HUBUNGAN ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN MINAT KERJAYA ANAK
Rozalina Binti Kitingon
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
HUBUNGAN ANTARA TEKANAN KERJA DENGAN SELF ESTEEM DI KALANGAN ANGGOTA POLIS DI BALAI POLIS PETALING JAYA,
SELANGOR
NORSHILA BINTI ABDUL LATIFF
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian
(Kaunseling)
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2008
Projek bertajuk ‘Hubungan antara Tekanan Kerja dengan Self Esteem di Kalangan Anggota Polis di Balai Polis Petaling Jaya, Selangor’ telah disediakan oleh Norshila Binti Abdul Latiff dan telah diserahkan kepada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian (Kaunseling).
Diterima untuk diperiksa oleh:
(FATAHYAH YAHYA)
Tarikh:
GRED
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.
Syukur kehadrat Ilahi atas rahmat dan limpah kurnia-Nya dapatlah saya menyiapkan kajian ini pada masa yang ditetapkan untuk memenuhi syarat bergraduat bagi Ijazah Sarjana Muda Kaunseling. Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia saya iaitu Puan Fatahyah Yahya yang banyak membantu dalam memberi tunjuk ajar dan sokongan kepada saya dan rakan-rakan seperjuangan dalam menyiapkan kajian ini. Sesungguhnya jasa beliau amat besar dan amat saya hargai.
Ucapan terima kasih ini juga ingin saya tujukan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya atas kesudian memberikan kerjasama dalam kajian saya ini dengan membenarkan saya menjalankan kajian ke atas anggota polis di Balai Polis Petaling Jaya.
Tidak dilupakan buat keluarga terutama kepada ibu bapa saya, Abdul Latiff bin Abu Bakar dan Mishah Yeop Muhayiddin yang turut memberikan bantuan dan semangat kepada saya bagi menjalankan kajian ini. Tanpa sokongan daripada mereka, pasti sukar untuk saya meneruskan perjuangan saya dalam menyiapkan kajian ini.
Turut saya hargai buat rakan-rakan seperjuangan terutama yang melakukan tajuk kajian yang sama dengan saya. Sesungguhnya kalian sangat memahami dan saling memberi sokongan dan bantuan yang tidak dapat saya balas dengan kata-kata. Sokongan dan bantuan kalian berikanlah yang telah memberikan nafas kepada saya untuk turut berusaha dalam perjuangan menyiapkan kajian ini.
Kepada rakan-rakan lain, para senior, semua pensyarah di Jabatan Kaunseling, staf sokongan dan semua yang terlibat memberikan bantuan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, saya ucapkan jutaan terima kasih. Sesungguhnya jasa kalian amatlah saya hargai.
JADUAL KANDUNGAN
Penghargaan i
Jadual Kandungan ii
Senarai Jadual v
Senarai Rajah vii
Senarai Lampiran viii
Abstrak ix
Abstract x
BAB 1: PENGENALAN
1.0 Pengenalan 2
1.1 Latar Belakang Kajian 4
1.2 Pernyataan Masalah 7
1.3 Objektif 10
1.3.1 Objektif Umum 10
1.3.2 Objektif Khusus 10
1.4 Kerangka Konseptual 11
1.5 Hipotesis 12
1.6 Kepentingan Kajian 13
1.7 Definisi Istilah 13
1.8 Limitasi Kajian 15
1.9 Kesimpulan 16
BAB 2: SOROTAN KAJIAN LEPAS
2.0 Pengenalan 17
2.1 Sorotan Kajian Lepas 18
2.1.1 Kajian berkaitan Tekanan Kerja 18
2.1.2 Kajian berkaitan Self Esteem 20
