958
KONSEP JIHAD DAN MUJAHADAH DALAM PENGUKUHAN SPIRITUAL:MENDEPANI CABARAN PENDAMIK COVID19
Mohd Zohdi Mohd Amin
Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.
Tel: +60122612396/+067986700, E-Mel: [email protected]
Norzulaili Mohd Ghazali, (USIM) Wan Fatimah Zahra’ Wan Yusoff, (USIM)
AbstrakSelaku khalifah Allah di muka bumi, manusia dibekalkan dengan Quran sebagai panduan dalam mencatur perjalanan hidup manusia ke arah memakmurkan muka bumi Allah. Justeru Quran merupakan sebuah kitab suci yang lengkap dan menyentuh segala aspek kehidupan manusia, mencakupi persoalan aqidah, syariah, muamalat, akhlak dan lain-lain aspek kehidupan. Begitu juga halnya dalam mendepani cabaran semasa dan tekanan hidup mendatang sepanjang zaman. Setiap isu yang disentuh oleh Quran mempunyai nilai keutamaan dan kepentingan tersendiri, sama ada disentuh secara langsung mahupun sebaliknya. Di antara agenda yang dibawa oleh Islam, ialah untuk menjana modal insan yang berkualiti dan seimbang dari sudut rohani dan fizikal. Agenda utama pembentukan jiwa dan pengukuhan rohani penting dalam membantu manusia untuk berhadapan dengan cabaran kehidupan sama ada berbentuk kesusahan mahupun kenikmatan dunia. Objektif kertas kerja ini adalah untuk mengetengahkan konsep pembentukan jiwa dan pengukuhan rohani yang dianjurkan oleh Quran, iaitu dan Sunnah melalui konsep” Jihad dan Mujahadah” . Penulis memberikan penumpuan khusus terhadap pengkajian berhubung Mujahadah, melalui analisis tematik terhadap teks Quran serta dikuti dengan penghuraian para ulama berhubung dengan topik. Kertas kerja ini mengetengahkan kepentingan Mujahadah dalam pengukuhan spiritual insan menurut Quran ke arah pembentukan insan kamil.
Tuntutan Mujahadah sebagaimana tuntutan untuk berjihad di jalan Allah. Proses Mujahadah dapat berperanan pengukuhan aspek spiritual dalam sekaligus dapat mengatasi tekanan berikutan faktor tekanan dalaman dan luaran seperti tekanan kehidupan akibat COVID19. Mujahadah membantu individu muslim membersihkan jiwa daripada penyakit spiritual yang berpusat pada hati nurani manusia, yang berpunca daripada dorongan hawa nafsu dan bisikan syaitan. Proses mujahadah membantu dalam memberi kekuatan spiritual untuk menjadikan manusia lebih sabar dan tabah. Dalam masa yang sama menjadi redha dengan apa yang sedang dihadapi sekaligus mengelakkan kecenderungan melakukan perkara yang tidak diingini seperti membunuh diri dan mencederakan orang lain.
Kata Kunci: Jihad, Mujahadah, Pembangunan Jiwa, Modal Insan, Psiko-spiritual
959
Pengenalan
Mujahadah adalah berasal dari istilah Arab yang telah dimelayukan dan diguna pakai sebagaimana pengertian asalnya di dalam bahasa Arab, iaitu ( ةدهالمجا ). Menurut Bahasa Arab perkataan Mujahadah ( ةدهالمجا ) merupakan kata terbitan kepada ( دهاج ) dengan wazân ( ةلعافم ) dan berasal dari kata dasar ( دهَلْا ). Ianya membawa makna ( ةقشلما ) iaitu ‘kesukaran’, (Anis, t.th) atau ( عْس ُولا فِ ام غارْفِتْساو ةغَلاَبُلما ةقاَطلاو ) iaitu “berlebihan dan berhabis-habisan dalam mengorbankan segala kemampuan dan tenaga”
(
Ibn Manzu, 1990).
Menurut al-Razi pengarang Mukhtar al-Sihah: perkataan Mujahadah ( ةدهالمجا ) menurut pengertian bahasa mempunyai maksud yang sama dengan jihad ( داهج ) dan ijtihad ( داهتجلاا ), iaitu mengorbankan sepenuh kemampuan atau kelapangan (
Al-Razi, 1995).
Walaupun perkataan jihad dan Mujahadah berasal dari pengertian yang sama namun kedua-dua perkataan ini dibina atas wazan yang berbeza. Mujahadah dibina di atas wazan (ةلعافم), manakala perkataan jihad ianya di atas wazan ( لاعف ). Menurut kaedah ilmu balaghah dan ilmu saraf bahasa Arab setiap pertambahan huruf pada binaan perkataan menunjuk pertambahan maknanya. Juteru, perkataan Mujahadah mempunyai makna tambahan berbanding perkataan jihad, iaitu Mujahadah membawa pengertian sesuatu yang berbentuk berterusan dan berpanjangan.
Manakala menurut istilah, belum ditemui satu takrif yang tepat bagi perkataan Mujahadah, namun terdapat pelbagai pengertian yang diungkap oleh para ulama untuk menggambarkan maksud perkataan Mujahadah, antaranya:
a) Menurut Ibn Qudâmah al-Maqdisi (t.th), baginya Mujahadah berlaku apabila” Seseorang memuhasabah dirinya, apabila dilihat dirinya telah melakukan maksiat maka dia akan menghukum dirinya, dan apabila didapati bahawa dirinya terasa malas untuk melakukan perkara sunat atau” wirid” maka dilatih dan didenda dengan memperbanyakkan lagi melakukan perkara sunat tersebut”
b) Ibn
cAllân al-Siddiq (t.th) dalam karangannya Dalil al-Fâlihîn berkata” Manusia berusaha untuk mencenderungkan dirinya ke arah perkara yang boleh memberikan kebaikan terhadap dirinya, samada pulangannya itu secara terus atau yang akan datang kemudian hari … maka Mujahadah itu berlaku dengan dirinya yang terletak di dalam diri insan, dan tidak keluar darinya dan tidak berpisah darinya” .
c) Manakala Abu Bakar Jâbir al-Jazâiri (t.th) menyifatkan Mujahadah berlaku “ apabila seorang muslim sedar bahawa dirinya cenderung terhadap perkara haram serta cuai dari ketaatan atau dari kebaikan, maka dia menghukum dirinya sendiri dan mencelanya”.
d) Al-Jurjâni (1998) dalam bukunya Kitâb al-Ta
crifât memberikan satu definisi yang agak jelas,
katanya” Mujahadah bermaksud memerangi hawa nafsu yang menyeru ke arah keburukan kepada
mentaati syarak dengan memaksa (hawa nafsu) dengan susah-payah melaksanakan tuntutannya
(syarak)” .
