasan-tugasan lain bermula pada pukul 7.20 pagi.

2.3.3 Guru perlu pulang selepas habis waktu persekolahan rasmi (kecuali guru lelaki beragama Islam yang pulang awal 2 waktu pada hari Jumaat). Bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas, guru dikehendaki keluar dari kawasan sekolah 10 minit lewat ( 1.20 petang / 1.50 petang / 3.10 petang)

2.4 Dasar dan Maklumat Baharu

2.4.1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. 2.4.2 UPSR format baharu – 8 mata pelajaran mulai 2016.

2.4.3 KSSR (Semakan 2017) untuk Tahun 1.

2.4.4 KSSR (Tahun 2, 3, 4, 5, dan 6) dan Dasar MBMMBI menggantikan PPSMI.

2.4.5 APTIS Test menggantikan CPT. Sasaran melibatkan semua guru Bahasa Inggeris.

2.4.6 Ujian Kefasihan Bahasa Melayu melibatkan sasaran guru Bahasa Melayu bukan opsyen.

2.4.7 e-SPBT 2015 iaitu pesanan buku teks secara online.

2.4.8 e-Sarana Ibu Bapa mesti dilaksanakan. Tumpukan data dan rekod kehadiran ibu bapa.

(3)

2.4.9 Pengisian jawatan pengetua dan guru besar memerlukan sijil NPQH/NPQEL IAB. Guru yang mempunyai pengalaman 3 tahun atau 3 tahun sebelum bersara.

2.4.10 Penilaian Prestasi melibatkan dua kaedah iaitu PBPPP untuk guru dan e-prestasi untuk staf sokongan.

2.4.11 Bagi pertukaran murid, perlu mengisi borang permohonan pertukaran baharu untuk SM sahaja, SR masih menggunakan borang lama.

2.4.12 e-Kehadiran murid (APDM).

2.4.13 e-Kehadiran guru (e-operasi-keberadaan guru). 2.4.14 e-Cuti (HRMIS).

Tindakan: Makluman 2.5 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2016-2020 (Gelombang II)

2.5.1 3 Gelombang.

2.5.2 5 Aspirasi Sistem iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. 2.5.3 6 Aspirasi Murid melibatkan pengetahuan, kemahiran berfikir,

kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti nasional.

2.6 Yuran Khas (Warga Asing) 2.6.1 Sukan (RM1.50) 2.6.2 Seni Lukis (RM1.50) 2.6.3 Perpustakaan (RM1.50) 2.6.4 Yuran Kokurikulum (RM3.00) 2.6.5 Kertas Ujian Dalaman (RM6.00) 2.6.6 Sukan Tahunan Sekolah (RM6.00)

2.6.7 Kegiatan Pendidikan Islam/Moral (RM6.00) 2.6.8 Derma Bakti/ Yuran MSSM (RM2.00) 2.6.9 Insuran Takaful (RM1.50)

Tindakan: Makluman 2.7 Tatasusila Profesion Perguruan

2.7.1 Tanggungjawab terhadap pelajar. 2.7.2 Tanggungjawab terhadap ibu bapa.

2.7.3 Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.

2.7.4 Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan. Tindakan: Makluman 2.8 Pekeliling Iktisas

2.8.1 3/81 – Penggunaan waktu tidak mengajar. 2.8.2 4/86 – Peraturan pengurusan panitia. 2.8.3 3/99 – Penyediaan rekod PdP.

Tindakan: Makluman 2.9 Moto PPD

2.9.1 Kinta Utara Sentiasa Unggul

Tindakan: Makluman 2.10 Moto JPN

2.10.1 Perak Excellent

(4)

2.11 Sekolah-sekolah di Bawah Naungan KPM

2.11.1 Visi Sekolah – Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera. 2.11.2 Misi Sekolah – Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk

Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara. Tindakan: Makluman 3.0 PERHIMPUNAN BULANAN PPD KINTA UTARA

3.1 Pencapaian UPSR PPD Kinta Utara

3.1.1 Jumlah calon sebanyak 34,796 murid. 3.1.2 3,884 murid (11.34%) di tahap cemerlang. 3.1.3 23,977 murid (70.0%) lulus.

3.1.4 GPN adalah 2.16.

3.1.5 Perbandingan mengikut negeri (GPN:2.97), Perak di kedudukan 10. 3.1.6 Perbandingan mengikut peratus lulus (67.26%), Perak di kedudukan

10.

