• Tidak ada hasil yang ditemukan

E-PROCEEDINGS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "E-PROCEEDINGS"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

234 MELINDUNGI ORANG PELARIAN: KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA

UNDANG-UNDANG ADAT ANTARABANGSA DAN ISLAM

Mualimin Mochammad Sahid*, Baidar Baidar Mohammed Mohammed Hasan, Noorfajri Ismail Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia

* (Corresponding author) email: [email protected] ABSTRAK

Salah satu fenomena global yang terus berlaku sehingga ke hari ini adalah isu orang pelarian. Ia akan sentiasa ada selagi mana wujud krisis dan konflik di sebuah negara tertentu. Orang pelarian adalah dilindungi di bawah prinsip non-refoulement dalam undang-undang adat antarabangsa. Di bawah undang-undang ini setiap negara mempunyai tanggungjawab untuk tidak memaksa pulang orang pelarian ke situasi di mana nyawa atau kebebasannya terancam tanpa mengira sama ada negara itu adalah pihak kepada Konvensyen 1951 Berkaitan Orang Pelarian atau tidak. Dalam agama Islam, prinsip ini telah digariskan sejak lebih 14 abad yang lalu menerusi ajaran agama yang termaktub dalam Quran dan Sunnah serta diamalkan oleh Nabi SAW dan para sahabatnya. Artikel ini akan mengkaji perbandingan di antara Undang-Undang Adat Antarabangsa dan Islam dalam memperlakukan orang pelarian dan statusnya. Berdasarkan kaedah kajian analisa dan perbandingan menggunakan data dan kajian kepustakaan, isu status orang pelarian dan hak mendapatkan perlindungan dihuraikan dan dikaji mengikut peruntukan undang-undang adat antarabangsa serta amalan agama Islam. Diantara hasil kajian adalah bahawa Islam melihat perlindungan kepada manusia adalah satu hak asasi yang tidak boleh dinafikan. Perlindungan kepada orang pelarian atas pelbagai sebab, khasnya yang melibatkan ancaman keselamatan diri dan nyawa sangat diperhatikan.

Justeru, amalan dalam agama Islam berkaitan status dan hak orang pelarian dilihat selari dengan peruntukan undang-undang antarabangsa serta menjadi rujukan penting dalam menangani isu kemanusian yang tiada penghujungnya ini.

Kata kunci: orang palarian, undang-undang adat antarabangsa, Islam, prinsip non-refoulement, hak asasi manusia

PENDAHULUAN

Islam adalah agama yang bukan hanya memberi perhatian kepada perkara-perkara agama sahaja, tapi ia juga mementingkan urusan keduniaan khasnya yang berkaitan dengan hubungan diantara individu, jemaah, masyarakat dan negara. Perkara ini bukan sesuatu yang menghairankan, kerana agama Islam diturunkan bagi memberikan penjelasan kepada segala sesuatu, sama ada yang berkaitan dengan keagamaan mahupun keduniaan, seperti dalam firman Allah SWT: “Dan Kami turunkan Kitab (Al-Qur’an) kepadamu untuk menjelaskan segala sesuatu sebagai petunjuk, serta rahmat dan khabar gembira bagi orang yang berserah diri (muslim)” (QS Al-Nahl: 89)

Orang pelarian adalah individu yang berada dalam keadaan terancam (vulnarable persons).Seseorang itu dianggap sebagai orang pelarian jika dia adalah orang yang lari daripada negara yang mengalami penganiyaan atau kezaliman ke negara lain sebagai tempat mencari suaka dan perlindungan. Orang

(2)

235 pelarian (Refugee) adalah orang yang merentas sempadan negaranya ke negara lain untuk mencariperlindungan, keselamatan dan tempat mencari pertolongan.

STATUS ORANG PELARIAN MENURUT AJARAN ISLAM (SYARIAH)

Dalam agama Islam, mencari suaka atau perlidungan adalah bertujuan untuk mendapatkan keselamatan dan menghindarkan dari bahaya yang boleh menimpa. Tempat berlindung atau suaka diibaratkan seperti benteng atau gunung dan gua, seperti yang disebut dalam QS al-Taubah: 57

“Sekiranya mereka memperoleh tempat perlindungan, gua-gua atau lubang-lubang (dalam tanah) niscaya mereka pergi (lari) ke sana dengan secepat-cepatnya”. (Wafa, 2009)

Menurut pandangan Syariat Islam, perlindungan kepada manusia adalah satu keperluan asas. Ini termasuk perlindungan kepada pelarian atau orang berhijrah di atas pelbagai sebab, khasnya yang melibatkan ancaman keselamatan diri dan nyawa.

