• Tidak ada hasil yang ditemukan

CABARAN INOVASI 2017

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "CABARAN INOVASI 2017"

Copied!
36
0
0

Teks penuh

(1)

SMART PONTOON

JPS PAHANG

BAHAGIAN PERKHIDMATAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL

CABARAN INOVASI 2017

SMART POONTON

KUMPULAN AUTOMECH

SMART PONTOON – Mudah, Ringkas, Cepat, Berkesan & Selamat

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI PAHANG

(2)

KANDUNGAN LAPORAN

Bil. Tajuk MukaSurat

1. Ringkasan Eksekutif 3

2. Pengenalan

a.Latarbelakang BPME JPS Pahang, Semambu Kuantan i. Keterangan mengenai organisasi

ii. Identiti kumpulan b.Tujuan inovasi

c. Kronologi cetusan idea dan pembuktian i. Proses sebelum inovasi

ii. Masalah yang dihadapi

iii. Proses kerja pemasangan pam bergerak di tapak sebelum projek inovasi dijalankan

iv. Sebelum perlaksanaan projek d. Bidang inovasi

e. Kategori inovasi f. Kolaborasi

g. Maklum balas daripada stakeholder

4 4 4 6 9 9 9 11 13 15 16 16 16 17 3. Produk inovasi

Proses selepas inovasi a.Impak inovasi

i. Alatan untuk membuat Smart Pontoon ii. Proses kerja selepas inovasi dijalankan iii. Lukisan teknikal Smart Pontoon

iv. Cara pemasangan (SOP) v. Keistimewaan Smart Pontoon

vi. Pendaftaran untuk mempatenkan produk inovasi (MYIPO)

22 22 24 27 27 29 31 33 34 4. Penutup

i. Penghargaan

35 35

(3)

1. Ringkasan Eksekutif

Permasalahan ditapak sewaktu kerja pemasangan pam bergerak.

Sebelum inovasi

Aspek keselamatan :-

Pekerja terpaksa masuk ke dalam air.

Aspek penjimatan :-

Masa :- memerlukan masa yang agak lama untuk kerja pemasangan pam bergerak.

Kos penyelenggaraan :- Kos penyelenggaraan yang tinggi melibatkan aksesori mekanikal. (footvalve, coupling dll) Kos pekerja :- melibatkan tenaga kerja yang ramai. (4 orang) Selepas inovasi

Aspek keselamatan :-

Pekerja tidak perlu turun ke dalam air, secara tidak langsung pekerja selamat dari terdedah dengan bahaya didalam air.

Aspek penjimatan :-

Masa :-Penggunaan masa yang singkat untuk kerja pemasangan pam bergerak.

Kos penyelenggaraan :-secara keseluruhan menjimatkan kos penyelenggaraan aksesori mekanikal.

(footvalve,coupling dll)

Kos pekerja :-secara tidak langsung mengurangkan penggunaan tenaga kerja di tapak dari 4 orang

kepada 2 orang

(4)

2. Pengenalan

a. Latar Belakang BPME JPS Pahang, Semambu, Kuantan

Gambar a. Bahagian Perkhidmatan Mekanikal Dan Elektrikal

BPME JPS Pahang merupakan sebahagian daripada struktur organisasi JPS Negeri Pahang yang beroperasi di Semambu, Kuantan. Dengan keluasan 200 meter persegi.

Terletak di 10 kilometer dari bandar Kuantan berhampiran dengan Kawasan Perindustrian Semambu, Kuantan.

i. Keterangan Tentang Organisasi 1) Alamat Organisasi

Bahagian Perkhidmatan Mekanikal Dan Elektrikal Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Pahang Peti Surat 246, Semambu,

25730 Kuantan,

Pahang Darul Makmur.

