PENDEKATAN OBJEK WAYANG KULIT DALAM AReA SERAMIK KONTEMPORARI
Vadivelan AIL Simadiri
Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujiaan (Seni Halus)
2010
- - - - - -
----
PENDEKATAN OBJEK WAYANG KULIT DALAM AReA SERAMIK KONTEMPORARI
V ADIVELAN AIL SIMADIRI
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian
(Seni Halus)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK
2010
UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PEDEKA T AN OBJEK W AYANG KULIT DALAM AReA SERAMIK KONTEMPORARI
SESI PENGAJIAN: 2007/2010
Saya VADIVELAN AIL SIMADIRI
Mengaku membenarkan tesis * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak
2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja
3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan
4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
5. ** sila tandakan ( ..j)
D
SULIT (mengandungi maklumat yang berdmjah keselamatan atau Kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIARASMII972)
o
TERHAD (mengandungi maklumat Terhad yang te1ah ditentukan oleh organisasi/ bad an di mana penyelidikan dijalankan)TIDAK TERHAD . /
Tandatangan Penulis Tandatangan Penyelia
Tarikh:~/Ob (dOlO Tarikh: ?.-1>/06/d-f)lb
A1amat Tetap:
34,J1n Anggerik, Tmn Anggerik Desa, 85000 Gemas Baru,Johor.
Catatan: * Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda lika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai TERHAD.
PENGESAHAN
Projek bertajuk ' Pendekatan Objek Wayang Kulit Dalam Area Seramik Kontemporari ' telah disediakan oleh Vadivelan AIL Simadiri dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Seni Halus).
~ Diterima untuk diperiksa oleh:
d . »
( En. A wangko' Hamdan Awang Arshad ) Tarikh:
J
Iii
PENGHARGAAN
Salam sejahtera, bersyukur saya kepada tuhan, kerana dengan berkat dan limpah kumiaNya, dapatlah saya menyiapkan penulisan ilmiah ini. Jutaan terima kasih diucapkan terutamanya kepada penyelia Projek Tahun Akhir iaitu En. Awangko' Hamdan Bin Awang Arshad yang tidak lokek untuk berkongsi ilmu serta pengalaman yang dimiliki oleh beliau. Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah program Seni Halus yang lain iaitu En. Anuar Bin Ayob dan Prof.Madya. Zulkalnain Bin Zainal Abidin yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta nasihat yang berguna sepanjang tiga tahun pengajian saya disini.
Ingatan yang tulus ikhlas buat keluarga tercinta terutama ayahanda Simadiri Ramasamy dan juga bonda tercinta Anggamah Ramado diatas sokongan dan berkat doa yang tidak pemah putus dalam memberi kekuatan dan seman gat kepada anakanda dalam meneruskan peIjuangan ini.
Buat Adam,Naim dan Zila yang sarna-sarna membantu memberi buah fikiran serta pendapat dan nasihat untuk'!ienghasilkan Projek Tahun Akhir. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan, senior dan junior yang banyak membantu dan menyumbangkan idea sebelum dan semasa menghasilkan PTA.
Buat staf-staf FSGK terutama para juruteknik yang turut sarna membantu sepanjang melaksanakan PTA ini, ucapan terima kasih.
Sekian terima kasih.
iii
ABSTRAK
Kajian ini merupakan satu usaha dalam menjalankan eksplorasi terhadap objek wayang kulit dalam penghasilan arca.Fokus kajian ini menjurus kepada watak wayang kulit iaitu suatu elemen yang semakin kurang diberi perhatian dalam penghasilan karya kontemporari seramik tanah air. Pengkaji akan menghasilakan siri karya berdasarkan subjek kajian untuk dipamerkan pada akhir kajian.
