• Tidak ada hasil yang ditemukan

Modal Insan dan Pertumbuhan Ekonomi Dari Perspektif Kajian Lepas

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Modal Insan dan Pertumbuhan Ekonomi Dari Perspektif Kajian Lepas"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

1

Modal Insan dan Pertumbuhan Ekonomi Dari Perspektif Kajian Lepas

Roslinah Mahmud, Kasim Mansur, Rasid Mail & Juliana Langgat Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan

Universiti Malaysia Sabah

Modal insan didefnisikan sebagai pengetahuan, kemahiran, kebolehan, kemampuan dan ciri- ciri yang terkandung dalam diri individu yang membolehkan penghasilan kesejahteraan individu, masyarakat dan ekonomi (OECD, 2001). Sejarah membuktikan bahawa negara yang telah mencapai pertumbuhan ekonomi yang ketara lebih memahami dan mengakui kepentingan pelaburan dalam modal insan seperti kesihatan dan pendidikan secara berterusan. Buktinya, negara ini telah membuat pelaburan dalam kesihatan dan pendidikan yang tinggi sebagai salah satu komponen modal insan yang amat penting. Terdapat dua perspektif utama dalam aliran ekonomi iaitu model ekonomi klasik yang mementingkan faktor pertumbuhan ekonomi. Perspektif yang kedua adalah berkenaan dengan pembangunan ekonomi dan penilaiannya, serta pertimbangan lanjut mengenai pembangunan manusia itu sendiri yang dikenali sebagai modal insan. Di sebalik perbezaan perspektif ini, kedua-duanya bersetuju bahawa pembangunan manusia adalah komponen penting dalam pertumbuhan ekonomi dan menganggap pengembangan ekonomi sebagai sumber untuk pembangunan manusia itu sendiri (Suri et al., 2011).

Modal Insan dalam membantu pertumbuhan Ekonomi

Mincer (1958), Schultz (1961), dan Becker (1962) telah mengemukakan teori pertama tentang hubungan di antara modal insan dan pertumbuhan ekonomi. Mereka percaya bahawa modal insan mempunyai peranan yang sama seperti modal fizikal, yang mana manusia boleh melakukan pelaburan di dalamnya melalui pendidikan, kesihatan dan latihan. Pelaburan modal insan ini akan meningkatkan pengeluaran atau produktiviti dan membantu ekonomi berkembang dengan pesat.

(2)

2

Kepentingan pelaburan dalam modal insan dalam sesebuah negara telah tidak dapat dipertikaikan yang mana yang diperakui secara meluas akan kesannya (Mankiw et al., 1992;

Barro, 2001). Pelaburan dalam modal insan juga telah ditonjolkan sebagai faktor penting dalam menguatkan kesan untuk menggalakkan pertumbuhan modal ekonomi yang lain, seperti pelaburan dalam teknologi (Romer, 1990; Aghion dan Howitt, 1998). Selain itu, kajian terkini telah menekankan bahawa modal insan akan memainkan peranan penting dalam menentukan bagaimana sesebuah negara itu membangun dengan baik. Menurut teori ekonomi, pertumbuhan sesebuah ekonomi atau negara juga boleh dibantu dalam dua keadah melalui modal insan iaitu modal insan boleh bertindak sebagai faktor produktif dalam pengeluaran dan yang kedua pertumbuhan dalam output adalah hasil langsung daripada peningkatan modal insan itu sendiri.

Kajian lalu telah menggunakan pelbagai kaedah untuk mengukur hubungan modal insan dan pertumbuhan ekonomi. Persamaan Mincer telah digunakan sebagai proksi untuk modal insan dalam kajian terdahulu (Nasir dan Nazli, 2001, dan Behrman et al. 2008). Kajian ini menunjukkan bahawa pendidikan mempunyai kesan yang berbeza terhadap pertumbuhan bergantung kepada tahap pendidikan atau tahun pelaburan dalam pendidikan.

