• Tidak ada hasil yang ditemukan

SMK DATO BENTARA DALAM, SEGAMAT MINIT MESYUARAT GURU BIL. 02/TAHUN 2012

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SMK DATO BENTARA DALAM, SEGAMAT MINIT MESYUARAT GURU BIL. 02/TAHUN 2012"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

1 SMK DATO’ BENTARA DALAM, SEGAMAT

MINIT MESYUARAT GURU BIL. 02/TAHUN 2012

Tarikh : 5 Januari 2012 Masa : 2.30 Petang

Tempat : Makmal Komputer

Pengerusi : Pn. Hjh. Muriatun Binti Mohd Said (Pengetua) Kehadiran(Bilangan) : 85/89

Tidak Hadir : En. Mohd Raful Bin Md. Raus (Mesyuarat), Cg. Hjh. Sa’adiah Binti Alias (Cuti Sakit), Pn. Pathmavathy A/P P.S. Sivam (Dengan Kenyataan), Pn. Wan Juria Emeih Binti Wahed (Dengan Kenyataan).

1. KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zainuddin

1.2 Pn. Hjh. Muriatun mengucapkan terima kasih kepada guru-guru atas kehadiran ke mesyuarat guru-guru kali kedua ini.

1.3 Makluman bahawa mesyuarat guru akan dilaksanakan setiap hari Khamis jam 2.30 hingga 4.30 petang. Notis pemberitahuan hanya akan dikeluarkan sekiranya mesyuarat dibatalkan.

1.4 Makluman tentang isi kandungan mesyuarat guru yang akan dijalankan secara mingguan, iaitu :-

1.4.1 Semakan tugas guru pada minggu sebelum, terkini dan yang seterusnya. 1.4.2 Teguran-teguran pemantau yang hadir ke sekolah.

1.4.3 Laporan pelaksanaan program-program/aktiviti. 1.4.4 Laporan setiap unit.

1.4.5 Laporan penyelaras tingkatan.

Tindakan : Makluman Semua Guru SMKDBD

2. PN. HJH. MURIATUN BINTI MOHD SAID (PENGETUA)

2.1 Ucapan terima kasih kepada guru-guru yang menjalakan tugas pada minggu sebelum pembukaan sekolah seperti guru-guru tingkatan yang sudah mula dengan kecerian kelas. Mengharapkan guru-guru yang masih belum mula dengan kecerian dapat segera dengan pelaksanaan.

(2)

2 2.2 Makluman tentang pelaksanaan Modul Sekolah Penyayang yang mana guru perlu

menyediakan prasarana yang selasa untuk kegunaan pelajar.

Tindakan : Makluman Semua Guru SMKDBD

2.3 Teguran–teguran pemantau iaitu dari pihak Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang telah datang ke SMKDBD pada 4 Januari untuk memantau perjalanan hari pertama persekolahan. Antara perkara yang turut disemak ialah pelan strategik, pelan tektikal, takwim sekolah, jadual waktu induk, jadual waktu kelas, jadual waktu guru, jadual waktu guru ganti, fail meyuarat guru, fail jawatankuasa kurikulum, fail jawatankuasa kokurukulum, fail jawatankuasa HEM, fail waran perjawatan, buku rekod kehadiran murid, senarai kehadiran kelas dan rekod SPBT.

2.3.1 Laporan daripada En. Mohd Long Bin Husin (JPNJ) : i. Perhimpunan berjalan dengan lancar.

ii. Guru yang masuk ke kelas mempunyai interaksi dengan pelajar.

iii. Persekitaran sekolah baik kecuali rumput panjang seperti di padang dan kawasan berhampiran kantin sekolah. Justeru, tindakan yang akan diambil ialah pemotongan bayaran kepada kontraktor pembersihan.

Tindakan: Pengetua iv. Kelas tersusun dan mempunyai perabot yang cukup.

v. Ada bilik-bilik khas yang tidak terurus. Contohnya bilik Kokurikulum yang mana ia sangat berhabuk. Cg. Winnie Tan (Penolong Setiausaha Unit Kokurikulum) : Beliau sudah meminta staf untuk mengemaskan bilik tersebut sebelum cuti hujung tahun 2011. Beliau juga ada meminta pekerja swasta untuk membantu membersihkan bilik tersebut.

vi. Makmal Sains menghadapi masalah dengan prasarana elektrik. Namun, ia bukan di bawah bidang pihak sekolah kerana ia masih dalam baik pulih oleh kontraktor luar.