960 Dari kata-kata di atas dapatlah disimpulkan bahawa Mujahadah merupakan usaha bersungguh-sungguh untuk mendidik jiwa atau diri ke arah ketaatan kepada Allah dan meninggalkan laranganNya. Iaitu berlakunya proses penentangan atau perlawanan di antara individu muslim dengan nafsu yang terletak di dalam dirinya. Dengan kata lain, menundukkan hawa nafsu yang cenderung ke arah kejahatan kepada kecenderungan ke arah kebaikan.
Hubungan Mujahadah Dan Jihad
Melalui definisi Mujahadah dari sudut bahasa, dapat diperhatikan kaitan di antara Mujahadah dan jihad, seolah-olah kedua-duanya adalah perkara yang satu. Namun penulis dapat mengesan beberapa perkaitan dan perbezaan di antara kedua-duanya, seperti berikut:
a) Dari segi matlamat, Mujahadah dan jihad mempunyai persamaan iaitu mengharapkan keredaan Allah dan ketaatan kepadanya, kerana jihad sebagaimana yang dijelaskan oleh Ibn Kathîr (t.th) iaitu:
“mereka mengorbankan nyawa dan harta mereka ke arah ketaatan kepada Allah dan keradhaanNya”.
b) Menurut pengertian istilah, perkataan jihad lebih kerap digunakan terhadap peperangan menentang musuh Allah yang berbentuk zahir, seperti golongan kafir harbi. Manakala Mujahadah digunakan pada peperangan melawan bisikan syaitan dan menentang dorongan hawa nafsu jahat.
Sesungguhnya hawa nafsu amat cenderung kepada kejahatan dan keburukan (
Surah Yusuf, 12 : 53).
Dapat disimpulkan bahawa perkataan jihad adalah lebih umum berbanding Mujahadah, dengan kata lain Mujahadah adalah salah satu bentuk jihad yang disyariatkan. Oleh itu sarjana Islam telah membahagikan medan jihad kepada beberapa bahagian (
Shalabi, 1989), di antaranya Jihad Nafsi dan Jihad Peperangan Bersenjata. Para mujahid bukan sahaja mereka yang berjihad dan berjuang di dalam peperangan menentang musuh Islam, tetapi meliputi peperangan melawan nafsu yang berada di dalam dirinya sebagaimana dijelaskan oleh sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Tarmizi, Rasullah ﷺ bersabda:
ُهَسْفَ ن َدَهاَج ْنَم ُدِهاَجُمْلا
Mafhumnya: Pejuang (Mujahid) adalah orang yang melawan nafsunya sendiri (al-Tarmizi, t.th, #1621).
Hadis di atas jelaslah bahawa Mujahadah adalah merupakan asas utama dalam jihad, malah kepentingannya lebih utama berbanding jihad peperangan bersenjata
Mujahadah di dalam Quran
Setelah meninjau mashaf Quran, tidak bertemu dengan perkataan Mujahadah (ةدها م) disebut secara harfi, namun di dalam Quran terdapat banyak ayat yang mengisyaratkan tentang Mujahadah.
Ayat tersebut dapat dibahagikan kepada tiga bentuk, adalah seperti berikut:(i) Ayat yang menyentuh persoalan mujahadah secara tidak langsung.
Terdapat banyak ayat Quran yang menyentuh perkara yang ada kaitannya dengan Mujahadah walaupun secara tidak langsung, kerana perkataan Mujahadah adalah merupakan istilah umum yang mewakili beberapa perkara
961
berkaitan dengan proses melawan hawa nafsu dan peningkatan amalan hati. Bentuk ayat sedemikian banyak terdapat di dalam Quran. Penulis merasakan tidak ada kepentingan untuk menyatakan kesemua ayat tersebut di sini, memadai dengan menyatakan beberapa contohnya sahaja, di antaranya seperti:a. Tuntutan bersabar, kerana adalah salah satu asas di dalam Mujahadah, dengan adanya kesabaran individu muslim akan berjaya melawan tuntutan hawa nafsunya dan memastikan dirinya berada di dalam ketaatan.
Quran telah menyentuh persoalan sabar sebanyak 107 kali (cAbd. Al-Bâqi, 1994).
b. Arahan agar tidak menuruti kehendak nafsu yang menyeru ke arah kejahatan, kerana hawa nafsu adalah di antara musuh utama yang perlu ditundukkan melalui proses Mujahadah, di antaranya firman Allah ﷻ:
َلَعَجَو ۦِهِب ۡلَقَو ۦِهِعۡمَس ََٰ َعَل َمَتَخَو مۡلِع ََٰ َعَل ُ َّللّٱ ُهَّلَضَأَو ُهَٰىَوَه ۥُهَهََٰلِإ َذَ َّتُٱ ِنَم َتۡيَءَرَفَأ ۡهَي نَمَف ةَوَٰ ََِٰغ ۦِهِ َرَُب َٰ َ َعَل
ًۢنِم ِهيِد
َنوُرَّكَذَت َلاَف َ
أ ِۚ َّللّٱ ِدۡعَب
Mafhumnya: “Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan diapun disesatkan oleh Allah kerana diketahuinya (bahawa dia akan tetap kufur ingkar), dan dimaterikan pula atas pendengarannya dan hatinya dan diadakan di atas matanya satu tutupan, Maka siapakah lagi yang dapat memberinya hidayah sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian?) Oleh itu kenapa kamu tidak mahu beringat dan insaf” (Surah al- Jathiyat, 45:23).
c. Tuntutan melakukan amalan soleh, kerana membanyakkan amalan soleh itu adalah merupakan salah satu senjata dalam Mujahadah, di antaranya:
َنِم ِتَٰ َحِلََّٰصلٱ ْاوُلِمَعَو ْاوُنَماَء َنيِ َّلَّٱ َجِرۡخُِهلَ ٖتََٰنِهيَبُم ِ َّللّٱ ِتََٰياَء ۡمُكۡيَلَع ْاوُلۡتَي ٗلاوُسَّر ِِّۚروُّلنٱ َ
لَِإ ِتَٰ َم ُلُّظلٱ
Mafhumnya: “…Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada kamu peringatan, (Dengan peringatan itu) Rasul (nabi Muhammad) membacakan kepada kamu ayat Allah yang menerangkan kebenaran, supaya Allah mengeluarkan orang yang beriman dan beramalan soleh daripada kegelapan (kesesatan) kepada cahaya (hidayah petunjuk)”. (Surah al-Talâq 65:11)
(ii) Ayat yang menyentuh persoalan Mujahadah dalam bentuk jihad dengan lafaz yang umum Sering berlaku kekeliruan dalam memahami ayat yang membicarakan persoalan jihad, dengan menghadkan pengertian jihad yang diisyaratkan di dalam ayat kepada jihad peperangan bersenjata sahaja, di samping mengabaikan pengertian sebenar jihad yang bersifat umum. Kerana lafaz jihad adalah merupakan lafaz yang mencakupi jihad lahiriah dan batiniah. Termasuk di dalam jihad batiniah ialah jihad melawan runtunan hawa nafsu dan bisikan syaitan (Shalabi, 1998),kerana perkataan jihad lebih umum berbanding Mujahadah, justeru itu Mujahadah turut dikira sebagai salah satu cabang jihad.