3.1.7 Perbandingan mengikut peratus cemerlang (1.05%), Perak di kedudukan 11.

3.1.8 Gred purata mengikut daerah; Kinta Utara (2.80), Hilir Perak (2.95), Kerian (2.96), Manjung (3.00), Larut/ Matang/ Selama (3.01), Perak Tengah (3.03), Kinta Selatan (3.04), Batang Padang (3.09), Kuala Kangsar (3.13) dan Hulu Perak (3.24).

3.1.9 Senarai 10 sekolah terbaik pencapaian UPSR 2016 mengikut GPS; SK Convent (1.85), SK Marian Convent (2.08), SJK(C) Ave Maria Convent (2.13), SJK(C) Pei Cheng (2.24), SJK(T) Ladang Changkat Kinding (2.33), SJK(C) Chung Shan (2.33), SJK(C) Yuk Choy (2.38), SK Tarcisian Convent (2.41), SK Seri Ampang (2.42) dan SK Raja Perempuan (2.43).

Tindakan: Makluman 3.2 Pencapaian Saringan PPD Kinta Utara

3.2.1 Literasi Bahasa Melayu (99.14%) 3.2.2 Literasi Bahasa Inggeris (97.54%) 3.2.3 Numerasi (99.08%)

3.2.4 Secara keseluruhan, program LINUS 2.0 berjaya meningkatkan tahap penguasaan murid Tahun 3.

Tindakan: Makluman 3.3 Pencapaian dan Sasaran Sukan PPD Kinta Utara

3.3.1 Kokurikulum (Negeri) – KPI (Johan Negeri); Pencapaian 2016 (27 Johan); Sasaran 2017 (30 Johan).

3.3.2 Kokurikulum (Kebangsaan) – KPI (3 Terbaik Kebangsaan); Pencapaian 2016 (7); Sasaran 2017 (8).

3.3.3 Sukan – KPI (Johan MSS Negeri Perak); Pencapaian 2016 (13 Johan); Sasaran 2017 (16 Johan).

3.3.4 Tahun 2016 Kinta Utara menjadi johan negeri Perak kepada 13 permainan / sukan daripada 19 yang dipertandingkan.

3.3.5 Aktiviti kokurikulum menjadi naib johan keseluruhan negeri Perak. 3.3.6 Pencapaian sukan 2016 (13 Johan Negeri; Golf, Kriket, Ragbi, Catur,

Ping Pong, Tenis, Boling Tenpin, Sofbol, Bola Jaring, Badminton, Hoki, Bola Keranjang dan Sepak Takraw).

(5)

Tindakan: Makluman 3.4 Hasrat PPD Kinta Utara

3.4.1 Sifar Band 5 dan 6.

3.4.2 Peningkatan Sekolah Band 1 dan Band 2. 3.4.3 Peningkatan Prestasi Peperiksaan Awam. 3.4.4 Purata Kehadiran Murid Melebihi 95%.

3.4.5 Merapatkan Jurang Pencapaian Akademik Sekolah Bandar dan Luar Bandar.

Tindakan: Makluman 3.5 Persediaan Awal Tahun 2017

3.5.1 Perhimpunan pagi hari pertama persekolahan. 3.5.2 PdP hari pertama persekolahan.

3.5.3 Jadual waktu. 3.5.4 Buku teks. 3.5.5 Kantin.

3.5.6 Keceriaan sekolah.

3.5.7 Buku persediaan mengajar dan buku jadual kedatangan.

3.5.8 Pendaftaran pelajar Tingkatan 1 dan murid bukan warganegara. 3.5.9 Sumbangan PIBG.

3.5.10 Jumlah hari persekolahan. 3.5.11 Peruntukan PCG mata pelajaran. 3.5.12 Bendera

3.5.13 Buku pengurusan dan takwim sekolah. 3.5.14 Pertukaran guru.

3.5.15 Dasar 1 Murid 1 Sukan.

Tindakan: Makluman 3.6 Hal-hal Lain

3.6.1 Penyata kewangan hari terbuka PPD Kinta Utara. Program dijalankan pada 8 Oktober 2016 di PPD Kinta Utara, SMK Anderson dan SK Cator Avenue. Jumlah terimaan (RM259,003.70), jumlah perbelanjaan (RM114,306.62), baki (RM144,69.08).

