PERUBAHAN PELAKSANAAN AMALAN ADAT SOGIT DALAM MASYARAKAT DUSUN DI KG. SAGINDAI LAMA,
RANAU, SABAH
Feaddora Janne Rinus (51787)
Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dan Kreatif dengan Kepujian (WA59 - Pengurusan Seni)
2018
PERUBAHAN PELAKSANAAN AMALAN ADAT SOGIT DALAM MASYARAKAT DUSUN DI KG. SAGINDAI LAMA, RANAU, SABAH
FEADDORA JANNE Rll\JUS
Kajian ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah SaIjana Muda
Seni Gunaan Dan KreatifDengan Kepujian
(Program Pengurusan Seni)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
UNIVERSITI MALAYSIA SARAW AK
2018
UNIVERSITI MALAYSIA SARAW AK
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN
JUDUL: PERUBAHAN PELAKSANAAN AMALAN ADAT SOGIT DALAM KALANGAN MASYARAKA T DUSUN DI KG. SAGINDAI LAMA, RANAU, SABAH
SESI PENGAnAN :2015/2018 Saya: FEADDORA JANNE RINUS
Mengaku membenarkan tesis/laporan* ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis/Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak
2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja
3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan tesis/laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi
5. *sila tandakan( I )
DSULIT (mengandungi maklumat yang berdajah keselamatan atau kepentingan termaktub di dalam AKTA RAHSIA
DTERHAD RASMII972)
(mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan
~AKTERHAD
oleh organisasiibadan di mana penyelidikan dijalankan) DisahkanTandat
T~elia
Tarikh . Alamat tetap : Kg. Sagindai lama, PIS 549, 89300, Ranau, Sabah.
Catatan: *Tesis/Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, SaIjana dan SaIjana Muda
*Jika TesisiLaporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasalorganisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/laporan ini perlu sebagai SULIT atau TERHAD
PENGAKUAN
Projek bertajuk 'Perubahan Pelaksanaan Amalan Adat Sogit Dalam Masyarakat Dusun di Kg. Sagindai Lama, Ranau, Sabah' telah disediakan oleh Feaddora Janne Rinus dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian (Pengurusan Seni).
Diterima untuk diperiksa oleh:
(Pro Madya Dr. Noria Tugang )
Tarikh :
PENGHARGAAN
Syukur ke hadirat Tuhan kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya saya telah berjaya menyiapkan kajian ini dengan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada Prof Madya Dr. Noria Tugang. Melalui bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat beliau juga saya dapat menyempurnakan kajian ini. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli keluarga saya terutama kedua ibubapa saya En. Rinus Yamlin dan Pn. Noriseh Sabin kerana banyak mernberi sokongan dari segi doa dan kewangan kepada saya untuk menyiapkan kajian ini. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada penduduk Kg. Sagindai Lama, Ranau yang ban yak mernbantu saya mendapatkan data kajian untuk menyiapkan kajian ini. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang ban yak membantu mernberikan pandangan serta tunjuk ajar untuk saya menyiapkan kajian ini. Akhir sekali, kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam proses menyiapkan kajian ini terima kasih sekali lagi.
-;
iii
lSI KANDUNGAN MUKASURAT
Borang Pengesahan Status Tesis/Laporan
Pengakuan 11
Penghargaan 11l
lsi Kandungan IV
Senarai Peta Vlll
Senarai Jadual Vlll
Senarai Rajah Vlll
Senarai Gambar IX
Abstrak X
Abstract Xl
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
1.2 PERNY AT AAN MASALAH 2
1.3 OBJEKTIF KAJIAN 4
1.4 KONSEP DAN TEORITIKAL KAJIAN 5
1.4.1 Konseptual 5
1.4.2 Teoritikal 7
1.5 KEPENTINGAN KAJIAN 10
1.5.1 Kepentingan Kajian Terhadap Pengkaji 11
1.5.2 Kepentingan Kajian Terhadap Masyarakat Dusun 11
1.5.3 Kepentingan Pengkaji Terhadap Pengkaji Akan Datang 11
1.6 LIMIT ASI KAHAN 12
1.6.1 Masyarakat Dusun Kurang Mengamalkan Amalan Tradisional 12
1.6.2 Kekurangan Bahan Kajian 12
1.6.3 Masalah Kerjasama Daripada Pihak Informan 12
1.6.4 Masa1ah Kefahaman Bahasa 13
1.6.5 Masa Tidak Mencukupi 13
...
