• Tidak ada hasil yang ditemukan

Musim Harumanis bermula April ini

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Musim Harumanis bermula April ini"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.

Buah harumanis. FOTO Arkib NSTP

Musim Harumanis bermula April ini

BERNAMA

Kangar: Bagi memastikan mangga Harumanis terus unggul sebagai produk istimewa negeri, Jabatan Pertanian Perlis melaksanakan beberapa penambahbaikan untuk menjaga kualiti premiumnya.

Pengarah Pertanian Negeri Perlis Hafizuddin Othman berkata, antara penambahbaikan dilakukan adalah memperkenalkan kotak berkualiti tinggi supaya mangga Harumanis yang dihantar secara kurier tidak cepat rosak.

"Bagi memastikan buah dihantar secara kurier tidak cepat rosak, kita memperkenalkan kotak keras iaitu kotak tiga lapis yang lebih tahan lasak ," katanya.

Selain itu, Jabatan Pertanian Perlis turut mengadakan perbincangan dengan beberapa syarikat kurier untuk memperbaiki proses penghantaran buah.

"Beberapa syarikat kurier bersetuju menyediakan rak khas dalam lori penghantaran mereka supaya buah tidak cepat rosak di samping menyediakan pusat penghantaran bagi memudahkan petani menghantar produk mereka dengan cepat dan tidak perlu bersesak di kaunter," katanya.

Menurut beliau, ada syarikat kurier yang bersetuju untuk menggantikan buah yang rosak akibat kelewatan penghantaran.

"Mereka (syarikat kurier) memberi jaminan bahawa buah akan dihantar dalam tempoh tidak lebih daripada empat hari," katanya.

(2)

Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.

Hafizuddin berkata, bagi memastikan buah Harumanis kekal premium pihaknya menganjurkan taklimat pengurusan supaya petani menjaga kualiti produk bermula daripada proses menjaga bunga, putik buah, proses menuai buah hinggalah ke proses menghantar buah sama ada menerusi pos atau serahan tangan.

Sementara itu, Hafizuddin berkata, pada musim lalu, Jabatan Pertanian Perlis menerima aduan berkaitan penjualan Harumanis Perlis secara haram oleh bukan penanam yang membeli buah dari negeri lain dan menjualnya sebagai Harumanis Perlis bagi mendapatkan harga tinggi.

Bagi memastikan perkara ini tidak berulang, beliau berkata pihaknya akan mengadakan taklimat secara maya di laman Facebook bagi mendidik masyarakat tentang cara betul pengurusan mangga Harumanis.

Musim Harumanis di Perlis dijangka bermula akhir bulan April hingga pertengahan Jun ini.- Bernama.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Mac 2021 @ 3:18 PM

Referensi

Dokumen terkait

2 Schwinger Effect In order to analyze the Schwinger effect, we assume that the complex scalar field is a test field probing two background fields: the gravitational field described by

美國對進口貨品標示產地之法令分析 沈建一 目次 壹、概論 貳、 貨品本體標示規定 一、 一般標示原則 二、 特定貨品之標示原 則 三、 其他注意事項 參、 貨品本體免標規定 一、 一般豁免 二、 特定貨品之豁免 肆、 包裝本體標示規定 一、 一般標示原則 二、 具體標示規定 三、 得免標情形 伍、 得以具結書辦理之事項 一、 不能標示或J表免標