• Tidak ada hasil yang ditemukan

PDF Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "PDF Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

-red

. GN

IM PS.

Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

PERUBAHAN CIRI-CIRI REKABENTUK RUMAH BUMBUNG PANJANG NEGERI SEMBILAN DARI

DULU HINGGA KINI

ROSE MASRINA BINTI MOHAMED NOR

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni)

2008

(2)

1sYStit 1Ü1U1111üi

A 12kCllmliit

AkIil@Il/i,:

UMVERSITI MALAYSIA SARAWAK

P. KMIDMAT MAKLUMAT AKAD[MIK UKIMAs

flhIIIIII11111111

1609273077

PERUBAHAN CIRI-CIRI REKABENTUK RUMAH BUMBUNG PANJANG NEGERI SEMBILAN DARI DULU HINGGA KINI

ROSE MASRINA BINTI MOHAMED NOR

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian

(Pengurusan Seni)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2008

V

(3)

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN

JUDUL: PERUBAHAN CIRI-CIRI REKABENTUK RUMAH BUMBUNG PANJANG NEGERI SEMBILAN DARI DULU HINGGA KINI.

SESI PENGAJIAN: 2005/2008

Saya ROSE MASRINA BINTI MOHAMED NOR mengaku membenarkan tesis/laporan ini

disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat- syarat kegunaan seperti berikut:

I I. Tesis/Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak

2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja

3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan

4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis/laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi

5. *Sila tandakan 0

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

(mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA

RASMI 1972)

(mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

Disahkan

% Tandatangan Penulis Tarikh: r, /5-`aoc8

Alamat Tetap:

29, Kampung Mara Parit Tinggi, 72000 Kuala Pilah,

Negeri Sembilan.

Tandatangan Penyelia Tarikh: 5- 5-.

ag

Catatan: * Tesis/Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda

* Jika Tesis/Laboran ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sebab dan tempoh Tesis/Laporan ini perlu dikelaskan SULIT atau TERHAD

(4)

PENGAKUAN

Projek bertajuk Perubahan Ciri-ciri Rekabentuk Rumah Bumbung Panjang Negeri Sembilan Dari Dulu Hingga Kini ini telah disediakan oleh Rose Masrina Binti Mohamed Nor dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Gunaan dengan Kepujian Pengurusan Seni.

Diterima untuk diperiksa oleh

le-

(Pn Rahah Bte Hasan) Tarikh:

5-- , af- . a. s

1

(5)

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim...

Syukur ke hadrat Allah s. w. t dengan limpah kumia dan rahmat-Nya dapat

saya menyiapkan kajian yang bertajuk Perubahan Ciri-Ciri Rekabentuk Rumah Bumbung Panjang Negeri Sembilan Dari Dulu Hingga Kini ini akhimya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam membantu saya menyiapkan kajian ini terutama para pensyarah Program Pengurusan Seni yang banyak memberi tunjuk-ajar dan ilmu untuk membimbing saya ke arah kejayaan. Tidak lupa kepada rakan-rakan Program Pengurusan Seni Sesi 2005-2008, para responden di atas

sokongan dan bantuan yang kalian hulurkan. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.

Teristimewa buat ayah dan mak tercinta, Mohamed Nor dan Norkhatijah serta keluarga yang tidak pernah menghampakan dan selalu meminjamkan semangat serta keyakinan setiap kali rasa putus asa menjengah, terima kasih semua. Jika tanpa kalian, mungkin saya tidak akan berada di sini.

Akhir kata, buat semua yang terlibat dalam menjayakan kajian ini, terima kasih atas setiap kerjasama, bantuan, komen dan sokongan yang tclah diberikan. Semoga kajian ini mampu memberi manfaat kepada semua. Sekian.