Terdapat banyak ayat yang menyentuh persoalan jihad secara umum, iaitu tanpa menghadkannya kepada jihad peperangan bersenjata sahaja. Ayat tersebut seharusnya difahami dengan pemahaman yang umum sebagaimana umumnya lafaz. Justeru sewajarnya ianya turut dianggap sebagai menyentuh persoalan Mujahadah sebagaimana juga menyentuh persoalan jihad. Berikut adalah contoh ayat jihad yang bersifat umum, seperti:
a. Firman Allah ﷻ:
َو ِۚ َّللّٱ َتَ ۡحَْر َنوُجۡرَي َكِئ ََٰٓلْوُأ ِ َّللّٱ ِليِبَس ِفِ ْاوُدَهََٰجَو ْاوُرَجاَه َنيِ َّلَّٱَو ْاوُنَماَء َنيِ َّلَّٱ َّنِإ ميِحَّر روُفَغ ُ َّللّٱ
Mafhumnya: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berhijrah serta
962
berjuang dijalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah” (Surah al-Baqarah 2:218).b. Firman Allah ﷻ:
ِّٖۚجَرَح ۡنِم ِنيِهلٱ ِفِ ۡمُكۡيَلَع َلَعَج اَمَو ۡمُكَٰىَبَتۡجٱ َوُه ۚۦِهِداَهِج َّقَح ِ َّللّٱ ِفِ ْاوُدِهَٰ َجَو
Mafhumnya: “Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya) dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama” (Surah al-Hajj 22:78).
(iii) Ayat jihad yang ditujukan lebih khusus kepada Mujahadah
Perkataan Mujahadah ( ةدهامُ ) walaupun tidak terdapat secara lafzi di dalam Quran, namun terdapat beberapa ayat yang dituju khusus dalam bab Mujahadah. Walaupun ianya menggunakan lafaz jihad tetapi lebih membawa isyarat kepada Mujahadah dan kepentingannya, pengkhususan ini dapat difahami melalui petanda-petanda yang diketahui melalui pengkajian terhadap teks Quran secara terperinci. Ayat Mujahadah dalam bentuk ini adalah amat terhad. Setelah meneliti sebahagian besar ayat yang berkisar sekitar jihad dan meneliti tafsiran ahli-ahli tafsir penulis hanya menemui tiga ayat jihad yang memfokuskan Mujahadah, ianya adalah seperti berikut:
a. Firman Allah ﷻ:
ۚاَنَلُبُس ۡمُهَّنَيِدۡهَ َلن اَنيِف ْاوُدَهَٰ َج َنيِ َّلَّٱَو
Mafhumnya: “Orang yang Mujahadah pada jalan kami akan kami berikan mereka petunjuk kami” (Surah al-cAnkabut 29: 69).
Ibn cAtiyyah mufassir tabici terkenal menjelaskan bahawa ayat ini diturunkan di Mekah (Al-Shaukani, t.th).
Justeru Imam al-Saddi menyatakan bahawa ayat ini diturunkan sebelum difardukan jihad bersenjata sebagaimana yang terkenal selepas peristiwa Hijrah di Madinah (Al-Qurtubi, 1967), sedangkan sebelum peristiwa hijrah tidak diketahui adanya pensyariatan jihad peperangan bersenjata sebagaimana berlaku selepasnya.
Ini adalah satu bukti kepentingan Mujahadah dan keutamaannya dalam sirah dakwah Rasulullah. Secara kasar dapat disimpulkan bahawa Mujahadah adalah merupakan langkah pertama dalam proses jihad sebelum melangkah ke medan jihad peperangan bersenjata. Logiknya, jihad hanya akan menemui kejayaan setelah mempunyai kekuatan rohani dan fizikal secara seiringan, tanpa keseimbangan antara keduanya kejayaan akan berhadapan dengan kesukaran dan kegagalan.
Walaupun begitu, sesetengah ahli-ahli tafsir di antaranya Imam al-Mâwardi (t.th) menjelaskan bahawa perkataan (
انيف اودهاج نيذلاو
) membawa pengertian jihad yang lebih umum, termasuk di dalam pengertian ini ialah:
Jihad peperangan menghadapi orang kafir zimmi
Jihad (Mujahadah) hawa nafsu
Bersungguh-sungguh pada melakukan ketaatan dan meninggalkan larangan
Melawan nafsu pada bertaubat daripada segala dosa-dosa.
963
Namun ramai ahli-ahli tafsir lebih cenderung menafsirkan (انيف اودهاج نيذلاو
) dengan Mujahadah dalamkesabaran dan ketaatan serta melawan nafsu (Al-Khâzin, t.th).
b. Firman Allah ﷻdi penutup surah al-cImrân:
ََٰٓي َنوُحِلۡفُت ۡمُكَّلَعَل َ َّللّٱ ْاوُقَّتٱَو ْاوُطِباَرَو ْاوُرِباَصَو ْاوُِبِ ۡصٱ ْاوُنَماَء َنيِ َّلَّٱ اَهُّيَأ
Mafhumnya: “Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (dalam menghadapi segala kesukaran dan mengerjakan perkara yang berkebajikan), dan kuatkan kesabaran kamu dalam perjuangan menghadapi musuh (hawa nafsu) dan tetap teguhlah kamu (dalam barisan perjungan) dan bertakwalah kamu kepada Allah moga-moga kamu mendapat kemenangan” (Surah âl-cImran, 2: 200).
Sesetengah ahli tafsir menafsirkan ayat ini ke arah perintah Mujahadah, dan bukannya berhubung jihad peperangan sebagaimana zahir ayat. Abu Salamah bin cAbd al-Rahmān menjelaskan bahawa perkataan
اوطبار
dalam ayat tersebut bukanlah bermaksud al-Ribāt peperangan, iaitu( روغثلا ةمزلام )
yang bermaksud“kawalan pintu masuk daripada pencerobohan musuh” . Menurut Abu Salamah, di zaman Rasulullah tidak terdapat peperangan yang mempunyai al-Ribāţ sebagaimana yang dimaksudkan. Oleh itu beliau cenderung menafsirkan al-Ribāţ di dalam ayat tersebut sebagai “menunggu solat yang seterusnya selepas menunaikan solat fardu” (Al-Shaukani, t.th).
