PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP DRAMA YANG DIADAPTASI DARIPADA NOVEL
Wan Noorazlen Binti Abd Halim 54186
Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan Dan Kreatif Dengan Kepujian (WA59 - Pengurusan Seni)
2018
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
Faculty of Applied and CreativeArts
l
IfNlVERSlTl MALAY, [A "'iARAWAK
BORANG PF.NGESAHAN STATUS TESJS/LAPORAN ~ JUDUL: PERSEPSI MASYARAKi',. T TERHADAP DRAMA YANG DlAD/;Pf}\Sf l
DARIPADA NOVEL
SESI I'ENCAJIAN :2015/2016 Saya ' WAN NOORAZLEN BlNTl\13D If".' 1M
Mengaku membenarkan tesis/laporan* ini disimpan di Pusat Khidmal Maklumat
\ k3Jcmik, l.':.j', e~5jli \ 1aJa}siJ SJr;J\I';lk dcng:.n syaral-sy:tr:lt k.:;;UrrU<ln ~cp;:r.; bcrikllt :
1. Tesis/Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak
2. PlI:;.111 Khiilimu Makillmal .\kademik. Universili MalaY,13 Sara\\ak cilbcnarkan mcmbuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja
) Pu,at Khidmat Maklumat Akademik. TIniversili alay<in "ara\V~k dibcnarkun membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salimm tesisilaporan ini sebagai bahan perlukaran antara institllsi pengajian tinggi
'i *sila tandakan( ! )
D SUUT (meng'lildungi maklumal yang b<-rdajah keselamatan alau kepentingan telmaktub oi dalam AKTA RAHSfA D TERHAD RASJ\'111972)
(mcngandungi maklltmal terlmd yang te!ah dilcntukan
[Zf
nDAK TERRAD oleh organisasilbadan di mana penyclidikan dijalankan)Disah~ k~
.-_. . - --_.._ --- - -
Tandatangan Penulis Tandatang n Penyelia
Tarikh: 5/ 10
/2
018
Tarikh : I)I " I
fr.> (lMoboi Fa/lmi YaIIa,...
Alamat tetap : l«rurer
Facul1y of Applied.". Creari" Arts
I "I 13()' Taman <;entoSB UN/VERSm MALAYSIA SAI!~W"K
Karnpung Wakaf Berangan, 16800 Pasir Puteh,
I
Kdanlan.Catalan: *Tesis/Laporan dirnaksudkan sebagai lesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana
\lud"
*Jika Tesis/Laporan ini SliLIT atau TERHAD, sila larnpirkan sural daripada pihak berku3sa/organisasi berkenaaIl dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/Japoran
inl perlu sebagai SULIT atau TERHAD
j
PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP DRAMA YANG DIADAPTASI DARIPADA NOVEL
WAN NOORAZLEN BINTI ABD HALIM 54186
Kajian ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan Dan Kreatif Dengan Kepujian
(Program Pengurusan Seni)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2018
PENGAKUAN
Projek bertajuk ‘Persepsi Masyarakat Terhadap Drama Yang Diadaptasi Daripad Novel’ telah disediakan oleh Wan Noorazlen Binti Abd Halim dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian (Pengurusan Seni).
Diterima untuk diperiksa oleh:
(Encik Mohd Fahmi Bin Yahaya) Tarikh :
i
PENGHARGAAN
Bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya Projek Tahun Akhir ini berjaya disiapkan dengan sepenuhnya,
Sejuta perghargaan ditujukan kepada Encik Fahmi Bin Yahaya selaku penyelia Projek Tahun Akhir. Dengan tunjuk ajar, dorongan serta bimbingan penuh daripada beliau, pengkaji dapat menyiapkan kajian ini dengan jayanya.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada kepada Puan Nordiana Binti Ahmad Nordin iaitu selaku pensyarah dari Fakulti Ekonomi dan Perniagaan kerana sudi menjadi tetamu jemputan bagi menjadi penceramah bengkel analisis data dengan menggunakan SPSS dan memberi tunjuk ajar kepada pengkaji untuk menganalisis data bagi mendapatkan dapatan kajian. Beliau juga mengajar pengkaji untuk membuat jadual ujian kebolehpercayaan supaya kelihatan lebih kemas dan mudah difahami.
