1
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
LABUAN TRAP KUMPULAN IDEA
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2018
2 ISI KANDUNGAN
TAJUK MUKASURAT
1. RINGKASAN EKSEKUTIF 3
PERINCIAN PROJEK
i. Latar Belakang 4
a. Kumpulan
● Nama Kumpulan
● Pejabat
● Alamat
● No. telefon
● E-mel
● Tarikh penubuhan kumpulan
● Senarai ahli
b. Projek 4
● Nama Projek
● Keterangan ringkas projek
● Bidang dan kategori projek
● Tarikh kelulusan projek
● Tarikh projek siap ii. Signifikan Pemilihan Projek
a. Keterangan projek 4
b. Kriteria pemilihan projek 5 - 6
iii. Tindakan Penyelesaian a. Kaedah
Empathize 7 - 8
Define 9 - 10
Ideate 10
Prototype 11 - 12
Test 12
iv. Keberhasilan Projek (Outcome)/ Impak Projek
a. Keberkesanan 13
b. Penjimatan kos 13
c. Penjimatan masa 14
d. Peningkatan output 14
e. Kepuasan pelanggan 14
v. Potensi Pengembangan Projek
a. Replika 15
b. Pertandingan inovasi 15
● Peringkat tempatan
3 1. RINGKASAN EKSEKUTIF
Jabatan Pengairan dan Saliran Wilayah Persekutuan Labuan telah ditubuhkan pada tahun 1992 dengan fungsi utama untuk menyediakan infrastruktur pengairan bagi mengurangkan kejadian banjir semasa musim hujan dan air pasang besar selain bertanggungjawab untuk menyelenggara sungai dan pantai.
Pada awal penubuhan, pejabat ini berada di bawah seliaan JPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun, pada tahun 2006 pejabat ini telah dinaiktaraf menjadi sebuah pejabat negeri.
Sebagai Jabatan yang menyediakan infrastruktur pengairan dan kawalan banjir pastinya terdapat rumah pam dan pintu air bagi memastikan kawalan banjir dapat diuruskan dengan lebih cekap.
Namun begitu terdapat masalah sampah dan tumbuhan liar yang tidak dapat dikawal dan menyukarkan pengoperasian pam. Masalah ini akan menyebabkan banjir akan berlaku kerana sampah dan tumbuhan liar perlu dibersihkan dahulu sebelum pam beroperasi. Sekiranya pam beroperasi semasa sampah dan tumbuhan liar tidak dibersihkan, ianya akan menjejaskan pam dan pengoperasian pam tidak optimum. Kerosakan pam juga akan menyebabkan Jabatan menanggung kos pembaikan yang tinggi.
Tatacara kerja pembersihan sampah dan tumbuhan liar juga tidak egronomik dan mesra pekerja.
Selaras dengan objektif, misi serta visi Jabatan, JPS WP Labuan komited dalam menyediakan perkhidmatan kejuruteraan yang efisien bagi meningkatkan kualiti hidup dan kelestarian alam sekitar dan melalui masalah dan pengalaman kerja ini, maka terhasilah Labuan Trap.
Melalui penghasilan produk inovasi ini juga, Jabatan telah merealisasikan 4 Prinsip Agenda Nasional dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dapat dipraktikan.
4 2. PERINCIAN PROJEK
i. Latar Belakang a. Kumpulan
● Nama Kumpulan : IDEA
● Nama Organisasi : Jabatan Pengairan Dan Saliran WP Labuan
● Alamat : Peti Surat 81458, 87024 WP Labuan
● No Telefon : 087-504657
● E-mel : [email protected]
● Tarikh Penubuhan : 1 Mac 2016
● Senarai ahli : 1. Mohd Firdaus bin Muhamad (Ketua) 2. Tuan Haji Abdul Karim bin Md Kassim 3. Abdul Wahab bin Abdul Rahman 4. Zuria Binti Aminsin
5. Kalana bin Enting b. Projek
● Nama Projek : Labuan Trap
● Keterangan Projek : Labuan Trap merupakan alat pengangkat sampah yang memudahkan kerja tanpa menggunakan tenaga yang banyak, memendekkan masa kerja serta
menjamin keselamatan pekerja.