Iman al-Qurtubi (1967) menjelaskan bahawa ayat ini mengandungi galakan dan perintah untuk bersabar terhadap dorongan syahwat dalam ketaatan kepada Allah. Beliau turut menukilkan bahawa sesetengah ahli tafsir menafsirkan ayat ini sebagai satu” perintah agar sentiasa menahan nafsu (Mujahadah) daripada syahwat (jahat)” .
c. Firman Allah di awal surah al-cAnkabūt:
َينِمَلَٰ َع ۡلٱ ِنَع ٌّ ِنَِغَل َ َّللّٱ َّنِإ ۚٓۦِهِسۡفَِلن ُدِهَٰ َجُي اَمَّنِإَف َدَهََٰج نَمَو
Mafhumnya: Sesiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu untuk dirinya. Sesungguhnya Allah itu benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam (Surah al-cAnkabut 29: 6)
Justeru, pengarang tafsir Sofwah al-Tafāsīr Syikh Mohammad cAli Sabūnī (1996) berpendapat bahawa ayat ini berkaitan dengan Mujahadah bukannya jihad peperangan, katanya:” lafaz (
دهاج نم
) di dalam ayat tersebut ditujukan kepada orang yang Mujahadah nafsu dengan kesabaran demi ketaatan, menahan diri dari syahawat, maka faedah daripada jihadnya itu dinikmati oleh dirinya sendiri”Kepentingan Mujahadah Dalam Kehidupan Muslim
Mujahadah mempunyai kepentingan dan peranannya yang tersendiri di dalam kehidupan muslim. Mujahadah bukanlah suatu perkara yang asing dalam kalangan salaf ummah, walaupun tidak ada pengkhususan istilah yang diguna pakai secara sepakat. Sebenarnya istilah Mujahadah ini lebih popular dalam kalangan ulama sufi. Oleh kerana itu, ada dalam kalangan umat Islam yang memandang sepi terhadap Mujahadah sehinggakan mereka terus mengabaikan aspek yang penting ini. Islam sebagai al-Din yang kamil tidak mengabaikan walau satu bentuk kebaikan melainkan diberikan galakan sewajarnya dan pimpinan ke arahnya, sebagaimana pengawasan
964
terhadap segala keburukan atau kejahatan, tidak akan dibiarkan begitu sahaja sehinggalah ianya terlebih dahulu dikenal pasti dan diletak panduan untuk menjauhinya. Islam bukanlah al-Dīn yang hanya menekankan amalan zahir sahaja, malah turut mencakupi aspek kerohanian. Amalan spiritual diletakkan sebagai ukuran utama kepada amalan lahiri.Jika sesuatu amalan diumpamakan seperti buah, makan amalan lahiriah adalah kulitnya dan isi adalah amalan rohani, kedua-duanya penting, walaupun isi buah adalah yang paling diutamakan dan matlamat asal, namun kulit juga penting untuk memastikan isi terpelihara dengan baik. Begitu juga halnya dalam amalan syariat, tujuan utama segala bentuk ibadat bahkan penciptaan jin dan manusia adalah untuk melahirkan rasa kehambahan terhadap Allah ﷻ.
Banyak ayat Quran dan hadis yang menyentuh kepentingan amalan lahir dan amalan rohani, di antaranya, firman Allah ﷻ:
ٖميِلَس ٖب ۡلَقِب َ َّللّٱ َتََأ ۡنَم َّلاِإ َنوُنَب َلاَو لاَم ُعَفنَي َلا َمۡوَي
Mafhumnya: Hari Kiamat ialah hari dimana harta dan anak-anak tidak dapat memberi manfaat, kecuali mereka yang menghadap Allah membawa hati yang selamat sejahtera (Surah al-Shucarāa`, 42:88-89).
Rasulullah ﷺbersabda:
ِبوُلُ ق َلَِإ ُرُظْنَ ي ْنِكَلَو ،ْمُكِلاَوْمَأَو ْمُكِرَوُص َلَِإ ُرُظْنَ ي َلا َالله َّنِإ ْمُكِلاَمْعَأَو ْمُك
Mafhumnya: Allah tidak memandang rupa dan harta kamu tetapi Dia (Allah) memandang hati dan amalan kamu (Muslim, 1997 # 1987)
Mujahadah adalah merupakan salah satu ibadah rohani atau batin yang dituntut oleh Allah ﷻ. Ianya juga termasuk dalam kategori jihad yang diwajibkan kepada setiap mukmin. Lantaran itu, Rasulullah menyifatkan para pejuang sebenar ialah mereka yang mujahadah sebagaimana di nyatakan di dalam hadis "Pejuang (Mujahid) itu adalah orang yang melawan nafsunya sendiri "(Al-Tarmizi, t.th.). Menurut Abu Sulaiman al- Dârâni Jihad Nafsi atau Mujahadah juga dikenali sebagai Jihad Akbâr (al-Zuhaili, t.th). Imam al-Baghawi di dalam tafsirnya telah menukilkan bahawa Saidina Hassan telah berkata: Seafdal-afdal jihad adalah jihad menentang hawa nafsu. Kenyataan ini membuktikan ketinggian kedudukan Mujahadah dalam dakwah bahkan ianya merupakan sebaik-baik jalan dakwah, di antara kemuncak peringkat jihad.
Di samping itu hawa nafsu adalah merupakan musuh muslim yang paling merbahaya, malah lebih merbahaya daripada bala tentera kafir. Ini adalah kerana hawa nafsu terletak di dalam diri manusia sendiri dan menyerang dari dalam tanpa dapat dikesan (Al-Balali, 1989). Ianya sentiasa menyeru ke arah keburukan tanpa disedari, dan kegiatannya tidak dibatasi sempadan masa dan tempat. Berbanding dengan bahaya bala tentera, pergerakannya boleh dikesan dan dikenal pasti, serangannya terhad kepada masa dan tempat. Sebab itulah hawa nafsu merupakan musuh yang paling bahaya. Rasulullah bersabda: (
َك ْيَ بْ نَج َْينَب ِتيَّلا َكُسْفَ ن َكَل ٍّوُدَع ى َدْع أ
) Mafhumnya: sejahat-jahat musuh engkau ialah nafsu engkau yang terletak di antara dua lambung engkau (Baihaqi, 1994). Walaupun hadis ini lemah (al-cIraqi, t.th) namun ianya dikuatkan dengan sandaran lain di antaranya firman Allah ﷻ:965
ٖم ۡلِع ََٰ َعَل ُ َّللّٱ ُهَّلَضَأَو ُهَٰىَوَه ۥُهَهََٰلِإ َذَ َّتُٱ ِنَم َتۡيَءَرَفَأ
Mafhumnya: Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar) (Surah al-Jâthiah 45:23).