Dalam ajaran Islam, orang yang memberi perlindungan kepada golongan berhijrah disifatkan sebagai orang-orang beriman. Seperti yang termaktub di dalam al-Quran, surah al-Anfal, ayat 74 yang bermaksud:

“Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah, dan orang-orang yang memberi tempat kediaman dan memberi pertolongan, mereka itulah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki (nikmat) yang mulia”(QS: Al-Anfal: 74)

Dalam sejarah Islam dicatatkan bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat meninggalkan kota Mekah setelah kaum Quraish yang menjadi penguasa Mekah pada zaman jahiliyah mengancam keselamatan mereka. Baginda SAW dan para sahabat diberi perlindungan untuk memenuhi keperluan hak asasi mereka oleh penduduk Madinah.

Inilah yang menjadi contoh teladan terawal sejarah manusia dalam perhubungan di antara si pencari perlindungan (suaka) dengan si pemberi perlindungan. Dalam contoh ini, dilihat bahawa hak asasi si pencari perlindungan (al-Laji’) dihubungkaitkan dengan kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh si pemberi perlindungan (al-Mulji’). (Wafa, 2009)

Dalam ajaran Islam, terdapat gesaan kepada umatnya untuk memberi perlindungan bukan sahaja kepada pencari perlindungan daripada kalangan orang Islam, bahkan juga kepada bukan Islam (non-Muslim). Orang yang mencari perlindungan dan diberi jaminan keamanan serta keselamatan, meraka tidak boleh dipaksa untuk menukar agama yang mereka anuti. Mereka juga tidak boleh diabaikan hak keperluan asas mereka, mereka perlu ditolong untuk menyatukan ahli keluarga mereka, serta dijamin nyawa serta harta benda mereka. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan jika seorang di antara orang-orang musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah ia supaya ia sempat mendengar firman Allah, kemudian hantarkanlah ia ke tempat yang aman baginya. Demikian itu disebabkan mereka kaum yang tidak mengetahui”. (QS: al-Taubah: 6)

Bahkan mereka juga tidak boleh dipulangkan ke negara asal jika menghadapi ancaman keselamatan diri di dalam negara mereka sendiri.

(3)

236 Dalam perkara ini, perlembagaan atau yang lebih dikenali dengan Piagam Madinah yang dibina oleh nabi Muhammad SAW pada tahun pertama Hijrah (622 M) dinyatakan bahawa hak bukan Islam adalah dijamin dan dilindungi. Piagam Madinah ini juga mengandungi peraturan berasaskan Syariat Islam bagi membentuk negara Islam yang mengandungi pelbagai kaum termasuk golongan bukan Islam.

Justeru, diantara kandungan Piagam Madinah ini adalah terma yang menyatakan bahawa semua penduduk Madinah bebas mengamal adat istiadat dan upacara keagamaan masing-masing.

Disamping itu, dinyatakan juga bahawa keselamatan orang Yahudi adalah terjamin selagi mereka taat kepada perjanjian yang tercatat dalam piagam tersebut. Ini memberi petunjuk bahawa Islam menuntut agar perlindungan merangkumi semua pihak termasuk orang bukan Islam.

Berdasarkan kepada contoh ini dan merujuk kepada perkara yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya, didapati bahawa Pertubuhan Negara Islam (OIC) juga telah mengeluarkan ketetapan tentang hak asasi tentang pelarian yang mencari perlindungan.

Dalam Artikel 12 Deklarasi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dinyatakan bahawa setiap orang berhak, dalam kerangka Syariat Islam untuk dapat bergerak bebas dan memilih tempat tinggal sama ada di dalam atau di luar negara, serta jika dianiaya, mereka berhak mencari perlindungan (suaka) di negara lain. Negara tersebut perlu memastikan perlindungannya sehingga mereka di tahap yang selamat, kecuali jika permohonan perlindungan (suaka) tersebut didorong oleh tindakan yang dianggap sebagai jenayah oleh Syariat Islam. (Ismail, 2015)

STATUS ORANG PELARIAN MENURUT UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA Mengikut Konvensyen Geneva 1951 orang pelarian adalah seorang yang berada di luar negara asalnya, mempunyai perasaan takut yang berasas atas sebab-sebab bangsa, agama, kewarganegaraan, pandangan politik atau keahlian dalam sesuatu kumpulan sosial, dan disebabkan perasaan takut tersebut, mereka tidak dapat atau tidak sanggup mendapatkan perlindungan negara itu. (UNHCR & Geneva, 2001)

Pelarian atau pengungsi secara umumnya ialah seseorang yang dipaksa untuk merentasi sempadan antarabangsa dan tidak dapat pulang ke negara atau petempatan asal. Orang tersebut mungkin dirujuk sebagai pencari suaka sehingga mendapat status sebagai pelarian. Terdapat satu jabatan antarabangsa yang menguruskan perlindungan pelarian, ia dipanggil sebagai Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Pelarian atau (UNHCR).(UNHCR Malaysia, 2021)