2.3.2 Laporan dan teguran daripada En. Mohd Husin (Nazir KPM) :

i. Harapan agar pihak sekolah dapat melaksanakan peranan sekolah sebagai institusi pendidikan.

ii. Perimpunan dilaksanakan dengan baik walaupun ada pelajar yang datang lewat.

(3)

3 iii. Pelaksanaan modul sekolah penyayang yang baik.

iv. Teguran mengenai rumput panjang dan bilik kokurikulum yang kurang teratur. v. Pemantauan 10 kelas sewaktu P&P, iaitu :

 Tingkatan 5 Xenon tiada guru dari jam 9.30 hingga 10.50 pagi. Didapati kelas itu sepatutnya dimasuki Cg. Joyce.

Respons Cg Joyce: Beliau berada di dalam kelas sepanjang waktu P&P. Kemungkinan kelas yang kosong itu ialah kelas Cg. Hjh. Sa’diah yang cuti sakit pada hari berkenaan.

Respons Cg Faizatul: Beliau memang mendapat relief untuk ke Tingkatan 5 Xenon tetapi apabila beliau ke kelas berkenaan, didapati waktu yang ditulis pada borang relief salah.

 Tingkatan 2 Dedikasi tiada guru dan guru berkenaan ialah Cg. Sumantree (9.30-10.10 pagi).

Respons Cg. Sumantree : Beliau salah faham format jadual waktu yang baru. Respons Cg. Amran : Ada kekeliruan dari segi penyusunan jadual waktu di mana waktu rehat dikira sebagai satu waktu.

 Cg. Izan masuk kelas tanpa Buku Rekod Mengajar (BRM).

Respons Cg. Izan : Beliau tertinggal BRM di dalam kereta sebab pelajar di kantin lewat masuk. Jadi ambil masu untuk menyuruhnpelajar masuk kelas. Keputusan : Guru mesti membawa BRM ke mana sahaja sepanjang masa.  Soalan daripada Cg. Haliza dan Cg. Lim Siew Phay tentang permasalahan

jadual waktu, iaitu :

Cg. Haliza ingin tahu penyelesaian memandangkan jadual waktu beliau bertindih antara Tingkatan 3 dan 4. Beliau juga menyatakan kerisauannya sekiranya beliau masuk lewat ke kelas.

Keputusan : Cg. Haliza perlu maklumkan kepada En. Amran atau Cg. Baharuddin supaya jadual beliau dapat dikemaskini semula.

Cg. Lim Siew Phay menyatakan kerisauannya untuk sampai ke kelas tepat pada waktunya apabila beliau mengajar 2 kelas yang jauh pada waktu yang berturut.

Keputusan Pengetua : Situasi ini tidak dapat dielakkan, namun guru mestilah berusaha sedaya upaya untuk sampai ke kelas pada waktu yang tepat.

(4)

4  Guru masuk kelas dengan Rekod Perancangan Tahunan (RPT). Namun, ada

guru yang masuk ke kelas dengan Rekod Perancangan Tahunan yang lama. Keputusan : Guru mesti buat RPT yang baru dan guru mestilah mempertimbangkan tahap prestasi pelajar. RPT yang dibawa ke kelas mesti dilabelkan tahun dan disahkan oleh pengetua atau GPK.

Tindakan: Semua Guru SMKDBD

2.4 Pakaian

2.4.1 Guru wajib memakai batik pada hari Khamis dan memakai tanda nama.

Tindakan: Semua Guru SMKDBD

2.5 Waktu Kokurikulum Pendidikan Islam

2.5.1 Ucapan tahniah kepada Cg. Zulkarnain kerana mengimamkan pelajar untuk solat Zuhur.

2.5.2 Guru Pendidikan Islam hendaklah membawa pelajar ke surau sekiranya waktu tersebut merupakan waktu Zuhur.

2.5.3 Panitia Pendidikan Islam hendaklah menyusun aktiviti agar semua ustaz dan ustazah dapat membawa pelajar ke surau.

2.5.4 Prasarana surau hendaklah dibaiki seperti PA sistem.

Tindakan: Panitia Pendidikan Islam

2.6 Mesyuarat Panitia

2.6.1 Semua minit-minit mesyuarat hendaklah diserahkan kepada Guru Kanan Bidang.

Tindakan : Setiausaha Setiap Panitia

2.6.2 Laporan mesyuarat KKQ di Johor Baharu yang dihadiri Pengetua :

2.6.2.1 Merupakan aktiviti Panitia Pendidikan Islam dan aktiviti yang dijalankan mestilah dilaporkan. Dokumen ini mesti ada dalam fail Panitia Pendidikan Islam. Respons Ustaz Ahmad Yazi : Taklimat yang diberikan kepada beliau sebelum ini tidak meminta penyediaan laporan.