2.1.3 Kajian berkaitan Tekanan Kerja dengan Self Esteem 21 2.1.4 Kajian Bebanan Kerja dengan Self Esteem 22 2.1.5 Kajian Persekitaran Fizikal Kerja dengan Self Esteem 23
2.1.6 Kajian Pendapatan dengan Self Esteem 24
2.1.7 Kajian Latar Belakang Pendidikan dengan Self Esteem 26
2.1.8 Kajian Jantina dengan Self Esteem 28
2.2 Teori berkaitan 30
2.2.1 Teori Lazarus 30
2.2.2 Teori Motivasi-Hygiene 31
2.2.3 Teori Identiti Sosial 32
2.2.4 Model Vitamin Warr 33
BAB 3: METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 38
3.1 Reka Bentuk Kajian 39
3.2 Lokasi Kajian 39
3.3 Persampelan Kajian 39
3.4 Instrumen Kajian 40
Bahagian A: Faktor Demografi 40
Bahagian B: Tekanan Kerja- Occupational Stress Inventory
Revised Edition (OSI-R) 40
Bahagian C: Rosenberg Self Esteem Scale (RSE) 42
3.5 Teknik Pengumpulan Data 43
3.5.1 Data Primer 43
3.5.2 Data Sekunder 43
3.6 Teknik Penganalisaan Data 43
3.6.1 Analisis Deskriptif 44
3.6.2 Ujian- t 44
3.6.3 Ujian Pekali Pearson 44
3.7 Rumusan Penganalisaan Data 45
3.8 Kesimpulan 45
BAB 4: PENGANALISAAN DATA DAN PERBINCANGAN
4.0 Pengenalan 46
4.1 Taburan Demografi Responden 47
4.2 Dapatan Hipotesis 50
4.2.1 Hubungan Tekanan Kerja dengan Self Esteem 50 4.2.2 Hubungan Bebanan Kerja dengan Self Esteem 52 4.2.3 Hubungan Persekitaran Fizikal dengan Self Esteem 53 4.2.4 Hubungan Faktor Demografi Terpilih dengan Self Esteem 54 4.2.4.1 Hubungan Pendapatan dengan Self Esteem 54 4.2.4.2 Hubungan Latar Belakang dengan Self Esteem 56 4.2.4.3 Hubungan Jantina dengan Self Esteem 57
4.3 Rumusan Keputusan Ujian 59
4.4 Kesimpulan 60
BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan 61
5.1 Rumusan Kajian 62
5.2 Cadangan 63
5.2.1 Anggota Polis dan Pihak Pengurusan Balai 63
5.2.2 Bidang Kaunseling 64
5.2.3 Pengkaji akan Datang 65
5.3 Kesimpulan 66
BIBILIOGRAFI 67
LAMPIRAN 71
SENARAI JADUAL
Jadual 1
Jadual penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970) 40
Jadual 2
Skor Kiraan Markah bagi Setiap Item 42
Jadual 3
Rumusan Penganalisaan Data 45
Jadual 4
Taburan demografi responden 47
Jadual 5
Keputusan ujian Korelasi Pearson bagi hubungan 50
tekanan kerja dengan self esteem
Jadual 6
Keputusan ujian Korelasi Pearson bagi hubungan bebanan 52 kerja dengan self esteem
Jadual 7
Keputusan ujian Korelasi Pearson bagi hubungan persekitaran 53 fizikal kerja dengan self esteem
Jadual 8
Keputusan ujian Korelasi Pearson bagi pendapatan dengan 54 self esteem anggota
Jadual 9
Keputusan ujian Korelasi Pearson bagi latar belakang 56 pendidikan anggota dengan self esteem
Jadual 10
Keputusan perbezaan antara jantina dan self esteem 57 Jadual 11
Rumusan dapatan Hipotesis 59
SENARAI RAJAH
Rajah 1
Kerangka Konseptual 11
Rajah 2
Teori Motivasi- Hygiene 32
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran A Borang Soal Selidik
Lampiran B Surat Permohonan Menjalankan Kajian
Lampiran C Surat Pengesahan Kebenaran Menjalankan Kajian
ABSTRAK
HUBUNGAN ANTARA TEKANAN KERJA DENGAN SELF ESTEEM DI KALANGAN ANGGOTA POLIS DI BALAI POLIS PETALING JAYA, SELANGOR
Norshila Binti Abdul Latiff
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara tekanan kerja dengan self esteem.