iv
1
lSI KANDUNGAN Halaman
Borang PengesahanStatusTesis ... .i
Pengesahan dan Tandatangan Penyelia ...ii
Penghargaan...iii
Abstrak... iv
lsi Kandungan ...v
1.0 PENDEKATAN OBJEK WAYANG KULIT DALAM AReA SERAMIK KONTEMPORARI 1.1 Latar Belakang Kajian ... 1
1.2 Sejarah Awal Wayang ~t. ... ... ...4
1.3 Masalah Kajian ...6
1.4 Persoalan Kajian ... ... 7
I 1.5 Objektif Kajian ... 7
v
1.6 Metodologi Penyelidikan ...7
1.7 Hipotesis... ... 9
1.8 Skop Kajian ...9
2.0 ANALISA KARY A DAN ARTIS RUJUKAN
2.1 Pengenalan...9
2.2 Kajian Literasi ...9
2.2.1 Karya dan Artis Rujukan : Riek Swin ... 1 0
2.2.2 Rujukan berdasarkan : Bentuk area, Gerlis, Subjek dan Teknik ... 13
1t'
2.2.3 Ilustrasi Karya oleh Artis Rujukan ... 14
3.0 PENGHASILAN KARY A ... .... ... 17
vi
[I
I:
-
3.1 Resipi Metallic Matt Glaze & Ogden Gold Metallic Glaze yang Dihasilkan ...23
4.0 PENJELASAN KARYA...25
4.1 Cadangan Pendekatan Penggunaan Padestal. ... 29
4.2 Variasi Bentuk Arca yang Dihasilkan ...30
5.0 KESIMPULAN ... ... 31
RUJUKAN...32
J
vii
Pendekatan Objek Wayang Kulit Dalam Area Seramik Kontemporari
J.1 Latar Belakang kajian
Tajuk penyelidikan ini ialah "Pendekatan Objek Wayang Kulit dalam Area Seramik Kontemporari". Idea ini tereetus apabila pengkaji mula mengeksploitasi media eampuran dalam subjek Kajian Seramik Individu.Melalui kelas ini pengkaji telah melanjutkan eksplorasi terhadap permukaan jalinan.Media eampuran atau lebih
dikenali sebagai mixed media, merujuk kepada penggunaan bahan selain daripada tanah liat dalam karya. Contohnya adalah seperti kayu, dawai, net, cat, plaster, dan lain-lain.Perkara ini telah disentuh oleh Susan.H.P melalui buku Contemporary Ceramic:
... On different note, recent innovations in sculptural ceramic forms have given rise to the use of combinations of clay work with metal, fibre, glass and numerous alternative material. Bits offired clays ( called chamotte or grog), stones, metals
Menurut Susan.HP. (2000) Contemporary Ceramic sejarah pembuatan seramik mula berkembang di Mesir, Mesopotamia, dan di Asia lebih daripada 10,000 tahun yang lepas. Teknik pinching, coiling, dan slabbing masih digunakan sehingga sekarang. Terdapat tiga jenis tanah liat. Iaitu, earthenware, stoneware dan porcelain.
J
1
that melt, and the like, can be added to raw clay ...
( SusanH. P: 14, 1988 )
Menurut Kamus Dewan edisi Keempat;
Pendekatan bennaksud:
· ... . kaedah iaitu cara atau langkah-Iangkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas bagi mengatasi sesuatu masalah.
Manakala Objek pula membawa maksud:
... sesuatu yang dapat disentuh atau dilihat.
Menurut Kamus Dewan itu lagi, Wayang Kulit bennaksud:
·... . patung dan lain-lain yang dibuat daripada kulit dan lain-lain mempertunjukkan sesuatu cerita.
Manakala Area pula merujuk kepada:
·... . patung yang menyerupai sese orang atau sesuatu terutamanya diperbuat daripada batu, kayu dan sebagainya.
2
I
Seramik pula bennaksud:
... .. bahan yang keras dan rapuh yang diperbuat dengan membakar tanah hat iaitu dengan kata lain ia adalah seni dan teknik membuat barang-barang tembikar yang dihasilkan menggunakan medium tanah liat.
Manakala menurut penjelasan dalam buku The Complete Potter oleh Steve Matison, seramik merujuk kepada:
... ... clay which has been fired to 600 u C
,
Kontemporari pula merupakan:
... ... . sandiwara yang mengambil perbahanannya daripada lembaran-lembaran sejarah yang penting dan beralih kepada penimbaan peristiwa-peristiwa semasa.
