• Tidak ada hasil yang ditemukan

Hubungan Motivasi Belajar Dengan Minat Belajar Pelajar

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Hubungan Motivasi Belajar Dengan Minat Belajar Pelajar"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

Hubungan Motivasi Belajar Dengan Minat Belajar Pelajar Bermasalah Disiplin Di Sebuah Sekolah Menengah

(Relationship Between Students 'Motivation and Interest in Learning Discipline Problems in Secondary School)

Rozaidi Omar1*

1 Fakulti Psikologi Pendidikan, Univesiti Malaysia Sabah

*Pengarang Koresponden: [email protected] Accepted: 15 October 2022 | Published: 1 November 2022

DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.3.25

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Motivasi dan minat merupakan titik tolak kepada pelajar dalam pembelajaran yang boleh digunakan untuk mencapai matlamat yang diinginkan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui sama ada terdapat hubungan antara motivasi belajar dengan minat belajar pelajar pelajar bermasalah disiplin di sebuah sekolah di kulim. Penyelidikan ini dijalankan dengan pendekatan kuantitatif terhadap pelajar sekolah menengah. Sampel dalam kajian ini adalah sebanyak 130 orang pelajar bermasalah disiplin yang dipilih secara rawak. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi belajar dengan minat belajar pelajar bermasaah disiplin dengan hasil analisis regrasi pelbagai menunjukkan model regrasi yang mengandungi pemboleh ubah motivasi dan minat belajar boleh menerangkan secara signifikan sebanyak 32% daripada varians dalam pemboleh ubah umur f(2,127)

=7.314, k<.05. Pemboleh ubah motivasi belajar (beta=-.201), (t=-2.258, k<.05) merupakan peramal signifikan kepada umur. Pemboleh ubah minat belajar (beta=-.193), (t=-2. 164, k<.05) merupakan peramal tidak signifikan kepada umur dan terdapat hubungan yang negatif antara motivasi belajar dengan minat belajar pelajar bermasalah disiplin.

Kata kunci: motivasi, minat, pelajar bermasalah, disiplin

Abtract: Relationship between students 'motivation and interest in learningdiscipline problems in a school in Kulim. Motivation and interest are the starting points for students in learning that can be used to achieve desired goals. The purpose of this study is to find out whether there is a relationship between learning motivation and learning interest of students with disciplinary problems in a school in kulim. This research was conducted on students aged 14,16 and 17. The sample in this study was 130 students with disciplinary problems who were randomly selected. Data were obtained through questionnaires. The results showed that there was a significant relationship between learning motivation and learning interest of students with disciplinary. The results of multiple regression analysis showed that regression model containing motivation and interest in learning variables can explain significantly 32% of the variance in the variable age f (2,127) = 7.314, k <.05. The learning motivation variable (beta

=-. 201), (t = 2.258, k <.05) was a significant predictor of age. The learning interest variable (beta =-. 193), (t = 2.164, k <.05) was an insignificant predictor of age and there was a negative relationship between learning motivation and learning interest of students with disciplinary problems.

Keywords: motivation, interest, problematic students, disciplin

(2)

___________________________________________________________________________

1. Pendahuluan

Pendidikan boleh didefinisikan sebagai satu usaha manusia yang dilakukan secara terancang untuk merealisasikan proses pembelajaran yang efektif dan efisien dalam mencungkil dan mengembangkan potensi diri dari segi kekuatan spiritual, kawalan diri, kecerdasan, akhlak mulia, dan keterampilan yang diperlukan oleh masyarakat dan negara. Salah satu indikator yang boleh dijadikan rujukan adalah ke arah pencapaian matlamat pendidikan oleh pelajar.

Prestasi pembelajaran pelajar adalah dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Faktor boleh datang dari luar (faktor luaran) dan boleh datang dari dalam diri pelajar itu sendiri (faktor dalaman). Faktor luaran termasuk persekitaran keluarga, persekitaran sekolah, dan persekitaran masyarakat.

Manakala faktor dalam diri pelajar pula meliputi kecerdasan, minat, bakat dan potensi, motivasi, dan kesihatan serta kaedah pembelajaran. Salah satu faktor yang mempengaruhi prestasi belajar adalah motivasi dan minat belajar, motivasi yang tinggi dan minat belajar dapat meningkatkan prestasi pembelajaran.

Minat pelajar terhadap pelajaran adalah kekuatan yang akan memotivasikan pelajar untuk belajar. Pelajar yang mempunyai minat dalam aktiviti pembelajaran akan termotivasi dan terus belajar. Ini berbeza dengan pelajar yang sikapnya hanya menerima sahaja pelajaran tanpa matlamat yang jelas. Minat pelajar untuk belajar merupakan titik permulaan dalam proses pembelajaran yang boleh dieksploitasi untuk mencapai hasil yang diinginkan. Dalam kes ini, matlamatnya adalah untuk mempelajari sesuatu yang baru. Ini menunjukkan bahawa jika seseorang itu berminat untuk belajar tentang dirinya, dia akan dapat mencapai keinginan atau cita-citanya, namun jika seseorang pelajar itu tidak berminat untuk belajar, dia tidak akan dapat mencapai keinginan atau cita-citanya (Amni Fauziah dan Asih Rosnaningsih, 2017).

Keghairahan pelajar dalam pembelajaran adalah penting agar mereka berminat dengan bahan yang diajar.

Motivasi ialah keinginan sedar atau tidak sedar seseorang untuk melakukan sesuatu untuk mencapai sesuatu matlamat. Guru, keluarga dan rakan semua boleh memberikan motivasi, tetapi ia juga boleh datang dari dalam diri pelajar tersebut. Pelajar yang bermotivasi untuk belajar akan mengambil pembelajaran dengan serius dan melibatkan diri di dalamnya, menghasilkan hasil pembelajaran yang memuaskan. Motivasi belajar adalah proses memotivasikan pelajar untuk memperbaiki diri. Minat adalah faktor psikologi yang akan mempengaruhi pembelajaran. Motivasi mempunyai kesan yang signifikan terhadap pencapaian pembelajaran sepanjang proses pembelajaran. Motivasi belajar adalah proses memotivasikan pelajar untuk memperbaiki diri.

Justeru itu, kajian ini akan mengenal pasti hubungan motivasi dan minat belajar terhadap pelajar bermasalah disiplin di sekolah.