1.6.6 Masalah Daripada Pihak Penduduk Kampung 14
1.7 LOKASI KAJIAN 14
1.8 SKOP KAJIAN 15
1.9 MASALAH-MASALAH SEMASA MENJALANKAN KAJIAN 16
1.9.1 Kekurangan Bajet 16
v
1.9.2 Kekangan Masa 16
1.9.3 Lokasi Kajian Jauh 16
BAB 2 SOROT AN KESUSASTERAAN 17
2.1 PENGENALAN 17
2.1.1 Perubahan Budaya 17
2.1.2 Adat dan Pantang Larang 18
2.1.3 Pandangan Terhadap Amalan Tradisi 20
2.1.4 Pelasksanaan Upacara 21
2.2 Rumusan 23
BAB3 METODOLOGI KAnAN
253.1 PENGENALAN 25
3.2 Prosedur Dalam Menjalankan Kajian 26
3.3 Kaedah Kajian 27
3.3.1 Kajian Kepustakaan 27
3.3.2 Kajian Kerja Lapangan 29
3.4 Instrumen Penyelidikan dan Teknik Pengumpulan Data 30
3.4.1 Temubual 30
3.4.2 Pemerhatian Turut Serta 31
3.5 Populasi Kajian 32
3.6 Rumusan 32
BAB 4 DAPATAN KAJIAN 33
4.1 PENGENALAN 33
4.2 ANALISIS DATA PENYELIDlKAN 33
4.2.1 Asal-usul Adat Sogit 33
4.2.2 Asal-usul Kg. Sagindai Lama 35
4.2.3 Perubahan yang berlaku terhadap adat Sogit. 36
4.2.4 Jenis-jenis Sogit dan Denda Yang Dikenakan 45
4.2.5 Kepentingan Pengamalan Adat Sogit 48
4.2.6 Persepsi Masyarakat Terhadap Adat Sogit
49
4.3 Perbincangan 52
4.4 Rumusan 58
vii
BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 61
5.1 KESIMPULAN 61
5.2 CADANGAN 63
5.2.1 Cadangan Untuk Pengkaji Akan Datang 64
GLOSARI 65
SENARAI RUJUKAN 66
LAMPIRAN
69
SENARAI PETA
Peta 1.1: Peta Negeri Sabah (Halaman 14)
SENARAI JADUAL
ladual 4.1: Perubahan Yang Berlaku Pada Adat Sogit (Halaman 36)
ladual $.2: Contoh Kesalahan Yang Melibatkan Adat Sogit (Halaman 46)
SENARAI RAJAH
Rajah 1.1: Konsep Kajian (Halaman 5)
Rajah 1.2: Teori Evolusi Kebudayaan L. H. Morgan (Halaman 9)
Rajah 1.3: Fungsi Pengurusan Henri Fayol (Halaman 10)
Rajah 3.1: Proses Dalam Menjalankan Kajian (Halaman 26)
Rajah 4.1: Proses Pelaksanaan Adat Sogit (Halaman 40)
SENARAI GAMBAR
Gambar 4.1: Contoh Binatang Untuk Denda Sogit (Halarnan 42)
Gambar 4.2: SebelUlm Proses Penyembelihan Dijalankan (Halaman 42)
Gambar 4.3: Binatang Yang Telah Disembelih (Halaman 43)
Gambar 4.4: Proses Membahagi-bahagikan Daging Menjadi Bahagian Kecil (Halaman 43)
ix
ABSTRAK
Setiap bangsa mempunyai adat tradisi yang tersendiri. Adat sogit merupakan denda yang dikenakan kepada pesalah yang melakukan kesalahan dalam masyarakat Dusun di Kampung Sagindai Lama, Ranau. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif bagi menganahsis perubahan-perubahan yang berlaku terhadap adat sogit yang seiring dengan perubahan persepsi masyarakat terhadap adat tradisional dan juga kepentingan pengamalan adat sogit dalam kalangan masyarakat. Pada masa kini, perubahan yang berlaku banyak disesuaikan dengan cara hidup masyarakat sekarang terutama dari aspek pelaksanaan adat dan jenis-jenis denda yang dikenakan.