3.6.2 Aduan melibatkan 32 aduan iaitu; tindakan tidak adil (3), salah guna kuasa (11), salah laku anggota awam (10), kegagalan mengikut prosedur yang ditetapkan (3), kegagalan penguatkuasaan (1), kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan (3), dan disiplin murid (1). 3.6.3 Permohonan lawatan sekolah perlu dikemukakan mengikut tempoh

masa yang ditetapkan. Dokumen yang diperlukan lengkap dan mencukupi.

3.6.4 10 sekolah terbaik peratusan KPI VLE FROG di PPD Kinta Utara tahun 2016; SJK(C) Sam Tet (100%), SJK(C) Lahat (97.56%), SKJ(C) Perak (95.12%), SJK(C) Tat Choi (95.12%), SMK Wira Jaya (95.12%), SK Pinji (85.37%), SJK(C) Ave Maria Convent (82.93%), SK Seri Mutiara (82.93%), SJK(C) Gunong Hijau (78.05%) dan SMK Tambun (75.61%).

3.6.5 Kelas aliran agama layak dimohon oleh murid yang lulus peperiksaan UPSR tahun 2016 dengan memperoleh sekurang-kurangnya 2A2B2C. Calon akan menduduki ujian kelayakan pada 7 Januari 2017.

(6)

3.6.6 Program J-Qaf memastikan guru Pendidikan Islam mengajar hanya subjek Pendidikan Islam dan model-model program J-Qaf. Sehingga 30 November 2016, sebanyak 13 buah sekolah yang masih kekurangan seorang guru Pendidikan Islam dan 1 sekolah yang masih kekurangan seorang guru Bahasa Arab yang akan diselesaikan sekiranya mempunyai bekalan guru tambahan.

3.6.7 Program Antibuli harus dirancang dan dilaksanakan mengikut keperluan sekolah harian dan asrama bagi mengelakkan suasana tidak selamat. Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah perlu ditubuhkan di setiap sekolah bagi melatih dan menangani aspek jenayag dan pencegahannya.

3.6.8 Program Penyayang menerusi 3S (Senyum, Sapa, Salam) perlu dipertingkatkan dan dikemas mengikut identiti dan infrastruktur sekolah. Sebaik-baiknya perlu berada untuk menyambut ketibaan warga sekolah 20 minit sebelum loceng pertama berbunyi. Pelancaran program akan dilaksanakan secara selaras semua sekolah pada 16 Januari 2017 dan majlis pelancaran daerah akan diadakan di SMK Simpang Pulai, Ipoh pada pukul 7.10 pagi.

3.6.9 Peruntukan kokurikulum yang diturunkan ke sekolah tidak boleh digunakan untuk sebarang penggunaan aktiviti sukan. Bagi tahun 2017, semua acara kokurikulum akan dilaksanakan terus ke peringkat daerah (tiada peringkat zon/ kelompok). Pembayaran yuran pertandingan hanya sekali sahaja dan membantu sekolah supaya terlibat sebagai pengelola pertandingan daerah sekali sahaja.

Tindakan: Makluman 4.0 TAKLIMAT GURU PENOLONG KANAN KURIKULUM

4.1 Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan 9 orang guru baharu iaitu Pn. Goh ST, Pn. Khoo Jenny, Pn. Be Jiunn Tyng, Pn. Chang Sau Chan, Pn. Chong Hoi Ying, Pn. Thien Chin Yee, Pn. Cheng Hin Lee, Cik Ong Mei Yun dan Cik Lee Tyzz Whei. Pada bulan Februari, pihak KPM akan menghantar guru baharu dari IPG.

4.2 Terdapat perubahan jawatan baharu melibatkan Ketua Panitia Sejarah, Cik Lee See Thing yang telah bertukar sekolah, pihak sekolah melantik Pn. Chau Chooi Ping menjadi Ketua Panitia Sejarah yang baharu. Bagi Ketua Panitia Sains, pihak sekolah melantik Pn. Hor Yin Han. En. Foo Jing Yao yang mengendalikan FROG VLE akan digantikan dengan En. Tan Chyin Chieh. 4.3 Dalam tempoh minggu pertama hari persekolahan, semua urusan berjalan

dengan lancar, tiada kesilapan dalam jadual waktu, tiada perpindahan, barulah pihak sekolah akan mencetak takwim untuk diedarkan kepada guru-guru. 4.4 Perpindahan takwim akan dibuat bagi kesilapan ejaan dan bukannya

melibatkan agihan tugas guru. Guru diminta menggunakan pen merah bagi mencatat perpindahan dan menyerahkannya kepada PK 1 pada hari Khamis minggu pertama.