(5)

2) Objektif Bahagian Perkhidmatan Mekanikal Dan Elektrikal

Menyediakan infrastruktur jalanraya, bangunan dan perkidmatan kejuruteraan bagi memenuhi dasar Pembangunan Negara dan Kerajaan Negeri yang menumpukan kepada:

 Menyerahkan 100% projek mengikut jadual yang di persetujui dalam Q-plan dengan varian 10%

 Menyediakan 100% projek mengikut kos yang diluluskan dengan varian 10%

 Membelanjakan 100% peruntukan tahunan dengan varian 5%

 Ke arah produk berkualiti yang memenuhi kepuasan pelangan kepada tahap 70%

(Berdasarkan Kepada Borang Kajian Kepuasan Pelanggan )

 Ke arah produk berkualiti yang menjurus kepada aduan sifar daripada pelanggan dengan memastikan kurang daripada 10 jenis aduan bagi setiap projek yang berkait dengan ciri-ciri berikut:

 Kefungsian produk sebagaimana direkabentuk

 Keselamatan penggunaan

 Kemudahan senggara

 Mutu ketukangan (workmanship)

3) Visi JPS Negeri Pahang

Menjadi pemberi perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan kejuruteraan untuk pembangunan

infrastruktur negara berteraskan modal insan yang kreatif dan inovatif serta teknologi terkini.

(6)

4) Misi JPS Negeri Pahang

Misi JPS Ialah untuk menyumbang kepada pembangunan Negara dengan:-

 Membantu pelangan kita merealisasikan matlamat dasar dan

menyampaikan perkhidmatan melalui kerjasama sebagai rakan kongsi strategik.

 Mempiawai proses dan sistem kita untuk memberikan hasil perkhidmatan yang konsisten.

 Menyedikan perkhidmatan pengurusan aset dan projek yang efektif dan inovatif.

 Mengukuhkan kompetensi kejuruteraan sedia ada

 Membangunkan modal insan dan kompentensi baru

 Mengutamakan integriti dalam memberikan perkhidmatan ii. IDENTITI KUMPULAN

1. Nama kumpulan kami ialah Automech. Di tubuhkan pada Febuari 2008. Ianya terdiri daripada kakitangan BPME, Semambu, Kuantan.

2. Logo kami adalah terdiri dari komponen peralatan yang terdapat di bengkel dan air melambangkan kesatuan tenaga semua bahagian yang menyokong ke arah pencapaian dasar kualiti jabatan.

(7)

Gambar a.1: LOGO KUMPULAN

3. Motto kumpulan ialah Menuju Kearah Kecemerlangan manakala Etika kumpulan ialah:

 Bekerjasama jujur, ikhlas dan taat.

 Menepati kualiti, masa dan janji ditetapkan.

 Berdisiplin dan berhemah tinggi.

4. Objektif dan Matlamat kumpulan :-.

 Memberi komitmen dan berpadu tenaga ke arah meningkatkan produktiviti.

 Meningkatkan kualiti kerja yang menepati piagam pelanggan.

 Menjamin penggunaan kos yang seminima mungkin.

AUTOMECH

A - Amanah Semasa Bekerja U - Usaha untuk berjaya

T - Taat Semasa Menjalankan Aktiviti kumpulan O - Organisasi sentiasa dihormati

M - Menghargai Masa Bekerja

E - Eratkan Komitmen Sesama Ahli Kumpulan C - Cemerlang dalam menjayakan usaha

H - Hormat menghormati antara satu sama lain

(8)

5. Biodata Ahli - Ahli Kumpulan :

Ahli kumpulan Automech terdiri daripada kakitangan BPME yang menerajui bahagian- bahagian dalam pentadbiran dan bengkel.Ianya terdiri daripada kakitangan teknikal yang dianggotai oleh 9 orang.