Untuk ibu tersayang Fatimah Zaharah Binti Ab. Hamid terima kasih diatas sokongan dan dorongan serta memberi semangat untuk menyiapkan Projek Tahun Akhir ini dengan jayanya..
Akhir sekali, penghargaan ini juga pengkaji tujukan kepada semua pihak yang terlihat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan kajian ini.
ii ABSTRAK
Tujuan kajian ini adalah untuk menilai persepsi masyarakat terhadap drama yang diadaptasi daripada novel dari segi pemilihan drama, pengalaman dan proses mendapatkan maklumat. Drama yang diadaptasi daripada novel telah menjadi genre yang popular di televisyen. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui pengedaran boramg soal selidik. Hasil kajian ini untuk menunjukkan sejauh mana persepsi masyarakat terdapat drama yang diadaptasi daripada novel. Dengan menggunakan data yang diperolehi daripada responden untuk menganalisis hubungkait diantara pemilihan drama, pengalaman dan proses mendapatkan maklumat telah diuji menggunakan dengan menggunakan Pearson Korelasi. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungkait yang positif dan kukuh antara pembolehubah tidak bersandar (independent variable) iaitu pemilihan drama, pengalaman dan proses mendapatkan maklumat mempengaruhi persepsi masyarakat terhadap drama yang diadaptasi daripada novel. oleh hal demikian, pengkaji mengharapkan agar hasil kajian ini dapat memberi maklumat baru berkaitan persepsi.
Kata Kunci : Persepsi, Drama Adaptasi Novel, Pemilihan Drama, Pengalaman, Proses Mendapatkan Maklumat
iii ABSTRACT
The purpose of this study is to evaluate the perception of the society on the adapted drama of the novel in the selection of drama, experience and process of obtaining information. Drama adapted from the novel has become a popular genre on television.
This study uses quantitative methods through distribution of questionnaires. The results of this study show the extent to which the public perception of the novel adapted from the novel. Using the data obtained from the respondents to analyze the relationship between drama selection, experience and information retrieval process has been tested using Pearson Correlation. The results showed that there was a positive and strong relationship between independent variables (independent variables), drama selection, experience and the process of obtaining information influencing public perceptions of adapted drama from novel. Therefore, the researcher expects the results of this study to provide new information regarding perception.
Keywords: Perception, Drama Adaptation Novel, Drama Selection, Experience, Process Obtain information
iv
SENARAI KANDUNGAN
PENGHARGAAN i
ABSTRAK ii
ABSTRACT iii
ISI KANDUNGAN iv
SENARAI JADUAL vii
SENARAI RAJAH vii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN BAB 1
1.2 LATAR BELAKANG 1 - 2
1.3 PENYATAAN MASALAH 2 - 3
1.4 OBJEKTIF KAJIAN 3
1.5 PERSOALAN KAJIAN 3
1.6 SKOP KAJIAN 4
1.7 KESIMPULAN 4
BAB 2 SOROTAN KESUSASTERAAN
2.1 PENGENALAN BAB 5 – 6
2.2 KERANGKA TEORI ( RESEARCH FRAMEWORK) 7
2.3 HIPOTESIS KAJIAN 8
v
2.4 DD DEFINISI DRAMA DAN DEFINISI NOVEL 9 – 11
2.5 DEFINISI PERSEPSI
2.5.1 PEMILIHAN DRAMA 2.5.2 PENGALAMAN
2.5.3 PROSES MENDAPATKAN MAKLUM
12 – 13 14 15 – 16
2.6 RUMUSAN 17
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 PENGENALAN BAB 18
3.2 KAEDAH PERSAMPELAN 19
3.3 JENIS DATA
3.3.1 DATA PRIMER 3.3.2 DATA SEKUNDER
19 – 20 3.4 DD INSTRUMENTASI KAJIAN. 21 – 22
3.5 KAEDAH PENGANALISAAN DATA 22
3.6 RUMUSAN 23
BAB 4 DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS DATA