2.6.2.2 Guru yang mengajar KKQ bukan sekadar mengajar pelajar aliran KAA, malah perlu membentuk masyarakat celik Al-Quran. Para guru KKQ

(5)

5 hendaklah mengenalpasti pelajar yang tidak tahu membaca Al-Quran dan membimbing pelajar untuk belajar membaca Al-Quran dengan baik.

Tindakan : Panitia Pendidikan Islam Dan Guru-Guru KKQ 2.7 Bilik Media

2.7.1 Ucapan tahniah kepada guru-guru yang bertanggungjawab kepada bilik media kerana keadaan bilik yang sangat ceria. Mencadangkan agar jadual bilik media dikosongkan agar dapat digunakan oleh guru-guru lain.

Respons Cg. Jamilah : Sebagai guru media, beliau perlu menyediakan satu dokumen yang merekodkan jadual kemasukan pelajar ke bilik media. Namun begitu, borang tempahan ada disediakan untuk guru yang berminat. Sebarang tempahan hendaklah dibuat awal supaya pertindihan dapat dielakkan. Kunci bilik media boleh didapati dari pembantu makmal dan pejabat sekolah.

2.7.2 Mencadangkan agar bilik seminar dapat diceriakan.

Respons Cg. Jamilah : Kedua-dua bilik tersebut (bilik media dan bilik seminar) menggunakan dokumen yang sama. Oleh itu, tidak perlu membuat duplikasi untuk bilik seminar.

Keputusan Pengetua : Setiap bilik mesti bersifat informatif dan ceria.

Tindakan: Guru Media

2.8 Post Mortem Pendaftaran Pelajar

2.8.1 Ucapan terima kasih kepada yang bertugas. Namun begitu ada juga guru yang tidak bertugas. Contohnya Cg. Farhana yang sepatutnya menjadi pengacara majlis untuk pendaftaran pelajar Tingkatan 1.

Respons Cg. Farhana : Beliau sedang cuti bersalin semasa pembahagian tugas dibuat, maka beliau tidak sedar akan tugasnya itu. Beliau telah menggantikan tugasnya dengan menjadi pengacara majlis untuk pendaftaran asrama yang sepatutnya dikendalikan Cg. Noor Sa’adah Binti Royani yang sudah berpindah.

Tindakan: Makluman Semua Guru SMKDBD

3. EN. AMRAN BIN ABAS (PENOLONG KANAN PENTADBIRAN) 3.1 Pencalonan Pemeriksa PMR 2012

(6)

6 3.1.2 Boleh berjumpa dengan En. Amran jika ada guru yang berminat kerana beliau sendiri akan mencalonkan nama guru sekiranya tiada yang berjumpa dengannya.

3.1.3 Guru yang layak ialah mereka yang sudah tiga tahun bertugas dan sudah disahkan jawatan.

3.1.4 Tarikh akhir untuk mengisi borang secara online ialah pada 2 Februari 2012. Tindakan : Makluman Semua Guru SMKDBD

3.2 Pendaftaran pelajar PMR 2012 bermula secara online mulai 2 Januari dan akan berakhir pada 29 Februari 2012.

Tindakan : Unit Peperiksaan

3.3 Surat pelaksanaan PBS PMR 2012 telah diterima dan mengandungi tatacara dan jadual kerja. Dokumen ini telah diperbanyakkan dan diserahkan kepada Pengurus Panitia dan Guru Kanan Bidang. Pihak sekolah akan mengeluarkan surat lantikan pentaksir PBS.

Tindakan: GKB, Ketua Panitia dan Guru Yang Terlibat Dengan PBS

3.4 Pelaksanaan Borang BRM

3.4.1 Guru-guru dikehendaki mengambil borang BRM dan memastikan ia dilengkapkan kerana penilaian prestasi untuk tahun 2012 akan mengambil kira borang-borang ini.