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah meletakkan satu set undang-undang antarabangsa khusus berkenaan dengan pelarian (refugees) dan pencari suaka (asylum seeker) iaitu Konvensyen Pelarian 1951. Konvensyen ini bertunjangkan kepada Artikel 14 dalam Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (Universal Declaration of human right). (UNHCR & Geneva, 2001)

Dilihat dari sejarahnya, ditubuhkannya konvensyen ini adalah disebabkan oleh kesan perang dunia kedua. Perang dunia kedua ini telah menyebabkan ratusan ribu orang awam menjadi mangsa pelarian. Mereka dari pelbagai negara telah dinafikan hak asasi seperti tempat tinggal, kesihatan, pendidikan, dan kerakyatan.

(4)

237 Oleh itu, bagi menjaga hak asasi pelarian akibat daripada peperangan yang telah berlaku, PBB telah mengadakan konvensyen ini dan telah ditandatangani oleh 147 negara (2010). Dalam konvensyen pelarian (Refugees Convention) tahun 1951, sudah digariskan dan disenaraikan tentang jenis hak asasi manusia yang akan terpelihara apabila pelarian-pelarian ini lari ke negara yang sudah menandatangani konvensyen tersebut.

Secara amalannya, orang-orang pelarian (refugee) akan diberi perlindungan sewajarnya jika mereka masuk ke negara lain dan memohon perlindungan (suaka). Justeru, negara yang menumpangkan pelarian-pelarian ini tak boleh menghantar mereka pulang ke negara asal kerana kemungkinan besar mereka berisiko dibunuh atau disakiti dan dalam keadaan bahaya yang boleh mengancam nyawa.

Undang-undang berkaitan perkara ini adalah terpakai tanpa mendiskriminasikan bangsa, agama dan negara asal pelarian tersebut mengikut kepada Artikel 3 Konvensyen Pelarian 1951. (UNHCR

& Geneva, 2001)

Ekoran itu, mana-mana negara yang menjadi tempat perlindungan dan memberi suaka kepada orang-orang pelarian, sudah sewajarnya melaksanakan undang-undang antarabangsa ini dan perlu aktif dalam menjaga hak asasi golongan pelarian, walaupun pada kenyataannya negera-negara ini termasuk dalam senarai negara yang tidak menandatangani konvensyen Pelarian tersebut. Perkara ini demikian kerana mendapat perlindungan dan keselamatan adalah di antara hak asasi manusia sejagad. (Azmi, 2020)

MELINDUNGI ORANG PELARIAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG ADAT ANTARABANGSA

Secara lebih spesifik, terdapat amalan melindungi orang pelarian di bawah peruntukan undang- undang adat antarabangsa yang dikenali dengan prinsip “Non-refoulement”. Prinsip ini bermaksud setiap negara mempunyai tanggungjawab untuk tidak memaksa pulang orang pelarian ke situasi di mana nyawa atau kebebasannya terancam. Tanggungjawab ini adalah ke atas semua negara tanpa mengira sama ada negara itu adalah pihak yang menandatangani Konvensyen 1951 berkaitan status orang pelarian ataupun tidak. (Riyanto, 2010)

Oleh itu, bagi mempastikan hak orang pelarian dipenuhi, Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) untuk Pelarian atau (UNHCR) mengiktiraf status orang pelarian dan pemohon suaka yang perlukan perlindungan antarabangsa. Diantara kaedah pemberian perlindungan oleh UNHCR adalah dengan cara memberikan dokumen UNHCR berupa kad yang akan membantu melindungi orang pelarian dan pemohon suaka jika berlaku apa-apa msalah yang membabitkan kebajikan atau keselamatan mereka. Walaubagaimanapu, dokumen berupa kad ini bukanlah lesen memandu, dokumen undang-undang, dokumen perjalanan, atau permit penetapan.

Sebaliknya ia hanya sebagai kad yang menjelaskan status sebagai orang pelarian yang diiktiraf oleh UNHCR dan ia tidak dapat memberi pemegangnya kekebalan dari tindakan undang-undang.

(UNHCR - Semak Fakta Pelarian, n.d.)

Selain peruntukan yang berkaitan status orang pelarian daripada UNHCR, terdapat satu prinsip berkaitan yang disebut prinsip Non-refoulement. Ia adalah salah satu konsep fundamental dalam sistem perlindungan antarabangsa bagi orang-orang pelarian (refugee) dan pencari suaka (asylum seeker). Prinsip ini merupakan tulang belakang sistem perlindungan antarabangsa bagi mereka

(5)

238 yang memerlukan perlindungan. Prinsip ini juga digazetkan dalam pelbagai instrumen undang- undang, sama ada antarabangsa mahupun kebangsaan.