4.5 Semua senarai tugas dan panduan ada tercatat pada halaman 49 hingga 78. Guru-guru diminta merujuk dan menjalankan tugasan masing-masing dalam bidang pentadbiran, HEM dan Kokurikulum mengikut tarikh dan agihan tugas yang telag ditetapkan oleh pihak sekolah.

(7)

4.6 Guru dikehendaki membaca halaman 3 Buku Persediaan Mengajar iaitu melibatkan Tatasusila Profesion Perguruan.

4.7 Buku Persediaan Mengajar perlu dihantar untuk disemak dan ditandatangan oleh PK 1 pada setiap hari Jumaat setiap minggu. Pada 6 Januari, Buku Persediaan Mengajar guru perlu dihantar untuk disemak dan ditandatangan oleh Guru Besar. Guru perlu melengkapkan halaman 8, 9, 10, 13 dan 16. 4.8 Pihak sekolah turut menerima ringkasan pengajaran yang dicetak dan ditampal

ke dalam Buku Persediaan Mengajar.

4.9 Bagi waktu tambahan Bahasa Cina yang diajar oleh Pn. Bay bagi Tahun 1, Cik Koh bagi Tahun 2 dan Pn Leong bagi Tahun 3. Murid-murid berbangsa Cina akan berada di kelas dan guru akan masuk untuk mengajar Bahasa Melayu sebagai waktu tambahan bahasa.

4.10 Jadual waktu kelas dan individu akan diedarkan pada sesi akhir mesyuarat. Dalam minggu pertama, guru disarankan untuk tidak menampal terlebih dahulu jadual waktu dalam Buku Persediaan Mengajar kerana berkemungkinan terdapat pindaan. Pindaan yang dilakukan harus mendapat persetujuan daripada kedua-dua belah pihak. Segala pindaan ditandai dengan pen merah dan tarikh akhir pindaan tersebut ialah pada hari Khamis minggu pertama.

4.11 Waktu ke-9 dan 10, setiap hari Jumaat adalah waktu bahasa iaitu murid-murid bangsa lain dikumpulkan dalam satu kelas.

4.12 Pihak sekolah masih kekurangan seorang guru kelas 4B. Oleh hal yang demikian, waktu guru 4B akan dibahagikan kepada Pn. Leong Wai Ling, Cik Koh Chiew Wah, Pn. Hew, En. Yong dan Pn. Bay.

4.13 Setiap kelas dan bilik khas mesti mempamerkan maklumat penting sekolah sepeti Jadual Waktu Kelas, Jadual Petugas Murid, Takwim Sekolah, Misi, Visi Sekolah, Pelan Kawasan Keselamatan, Lagu Negaraku, Lagu Perak, Lagu Sekolah dan lain-lain.

4.14 Fail PBS tahun ini berwarna kuning. Label fail, surat lantikan dan borang biodata guru telag diedarkan kepada semua staf. Guru-guru diminta menanda dan menghantar fail untuk disemak oleh PK 1 mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

4.15 Hari Khamis merupakan Hari Orientasi muri Tahun 1. Guru-guru diminta memakai baju batik.

4.16 Kelas tuisyen petang akan bermula pada minggu kedua. Guru diminta mengajar mengikut isi kandungan yang terdapat dalam buku teks sebagai ulangkaji sementara pihak sekolah masih menunggu buku kerja murid.

4.17 Bacaan pagi bermula pada minggu kedua yang melibatkan murid Tahun 1 hingga 5. Murid Tahun 6 pula dikehendaki masuk ke dalam kelas pada pukul 7.20 pagi untuk tuisyen pagi. Jadual bagi program bacaan pagi disediakan oleh Pn. Chai.

4.18 Peraturan Perkhidmatan;

4.18.1 Guru mesti masuk ke dalam kelas dan masuk sekolah tepat pada masa bagi mengelakkan masalah disiplin murid di dalam kelas tanpa guru seperti mereka berlawan, bergaduh dan melibatkan masalah disiplin. Sekiranya berlaku sesuatu yang buruk, maka segala permasalahan adalah di bawah tanggungjawab guru.