● Bidang inovasi : Penyampaian Perkhidmatan
● Kategori inovasi : Penambahbaikan
● Tarikh kelulusan projek
: 01.06.2016
● Tarikh siap projek : 13.12.2016
ii. Signifikan Pemilihan Projek a. Keterangan Projek
Pihak pengurusan JPS WP Labuan telah menerima aduan daripada penjaga rumah pam tentang masalah sampah sarap serta tumbuhan liar yang berada di dalam kolam takungan banjir dan pelaksanan pembersihan yang tidak egronomik dan mesra pekerja.
Tatacara kerja pembersihan yang dilaksanakan pada masa ini adalah pekerja perlu mengangkat sampah dan tumbuhan liar dengan menggunakan pengait sampah dari platform yang disediakan dan meletakan di bakul yang disediakan sebelum di hantar ke tempat pelupusan.
Kolam takungan merupakan salah satu komponen penting dalam mengurangkan risiko banjir di kawasan sekitar dan bagi memastikan pam berfungsi dengan baik, pembersihan sampah sarap dan tumbuhan liar perlu dilaksanakan terlebih dahulu.
5 b. Kriteria Pemilihan Projek:
Kaitan dengan objektif dan misi JPS WP Labuan Objektif
- Objektif JPS WP Labuan ialah untuk menyediakan perkhidmatan kejuruteraan yang melebihi keupayaan kumpulan sasaran sendiri seterusnya menjamin penggunaan tanah yang optimum dan pengurusan yang lebih cekap bagi sumber air negara.
Misi
- Dalam menerajui dan menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia dalam pengurusan sumber air khususnya pengurusan banjir bagi meningkatkan kualiti hidup dengan memastikan sekuriti air dan kelestarian alam sekitar.
Memenuhi kehendak pelanggan /stakeholder
- Tiada banjir di kawasan sekitar dan aduan awam.
- Projek dapat memendekkan tempoh kerja dalam melaksanakan kerja pembersihan.
- Projek dapat menjimatkan tenaga pekerja dengan memastikan kerja-kerja mengangkat sampah di laluan air dilaksanakan oleh Labuan Trap tanpa melibatkan tenaga manusia.
- Tatacara kerja lebih egronomik.
Kaitan dengan Agenda Nasional
- Berpandukan Agenda Nasional - 8 Prinsip Pemangkin Ke Kecemerlangan
1. Berilmu – Penjawat awam hendaklah memastikan mereka sentiasa berilmu pengetahuan, kreatif, inovatif dan mampu menjadi ‘figura contoh’
kepada masyarakat.
2. Budaya Amalan Kerja Terbaik – amalan kerja terbaik adalah cerminan kewibawaan bagi penjawat awam. Penjawat awam harus bersungguh dan sentiasa serius dalam pekerjaan, fokus, disiplin, tepati masa dan mempunyai kemahiran serta kompetensi tinggi supaya dilihat sebagai suatu kumpulan yang dinamik, progresif dan berupaya mendepani keluk.
Bersandarkan kepada petunjuk prestasi utama (KPI) dalam menghasilkan prestasi kerja yang unggul dan cemerlang.
3. Budaya keberhasilan yang berteraskan outcome based – budaya ini penting bagi meningkatkan mutu dan kualiti kerja yang bersandarkan kepada petunjuk prestasi utama (KPI) dalam menghasilkan prestasi kerja yang unggul dan cemerlang.
4. Budaya Kreativiti dan Inovasi – Penjawat awam perlu menampilkan pelaksanaan tugas yang lebih kreatif dan inovatif bagi menyahut cabaran untuk memenuhi jangkaan rakyat yang semakin bertambah kompleks, pelbagai dan sentiasa berubah.
6
Kaitan dengan keadaan dan ekosistem semasa
1) Tatacara kerja yang tidak egronomik dan mesra pekerja
Umur
Kebanyakan pekerja rumah pam/pintu air adalah berumur 50tahun ke atas.
Fizikal
Keadaan fizikal bagi pekerja yang berumur 50tahun ke atas bagi kerja berat ini adalah terbatas.
Keselamatan dan Kesihatan
Isu dan keselamatan dan kesihatan ini berkait rapat dengan faktor umur dan fizikal pekerja. Tatacara kerja pada masa ini didapati adalah tidak selamat terutama pada cuaca hujan dan dengan mengangkat beban yang berat dapat menyebabkan kesakitan pada anggota badan.