 BRM 2 : Rekod Guru Ganti

 BRM 3 : Kursus Dan Bengkel Yang Dihadiri  BRM4 : Mesyuarat Atau Perjumpaan Profesional  BRM5 : Senarai Program/Aktiviti Dalaman  Rekod Penyerahan Buku Persediaan Mengajar

3.5 Jadual Waktu

3.5.1 Waktu balik rasmi ialah waktu terakhir P&P pada hari berkenaan iaitu :  Isnin : 3.10 petang.

 Selasa : 5.50 petang.  Rabu : 4.30 petang.  Khamis : 4.30 petang.

(7)

7  Jumaat : 12.00 tengahari.

Tindakan: Makluman Semua Guru SMKDBD

3.5.2 Cg. Baharuddin akan memperbanyakkan panduan masa jadual waktu dan guru-guru boleh minta salinan daripadanya.

3.5.3 Guru mata pelajaran yang menghadapi pertindihan jadual waktu kerana waktu rehat diminta memaklumkan hal ini kepada Cg. Baharuddin.

Tindakan : Cg. Baharuddin

3.6 Guru tingkatan yang dilantik diminta untuk meneruskan dengan kelas yang diberi terlebih dahulu dan sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian.

Tindakan: Makluman Semua Guru SMKDBD

3.7 Enrolmen pelajar Tingkatan 1 ialah lebih kurang 200 pelajar.

3.7.1 33 orang pelajar secara purata jika hanya 6 kelas yang dibuka. Tiada kelas ketujuh akan dibuka setakat ini.

3.7.2 Kepadatan kelas terjadi kerana terdapat 46 pelajar dalam 1 Dedikasi dan 44 pelajar dalam 1 Cekal.

3.7.3 Mencadangkan untuk menumpangkan lebihan pelajar kelas 1 Dedikasi dan 1 Cekal ke kelas KAA2 dan RK2.

Pengetua mencadangkan agar kelas KAA2 tidak dicampurkan.

En. Amran memaklumkan bahawa beliau akan cuba memasukkan semua lebihan pelajar ke kelas aliran RK2 sahaja.

3.7.4 Cg. Winnie mencadangkan agar pelajar 1 Dedikasi dan 1 Cekal disusun mengikut keputusan peperiksaan memandangkan ada pelajar aliran sukan yang agak lemah.

En. Amran akan cuba menempatkan semua pelajar sukan dalam kelas yang sama. Namun, ini mungkin akan menghasilkan ketidakseimbangan dari segi jantina.

Tindakan : Makluman Semua Guru SMKDBD

3.8 Guru-guru diminta untuk menghantarkan Buku Rekod Mengajar kepada GKB masing-masing dengan semua dokumen yang perlu disahkan. Bidang Bahasa boleh

(8)

8 menghantar buku rekod mengajar mereka kepada En. Amran memandangkan Cg. Hjh. Sa’diah kini mengambil cuti sakit yang panjang.

Tindakan: Makluman Semua Guru SMKDBD

3.9 PPSMI

3.9.1 Untuk tahun 2012, P&P bagi subjek Sains dan Matematik untuk pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 boleh diajar sepenuhnya dalam BM atau menggunakan sepenuhnya BI atau dwibahasa.

3.9.2 P&P Sains dan Matematik Tingkatan 1 akan menggunakan sepenuhnya BM bermula tahun 2017 kerana PMR 2019 akan dilaksanakan sepenuhnya dalam BM. Guru-guru Sains dan Matematik yang mengajar Tingkatan 1 pada masa itu tidak lagi mendapat elaun BISP.

3.9.3 Pengajaran Sains dan Matematik akan diajar sepenuhnya dari tingkatan 1-5 dalam BM mulai 2021.

Tindakan : Semua Guru PPSMI

4. EN. SABRIN BIN YUSOF (PK HAL EHWAL MURID)

4.1 Guru tingkatan diminta untuk mengambil Buku Rekod P&P dan pastikan ia diisi kerana buku itu perlu diserah semula kepada En. Sabrin pada waktu terakhir.

4.2 Buku Jadual Kedatangan Murid (JKM)

4.2.1 Guru Tingkatan 1 dan 4 boleh dapatkan senarai nama daripada Cg. Safura dan Cg. Mohd Ariff mulai 6 Januari 2012.

4.2.2 Guru tingkatan 2, 3, 5 dan 6 Atas sudah boleh melengkapkan buku JKM dan sebarang pertukaran pelajar hendaklah diuruskan segera seperti pertukaran pelajar yang biasa.