ABSTRACT
Every nation has its own tradition. The custom of sogit is a fine gjven to the offenders who commit a mistake in the Dusun community in Kg. Sagindai Lama, Ranau, Sabah. This study uses qualitative methods to analyze the changes that occur to the sogit custom in line with the changing perceptions of society towards traditional customs and the importance of customary sogit practices among the community. Nowadays, the changes have been adjusted to the current way of life of the Dusun community, especially in terms of implementation of customs and the types of fine imposed.
xi
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1
PENGENALAN
Dalam kajian ini, pengkaji akan mengkaji tentang kajian yang bertajuk Perubahan Pe}aksanaan Amalan Adat Sogit Dalam Masyarakat Dusun di Kampung Sagindai Lama, Ranau, Sabah. Secara umumnya, setiap bangsa mempunyai adat dan pantang larang warisan turun-temurun yang tersendiri yang perlu dipatuhi dan pelanggaran yang berlaku terhadap pantang larang dan ad at tersebut pastinya mempunyai denda yang dikenakan oleh pelanggal11ya. Amalan adat sogit dalam kalangan masyarakat Kadazandusun juga merupakan denda yang dikenakan kepada seseorang yang melakukan pelanggaran atau pun kesalahan. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya memfokuskan kepada masyarakat Dusun yang terdapat di Karnpung Sagindai Lama. Adat sogit merupakan denda yang dijalankan atau dikenakan apabila seseorang melakukan kesalahan atau melanggar pan tang larang yang ada dalam masyarakat Dusun.
Kaum Dusun merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sabah. Kaum ini biasanya terdapat atau tinggal di pantai barat Sabah seperti Penampang, Papar, Tuaran, Tamparuli, Kota Belud, dan juga di lembah bukit di Ranau, Tambunan dan Keningau. Namun kini, sesetengah dari mereka telah berpindah dan berkahwin campur dan suku kaum ini kini terdapat di seluruh Sabah. Aktiviti utarna rnasyarakat Dusun adalah bercucuk tanam sarna ada bersawah, rnenanarn padi huma ataupun
menanam sayur-sayuran. Selain daripada itu masyarakat ini juga menjalankan aktiviti seperti memburu dan menangkap ikan (Kamarul Arnizan, 2013).
Masyarakat Dusun dibesarkan dengan pelbagai pan tang larang dan adat resam. Anak-anak Kadazandusun di Sabah diajar menghonnati sogit untuk mengelakkan malapetaka berlaku. Menurut Ranjit dalam kajian Minah, (2015), masyarakat Kadazandusun terutama yang tinggal di perkampungan masih memegang teguh pada adat dalam semua aspek kehidupan mereka. Walaubagaimanapun, amalan adat sogit juga mengalami pelbagai perubahan yang disebabkan oleh faktor agama, pendidikan, pembangunan, pertembungan budaya serta cara hidup masyarakat. Oleh itu, adat sogit ini pada masa kini diletakkan di bawah Mahkamah Anak Negeri yang disebut sebagai hukum adat dan masih digunakan sampai sekarang.
1.2 PERNY A T AAN MASALAH
I) Masalah yang pertama adalah perubahan cara hidup masyarakat dahulu dan sekarang yang menyebabkan pengurusan adat Sogit juga berubah. Hanafi Hussin, (2007) menyatakan bahawa masyarakat setiap masa mengalami perubahan dan sentiasa berkembang kesan daripada kemasukan pengaruh baru dari luar yang mengubah pandangan, pegangan hidup dan juga aktiviti seharian masyarakat. Hal yang sarna juga terjadi dalam amalan adat sogit dalam kalangan masyarakat Dusun yang juga mengalami perubahan kesan daripada pengaruh-pengaruh luar. Hal ini mendorong pengkaji untuk mengkaji perbezaan dari aspek pelaksanaan adat sogit pada masa dahulu dan sekarang yang disebabkan oleh perubahan-perubahan yang berlaku terhadap masyarakat Dusun di Kampung Sagindai Lama.