4.1 PENGENALAN BAB 24
4.2 HASIL DAPATAN KAJIAN
4.2.1 LATAR BELAKANG RESPONDEN
25 - 30
4.3 UJIAN KEBOLEHPERCAYAAN
(REALIABILITY TEST ) 31 - 32
vi
4.4 DD ANALISIS KORELASI ( CORRELATION ANALYSIS) 32 – 33
4.5 RUMUSAN 33
BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 PENGENALAN BAB 34
5.2 CADANGAN KERANGKA KAJIAN
35 5.3 PERBINCANGAN
5.3.1 PEMILIHAN DRAMA 5.3.2 PENGALAMAAN
5.3.3 PROSES MENDAPATKAN MAKLUMAT
36 – 37 38 – 39
40 - 41
5.4 DD LIMITASI KAJIAN 42
5.5 CADANGAN UNTUK KAJIAN LANJUTAN
5.5.1 CADANGAN KAJIAN PENGKAJI AKAN DATANG
43
5.6 KESIMPULAN 44 – 45
SENARAI RUJUKAN 46 – 48
LAMPIRAN 49 – 60
vii SENARAI JADUAL
Muka Surat
3.4 6 Titik Skala Likert Mengukur Persepsi Masyarakat 22 Terhadap Drama Yang Diadaptasi Daripada Novel
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Demografi 26 - 27 4.3 Ujian Kebolehpercayaan ( Realiability Test ) 31 4.4 Analisis Korelasi ( Correlation Analysis) 32
SENARAI RAJAH
Muka Surat
2.2 Kerangka Teori ( Research Framework) 7
5.2 Cadangan Kerangka Kajian 35
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN KAJIAN
Bab satu membincangkan tentang latar belakang kajian, permasalahan yang dihadapi yang membuatkan pengkaji tertarik dan berminat untuk menjalankan kajian berkenaan tajuk yang dipilih iaitu persepsi masyarakat terhadap drama yang diadaptasi dari novel, objektif kajian, persoalan kajian dan skop kajian yang ingin dikaji.
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN
Menurut Dasar Industri Kreatif Negara (2009), seni persembahan merupakan sebahagian daripada industri kreatif dan industri kebudayaan yang merujuk kepada teori dan amali drama, teater dan filem.Semua bentuk seni ini menggunakan bahasa dan tindakan manusia sebagai eleman utama untuk menghasilkan seni dengan cara yang tersendiri.
Drama adalah salah satu genre karya sastera yang terdiri dari dua dimensi, iaitu dimensi sastera dan pementasan. Sastera merupakan teks naskah sedangkan pementasan pula seni lakon atau seni teater. Tambahan pula, Drama biasanya dikaitkan dengan gambaran kehidupan atau lakonan manusia dalam bentuk bertulis iaitu skip atau teks.
Menurut kamus dewan Bahasa dan pustaka edisi ke-4, drama ialah karya yang dipersembahkan oleh pelakon di pentas, radio, atau TV. Di samping itu, novel
2
mempunyai nilai komersial yang tinggi faktor ini mendorong penerbit atau pengarah drama untuk mengadaptasikan novel tersebut menjadi sebuah drama.
1.3 PENYATAAN MASALAH
Sebahagian besar menilai drama yang diadaptasi dari novel adalah mempunyai jalan cerita atau genre yang agak sama seperti cinta dan kasih sayang, isu kekeluargaan, isu terpaksa berkahwin dengan pilihan keluarga, perebutan harta, dendam, hasad dengki, trauma dan banyak lagi. Seorang pelakon tanah air Syarnnaz Ahmad berkata Negara kita mempunyai ramai penulis skrip yang bagus dan baik, jika hanya semua drama diadaptasi dari novel bagaimana bakat dan nasib mereka iaitu penulis skrip.
Menurut Utusan Online (2012), industri seni kita kini kian berkurangan penulis skrip drama bermutu dan berilmu walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan dan pusat pengajian tinggi yang menyediakan kuliah penulisan kreatif. Penulis skrip sepatutnya memerlukan bakat dan ilmu pengetahuan mengenai isu dan jalan cerita yang bakal dipaparkan. Namun, penulis masih berada di takup yang sama dan kebanyakan skrip drama Melayu begitu klise dan isu yang sama masih berulang kali ditayangkan, tema, persoalan dan jalan cerita masih di landasan sama tanpa ada pembaharuan.