Disamping itu, fokus kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara dua daripada enam faktor tekanan kerja iaitu bebanan kerja dan persekitaran fizikal kerja dengan self esteem. Turut dikaji adalah hubungan antara faktor demografi iaitu latar belakang pendidikan dan pendapatan dengan self esteem. Manakala faktor demografi jantina pula melihat kepada perbezaan antara jantina dengan self esteem. Sampel kajian ini adalah terdiri daripada 58 orang anggota polis yang telah berkahwin dari Balai Polis Petaling Jaya. Instrumen yang digunakan ialah Occupational Stress Inventory Revised Edition (OSI-R) dan Rosenberg Self Esteem Inventory. Oleh kerana kajian ini adalah berbentuk kuantitatif, maka borang soal selidik digunakan bagi mendapatkan maklumat tentang faktor demografi responden, tekanan kerja dan self esteem. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 15.0.
Ujian Korelasi digunakan bagi mengukur dan menginterpretasi semua pemboleh ubah yang dikaji kecuali jantina. Ujian-t digunakan untuk mengenal pasti perbezaan jantina dengan self esteem. Hasil keputusan mendapati, tidak terdapat hubungan yang signifikan antara semua pemboleh ubah yang dikaji dengan self esteem. Ini termasuklah jantina iaitu tidak terdapat perbezaan antara jantina dengan self esteem.
ABSTRACT
CORRELATION BETWEEN WORK STRESSES WITH SELF ESTEEM AMONG POLICE OFFICERS IN BALAI POLIS PETALING JAYA, SELANGOR
Norshila Binti Abdul Latiff
The purpose of this study is to distinguish the relationship between work stress and self esteem. A part from that, this study also focusing on to distinguish the relationship between two out of six work stress factors that consists of workload and physical environment towards self esteem. Also to be study in this paper is demographical factors such as educational level and income with self esteem. Whereas for gender, this study is looking forward to distinguish the difference between gender and self esteem. There are 58 married officers from Balai Polis Petaling Jaya, Selangor involve as participants in this study. The instruments uses are Occupational Stress Inventory Revised Edition (OSI- R) and Rosenberg Self Esteem Inventory (RSE). Due to it is a quantitative study, therefore questionnaires are distribute to gather data from the respondents regarding demographic factors, work stress and self esteem. Software of Statistical Package for Social Science (SPSS) version 15.0 is use to analyze all the data. Pearson correlation is use to measure and interpret all variables except gender where t-test is use to distinguish the difference between gender and self esteem. From the result, it shows that there are no significant relationships for all the variables with self esteem. This also includes gender where there is no significant difference between gender and self esteem.
BAB 1 PENDAHULUAN
Dalam bab ini pengkaji akan membincangkan tentang latar belakang kajian, pernyataan masalah dan objektif kajian berhubung salah satu punca tekanan iaitu tekanan kerja dan mengaitkannya dengan self esteem ke atas individu yang berkahwin. Turut termasuk dalam bab ini ialah kerangka konseptual kajian, hipotesis, kepentingan kajian, definisi istilah dan limitasi kajian.
1.0 Pengenalan
Dunia globalisasi hari ini menyaksikan manusia semakin rakus dalam persaingan mengejar kemewahan. Dalam proses persaingan ini manusia tidak dapat lari daripada tekanan. Ini kerana sekalipun berjaya dalam persaingan tersebut tekanan tetap berlaku kerana semakin ramai yang cuba menghimpit kejayaan yang dikecapi. Sekiranya tewas, tekanan pula adalah pengaruh daripada emosi sendiri atas kegagalan yang dialami.
Menurut Yeo (1996), tekanan ialah sebarang jenis desakan yang memberi kesan kepada kehidupan seseorang sama ada daripada segi fizikal, mental atau emosi atau ketiga- tiganya. Kesan daripada desakan ini mungkin baik atau buruk bergantung kepada tindak balas seseorang terhadap faktor-faktor tekanan.
Terdapat pelbagai punca tekanan. Antaranya ialah kewangan, kesihatan, pengurusan masa, kehidupan berkeluarga, pekerjaan dan kehidupan sosial. Kesan daripada tekanan melampau akan mengakibatkan masalah kesihatan, emosi dan juga mental kepada individu (Turkington,1998). Self esteem ialah sebahagian daripada kesan kepada masalah emosi akibat tekanan.
Branden (1969) dalam James dan Nightingale (2005) mendefinisikan self esteem sebagai keyakinan seseorang dalam kebolehan untuk berfikir dan menghadapi rintangan dalam hidup. Selain itu beliau juga menyatakan self esteem bermaksud perasaan keupayaan seseorang dalam merasai hak untuk berasa gembira dan merasai kejayaan dalam hidup serta menikmati kepuasan mencapai segala kehendak dan kemahuannya.