Justeru, kewujudan prinsip non-refoulement dalam kerangka undang-undang perlindungan orang pelarian dan pencari suaka dianggap sangat relevan bagi perlindungan hak-hak asasi manusia dalam konteks yang lebih luas.

Jika sebuah negara secara konsisten dan meluas telah menjadikan suatu amalan menghormati dan melindungi setiap orang yang masuk ke negara tersebut untuk mendapatkan perlindungan, maka ini boleh dikira sebagai amalan negara yang merupakan satu elemen penting yang dikandungi undang-undang adat antarabangsa.

HUBUNGAN UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA DAN ISLAM BERKAITAN ORANG PELARIAN

Jika dilihat daripada ajaran Islam dan amalan undang-undang Antarabangsa mengenai hak pelarian dan peminta suaka, didapati bahawa diantara keduanya mempunya kesamaan dan keselarian.

Amalan dan tujuan dari perlaksanaan Konvensyen Pelarian adalah sesuai dengan norma-norma dan ajaran Syariat Islam. Banyak persamaan yang wujud di antara kedua-duanya kerana Islam merupakan agama fitrah yang mengandungi nilai-nilai murni universal. Islam sangat mendokong perkara-perkaran yang berkait rapat dengan tujuan penjagaan lima (5) prinsip Syariat Islam iatu menjaga agama, nyawa, akal, nasab dan harta (Maqasid Syariah). Memberikan perlindungan (suaka) kepada orang pelarian yang memerlukan keselamatan ke atas diri mereka adalah adalah salah satu tujuan Syariat untuk memelihara nyawa (hifz al-Nafs). Hal ini tidak lah menghairankan kerana Islam adalah agama yang selari dan menepati kehendak naluri manusia. Pada masa yang sama, agama Islam tetap kukuh dengan prinsip-prinsipnya yang benar. (Mualimin Mochammad Sahid, 2018) Ekoran nilai-nilai dan objektif yang terkandung dalam agama Islam ini, ketua Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR), Antonio Guterres, pernah menyatakan bahawa Syariat Islam memperkukuhkan lagi prinsip hak kemanusiaan dalam persaudaraan, persamaan, dan bertolak ansur sesama bangsa manusia. Mengurangkan penderitaan, membantu dan memberi perlindungan, menjamin keselamatan kepada golongan yang memerlukan walaupun pihak musuh, merupakan sebahagian daripada Syariat Islam. Elemen ini telah pun wujud berabad-abad lamanya mendahului perjanjian-perjanjian antarabangsa mengenai hak asasi manusia termasuk hak pelarian dan prinsip tiada ektradisi yang boleh mengancam keselamatan pencari perlindungan. (Ismail, 2015)

Apa yang disampaikan ini menjadi bukti dan satu pengiktirafan kepada prinsip-prinsip Islam dalam isu-isu pelarian yang berlaku di dunia dari dulu sehingga ke hari ini. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa Islam menunjukkan kepada manusia keperluan asas mereka dan hak-hak manusia yang perlu ditunaikan termasuk kepada pencari perlindungan (suaka) seperti yang berlaku ke atas orang- orang pelarian ini. Setiap negara tanpa mengira statusnya terhadap konvensyen 1951, perlu menunjukkan komitmen aktif dan positif kepada pelarian atau pencari perlindungan (suaka).

Justeru, apa yang dilihat hari ini di negara-negara yang memperlakukan orang-orang pelarian pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) dengan baik, seperti membenarkan mereka tinggal sementara di negara pemberi suaka dan dikecualikan daripada penguatkuasaan undang-undang imigresen, adalah satu bentuk realisasi

(6)

239 menjaga hak asasi manusia dan memberi bantuan serta berbuat baik kepada sesama insan. Dalam isu-isu hak kemanusian ini, Islam adalah dianggap yang terkehadapan menerusi ajaran-ajarannya yang menggesa umatnya untuk berbuat demikian sejak lebih dari 14 abad yang silam. (Ismail, 2015)

SYARAT-SYARAT STATUS ORANG PELARIAN MENGIKUT UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA DAN ISLAM

Dalam Undang-Undang Antarabangsa, berdasarkan pasal 1 Konvensyen tahun 1951 dan Protokol 1965 tentang orang pelarian, terdapat syarat-syarat untuk dikira sebagai orang pelarian, diantaranya adalah seperti berikut: (UNHCR & Geneva, 2001)

1. Seseorang tersebut perlu berada di luar negaranya sendiri atau negara lain dimana dia tinggal dan bermukim saat ini bagi mereka yang tidak mempunyai kewarganegaraan.

