• Tidak ada hasil yang ditemukan

Nestle jadikan Malaysia rujukan pengeluaran produk halal

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Nestle jadikan Malaysia rujukan pengeluaran produk halal"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproduc�ons or copyrighted materials. You may use the digi�zed materials for study or research.

Nestle jadikan Malaysia rujukan pengeluaran produk halal

Oleh Hazwan Faisal Mohamad - Ogos 8, 2022 [email protected]

Kilang pengeluaran Nestle Sri Muda di Shah Alam -NSTP/Genes Gulitah

SHAH ALAM: Malaysia terus menjadi tunjang utama kepada gergasi pengeluar makanan dan minuman (F&B) dunia, Nestle untuk menghasil dan mengawal selia produk halal.

Produk halal menjadi antara penyumbang utama kepada Kumpulan Nestle apabila menyumbang 15 peratus daripada keseluruhan jualan global.

Pengerusi Jawatankuasa Halal Nestle dan Ketua Bahagian Halal Nestle Malaysia, Othman Md Yusoff, berkata ketika ini ada lebih 150 daripada 477 kilang Nestle di seluruh dunia mengeluarkan produk halal.

"Malah, kami ketika ini sedang bekerjasama dengan Nestle Ivory Coast di Afrika Barat dan Serbia yang sudah memohon bantuan untuk mendapatkan pensijilan halal di kilang pengeluaran mereka yang dijangka mengambil masa antara enam hingga 12 bulan untuk selesai.

(2)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproduc�ons or copyrighted materials. You may use the digi�zed materials for study or research.

"Di mana-mana sahaja Nestle beroperasi, jika ada permintaan untuk halal, kami akan memenuhinya. Mereka akan merujuk kepada Malaysia, iaitu Pusat

Kecemerlangan Halal bagi Nestle global untuk meminta nasihat dan kami juga akan menyediakan bantuan teknikal di kilang mereka untuk membantu memperoleh pensijilan halal.

"Jika ada pembekal strategik atau pembekal atau pembekal yang kami memerlukan, kami juga akan menyediakan bantuan teknikal untuk membantu mereka

memperoleh pensijilan halal. Selain itu, kami juga kekal mengawasi pusat pengeluaran halal yang lain di seluruh dunia bagi memastikan standard halal itu terus dipatuhi," katanya dalam temu bual bersama di kilang pengeluaran Nestle Sri Muda dekat sini, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Halal Nestle dan Ketua Bahagian Halal Nestle Malaysia, Othman Md Yusoff -NSTP/Genes Gulitah

Yang turut hadir, Pengurus Operasi Halal Nestle Malaysia, Sariffuddin Mahmud.

Mengulas lanjut, Othman berkata, Nestle Malaysia terus komited untuk membantu negara ini menjadi hab halal global, seiring dengan usaha syarikat itu yang telah menyumbang kepada penubuhan pensijilan halal di Malaysia pada awal 1990-an menerusi kerjasamanya dengan Hal Ehwal Islam di pejabat Pusat Islam di Kuala Lumpur dalam hal teknikal.

Nestle Malaysia juga telah memperkenalkan Sistem Jaminan Halal pada 2008 yang turut dilaksanakan oleh syarikat-syarikat lain sejak 2012, serta turut terbabit dalam penubuhan Piawaian Halal komprehensif pertama di dunia, MS 1500.

Malah, katanya, usaha sedemikian juga banyak membantu syarikat untuk

menerapkan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dengan lebih mudah.

(3)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproduc�ons or copyrighted materials. You may use the digi�zed materials for study or research.

"Jika kita bincangkan keselamatan dan kebersihan makanan, kedua-dua ini adalah keperluan halal. Jika kilang pembuatan atau restoran tidak bersih, maka kita tidak akan menerima pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), walaupun sudah memenuhi kehendak syariah yang lain.

"Dengan halal, ia lebih mudah untuk memenuhi keperluan lain dari segi keselamatan dan kebersihan. Halal adalah konsep ketelusan dan penting sekali, berpaksikan integriti. Ketelusan adalah konsep utama dalam halal dan ini adalah sebab halal menjadi semakin popular bukan sahaja di Nestle, tetapi bagi syarikat yang lain juga.

Nestle Malaysia memperkenalkan Sistem Jaminan Halal pada 2008 -NSTP/Genes Gulitah

"Halal tidak seperti pensijilan yang lain kerana ia memerlukan pemeriksaan setiap bahan yang digunakan dalam produk, prosesnya dan sebagainya. Dengan semua pemeriksaan ini, barulah produk berkenaan boleh diiktiraf dengan pensijilan halal. Ini juga adalah antara kelebihan halal kerana ia memudahkan kami untuk memenuhi keperluan ESG," katanya.

Beliau menambah, Nestle Malaysia kini adalah pengeluar produk halal terbesar dalam Kumpulan Nestle dengan portfolio yang terdiri daripada lebih daripada 500 produk halal buatan Malaysia yang dieksport kepada lebih 50 negara di seluruh dunia.

"Kami mencapai jualan RM5.7 bilion hingga RM5.8 bilion pada 2021 dan lebih RM1 bilion adalah daripada eksport. Ini adalah jumlah eksport yang besar," katanya.

Referensi

Dokumen terkait

مدع نومزآ هداد اب تاعلاطا نراقت ایوپ ياه ترساوخرد نازریم و هرمیب ششوپ باختنا تلاداعم یارب هناگود تیبورپ لدم دروآرب رد هداد زا هدافتسا اب تمارا یم یریگیپ لبق شخب هب هیبش یدرکیور

สุนิสา รุ่งเรือง, 2558 ซึ่งความผูกพันต่อองค์กรนั้น มีผลมาจากพฤติกรรม ความรู้สึกในการปฏิบัติงาน โดยเฉพาะความเบื่อ หน่ายในการท างาน ซึ่งที่มีผลต่อความผูกพันองค์กรอย่างเห็นได้ชัด