Alexander (2001) telah membahagikan self esteem kepada beberapa elemen. Elemen- elemen tersebut adalah (1) unconditional self-acceptance; (2) sense of capability or efficacy; (3) sense of purpose; (4) appropriate assertiveness; (5) experience of flow and fulfillment; (6) sense of responsibility and accountability; (7) sense of safety and security;
(8) sense of belonging dan (9) sense of integrity.
Unconditional self acceptance atau penerimaan diri tanpa syarat adalah elemen self esteem yang menekankan keupayaan individu itu dalam mengenali dan menerima dirinya. Ini termasuklah kelemahan dan kelebihan dirinya. Sense of capability or efficacy pula merujuk kepada keupayaan diri untuk mengetahui kemampuan atau ketidakmampuan diri dalam melakukan sesuatu perkara.
Elemen self esteem sense of purpose pula membawa maksud kelebihan seseorang dalam memiliki matlamat atau tujuan hidup dan keupayaannya dalam merealisasikan matlamat tersebut. Elemen ini turut berkait dengan elemen self esteem yang seterusnya iaitu appropriate assertiveness iaitu perasaan mampu untuk bertindak mengikut matlamat yang ingin dicapai.
Seterusnya elemen yang kelima iaitu experience of flow and fulfillment pula membawa maksud adanya perasaan kepuasan dan bangga dengan apa yang dilakukan dan menghargai apa yang telah dilakukan. Walaupun wajar ada rasa puas dan bangga, namun begitu sekiranya ada masalah yang berlaku, individu itu juga perlu bertanggungjawab atas tindakan yang telah dilakukan. Ini seperti yang telah ditegaskan dalam elemen yang keenam iaitu sense of responsibility and accountability.
Turut termasuk dalam elemen self esteem ialah sense of safety and security yang mana seseorang itu perlu ada rasa percaya terhadap diri sendiri dan orang lain dan berasa senang dan selesa dengan kehidupannya. Dengan ini secara tidak langsung elemen ke lapan iaitu sense of belonging atau rasa dipunyai dapat dipenuhi.
Self esteem ini turut merujuk kepada integriti atau maruah seseorang. Seperti yang ditekankan oleh elemen yang kesembilan iaitu sense of integrity, individu yang bermaruah adalah individu yang menjalani hidup mengikut nilai dan kepercayaan yang dipegang dan bertindak mengikut apa yang difikirkan betul.
Berdasarkan penerangan daripada komponen elemen-elemen self esteem ini Alexander (2001) percaya ketidakseimbangan terhadap mana-mana elemen ini akan menyukarkan
seseorang untuk mengawal tahap self esteemnya. Apabila self esteem ini gagal dikawal kecenderungan untuk mengalami tekanan adalah tinggi. Dikatakan individu yang mempunyai self esteem rendah, kecenderungan untuk dirinya tertekan adalah tinggi jika dibandingkan individu self esteem tinggi.
1.1 Latar belakang kajian
Dunia pekerjaan adalah dunia yang penuh dengan cabaran dan tidak terlepas daripada tekanan. Menurut Leka, Griffiths dan Cox (2003), tekanan kerja ialah sejenis keadaan tegang yang dialami oleh seseorang berhubung kehendak tugasan yang tidak setimpal atau mencabar kemampuan dan keupayaan diri. Ini turut disokong oleh Mohd. Taib dan Hamdan (2006) yang mendefinisikan tekanan di tempat kerja sebagai tindak balas fizikal atau dimensi negatif yang timbul apabila tuntutan tidak sepadan dengan kebolehan pekerja.
Tekanan boleh berlaku berpunca daripada banyak faktor dan selalunya menyebabkan seseorang berasa sangat terbeban apabila gagal mengawal tugasnya. Ini terutama yang bergelar pekerja kerana kurang sokongan dan dorongan daripada majikan dan rakan sekerja. Mohd. Taib dan Hamdan (2006) pula menyatakan tekanan di tempat kerja boleh berlaku disebabkan perubahan struktur organisasi, pertukaran tempat kerja, gaji yang tidak sesuai, sikap atau layanan majikan dan meningkatnya bebanan kerja.