2. Permasalahan Kajian

Kajian terdahulu mendapati terdapat beberapa faktor yang telah dikenal pasti sebagai punca pelajar ponteng kelas yang telah dijalankan kajian oleh (Norhasilah Mat Nor, Aspaniza Hamzah, 2010),(Rogis Baker, Noor Mazlina Ariffin, Ahmad Azan Ridzuan, Hasimi Sallehudin, Jessica Ong Hai Liaw, 2020), (Johari Hassan & Nik Selma Muhammad, 2011), (Manab, 2013)dan (Aminuddin Bin Hehsan & Siti Noor Binti Muhamad, 2010). Antaranya ialah tiada motivasi dan minat belajar. Kita sering didedahkan dengan pelbagai masalah pelajar

(3)

pada masa kini. Permasalahan yang dihidangkan kepada kita adalah berkaitan masalah ponteng, vandalisme, merokok, buli dan sebagainya. Pelajar ini bermula dengan ponteng dan malas masuk kelas sehinggalah terlibat dengan pelbagai masalah lain lagi. Kita tidak tahu secara mendalam kenapa mereka bertindak sedemikian rupa.

Dalam kajian yang dijalankan Zainuddin dan Mohammad Roslan (2011) mendapati tingkah laku golongan pelajar dan remaja khususnya semakin mencabar dengan pelbagai masalah di dalam negara. Gambaran keruntuhan moral di kalangan ahli masyarakat khususnya pelajar- pelajar sekolah, muda-mudi hari ini di semua peringkat digambarkan menerusi perlakuan seks bebas, kehamilan luar nikah, pembuangan bayi, kesalahan juvana, penagihan dadah, pembakaran sekolah dan sebagainya semakin meningkat. kadar penglibatan remaja dalam masalah sosial juga boleh dilihat pada Laporan Kajian tingkah laku remaja Johor yang telah dijalankan oleh Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya (2000). Kajian yang dijalankan oleh pihak Universiti Malaya ini meliputi empat jenis tingkahlaku delinkuen iaitu keganasan, salah laku seksual, penyalahgunaan dadah dan lepak. Dapatan kajian ini menunjukkan sebanyak 32.9% remaja terlibat dengan keganasan, sebanyak 39.8% remaja pula terlibat dengan salahlaku seksual dan remaja yang terlibat dengan salah guna dadah pula adalah sebanyak 34.2% remaja yang terlibat dengan lepak pula adalah sebanyak 49.9%. Kajian yang telah dijalankan oleh pihak Universiti Malaya ini menunjukkan penglibatan remaja dalam masalah sosial semakin serius dan sudah tentunya ianya amat membimbangkan semua pihak.

Menurut Zainuddin dan Mohammad Roslan (2011), dalam kajian mendapati bahawa isu sosial yang melanda remaja pada masa kini dipengaruhi oleh pelbagai pembolehubah. Dalam penyiasatan ini, empat elemen telah diambil kira dalam membuat kesimpulan kajian. Elemen tersebut termasuk faktor diri, faktor latar belakang keluarga, jenis pengaruh rakan sebaya dan kesukaran yang terdapat dalam persekitaran pendidikan. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa pembolehubah kendiri memberi kesan terutamanya kepada remaja yang terlibat dalam kesukaran sosial berbanding dengan faktor lain. Justeru, semua pihak haruslah bekerjasama untuk menyelesaikan isu masyarakat yang semakin meningkat ini. Remaja hari ini seharusnya lebih kuat dan mempunyai semangat keperibadian yang kuat agar dapat menahan diri daripada gejala sosial.

Berdasarkan kepada pernyataan masalah di atas, pengkaji mendapati pengkaji terdahulu lebih memfokuskan kepada motivasi dan minat khusus kepada subjek bukan kepada individu yang bermasalah. Terdapat pengkaji yang mengkaji keberkesanan modul terhadap minat dan motivasi pelajar. Ada juga pengkaji terdahulu yang mengkaji tentang minat dan motivasi terhadap motivasi prestasi pelajar seperti terdapat dalam kajian yang dijalankan oleh (Santiani, 2013), (Friantini & WInata, 2021), (Lizawati Binti Mohamad Ham et al., 2017). Oleh sebab itu, pengkaji melihat perlu memberi fokus kepada pelajar bermasalah disiplin seperti ponteng, buli, vandalisme, tidak hormat guru, merokok, tidak siap latihan dan tidak beri perhatian di dalam kelas. Pengkaji ingin melihat adakah motivasi dan minat belajar merupakan faktor penyumbang ke arah tingkah laku devian tersebut. Pengaji juga mendapati kajian tentang motivasi belajar dan minat belajar untuk pelajar-pelajar bermasalah disiplin masih kurang di Malaysia.Oleh itu kajian ini penting untuk dijalankan.

3. Objektif Kajian

Tujuan penelitian ini adalah:

(4)

1) Untuk mengetahui perbezaan motivasi belajar antara lelaki dan perempuan dalam kalangan pelajar bermasalah disiplin.

2) Untuk mengetahui perbezaan motivasi belajar terhadap umur pelajar bermasalah disiplin sebuah sekolah menengah di Kulim.

3) Untuk mengetahui perbezaan minat belajar antara lelaki dan perempuan dalam kalangan pelajar bermasalah disiplin.

4) Untuk mengetahui perbezaan minat belajar terhadap umur pelajar bermasalah disiplin sebuah sekolah menengah di Kulim.

5) Untuk mengetahui hubungan antara motivasi belajar dengan minat belajar dalam kalangan pelajar bermasalah disiplin.

6) Untuk mengetahui hubungan motivasi belajar dengan minat belajar terhadap jantina pelajar bermasalah disiplin sebuah sekolah menengah di Kulim.

7) Untuk mengetahui hubungan motivasi belajar dengan minat belajar terhadap umur pelajar bermasalah disiplin sebuah sekolah menengah di Kulim.