2
II) Masalah yang kedua adalah generasi muda yang lebih suka mengamalkan budaya luar berbanding mempraktikkan amalan tradisi sendiri. Rita Lasimbang (2013) menyatakan, timbul kekhuatiran, terutama dalam kalangan masyarakat herumur yang bimbang generasi muda tidak lagi mengamalkan dan meneruskan amalan adat resam dan pantang larang serta bahasa ibunda masyarakat Kadazandusun. Menurut Zahir Zainudin, (2016) pula, generasi muda atau pun masyarakat yang tinggal di kawasan bandar jika dibandingkan dengan masyarakat yang masih tinggal di kawasan kampung, mereka yang tinggal di bandar selalunya tidak mengetahui tentang pantang larang bangsa sendiri dan tidak mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Hal ini menunjukkan masyarakat terutama golongan muda yang terdedah dengan pelbagai pengaruh luar kurang mendalami maksud adat mereka sendiri dan ini mendorong pengkaji untuk mengkaji kepentingan serta cabaran da1am pengekalan pengamalan salah satu adat yang terdapat dalam masyarakat Dusun iaitu sogi/ terhadap generasi muda pada masa kini
III) Masalah yang ketiga adalah perubahan pandangan dan persepsi masyarakat Kadazandusun terhadap sistem adat tradisional yang disebabkan oleh peredaran masa seperti yang diperkatakan oleh Hanafi Hussin, (2007), Mobiliti hidup masyarakat yang dipengaruhi oleh proses kemajuan telah merubah pandangan masyarakat terhadap sistem adat tradisional. Hal ini juga mengubah persepsi masyarakat terhadap konsep-konsep berunsur animisme yang sedia ada dalam masyarakat Dusun tradisional. Sebagai contoh, penganutan agama seperti Kristian dan Islam menyebabkan terdapat kepercayaan nenek moyang bercanggah dengan agama baru mereka. Hal ini mendorong pengkaji untuk mengkaji mengenai pandangan
masyarakat di Kampung Sagindai Lama ini terhadap pengamalan adat sogit dari aspek kesesuaian dan keberkesanan pengamalan adat sogit ini dalam kampung tersebut pada masa kini.
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk:
I) Mengenalpasti ten tang perubahan yang berlaku antara cara pelaksanaan dan pengurusan upacara sogit pada masa dahulu dan sekarang.
Perubahan budaya, cara hidup dan juga perubahan pegangan hidup yang telah menyebabkan sedikit sebanyak memberi kesan kepada pelaksanaan upacara sogit.
II) Mengkaji kepentingan adat sogit yang terdapat dalam kalangan masyarakat Dusun pada masa kini.
Masyarakat pada masa kini terutama dalam kalangan golongan muda hidup dalam cara hidup yang baru yang dipenuhi dengan kemajuan. Oleh itu, kajian ini adalah untuk mengkaji kepentingan mengamalkan adat tradisi sogit dalam kalangan masyarakat.
III) Menganalisis pandangan dan persepsl masyarakat kampung terhadap pengamalan adat sogit pada zaman moden ini.
Pengkaji melihat pada masa kini masyarakat hidup dalam keadaan moden.
Hal ini kerana masyarakat semakin kurang mengambil tahu tentang hal-hal yang
4
berlaku di sekeliling. Oleh itu, kajian ini adalah untuk mengkaji pengamalan sogit ini dalam kalangan masyarakat Dusun.
1.4 KONSEP DAN TEORITlKAL KAJIAN
1.4.1 Konseptual
ADAT SOG!T
.,
ADATDAN PERUBAHAN PENGURUSAN
DUDAYA
Rajah 1.1: Konsep Kajian
Istilah sogit berasal dari bahasa Kadazandusun bermaksud Osogit atau Atamis yang membawa maksud sejuk. Adat sogit dalam kalangan masyarakat Kadazandusun di Sabah diberikan nama sogit sesuai dengan fungsi sogit yang bertujuan untuk rnenyejukkan keadaan dalam sesuatu tempat yang teljejas disebabkan berlakunya pelanggaran dalarn kalangan masyarakat.
Hanafi, (2003), pula mengatakan pada masa dahulu, sogit adalah satu jenis pembayaran upah kepada Bobolian atau bomoh dalam masyarakat Dusun yang berbentuk tanaman, binatang, dan benda-bend a lain yang sesuai. Sogit diberikan kepada Bobolian sebagai upah setelah Bobolian tersebut melakukan upacara ritual untuk mendapatkan kebaikan atau sebaliknya. Hal ini menunjukkan sogit bukan sahaja bertujuan sebagai denda tetapi juga sebagai upah kepada seseorang.