Ini menunjukkan tekanan kerja adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan kerana kehendak dan suasana kerja. Adakalanya tekanan boleh membuatkan seseorang lebih peka, bermotivasi, dapat bekerja dan belajar. Namun ada juga yang boleh membuatkan seseorang menjadi kurang berfungsi, lemah semangat, rendah diri dan putus asa. Ini semua bergantung kepada individu kerana tidak semua orang boleh bekerja dalam keadaan bertekanan. Justeru benar bahawa tekanan adalah terdiri dua iaitu tekanan positif dan tekanan negatif. Bagaimanapun jika tekanan yang melampau, ini akan
Menurut Greensberg (2002) , terdapat enam faktor tekanan yang berkaitan dengan pekerjaan. Faktor tekanan tersebut ialah 1) faktor intrinsik; 2) peranan dalam organisasi;
3) perhubungan di tempat kerja; 4) pembangunan kerjaya; 5) struktur organisasi dan budaya kerja dan 6) hubung kait kerja dan rumah tangga. Turut dinyatakan faktor perbezaan sifat diri ataupun personaliti sebagai salah satu faktor tekanan.
Faktor intrinsik ialah merangkumi persekitaran fizikal kerja yang kurang memuaskan, bebanan kerja yang melampau, kekangan masa dalam menyelesaikan kerja dan ancaman bahaya semasa bekerja. Peranan dalam organisasi pula membabitkan ketidakjelasan tugas, konflik peranan dan organisasi dan tanggungjawab ke atas organisasi.
Turut menimbulkan tekanan semasa bekerja ialah daripada segi perhubungan di tempat kerja. Apabila terdapat masalah komunikasi antara pekerja dengan majikan ataupun sesama pekerja, ini akan mewujudkan suasana kerja yang tegang. Perlaksanaan tugas juga akan menjadi sukar.
Bagi faktor pembangunan kerjaya, perkara yang menyumbang ke arah tekanan ialah isu kenaikan pangkat. Ada pekerja yang terlalu mudah untuk naik pangkat dan ada juga yang terlalu sukar untuk naik pangkat. Manakala pekerja yang bekerja secara kontrak pula, mereka terbeban dengan tiada jaminan untuk kekal bekerja dalam sesuatu organisasi.
Dari segi struktur organisasi dan budaya kerja, perkara yang memberi tekanan kepada pekerja ialah mereka kurang atau tidak mendapat hak untuk terlibat dalam membuat keputusan bagi organisasi. Ini berpunca daripada permainan politik ataupun birokrasi yang diamalkan oleh organisasi tersebut. Segala keputusan berkaitan organisasi hanya ditentukan oleh pihak atasan tanpa mengambil kira pendapat para pekerja sekalipun isu yang timbul berkait dengan pekerja
Seterusnya untuk faktor yang terakhir iaitu faktor keluarga . Tekanan ini boleh berlaku dalam dua keadaan sama ada tekanan kerja menjadi penyebab kepada tekanan di rumah ataupun tekanan di rumah yang menyumbang kepada tekanan kerja. Keadaan ini berlaku
terutama bagi pekerja yang berkeluarga dan kedua suami isteri bekerja. Menurut Mohd.
Taib dan Hamdan (2006), tekanan yang diterima oleh pekerja yang sudah berkahwin agak tinggi berbanding yang masih bujang kerana mereka terpaksa bekerja dan dalam masa yang sama, mereka perlu menguruskan rumah. Suami isteri yang mempunyai bilangan anak yang ramai perlu bekerja bagi menampung keperluan hidup. Ada kalanya kerja yang tidak dapat disiapkan di pejabat terpaksa dibawa pulang ke rumah. Apabila ini berlaku masa menguruskan anak-anak dan keperluan rumah tangga menjadi terhad.
Keadaan ini secara tidak langsung memberi kesan pada emosi dan suasana di tempat kerja.