11

(6)

1'uaat Khidaiat Maklumat Akademik UNIVERSITI MALAYSIA SAItAWAK

JADUAL KANDUNGAN

Halaman tajuk

Borang pengesahan status laporan

Pengesahan dan tandatangan penyelia Penghargaan

Abstrak Abstract

ix

X

BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan

1.1.1 Sejarah Negeri Sembilan 1

1.1.2 Rumah Bumbung Panjang Negeri Sembilan 9

1.2 Definisi 23

1.3 Objektif Kajian 24

1.4 Hipotesis

1.5 Skop Kajian

1.6 Pemasalahan Kajian 1.7 Kepentingan Kajian

25

26 27

28

iii

(7)

BAB 2 SOROTAN KESUSASTERAAN 2.1 Pengenalan

Bibliografi

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan

3.2 Lokasi Kajian 3.3 Sumber Data

3.3.1 Data Primer

3.3.2 Data Sekunder 3.4 Populasi

3.5 Persampelan

3.6 Instrumen Kajian 3.7 Limitasi Kajian

3.8 Rumusan dan Kesimpulan

29

36

38 43 44 46 47 49 51

BAB 4 ANALISA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 52

4.2 Penganalisaan Data

4.2.1 Temuramah 53

4.3 Ciri-ciri Rumah Bumbung Panjang Negeri Sembilan 57 4.3.1 Bumbung panjang dan melentik

iv

(8)

4.3.2 Berserambi

4.3.3 Bertiang dan berlantai tinggi dari tanah 4.3.4 Bertangga kayu

4.4 Faktor-faktor Rumah Bumbung Panjang berubah 92 4.4.1 Bahan mentah

4.4.2 Taraf hidup meningkat

4.4.3 Perubahan fungsi dan kegunaan ruang

4.5 Kesimpulan 97

BAB 5 CADANGAN DAN RUMUSAN KAJIAN 5.1 Pengenalan

5.2 Rumusän 5.3 Cadangan

5.3.1 Memelihara, mengekal dan membaikpulih

5.3.2 Program pengembangan seni pertukangan Melayu 5.3.3 Galakkan membina rumah bercirikan tradisional

5.4 Cadangan untuk pengkaji akan datang

5.4.1 Perbezaan rumah dengan rumah Minangkabau 5.4.2 Pola ragam hias rumah bumbung panjang

5.5 Kesimpulan Bibliografi

Lampiran

99 100 101

105

109

V

(9)

SENARAI RAJAH

PERKARA

RAJAH 1 RAJAH 2 RAJAH 3 RAJAH 4 RAJAH 5 RAJAH 6 RAJAH 7 RAJAH 8 RAJAH 9 RAJAH 10 RAJAH 11 RAJAH 12 RAJAH 13 RAJAH 14

Peta Negeri Sembilan

Pembahagian ruang dalam rumah Melayu tradisional Rumah bumbung panjang (pandangan hadapan)

Rumah bumbung panjang (pandangan tepi) Bumbung yang beratap curam

Bumbung yang beratap curam Tebar Layar

tikciran pada kepala tangga Ukiran pada kepala tangga Ukiran pada tupai-tupai

Ukiran pada tupai-tupai

Rumah bumbung panjang beranjung dua

Rumah bumbung panjang beranjung tiga dan berloteng Pelan bukaan rumah mengikut ruang

RAJAH 15 Keratan rentas struktur bumbung

RAJAH 16 RAJAH 17

Perabung panjang dan melintang Sistem Alang

RAJAH 18 Tunjuk langit

MUKA SURAT

3 10 11 11

12 12 13

19 19 20 20 57 58

60 64

65 65 66

VI

(10)

RAJAH 19 RAJAH 20 RAJAH 21 RAJAH 22 RAJAH 23 RAJAH 24 RAJAH 25 RAJAH 26 RAJAH 27 RAJAH 28 RAJAH 29 RAJAH 30 RAJAH 31 RAJAH 32 RAJAH 33 RAJAH 34 RAJAH 35 RAJAH 36 RAJAH 37 RAJAH 38 RAJAH 39 RAJAH 40

Keratan rentas tunjuk langit Tebar layar berukir

Rumah berpangkal serambi

Rumah berserambi beranjung dua Rumah berserambi beranjung tiga Ruang serambi

Serambi yang banyak tingkap Kisi-kisi tingkap yang berukir Tingkap labuh

Tingkap berkisi-kisi dan berukir Dinding pelupuh

Papan menegak yang diapit oleh papan berlidah Papan dinding yang disusun timpa melintang