4. Metodologi Kajian

Kajian ini dijalankan secara deskriptif melibatkan kajian kualitattif. Dalam melaksanakan kajian ini, satu set soal selidik digunakan terhadap 130 orang responden yang terdiri daripada pelajar yang dikenalpasti oleh guru kelas, guru disiplin dan kaunselor sekolah. Soal selidik ini mengandungi 40 item untuk motivasi dan 31 item untuk minat belajar.. Skor mengikut skala likert dari 1(sangat tidak setuju) sehingga 5 (sangat setuju) bagi motivasi belajar serta dari 1(tidak sangat setuju) hingga 4( sangat setuju) bagi minat belajar. Soal selidik ini dintegrasi dengan menggunakan borang soal selidik dan Google forms dan di serahkan secara bersemuka bagi yang hadir ke sekolah dan menerusi medium aplikasi Whatssap

5. Dapatan Kajian

Berdasarkan kepada Jadual 2, mendapati jumlah kekerapan jantina bagi subjek lelaki adalah lebih ramai iaitu sebanyak 67 orang (51.5%) berbanding subjek perempuan sebanyak 63 orang (48.5%). Bagi purata umur subjek pula ialah 15.40 (S.P.=1.104). Sebanyak 3 bangsa telah menjalani kajian ini dan didahului dengan bangsa Melayu iaitu seramai 113 orang (86.9%), diikuti bangsa Cina seramai 1 orang (0.8%) dan India seramai 16 orang (12.3%).

Jadual 2: Analisis Deskriptif bagi Pembolehubah Jantina, Umur, Bangsa

Jadual 3 menunjukkan tahap minat belajar pelajar berdasarkan Umur dan hasil interpretasi min menunjukkan 6 item mempunyai tahap minat belajar pelajar berdasarkan umur yang rendah dalam kalangan murid bermasalah. Manakala 4 item yang menunjukkan tahap minat belajar pelajar berdasarkan Umur yang tinggi dalam kalangan pelajar bermasalah disiplin. Selebinya

(5)

iaitu 30 item lagi menunjukkan tahap minat belajar pelajar berdasarkan Umur yang sederhana dalam kalangan pelajar bermasalah disiplin. Ini menunjukkan majoriti pelajar bermasalah berada pada tahap minat belajar pelajar berdasarkan Umur yang sederhana.

Jadual 3: Tahap minat belajar pelajar berdasarkan Umur

Min Sisishan Piawai

interpretas i 1 Saya berasa gembira semasa mengikuti pelajaran

di sekolah 3.21 .712 Tinggi

2 Setiap kali saya pulang, saya akan mengulangkaji

perkara yang penting dalam pelajaran 2.48 .837 Sederhana 3 Saya malas membawa buku pelajaran kerana

berat 1.84 .888 Rendah

4 Saya sentiasa menyiapkan tugasan tepat pada

masanya 2.69 .818 Sederhana

5

Semasa pelajaran berjalan saya sering berjalan- jalan dan keluar dari kelas semata-mata untuk melihat keadaan sekeliling sekolah

1.71 .922 Rendah 6 Saya juga memberi pendapat semasa

perbincangan kumpulan 2.92 .872 Sederhana

7 Saya suka membaca buku yang menyokong

subjek yang dipelajari 2.82 .885 Sederhana

8

Jika ada soalan dalam pelajaran yang tidak dapat diselesaikan, saya terus berusaha menyelesaikannya

3.03 .832 Tinggi 9 Apabila ada ujian, saya meniru jawapan kawan 1.60 .894 Rendah 10 Dengan belajar saya yakin saya boleh

merealisasikan cita-cita saya 3.35 .775 Tinggi 11 Saya berminat dengan media dan alat bantu yang

digunakan oleh guru semasa pengajaran 2.94 .942 Sederhana 12 Bagi saya, mengikuti pelajaran di sekolah adalah

membosankan 1.74 .869 Rendah

13 Saya sering menyibukkan diri pada waktu

pengajaran guru 1.96 .930 Rendah

14

Saya sering meminta bantuan daripada guru atau ibu bapa sekiranya saya menghadapi masalah pembelajaran

2.78 .990 Sederhana 15 Saya gembira dengan mata pelajaran yang diajar

di sekolah 3.05 .879 Tinggi

16 Saya belajar hanya jika ada ujian 2.09 1.034 Sederhana 17 Saya lebih suka mengerjakan soalan yang mudah

daripada yang sukar 2.99 .858 Sederhana

18 Saya selalu bertanya kepada guru sekiranya

terdapat bahan yang kurang jelas dalam pelajaran 2.94 .808 Sederhana 19

Saya sentiasa membuat nota khas untuk perkara penting dalam pelajaran untuk memudahkan saya belajar.

2.52 .917 Sederhana

(6)

20 Saya akan tetap bermotivasi untuk mengikuti

pelajaran yang saya tidak suka lakukan 2.68 .872 Sederhana 21 Saya lebih suka membaca cerpen daripada belajar 2.19 .933 Sederhana 22

Bagi saya, belajar di sekolah tidak perlu kerana ia tidak mendatangkan faedah kepada kehidupan seharian

1.61 .885 Rendah 23 Setiap hari saya membawa semua buku teks yang

dijadualkan 2.56 1.031 Sederhana

24 Saya sering mengantuk apabila guru mengajar. 2.31 .897 Sederhana 25 Saya sentiasa membuat tugasan yang diberikan

oleh guru 2.95 .825 Sederhana

26

Selepas belajar sesuatu pelajaran, saya tidak pernah mengingati apa yang diajar apatah lagi untuk belajar semula

2.23 .936 Sederhana 27 Saya tidak mempunyai keinginan untuk menjadi

juara dalam kelas untuk mencapai cita-cita saya 2.20 1.056 Sederhana 28 Saya akan mengikuti pelajaran jika ia diajar oleh

guru kegemaran saya 2.77 1.031 Sederhana

29 Saya tidak pernah memberi pendapat semasa

perbincangan 2.11 .881 Sederhana

30 Jika guru memberi kerja rumah, saya buat sejurus

selepas sekolah supaya tidak lupa 2.73 .883 Sederhana 31 Bahasa inggeris, matematik dan sains adalah

pelajaran yang menakutkan bagi saya. 2.63 1.036 Sederhana 32 Saya tidak pernah membuat rumusan tentang

perkara-perkara penting setiap mata pelajaran. 2.30 .937 Sederhana 33 Apabila di dalam kelas guru tidak hadir, maka

saya berasa sangat gembira 1.98 .906 Sederhana

34

Saya mengikuti pelajaran untuk mengatasi masalah pembelajaran dalam mata pelajaran bahasa inggeris, matematik dan sains.