Mohd. Taib dan Hamdan (2006) turut memasukkan faktor demografi seperti umur dan jantina sebagai salah satu punca tekanan kerja. Mereka menyatakan pekerja yang berumur melebihi 45 tahun biasanya mudah berasa penat dan tidak cukup rehat berbanding pekerja muda. Hasil kerja mereka juga kurang berkualiti dan kebarangkalian dipecat oleh majikan adalah tinggi. Pekerjaan seperti jururawat dan guru mendatangkan tekanan kepada pekerja yang berumur kerana keadaan kerja yang sibuk dan meletihkan.
Seterusnya daripada segi jantina pula, mereka mengatakan terdapat beberapa pekerjaan yang tidak sesuai dengan perwatakan perempuan yang lembut seperti jurutera, buruh, juruterbang kerana pekerjaan ini memerlukan kekuatan fizikal yang mantap dan tenaga yang mencukupi sedangkan perempuan mempunyai jiwa yang lemah lembut. Oleh itu, bagi pekerja wanita yang bekerja di bawah sektor-sektor yang berat, mereka berhadapan dengan tekanan bagi melaksanakan pekerjaan itu dengan baik. Mereka terpaksa bersaing dengan pekerja lelaki.
1.2 Pernyataan Masalah
Bidang kepolisan sebagaimana yang diketahui umum adalah kerjaya yang mencabar dan amat terdedah kepada persekitaran yang tidak menentu dan berbahaya. Sifat kerjaya polis yang sedemikian dimaklumi mengundang kepada tekanan dalam kehidupan. Ini dibuktikan oleh Mohd.Taib dan Hamdan (2006) yang melihat hasil kajian oleh University of Manchester Institute Science and Technology, mendapati kerjaya polis menduduki tangga kedua sebagai pekerjaan yang paling memberikan tekanan di United States.
Pekerjaan yang menduduki tangga teratas ialah pelombong dan diikuti oleh polis, pegawai penjara dan buruh.
Di Barat kajian yang mengaitkan tekanan kerja dan self esteem memang telah lama dan banyak dilakukan. Antara responden yang biasa terlibat dalam kajian seperti ini ialah pelajar, jururawat, guru dan pekerja pejabat. Contohnya dalam kajian yang bertajuk Stress and Self Esteem oleh Caruthers (1998). Dalam kajian ini responden yang terlibat adalah di kalangan pelajar. Perkara yang diuji dalam kajian ini sekadar ingin melihat korelasi tahap self esteem seseorang dan bagaimana tanggapan seseorang tentang tekanan.
Selain itu kebanyakan kajian tekanan kerja dan self esteem juga adalah tertumpu kepada mengaitkan faktor demografi seperti jantina, latar belakang pendidikan, pangkat dan gaji dengan self esteem. Tidak banyak kajian yang mengkaji elemen faktor tekanan kerja itu sendiri untuk dikaitkan dengan self esteem. Seterusnya kajian juga banyak yang didapati mengaitkan personaliti sebagai cabang induk kepada self esteem. Begitu juga terhadap kajian tekanan kerja yang mana para pengkaji lebih gemar mengaitkan kepuasan kerja dengan self esteem dan bukannya tekanan kerja dan self esteem. Agak sukar menemui kajian yang menjurus secara terus tentang perkaitan elemen faktor tekanan kerja dan self esteem terutama bagi kerjaya polis tanpa mengaitkan elemen personaliti ataupun kepuasan kerja.
Contoh kajian terbaik bagi merangkumi masalah-masalah di atas ialah kajian bertajuk Human Resource’s Self Esteem across Gender and Categories: A Study oleh Kundu dan
Rani (2007). Kajian ini jelas memperincikan kajian hubungan self esteem dengan jantina.
Dalam kajian ini responden yang terlibat ialah pelajar, pelatih, pengurus dan usahawan di India. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat perbezaan dan perhubungan jantina dan kategori kerjaya terhadap tahap self esteem individu berhubung dunia kerjaya sama ada kepada yang bakal menempuh alam pekerjaan dan sedang dalam alam pekerjaan.
Dalam kajian ini tiada unsur perkaitan tekanan kerja yang dikaji sebaliknya kepuasan kerja dan self esteem terhadap jantina dan kategori kerjaya. Elemen yang turut mempengaruhi kajian ini ialah personaliti dan motivasi bagi jantina dan kategori kerjaya tersebut. Ini jelas menunjukkan amat sukar menemui kajian yang menghimpunkan dan memfokuskan elemen faktor tekanan kerja dan self esteem semata-mata tanpa mengaitkan elemen motivasi, personaliti atau kepuasan kerja terutama kerjaya polis.