Pada masa yang sarna, pengkaji ingin mengkaji teknik-teknik yang digunakan oleh pengkarya-pengkarya pada masa kini dalam menghasilkan area-area
seramik kontemporari. Seeara ringkasnya, perkataan seramik diambil daripada bahasa Inggeris iaitu ( ceramic) dimana mengikut maklumat sejarah, ia berasal dari perkataan bahasa Yunani dan seeara keseluruhannya merujuk kepada semua bentuk tanah liat.
Sebenamya, pengkaji sering kali memikirkan eara penghasilan area seramik kontemporari dengan melihat kepada teknik penghasilannya, iaitu merujuk kepada teknik aeuan tekan (press mold) serta menggunakan teknik asas (hand building ). Aeuan yang dihasilkan adalah berdasarkan model objek pohon budi.
Disamping itu juga, pengkaji turut mengkaji penghasilan glaze yang digunakan oleh artis-artis seramik terhadap pennukaan karya mereka dan seterusnya untuk
3
diaplikasikan keatas area pengkaji sendiri. Sebagaimana yang kita tahu, setiap barangan greenware yang telah siap dikeringkan hendaklah dibakar terlebih dahulu untuk menjadikan ia objek seramik, iaitu bersifat keras,dan tahan lebih lama.
Daripada kajian ini, pengkaji sebenamya ingin mengkaji serta melihat kesesuaian penggunaan dan penguasaan teknik dalam penghasilan area seramik kontemporari.
1.2 Sejarab Awal Wayang Kulit
Persembahan epik "Ramayana" mula diperkenalkan di Tanah Melayu pada seribu tahun yang dahulu. Pada awalnya, epik ini ditulis dalam bahasa Sanskrit,dan ianya mula diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan seterusnya digunakan dalam bentuk lisan atau peneeritaan serta digunakan sebagai satu bentuk persembahan dalam permainan wayang kulit. Malah, kini wujudnya banyak karya tempatan berunsurkan epik Ramayana dalam bahasa Melayu, eontohnya Hikayat Seri Rama pada awalnya, dan kini wujudnya Hikayat Maharaja Wana yang digunakan dalam permainan wayang kulit.(Asmah Haji Omar,2004)
Menurut Syed Ahmad Jamal (1994), patung wayang kulit yang digerakkan oleh dalang berubah bentuk dan ukurannya pada kain tabir putih,dari bentuk pipih yang bereorak dan berwama berubah menjadi bentuk bayang dengan nilai seni kerawang bersudut tepat, berupa kabur, menjelma dari dimensi ke dimensi, dan alam nyata kealam mimpi, dalam ruang tanpa dimensi. Seni area seperti ini termasuk mistik menghubungkan masa, realiti tampak,dan sanubari. "Seniman menyedari melalui fikiran dan merasai melalui deria impian tanpa masa".
4
..
-_._-_. - - - - - - ,....
IWayang Kulit adalah satu bentuk teater tradisional yang menggunakan prinsip cahaya dan bayang. Bayang-bayang daripada patung-patung kulit yang terdiri dari pelbagai perwatakan dan khayalan yang dipersembahkan oleh seorang Dalang.
Persembahan wayang kulit selalunya diiringi oleh satu kumpulan muzik paluan atau gamelan dan juga alat tiupan (serunai) atau alat bertali (rebab). Pelbagai bentuk dan jenis wayang kulit boleh didapati di Asia dan lebih-Iebih lagi di Asia Tenggara.
Setiap jenis wayang kulit mempunyai bentuk dan wataknya yang tersendiri dan agak berbeza dari satu kawasan atau latar belakang masyarakat kepada yang lain. Hari ini di Semenanjung Malaysia sahaja terdapat empat jenis wayang kulit dan setiap satu mencerminkan pengaruh-pengaruh masyarakat dan juga kebudayaan yang telah mempengaruhi masyarakat itu.