4.2.3 Guru tingkatan diminta agar tidak bergantung kepada butir peribadi dari buku kedatangan pelajar yang lama sebaliknya sila buat semakan semula bersama pelajar untuk dapatkan maklumat terkini mereka.

Tindakan: Guru Tingkatan

4.3 Pelaksanaan QM

4.3.1 Pelajar Muslim akan menjalankan QM di dewan manakala bukan Islam pula di dewan terbuka. Guru-guru yang melaksanakan QM mestilah menggunakan modul yang disediakan mengikut topik yang telah ditetapkan.

(9)

9 4.3.2 Terdapat permintaan guru untuk melaksanakan QM bagi bukan Muslim mengikut bangsa India dan Cina atas penghayatan yang lebih bermakna jika bahasa ibunda digunakan. Perkara ini akan dipertimbangkan terlebih dahulu 4.4 Orientasi pelajar Tingkatan 1 dan 4 akan dilaksanakan selama 3 hari sahaja bermula 4

hingga 6 Januari 2012.

Tindakan : Makluman Semua Guru SMKDBD

4.5 Mesyuarat untuk unit-unit HEM telah dimasukkan di dalam takwim sekolah. Antara mesyuarat yang perlu dilaksanakan segera ialah :

4.5.1 Mesyuarat Majlis Watikah Pelantikan Pengawas dan Ketua Tingkatan. 4.5.2 Mesyuarat Sambutan Maulidur Rasul.

Tindakan : Unit Disiplin, Pengawas dan Panitia Pendidikan Islam

4.6 Memohon maaf untuk pertukaran lokasi pendaftaran pelajar Tingkatan 5 dan 6 Atas dari dewan terbuka ke kelas masing–masing.

4.6.1 Peratus kehadiran pelajar untuk pendaftaran Tingkatan 2 dan 3 melebihi 90%. 4.6.2 Ramai guru yang tidak menjalankan tugas sewaktu sesi pendaftaran pelajar

kerana tidak mendapat maklumat tentang tugas masing masing.

4.7 Ada ibu bapa yang kurang senang dengan waktu balik yang lewat dan berbeza untuk setiap hari. Maklumkan kepada ibu bapa bahawa kepelbagaian aliran dan tingkatan menyebabkan waktu balik berbeza.

4.8 Penempatan pelajar perempuan asrama sudah penuh manakala masih ada kekosongan untuk pelajar asrama lelaki.

Tindakan : Makluman Semua Guru SMKDBD

5. HAL-HAL LAIN

5.1 Ustaz Zainuddin : Adakah pelajar dibenarkan untuk mengemaskan kelas sebelum sesi persekolahan dibuka siapakah yang akan bertanggungjawab jika sebarang kemalangan berlaku

5.1.1 Pengetua menjelaskan bahawa guru-guru hendaklah memberi surat pemberitahuan jika mereka ingin meminta pelajar menjalankan aktiviti di luar waktu P&P.

(10)

10 5.1.2 Cg. Lai Sook Kin mencadangkan agar pelajar tidak dibenarkan melakukan

aktiviti yang bahaya.

5.1.3 Cg. Hayati bertanya sama ada guru perlu memberi surat pemberitahuan ibu bapa jika mereka meminta pelajar pulang lewat ke rumah selepas sekolah. Pengetua menjelaskan bahawa guru guru hendaklah memberi surat pemberitahuan jika mereka ingin meminta pelajar pulang lewat ke rumah. 5.1.4 Cg. Hong Boon Cheong meminta lebih masa untuk guru tingkatan 1 dan 4

menceriakan kelas mereka.

Keputusan : Guru tingkatan 1 dan 4 akan diberi lebih masa untuk menghias kelas mereka.

5.2 Pengetua menegaskan bahawa semua guru perlu pulang pada waktu yang telah ditetapkan.

5.2.1 Guru dan pelajar Tingkatan 6 akan pulang pada waktu yang berbeza.

5.2.2 Guru-guru dibenarkan untuk menjemput anak–anak mereka dengan dokumen kebenaran keluar yang disahkan oleh Pengetua.

5.2.3 Guru akan diminta menulis surat tunjuk sebab jika beliau didapati tidak menjalankan sebarang tugas yang telah dipertanggungjawabkan.