Firman Allah ﷻlagi:
ۚاَنَلُبُس ۡمُهَّنَيِدۡهَ َلن اَنيِف ْاوُدَهَٰ َج َنيِ َّلَّٱَو
Mafhumnya: Orang-orang yang Mujahadah pada jalan kami akan kami berikan mereka petunjuk kami (Surah al-cAnkabut, 29: 69)
Berdasarkan kepada meneliti terhadap ayat Quran dan hadis serta pandangan para ulama dapatlah disimpulkan bahawa Mujahadah sememangnya dituntut oleh syara’ terhadap seluruh mukallaf. Mujahadah adalah salah satu kaedah berkesan dalam penyucian diri dari kongkongan nafsu yang sentiasa mendorong manusia ke arah kejahatan. Mujahadah dapat membantu seseorang dalam memperkuatkan spiritual ke arah mentaati Allah dan melahirkan rasa kehambaan.
Mujahadah Dalam Konteks Pengukuhan Spiritual Ketika Mendepani Cabaran Hidup
Kesejahteraan manusia bukan terletak pada kesejahteraan fizikal dan material berbentuk harta kekayaan serta kemewahan, bahkan penentu kepada kesejahteraan hakiki manusia terletak pada kesejahteraan spiritual.
Memahami hakikat ini, didapati sebahagian manusia menghadapi tekanan kehidupan meskipun mempunyai kemewahan material sehingga sanggup mengambil keputusan untuk membunuh diri sendiri. Hakikat ini selari dengan definisi individu sihat dan sejahtera menurut Pertubuhan kesihatan dunia (WHO). Sesorang individu dikategorikan sihat apabila individu tersebut tidak mendapat apa-apa penyakit dan menikmati kesejahteraan daripada sudut fizikal, mental dan spiritual (WHO, 2014). Kerana itu, menurut Koenig, (2002) adalah sesuatu yang amat sukar untuk bertemu dengan manusia seperti mana yang ditakrifkan oleh WHO yang sejahtera daripada keseluruhan aspek tersebut. Mutakhir ini terdapat data peningkatan kes pembunuhan diri, keganasan rumah tangga, penderaan dan seumpamanya. Hal ini dikaitkan dengan faktor tekanan yang dihadapi oleh manusia berikutan kesan pandemik COVID19 yang menyaksikan perubahan besar dalam bentuk kehidupan manusia dari aspek sosial, ekonomi dan juga politik. Perubahan drastik yang muncul secara tiba-tiba menyebabkan masalah spiritual yang sedia retak menjadi belah.
Kesihatan spiritual banyak ditekankan dalam sumber rujukan Islam sebagaimana dijelaskan sebelum ini.
Bahkan, Islam menunjukkan kaedah bagaimanakah manusia dapat mencapai kesejahteraan spiritual. Rasulullah ﷺ
menjelaskan kedudukan spiritual manusia yang dapat menentukan kesejahteraan manusia keseluruhannya, dan spiritual ini letaknya di dalam hati nurani manusia. Hal ini dijelaskan di dalam hadis sahih, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
ُك ُدَسَْلْا َدَسَف ْتَدَسَف اَذِإَو ،ُهُّلُك ُدَسَْلْا َحَلَص ْتَحَلَص اَذِإ اةَغْضُم ِدَسَْلْا ِفِ َّنِإَو َلاَأ ُبْلَقْلا َيِهَو َلاَأ ،ُهُّل
Maksudnya: “Ketahuilah bahawa pada jasad itu terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh
966
jasadnya, jika ia buruk maka buruklah seluruh jasadnya, ketahuilah bahawa ia adalah hati (jantung).” (al- Bukhari, 1989, #52, Muslim, t.th, #1599)Berdasarkan kepada hadis ini, penyakit yang dimaksudkan adalah berbentuk penyakit spiritual yang memberi impak kepada tingkah laku manusia. Kebaikan dan kejahatan manusia tertakluk kepada keadaan spiritual seseorang yang digambarkan terletak di hatinya nuraninya. Hati nurani ini di dalam literatur Islam juga disebut sebagai ‘jiwa’ atau ‘Nafs’ (Al-Ghazali, 1991). Justeru, ramai tokoh Islam seperti Imam al-Ghazali memberi penekanan terhadap elemen pembersihan jiwa yang dikenali sebagai “Tazkiah al-Nafs” dalam usaha menangani kepincangan dalam kelakuan manusia. Memperbaiki keadaan jiwa bermaksud memperbaiki keadaan spiritual insan kerana insan yang mempunyai spiritual yang murni merupakan insan yang sihat dari sudut tinkah-laku dan jiwanya.
Jiwa merupakan salah satu elemen penting dalam spiritual manusia. Jiwa yang sihat memanifestasikan impak yang positif seperti tingkah laku yang baik, emosi yang stabil, minda yang tenang serta tubuh badan yang sihat (Al-Makki, 1990). Oleh itu, bagi memastikan impak positif ini hadir, jiwa manusia terpelihara daripada penyakit jiwa. Penyakit jiwa ini yang boleh merebak ke seluruh jasadnya (Ibn Qayyim, 2001).
Jiwa yang sakit adalah berpunca daripada ketidakupayaan seseorang dalam mengawal dan menangani tekanan yang berbentuk dalaman mahupun luaran (Promsri, 2019). Tekanan dalaman kebanyakannya berlaku disebabkan oleh penderaan fizikal, mental atau seksual sementara tekanan luaran disebabkan oleh kekurangan kemahiran dalam menangani masalah dengan betul (Perakis, 2010). Rentetan dari itu, kegagalan dalam mengawal tekanan menyebabkan seseorang cenderung melakukan sesuatu yang tidak bermoral seperti pemberontakan, vandalisme (Nurul Husna Mansor et al., 2016; Sahlawati Abu Bakar et al., 2017), ketagihan alkohol dan dadah (Hai et al., 2019), salah laku seksual serta transgenderism (Perakis, 2010). Keterlibatan mereka dalam gejala yang tidak bermoral ini adalah disebabkan kerana mereka tidak tahu cara yang betul dalam menangani tekanan yang dihadapi serta tidak menyedari bahawa perbuatan ini tidak memberi penyelesaian bahkan lebih menjadikan jiwa mereka sakit. Bahkan sarjana barat turut mengesahkan bahawa rawatan berteraskan kepada elemen keagamaan terbukti mampu merawat masalah dalaman manusia (Williams & Sternthal, 2007).