Tiang tinggi dari tanah Tiang pecah lapan

Tiang segi empat Alas kaki tiang

Lantai dialas kayu gelegar Lantai dialas kayu gelegar

Lantai dari batang pokok Nibong Lantai yang diketam licin

Tangga kayu bulat

66

67 68

69 69 70 72 73

73

74 75 75 76 77 77 77 79 80

80

81 82

83

vii

(11)

RAJAH 41 Tangga kayu beruti 83

RAJAH 42 Tangga batu yang berjubin 83

RAJAH 43 Tangga pada bahagian hadapan rumah 85

RAJAH 44 Tangga pada bahagian selang rumah 85

RAJAH 45 Tangga pada bahagian belakang rumah 86

RAJAH 46 Rajah ciri-ciri rumah bumbung panjang 87 RAJAH 47 Jadual perubahan ciri-ciri rumah bumbung panjang 90 RAJAH 48 Carta faktor ciri-ciri rumah bumbung panjang berubah 95

Viii

(12)

ABSTRAK:

Rumah bumbung panjang Negeri Sembilan yang berbumbung lentik adalah merupakan satu binaan yang unik dan mempunyai nilai estetika yang tersendiri. Seni bina

ini bukan sahaja menjadi identiti bagi negeri ini bahkan ciri-ciri rekabentuknya yang berseni melambangkan kehalusan dan kemahiran seni pertukangan masyarakat Melayu khususnya. Kajian ini adalah untuk mengenalpasti perubahan ciri-ciri rekabentuk yang

berlaku terhadap rumah bumbung panjang Negeri Sembilan dari dahulu hingga kini.

ix

(13)

ABSTRACT:

Negeri Sembilan long roof house with the curve roof is an unique architecture and have its own aesthetic value. This architecture does not only become the identity of

this state, but also through the characteristic of its artistic design, it symbolize the beauty and skill in the art of handicraft among Malay society. The purpose of this research is to

identify the changes in the design features of the Negeri Sembilan long roof house from past till present.

X

(14)

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENGENALAN

Di dalam bab ini, pengkaji akan menerangkan tentang latar belakang kajian iaitu sejarah Negeri Sembilan serta latar belakang rumah bumbung panjang Negeri Sembilan.

Selain itu, pengkaji juga akan menyentuh serba-sedikit tentang definisi, objektif kajian, hipotesis kajian, skop kajian, permasalahan kajian juga kepentingan kajian.

1.1.1 SEJARAH NEGERI SEMBILAN

Negeri Sembilan Darul Khusus yang terletak di bahagian tengah Semenanjung Malaysia mempunyai kedudukan yang stategik yang dari segi geografinya kerana terletak bersempadan dengan Selangor di sebelah utara, Pahang di sebelah timur dan Melaka serta Johor di sebelah selatan. Seremban

adalah merupakan ibu negeri bagi negeri ini dan berfungsi sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Negeri. Dengan keluasan keseluruhan sebanyak 6,645km

persegi dan suhu sekitar 21 °C (70°F) hingga 32°C (90°F), negeri ini mempunyai bilangan penduduk yang berjumlah 978,248 ribu orang yang terdiri dari berbagai kaum. Kehidupan penduduknya aman harmoni walaupun berbeza dari segi agama dan kepercayaan serta budaya.