2) Pengoperasian Pam
- Tempoh masa bagi pengoperasian pam terganggu akibat sampah dan tumbuhan dan menyebabkan banjir kilat berlaku di kawasan sekitar
- Aduan awam berkenaan banjir meningkat
Pembuktian melalui analisis dan ujicuba
- Setelah analisa melalui siasatan tapak dibuat, air di kolam takungan akan penuh akibat hujan lebat dalam tempoh 3 jam. Air perlu dipam keluar ke Sungai Batu Arang untuk memastikan kolam mampu menampung isipadu air di kawasan sekitar nya.
- Sampah dan tumbuhan liar diangkat keluar dari saliran ke platform yang disediakan sebelum ke tempat pelupusan dengan menggunakan pengai sampah.
Proses kerja ini mengambil masa yang lama.
- Semasa aktiviti mengangkat sampah dilaksanakan, pam tidak dapat beroperasi dan menyebabkan air kolam tidak dapat salirkan keluar. Kemungkinan banjir kilat akan berlaku berlaku di kawasan hulu sekiranya pam tidak beroperasi dengan cepat.
Kumpulan telah mengadakan tinjauan melalui temubual bersama pekerja di Rumah Pam serta penduduk sekitar berkenaan masalah banjir, sampah serta tumbuhan liar di kawasan kolam takungan. Temubual bersama pekerja berobjektif untuk mendapatkan input penambahbaikan dalam memastikan masalah banjir, sampah dan tumbuhan dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan pengoperasian pam lebih lancar.
iii. Tindakan Penyelesaian
Kumpulan seterusnya telah menggunakan kaedah Design Thinking dengan mengaplikasi langkah Empathize, Define, Ideate, Prototype dan Test bagi menyelesaikan permasalahan yang timbul.
a. Empathize
- Memahami suatu perkara dengan mendalam - Memahami maslaah pelanggan dan pihak ketiga
- Membuat temubual dan soal selidik bersama pekerja yang melaksanakan kerja di rumah pam dan penduduk sekitar kolam takungan berkenaan masalah sampah dan tumbuhan-tumbuhan.
Kupasan temubual bersama pekerja dan penduduk setempat:-
Pengguna Maklumat Menarik
(Ketegangan/Percanggahan/ Kejutan)
Penemuan (Emosi dan pengalaman)
Kita hendak membantu (aspirasi kumpulan dan
bukan solusi) Kalana Encik Kalana bin Enting, berusia 46 tahun
berasal dari Sandakan Sabah dan telah bekerja di JPS selama 15 tahun. Beliau telah ditugaskan untuk mengganti tugas bagi menjaga rumah pam sekiranya pekerja lain cuti. Belaiu telah mengadu berkenaan banyaknya sampah di kawasan kolam takungan. Selain sampah, tumbuhan- tumbuhan liar juga didapati di saliran berkenaan. Beliau terpaksa menggunakan pengangkat sampah untuk mengeluarkan sisa sampah dan tumbuhan bagi menghidupkan pam. Beliau mengalami masalah sakit belakang oleh kerana kerja- kerja berkenaan.
Kalana mengalami masalah sakit belakang. Beliau beranggapan jika keadaan berlarutan kemungkinan beliau akan mengalami simpton sakit belakang berpanjangan.
Kita berhasrat untuk membantu Kalana bagi memastikan kesihatan beliau tidak terjejas. Kumpulan akan memastikan beliau akan selesa melaksanakan tugasan beliau.
Ag
Sulaiman
Encik Ag Sulaiman bin Asman berusia 51 tahun berasal dari Kuala Penyu Sabah dan telah bekerja di JPS WP Labuan selama 15 tahun.
Beliau melaksanakan tugas-tugas hakiki sebagai penjaga rumah pam. Beliau memaklumkan bahawa beliau merasa terbeban dengan masalah sampah dan tumbuhan di saliran menuju ke pam. Akibat masalah berkenaan pam tidak dapat berfungsi dengan lancar. Beliau terpaksa mengakat semua sampah dan tumbuhan liar secara manual selama lebih kurang 2 jam sebelum pam dapat dihidupkan. Beliau khuatiri sekiranya masalah ini berlarutan, banjir kilat akan berlaku di kawasan sekitar. Beliau juga memaklumkan bahawa, beliau mengalami masalah tulang belakang seta sakit pinggang kerana lama melaksanakan kerja-kerja mengangkat sampah.