Aspek kesejahteraan spiritual melalui perspektif Islam lebih mendalam dan meliputi aspek psikologi. Termasuk dalam aspek spiritual Islam perbahasan berkaitan dengan perasaan hasad dengki, cemburu, dendam, bongkak, besar diri, ego dan sebagainya yang dapat menimbulkan tekanan dalaman terhadap jiwa seseorang sekaligus menyebabkan jiwa tidak tenang dan resah gelisah. Kegagalan diri mengawal penyakit jiwa berkait rawat rapat dengan kegagalan individu mengawal dorongan hawa nafsunya. Tekanan hawa nafsu menyebabkan seseorang gagal mengawal tahap kesabaran, kemarahan, kebencian, kekecewaan, putus harapan, dendam dan sebagainya.
Tekanan hawa nafsu ini tanpa kawalan menyebabkan manusia gagal mengawal perasaan dan pemikiran rasional sekaligus bertindak di luar batasan kewarasan. Justeru, berlakulah perbuatan membunuh diri, jenayah kekerasan dan seumpamanya.
Kesejahteraan spiritual adalah satu topik yang luas di dalam Islam, bahkan menjadi satu bidang khusus yang dikenali sebagai ilmu tasawuf yang diterajui oleh ramai tokoh ulama Islam yang tersohor seperti Imam al- Ghazali dan sebagainya. Namun kertas kerja ini akan memberi fokus terhadap peranan mujahadah dalam
967
konteks pengukuhan spiritual ketika mendepani cabaran dan tekanan hidup.Lazimnya mujahadah terbahagi kepada dua bahagian berikut:
a) Mujahadah Nafsu yang terdapat dalam diri manusia sendiri. Al-Balali (1989) membahagikan mujahadah nafsu kepada empat bahagian, salah satunya ialah mujahadah dalam kesabaran menanggung segala kesukaran dan onak duri kehidupan dan bersedia menanggung segala ujian ikhlas kerana Allah. Dalam keadaan tekanan hidup, seseorang boleh bertindak luar batasan kemanusiaan demi memuaskan dorongan dan tuntutan nafsunya. Sesorang yang sudah terbiasa dengan kemewahan dan kenikmatan hidup contohnya, apabila berhadapan dengan kegagalan mendapatkan kemewahan dan kenikmatan tersebut secara halal, tetap berusaha mendapatkan kemewahan dan kenikmatan tersebut secara haram, jenayah dan kezaliman. Ketika ini, mujahadah diperlukan bagi memastikan jiwa tetap bersabar dengan kehilangan kemewahan dan kenikmatan tersebut, sekaligus berupaya menahan diri daripada terjebak dengan aktiviti yang haram, jenayah dan kezaliman.
b) Mujahadah Syaitan, iaitu mujahadah menolak segala bentuk kekeliruan yang menggugat keimanan seperti dorongan untuk melakukan perbuatan jenayah, maksiat, membunuh diri dan seumpamanya. Seseorang yang sedang berhadapan dengan tekanan ada kalanya berhadapan dengan rasa putus asa untuk hidup dan cenderung untuk bertindak membunuh diri. Sewaktu ini, dorongan syaitan melalui bisikan halus perlu ditolak melalui konsep mujahadah.
Konsep Mujahadah adalah ringkas, iaitu dengan melawan segala sifat mazmumah (tercela) yang dikenal pasti, samada dengan menginsafinya atau melakukan perkara yang berlawanan dengannya. Sebagai contoh, kiranya seorang yang biasa hidup dengan kesenangan dan kemewahan, maka ketika berhadapan dengan kesukaran perlulah dia membiasakan dirinya dengan kesabaran. Seorang bakhil perlukah membiasakan untuk bersedekah dan begitulah seterusnya. Di antara sifat mazmumah tersebut ialah hasad, dengki, dendam, buruk sangka, mementingkan diri sendiri, gila pangkat, tamak, bakhil, sombong. Penyakit hati ini sekiranya tidak dapat ditunaikan akan memberi tekanan kepada individu tersebut berbentuk tekanan dalaman. Dalam keadaan tersebut individu tersebut dianggap sedang berhadapan dengan spiritual yang bermasalah atau berpenyakit.
Namun hakikat mujahadah tidaklah semudah yang dinyatakan di atas, ianya memerlukan pengorbanan yang amat besar, bukan sahaja terpaksa mengorbankan harta benda, masa, tenaga, bahkan terpaksa mengorbankan keegoan, kemegahan, kesombongan dan semua penyakit hati. Ini adalah kerana kebanyakan sifat mazmumah dan sikap yang buruk tersebut telah lama sebati di dalam diri. Sehubungan itu, para ulama meletakkan kaedah dalam melaksanakan mujahadah. Mujahadah dilakukan melalui 3 proses berikut (Jaafar Salleh, t.th):
i. Proses Takhalli (
ي لتخ
) iaitu membuang atau mengosongkan. Di peringkat takhalli ialah proses berperingkat dan berterusan melawan dan membuang semua sifat mazmumah dan kehendak nafsu yang hina di sisi Allah. Dalam proses ini sifat mazmumah perlu dibenci, dimusuhi, dan dibuang jauh-jauh dari diri agar ianya tidak dikawal oleh nafsu. Sifat ini jika dikuasai dan ditunggangi oleh nafsu, maka diri manusia diperhambakan dan dikuasai oleh nafsu dan syaitan ke arah jalan kejahatan yang bertentangan dengan syarak. Perihal penguasaan nafsu terhadap diri manusia dijelaskan oleh Allah s.w.t di dalam Surah al-Jâthiah ayat 23:مۡلِع َٰ َ َعَل ُ َّللّٱ ُهَّلَضَأَو ُهَٰىَوَه ۥُهَهََٰلِإ َذَ َّتُٱ ِنَم َتۡيَءَرَفَأ
968
Mafhumnya: Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar) (Surah al-Jâthiah 45:23).Ayat di atas menjelaskan bahawa manusia yang dikuasai oleh akan menuruti tuntunan nafsu sehingga sampai tahap seolah-olah dirinya hamba kepada hawa nafsunya, seterusnya mengikut perintah hawa nafsu sehingga tersesat dari jalan kebenaran. Hakikatnya nafsu itu berperingkat-peringkat, seorang yang dapat mengalahkan nafsunya akan berjaya meningkatkan dirinya ke tingkatan nafsu yang lebih baik. Begitulah seterusnya sehingga nafsu itu benar-benar dapat ditundukkan kepada perintah Allah.