5.2.3.1 Cg. Terry memohon supaya pihak pengurusan sekolah memastikan terlebih dahulu sama ada seseorang guru itu menjalankan tugas atau tidak sebelum beliau diminta menulis surat tunjuk sebab.

Pengetua bersetuju dengan cadangan tersebut tetapi beliau bertegas bahawa guru yang diberi tugas yang penting mestilah menjalankan tugas mereka – contohnya pengacara majlis.

5.3 Cg. Ayizam memohon agar guru dibenarkan pulang untuk mandi terutamanya pada hari Selasa.

5.3.1 Pengetua membenarkan guru untuk pulang mandi pada hari Selasa dengan surat kenyataan.

5.4 Cg. Ayizam mencadangkan agar program 1 Murid 1 Sukan pada hari Selasa disatukan dengan program kokurikulum pada hari Rabu.

5.4.1 Pengetua menjelaskan bahawa jadual yang dilaksanakan sekarang ialah percubaan dan cadangan Cg. Ayizam akan dibincangkan.

(11)

11 5.5 Cg. Sabri mencadangkan agar jadual waktu dikemaskini supaya pelajar tidak pulang terlalu lewat kerana prestasi pelajar akan merosot jika mereka terlalu tertekan. Pengetua meminta agar Cg. Sabri menyediakan cadangan pilihan jadual waktu untuk dilaksanakan di sekolah.

5.6 Ustaz Wan Zulkifli menyampaikan luahan hati pelajar yang memohon waktu rehat untuk makan sekiranya mereka perlu pulang selewat 3.10 petang. Pengetua menjelaskan bahawa perkara ini akan dibincangkan dengan mengambil kira dasar yang 1 waktu bersamaan 40 minit.

Tindakan : Makluman Semua Guru SMKBDB

5.7 Mesyuarat ICT oleh Cg. Rabiatun Adawiyah ditangguhkan ke tarikh yang akan diberitahu kerana masa tidak mencukupi.

Tindakan : Makluman Semua Guru SMKBDB

5.8 Taklimat EMIS dari Cg. Baharuddin

5.8.1 Guru akan bertukar skim daripada SSM kepada SBPA.

5.8.2 Guru diminta untuk menyemak data EMIS masing-masing terutamanya mengenai rekod P&P.

5.9 Guru tingkatan diminta untuk memberikan enrolmen pelajar kelas masing masing mengikut ras dan jantina kepada penyelaras tingkatan sebelum masa balik esok (6 Januari 2012).

6. PENUTUP

6.1 Ucapan terima kasih kepada guru–guru yang hadir . 6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.

6.3 Minit mesyuarat diminta untuk disiapkan secepat mungkin dalam tempoh 3 hari.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

...………... ……...……….

(12)

12 Guru Bertugas 4 hingga 6 Januari 2012

SMK Dato’ Bentara Dalam, Segamat. Tarikh : 9 Januari 2012

Referensi

Dokumen terkait

Sehingga tidak heran apabila di SMK Muhammadiyah Surakarta pelajaran akuntansi dapat dikuasai oleh siswa karena walaupun materi yang sangat rumit, peranan guru

Oleh karena itu perlu adanya bimbingan dan arahan dari guru agar anak mampu meningkatkan kemampuan bercerita dengan memanfaatkan media buku cerita bergambar, dengan adanya media

Tujuan penelitian ini adalah untuk mengetahui hubungan antara keterampilan mengajar guru dengan prestasi belajar kewirausahaan siswa, untuk mengetahui hubungan

Dengan demikian dapat disimpulkan bahwa hipotesis yang berbunyi terdapat pengaruh yang signifikan dari keterampilan guru mengajar terhadap motivasi belajar siswa di

Melihat bahwa banyak siswa yang belum mencapai ketuntasan belajar tersebut, diduga adanya ketidakpuasan guru dalam melaksanakan kegiatan belajar mengajar, perlu dilakukan

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui: (1) Ada tidaknya pengaruh yang signifikan variasi mengajar guru terhadap motivasi belajar siswa Kelas XI SMK Negeri 1

Dengan membandingkan nilai sumbangan relatif dan efektif nampak bahwa variabel pengalaman mengajar memiliki pengaruh yang lebih tinggi terhadap kinerja guru

Untuk mencapai interaksi belajar mengajar perlu adanya komunikasi yang jelas antara guru (komunikator) dengan siswa (komunikan). Sehingga terpadu dua kegiatan yang