Menurut Hamida (2011) pula mengatakan adat sogit merupakan hukuman yang dijalankan mengikut peraturan adat yang terdapat dalam masyarakat Dusun.
Setiap kesalahan mempunyai dendanya yang tersendiri dan denda atau sogit yang dikenakan semakin berat jika pelanggaran yang dibuat adalah besar. Mosli (2007) juga menyatakan Sogit adalah denda yang dikenakan kepada mereka yang melakukan pelanggaran adat atau menimbulkan kekacauan. Pada masa dahulu sogit dijalankan dengan menyembe1ih binatang temakan seperti ayam dan khinzir tetapi pada masa kini sogi/ kebanyakannya dibayar menggunakan wang.
Amalan ad at sogit merupakan amalan yang diamalkan oleh masyarakat Kadazandusun secara turun temurun yang diwarisi dari generasi terdahulu kepada generasi masa kini. Sogit be~juan untuk menenangkan keadaan setelah berlakunya sesuatu yang tidak baik dalam masyarakat. Pada masa dahulu sogit diaplikasikan di dalam setiap aspek kehidupan masyarakat Kadazandusun. Sogit dianggap membawa kebaikan antara sesama manusia dan juga membawa kesejahteraan antara manusia dan alam ghaib. Sogit juga merupakan denda adat dan penalti berdarah yang mampu membataskan perlakuan seseorang dan mengawal tingkah laku masyarakat.
6
Seperti amalan-amalan tradisi masyarakat lain yang mengalami perubahan, amalan adat sogit ini juga mengalami perubahan kesan daripada pelbagai faktor di persekitaran sesebuah masyarakat. Sogit dijalankan menyerupai sebuah upacara yang dijalankan oleh Bobolian atau bomoh dalam masyarakat Kadazandusun. Upacara ini dilaksanakan dengan penuh adat dan tradisi dan memerlukan pelbagai keperluan seperti sajian makanan, seekor ayam, peralatan-peralatan tradisional dan sebagainya.
Upacara ini dijalankan apabila berlakunya perlanggaran terhadap pantang larang yang terdapat dalam masyarakat Kadazandusun dan juga apabila berlakunya permasalahan dalam sesebuah komuniti.
Walaubagaimanapun, pada masa kini, walaupun amalan ini masih berterusan dipraktikkan, upacara sogit secara tradisional kurang diamalkan kerana perubahan kepada hidup beragama dan juga faktor-faktor lain. Pada masa kini, amalan sogit dijalankan oleh ketua kampung dan ketua kampung akan menentukan jenis denda adat yang berbeza-beza berdasarkan jenis pelanggaran yang dilakukan. Pada peringkat yang lebih tinggi pula masalah-masalah berkaitan adat dikendalikan oleh Mahkamah Anak Negeri.
1.4.2 Teoritikal
Pengkaji menggunakan atau mengaplikasikan beberapa teori dan konsep dalam menyiapkan kajian ini. Teori dan pandangan sarjana yang diaplikasikan adalah mengenai tajuk yang akan dikaji.
(I). Perubahan Budaya
Menurut Duncan (1937), budaya adalah keseluruhan yang kompleks yang merangkumi pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, peraturan, kebiasaan, dan
keupayaan dan kebiasaan yang lain yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota masyarakat.
Menurut Wan Ramli (2006), kebudayaan yang ada dalam sesebuah masyarakat meliputi adat resam atau amalan dalam hidup masyarakat sehari-hari, budaya merupakan perlakuan dan cara pergaulan yang tersendiri sesebuah masyarakat.
Menurut konsep budaya A.L Kroebor & Richard Kluckhon (1962), menyatakan bahawa, manusia dipengaruhi oleh idea-idea dan beralih kepada penghasilan, pengekalan dan pengubahsuaian. Budaya ialah satu aspek dalam kehidupan manusia yang dipelajari oleh sekumpulan manusia dan menjadikan aspek tersebut sebagai milik bersama kepada kumpulan tersebut. Budaya dilihat sebagai kehidupan manusia yang kompleks yang menjadikan hidup manusia lebih teratur dari aspek tingkah laku.