ii. Proses Tahalli (
يلتح
) iaitu mengisi atau menghiasi. Tahalli bererti menghiasi yakni perkataan lawan bagi takhalli. Setelah melakukan mujahadah dalam mengosongkan hati daripada sifat terkeji atau mazmumah, maka perlu segera dihiasi hati dengan sifat terpuji atau mahmudah. Jika diumpamakan hati sebagai sebuah benjana. Sebelu m ini benjana tersebut dipenuhi sifat mazmūmah dan setelah mujahadah dilakukan maka sifat itu keluar meninggalkan benjana kosong. Ketika itu, perlu dimasukkan ke dalam benjana tersebut dengan sifat mahmūdah (sifat terpuji). Di antara sifat mahmudah yang perlu menghiasi hati kita ialah jujur, ikhlas, tawwdhu’, amanah, taubat, bersangka baik, takutkan Allah, pemaaf, pemurah, syukur, zuhud, tolak ansur, redha, sabar, rajin, berani, lapang dada, lemah lembut, kasih sayang sesama mukmin, selalu mengingati mati, tawakkal dan seumpamanya. Untuk menghiasi hati dengan sifat mahmudah kita perlu sekali lagi mujahadah. Perlu ditegaskan sekali lagi bahawa proses mujahadah di peringkat ini tidak asing dari rasa susah dan berat. Cara mujahadah dalam tajalli samalah seperti proses mujahadah untuk takhalli.iii. Proses Tajalli (
ي لتج
) iaitu merasakan kebesaran dan kehebatan Allah. Setelah proses mujahadah peringkat takhalli dan tahalli, maka akan membuahkan hasil dalam bentuk tajalli. Tajalli ialah sejenis perasaan zauk (قوذ
) yang hanya mungkin dimengertikan oleh individu yang merasainya. Seperti manisan madu, tidak dapat digambarkan dengan tepat kecuali dengan merasainya sendiri madu itu. Namun tajalli secara ringkas ialah perasaan lapang, tenang dan bahagia. Hati seakan-akan celik, hidup, nampak dan terasa kehebatan Allah. Ingatan dan rindu penuh tertuju pada Allah. Harapan dan pergantungan tiada pada yang lain selain daripada Allah. Seluruh amal bakti adalah kerana Allah semata-mata.Individu yang telah sampai ke tahap proses tajalli perlu mengawal dirinya daripada kemasukan sifat mazmumah dan memastikan dirinya dihiasi dengan sifat mahmudah serta sentiasa memperkayakannya dari masa ke semasa.
Ketika ini, hawa nafsu menjadi tunggangan yang begitu jinak dan mudah diarahkan untuk tujuan kebaikan.
Individu yang telah sampai ke proses tajalli tidak menghadapi tekanan dalaman mahupun tekanan luaran.
Hatinya tenang dengan apa jua cabaran yang mendatang.
Hasad dengki dan sifat mazmumah lain menjadikan jiwa menderita dan sakit jiwa. Hatinya tidak akan selamat di dunia maka tidak mungkin boleh selamat di Akhirat kelak. Di saat ini tercapailah matlamat penciptaan manusia iaitu untuk memperhambakan diri kepada Allah semata-mata. Di samping itu umat Islam akan menjadi umat contoh bagi seluruh alam sebagaimana yang telah dilalui oleh umat Islam di zaman kegemilangannya.
Melahirkan para pendakwah yang benar-benar ikhlas, dan sanggup berkorban demi menjulang Kalimatullah di kemuncak dunia.
Penutup
969
Berdasarkan kepada perbincangan yang telah dilalui penulis telah berjaya mengenal pasti beberapa dapatan penting berkaitan dengan konsep jihad dan mujahadah dalam pengukuhan spiritual bagi mendepani cabaran pendamik covid19, sebagimana berikut:1. Mujahadah menurut pengertian bahasa mempunyai erti yang sama dengan jihad (دا هج) dan ijtihad, namun perkataan Mujahadah mempunyai makna tambahan iaitu usaha memerangi nafsu secara berpanjangan dan berterusan.
2. Mujahadah dan jihad, mempunyai beberapa persamaan dan juga perbezaan. Ringkasnya jihad lebih kerap digunakan terhadap peperangan menentang musuh Allah yang berbentuk zahir, manakala Mujahadah digunakan pada peperangan melawan bisikan syaitan dan menentang dorongan hawa nafsu jahat. Pengertian jihad lebih umum berbanding Mujahadah.
3. Perkataan Mujahadah (ةددها م) tidak terdapat secara lafzi di dalam Quran, namun terdapat lafaz ayat yang membawa isyarat kepada Mujahadah dan kepentingannya.
4. Mujahadah adalah merupakan salah satu ibadah rohani atau batin yang dituntut oleh Allah ﷻ. Ianya juga dikenali Jihad Akbâr, dan seafdal-afdal jihad adalah jihad menentang hawa nafsu. Ini adalah kerana hawa nafsu merupakan musuh yang bersarang di dalam diri.
5. Sifat mazmumah memberi tekanan dalaman terhadap jiwa manusia, dan menjadi tunggangan hawa nafsu ke arah jalan kejahatan. Dalam keadaan tekanan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan dalam usaha menghadapi ancaman COVID19, spiritual yang lemah boleh menyebabkan tindakan luar kawalan seperti membunuh diri, keganasan dan jenayah.
6. Proses Mujahadah dapat berperanan pengukuhan aspek spiritual dalam sekaligus dapat mengatasi tekanan berikutan faktor tekanan dalaman dan luaran. Mujahadah membantu individu muslim membersihkan jiwa daripada penyakit spiritual yang berpusat pada hati nurani manusia, yang berpunca daripada dorongan hawa nafsu dan bisikan syaitan
7. Kejayaan proses Mujahadah melalui tiga peringkat berikut iaitu: Takhalli (
ي لتَ
), Tahalli (ي لتَ
), danTajalli (
يلتج
).Penghargaan
Kertas kerja ini adalah sebahagian daripada hasil penyelidikan yang dijalankan di bawah di bawah Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) - FRGS/1/2019/SSI03/USIM/02/4 yang bertajuk Model Baharu Terapi Psiko Spiritual Berasaskan Quran Dan Hadis Dalam Rawatan Pemulihan Trans-wanita (Transgender) dan mendapat pembiayaan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Pasukan menyelidik mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Pengajian Tinggi dan Pusat Penyelidikan, Persidangan dan Inovasi USIM diatas ruang dan peluang penyelidikan yang diberikan.
Rujukan
cAbd. Al-Bâqi, Muhammah Fua`âd, (1994). al-Mucjam al-Mufahras Li Alfâz Quran al-Karîm, Dâr al-Fikr. hlm 507-509.