1

(15)

Menurut Haji Buyong Adil (1981), Negeri Sembilan bermaksud 'sembilan daerah atau luak'. Negeri ini dinamakan sedemikian disebabkan pada suatu ketika dahulu, negeri ini terdiri daripada sembilan daerah iaitu Sungai Ujong, Jelebu,

Johol, Rembau, Segamat, Naning, Kelang, Pasir Besar, dan Jelai. Namun begitu, ada pula pendapat yang mengatakan bahawa nama Negeri Sembilan yang kekal hingga sekarang ini adalah diambil dari nama 'Sembilan Negeri' yang diketuai oleh 'Sembilan Penghulu' yang menabalkan Raja Melewar. Perkataan Negeri' di pangkal huruf 'Sembilan' itu adalah diambil dari istilah yang lazim dipakai dari

tanah asal Minangkabau yang membawa pengertian satu kawasan atau daerah yang kira-kira seluas luak atau mukim atau kampung, yang dipanggil oleh orang-

orang Minang sebagai 'Nagari'. Kini hanya terdapat tujuh daerah sahaja yang tinggal iäitu Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Port Dickson, Rembau, Seremban dan

Tampin. (rujuk RAJAH 1)

2

(16)

RAJAH 1

ý

. Z ý ti ý

ý

1FlElU

tll, 7l6 (20 6%) (JU I0A07 fi 77XJ (A

', .

,,, 4ý. ý ý

sEREMeAN l K'JA: A nuH

96, Ill (IIJ%) (p ý 109, O42 (i61%) (10 261383 (38.01%) (º ýý d0 0I2 (5 77%) m

ir"

I( 1

Peta Negeri Sembilan

Lokasi kajian

Ekonomi Negeri Sembilan pada dasarnya adalah bergantung pada industri asas tani. Aktiviti pertanian ini adalah termasuk perladangan getah dan kelapa sawit, ladang tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran.

Kira-kira 309,850 hektar digunakan untuk aktiviti pertanian.

Walaubagaimanapun, kestabilan beberapa komponen dalam industri perladangan telah mendorong berkembangnya beberapa industri pembuatan dan perkilangan dan secara pelahan-lahan telah mengambilalih

3

(17)

kebergantungan terhadap sektor pertanian dan seterusnya menjadi sektor utama penyumbang kepada pembangunan ekomoni negeri. Kawasan

seluas 2,015 hektar telah digunakan untuk sektor perkilangan dan pembuatan ini. Aktiviti-aktivti sektor ini adalah termasuk elektrik dan

elektronik, tekstil, perabot, industri kimia, permotoran dan produk berasaskan getah. Kawasan perindustrian yang utama adalah di Senawang,

Sungai Gadut, Nilai, Taman Perindustrian Tuanku Jaafar dan Tanah Merah di Port Dickson. (sumber: Jabatan Penerangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan).

Menurut Gullick (1916), sejarah awal Negeri Sembilan telah bermula sekitar tahun ke 15 dan 16 Masihi apabila para imigran dari Minangkabau, Sumatera telah berhijrah ke Tanah Melayu melalui Melaka dan sampai ke Rembau. Mereka ini lebih bertamadun daripada penduduk asal iaitu Orang Ash, dan berjaya tinggal secara damai dengan mereka.

Maka berlakulah pemikahan antara orang-orang Minangkabau dengan penduduk asli dan daripada keturunan mereka dinamakan suku Biduanda.

Suku Biduanda ini adalah pewaris asal Negeri Sembilan dan apabila hendak memilih seorang pemimpin maka hanya mereka dari suku Biduanda inilah yang akan dipilih. Orang-orang Minang telah mendiami daerah Naning, Sungai Ujong dan Rembau di mana pada ketika itu wilayah-wilayah tersebut dikuasai oleh Empayar Johor-Riau. Empayar tersebut kemudiannya mengalami kememsotan ekoran kebangkitan

4

(18)

Pusat Khidmat Maklumat Alcademik UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Empayar Kesultanan Bugis di Melaka dan menyebabkan berlakunya pemberontakan di daerah Rembau, Sungai Ujong, Johol dan Ulu Muar.

Rentetan peristiwa itu, penduduk-penduduk di wilayah terbabit telah menjemput pemerintah dari Istana Pagar Ruyong, Sumatera iaitu Raja

Melewar untuk ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama pada tahun 1773 di Kampung Penajis, Rembau oleh Datuk-datuk Penghulu Luak (waktu itu belum bergelar Undang).