PENASIHAT FASILITATOR KUMPULAN

En. Hafizulrahman Bin Aripin En. Mohd Aliff bin Ghazali

JAMALUDIN BIN ABU BAKAR (KETUA KUMPULAN)

MOHD HAJAZI BIN ABDUL HAMID AB. WAHAB BIN AHMAD

(SETIAUSAHA) (AHLI)

AHMAD AMAR ASLAM BIN MOHD HISHAM BIN AZIZ AHMAD MAHMUD BIN

ABD RAZAK (AHLI) (AHLI) ABDUL HAMID (AHLI)

(9)

NOR@ZUL BIN OTHMAN SAHRIZAN BIN RAZALI MOHD NAIM BIN MOHAMED

(AHLI) (AHLI) (AHLI)

Carta a.2 : AHLI AUTOMECH

b. Tujuan Inovasi

Tujuan sebenar projek inovasi dilaksanakan adalah bagi mencari satu mekanisma yang sesuai untuk memudahkan kerja disamping berfungsi sebagai peralatan yang ringkas, cepat serta boleh digunakan oleh sesiapa sahaja atau bukan pekerja mahir serta berkesan, menjimatkan masa serta kos pembaikan dan mesra penggunaan.

c. Kronologi cetusan idea dan pembuktian

i. Proses sebelum inovasi

Bahagian Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal, Negeri Pahang terdiri daripada 4 unit iaitu unit pentadbiran & kewangan, unit pembangunan dan pengurusan projek, unit operasi dan penyelenggaraan, unit pengurusan aset/stor yang mana kesemua unit adalah dipertanggungjawabkan untuk memberikan perkhidmatan dan kemudahan kepada pelanggan dalaman (JPS Daerah) dan luaran (Jabatan lain serta orang awam) dalam bentuk menyediakan kemudahan penyelenggaraan aset jabatan dari segi pembaikan/selenggaraan dan pembangunan peralatan mekanikal. Selain itu Bahagian Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal, Negeri juga melaksanakaan projek-projek yang melibatkan penyelenggaraan dan pembangunan peralatan berkaitan Mekanikal.

(10)

Sebagai sebuah jabatan yang melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan seperti rombakan besar serta pembaikan kecil untuk keseluruhan aset jabatan seperti kenderaan, lori, jentera berat, penghawa dingin, Rumah Pam , Pam Bergerak dan lain-lain peralatan yang melibatkan mekanikal ianya sudah tentu akan menghadapi pelbagai kesukaran dan masalah. Kebiasaannya Bahagian Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal, Negeri Pahang melalui unit operasi dan Pam Bergerak (Pam) lebih banyak terlibat dalam kerja-kerja pemasangan pam di tapak samaada di skim-skim pengairan sawah padi mahupun di rumah pam.

Sebagai makluman, JPS Pahang mempunyai sebanyak 60 buah pam bergerak. Dengan jumlah pam bergerak seperti yang dinyatakan diatas maka sudah tentu ianya melibatkan permohonan penggunaan serta pemasangan pam di tapak yang tinggi dalam setahun dalam pelbagai jenis keaadaan tempat penempatan pam bergerak tersebut. Berdasarkan kepada catatan atau rekod pemasangan pam bergerak yang lepas ianya mencapai bilangan melebihi 50 kali pemasangan pam bergerak setahun.

Daripada kekerapan pemasangan pam bergerak yang telah dilaksanakan, masalah yang dihadapi semasa kerja-kerja pemasangan pam bergerak di tapak seringkali berlaku. Daripada senarai aduan kerosakan yang diterima, masalah yang selalu dihadapi dalam kerja-kerja pemasangan pam bergerak di tapak adalah kesukaran sewaktu pemasangan ”foot valve” di dalam air. Kesukaran ini terjadi kerana prosesnya terpaksa memasang/memacak kayu pancang/cagak didalam sungai bagi mengawal paras ”foot valve” agar tidak terletak di atas dasar sungai atau kawasan sedutan. Proses kerja ini melibatkan masa yang lama (5 jam untuk kerja-kerja pemasangan), membahayakan pekerja kerana terdedah kepada risiko lemas, binatang buas di air serta memerlukan 4 orang pekerja ketika proses pemasangan tersebut.

(11)

ii. Masalah yang dihadapi

Coupling cepat rosak

Akibat dari ketidak seimbangan paip sedutan, aksesori mekanikal seperti coupling akan cepat rosak.