2.88 .841 Sederhana 35 Apabila saya belajar pelbagai subjek, saya

menggunakan pelbagai buku rujukan 2.70 .877 Sederhana 36 Saya sering lupa dan tidak membuat kerja rumah 2.22 .950 Sederhana 37 Saya tidak pernah mengulangkaji pelajaran jika

di rumah 2.14 .887 Sederhana

38

Saya merasakan banyak perkara dalam bahasa inggeris, matematik dan sains mempunyai faedah dalam kehidupan seharian

3.05 .905 Sederhana 39 Saya tidak dapat menumpukan perhatian pada

pelajaran jika ia diajar pada masa akhir. 2.54 .982 Sederhana 40 Menjadi juara dalam kelas adalah keinginan

terbesar saya 2.97 1.034 Sederhana

Jadual 4 menunjukkan tahap motivasi belajar pelajar berdasarkan umur dan hasil interpretasi min menunjukkan tiada item mempunyai tahap motivasi belajar pelajar berdasarkan umur yang

(7)

rendah dalam kalangan murid bermasalah. 10 item yang menunjukkan tahap minat belajar pelajar berdasarkan umur yang tinggi dalam kalangan pelajar bermasalah disiplinManakala 31 item lagi menunjukkan tahap motivasi belajar pelajar berdasarkan Umur yang sederhana dalam kalangan pelajar bermasalah disiplin. Ini menunjukkan majoriti pelajar bermasalah berada pada tahap motivasi belajar pelajar berdasarkan Umur yang sederhana.

Jadual 4: Tahap Motivasi belajar pelajar berdasarkan Umur

Min Sisihan

Piawai Interpretasi 1 Saya sering mengulangkaji subjek sebelum

dan selepas pulang dari sekolah 3.02 1.007 Sederhana 2

Sebelum pelajaran bermula, saya telah menyediakan pelbagai bahan bacaan yang berkaitan dengan tajuk pelajaran

3.49 .086 Sederhana 3 Saya sangat gembira untuk menjadikan

pembelajaran sebagai hobi 3.35 .094 Sederhana

4 Saya memberi perhatian kepada perkara-

perkara yang diajar dan diterangkan oleh guru 3.94 .083 Sederhana 5

Sekiranya saya tidak memahami bahan kuliah yang diterangkan, saya akan bertanyakan soalan dan mencari jawapannya dengan membaca buku

3.65 .091 Sederhana

6 Belajar adalah satu keperluan 4.45 .066 Tinggi

7 Saya sengaja belajar setiap hari 3.12 .101 Sederhana 8

Jika saya rasa saya gagal dalam pembelajaran sebelum ini maka saya akan belajar lebih bersungguh-sungguh

4.19 .085 Tinggi

9

Saya malu dengan kawan-kawan jika dalam menerima pengajaran dan pembelajaran saya tidak tahu apa-apa (bodoh)

3.28 .118 Sederhana 10

Pembelajaran adalah satu cabaran yang membuatkan saya sentiasa berusaha keras untuk mempertaruhkan harga diri saya

3.91 .094 Sederhana 11

Dalam melakukan tugasan saya akan sentiasa menyiapkannya tepat pada masanya dan dengan hasil yang sempurna

3.32 .093 Sederhana 12 Tugasan atau kerja rumah adalah sesuatu

yang sangat penting untuk dilakukan 4.15 .080 Tinggi 13 Saya belajar kerana saya mahu rakan sekelas

saya tahu kewujudan saya di dalam kelas 3.30 .103 Sederhana 14

Saya ingin guru mengetahui bahawa saya telah mencapai matlamat atau menguasai bahan yang ingin saya capai dalam pembelajaran

3.67 .092 Sederhana

15 Saya gembira mendapat laporan nilai prestasi

yang tinggi dan begitu juga sebaliknya 4.03 .082 Tinggi

(8)

16 Penilaian prestasi hendaklah mengikut usaha

dan kerja keras seseorang pelajar 4.17 .086 Tinggi 17

Saya belajar kerana saya tidak mahu mendapat markah Laporan prestasi yang rendah

4.07 .080 Tinggi

18

Dalam proses belajar menjaga saya, saya perlu menjadi lebih baik daripada rakan sekelas saya

3.76 .095 Sederhana

19

Saya mempunyai saingan/saingan dalam kelas yang akan saya gunakan sebagai penanda aras dan pada satu ketika saya akan mengatasi orang itu

3.11 .107 Sederhana

20 Saya malu jika nilai prestasi kawan saya lebih

tinggi daripada nilai prestasi yang saya dapat 3.45 .111 Sederhana 21 Guru sentiasa membetulkan jawapan

sekiranya terdapat jawapan yang salah 4.12 .089 Tinggi 22 Saya sering mempersoalkan hasil jawapan

yang saya usahakan 3.84 .083 Sederhana

23

Sekiranya terdapat kesilapan dalam menjawab maka saya akan mencari jawapan tersebut dan menggantikannya dengan jawapan yang betul

3.90 .087 Sederhana 24 Guru sentiasa menghargai/memberi pujian

kepada pelajar yang berjaya dalam kelas 4.02 .084 Tinggi 25 Saya gembira sekiranya guru

memuji/menghargai hasil kerja saya 4.20 .086 Tinggi 26

Guru sentiasa mengetahui nama seorang pelajar yang berjaya dan menjadikan orang itu sebagai contoh di hadapan rakan sekelas

4.05 .077 Tinggi

27 Saya tidak mahu dihukum jika saya datang

lewat/lewat ke kelas 3.66 .115 Sederhana

28

Guru menghukum/memerintahkan pelajar keluar kelas bagi pelajar yang tidak membuat kerja rumah

3.19 .111 Sederhana 29

Saya bimbang cikgu akan keluar dari kelas sekiranya suasana kelas bising atau tidak menyiapkan tugasan

3.63 .102 Sederhana 30 Saya akan sentiasa ingat jika cikgu umumkan

jadual peperiksaan/pertengahan/akhir kursus 3.88 .076 Sederhana 31 Saya belajar apabila menghampiri

peperiksaan pertengahan atau akhir semester 3.74 .092 Sederhana

4.1.1 Tidak terdapat perbezaan motivasi belajar terhadap jantina pelajar lelaki dan perempuan bermasalah disiplin sebuah sekolah menengah di Kulim

Berdasarkan ujian Levene’s dalam jadual 5, nilai signifikan yang dicatatkan 0.821 lebih besar daripada .05. Oleh itu, kita mengandaikan bahawa varians populasi adalah seimbang secara

(9)

relatif. Oleh hal demikian, kita akan menggunakan nilai-t, darjah kebebasan(df) aras signifikan pada baris equal variances not assumed bagi menentukan sama ada motivasi belajar berbeza antara pelajar lelaki dan perempuan. Jadual independent sample t test menunjukkan nilai-t=

-.912, df=127.584 dan aras signifikan menunjukkan tidak signifikan, k >.05. Oleh itu hipotesis nol yang dibina adalah diterima.