Empat jenis wayang kulit tersebut adalah :
a) Wayang Kelantan (disampaikan dalam bahasa Melayu loghat Kelantan dan berasas kepada pengaruh Patani).
b) Wayang Melayu (disampaikan dalam bahasa Melayu berpengaruh Jawa)
c) Wayang Purwo (disampaikan dalam dalam bahasa Jawa dan diselit dengan dengan bahasa Melayu tempatan).
d) Wayang Gedek (lazimnya disampaikan dalam bahasa Thai dan bahasa Melayu loghat tempatan).
Dari keempat-empat jenis wayang kulit ini yang pertama dan kedua didapati di Kelantan dan negeri-negeri Pantai Timur, yang ketiga terdapat di bahagian Selatan Pantai Barat Semenanjung terutamanya di Johor dan yang keempat terdapat di negeri
5
I
Kedah, Pedis dan beberapa negeri utara Pantai Barat Semenanjung. Pada asasnya kesemua bentuk atau jenis wayang kulit yang terdapat di Semenanjung Malaysia mempunyai pengaruh-pengaruh samada dari Jawa atau Patani (Selatan Thai) tetapi dalam perkembangannya semua pengaruh ini telah mengalami perubahan dan penyesuaian mengikut penerimaan dalam konteks masyarakat tempatan. Perkara ini berlaku kerana wayang kulit pada dasarnya merupakan satu alat perhubungan masyarakat dan satu rupa pengutaraan kesenian.
Pada asasnya, aliran cerita, bentuk patung-patung dan watak masih lagi mengekalkan keaslian dan pengaruh asalnya tetapi pada adegan-adegan kelakar comic relief yang sering terdapat di sepanjang cerita wayang kulit itu,ianya jelas mengemukakan unsur-unsur tempatan dari segi bahasa dan juga peristiwa-peristiwa yang digambarkan. Oleh itu, wayang kulit sebenamya boleh dinikmati (hayati) dalam dua peringkat. Kedua-duanya mempunyai peranan yang penting.
1.3 Masalah Kajian
Permasalahan kajian ini adalah seperti berikut:
a) Objek budaya Inl telah wujud dalam masyarakat tempatan, walaubagaimanapun pengkarya seni seramik tempatan tidak pernah menghasilkan karya berdasarkan epik Ramayana sebagai bahan kajian inspirasi dalam penghasilan karya mereka.
b) Objek Wayang Kulit semakin kurang diketengahkan dalam penghasilan mana-mana karya seni visual tempatan.
6
1.4 Persolan kajian
Persoalan kajian ini adalah seperti berikut:
a) Kenapakah Wayang Kulit dipilih untuk diaplikasikan ke dalam karya?
b) Bagaimanakah pendekatan yang dilakukan oleh pengakaji untuk mengetengahkan objektif kajian Wayang Kulit dalam penghasilan karya 3
dimensi seramik?
1.5 Objektif Kajian
Tujuan Kajian ini adalah:
a) Mengenal pasti objek Wayang kulit untuk penghasilan karya.
b) Melakukan siri eksperimentasi terhadap beberapa teknik pembuatan bentuk Wayang kulit melalui media tanah liat.
e) Menghasilkan karya berdasarkan bentuk-bentuk Wayang kulit yang telah dikenal pasti.
1.6 Metodologi Penyelidikan ....
K.aedah kajian yang digunakan oleh pengkaji dalam penghasilan karya ini ialah kIledah kualitatif, dimana melalui kaedah ini pengkaji melakukan eksperimen dan pemerhatian, serta pengumpulan data sekunder.