Gambar c.1 : Kedudukan coupling pada enjin pam

Footvalve disaluti lumpur/sampah sarap/terbenam kedalam lumpur Kedudukan footvalve yang terletak pada diatas dasar sungai atau kawasan sedutan akan menyebabkan footvalve disaluti dengan lumpur,sampah atau terbenam kedalam lumpur.

Gambar c.2 : Kedudukan di dalam air Gambar c.3 : Footvalve disaluti lumpur

(12)

Risiko pemasangan

Pekerja mudah terdedah dengan risiko lemas dan binatang buas di air semasa melakukan kerja pemasangan kerana terpaksa berada didalam air.

Gambar c.4: Pekerja masuk kedalam air Gambar c.5: Mengikat paip pada kayu

Bilangan pekerja

Bilangan pekerja juga adalah ramai iaitu seramai 4 orang. 2 orang melakukan keja di darat manakala 2 orang lagi melakukan kerja didalam air.

Gambar c.6 : Jumlah pekerja bagi kerja pemasangan di setiap lokasi

(13)

Footvalve cepat rosak

Akibat terbenam kedasar air, footvalve akan menyedut lumpur dan kotoran. Ini menyebabkan footvalve akan cepat rosak.

Gambar c.7 : Footvalve yang rosak

iii. Proses kerja pemasangan pam bergerak di tapak sebelum Projek Inovasi dilaksanakan.

 Pembantu kemahiran h17 membuat pemeriksaan untuk pengesahan Pemasangan pam

 Terima Permohonan daripada KPA

 Kerja penghantaran dan pemasangan pam dilakukan mengikut permohonan.

Gambar c.8 : Proses kerja pemasangan paip sedut

(14)

Gambar c.9 : Kerja pemasangan footvalve

Gambar c.10 : Kerja memasang pancang/cagak serta mengikat paip sedutan pada pancang/cagak

(15)

iv. Sebelum pelaksanaan projek

Masa Pemasangan Yang Lama

Pada kebiasaannya tempoh untuk menyiapkan kerja pemasangan sebuah pam bergerak adalah selama 5 jam.

Penggunaan Pekerja yang Ramai/Kos Operasi

Penggunaan tenaga kerja yang ramai untuk melakukan kerja pemasangan sebuah pam bergerak adalah seramai 4 orang. Bilangan pekerja yang ramai ini akan melibatkan tuntutan (elaun harian dan lebih masa) yang tinggi kepada jabatan.

Kos Operasi

Kos gaji Pekerja sebulan (4 orang) RM 7,649.14 Kos tuntutan elaun bulanan (4 orang) RM 764.91

JUMLAH RM6,884.23

Keselamatan

Pekerja mudah terdedah dengan bahaya seperti risiko lemas ketika berada didalam air.

Kos Penyelenggaraan footvalve

Bagi melakukan kerja penyelenggaraan dan pembaikan footvalve, kos yang tinggi diperlukan kerana ia melibatkan kerja pengantian alat ganti.

Memerlukan Pekerja Mahir untuk melaksanakan

Untuk menjalankan kerja-kerja pemasangan footvalve,pekerja yang mahir berenang diperlukan.

(16)

d. Bidang Inovasi

Bidang inovasi yang terlibat secara langsung adalah dari segi teknikal.

e. Kategori Inovasi

Produk inovasi yang direkaciptakan khas untuk kegunaan pada sistem pengairan. Kumpulan membuat uji cuba di pengairan sawah padi di sekitar kawasan daerah Kuantan dan Pekan.

f. Kolaborasi

Dalam menyelesaikan dan penghasilan prodak inovasi, setiap ahli kumpulan bekerjasama antara satu sama lain. Setiap ahli terdiri dari setiap unit yang ada di BPME. Kemahiran yang berlainan digabungkan dan digunapakai bagi menjayakan produk inovasi. Antara unit yang terlibat adalah Unit pentadbiran, Unit pam, Unit kenderaan dan lkt dan Unit fabrikasi, pintu air dan bot.