2. Terdapat rasa ketakutan yang menyebabkan dia terdedah kepada kezaliman atas sebab masalah etnik, agama, kewarganegaraan, atau isu sosial tertentu dan pandangan politik.

3. Seseorang tersebut tidak mampu atau tidak mahu mendapatkan perlindungan daripada negeranya sendiri atau dari negara tempat dia bermukim saat ini jika tidak mempunyai kewarganegaraan.

Adapun dalam ajaran Islam, untuk mendapatkan status orang pelarian, terdapat syarat-syarat yang perlu dipenuhi, seperti berikut:

1. Seseorang tersebut berada di negara Islam (Dar al-Islam) atau di kawasan yang berada dibawah jajahan negara Islam.

Syarat ini adalah umum dimaklumi, kerana agar negara Islam dapat memberikan perlindungan, seseorang tersebut perlu berada di dalam negara tersebut. Negera Islam ini merangkumi Kawasan-kawasan yang melaksanakan hukum Islam dan penduduknya merasa selamat di dalamnya, sama ada dari kalangan orang Islam atau penduduk bukan (dzimmi), atau orang-orang berstatus mendapat perlindungan dan keselamatan (musta’man).

Dalam Islam juga, perlindungan (suaka) boleh diberikan kepada seseorang yang memerlukannya ketika dia berada di kawasan-kawasan dibawa kekuasaan negara Islam, seperti mereka berada di bangunan-bangungan misi diplomasi dan kapal-kapal perang.

(Muflih, 1971)

Para sarjana (fuqaha) Islam juga memperakui dan mengambilkira perlindungan yang diberikan oleh negara-negara lain berdasarkan kepada amalan kaedah Bidang Kuasa Wilayah (Regional Jurisdiction) dan wilayah negara Islam tidak meliputi wilayah-wilayah yang tidak termasuk di dalam kuasanya.

2. Dalam agama Islam apapun sebab memohon perlindungan (suaka) adalah sama. Ini bermakna jika terdapat sebab dan punca memohon perlindungan, Islam akan memberikan perlindungan tersebut. Tidak menjadi syarat seseorang itu adalah orang yang telah lari ke negara Islam kerana takut dianiaya atau tindakan kezaliman lain dari negaranya. Justeru, perlindungan boleh diberikan kepada sesiapa yang memerlukannya atau mohon untuk bermukim di negara Islam, kerana ia mahu memeluk agama Islam atau ingin menjadi penduduk bukan muslim di negara Islam (Ahlu Dzimmah). Peruntukan dan amalam dalam

(7)

240 Islam ini berbeza dengan apa yang diamalkan dalam undang-undang antarabangsa. Kerana dalam konvensyen 1951 dan Protokol 1965 berkaitan dengan orang pelarian, keduanya memperuntukkan bahawa definasi orang pelarian adalah orang yang lari dan keluar dari negara sendiri kerana takut dianiaya dan disiksa. Adapun definasi dalam Islam tentang orang pelarian ini adalah lebih luas.

3. Orang pelarian tidak mahu atau tidak dapat memperolehi perlindungan daripada negaranya sendiri. Ini bermaksud kedatangan orang pelarian ke negara Islam dan keinginannya untuk bermukim menunjukkan ia memerlukan perlindungan. Mengikut ajaran Islam seperti yang termaktub dalam Al-Qur’an dengan istilah istijarah (memohon perlindungan) dan istilah ijarah (memberikan perlindungan).

4. Urusan pemberian perlindungan dan proses serta kesan-kesannya tidak bercanggah dengan kaedah hukum Islam. (Jamaah, 1988)

Secara prinsipnya, amalan memberikan perlindungan kepada orang pelarian adalah berdasarkan kepada maksud firman Allah seperti yang termaktub dalam Al-Hasyr ayat: 9:

“Dan orang-orang (Ansar) yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah ke tempat mereka. Dan mereka tidak menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin); dan mereka mengutamakan (Muhajirin), atas dirinya sendiri, meskipun mereka juga memerlukan. Dan siapa yang dijaga dirinya dari kekikiran, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung” (QS: Al-Hasyr: 9)

Berdasarkan ayat ini, terdapat prinsip-prinsip dan amalan Islam berkaitan dengan orang pelarian, diantaranya seperti berikut: (Wafa, 2009)

1. Keterujaan dalam menerima dan menyambut orang-orang pelarian (dalam konteks ayat ini adalah orang-orang muhajirin yang berpindah dari satu kawasan ke kawasan lain) dan melayan mereka dengan baik.

2. Melayan orang pelarian dengan baik dan memberikan keutamaan kepada mereka (konsep al-ithar) iaitu mendahulukan keperluan mereka khasnya yang berkaitan dengan urusan keduniaan.

