PERSEMBAHAN NGONCONG HIBURAN DAN PERU BATAN BIDAYUH SALAKO DI KAMPUNG BIAWAK, LUNDU
Adlyn Anak Amat Daud
Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan Dengan Kepujian (Drama dan Teater)
2018
PERSEMBAHAN NGONCONG HIBURAN DAN PERUBATAN BIDAYUH SALAKO DI KAMPUNG BIAWAK, LUNDU
ADLYN ANAKAMATDAUD
Kajian ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda
Seni Gunaan Dengan Kepujian
(Drama dan Teater)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
UNIVERSlTI MALA YSIA SARAWAK
2018
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
Grade:
Please tick (..J)
Final Year Project Report Maslers
DECLARATlON OF ORIGINAL WORK
ThIS declaration is made on the 7,h day of J une 2018.
Student's Declaration:
I Adlyn Anak Amat Daud, 54461, Faculty of Applied And Creative Arts hereby declare that the work entitled, Persembahan Ngoncong Hiburan Dap Perubatan Bidayuh Salako Di Kampung Biawak, Lundu is my original work. I have not copied from any other students' work or from any other sources except where due reference or acknowledgement IS made explicitly in the text, nor has any part been wntten for me by another person.
Date submItted ADLYN ANAK AMAT DAUD
(54461)
Supervisor's Declaration:
I, Abdul Walid Bin Ali hereby certifies that the work entitled, Persembahan Ngoncong l-liburan dan Perubatan Bidayuh Salako Di Kampung Biawak, Lundu. was prepared by the above named student,and was subnlltted to the "FACULTY" as a • partiaUfull fulfillme nt for Ihe conferment of Bachelor Of Applied Arts With Honours (Drama and Theatre), and the aforementioned work, to the best of my knowledge, is the said student's work.
R.ecelved [01' exa mination by: Date:
(ABDUL WALID BIN ALI)
_ _ _ _ _
I declare this Project/Thesis 's classified as (Please tick (~)):
DCONFIDENTIAL (Contains confidenllal mformation under the Official Secret Act 1972)*
DRESTRICTED (Contains restricted information as specified by the organisation where research was done)*
JZ] OPEN ACCESS
I declare this Project/Thesis is to be subm,tted to the Centre for Academic Informalion Services and uploaded into UNIMAS InstitutlOnal Repository (UNIMr\S IR) (Please tIck (Y)):
J2]VES DNO
Validation of Project/Thesis
I hereby duly affirmed w,th fl'ee consent and willingness declared that this saId Pro)ect/Thesls shall be placed officlally 10 the Centre for Academic Information ServIces with the abide interest and rights as follows:
• This Pro)ecLiThesis is the sole legal property of Universiti Malaysia Sarawak (UNlMAS).
• The Centre for Academic InformatlOn ServIces has the lawful right to make copies of the Project/Thesis for academic and research purposes only and nol; for other purposes.
• The Centre for Academic Information Services has the lawful nght to digitize the content to be uploaded Into Local Content Database.
• The Cenlre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of the Project/ThesIs if required for use by other parties for academIc purposes or by other Higher Learning In,stitutes.
• No dispute or any claim shall anse from the student himself / herself neither a third party on this ProJect/Thesis once it becomes the sole property ofUNlMAS.
• This Project/Thesis or any material, data and information related to it shall not be distributed, published or disclosed to any party by the student hlmsel~hrS~)Wlt~~t fIrst obtainin~ ppron l fronl l )- 1.IMAS.
7 bpJ'~
11""Student's signature
-.::t
ou~ -J I r Supervisol" S signature:_~>L
_.I
U,. /(7'" June 2018) (7,b June 2018)
Current Address: No.7 Kampung Judin, 94500 Lundu, Sarawak.
Notes: * If the Project/Thesis is CONFIDENTIAL or RESTRJCTED, please a ttach together as annexure a le tter from the organisation with the date of restrictIOn indicated, and the reasons for the confidentiality and restriction.