Kolaborasi ini hanya melibatkan unit-unit yang terdapat di BPME sahaja. Tidak melibatkan agensi-agensi lain.

(17)

g. Maklum balas daripada Stakeholder

IADA PEKAN (KAWASAN PEMBANGUNAN PERTANIAN BERSEPADU)

(18)

JABATAN KERJA RAYA (CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL NEGERI)

(19)

KOLEJ KOMUNITI KUANTAN

(20)

MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN (MPK)

(21)

KPA (KUMPULAN PENGGUNA AIR) PAHANG TUA, GANCHONG &

PULAU RUSA.

(22)

3. Produk Inovasi

Gambar 3: Produk Inovasi yang dinamakan ”SMART PONTOON”

Proses Selepas Inovasi

 Ahli kumpulan telah berbincang dan bersetuju untuk melaksanakan perubahan dalam kerja-kerja pemasangan pam bergerak di tapak dengan membuat pengubahsuaian keatas cara kerja mengantikan pancang/cagak pada footvalve.

Pengubahsuaian ini dilakukan untuk memastikan masalah-masalah yang dihadapi akan dapat diatasi bagi memastikan keberkesanan selain mengurangkan kos yang ditanggung jabatan.

 Tumpuan utama dalam program perubahan ini adalah keatas kaedah penggunaan pancang/cagak. Ahli kumpulan telah bersetuju untuk melakukan perubahan keatas penggunaan peralatan dengan cara mencipta peralatan yang boleh mengurangkan masa, mempermudahkan cara kerja, menjimatkan kos, mesra penggunaan, mudah digunakan dalam kerja-kerja pemasangan pam bergerak serta selamat digunakan. Bagi tujuan tersebut, ahli kumpulan telah menggunakan bahan-bahan terbuang yang diguna semula bagi digunakan

(23)

sebagai alat untuk digantikan penggunaan pancang/cagak. Ahli kumpulan telah mengguna pakai tong plastik berkapasiti 150 liter dan menggunakan besi terbuang untuk membina kerangka. Selain itu, ahli kumpulan juga menggunakan pengapit bersaiz 6 inci bagi digunakan sebagai pengapit kepada paip sedutan.

Kesemua peralatan yang digunakan adalah peralatan terpakai yang terdapat dibengkel kecuali tong plastik. Ahli kumpulan telah berkerjasama dalam menghasilkan peralatan ini yang dinamakan ”SMART PONTOON”.

Gambar 3.1 : Smart Pontoon selepas inovasi

 Pada peringkat awalannya, ahli kumpulan mengenalpasti terlebih dahulu masalah yang perlu diatasi. Bilangan ahli kumpulan yang terlibat adalah seramai 9 orang yang mana kesemua ahli yang terlibat adalah daripada kalangan pekerja yang terlibat secara langsung dalam kerja-kerja pemasangan pam dan fabrikasi. Kerja-kerja lain yang terlibat dalam pengubahsuaian ini dilakukan sendiri oleh ahli kumpulan seperti kerja-kerja mengimpal, mengubahsuai bentuk dan kerja-kerja pengujian.

 Hasil yang diperolehi selepas dibuat pengubahsuaian adalah didapati :-

 tempoh masa bagi kerja-kerja pemasangan pam bergerak dapat dikurangkan

 kos yang ditanggung jabatan dapat dikurangkan.

 Bebanan kerja pekerja dapat dikurangkan.

 Membolehkan pekerja melaksanakan tugasan yang lain untuk jabatan.

 Tiada risiko lemas serta ancaman bahaya didalam air.

(24)

a.