(8)

4.18.2 Guru perlu memakai pakaian yang bersesuaian dan mengikut Pekeliling Perkhidmatan. Guru diminta merujuk kandungan yang terdapat dalam Buku Persediaan Mengajar halaman 3, 4, 5 dan 6. 4.18.3 Guru-guru yang tidak menghadiri aktiviti sekolah dikehendaki

memohon kebenaran atau memohon cuti terlebih dahulu.

4.18.4 Atas teguran PPD dan JPN, guru tidak dibenarkan keluar sekolah pada waktu bekerja atau masa terluang. Guru yang terpaksa keluar wajib atau melibatkan hal peribadi perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak sekolah dan mengisi Catatan Pergerakan Guru yang terdapat di dalam bilik PK. PPD dan JPN amat menitikberatkan keberadaan guru di sekolah semasa waktu persekolahan.

4.18.5 Guru perlu menyelesaikan tugasan yang diamanahkan mengikut masa yang ditetapkan, khususnya melibatkan laporan yang perlu dihantar kepada PPD dan JPN.

4.18.6 Murid-murid yang ingin pulang awal, guru di dalam kelas perlu mengarahkan ketua kelas membawa murid tersebut dan ibu bapa ke bilik guru untuk mengisi Catatan Pergerakan Murid.

4.18.7 Guru-guru telah diedarkan surat turun kuasa bagi menghukum murid oleh Guru Besar. Guru diminta membaca dan mengikut arahan semasa menghukum murid, elakkan daripada aduan ibu bapa.

4.18.8 Guru kelas atau guru mata pelajaran dikehendaki menjaga disiplin di dalam kelas dengan mengiringi murid setiap masa. Keselamatan dan disiplin kelas adalah tanggungjawab guru mengikut jadual waktu induk.

4.18.9 Guru-guru dilarang menggunakan telefon bimbit semasa PdP. Murid-murid akan memaklumkan kepada ibu bapa situasi di dalam bilik darjah. Dalam tahun ini, pihak sekolah sering kali menerima aduan daripada ibu bapa berkaitan permasalahan ini

4.18.10 Guru-guru diminta memberi latihan yang mencukupi kepada murid. Guru-guru juga perlu memeriksa buku latihan murid dengan berhati-hati dan berprofesional.

4.18.11Guru tidak dibenarkan menggunakan komputer, printer dan mesin fotostat sekolah melibatkan urusan peribadi.

Tindakan: Makluman 5.0 PENANGGUHAN MESYUARAT

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.

Tindakan: Makluman

Disediakan oleh, Disemak oleh,

... ... . (MOHD FARIS B CHE MOHD RAHIMI) (HON MAY CHING)

Guru Bahasa Melayu, Penolong Kanan 1,

(9)

Disahkan oleh,

... (FOO FOOK KEONG) Guru Besar,

Referensi

Dokumen terkait

Murid menggunakan kata hubung dengan menulis pada buku teks kembali ayat majmuk tersebut.. Murid diminta membina ayat majmuk menggunakan kata hubung

Murid membaca ayat pada buku teks ms48 yang diminta oleh guru. Murid bersama guru melengkapkan petikan menggunakan

Murid membaca ayat pada buku teks ms48 yang diminta oleh guru.. Murid bersama guru melengkapkan petikan menggunakan

(Muka haiwan) Pada akhir pembelajaran murid dapat:(Rujuk standard kandungan mengikut.. tajuk) Pada akhir

Berdasarkan maklumat pada buku teks, murid diminta membina peta ithink sumber tenaga elektrik. Murid diterangkan dengan sumber

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui analisis isi buku teks yang baik, standar kelayakan isi buku teks, dan untuk mengetahui analisis standar kelayakan isi buku teks siswa

1.6.4 Guru tingkatan memastikan setiap murid membalut buku teks dengan plastik lutsinar dan ditulis nama serta kelas dan murid yang tidak balut buku akan diminta membeli

Dengan penelitian konteks sosial dan transitivitas ideational meaning dalam teks bacaan buku Bahasa Inggris kelas X, maka dapat menentukan gambaran jelas isi teks bacaan