7
Kaedah Kualitatif
I. Eksperimen dan pemerhatian
Pelbagai eksperimen telah dilakukan sebelum menghasilkan karya.Antaranya eksperimen yang dilakukan oleh pengkaji seperti eksperimen terhadap jenis glaze, jenis tenik yang sesuaijenis bentuk untuk penghasilan area.Sebelum melakukan glaze firing, pengkaji terlebih dahulu menjalankan eksperimen terhadap jenis glaze yang akan digunakan iaitu dengan eara membuat pembakaran test pieces. Pelbagai eksperimentasi "mid-range firing glaze"telah dijalankan untuk mendapat jenis glaze yang bersesuaian dalam menonjolkan bentuk, jalinan serta ekspresi yang ingin disampaikan.Dua jenis glaze telah dikenalpasti menepati eiri yang diinginkan iaitu:- a) metallic matte . glaze b) ogden gold metallic glaze. Semasa proses menghasilkan glaze, pengkaji telah menambahkan kuantiti Copper Carbanate (CUC03 ) sebanyak 2% Red Iron Oxide ( Fe203 ) sebanyak 4% supaya wama yang terhasil lebih metallic matte dan gold metallic daripada yang asal. Berdasarkan pernerhatian selepas proses pembakaran, wama glaze yang terhasil adalah ledih metallic matte dan gold metallic berbanding wama yang asal.Manakala,untuk tenik penghasikan texture pada perrnukaan karya dengan menggunakan peralatan masakan dengan membentuk area mengikut lakaran.
II. Pengumpulan Data Sekunder
Pengkaji juga mendapatkan maklumat serta data yang berkaitan dengan skop kajian melalui rujukan terhadap subjek kajian di perpustakaan Unimas ,laman web dan Dewan Bahasa dan Pustaka.Contoh buku rujukan sejarah
8
kedatangan Wayang kulit,buku rujukan seramik, jumal, katalog pameran seramik tempatan dan antarabangsa dan Encyclopaedia Of Malaysia,Languages & Literature, Malaysia. Setelah semua maklumat yang berkaitan dengan skop kajian telah dikumpulkan, pengkaji akan menganalisis semua data-data yang mempunyai kaitan dengan karya yang dihasilkan.
Kemudian, pengkaji mengolah semua data yang diperolehi supaya jalan penyelesaian dapat diambil bagi mendapatkan hala tuju terhadap skop kajian yang hendak dikaji.
1.7 Hipotesis
a) Pengkaji menjangkakan penghasilkan beberapa siri karya arca seramik yang mengaplikasikan bentuk dan elemen asas yang terdapat pada bentuk Wayang Kulit.
b) Menghasilkan karya berasaskan teknik yang terpilih melalui sm ekperimentasi.
1.8 Skop Kajian
a) Kajian ini dilaksanakan ~dasarkan idea yang telah dipilih iaitu bentuk / elemen Wayang Kulit.
b) Hasil kerja eksplorasi bentuk melalui beberapa teknik dibuat dan kemudian dianalisis untuk mengenal pasti teknik yang sesuai digunakan.
9
Anatisa Karya-karya dan Artis Rujukan
2.1 Pengenalan
Kajian ini menganalisis bahan kajian melalui beberapa kaedah penyelidikan.
Antaranya adalah seperti peninjauan, kajian literasi serta pendekatan bereksperimen.
Kaedah penyelidikan ini telah banyak membantu pengkaji dalam mengenalpasti segala kekuatan dan kelemahan perbandingan dalam menjalankan kajian. Secara tidak langsung, pendekatan ini amat sesuai dan berkesan membantu pengkaji untuk mendapatkan sesuatu penemuan baru daripada bahan kajian ini.
2.2 Kajian Literasi
Kajian literasi merupakan satu kaedah penyelidikan yang memerlukan pengkaji merujuk kepada petikan karya-karya, artikel at au temubual daripada artis
artis tersebut.Ia dapat memb!rt pendedahan terhadap kajian dan bentuk idea dalam mengenal pasti masalah-masalah dan kelemahan dalam kajian yang dilakukan.Disamping itu,ia juga dapat membantu pengkaji memperbaiki setiap kelemahan melalui dapatan yang diperolehi pada masa lepas dan semasa.
Dalam hal ini, pengkaji mendapati bahawa kebanyakan daripada buku dan bahan ilmiah banyak memberi fokus kepada skop kajian dalam bentuk yang lebih meluas dan mendalam.Disamping itu, penulis juga mendapati kebanyakan
10
bahan-bah an rujukan ini lebih menekankan kepada proses-proses dan teknik-teknik yang terdapat dalam penghasilan seni area seramik disamping membincangkan tentang sejarah awal perkembangan seramik.