Ag.Sulaiman khuatir kawasan sekitar akan banjir sekiranya sampah dan tumbuhan tidak diangkat dengan cepat.
Beliau juga mengalami masalah sakit tulang dan pinggang oleh kerana mengangkat sampah.
Kita berhasrat untuk
membantu Ag.Sulaiman bagi mempercepatkan proses mengangkat sampah bagi mengelakkan banjir kilat disamping menjimatkan tenaga manusia bagi memastikan Ag.Sulaiman tidak mengalami masalah kesihatan.
Zuraidah binti Aman
Puan Zuraidah berusia 40 tahun berasal dari Labuan dan telah mendiami rumah di Perumahan Rancha-Rancha bersebelahan kolam takungan dan rumah pam JPS selama 10 tahun. Beliau memaklumkan air di kawasan longkang perumahan Rancha-Rancha akan surut dengan lambat oleh kerana air tidak dapat mengalir dengan lancar. Beliau merasa risau sekiranya banjir berlaku dan memasuki rumah.
Zuraidah berasa risau banjir akan berlaku di kawasan akibat air tidak dapat mengalir dengan sempurna.
Kita berhasrat untuk membantu Puan Zuraidah untuk memastikan banjir tidak akan berlaku di kawasan tempat tingga beliau.
Sie Chu Cheng
Sie Chu Cheng berusia 48 tahun berasal dari Labuan dan tinggal di Taman Kian Yap Labuan.
Beliau menyatakan kegusaran apabila hujan lebat kerana air di dalam longkang tidak lancar dan risau akan melimpah.
Sie Chu Cheng bimbang kejadian banjir akan berlaku sekiranya perkara ini tidak diambil tindakan.
Kita berhasrat untuk membantu Encik Sie Chu Cheng memastikan air tidak melimpah pada masa hujan lebat berlaku.
Jadual 1 : Temubual bersama pekerja dan pelanggan
9 b. Define
Kumpulan Idea mendapati bahawa terdapat dua masalah yang berlaku setelah temubual dibuat iaitu :-
i) Masalah sampah dan tumbuhan liar di saliran menjadikan aliran air tidak lancar dan akan menyebabkan banjir kilat berlaku sewaktu hujan lebat.
ii) Masalah keselamatan dan kesihatan pekerja dalam memastikan sampah sarap dan tumbuhan liar tidak menghalang laluan air dan pengopreasian pam dapat berfungsi dengan baik bagi mengeluarkan air dari kolam takungan banjir.
Gambar 1 : Keadaan sebenar pekerja mengangkat sampah dan sekitar saliran kolam takungan
10
c. Ideate
Rekabentuk awal alat pengangkat sampah hasil perbincangan kumpulan.
Gambar 2 : Keadaan sebenar keadaan air yang tersekat oleh kerana tumbuhan dan sampah di saliran menuju ke pam
Gambar 3 : Lakaran awal pembinaan alat pengangkat sampah
11
d. Prototype
Protaip pengangkat sampah dibina dengan menggunakan plate besi, motor dan belting.
Alat pengangkat sampah ini diberikan nama ‘Labuan Trap’ oleh Kumpulan Idea yang bertujuan untuk memastikan kerja-kerja mengangkat sampah/
tumbuhan liar dapat dilaksanakan dengan cepat tanpa menggunakan tenaga manusia.
BIL ITEM KOS
1 Plate Stain Steel dan Belting 3,000.00 2 Motor
- Menggunakan motor pintu air yang tidak digunakan
- Kos adalah bagi mengubahsuai motor berkenaan
500.00
3 Upah 2,000.00
JUMLAH KESELURUHAN 5,500.00
Jadual 2 : Peralatan dan kos bagi membina Labuan Trap
Gambar 4 : Prototaip dibina berdasarkan lakaran awal idea kumpulan
12 Gambar 5 : Prototaip diubahsuai mengikut kesesuaian dan keberkesanan di tapak
e. Test
- ‘Labuan Trap’ dibina di alur keluar dan ke pam.
- Setelah 3 bulan pengoperasian Labuan Trap, beberapa penambahbaikan telah dibuat.