[The instrument was prepared by The Centre for Academlc InformatlOn SerVices]
PENGESAHAN
Projek bertajuk Persembahan Ngoncong Hiburan dan Perubatan Bidayuh Salako di Kampung Biawak, Lundu telah disediakan oleh Adlyn Anak Amat Daud (54461) dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Drama dan Teater).
Diterima dan diperiksa oleh:
Encik Abdul Walid Bin Ali (Penyelia)
Tarikh:
PENGAKUAN
Adalah ini diakui bahawa saya, Adlyn Anak Amat Daud disertai penulisan yang bertajuk Persembahan Ngoncong Hiburan dan Perubatan Bidayuh Salako di Kampung Biawak, Lundu sebagai sebahagian daripada keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Drama dan Teater). Saya mengaku bahawa tiada bahagian dalam penyelidikan ini telah digunakan sebagai sokongan untuk sesuatu ijazah atau mana-mana kedudukan, sama ada kepada universiti atau institusi pengajian tinggi yang lain.
Disediakan oleh :
Adlyn anak Amat Daud (5446 1) Tarikh:
PENGHARGAAN
Syukur dan terima kasih diatas berkat_Nya kerana kajian ini telah berjaya disiapkan.
Ribuan terima kasih pengkaji ucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat atas bantuan yang diberikan sehingga pengkaji berjaya menyiapkan kajian ini. Terlebih dahulu, pengkaji ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah Program Drama dan Teater khususnya penyelia saya iaitu Encik Abdul Walid Bin Ali di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang telah beliau berikan sepanjang kajian Projek Tahun Akhir ini dijalankan.
Pengkaji juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada informan
informan yang telah ditemubual khususnya penduduk masyarakat Salako di Daerah Lundu kerana sudi mengongsikan makJumat berkaitan dengan persembahan Ngoncong kepada pengkaji.
Tidak dilupakan juga untuk keluarga saya kerana sentiasa memberikan dorongan dan sokongan khususnya kepada kedua-dua ibu bapa saya. Tanpa bantuan dan berkat doa daripada kalian kajian ini tidak mungkin berjaya dilaksanakan.
Akhir sekali, bagi pihak yang turut terlibat secara langsung ataupun tiJak langsung terima kasih pengkaji ucapkan di atas bantuan dan kerjasama yang telah diberikan.
Semoga melalui pertolongan daripada kalian itu nanti, dapatlah kita bersama-sama memartabatkan seni warisan Ngoncong agar tidak ditelan oleh arus permodenan.
lSI KANDUNGAN Pengbargaan
lsi Kandungan Abstrak Abstract
BAB 1 : PENGENALAN 1.1 Pendahuluan
1.2 Latar Belakang 1.3 Pemyataan Masa1ah 14 Skop Kajian
1.5 ObjektifKaj ian 1.6 Persoalan Kajian 1.7 Kepentingan Kajian 1.8 Limitasi Kajian 1.8.1 Sumber rujukan
1.8.2 Kekangan masa
1.8.3 Masyarakat kurang membuat persembahan Ngoncong
1.9 Kerangka Konsep 1.10 Kesimpulan
MUKA SURAT
II-I V
V
VI
1-5 5
5-6 6 7 7
8 8
8 8
9 10
ii
BAB 2 • TINJUAN LlTERATUR I I
2.1 Pendahuluan II
2.2 Persembahan tradisi dan ritual 11-17
2.3 Masyarakat Bidayuh 17-24
BAB 3. KAHAN METODOLOGI 25
3. 1 Pendahuluan 25
3.2 Instrument Kajian 25
3.2.1 Temubual 25
3.2.2 Kajian Perpustakaan 26
3.2.3 Pemerhatian 26
BAB 4. DAPATAN KAJlA 27
4.1 Pendahuluan 27
4.2 Sejarah persembahan Ngoncong 27-30
4.3 Proses persembahan Ngoncong 31
4.3.1 Persembahan Ngoncong perubatan 31-32
4.3.2 Persembahan Ngoncong hiburan 32-35
4.4 Banding beza Ngoncong hiburan dan perubatan 35
4.4.1 Persamaan 35
"'
35-36 Persediaan Persembahan
Alat Muzik Set dan pentas Koreografi
Pantun Ngoncong
4.4.2 Perbezaan
Tujuan persembahan Ngoncong Upacara Nyangahant
Struktur persembahan moden Pantang larang Ngoncong berubat
BAB 5 • KESlMPULAN DAN CADANGAN BlBLIOGRAFI
LAMPIRAN
37-38 38 38-40 41
42 42 42-46 46-47 47-48
49-5\
52-53 54-60
IV
ABSTRAK
Persembahan Ngoncong merupakan salah satu amalan masyarakat Bidayuh Salako yang merupakan persembahan perubatan yang kini menjadi hiburan.