4.1.2 Tidak terdapat perbezaan motivasi belajar terhadap umur pelajar bermasalah disiplin Sebuah sekolah menengah di Kulim

Merujuk kepada jadual 6 dan 7, Ujian levene statistic bagi menentukan varians seimbang adalah signifikan, K<.05. Oleh itu, diandaikan bahawa varians populasi adalah tidak sama atau tidak seimbang setiap kumpulan. Jadual ANOVA menunjukkan nilai df=2,111.993, F=5.761 dan aras kesignifikan menunjukkan signifikan, k<.05. Oleh itu Hipotesis Nol adalah ditolak.

Berdasarkan dapatan yang diperolehi Motivasi Belajar bagi tiga kategori umur adalah berbeza secara signifikan, F(2,111)=5.761, k<.05.

Jadual 6: Test of Homogeneity of Variances

Levene statistic df1 df2 Sig.

Motivasi Belajar

Based on Mean 2.778 2 127 .066

Based on median 2.777 2 127 .066

Based on median and with adjusted df

2.777 2 111.993 .066

Based on trimmed mean

2.787 2 127 .066

Jadual 7: Anova

Sum of

Squares

df Mean Square F Sig,

Between Groups 2501.745 2 1250.872 5.761 .004

Within Groups 27576.686 128 217.139

Total 30078.431 130

4.1.3 Tidak terdapat perbezaan minat belajar terhadap jantina pelajar lelaki dan perempuan bermasalah disiplin sebuah sekolah menengah di Kulim

Berdasar jadual 9 ujian Levene’s, nilai signifikan yang dicatatkan 0.221 lebih besar daripada .05. Oleh itu, kita mengandaikan bahawa varians populasi adalah seimbang secara relatif. Oleh hal demikian, kita akan menggunakan nilai-t, darjah kebebasan(df) aras signifikan pada baris equal variances not assumed bagi menentukan sama ada motivasi belajar berbeza antara pelajar lelaki dan perempuan. Jadual independent sample t test menunjukkan nilai-t= .970, df=126.742 dan aras signifikan menunjukkan tidak signifikan, k >.05. Oleh itu hipotesis nol yang dibina adalah diterima.

(10)

Jadual 9

Independent Samples Test

4.1.4 Tidak terdapat perbezaan minat belajar terhadap umur pelajar bermasalah disiplin Sebuah sekolah menengah di Kulim

Berdasarkan jadual 10 dan 11 Ujian levene statistic bagi menentukan varians seimbang adalah signifikan, K<.05. Oleh itu, diandaikan bahawa varians populasi adalah tidak sama atau tidak seimbang setiap kumpulan. Jadual ANOVA menunjukkan nilai df=2,126.536, F=4.630 dan aras kesignifikan menunjukkan signifikan, k<.05. Oleh itu Hipoteisi Nol adalah ditolak maka Hipotesis Alternatif diterima. Berdasarkan dapatan yang diperolehi Minat Belajar bagi tiga kategori umur adalah berbeza secara signifikan, F(2,126)=4.630, k<.05

Jadual 10: Test of Homogeneity of Variances

Test of Homogeneity of Variances

Levene statistic df1 df2 Sig.

Motivasi Belajar

Based on Mean 1.990 2 127 .141

Based on median 1.931 2 127 .149

Based on median and with adjusted

df

1.931 2 126.536 .149

Based on trimmed mean

1.885 2 127 .156

Jadual 11: Anova

Sum of

Squares

df Mean Square F Sig,

Between Groups 1162.939 2 581.470 4.630 .011

Within Groups 15948.630 128 125.580

Total 17111.569 130

4.1.5 Tidak Terdapat hubungan motivasi belajar dengan minat belajar pelajar bermasalah disiplin

Jadual 13 menunjukkan hasil analisis korelasi menunjukkan hubungan antara motivasi belajar dan minat belajar merupakan satu hubungan positif lemah tetapi signifikan (r=.331, k<.05).

Hipotesis nol ditolak maka terdapat hubungan motivasi belajar dengan minat belajar pelajar bermasalah disiplin. Keputusan ini menjelaskan bahawa pelajar yang mempunyai motivasi belajar yang tinggi akan mempunyai minat belajar yang juga tinggi atau korelasi positif yang signifikan ini mengesahkan bahawa apabila motivasi belajar itu tinggi maka minat belajar juga dilaporkan tinggi.

(11)

Jadual 13: Korelasi

Motivasi Belajar Minat Belajar

Motivasi Belajar Pearson Correlation 1 .331***

Sig.(2-tailed) <.001

N 130 130

Minat Belajar Pearson Correlation .331*** 1

Sig.(2-tailed) <.001

N 130 130

4.1.6 Tidak terdapat hubungan motivasi belajar dengan minat belajar terhadap jantina pelajar bermasalah disiplin Sebuah sekolah menengah di Kulim

Merujuk jadual 14 dan 15 hasil analisis regresi pelbagai menunjukkan model regresi yang mengandungi pembolehubah motivasi dan minat belajar boleh menerangkan secara tidak signifikan sebanyak 2% daripada varians dalam pemboleh ubah jantina F(2,127)

=1.325,k>.05.Pembolehubah motivasi belajar (Beta=.122),(t=1.309, k>.05) merupakan peramal tidak signifikan kepada jantina. Pemboleh ubah minat belajar (Beta=-.125),(t=-1.347, k>.05) merupakan peramal tidak signifikan kepada Jantina. Oleh itu tidak terdapat hubungan motivasi belajar dengan minat belajar terhadap jantina pelajar bermasalah disiplin Sebuah sekolah menengah di Kulim.