3. Menyambut dan menerima orang pelarian tanpa mengira status mereka, sama ada miskin atau kaya. Ini kerana tujuan utamanya adalah memberikan perlindungan kepada mereka dan mempastikan keselamatan di tempat mereka bermukim.

4. Tidak menolak orang-orang yang berpindah dari tempat mereka ke tempat baharu jika mereka dalam keadaan memerlukan dan situasi sulit yang dialami.

5. Ayat di atas menjadi rujukan dalam isu pelarian dalam rantau yang sama (regional asylum) berkaitan pemberian perlindungan dalam rantau yang sama kepada mereka yang dating meminta perlindungan tersebut.

(8)

241 PERBANDINGAN DIANTARA UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA DAN ISALAM BERKAITAN ORANG PELARIAN

Terdapat beberapa persamaan dan juga perbezaan di antara Undang-Undang Adat Antarabangsa dan Islam berkaitan orang pelarian. Huraian persamaan dan perbezaan tersebut dapat dilihat menerusi ringkasan seperti berikut:

A. PENGIKTIRAFAN ORANG PELARIAN Undang-Undang Adat Antarabangsa Islam Mengiktiraf bahawa setiap individu,di

kalangan manusia mempunyai Hak Asasi (Human Right) yang diiktiraf dan perlu dijaga serta dipertahankan.

Dalam agama Islam, Hak Asasi Manusia (Human Right) amat penting dan diberikan perhatian lebih menerusi pengiktirafan sebagai Nilai murni sejagad, seperti yang disebut dalam Maqasid Syariah, iaitu kewajipan menjaga nyawa (Hifz al- Nafs), dan berdasarkan konsep Maslahah (kemaslahatan manusia sama ada di dunia mahupun Akhirat), serta prinsip Islam sebagai agama yang meletakkan manusia sama di sisi Allah, disamping sebagai agama yang menjadi rahmat untuk semua.

B. DEFINASI ORANG PELARIAN Undang-Undang Adat Antarabangsa Islam Orang pelarian adalah seorang yang

berada di luar negara asalnya, mempunyai perasaan takut yang berasas atas sebab – sebab bangsa, agama, kewarganegaraan, pandangan politik atau keahlian dalam sesuatu kumpulan sosial, dan disebabkan perasaan takut tersebut, mereka tidak dapat atau tidak sanggup mendapatkan perlindungan negara itu

Islam menegaskan bahawa setiap orang berhak, dalam rangka Syariah, bergerak

bebas dan memilih tempat tinggal sama ada di dalam atau di luar negara, serta jika dianiaya, berhak mencari suaka di negara lain. Negara tersebut perlu memastikan perlindungannya sehingga

dia di tahap selamat, kecuali suaka didorong tindakan yang Syariah

Islam menganggapnya sebagai jenayah. Seperti mana yang termaktub dalam Artikel 12 Deklarasi OIC (Pertubuhan Negara Islam). (Munazzamah Al- Ta’awun Al-Islami (OIC), n.d.)

C. PERUNTUKAN DAN DASAR MENGIKTIRAN STATUS ORANG PELARIAN Undang-Undang Adat Antarabangsa Islam

Pengiktiran terhadap status orang pelarian termaktub dalam peruntukan Undang- Undang Antarabangsa, seperti yang disebut dalam Perkara 1.A.2 Konvensyen berkenaan Status Pelarian, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tahun 1951 dan juga Protokol tahun 1967.

Amalan dan galakkan Islam dalam memperlakukan orang pelarian disebut secara jelas dalam al-Qur’an dan Hadis, serta diamalkan oleh Nabi SAW dan para Sahabatnya. Dintaranya adalah yang disebut dalam (QS: Al-Anfal: 74): “Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah, dan orang-orang yang memberi tempat kediaman dan memberi pertolongan (kepada orang Muhajirin), mereka itulah

(9)

242 orang yang benar-benar beriman. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki (nikmat) yang mulia. (QS: At- Tawbah: 6): “Dan jika di antara kaum musyrikin ada yang meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah agar dia dapat mendengar firman Allah, kemudian antarkanlah dia ke tempat yang aman baginya.

(Demikian) itu karena sesungguhnya mereka kaum yang tidak mengetahui”. (QS: At-Tawbah: 57): “Sekiranya mereka memperoleh tempat perlindungan, gua-gua atau lubang-lubang (dalam tanah), niscaya mereka pergi (lari) ke sana dengan secepat-cepatnya”, (QS: Al-Hasyr: 9):

“Dan orang-orang (Ansar) yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah ke tempat mereka. Dan mereka tidak menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin); dan mereka mengutamakan (Muhajirin), atas dirinya sendiri, meskipun mereka juga memerlukan. Dan siapa yang dijaga dirinya dari kekikiran, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung”.