- Penambahbaikan perlu dilaksanakan berterusan agar prototaip yang dihasilkan memenuhi keperluan.
- Kumpulan Idea membentang protaip kepada Jawatankuasa Inovasi JPS WP Labuan.
Gambar 6 : Ujicuba Labuan Trap sebagai struktur Pengangkat Sampah
13 iv. Keberhasilan Projek (Outcome)/ Impak Projek
a. Keberkesanan
‘Labuan Trap’ yang telah diuji dibina di alur keluar air Kolam Takungan sebelum ke pam. Melalui rekod jabatan, aduan awam berkenaan air tidak mengalir dengan lancar di kawasan perumahan berdekatan iaitu Perumahan Rancha-Rancha dan Perumahan KianYap dapat diselesaikan. Rekod aduan awam Jabatan membuktikan tiada aduan berkenaan air melimpah di kawasan berkenaan pada bulan Julai hingga Disember 2017. Aliran air dapat mengalir dengan sempurna setelah Labuan Trap dibina.
b. Penjimatan kos
Setelah Labuan Trap dibina di kawasan kolam takungan, masalah sampah dan tumbuhan liar yang menghalang aliran air dapat di atasi. Pihak Jabatan juga dapat mengurangkan kos penyelenggaraan Jabatan yang dianggarkan sebanyak RM 20,000.00 untuk penyelenggaraan kolam takungan serta saliran ke pam.
Tajuk Kerja Kekerapan Amaun Jumlah Penjimatan
Catatan Kerja-kerja
Penyelenggaraan kolam takungan dan Saliran Batu
Arang, WP Labuan/ tahun
2015
Sekali setahun
RM20,000 RM20,000 Setelah Labuan Trap
dibina, masalah
sampah dapat diselesaikan Jadual 3 : Jadual penerangan penjimatan kos
14 c. Penjimatan masa
Perkara Sebelum Selepas Penjimatan Masa
Catatan Penjimatan
masa melaksanakan
kerja-kerja mengangkat
sampah
60 minit x 3 kali seminggu
30 minit x 3 kali seminggu
30 minit x 3 kali (setahun 52
minggu)
=
52 X 3 = 156 hari 156 X 30minit =
4,680 minit @ 195 jam setahun penjimatan
Kaedah lebih cepat oleh kerana tiada
tenaga manusia digunakan
untuk mengangkat sampah dari
saliran
Jadual 4 : Jadualn menerangkan penjimatan masa d. Peningkatan Output
Faedah Jangka Pendek
Aduan awam di kawasan perumahan berhampiran kolam takungan dapat diselesaikan.
Sistem kerja lebih egronomik,teratur, cekap,efisien, mudah dan cepat.
Pam dapat berfungsi dengan baik dan efisien semasa keadaan yang diperlukan.
Faedah Jangka Panjang (IMPAK)
Penyampaian perkhidmatan kepada stakehonder dan pelanggan lebih cekap serta objektif dan misi Jabatan terlaksana.
Piagam pelanggan yang telah dirangka berkenaan aduan awam dapat Dicapai.
4 prinsip dalam Agenda Nasional Negara dapat dipraktikkan dalam budaya kerja sebagai penjawat awam iaitu Berilmu, Budaya Amalan Kerja Terbaik, Budaya keberhasilan yang berteraskan outcome based, Budaya Kreativiti dan Inovasi.
Pematuhan Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dapat dipraktikan.
e. Kepuasan pelanggan
Soal selidik setelah projek dilaksanakan akan dibuat di kalangan pekerja di rumah pam dan penduduk sekitar.
15
v. Potensi Pengembangan Projek a. Tahap ketersediaan produk
Labuan Trap telah diperbentangkan kepada Jawatankuasa Pemandu Inovasi JPS WP Labuan. JPS WP Labuan. Mesyuarat telah menetapkkan agar inovasi ini dapat dilaksanakan di semua pintu air di WP Labuan yang mempunyai masalah sampah serta tumbuhan liar seperti di kolam takungan.
b. Pertandingan inovasi peringkat tempatan
Kumpulan Idea telah menyertai Mini Konvensyen Team Excellence 2017 Wilayah Sabah pada 25 April 2017 lalu dan berjaya memperolehi Anugerah Emas.
Gambar 7 : Pertandingan Mini Konvensyen Team Excellence 2017 pada tahun 2017