Masyarakat jarang membuat persembahan Ngoncong perubatan kerana tiada pelapis yang dapat menjalankan persembahan Ngoncong perubatan. Kajian ini memfokuskan sejarah kedatangan Ngoncong dan kajian banding beza antara kedua-dua persembahan tersebut.
v
ABSTRACT
Ngoncong is one of Bidayuh Salako traditions and originally presented for healing Today, Ngoncong mostly per/armed as enzertainment during festivals or special occasions. This tradition is rarely pe/formed as medical means due to rejeLlion ofyoLll1ger generation who do not want to continue the ritual. This research willjocus on the history ofNgoncong and the differences between hoth performances.
vi
PENGHARGAAN
Syukur dan terima kasih diatas berkat_Nya kerana kajian ini telah berjaya disiapkan
Ribuan terima kasih pengkaji ucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat at as bantuan yang diberikan sehingga pengkaji berjaya menyiapkan kajian ini. Terlebih dahulu, pengkaji ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah Program Drama dan Teater khususnya penyelia saya iaitu Encik Abdul Walid Bin Ali di at as bimbingan dan tunjuk ajar yang telah beliau berikan sepanjang kajian Projek Tahun Akhir ini dijalankan.
Pengkaji juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada infonnan
infonnan yang telah ditemubual khususnya penduduk masyarakat Salako di Daerah Lundu kerana sudi berkongsi maklumat berkaitan dengan persembahan Ngoncong kepada pengkaji.
Tidak dilupakan juga untuk keluarga saya kerana sentiasa memberikan dorongan dan sokongan khususnya kepada kedua-dua ibu bapa saya. Tanpa bantuan dan berkat doa daripada kalian kajian ini tidak mungkin berjaya dilaksanakan.
Akhir sekali, bagi pihak yang turnt terlibat secara langsung ataupun tidak langsung terima kasih pengkaji ucapkan di atas bantuan dan kerjasama yang telah diberikan.
Semoga melalui pertolongan daripada kalian itu nanti, dapatlah kita bersama-sama memartabatkan seni warisan Ngoncong agar tidak ditelan oleh arus pennodenan.
BAB SATU PENGENALAN 1.1 Pendahuluan
Bab ini secara keseluruhannya akan menerangkan tentang bagaimana proses kajian ini dibuat. Pengkaji juga telah menghuraikan topik-topik yang akan dibincangkan dalam kajian ini. Antara topik yang dikaji adalah pemyataan masalah yang terdapat dalam kajian, latar belakang kajian, skop kajian, objektif, persoalan kajian serta kerangka konsep yang digunakan oleh pengkaji.