Menurut Haji Buyong Adil (1981), sebelum itu walaupun Negeri Sembilan di bawah pemerintahan Sultan Johor, tetapi Luak-luak di Negeri Sembilan ini adalah di bawah pentadbiran Penghulu masing-masing dengan dibantu oleh Lembaga dan Buapak. Sistem pentadbiran negeri dapat dikatakan satu pemerintahan yang bercorak demokrasi yang berbentuk tear system. Perfiilangan ada menyebutkan seperti perumpamaan berikut:

'Bulat anak buah manjadikan Buapak

Bulat Buapak menjadikan Lembaga

Bulat Lembaga menjadikan Penghulu

Bulat Penghulu menjadi Raja'

5

(19)

Perbilangan ini membuktikan kebenaran tersebut. Manakala sistem pentadbiran pula turun dari atas iaitu Raja, Penghulu, Lembaga dan

Buapak. Buapak yang memiliki anak buah menyampaikan segala perintah.

Itulah yang disebutkan dalam perbilangan adatnya:

'Berjenjang naik, bertangga turun'.

Negeri ini semakin maju dan makmur apabila bijih timah dijumpai.

Walaubagaimanapun, penemuan ini telah membawa kepada berlakunya pergaduhan dan rusuhan di Sungai Ujong, Rembau dan Jelebu sehingga memaksa pihak British campurtangan. Pihak British akhirnya telah membawa negeri ini menjadi sebuah negeri Melayu Bersekutu pada tahun

1994 dan menjadi sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu dan diperintah oleh raja yang bergelar Yang Dipertuan Besar Negeri

Sembilan.

Para imigran dari Minangkabau telah membawa bersama mereka Adat Minangkabau iaitu satu sistem sosial dari kebudayaan yang telah

sebati dalam kehidupan mereka seharian yang diwarisi daripada nenek- moyang mereka terdahulu yang terdiri daripada dua laras iaitu Laras Koto

Piliang yang dipimpin oleh Datuk Katumanggungan manakala Laras Bodi Caniago dipimpin oleh Datuk Pepatih Nan Sebatang. Konsep adat ini ialah demokrasi dan pennuafakatän dan tidak bertentangan dengan agama

6

(20)

Islam, sesuai dengan kata-kata adat yang berbunyi begini `adat bersendi syarak dan syarak bersendi Kitabullah' yang bermaksud, adat

Minangkabau adalah bersendikan hukum Islam dan hukum Islam adalah bersendikan Al Qur'an.

Menurut Yaakub Idrus (1996), Adat Pepatih yang diamalkan di Negeri Sembilan sekarang adalah berbeza dengan Adat Minangkabau.

Adat Pepatih yang dikenali di Negeri Sembilan sekarang ini adalah sistem bercorak matrilineal di mana pewarisan suku adalah dari suku ibu. Jika

ibunya suku Biduanda maka semua anaknya menjadi suku Biduanda; si bapa atau suami adalah dianggap keluarga pendatang, dan dikenali sebagai orang semenda dan dia harus tinggal di rumah mentua atau di rumah atau

tanah pusaka isterinya. Perkahwinan pula hendaklah dengan orang luar suku. Terdapat 12 suku di dalam sistem Adat Pepatih iaitu suku Biduanda (Dondo), Batu Hampar (Tompar), Paya Kumbuh (Payo Kumbuh),

Mungkal, Tiga Nenek, Seri Melenggang (Somolenggang), Seri Lemak (Solomak), Batu Belang, Tanah Datar, Anak Acheh, Anak Melaka dan Tiga Batu.

Dalam masyarakat Adat Pepatih, pewarisan harta seperti rumah dan tanah, lazimnya diberikan kepada anak perempuan. Pewarisan pangkat atau gelaran Undang, Lembaga, Buapak dan sebagainya adalah kepada

7

(21)

anak lelaki si ibu. Anak-anak lelaki bertanggungjawab menjaga saudara- saudara perempuan dan tanah pusakanya. Lelaki berkuasa untuk mentadbir dan perempuan menerima pusaka sebagai pemegang amanah,

tetapi bukan sebagai pemilik yang mutlak. Kata pemutus tetap pada saudara lelaki dan ketua-ketua sukunya.

