• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sebanyak 7,388 Beg Darah Sumbangan Warga UniMAP Sejak 2010

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Sebanyak 7,388 Beg Darah Sumbangan Warga UniMAP Sejak 2010"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

UKK Media Page 1

KENYATAAN MEDIA

Sebanyak 7,388 Beg Darah Sumbangan Warga UniMAP Sejak 2010

Pauh Putra, 16 Mei- Kekerapan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menganjurkan kempen derma darah dua kali sebulan berjaya menyumbang lebih tujuh ribu beg darah kepada pusat-pusat pendermaan darah.

Jumlah itu yang terhasil sejak 2010 sehingga April tahun ini menjadikan UniMAP menerima beberapa anugerah penghargaan seperti Penganjur Kempen Derma Darah Paling Aktif Peringkat Wilayah Utara pada 2013 dan 2014.

Perkara itu dikongsi oleh Timbalan Naib Canselor UniMAP (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Madya Dr Mohd Foad Sakdan ketika berucap merasmikan Kempen Derma Darah sempena Minggu Derma Darah Mahasiswa Prihatin Universiti Awam (UA) peringkat UniMAP di Kolej Kediaman Tunku Abdul Rahman, di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Pusat Kesihatan Universiti, Dr Muhamad Iqbal Omar dan wakil Ketua Jabatan Patologi Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar Dr Muhamad Faiz Fuad,

Mohd Foad berkata, selain penghargaan dari Pusat Derma Darah Wilayah Utara, UniMAP turut menerima penghargaan daripada HTF di atas sumbangan universiti itu sebelum ini sempena Hari Derma Darah Sedunia pada 2016.

Katanya, seramai 2,052 warga UniMAP turut mendaftar untuk menderma darah namun selepas disaring, mereka tidak berjaya

(2)

UKK Media Page 2

menderma kerana tidak memenuhi kriteria menderma darah yang ditetapkan.

“Namun, seramai 10 mahasiswa merupakan penderma darah paling aktif melebihi 10 kali dengan kekerapan tertinggi dicatatkan ialah 28 kali sebagai tanda prihatin terhadap keperluan masyarakat khususnya di negeri ini yang memerlukan 160 beg darah seminggu dan 8,000 darah setahun,” katanya.

Tambahnya, selain daripada melaksanakan tanggungjawab sosial universiti kepada masyarakat, kempen-kempen itu dijalankan bagi memupuk semangat kesukarelawan di kalangan warga UniMAP khususnya mahasiswa.

“Sesungguhnya sumbangan warga UniMAP ini amat bernilai dan saya berharap menerusi kempen ini, lebih ramai warga UniMAP mendaftar untuk menderma darah,” katanya.

UniMAP menganjurkan kempen berkenaan dengan kerjasama Jabatan Patologi HTF pada 14 dan 16 Mei sempena Minggu Derma Darah itu yang membabitkan 20 UA di seluruh negara.

Disediakan oleh,

Aininulniza Mohd Yusof Pegawai Perhubungan Media Unit Komunikasi Korporat (UKK) Universiti Malaysia Perlis

Referensi

Dokumen terkait

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 8 September 2016 Pusat Islam UniMAP Bakal Anjur Program Jom Baca Al Quran PAUH PUTRA, 8 September: Pusat Islam Universiti Malaysia Perlis UniMAP

UKK Media Page 1 KENYATAAN MEDIA KKTAG JUARA PERPADUAN FESTKOL 2018 Pauh Putra, 23 April – Kolej Kediaman Tan Sri Aisyah Ghani KKTAG Universiti Malaysia Perlis UniMAP dinobatkan

UKK Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP’s WOMEN BEACH VOLLEYBALL WINS STATUTORY BODIES BEACH SPORTS CARNIVAL 2018 Langkawi, 14 May – The Universiti Malaysia Perlis UniMAP Women