Dan juga ketika peristiwa pembukaan kota Mekkah (Seperti yang disebut dalam hadis riwayat Muslim, bahawa Nabi SAW mengumumkan kepada semua penduduk kota Mekkah semasa peristiwa tersebut:

“Barangsiapa yang masuk Masjidil Haram ia selamat, barangsiapa yang masuk rumah Abu Sufyan dia selamat, barangsiapa yang meletakkan senjatanya dia selamat, dan barangsiapa yang menutup pintu rumahnya dia selamat” (HR Muslim, no. 1780). Dan juga ucapan Nabi SAW kepada Ummu Hani’: “Kami telah melindungi orang yang engkau lindungi wahai Ummu Hani’”

(HR Ibnu Hibban, No. 1188) (Hibban, 1952)

4. RUJUKAN DAN DASAR PRINSIP NON-REFOULEMENT (PROHIBITION OF EXPULSION)

Undang-Undang Adat Antarabangsa Islam Prinsip Non-Refoulement (Prohibition of

Expulsion) atau larangan menghantar pulang orang pelarian termaktub dalam Undang-Undang Adat Antarabangsa (Konvensyen 1951). Peruntukkan ini menyebutkan bahawa: “Setiap negara mempunyai tanggungjawab untuk tidak memaksa pulang orang pelarian ke situasi

Agama Islam telah meletakkan kepentingan yang tersendiri berkaitan orang pelarian dengan menjaga hak-haknya. Perkara ini dapat dilihat menerusi rujukan seperti Berikut:

1. Wujudnya banyak Ayat al-Qur’an dan Hadis Nabi SAW berkaitan dengan orang Pelarian dan kisah memberikan perlindungan (suaka) kepada mereka.

(10)

243 di mana nyawa atau kebebasannya

terancam tanpa mengira sama ada negara itu adalah pihak kepada Konvensyen 1951 Berkaitan Orang Pelarian atau tidak”

(Riyanto, 2010)

2. Islam mengiktiraf sumber hukum berdasarkan kepada URUF, sebagai sumber sekunder Hukum Islam.

(Mochammad Sahid et al., 2020)

3. Menjaga nyawa, adalah salah satu prinsip utama dalam Islam yang wajib dijaga (Maqasid Syariah dalam Menjaga nyawa) (Al-Khadimi, 2014)

4. Amalan Nabi SAW dan para Sahabatnya semenjak awal mula Islam lagi sehingga masa khilafah Islamiyah dalam melindungi orang pelarian.

Berdasarkan penjelasan berkaitan perbezaan dan persamaan di atas, nampak jelas bahawa meskipun dalam kedua-dua undang-undang (Undang-Undang Antarabangsa dan Islam) secara umumnya mengiktiraf status dan hak orang pelarian, namun Islam dilihat jauh lebih kehadapan dalam memberikan perhatian terhadap golongan ini. Perlakuan Islam terhadap orang pelarian dan golongan-golongan teraniaya lainnya telah menjadi satu amalan dan perintah agama yang wajib dilakukan oleh semua orang Islam.

KESIMPULAN

Isu orang pelarian yang telah menjadi isu global dan tidak berpenghujung sehingga ke hari ini mendapat perhatian yang sama dalam Islam dan juga Undang-Undang Antarabangsa. Oleh kerana ia melibatkan hak asasi manusia (human rights), tiada satupun agama di dunia yang dapat menafikan keperluan memberikan bantuan dan pertolongan kepada golongan ini. Jika di dalam Undang- Undang Antarabangsa terdapat peruntukan khas berkaitan orang pelarian menerusi Konvensyen 1951 dan prinsip Non-Refoulement (Prohibition of Expulsion), Islam dilihat lebih kehadapan dalam memberikan perlakuan atau peruntukan bagi golongan ini sejak lebih daripada 14 abad yang silam.

Menerusi ajaran al-Qur’an dan As-Sunnah, serta amalan yang ditunjukkan oleh para Sahabat Nabi dan generasi-generasi yang datang selepas mereka. Walaubagaimanapun, hakikatnya, sehingga ke hari ini masih terdapat amalan sebahagian negara yang tidak mencerminkan ajaran Islam sebenar dalam memperlakukan goloangan orang pelarian. Tidak memperlakukan golongan ini dengan sewajarnya, apatahlagi membiarkan mereka dalam situasi yang membahayakan nyawa serta tidak memberikan sebarang pertolongan, adalah bukan sahaja menyalahi Undang-Undang Antarabangsa tetapi juga bercanggah dengan ajaran agama Islam.