Lee dan Lee (1995) mengkaji perkaitan antara pertumbuhan ekonomi dengan pencapaian pendidikan sekolah menengah bagi modal insan dalam sesebuah negara. Dapatan kajian membuktikan bahawa pencapaian dalam sekolah menengah itu adalah lebih menentukan perkembangan dalam pertumbuhan ekonomi berbanding kemasukan pelajar ke sekolah menengah sahaja. Logik disebalik dapatan ini adalah mereka yang mempunyai tahap pendidikan yang lebih tinggi akan mempunyai abiliti modal insan yang lebih besar berbanding mereka yang mempunyai tahap pendidikan yang lebih rendah (Fernandez dan Paolo 2000).

Selain itu, melihat teori pertumbuhan ekonomi adalah salah cara yang baik untuk memikirkan bagaimana modal insan boleh mempengaruhi ekonomi secara keseluruhannya.

Pedroni (2002) serta Psacharopoulos dan Patrinos (2004) telah melihat impak pelaburan pendidikan ke atas negara. Kajian ini dapat menyimpulkan bahawa perbelanjaan pelaburan modal insan ini mempunyai pengaruh yang lebih besar di negara-negara Afrika, Asia, dan Amerika Latin sementara mempunyai kesan yang lebih kecil dalam negara-negara OECD.

(3)

3

Zhang dan Zhuang (2011) telah melihat pengaruh modal insan terhadap komposisi pertumbuhan ekonomi di China. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pendidikan tertiari mempunyai kesan yang lebih besar terhadap pertumbuhan ekonomi berbanding pendidikan rendah dan menengah. Selain itu, peranan komposisi modal insan mempunyai kesan terhadap pertumbuhan ekonomi wilayah, yang berkaitan dengan tahap pembangunan ekonomi.

Wilayah yang mempunyai tahap pembangunan yang lebih tinggi mendapat lebih banyak daripada pelaburan dalam pendidikan tinggi, manakala wilayah yang mempunyai tahap pembangunan yang lebih rendah lebih bergantung kepada pendidikan asas dan pendidikan menengah.

Rujukan

Barro, R. J. (1991). Economic Growth in a Cross Section of Countries. Quarterly Journal of Economics, 106(425), 407–43. http://dx.doi.org/10.2307/2937943

Barro, R. (2001). Human capital and growth. American Economic Review, 91, 12-17.

http://dx.doi.org/10.1257/aer.91.2.12

Barro, R., & Sala-i-Martin, X. (1995). Economic Growth. McGraw-Hill, New York

Becker, Gary S. (1962). Investment in human capital: A theoretical analysis. Journal of Political Economy, 70(Supplement), 9-49. http://dx.doi.org/10.1086/258724

Becker, G. S. (1975). Human capital: A theoretical and empirical analysis, with special reference to education. NBER.

Benhabib, J., & Spiegel, M. M. (1994). The role of human capital in economic development evidence from aggregate cross-country data. Journal of Monetary Economics, 34(2). 143- 173. https://doi.org/10.1016/0304-3932(94)90047-7

Bloom, D. E., Canning, D., & Sevilla, J. (2004). The effects of health on economic growth: A production function approach. World Development, 1-13.

http://dx.doi.org/10.1016/j.worlddev.2003.07.002

(4)

4

Chen, DH, & Kee, HL 2005, A model on knowledge and endogenous growth, World Bank Policy Research Working Paper (3539)

Fleisher, B, Li, H & Zhao, MQ 2010, Human capital, economic growth, and regional inequality in China, Journal of Development Economics, 92(2), 215-231

Jorgenson, D. W., Mun, S. H., & Kevin, J. S. (2003). Growth of US industries and investments in information technology and higher education. Economic Systems Research, 15, 279-325.

Lee, DW and Lee, TH 1995, Human capital and economic growth Tests based on the international evaluation of educational Achievement, Economic Letters 47, 219-225.