1.2 Latar Belakang Kajian
Persembahan Ngoncong merupakan persembahan tradisional bagi masyarakat etnik Bidayuh Salako yang terdapat di Daerah Lundu, Sarawak. Secara tradisi, persembahan Ngoncong dahulunya digunakan sebagai aktiviti perubatan tradisional dimana ianya digunakan untuk mengubati orang-orang yang saki!. Ngoncong atau turut disebut sebagai Koncong dan persembahan ini hanyalah dipersembahkan oleh masyarakat Bidayuh Salako sahaja.
Dalam persembahan Ngoncong, mereka yang menjadi bomoh dikenali sebagai pangoncong, pangoncong ini hanyalah arif dengan persembahan Ngoncong perubatan dan hiburan sahaja ini kerana mereka yang boleh mengubati penyakit melalui upacara Ngoncong hanyalah mereka yang telah mewarisi ilmu Ngoncong daripada keluarga mereka sendiri.
Ngoncong juga merupakan persembahan masyarakat Salako yang sangat terkenal pada suatu ketika dahulu dalam mengubati penyakit dan sebagai medium
hiburan. Melalui persembahan Ngoncong, masyarakat Salako dapat dikenali dari segi adat dan budaya mereka yang tersendiri. Se!ain persembahan Ngoncong, seni persembahan lain masyarakat Bidayuh Salako ialah persembahan tarian Wek Jonggan iaitu muzik dan tarian yang dimainkan sangat sinonim dengan kehidupan masyarakat Salako. Seni gerak tari persembahan Wek Jonggan mencerita masyarakat kampung yang sedang tekun menuai padi di sawah. Kehidupan masyarakat Salako yang lebih tertumpu kepada sektor pertanian menyebabkan kebanyakkan seni budaya dan juga adat pantang larang yang dibuat pada zaman dahulu sang at berkait rap at dengan alam semulajadi.
Persembahan Ngoncong perubatan dimulakan dengan ritual penyembahan roh dan upacara penyembahan tersebut dikenali sebagai nyangahant. Upacara nyangahanl iaitu mantera penyembahan kepada roh yang disembah dan dikenali sebagai baiean 'I.
Bagi Ngoncong perubatan penyembahan kepada baiean '( wajib dilakukan iaitu penyembahan kepada roh halus ataupun hantu dimana roh ini akan membantu pangoncong untuk mengubati pesakit dan penyembahan kepada baiean'l tidak dilakukan dalam Ngoncong hiburan. Mantera nyangahanl ini turut dibuat dalam setiap majlis yang disambut seperti majlis kesyukuran, Gawai padi, majlis perkahwinan dan sebagainya. Namun begitu, mantera yang digunakan tidak sama seperti dalam upacara Ngoncong perubatan dan gawai kesyukuran. Ini kerana nyangahant dibuat dalam upacara seperti berikut adalah ditujukan kepada Tuhan yang disembah yang dikenali sebagai Jubala. Melalui penyembahan ini masyarakat Bidayuh Salako percaya bahawa kesemua keberkatan dan kelancaran sesuatu majlis serta hasil tanaman yang dibuat dan diperoleh adalah hasil daripada izin Tuhan yang disembah. Tanpa adanya berkat
2
daripada Tuhan, segala hasil tuaian dan juga tanaman mungkin kurang membuahkan hasi!.
Oleh itu, dalam upacara nyangahan '[ bagi Ngoncong terdapat tiga buah talam yang disediakan semasa persembahan Ngoncong dan akan digunakan untuk meletakkan barangan makanan dan alatan untuk dipersembahkan. Talam yang seterusnya pula digunakan untuk meletakkan dana yang dikutip daripada penonton pada akhir persembahan.
Dalam persembahan Ngoncong perubatan, terdapat seorang pembantu pangoncong ataupun dipanggil panadek oleh masyarakat Bidayuh Selako. Pembantu pangoncong ini nanti akan membantu si pangoncong tersebut dalam upacara perubatan beliau juga akan menyedarkan pangoncong tersebut sekiranya beliau berada dalam keadaan separuh. Beliau dikatakan akan dikuasai roh halus sewaktu sedang menjalankan upacara Ngoncong kerana pada ketika itu pangoncong dikatakan sedang bertarung dengan roh halus untuk mendapatkan kembali seman gat pesakit tersebut.