Oleh hal demikian, pengkaji berminat untuk mengkaji mengenai persepsi masyarakat terhadap drama yang diadaptasi dari novel. Menurut Ziela Jalil (2015), di dalam artikel therakyatpost.com drama yang diadaptasi dari novel menjadi trend untuk
3
merancakkan lagi dunia penerbitan televisyen dan hiburan secara amnya. Drama yang diadaptasi dari novel semakin mendapat tempat di hati penonton.
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
1. Untuk menganalisis hubungkait seseorang dalam pemilihan drama mempengaruhi persepsi masyarakat terhadap drama yang diadaptasi dari novel.
2. Untuk menganalisis hubungkait pengalaman akan mempengaruhi persepsi masyarakat terhadap drama yang diadaptasi dari novel.
3. Untuk menganalisis hubungkait proses untuk mendapatkan maklumat akan mempengaruhi persepsi masyarakat terhadap drama yang diadaptasi dari novel.
1.5 PERSOALAN KAJIAN
1. Adakah pemilihan drama akan mempengaruhi persepsi masyarakat terhadap drama yang diadaptasi dari novel.
2. Adakah pengalaman akan mempengaruhi persepsi masyarakat terhadap drama yang diadaptasi dari novel.
3. Adakah proses untuk mendapatkan maklumat akan mempengaruhi persepsi masyarakat terhadap drama yang diadaptasi dari novel.
4 1.6 SKOP KAJIAN
Skop kajian ini memfokuskan kepada persepsi masyarakat terhadap drama yang diadaptasi dari novel. Pengkaji juga menganalisis hubungkait seseorang dalam pemilihan drama, pengalaman dan proses mendapatkan maklumat mengenai drama akan mempengaruhi atau sebaliknya persepsi masyarakat terhadap drama yang diadaptasi dari novel. Pengkaji menjalankan kajian ini secara umum dan tiada skop tempat yang ditetapkan bagi menjalankan kajian ini. Pengkaji juga menggunakan kaedah kuantitatif dan akan mengedarkan borang soal selidik kepada 250 responden secara rawak.
1.7 KESIMPULAN
Kesimpulannya, pendahuluan merupakan pendedahan awal kepada kajian dan berfungsi untuk menerangkan secara dengan lebih mendalam mengenai latar belakang kajian. Selain itu, melalui pendahuluan ini sesebuah kajian juga dapat digambarkan dengan jelas sebelum melaksanakan kajian dengan lebih mendalam. Kajian ini lebih memberi penekanan terhadap persepsi masyarakat terhadap drama yang diadaptasi dari novel. Jelaslah menunjukkan bahawa perkara berkaitan dalam bab satu ini merupakan langkah awal dalam penentuan kajian dan mempunyai kaitan dengan bab yang seterusnya iaitu bab dua.
5
BAB 2
SOROTAN KESUSASTERAAN
2.1 PENGENALAN BAB
Sorotan kesusasteraan merupakan bab yang penting untuk menyatakan sumber rujukan yang digunakan atau diambil oleh pengkaji melalui kaedah bacaan dan mengambil isi penting yang berkaitan dengan kajian. Pengkaji telah menggunakan kajian-kajian yang lepas sebagai bahan rujukan untuk mengupas topik yang dikaji dengan lebih mendalam dan teliti buku-buku ilmiah dan jurnal. Pengkaji juga turut menggunakan kaedah capaian internet untuk memperoleh maklumat melalui sumber yang boleh dipercayai dan diyakini.
Selain itu, berdasarkan sumber ini akan dijadikan bukti dan sokongan terhadap kajian yang telah dijalankan dan dengan cara ini pengkaji menggunakan kaedah bacaan dan mengambil isi penting daripada buku-buku dan jurnal ilmiah. Disamping itu, ia juga digunakan untuk mengelak plagiarism dari thesis-thesis yang sebelumnya. Pengkaji mencari bahan-bahan yang berkaitan dengan persepsi masyarakat terhadap drama yang diadaptasi dari novel seperti mengenalpasti maksud persepsi dan banyak lagi. Dalam konsep ini perkara yang akan dikenalpasti ialah menganalisis hubungkait seseorang dalam pemilihan drama, pengalaman seseorang dan proses mendapatkan maklumat mengenai drama mempengaruhi persepsi masyarakat terhadap drama yang diadaptasi dari novel.