Lucas, J. R. (1988). On the mechanics of economic development. Journal of Monetary Economics, 22, 3-42. https://doi.org/10.1016/0304-3932(88)90168-7

Mankiw, N.G., Romer, D., & Weil, D.N. (1992). A contribution to the empirics of economic Growth. Quarterly Journal of Economics, 107, 407-437. http://dx.doi.org/10.2307/2118477

Mincer, Jacob. (1958). Investment in human capital and personal income distribution. Journal of Political Economy, 66(4), 281-302. http://dx.doi.org/10.1086/258055

Nasir, ZM, & Iqbal, N 2009, Employers size wage differential: does investment in human capital matter? The Pakistan Development Review, pp.509-521

OECD, (2001) [online]. http://www.oecd.org/education/innovation-education/1870573.pdf (Accessed 3 December 2021).

Pedroni, P. (2002). Critical value for cointegration test in heterogeneous panels with multiple regressors — Oxford Bulletin of Economics and Statistics, 61(S1).

https://doi.org/10.1111/1468-0084.0610s1653

Psacharopoulos, G., & Patrinos, H. A. (2004). Returns to investment in education: A further

(5)

5 update. Education Economics, 12(2), 111-34.

https://doi.org/10.1080/0964529042000239140

Romer, P. (1990). Endogenous technological change. Journal of Political Economy, 98, S71- S102. http://dx.doi.org/10.1086/261725

Romer, D 1996, Advanced macroeconomics, Mcgraw-hill companies

Schultz, Theodore W. (1961). Investment in human capital. The American Economic Review, 51, 1-17.

Suri, T., Boozer, M. A., Ranis, G., and Stewart, F. (2011). Paths to success: The relationship between human development and economic growth. World Development, 39(4), 506-522.

UNESCO. (1997). 50 Years for Education.

Weiss, A. (1995). Human capital vs. signaling explanations of wage. Journal of Economic Perspectives, 9(4), 133-154. https://doi.org/10.1257/jep.9.4.133

Zhang, C. & Zhuang, L. (2011). The composition of human capital and economic growth:

Evidence from China using dynamic panel data analysis. China Economic Review, 22(1), 0-171.

https://doi.org/10.1016/j.chieco.2010.11.001

Referensi

Dokumen terkait

Hasil dari uji t tersebut menyatakan bahwa variabel Penanaman Modal Dalam Negeri (PMDN) berpengaruh negatif terhadap pertumbuhan ekonomi di Indonesia dan korelasi tidak

Analisis Pengaruh Belanja Modal Dan Belanja Operasional Terhadap Pertumbuhan Ekonomi Kota

Hasil persamaan model modal manusia dari lulusan sekolah menengah atas dan sekolah menengah kejuruan berpengaruh positif dan signifikan terhadap pertumbuhan ekonomi,

“Pengaruh Tabungan dan Penanaman Modal Asing (PMA) terhadap Pertumbuhan Ekonomi di Indonesia periode 1997-2006” sebagai salah satu syarat dalam mencapai gelar Saijana Ekonomi

Hasil persamaan model modal manusia dari lulusan sekolah menengah atas dan sekolah menengah kejuruan berpengaruh positif dan signifikan terhadap pertumbuhan ekonomi,

Pada bab ini akan memuat dan mengkaji beberapa penelitian terdahulu yang berkaitan dengan Dana perimbangan, Belanja modal, Pertumbuhan ekonomi (PDRB), dan kemiskinan

2.5 Pengaruh PAD, Transfer Daerah dan Belanja Modal Terhadap Pertumbuhan Ekonomi Regional Di Indonesia 2.5.1 Pengaruh PAD Terhadap Pertumbuhan Ekonomi Regional Pengaruh PAD

Selanjutnya, Barro 2001 dalam penelitian tentang modal manusia dan pertumbuhan ekonomi dengan menggunakan data panel 100 negara dari tahun 1965-1995, ditemukan bukti empiris bahwa