Jadual 14: Regrasi

Model Sum of

Squares

df Mean square f Sig

1 Regression .664 2 .332 1.325 .269b

Resideal 31.805 128 .250

Total 32.469 130

Jadual 15: Regrasi

Model

Unstandardized Coefficients

Standardized Coefficients

t Sig.

B Std. Error Beta

1 (Constant) 1.572 .445 3.530 <.001

MotivasiBelajar .004 .003 .122 1.309 .193

MinatBelajar -.005 .004 -.125 -1.347 .180

4.1.7 Tidak terdapat hubungan motivasi belajar dengan minat belajar terhadap umur pelajar bermasalah disiplin Sebuah sekolah menengah di Kulim

Berdasarkan Jadual 16 dan 17 didapati hasil analisis regresi pelbagai menunjukkan model regresi yang mengandungi pembolehubah Motivasi dan Minat Belajar boleh menerangkan secara signifikan sebanyak 32% daripada varians dalam pemboleh ubah Umur F(2,127)

=7.314,k<.05. Pemboleh ubah motivasi belajar (Beta=-.201),(t=-2.258, k<.05) merupakan peramal signifikan kepada umur. Pemboleh ubah minat belajar (Beta=-.193),(t=-2.164, k<.05) merupakan peramal tidak signifikan kepada umur. Kedua-dua pembolehubah berhubung secara negatif.

Jadual 16: Regrasi

Model Sum of

Squares

df Mean square f Sig

1 Regression 16.236 2 8.118 7.314 <.001b

Resideal 140.964 128 1.110

Total 157.200 130

(12)

Jadual 17: Regrasi

Model Unstandardized

B

Coefficients Std.Error

Standardzed Coefficents

Beta t Sig

1 (consant) 18.994 .938 20.206 <.001

Motivasi Belajar -0.015 .006 -.201 -2.258 .026

Minat Belajar -.018 .009 -.193 -2.164 .032

6. Perbincangan

Motivasi belajar terhadap jantina pelajar bermasalah disiplin Sebuah sekolah menengah di Kulim.

Dapatan kajian mendapati hasil analisis ujian t-test sampel bebas menunjukkan tidak terdapat perbezaan motivasi belajar terhadap jantina pelajar lelaki dan perempuan bermasalah disiplin sebuah sekolah menengah di Kulim, t (127.584) =-.912. k>.05. Hal ini bermakna perbezaan jantina tidak menentukan tahap motivasi pelajar. Pendapat ini disokong oleh Dimyati dan Mudjiono (2006) motivasi belajar adalah daya penggerak psikis secara keseluruhan dalam diri seseorang yang menyebabkan aktiviti pembelajaran, memastikan kesinambungan aktiviti pembelajaran, dan memberikan hala tuju kepada aktiviti pembelajaran untuk mencapai sesuatu matlamat. Motivasi dianggap sebagai dorongan mental yang mendorong dan mengawal aktiviti manusia, terutamanya tingkah laku pembelajaran. Ratumanan (2002) bersetuju dengan mengatakan, Motivasi adalah dorongan asas yang mendorong seseorang untuk bertindak.

Motivasi belajar terhadap umur pelajar bermasalah disiplin Sebuah sekolah menengah di Kulim

Berdasarkan dapatan yang diperolehi motivasi belajar bagi tiga kategori umur adalah berbeza secara signifikan, F (2,111) =5.762, k<.05. Oleh itu terdapat perbezaan motivasi belajar terhadap umur pelajar bermasalah disiplin Sebuah sekolah menengah di Kulim. Hal ini bermakna motivasi pelajar untuk belajar adalah berbeza berdasarkan tahap umur. Dapatan ini adalah selari dengan pandangan oleh Clark.R et.al (2015) yang menyatakan faktor umur dalam mempengaruhi kebolehan kognitif yang penting mengekalkan kebebasan berfungsi seperti mempelajari kemahiran baru. Pada masa yang sama kajian oleh Senad Bećirović (2017) turut menemukan bahawa faktor umur amat mempengaruhi tahap motivasi. Hal ini kerana dapatan tersebut menunjukkan bahawa terhadap hubungan yang signifikan antara umur dengan motivasi. Misalnya, pelajar yang berumur 10 tahun mempunyai tahap motivasi yang lebih tinggi berbanding pelajar yang berusia 8 tahun dalam mempelajari mata pelajaran Bahasa inggeris sebagai Bahasa kedua.

5.1.3 Tidak terdapat perbezaan minat belajar terhadap jantina pelajar bermasalah disiplin Sebuah sekolah menengah di Kulim

Hasil analisis ujian t-test sampel bebas menunjukkan tidak terdapat perbezaan minat belajar terhadap jantina pelajar lelaki dan perempuan bermasalah disiplin sebuah sekolah menengah di Kulim, t (126.742) =.970. k>.05. Hal ini bermakna faktor jantina tidak mempengaruhi minat belajar. Dapatan ini selari dengan pandangan oleh Ayu Anggraini et.al (2020) yang menyatakan bahawa terdapat faktor lain yang mempengaruhi minat belajar iaitu mengenali diri, mengetahui apa yang diinginkan dan memahami nilai diri. Selain itu antara faktor luaran yang mempengaruhi minat belajar adalah Latihan yang diterima dan tahap keberanian diri.

(13)

5.1.4 Tidak terdapat perbezaan minat belajar terhadap umur pelajar bermasalah disiplin Sebuah sekolah menengah di Kulim.

Berdasarkan dapatan yang diperolehi minat belajar bagi tiga kategori umur adalah berbeza secara signifikan, F(2,126)=4.630, k<.05. Oleh itu terdapat perbezaan minat belajar terhadap umur pelajar bermasalah disiplin sebuah sekolah menengah di Kulim. Dalam kajian yang dijalankan Rachel Clark at.el (2015) mendapati bahawa terdapat perbezaan proses pembelajaran antara orang dewasa yang lebih tua berbanding orang dewasa yang lebih muda.

Pembelajaran juga berkaitan rapat dengan tidak balas motor dan kognitif. Oleh itu minat untuk belajar bergantung juga kepada faktor umur.

5.1.5 Tidak terdapat hubungan motivasi belajar dengan minat belajar pelajar bermasalah disiplin Sebuah sekolah menengah di Kulim.