Bagi kajian kerjaya polis, pengkaji banyak menemui kajian yang menjurus kepada tekanan kerja ataupun self esteem semata-mata. Banyak juga kajian tentang hubungan kepuasan kerja dengan motivasi atau kepuasan kerja dengan personaliti ataupun tekanan kerja dan personaliti. Contohnya kajian oleh Gerber (2001) dalam bukunya yang bertajuk Women and Men Police Officer: Status, Gender and Personality. Dalam kajiannya, beliau telah memfokuskan kepada tiga perkara iaitu status yang membawa maksud pangkat; jantina iaitu antara polis lelaki dan wanita dan jenis personaliti yang dimiliki oleh anggota polis tersebut. Unsur self esteem turut dikaji dalam kajian ini iaitu dengan mengaitkan jantina dan status pangkat anggota dengan tahap self esteem yang dimiliki.
Namun begitu bagi jantina dan status pangkat ini, unsur yang dikaji lebih kepada faktor perhubungan sosial sesama rakan sekerja dan anggota polis yang berpangkat tinggi dan berlainan jantina. Tidak dilibatkan faktor tekanan kerja seperti bebanan kerja, peranan ataupun persekitaran kerja dalam kajian tersebut. Kajian tersebut adalah lebih menjurus kepada jenis personaliti bagi status dan jantina anggota polis yang berbeza.
kajian ini dan menjalankannya pada konteks Malaysia. Pemilihan anggota polis sebagai sampel pula adalah kerana sebagaimana kita tahu anggota polis terdedah dengan unsur bahaya dalam pekerjaan mereka. Maka pengkaji berminat untuk mengetahui adakah unsur bahaya ini memberi tekanan yang hebat kepada mereka dan adakah tekanan ini memberi impak terhadap self esteem mereka.
Tambahan pula kajian yang dilakukan di Barat adalah dalam suasana kadar jenayah yang tinggi. Ada kemungkinan perbezaan kadar jenayah di Malaysia dan di Barat boleh mempengaruhi keputusan kajian pengkaji. Selain itu, kurang pengetahuan dan pemahaman berkenaan self esteem di kalangan rakyat Malaysia berbanding orang Barat berkemungkinan besar mempengaruhi keputusan kajian.
1.3 Objektif Kajian
1.3.1 Objektif Umum
Mengenal pasti adakah terdapat hubungan antara tekanan kerja dengan self esteem di kalangan anggota polis yang telah berkahwin.
1.3.2 Objektif Khusus
1. Mengkaji adakah terdapat hubungan bebanan kerja dengan self esteem di kalangan anggota polis yang telah berkahwin.
2. Mengkaji adakah terdapat hubungan persekitaran fizikal tempat kerja dengan self esteem di kalangan anggota polis yang telah berkahwin.
3. Mengkaji adakah terdapat hubungan faktor demografi terpilih iaitu jumlah pendapatan dengan self esteem di kalangan anggota polis yang telah berkahwin.
4. Mengkaji adakah terdapat hubungan faktor demografi terpilih iaitu latar belakang pendidikan dengan self esteem di kalangan anggota polis yang telah berkahwin.
5. Mengkaji adakah terdapat perbezaan antara faktor demografi jantina dengan self esteem di kalangan anggota polis yang telah berkahwin.
1.4 Kerangka Konseptual
Pemboleh ubah tidak bersandar Pemboleh ubah bersandar
Rajah 1: Kerangka Konseptual
Kerangka konseptual ini dibina bagi memudahkan pengkaji untuk melihat dan mengenalpasti bentuk hubungan pemboleh ubah tidak bersandar iaitu faktor tekanan kerja dan faktor demografi dengan pemboleh ubah bersandar iaitu dan self esteem. Daripada kerangka ini didapati bahawa pemboleh ubah tidak bersandar berhubung secara terus kepada pemboleh ubah bersandar dan tidak mempunyai perantara (mediator).
Faktor Tekanan Kerja
Bebanan Kerja
Persekitaran Fizikal Tempat Kerja
Self esteem Faktor Demografi
Pendapatan
Latar Belakang Pendidikan
Jantina