(Midel Demang, 2018)
Bagi menjalankan upacara ini nanti, antara barang-barang yang diperlukan ialah talam ataupun dipanggil talam apar yang akan digunakan untllk meletakkan beras, telur, sirih, ayam, mangkuk, air tawar, kemenyan dan beras kuning. Kemenyan dan beras kuning turut diletakkan didalam mangkuk semasa berlakunya upacara persembahan dan mangkuk tersebut seterusnya diletakkan diatas apar. Persembahan Ngoncong se\a\unya dibuat di ruang tamu ataupun serambi rumah yang boleh menempatkan ramai orang. Orang ramai akan datang bertandang untuk menyaksikan upacara tersebut serta menziarahi pesakit. Bomoh melilitkan kain di kepalanya
3
sebelum memulakan upacara dan pakaian bomoh adalah bebas dimana bomoh selalunya menggunakan seluar panjang hitam dan berbaju t-shirt putih.
Persembahan Ngoncong pembatan akan diiringi dengan tarian Ngoncong seramai tiga orang penari. Kesemua penari ini menggunakan baju kebaya dan berkain batik. Setiap penari masing-masing memegang sehelai sapu tangan ketika menari yang digunakan sebagai prop dalam persembahan. Selepas selesainya persembahan Ngoncong, pesakit ataupun ahli keluarga pesakit akan membuat bayaran yang dipanggil tampas kepada bomoh. Bayaran ini tennasuklah duit mengikut kemampuan keluarga tersebut, seekor ayam serta bekal dimana adanya lemang, kuih penyaram yang dipanggil lump/Ie dan bon/ongle iaitu nasi yang dimasak didalam daun yang merupakan makanan tradisional masyarakat Bidayuh Salako.
Bagi Ngoncong hibuaran pula ianya tennasuk dalam kategori membayar niat atas sembuh dari penyakit, membuat rumah baru, membuat majlis kenduri kahwin serta ban yak Jagi majlis kesyukuran. Tarian ini tumt ditarikan oleh tiga orang penari ataupun lebih dari tiga, penari menari sambal mengikuti bunyi gesekkan biola serta tarian tumt diringan dendangan dendangan pantun. Ketiga-tiga wanita tersebut akan berdiri sebaris dan setiap diantara mereka membawa sehelai sapu tangan di sebelah tangan kanan mereka. Penari akan menari dalam bentuk bulatan dan terdapat talam makanan yang akan dikelilingi sambil sebelah kaki dipusing-pusingkan dan tangan mereka digerak-gerakkan kedepan seolah-olah menyerupai gaya burung yang sedang terbang.
Orang ramai yang datang dan dikenali sebagai panyondole akan meletakkan duit di talam yang disediakan, sebagai ganjaran kepada penari. Upacara ini selalunya
4
diadakan selama satu malam sahaja. Alatan muzik yang digunakan dalam upacara tarian ini ialah gong, biola, rebana dan juga gendang. Tarian Ngoncong ini selalunya ditarikan oleh pelbagai peringkat umur dan tarian ini boleh ditarikan oieh remaja dan juga orang dewasa.
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian ini dibuat bagi mengkaji seni persembahan Ngoncong masyarakat Bidayuh Salako. Seni persembahan Ngoncong merupakan satu upacara ritual. Pada asalnya persembahan Ngoncong dipersembahkan untuk mengubati orang sakit serta ritual memohon restu dan membuat penyembahan kepada roh. Persembahan Ngoncong pada masa kini lebih dipersembahkan dalam bentuk hiburan masyarakat semakin kurang mengamalkan perubatan. secara tradisional disebabkan 13nya bertentangan dengan kepercayaan serta wujudnya teknologi mod en dalam sektor perubatan. Terdapat perbezaan dan persamaan Ngoncong hiburan dan juga Ngoncong perubatan.