IMPAK INOVASI

Pengurangan Kos Operasi :-

Sebelum pelaksanaan projek

Kos gaji Pekerja sebulan (4 orang) RM 7,096.01 Kos tuntutan elaun bulanan (4 orang) RM 788.24

JUMLAH RM 7,884.23

Selepas pelaksanaan projek

Kos gaji Pekerja sebulan (2 orang) RM 3,786.48 Kos tuntutan elaun bulanan (2 orang) RM 420.72

JUMLAH RM 4,207.20 PENJIMATAN KOS KESELURUHAN ADALAH

RM7,884.23 – RM 4207.20 = RM 3,677.03

Penjimatan Masa :-

Sebelum pelaksanaan projek

Masa pemasangan sebuah pam bergerak 5 jam

Selepas pelaksanaan projek

Masa pemasangan sebuah pam bergerak 2 jam Penjimatan masa yang diperolehi 3 jam

(25)

Peningkatan Hasil :-

Sebelum pelaksanaan projek

Bilangan pam bergerak yang dapat dipasang sehari 1 unit

Selepas pelaksanaan projek

Bilangan pam bergerak yang dapat dipasang sehari 2 unit Peningkatan hasil diperolehi 1 unit

Pengurangan pekerja

Sebelum pelaksanaan projek

Bilangan pekerja yang terlibat adalah 4 orang

Selepas pelaksanaan projek

Bilangan pekerja yang terlibat adalah 2 orang

Pengurangan pekerja 2 orang

Peningkatan Dalam Tahap Kepuasan Hati Pelanggan

Sebelum pelaksanaan projek

Masa pemasangan sebuah pam bergerak mengambil masa yang agak lama dan kos penyelenggaraan yang tinggi. Ini menyebabkan kpa terpaksa menanggung masa pemasangan yang lama dan kos yang tinggi.

Selepas pelaksanaan projek

Masa pemasangan sebuah pam bergerak dapat dikurangkan dan kos penyelenggaraan dapat dijimatkan.

(26)

Lain-lain Faedah

 Dapat mengurangkan jumlah pekerja daripada 4 orang kepada 2 orang sahaja dalam kerja pemasangan pam bergerak di tapak.

 Tempoh pemasangan yang singkat dapat memberikan ruang dan peluang kepada jabatan untuk melaksanakan lain-lain perancangan dalam mempertingkatkan produktiviti jabatan.

 Kerja lebih teratur, cepat, mudah dan bersistematik

 Pekerja dapat mencetuskan idea kreatif untuk dimanafaatkan dalam tugas seharian.

 Pekerja tidak perlu turun ke dalam air untuk memasang paip Sedutan.

Gambar 3.a.1: Asas rekacipta smart pontoon

MUDAH RINGKAS CEPAT

BERKESAN SELAMAT

(27)

i. Alatan untuk membuat smart pontoon

Gambar 3.i.1: Besi gambar 3.i.2: Tong plastik Gambar 3.i.3: Bolt dan Nut

ii. Proses kerja selepas inovasi dijalankan

 Terima aduan daripada KPA

 Pembantu kemahiran h17 membuat pemeriksaan untuk pengesahan pemasangan pam.

 Kerja pemasangan pam bergerak.

Gambar 3.ii.1 : Kerja pemasangan pam bergerak ditapak

(28)

 Kerja pemasangan SMART PONTOON

Gambar 3.ii.2 : Pemasangan smart pontoon pada paip sedut

 Kerja penyambungan paip sedut

Gambar 3.ii.3 : Set yang lengkap dimasukkan ke dalam air

(29)

 Set pam bergerak yang siap beroperasi

Gambar 3.ii.4 : set pam siap untuk diguna pakai iii. Lukisan teknikal Smart Pontoon

Gambar 3.iii.1 : Lukisan teknikal Smart Pontoon

(30)

Gambar 3.iii.2 : Gambar keseluruhan Smart Pontoon

(31)

iv. Cara pemasangan (SOP)

Tong di masukkan ke

dalam kerangka seperti gambar di sebelah

Laras bolt pelaras

mengikut tahap kesesuaian bagi mengemaskan kedudukan tong di dalam kerangka

Masukkan paip penyedut kedalam pengapit. Laras kududukan smart pontoon mengikut keperluan yang dihendaki.