6
Terdapat beberapa buah buku dan jurnal dan sumber internet yang telah dipilih atau dirujuk untuk dijadikan sorotan kesusasteraan kajian ini. Buku-buku tersebut sangat penting kerana perkara-perkara yang dikaji sememangnya wujud. Sorotan kesusasteraan ini juga penting untuk dijadikan bukti bahawa pengkaji-pengkaji lepas belum lagi mengkaji perkara-perkara yang dikaji iaitu persepsi masyarakat terhadap drama yang diadaptasi dari novel. Buku-buku dan jurnal serta sumber internet yang dipilih adalah seperti di bawah.
7
2.2 KERANGKA TEORI ( RESEARCH FRAMEWORK)
Rajah 1 menunjukkan kerangka teori mengenai kajian yang dijalankan.
Pembolehubah bersandar ( dependent variable) merupakan persepsi masyarakat terhadap drama yang diadaptasi dari novel. Manakala, pembolehubah tidak bersandar (independent variable) pula ialah pemilihan drama, pengalaman dan proses mendapatkan maklumat.
H1
H2
H3
Rajah 1 : Kerangka teori ( research framework )
Persepsi masyarakat
terhadap drama yang diadaptasi dari novel Pemilihan Drama
Pengalaman
Proses Mendapatkan Maklumat
Pembolehubah Bersandar Pembolehubah Tidak
Bersandar
8 2.3 Hipotesis Kajian
Hipotesis dibuat adalah bagi menyokong kajian yang bakal dijalankan dan merupakan matlamat kajian setelah kajian ini selesai. Hipotesis awal dalam kajian ini dibuat sebagai jangkaan awal pengkaji berkenaan kajian yang dikaji. Hipotesis kajian ini adalah berkaitan dengan persepsi masyarakat terhadap drama yang diadaptasi dari novel.
H1O : Pemilihan drama tiada hubung kait dengan persepsi masyarakat H1A : Pemilihan drama ada hubung kait dengan persepsi masyarakat
H2O : Pengalaman tiada hubung kait dengan persepsi masyarakat
H2A : Pengalaman ada mempunyai hubung kait dengan persepsi masyarakat
H3O : Proses mendapatkan maklumat tiada hubung kait dengan persepsi masyarakat H3A : Proses mendapatkan maklumat ada hubung kait dengan persepsi masyarakat
9 2.4 Definisi Drama Dan Definisi Novel
Menurut Mana Sikana (1995), berdasarkan di dalam bukunya yang berjudul ‘Drama Melayu Moden’ menyatakan perkataan ‘Drama’ berasal daripada perkataan Yunani tua iaitu ‘Dra’ yang bermaksud ‘gerak’ atau sesuatu yang dilakukan. Gerak yang dimaksudkan disini merujuk kepada aksi yang mengandungi unsur-unsur kesenian yang dapat memberi keindahan dan keseronokkan.
Drama juga membawa maksud sebagai gambaran hidup manusia yang dicipta oleh pengarang melalui daya imaginasi, fantasi dan juga pengalaman hidupnya dalam sosialisasinya dengan masyarakat. Drama sebenarnya genre sastera yang dihasilkan oleh seseorang pengarang yang disebut dramatis dalam suatu bentuk penulisan yang bertujuan untuk dilakonkan.
Menurut Tenku Iskandar (2002) berdasarkan ‘Kamus Dewan Edisi Ketiga’
menyatakan drama bererti karya yang dipersembahkan oleh pelakon dipentaskan di televisyen
Menurut Abdul Samat Salleh (2005) berdasarkan di dalam bukunya yang berjudul ‘ Aspek Lakonan Dalam Teater Bangsawan’ menyatakan sesebuah drama mempunyai pelakon atau aksi manusia. Individu tersebut yang menangani aksi-aksi manusia itu melalui watak, perkataan, serta pelakunya. Individu inilah yang dimaksudkan sebagai watak.