1.4 S ko p Kajian
•
• ,
•
Rajah 1 : Peta lokasi kaJIan
5
Lokasi pilth untuk membuat kajian ini di KampungBiawak yang terletak di Daerah Lundu. Pengkaji memilih kampung Biawak sebagai kawasan kajian kerana masyarakat di sini masih aktifmenjalankan persembahan Ngoncong hal ini kerana, Kampung Biawak bersempadan dengan Indonesia dan masyarakat Indonesia turnt masih mengadakan persembahan Ngoncong.
Masyarakat di Kampung Biawak Juga masih mempunyai beberapa orang pangoncong masih bergiat aktif dalam persembahan Ngoncong begitu juga dengan hphp·", orang penari yang akti f sCJak remaja sehingga mencecah umur hngkungan 60 tahun. Di Kampung Biawak juga masih terdapat rnmah-rumah ada!
lama bagi masyarakat yang masih mcngamalkan adat lama dan agama pagan untuk membuat persembahan ritual ketlka hari perayaan Gawai dan sebagaillya.
Lokasi kawasan kajian pengkaji juga bersempadan dengan negara Indonesia.
Malaysia mempunyai persllangan budaya yang 5ama dimana terdapat persamaan budaya dan Juga adat yang dipersembahkan. lnfonnan, Konsil anak Bidin merupakan warga roa berpengalaman daJam upacara persembahan Ngoncong. Pengkaji memilih Konsi! aoak Bidin untuk ditemubual kerana beliau merupakan salah seorang penduduk aktif dan sangat meminati persembahan Ngoncong.
1.5 Objektif
1. Mengenalpasti sejarah dan proses persembahan Ngoncong.
2. Mengkaji banding beza Ngoncong hiburan dan Juga perubatan.
6
1.6 Persoalan Kaj ian
I. Bagaimanakah Persembahan Ngoncong mula dipersembahkan oleh masyarakat Bidayuh Salako?
2. Apakah proses persembahan Ngoocong?
3. Apakah perbezaao aotara Ngoocong hiburao deogao perubatan?
1.7 Kcpentingan kajian
I. Meoambah pendokumeotasi yang berkaitan dengan seni Persembahao Ngoocong Bidayuh Salako.
2. Dapat memartabatkan seoi warisan tradisional Ngoncong agar dapat diketahui olell geoerasi pada masa akan datang.
3. Memupuk nilai-nilai mumi dalam dilj masyarakat dengan menghormati adat dan budaya yang ada.
7
1.8 Limitasi Kajian 1.8.1 Sumber rujukan
Peogkaji meoghadapi kekaogao dalam meodapatkan sumber ruJukan sangat terhad berkaitan dengan tajuk yang dib]i oleh pengkaJi. Kehanyakan sumber buku yang pengkaJi gunakan adalah lebih tertumpu kepada adat dan budaya masyarakat Bidayuh yang lain seperti Bidayuh Jagoi, Seriatl, Scrt3 Padawan. Pengkaji telah menggunakan sumber rujukan melalui ]umal yang berkaitan dengan upacara perubatan tradisional masyarakat lain yang turut mempunyai hubung kait dengan kaJian pengkaji.
1.8.2 Kekangan mas a yang terhad
Pengkaji mempunyai kekangan masa dalam menemubual infonnan Terdapat inforrnan yang penting untuk pengkaji mendapatkan maklumat tidak dapat ditemui pacta masa yang telah yang ditetapkan discbabkan oleh kesibukan yang dihadapi oleh infonnan terse but.
1.8.3 Masyarakat kurang membuat persembahan :"igoncong
Masyarakat Bidayuh Salako tidak mempersembahkan upacara Ngoncong perubatan kerana hada pe1apis yang boleh mempersembahkan N goneong tersebut.