Hasil analisis korelasi menunjukkan hubungan antara motivasi belajar dan minat belajar merupakan satu hubungan positif lemah tetapi signifikan (r=.331, k<.05). Keputusan ini menjelaskan bahawa pelajar yang mempunyai motivasi belajar yang tinggi akan mempunyai minat belajar yang juga tinggi atau korelasi positif yang signifikan ini mengesahkan bahawa apabila motivasi belajar itu tinggi maka minat belajar juga dilaporkan tinggi. Dapatan ini sokong oleh Amni Fauziah, Asih Rosnaningsih (2017) dalam kajiannya hubungan antara motivasi belajar dengan minat belajar siswa Kelas Iv Sdn Poris Gaga 05 Kota Tangerang menyatakan minat belajar adalah keinginan untuk belajar dan penting dalam segala-galanya kerana pelajar yang berminat dengan sesuatu akan lebih teruja untuk melakukannya tanpa rasa tertekan. Dapatan kajian ini adalah selari dengan kajian oleh Agus Widiyatmo (2010) menemukan bahawa terdapat hubungan antara minat belajar dengan prestasi pembelajaran dalam kalangan mahasiswa di indonesia. Misalnya minat dan motivasi belajar yang tinggi dapat meningkatkan prestasi mahasiswa dalam pembelajaran.

5.1.6 Tidak terdapat hubungan motivasi belajar dengan minat belajar terhadap jantina pelajar bermasalah disiplin Sebuah sekolah menengah di Kulim.

Hasil analisis regresi pelbagai menunjukkan model regresi yang mengandungi pembolehubah Motivasi dan Minat Belajar boleh menerangkan secara tidak signifikan sebanyak 2% daripada varians dalam pemboleh ubah jantina F(2,127) =1.325,k>.05 .Ianya di sokong oleh kajian oleh Boo Shen et al. (2003) mendedahkan bahawa walaupun minat situasi boleh memberi inspirasi kepada semua pelajar, motivasi peribadi mesti dibangkitkan untuk mereka melibatkan diri dalam pembelajaran berkualiti tinggi.

5.1.7 Tidak terdapat hubungan motivasi belajar dengan minat belajar terhadap umur pelajar bermasalah disiplin Sebuah sekolah menengah di Kulim.

Hasil analisis regresi pelbagai menunjukkan model regrasi yang mengandungi pembolehubah motivasi dan minat belajar boleh menerangkan secara signifikan sebanyak 32% daripada varians dalam pemboleh ubah Umur F(2,127) =7.314,k<.05.Dapatan ini disokong oleh kajian yang dijalankan (Amni Fauziah1, Asih Rosnaningsih2, 2017) mendapati hasil penelitian yang dilakukan dengan tajuk tesis “Hubungan Motivasi Belajar dengan Minat Belajar Siswa Kelas IV SDN Poris gaga 05 Kota Tangerang” dan untuk menjawab persoalan kajian yang diajukan dalam rumusan masalah pada bab I, sebagai berikut. pengkaji cuba membuat kesimpulan bahawa: 1) Terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi belajar dengan minat belajar pelajar kelas IV SDN Poris gaga 05 Kota Tangerang dengan nilai r kiraan 0.889 lebih besar daripada r tabel 0.264 atau 0.89> 0.264 dengan sangat kuat. perhubungan. Terdapat hubungan yang positif antara motivasi belajar dengan minat belajar murid kelas IV SDN Poris gaga 05 Kota Tangerang dengan pekali penentuan 0.889 x 0.889 x 100 = 0.791%.

(14)

7. Kesimpulan

Hasil daripada analisis kajian mendapati majoriti daripada responden adalah terdiri daripada golongan pelajar dalam lingkungan umur 14,16 dan 17 tahun. Dapatan kajian juga mendapati majoriti mereka sederhana dalam motivasi dan minat belajar. Oleh itu, usaha perlu dilakukan untuk mengekalkan atau menambah motivasi dan minat belajar pelajar yang bermasalah disiplin. Daripada hasil dapatan soal selidik yang diedarkan dapat disimpulkan bahawa kebanyakan responden mempunyai persepsi yang sederhana terhadap motivasi dan minat ke sekolah. Dari segi keberkesanan, hasil analisis keputusan ujian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi belajar dan minat belajar pelajar bermasalah disiplin.

Ini menunjukkan bahawa motivasi belajar dan minat belajar dipengaruhi oleh pelajar bermasalah disiplin.

Rujukan

Akhmad rijalul akhsan, pengaruh minat belajar dan motivasi belajar terhadap prestasi belajar pai pelajar kelas xi sma negeri 1 sambit ponorogo. Skripsi. Ponorogo: program studi pai stain ponorogo, 2012 a‟la, miftakhul, quantum teaching, jogjakarta: diva press, 2010 mmad, penelitian pendidikan (prosedur dan strategi), cet. Iii. Bandung: angkasa.

1985.

Agus widiyatmo (2010). Hubungan minat dan motivasi dengan prestasi belajar mahasiswa Program diploma iii hiperkes dan keselamatan kerja fakultas kedokteran universitas sebelas maret surakarta. Uns-pascasarjana jur. Hyperkes-s.540209002 -2010

Amat ujali lan, & affero, i. (2017). Minat pelajar dalam subjek matematik sekolah rendah daerah pontian. Seminar pendidikan johor 2016 “pendidikan berkualiti dan pembangunan swadaya insan,” september 2016, 1–5.

Amni fauziah1, asih rosnaningsih2, s. A. (2017). Hubungan antara motivasi belajar dengan minat belajar siswa kelas iv sdn poris gaga 05 kota tangerang. Jurnal jpsd, 5(3), 365.

Https://doi.org/10.21831/jpv.v5i3.6490

Ashikin, h. N., & roslinda, r. (2019). E-prosiding persidangan antarabangsa sains sosial dan kemanusiaan 2019 24-25. Kolej universiti islam antarabangsa selangor, 29(april), 78–83.

Azis, a. L. (2017). Pengaruh motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik terhadap prestasi belajar ekonomi bisnis kelas x peserta didik kelas x di smkn 4 makassar. 110265, 110493.

Azizi bin yahya, & nurul ain binti hamsari. (2005). Teori-teori motivasi.

Azizi yahaya, shahrin hashim, yusof boon, & how lee chan. (2015). Faktor - faktor yang mempengaruhi gejala ponteng di sekolah menengah johor. Fakulti pendidikan universiti teknologi malaysia, 20.