2.2.1 Karya dan Artis Rujukan : Rick Swin
Dalam proses penghasilan karya ini, pengkaji telah merujuk kepada beberapa orang artis seramik bagi membantu pengkaji dalam menghasilkan karya yang baik.Pengkaji lebih banyak membuat rujukan terhadap artis seperti Umi Baizurah Mahir@Ismail,Nadiah Bamadhaj, Nik Zainal Abidin bin Salleh,Syed Thajudeen Yoshiro Ikeda, Rosette Gault,Rick Swin dan Barbara Hepworth. Pengkaji banyak membuat rujukan terhadap artis pilihan ini melalui bahan-bahan ilmiah yang terdapat di perpustakan Unimas. Di sini, pengkaji lebih menumpukan kepada teknik penghasilan karya dan juga glaze yang dilakukan oleh artis-artist rujukan.
Menurut Rick Swain (2007), be1iau gemar menggunakan gaya pendekatan yang tidak berulangan, tidak bersudut tajam at au kasar, bersudut bujur serta pennukaan yang lain adalah merupakan identiti terkenal pada karya Swain. Beliau member focus yang lebih kepada idea dan bukan bentuk luaran karya. Karya experimentasi beliau mempunyai persamaan gaya dengan pengarca moden klasik abad kedua puluhan seperti Constantin Brancussi,Naum Gabo,Yoshiro Ikeda dan Barbara Hepworth.Contoh karya Fig: I ,Fig:2,Fig:9 dan Fig: 1 O.
11
.. - -
Fig. I Fig.2
Tajuk: Spiral Tajuk: Breeze
Medium: Kayu Medium: Kayu
... They too used an engineer-like knowledge of source and structure, focussing on the
essential rather than the ephemeral, creating strong yet lyrical works which today legitimately earn that most over-used adjective, spiritual. Similarly, Swain's gentle geometries, counter plays of rounded volume and space, jimction both as signijiers and compositional devices.His most common device is a circular one, usedfor the symbolism and the natural geometry of the shape. Circles are endless. They are universally used to sign(fy the sun, the earth's core, a protected or consecrated space, an aura, the human head, the cosmic energy ofthe womb, protecting and nourishing the emblYo, and the pelages, the level ocean believed to have protected the earth at its birth ...
(Rick Swain, 2007)
12
1.1.1
seorang artis berkemahiran
Rujukan berdasarkan : Bentuk Area, Gerlis, Subjek dan Teknik
Sebagai seorang pengkaji baru, rujukan adalah amat penting dan merupakan sebahagian daripada proses penghasilan sesebuah karya yang baik. Pengkaji lebih cenderung memfokuskan rujukan kepada teknik yang digunakan oleh artis rujukan serta panduan yang mereka disarankan dalam menghasilkan karya. Salah seorang daripada mereka adalah Yo shiro Ikeda, kobntemporari seramik negara Jepun yang didapati tinggi dalam mengaplikasikan teknik press mold dalam membentuk karya. Untuk pengahasilan texture pad a permukaan karya pula, pengkaji telah membuat rujukan terhadap Rosette Gault dan Linda Heisse, yang berkecenderungan menggunakan media paper clay. Contoh karya Fig.3 dan Fig 4.
Fig.3 FigA
Tajuk: Shell
Medium: Cecair Paper clay slip Teknik: Slip and burnt-out
Tajuk: Figure
Medium: Cecair Paper clay slip Teknik: Slip and burnt-out
13
2.2.3 Ilustrasi Karya oleh artis Rujukan
Fig.5
Tajuk: Magical Ramayana( Nik Zainal Abidin bin Salleh) Medium: Cat Air atas Kertas
Teknik:"Separa Abstrak"
Fig.6
Tajuk: The Focal Point (Syed Thajudeen) Medium: Minyak atas kanvas
Size: 219 x 151 cm
14
Fig.7
Tajuk: The Showdown (Nadiah Bamadhaj) Medium: Charcoal & Lead keatas Kertas Size: 54 x74cm
Fig.8
Tajuk: Killing Tool (Umi Baizurah Mahir@Ismail) Medium: Cecair stoneware dan gerlis
Teknik: Tuangan dan pembakaran mid-range.
15