Teori Evolusi Kebudayaan menurut L.H. Morgan (1818-1881), mengelaskan evolusi kebudayaan kepada tiga tahap iaitu Zaman Liar (Savagery), Zaman Barbar (Barbarism) dan Peradaban (Civilization). Morgan menjelaskan fasa perkembangan
kebudayaan manusia berdasarkan beberapa aspek bermula dari manusia belum mengetahui apa-apa sehinggalah manusia hidup dalam masyarakat yang ada pada masa kini. Morgan kemudiannya menjelaskan proses perubahan kebudayaan masyarakat melalui lapan tahap iaitu:
8
[~_z_a_m_a_n_L_l_'a_r_T_u_a
__________~l
Zaman Liar Zaman Liar Madya
1
' - - - "
~---.[
' - - - . _ - - - '
Zaman Liar Muda
[ Zaman Barbar Tua
J
Zaman Barbar Madya Zaman Barbar
[ Zaman Barbar Muda
1
Zaman Peradaban Purba Peradaban
Zaman Peradaban Masa Kini
Rajah 1.2: Teori Evolusi Kebudayaan L. H. Morgan
(III). Pengurusan
Secara asasnya, pengurusan bermaksud suatu proses melakukan sesuatu aktiviti secara cekap dan sistematik. Menurut Drucker (1972), pengurusan adalah satu proses so sial yang dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan dari pihak-pihak yang terlibat untuk mencapai sesuatu matlamat atau objektif yang telah ditetapkan. Dalam Kajian ini, pengkaji akan mengaplikasikan konsep at au fungsi pengurusan yang dipelopori oleh Henri Fayol. Konsep pengurusan
Henri Fayol melibatkan lima fungsi pengurusan yang utama iaitu merancang, mengelola, mengkoordinasi. Mengarah, dan mengawal.
Merancang (Planning)
/"
Mengawal Fungsi Mengelola
I (Controlling) Pengurusan (Organising)
Henri Fayol
/~ ~~.
Mengkoordinasi Mengarah
(Directing) (Coordinating)
Rajah 1.3: Fungsi Pengurusan Henri Fayol
1.5 KEPENTINGAN KAJIAN
Kertas kerja ini adalah wajib dilaksanakan oleh pelajar yang mengambil kursus projek tahun akhir. Kajian ini bukan sahaja penting kepada pengkaji sendiri sebagai pelajar tetapi juga penting kepada masyarakat dan juga kepada pengkaji
pengkaji akan datang.
10
1.5.1 Kepentingan Kajian Terhadap Pengkaji
Kajian ini sangat penting kepada pengkaji kerana pengkaji dapat menambah atau meluaskan lagi pengetahuan. Hal ini demikian kerana pengkaji perlu menyiapkan kajian ini mengikut masa yang ditetapkan dan pengkaji juga perlu rajin membaca, mengkaji, meneliti dan mencari buku-buku, jumal artikel, dan tesis yang dilakukan pada masa lepas untuk mendapatkan maklumat lebih mengenai tajuk yang dikaji. Melalui kajian ini, pengkaji dapat mengetahui secara mendalam lagi mengenai hukum adat sogit yang diamalkan dalam masyarakat Dusun.
1.5.2 Kepentingan Kajian Terhadap Masyarakat Dusun
Kajian ini penting sebagai ilmu pengetahuan kepada masyarakat secara umum terutama kepada generasi muda Dusun. Kajian ini memerlukan pengkaji untuk menemuramah orang awam mengenai tajuk yang dikaji iaitu mengenai sogit dan ini akan membantu dalam meningkatkan kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan untuk mengetahui dan mengekalkan warisan adat resam tradisional.
1.5.3 Kepentingan Kajian Terhadap Pengkaji Akan Datang
Selain daripada itu, pengkaji akan datang juga merupakan antara pihak yang mendapat manfaat melalui kajian ini. Kajian-kajian seperti ini akan dijadikan rujukan kepada pengkaji akan datang apabila mereka ingin menjalankan kajian. Melalui kajian ini juga, pengkaji akan mendapat pengetahuan mengenai adat resam sogit dalam kalangan masyarakat Dusun.