(11)

244 RUJUKAN:

Al-Khadimi, N. (2014). Ilm al-Maqasid al-Syariah (5th ed.). Oebikan Publishing: Riyadh Azmi, M. I. bin. (2020). Isu Rohingya: Apakah Konvensyen Pelarian 1951? Ismaweb.Net.

https://ismaweb.net/2020/05/02/isu-rohingya-apakah-konvensyen-pelarian-1951/

Hibban, I. (1952). Sahih Ibn Hibban.

Ismail, E. M. A. bin. (2015). Pelarian Manusia Dari Perspektif Islam – Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Utusan Malaysia.

http://www.ikim.gov.my/index.php/2015/12/02/pelarian-manusia-merupakan-satu- fenomena-yang-sentiasa-berlaku-apatah-lagi-jika-wujud-krisis-dalam-negara-tertentu- konvensyen-geneva-1951-mendefinasikan-seseorang-pelarian-ialah-seorang-yang-berada-d/

Jamaah, I. I. (1988). Tahrir Al Ahkam Fi Tadbir Ahli Al Islam. Dar Al thaqafah, Doha.

Mochammad Sahid, M., Gunardi, S., & Zahalan, N. M. H. (2020). Konsep Uruf dan Maslahah Sebagai Sumber Rujukan: Status Wanita Terhadap Harta Sepencarian dalam Perundangan Islam di Malaysia. ‘Abqari Journal, 23(2), 139–156.

https://doi.org/10.33102/abqari.vol23no2.357

Mualimin Mochammad Sahid. (2018). Muzakkirah Fi Maqasid Syariah (1st ed.). Penerbit USIM.

Muflih, I. (1971). Al Adab al Syariyyah Wa al Manh al Mariyah. maktabah Al-Riyadh al hadithah:

Riyadh.

Munazzamah Al-Ta’awun Al-Islami (OIC). (n.d.). Retrieved January 25, 2022, from https://www.oic-oci.org/home/?lan=ar

Riyanto, S. (2010). Prinsip Non-Refoulement dan Relevansinya dalam Sistem Hukum Internasional. Mimbar Hukum - Fakultas Hukum Universitas Gadjah Mada, 22(3), 434–449.

https://doi.org/10.22146/JMH.16234 Undang-Undang Antarabangsa Adat - Wikipedia,

https://ms.wikitrev.com/wiki/Customary_international_law (Accessed: 2022-01-25)

Undang-undang antarabangsa - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. (n.d.). Retrieved January 25, 2022, from https://ms.wikipedia.org/wiki/Undang-undang_antarabangsa

UNHCR - Semak Fakta Pelarian. (n.d.). Retrieved January 25, 2022, from

https://www.unhcr.org/en-my/semak-fakta-pelarian-mana-fakta-mana-mitos.html UNHCR, & Geneva, S. (2001). The 1951 convention relating to the status of refugees and its

1967 protocol signing on could make all the difference. In Refugee Survey Quarterly (Vol. 20, Issue 3). UNHCR Geneva, Switzerland. https://doi.org/10.1093/rsq/20.3.105

UNHCR Malaysia. (2021). UNHCR - Malaysia. https://www.unhcr.org/en-my/malaysia.html Wafa, A. A. al. (2009). Haqq al Luju’ Bayna al-Shariah al Islamiyah wa al Qanun Al-Duwali - Dirasat

Muqaranah. UNHCR Riyadh, Saudi Arabia.

Referensi

Dokumen terkait

Studi islam secara harfiyah adalah kajian tentang hal-hal yang berkaitan dengan keislaman makna ini angat umum karena segala sesuatu yang berkaitan dengan islam dikatakan studi

Bagi Said Aqiel Siradj, Islam bukan hanya sebatas nama formal sebuah agama yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w., lebih dari itu, menurutnya, hakikat Islam

Keselamatan akal juga diutamakan dalam tamadun Islam kerana dengan akal manusia boleh.. menguruskan alam ini. Oleh itu Islam mengharamkan sesuatu perkara yang boleh

9 Antara berikut yang manakah bukan merujuk kepada ciri keunggulan Islam A Islam merupakan agama terakhir yang diturunkan oleh Allah SWT?. B Agama yang lengkap dan menyeluruh,

Islam adalah agama yang sempurna segala sesuatu di atur oleh agama islam, bahkan tentang pendidikan jasmani dak keterampilan islam juga mengatur hal tersebut,

Bagi penulis, diharapkan dapat memberikan pengetahuan dan menambah wawasan penulis tentang segala sesuatu yang berkaitan dengan Peran Guru Pendidikan Agama Islam Dalam

Dari uraian penjelasan di atas dapat ditarik kesimpulan bahwa kompilasi hukum Islam sebagai hukum materi hakim agama dalam menyelesaikan perkara pada

Oleh kerana Islam bukan satu agama yang memaksa pihak lain untuk memeluk Islam, maka Islam juga memberi ruang dan hak untuk orang bukan Islam melaksanakan keperluan asas