Bo shen, ang chen, and hope tolley (2003). Gender and interest-based motivation in Learning dance. . Journal of teaching in physical education, 2003, 22, 396-409 Human kinetics publishers, inc.

Diana kwarikunda, ulrich schiefele , joseph ssenyonga & charles magoba muwonge(2020).

The relationship between motivation for, and interest in, learning physics among lower secondary school students in uganda. Https://doi.org/10.1080/18117295.2020.1841961 Dimyati, mahmud. (1989). Psikologi pendidikan. Jakarta: departemen pendidikan dan

kebudayaan.

Ekaristi, l. M. (2012). Hubungan minat belajar dengan prestasi belajar siswa kelas v sd kanisius pugeran yogyakarta semester 1 tahun pelajaran 2011/ 2012. Lmx.

Hude, h. M. D., & rohmah, i. F. (2017). Analysis of student learning interest, and student learning motivation in enhancement student learning achievement at school. International

(15)

journal of current research, 9(10), 58981–58985.

Indah ayu anggraini, wahyuni desti utami,salsa bila rahma(2020) . Analisis minat dan bakat Peserta didik terhadap pembelajaran universitas muhammadiyah tangerang

. Http://ejournal.radenintan.ac.id/index.php/terampil/index terampil: jurnal pendidikan dan pembelajaran dasar, 7(1), 2020, 23-28

Johari hassan, & nik selma muhammad. (2011). Faktor-faktor yang menyebabkan masalah ponteng sekolah di sekolah menengah daerah kulaijaya, johor. Journal of educational psychology & counseling, 1(1), 1–9. Http://eprints.utm.my/10708/

Loysiana, a. (2016). Tingkat motivasi belajar siswa (studi deskriptif pada siswa kelas vi sd maria immaculata cilacap. Universitas sanata dharma yogyakarta, 33–38.

Ma’sum. (2016). Pengaruh motivasi dan minat belajar terhadap prestasi belajar pendidikan agama islam peserta didik sma negeri i alla kab. Enrekang. Nim. 20100109029, 85(1), 2071–2079.

Mahyuddin bin arsat & azizah binti besar (2011). Penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar.

Satu kajian di pusat serenti tiang dua, melaka. Fakulti pendidikan universiti teknologi malaysia

M. Dalyono, psikologi pendidikan (jakarta: rineka cipta, 1997), h. 235. 4 sudirman a.m, interaksi dan motivasi belajar mengajar (cet. Ke- xii; jakarta: rajawali, 1990), h. 75-76.

Muhammad pengkajil mat zin (2001). Minat dan motivasi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan islam kbsm: satu tinjauan ke atas pelajar-pelajar tingkatan 4 di sekolah menengah kebangsaan tanjung adang, gelang patah, johor bahru, johor. Tidak diterbitkan. Tesis sarjana muda. Universiti teknologi malaysia, skudai.

Rogis baker, noor mazlina ariffin, ahmad azan ridzuan, hasimi sallehudin, jessica ong hai liaw, n. A. M. Z. (2020). Faktor-faktor yang mempengaruhi gejala ponteng pengkalan chepa kota bharu, kelantan. 5(november), 649–655.

Oemar hamalik, kurikulum dan pembelajaran, (jakarta: pt bumi aksara, 2007), hlm. 9 Sardiman. (2014). Interaksi dan motivasi belajar mengajar. Jakarta: rajawali

Slameto. (2013). Belajar dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Jakarta: rineka cipta Sugiyono. (2013). Metode penelitian kuantitatif, kualitatif dan kombinasi (mixed methods).

Bandung: alfabeta

Weiner, b. (1990). History of motivational research in education. Journal of educational psychology. 82(4), 616-622.

Vina rahmayanti program studi teknik informatika, universitas indraprasta pgri. Jurnal sap vol. 1 no. 2 desember 2016

Rachel clark,michael freedberg,eliot hazeltine,michelle w. Voss (2015). Are there age-related

differences in the ability to learn configural

responses?https://doi.org/10.1371/journal.pone.0137260

Richard west, pengantar teori komunikasi analisis dan apikasi edisi ke 3, (jakarta : salemba humanika, 2008), 49. 9 ibid, 64-65

Ruth m. H. Wong(2008). Motivation to learn english and age differences: the case of chinese Immigrants the hong kong institute of education department of english . Lo ping road tai po hong kong .university of maryland, college park kristin a. Scrabis teachers college, columbia universit

Senad bećirović (2017).the role of age in students’ motivation and achievement in learning english as a second language.international burch university, sarajevo, bosnia and

herzegovina

Referensi

Dokumen terkait

Tesis yang berjudul: Hubungan Konsep Diri dan Motivasi Belajar dengan Prestasi Belajar Asuhan Kebidanan IV Mahasiswa Kebidanan adalah karya penelitian saya sendiri dan

Hasil : Hubungan antara minat masuk program studi diploma III Kebidanan dengan prestasi belajar konsep kebidanan mempunyai koefisien korelasi sebesar 0.615 dengan

Gaya pembelajaran yang sesuai dengan diri pelajar sangat penting kerana ia mempunyai hubungan yang kuat terhadap keputusan pencapaian akademik pelajar.Di mana, gaya

Oleh itu dalam kajian ini penyelidik ingin mengenal pasti hubungan motivasi yang dapat menggalakkan pelajar-pelajar mempelajari bahasa kedua di samping mempelihat

Hasil penelitian menunjukkan bahwa: (1) tidak ada hubungan antara bimbingan guru di kelas dengan prestasi belajar akuntansi siswa (ρ = 0.446); (2) tidak ada hubungan

Kajian yang dilakukan oleh Yeap, Chong, James dan Low (1998) terhadap 1340 pelajar yang berusia di antara 16 hingga 17 tahun di Singapura bagi melihat kecenderungan otak

Tujuan dari penelitian ini adalah untuk Mengetahui hubungan sikap dan sanitasi lingkungan sekolah dengan prestasi belajar pada pelajar di SDN Beriwit 1 Kabupaten

Prestasi ini menunjukkan bahawa peratusan bagi kelulusan subjek ini tidak jauh beza ini adalah kerana pelajar mula didedahkan kepada syarat kemasukan untuk melanjutkan pelajaran