(32)

Setelah kedudukan smart pontoon dipastikan, ketatkan bolt dan nat di kedua belah pengapit.

Ketatkan bolt pengetat pada pengapit bagi mengemaskan lagi kedudukan paip penyedut.

Smart pontoon siap untuk digunakan.

(33)

v. KEISTIMEWAAN SMART PONTOON.

 Boleh digunakan oleh sesiapa sahaja tanpa perlu kepada pekerja yang mahir.

 Tidak perlu lagi untuk turun kedalam air.

 Tidak perlu lagi masa yang lama untuk pemasangan pam bergerak.

 Hanya memerlukan dua pekerja sahaja untuk melaksanakan kerja pemasangan pam bergerak.

 Tiada lagi kos penyelenggaraan yang tinggi.

 Tiada risiko lemas dan serangan binatang buas( buaya, ular dll)

Gambar 3.v.1 : Gambar smart pontoon yang siap dipasang

(34)

vi. Pendaftaran untuk mempatenkan produk inovasi (MYIPO)

Gambar vi : Resit pembayaran untuk mempatenkan produk inovasi

(35)

4. PENUTUP

i. PENGHARGAAN Kepada Yang Terlibat.

Kami ahli-ahli kumpulan Automech mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung diatas bantuan serta sokongan yang telah diberikan terutamanya kepada:-

Gambar 4.i.1: IADA Pekan Gambar 4.i.2: KPA skim pengairan paya Pahang tua

 Penasihat Kumpulan Automech.

Encik Mohd Hafizulrahman bin Aripin

Ketua Penolong Pengarah Kanan Mekanikal, JPS Pahang.

 Fasilitator Kumpulan Automech.

Encik Mohd Aliff bin Ghazali Penolong Pengarah mekanikal

 Kakitangan BPME JPS Pahang.

(36)

Gambar

Gambar a. Bahagian Perkhidmatan Mekanikal Dan Elektrikal
Gambar a.1: LOGO KUMPULAN
Gambar c.1 : Kedudukan coupling pada enjin pam
Gambar c.6 : Jumlah pekerja bagi kerja pemasangan di setiap lokasi
+7

Referensi

Dokumen terkait

Inovasi produk menurut Hurley & Hult (2012:83) menjelaskan bahwa inovasi produk merupakan salah satu dampak dari perubahan teknologi yang cepat dan variasi produk yang

Inisiatif sebagaimana dimaksud dalam PP ini dilengkapi dengan proposal Inovasi Daerah yang sekurang-kurangnya memuat: a. rancang bangun Inovasi Daerah dan pokok perubahan yang

Beberapa contoh produk inovasi seperti perubahan pelayanan penertiban paspor yang digagas oleh Direktorat Jendral Imigrasi melalui Sistem Pelayanan Penerbitan Paspor

Adanya pengaruh signifikan dari Inovasi Produk dikarenakan UKM peka terhadap perubahan – perubahan yang sesuai dengan yang diharapkan pelanggan sehingga UKM di Madiun

Inovasi produk menurut Hurley & Hult (2012:83) menjelaskan bahwa inovasi produk merupakan salah satu dampak dari perubahan teknologi yang cepat dan variasi

Untuk melaksanakan penguatan sistem inovasi daerah, sesuai dengan amanat Peraturan Bersama Menristek dan Mendagri Nomor 3 Tahun 2012 dan Nomor 36 Tahun 2012

No Jenis Inovasi Penjelasan 1 Inovasi Dalam Produk Pelayanan Ini mengandung makna bahwa inovasi terjadi karena terjadi suatu perubahan desain maupun produk dari sebuah pelayanan,

Implikasi Hasil Penelitian Pengaruh Inovasi Produk dan Media Sosial Terhadap Minat Beli Secara Simultan Hasil penelitian ini diketahui bahwa variabel inovasi produk dan media