Abu Bakar Jâbir al-Jazâiri, (t.th.). Manhâj al-Muslim, Maktabah al-culum, al-Madinah al-Munawwarah, p. 80.
Al-Baihaqi, Ahmad bin Husin, Sunan al-Baihaqi al-Kubra, Maktabah Dâr al-Bâz, 1994, j.5, p. 145.
970
Al-Balali, cAbd al-Hamid, (1989). al-Bayân Fi Madkhal al-Shaiân, Dâr al-Dacwah, Kuwait. p.169-170Al-Bârudi, (1987). Muhammad Sacid, al-Dacwah Wa Dâcah, Dâr al-Wafa’, Jeddah,. p. 206.
Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail, (1998). Sohih Bukhari, Dâr kutub al-Ilmiyyah. j.4, p. 1963.
Al-Makki, A. T. (1990). Qut al- Qulub fi Mu’amalah al -Mahbub wa Wasf Tariq al- Murid ila Maqam al- Tawhid. al-Matba`at al-Maymaniyah.
Al-Ghazali, A. H. M. (1991). Khuluq al-Muslim. Dar al-Qur’an al-Karim.
Al-Jurjâni, cAli bin Muhammad bin cAli, (1998). Kitab al-Ta’rifat, Dar al-Fikr, Lubnan. p. 142.
Al-Khâzin, cAli bin Muhammad bin Ibrahim, (t.th). Tafsir al-Khâzin, Maktabah Musafa al-Babi al-Halabi. j. 4, p. 200.
Al-Makki, A. T. (1990). Qut al- Qulub fi Mu’amalah al -Mahbub wa Wasf Tariq al- Murid ila Maqam al- Tawhid. al-Matba`at al-Maymaniyah.
Al-Mâwardi, cAli bin Muhammad bin Habib, (t.th.). al-Nuktu Wa al-cUyun (tafsir al-Mawardi), Dâr al Kutub al- Ilmiyyah, Bairut. . j. 4, hlm 69.
Al-Qurtubi, Muhammad bin Ahmad, (1967). al-Jâmic Li Ahkâm Quran, Dâr al-Kutub al-cArabi, al-Qâhirah. j.
13, p. 360.
Al-Razi, Muhammad bin Abi Bakar, (1995). Mukhtar al-Sihah, Maktabah Lubnan , Lubnan, 1995, p. 187.
Al-Sābūnī, Mohammad cAli, (1996). Sofwah al-Tafāsīr, Dār al-Fikr, Beirut. j. 2, p.416.
Al-Shaukani, Muhammad bin cAli bin Muhammad, (t.th.). Fath al-Qadir, Maktabah Mustafa al-Babi al-Halabi, Misr. 4, p.212.
Al-Tarmizi, Muhammad bi Isa (t.th.). Sunan al-Tarmizi, Dâr al-Kutub al-Ilmiyyah, Bairut. j. 5. p. 250, j.4 p. 465.
Al-Zuhaili, Wahbah, (t.th.). al-Tafsir al-Munir, Dâr Fikr, Bairut. j. 21, p. 13.
Anis, Ibrahim, (t.th.). al-Mucjam al-Wasit, t.pt., t.tp. j. 1, p. 571
Baihaqi, Ahmad bin Husin, (1994). Sunan al-Baihaqi al-Kubra, Maktabah Dâr al-Bâz.
Hai, A. H., Franklin, C., Park, S., DiNitto, D. M., & Aurelio, N. (2019). The efficacy of spiritual/religious interventions for substance use problems: A systematic review and meta-analysis of randomized controlled trials. Drug and Alcohol Dependence, 202, 134–148.
https://doi.org/10.1016/j.drugalcdep.2019.04.045
Ibn cAllân al-Siddîq, Muhammad, (t.th.). Dalil al-Fâlihîn Li Turuqi Riyâd al-Sâlihîn, Dâr al-Macrifah, Bairut. j.
1, p. 308.
Ibn Kathir, Ismail, (t.th.). Tafsir Quran al-cAzim, Dâr al-Jîl, Bairut. j. 4, p. 220.
Ibn Manzur, Abu al-Fadl Jamâl al-Dîn, (1990). Lisân al-cArab, Dâr al-Fikr, Beirut, , j. 3, p. 135.
Ibn Qayyim. (2001). Ṭibb al-Qulūb. Dār al-Qalam.
Ibn Qudâmah, Ahmad bin cAbd. Al-Rahman al-Maqdisi, (t.th.). Mukhtasar Manhâj al-Qâsidin, Maktabah Dâr al-Bayân, Damshiq, t.th., p. 375.
Jaafar Salleh, (t.th.). Wibawa Dan Personaliti Muslim, Melindo Publication, Kuala Lumpur. p.204.
Muslim, Ibn Hajjâj, (t.th.) Sahih Muslim, Dâr al-Macrifah, Bairut. j. 4, p. 1987
Mustafa Masyhur, (t.th.) Jalan Da’wah Antara Keaslian Dan Penyelewengan, Dewan Pestaka Fajar. hlm1 &.68.
Nurul Husna Mansor, Khairul Hamimah Mohammad Jodi, Fakhrul Adabi Abdul Kadir, & Raihanah Abdullah.
(2016). Implementasi Ibadah Islam Sebagai Terapi Salah Seksual Remaja : Kajian Terhadap Pusat Perlindungan Wanita Terpilih di Selangor. International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman), 4(1), 73–84. https://doi.org/http://dx.doi.org/10.17576/IMAN-2016-0401-07
971
Perakis, C. R. (2010). Soul sickness: A frequently missed diagnosis. Journal of the American OsteopathicAssociation, 110(6), 347–349. https://doi.org/10.7556/jaoa.2010.110.6.347
Promsri, C. (2019). Measuring Life Stress of Accounting Students. Saudi Journal of Humanities and Social Sciences, 04(11), 693–696. https://doi.org/10.36348/sjhss.2019.v04i11.001
Sahlawati Abu Bakar, Nurzatil Ismah Azizan, Nazneen Ismail, & Zanariah Dimon. (2017). Method of Al-Quran In Dealing With Social Problems: A study in The Protection Centre of the Selangor Islamic Religious Council (MAIS). Jurnal Pengajian Islam, 10(1), 57–77.
Shalabi, Rauf, (1889) al-Jihad Fî Sabil Allah Majâlatihi Wa Wasâilihi Wa Ahdâfihi, Dâr al-Turath al-cArabi, Kahirah , Lubnan p. 9.
Williams, D. R., & Sternthal, M. J. (2007). Spirituality, Religion and Health: Evidence and Research Directions.
The Medical Journal of Australia (MJA), 186(10), S47–S50. https://doi.org/10.5694/j.1326- 5377.2007.tb01040.x