• Tidak ada hasil yang ditemukan

MPP UniMAP diseru peka perubahan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "MPP UniMAP diseru peka perubahan"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

MPP UniMAP Diseru Peka Perubahan

OLEH : NURUL AIDA OTHMAN

ARAU, 4 Mac - Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (UniMAP) sesi 2020/2021 diseru peka dan bergerak seiring dengan perubahan yang berlaku ekoran pandemik COVID-19 yang menjejaskan pelbagai sektor negara termasuklah sektor Pengajian Tinggi.

Naib Canselor UniMAP, Prof. Ir. Ts. Dr. R Badlishah berkata MPP harus menjadi agen perubahan dalam menggalakkan rakan mahasiswa yang lain agar tidak ketinggalan dalam mengikuti perubahan aktiviti PdP bersemuka kepada aktiviti PdP berteknologi yang dijalankan secara maya.

“Pandemik ini telah menjadi agen transformasi dominan yang mengubah kaedah pembelajaran konvensional yang biasa diamalkan sebelum ini kepada pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian.

“UniMAP melihat situasi ini sebagai satu perkembangan seiring Revolusi Industri 4.0 yang mana secara tidak langsung menyokong Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 – 2025 (Pendidikan Tinggi) dalam Lonjakan Kesembilan iaitu Pembelajaran Dalam Talian Tahap Global,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2020/2021, dan Penghargaan Mantan MPP Serta Jawatankuasa Pemilihan Pemimpin Mahasiswa (JPPM), baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah timbalan-timbalan Naib Canselor UniMAP iaitu Prof.

Ir. Ts. Dr. Mohd Rizal Arshad; Prof. Dr. Mohd Fo’ad Sakdan; dan Prof. Ts. Dr. Mohd Mustafa Albakri Abdullah.

Dr. R Badlishah juga turut menggariskan tujuh perkara yang perlu diberikan keutamaan oleh MPP iaitu sentiasa berusaha untuk memartabat dan memastikan prestasi akademik mahasiswa semakin meningkat dari semasa ke semasa.

“Keduanya, gandakan pelbagai inisiatif untuk melestarikan pembangunan mahasiswa.

Tunjukanlah nilai-nilai kemanusiaan dan intelektual yang tinggi untuk menyumbang kepada pembangunan universiti dan negara;

“Ketiga, melaksanakan program-program yang berimpak tinggi, di mana manfaatnya dinikmati oleh pelajar dan Universiti, termasuk aktiviti kesukarelawanan dan CSR bersama masyarakat,” katanya.

Tambahnya lagi, MPP UniMAP bertanggungjawab membawa suara dan imej UniMAP ke persada antarabangsa dengan pencapaian akademik yang baik, seimbang dengan akhlak dan sahsiah yang terpuji.

“Di samping itu mereka perlu meletakkan nilai integriti sebaris dengan nilai rasional supaya apa jua tindakan di ambil atas prinsip kebebasan masih di bawah nilai-nilai kesopanan, kesusilaan dan norma-norma kebudayaan masyarakat kita.

(2)

“MPP juga perlu memberi sumbangan idea yang bersifat inovatif kepada pengurusan UniMAP terutamanya dalam kontek pembangunan dan kebajikan mahasiswa,”

katanya.

Malah beliau turut menyeru MPP untuk bersama-sama meraikan perbezaan dan kepelbagaian idea kerana bagi beliau mahasiswa perlu dibangunkan potensinya, bukan dibakar semangatnya untuk menentang apa sahaja yang berkaitan dengan dasar universiti dan kerajaan.

“Berbekalkan idealisme yang tinggi dan semangat prihatin, para pelajar boleh menyuarakan pandangan dan menuntut ketelusan, tetapi dengan adab dan tertib,” katanya.

Referensi

Dokumen terkait

PENDIDIKAN VOKASI DI ERA REFORMASI – SEKARANG Kesenjangan sekolah dengan dunia kerja semakin diperparah oleh perkembangan industri 4.0 di mana berdasarkan hasil kajian Mc Kinsey Global

Era revolusi industri 4.0 telah mempengaruhi dunia pendidikan khususnya peran dan tanggung jawab pengajar. Jika peran pengajar masih sebatas menyampaikan ilmu pengetahuan (transfering knowledge), maka mereka akan kehilangan perannya seiring dengan perkembangan teknologi dan perubahan metode pembelajaran. Terdapat tiga aspek utama yang menjadi dasar dalam melakukan pengembangan kurikulum seni perguruan tinggi (S1) di Era Disrupsi 4.0. Aspek pertama adalah melakukan integrasi literasi digital, literasi manusia dan keterampilan zaman digital ke dalam kurikulum. Aspek kedua adalah memastikan bahwa keterampilan kerja untuk berhasil di era digital diintegrasikan ke dalam semua silabus atau RPS perkuliahan. Aspek ketiga adalah menindaklanjuti dampak pergeseran peran dan tanggung jawab guru atau dosen terhadap strategi pembelajaran dan memasukkannya ke dalam silabus. . Penting bagi pengajar untuk mengembangkan model pembelajaran. Pemilihan materi, rancangan jenjang studi yang sesuai, sistem sosial, sistem penunjang belajar dan penilaian harus disesuaikan dengan tuntutan