10
Menurut Othman Puteh (1999) berdasarkan di dalam bukunya yang berjudul
‘Penulisan Cereka Novel’ mendefinisikan novel pula ialah genre sastera yang dikenali sebagai cereka. Hal ini telahpun dimaklumi. Novel yang kita kenali di Malaysia kini berasal dari bahasa Itali novella, dalam bahasa German, novella. Novella membawa makna “ sebuah barang baru yang kecil” yang juga membawa maksud sebagai “cerita pendek dalam bentuk prosa”. Bagaimanapun ,istilah novelette dalam bahsa Malaysia atau Inggerisnya novelette. Ia membawa maksud sebuah hasil karya prosa cereka yang panjang amat sederhana, iaitu tidak terlalu pendek dan tidak juga terlalu panjang.
Perbezaan antara genre novel dengan cerpen yang paling dominan dapat ditelusuri dari segi bentuk fizikalnya, iaitu kepanjangan cerita. Apabila kita berhadapan dengan sesebuah jalan cerita yang relative panjang, yang jumlah halamanya beratus-ratus, pasti sahaja ia dikategori novel.
Selain itu, Karya kreatif yang dihasilkan oleh pengarang adalah sebahagian daripada gambaran kehidupan manusia dengan persekitaran yang membentuknya. Sebagai pengarang adalah wajar dan bijaksana memanfaatkan sastera untuk menghantar idea- idea yang bernas dan menangani kehidupan insane, terutamanya yang berkaitan dengan kesenian itu sendiri, tatacara dan fenomena hidup dan aspek-aspek sosiobudaya.
Mengikut definisi-definisi yang dihuraikan, drama adalah sebuah layar lakon yang menceritakan tentang kehidupan sebenar sesebuah masyarakat yang dilakonkan serta mempunyai skrip atau dialog tersendiri dan dilayarkan di skrin televisyen pada waktu dan hari tertentu. Drama yang baik ialah drama yang berjaya membuatkan para penonton merasai sepenuhnya emosi yang dimainkan oleh pelakon sehingga penonton merasakan
11
mereka adalah sebahagian daripada cerita tersebut. Dalam penghasilan sesebuah novel, wujudnya beberapa unsur yang amat signifikan dan wajar diberikan perhatian bagi memungkinkan terciptanya sebuah karya novel yang kreatif dan bermutu tinggi. Unsur- unsur itu lebih bersifat dalaman yang ikut membentuk binaan genre novel.
12 2.5 Definisi Persepsi
2.5.1 Pengaruh Seseorang Dalam Membuat Pemilihan drama.
Menurut Verdeber R.F (1993) berdasarkan di dalam bukunya yang berjudul
‘Communicate’ persepsi dibentuk melalui pemilihan. Sebagai seseorang individu atau penonton akan diberi pemilihan pada awal membentuk persepsi melalui sistem deria mereka iaitu melalui penglihatan, pengdengaran dan sebagainya. Selepas penonton menerima mesej yang disampaikan dari pihak penerimaan , maka mereka akan membuat pemilihan mengikut tiga (3) faktor utama iaitu minat, keperluan dan harapan yang diharapkan dari drama yang diadaptasi dari novel tersebut.
Menurut beliau lagi, sekiranya masyarakat (penonton) berminat atau suka akan drama yang diadaptasi dari novel tersebut mereka akan memilih untuk terus menonton drama tersebut dan mendapat tempat di hati penonton. Manakala jika jalan cerita dari drama tersebut tidak dapat memenuhi satu dari 3 faktor tersebut, maka penonton tersebut akan menolak untuk terus menonton drama tersebut. Secara ringkasnya, individu akan memilih sesuatu drama yang mereka paling suka dalam peringkat awal ini.
Manakala, menurut Solso (1995), menyatakan persepsi sebagai satu kelompok psikologi yang di dalamnya terkandung pengesahan dan interprestasi terhadap ransangan daripada pancaindera manusia. Hasil daripada persepsi, seseorang (penonton) akan memahami dan akan membuat keputusan untuk memilih sesuatu yang lebih menarik dan bermakna.
13
Akhir sekali ialah, selepas penonton menerima mesej yang disampaikan di dalam drama tersebut, mereka akan membuat pemilihan dan mereka akan mentafsir supaya persepsi dapat dibuat dan tindakan yang sesuai boleh diambil untuk perkara tersebut.
(Verdeber R.F, 1993 )