Persembahan Ngoncong perubatan yang memerlukan penyembahan roh juga antara yang menyebabkan faktor masyarakat jarang mcngadakan pcrsembahan Ngoncong.
Selain Hu, adanya medJa hiburan yang lebih moden menyebabkan masyarakat kurang berminat dcngan Ngoneong.
8
1.9 Kerangka Konsep
Sejarah dan Banding beza
proses Ngoncong
pcrscmhahan hiburan dan
Ngoncong perubatanKerangka konsep menunjukkan ringkasan kepada kajian yang dibuat oleh pengkaji. Pengkaji akan mengkaji sejarah persembahan Ngoncong. Pengkaji akan mencari maklumat-maklumat yang berkaitan dengan sejarah awal kedatangan persembahan Ngoncong. Dalam kajian ini, pengkaji juga membandingkan sejarah persembahan Ngoncong dengan persembahan-persembahan tradisional masyarakat Bidayuh Salako yang lain bagi mencari persamaan dari segi persembahan dan juga sejarah kewujudan. Kepercayaan masyarakat Bidayuh pada alam sekeliling dan juga haiwan seperti burung memungkirikan persembahan ini berkait rapat dengan pengaruh disekeliling masyarakat pada suatu ketika dahulu.
Selain itu, pengkaji juga akan mengkaji banding beza dianlara Ngoncong hiburan dengan perubatan. Perbandingan dari segi persamaan dan juga perbezaan dalam persembahan N goncong akan dapat membantu pengkaji perbezaan untuk kedua-dua persembahan tersebut. Hal ini kerana, kedua-dua persembahan Ngoncong tersebut terdapat perbezaan dari pelbagai aspek.
9
1.10 Kesimpuian
Sen; perscmbahan l\goncong mcrupakan salah satu simbol ident;ti bagi masyarakat BidaylJh Salako yang terdapat di Daerah Lundu. ldentiti kaum itu
bagi menunjukkan identiti kaum kepada masyarakat luar Persembahan Ngoncong juga mcrupakan wan san turun-temurun dimana tanya mempunyai unsur seni dan tradisional yang sanga! unik serta merupakan salah satu khazanah yang perlu dipelihara daripada terus dllupakan dan hilang ditelan zaman.
to
BAB DUA
TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan
Bab ini menerangkan tentang teori yang menyokong kepada penyelidikan pengkaji. Penerangan ten tang tinjauan literature pengkaji yang dibahagikan kepada dua SUbtopic iaitu persembahan tradisi dan ritual dan masyarakat Bidayuh.
2.2 Persembahan Tradisi dan Ritual
Mohd. Kipli A.R (2009) menyatakan sebelum gamelan dimainkan, beberapa komunikasi mistikal akan ditujukan kepada mahluk halus tertentu perlu diaplikasikan.
Kod-kod yang terlibat adalah dengan mel)gasapkan kemenyan ke atas perala tan gamelan sambil diiringi pemberian kepada mahluk hal us. Kipli turut menjelaskan lagu-Iagu tertentu daripada irama gamelan dianggap memiliki kekuatan magis yang boleh mengundang mahluk halus menghadiri persembahan tersebut.
Seseorang yang pemah mempelajari persembahan Kuda Kepang Mistik lazimnya boleh mengalami mabuk hanya dengan mendengnr muzik gamelan tanpa perlu menari terlebih dahulu. Sekiranya peralatan gamelan tersebut berada jauh dat;padanya, dia akan berlari ke arah datangnya bunyi tersebut dan apabila sampai sahaja ke tempat peralatan game!an, dia akan tumt menari bersama penari-penari yag membuat persembahan.
Hal ini tumt berlaku sama dalam persembahan Ngoncong dimana penari yang pemah mempelajari persembahan Ngoncong akan terpengamh apabila mendengar
II