8

(22)

1.1.2 RUMAH BUMBUNG PANJANG NEGERI SEMBILAN

Secara umumnya, rumah Melayu tradisional adalah sama di semua negeri iaitu terdiri daripada pelbagai struktur dan pembahagian ruang

seperti anjung, serambi, rumah ibu, kelek anak, dan dapur. (rujuk RAJAH 2). Menurut Abdul Halim Nasir (1985), rumah bumbung panjang Negeri

Sembilan mempunyai bumbung panjang iaitu jenis yang mempunyai satu perabung yang mempunyai tulang perabung yang lentik, memanjang dari

kiri ke kanan atau arah hulu ke hilir selari dengan jalan atau sungai (rujuk RAJAH 3 dan RAJAH 4). Bumbungnya mempunyai lentik yang bervariasi. Semua bumbung adalah beratap curam di bahagian rumah ibu, tetapi mendatar sedikit di hujung cucur atapnya untuk menyamakan dengan dengan sudut atap serambi dan kelek anak (rujuk RAJAH 5 dan RAJAH 6). Atap serambi dan kelek anak ini adalah terpisah daripada atap bumbung tumah ibu. Di perantaraan ini biasanya dibubuh papan gendeng

atau papan cantik yang diukir.

Selain itu, pada hujung dan pangkal bumbung yang berbentuk segi tiga seperti huruf `A' besar, ditutup dengan papan atau lain-lain seperti buluh beranyam kelarai atau zink dan sebagainya. Tutup dinding ini dinamakan tebar layar. Bentuk tebar layar im biasanya dua tingkat dan condong ke dalam dan kaki tebar layar ini letaknya adalah terkeluar dari dinding antara 1-2 kaki, bertujuan menahan dinding daripada tempias

9

(23)

hujan. Tingkat pada tebar layar ini adalah untuk menjadi salir angin yang kadangkala diukir atau dibubuh kisi-kisi. (rujuk RAJAH 7)

RAJAH 2

m

*. -it ýie 4-th +-ta t-tm -r-u1 1-t. M -ý_

4--- ate

Pembahagian ruang dalam Rumah Melayu Tradisional

10

(24)

RAJAH 3

Rumah bumbung panjang Negeri Sembilan (pandangan hadapan)

RAJAH 4

Rumah bumbung panjang Negeri Sembilan (pandangan tepi)

11

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan data-data yang telah dianalisa, pengkaji telah menyusun semula data yang dimasukkan ke dalam penulisan ilmiah yang lebih kepada pengkajian tentang

Skop kajian yang tertumpu kepada pengunjung yang hadir di Jazz Ampang 103 kerana pengkaji ingin mengetahui sejauh mana penerimaan pengunjung yang hadir di kawasan

Untuk pemilihan teks ke dalam komposisi iaitu pemilihan lirik untuk dinyanyikan oleh vokal dan koir akan diambil daripada kitab Mazmur yang berkaitan dengan kata-kata

Kajian ini dijalankan untuk menghasilkan kraf anyaman Sarawak yang multifungsi iaitu menginovasi kraf anyaman Sarawak yang berbentuk traditional kepada rupa bentuk yang

Penghantar berperanan sebagai pengirim (sender), encoder, dan Pembicara. Sebagai contoh di dalam situasi sebuah organisasi, Penghantar atau kata lain adalah encoder

Berdasarkan data-data yang telah dianalisa, pengkaji telah menyusun semula data yang dimasukkan ke dalam penulisan ilmiah yang lebih kepada pengkajian tentang ekspresi yang menggunakan

Dalam kajian ini, pengkaji akan dapat mengenalpasti dengan terperinci pengurusan yang dijalankan oleh pihak muzium mengenai bahagian pengurusan dapat menguruskan koleksi dan pameran

Seterusnya, bagi fokus kajian ini ialah untuk mengenal pasti personaliti warna para pelajar Unimas dengan menggunakan teori Don Lowry dan menggunakan kaedah daripada Sidek Mohd Noah..