• Tidak ada hasil yang ditemukan

PEKELILING-AKADEMIK-BIL.2-2021-SENARAI ... - UKM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "PEKELILING-AKADEMIK-BIL.2-2021-SENARAI ... - UKM"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

CERTIFIED TO ISO 9001:2015 CERT. NO. QMS 01100

PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK (AKADEMIK UKM)

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Malaysia Tel.: +603-8911 8451/8450/8460/8027 Faks: +603-8911 8471 E-mel: [email protected]

Web: www.ukm.my/akademik

Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan • Inspiring Futures, Nurturing Possibilities

Rujukan : UKM.AKA.100-1/3/5

Tarikh : 12 Januari 2021

PEKELILING AKADEMIK BIL. 2/2021

Semua Dekan/Pengarah Fakulti/Pusat

Universiti Kebangsaan Malaysia

YBhg. Prof./Dato’/Datuk/Tuan/Puan,

SENARAI KURSUS YANG DITAWARKAN BAGI TUJUAN PEMINDAHAN KREDIT MELALUI APEL (C) DAN MAKLUMAT JAWATANKUASA APEL (C) DI FAKULTI Dengan hormatnya izinkan saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah memberi kelulusan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia untuk melaksanakan pengakreditan pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu bagi tujuan penganugerahan kredit [APEL (C)]

berkuatkuasa pada 30 Jun 2020 dan kelulusan MQA ini telah dimaklumkan kepada mesyuarat Senat ke-467 bertarikh 15 Julai 2020. Mesyuarat Senat Bil. 469 bertarikh 23 September 2020 telah meluluskan pindaan Garis Panduan Pelaksanaan APEL (C): Pindah Kredit Berdasarkan Pengalaman Terdahulu untuk pelaksanaan di peringkat Universiti Kebangsaan Malaysia.

3. Sehubungan dengan itu, bagi membolehkan pemindahan kredit melalui APEL (C) dilaksanakan, Pusat Pengurusan Akademik (AKADEMIK UKM) memohon kerjasama Fakulti mengemukakan senarai kursus yang akan ditawarkan bagi tujuan pemindahan kredit melalui APEL (C) dan maklumat lengkap ahli jawatankuasa yang terlibat seperti pada borang dilampirkan. Lantikan hendaklah dibuat di peringkat Fakulti dan surat lantikan perlu disalinkan kepada Unit APEL (C), Pusat Pengurusan Akademik (AKADEMIK UKM). Turut dilampirkan adalah terma rujukan bagi setiap jawatankuasa sebagai panduan dan rujukan.

4. Selaras dengan itu, bagi memastikan proses pemindahan kredit melalui APEL (C) mematuhi ketetapan MQA, Penasihat APEL (C), Ahli Jawatankuasa Penilai APEL (C) dan Ahli Jawatankuasa Moderasi Pentaksiran APEL (C) yang dilantik oleh Fakulti wajib menghadiri latihan pengurusan APEL (C) dianjurkan oleh Unit APEL (C) dan Profesional UKM. Tarikh kursus akan dimaklumkan kemudian.

PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK • CENTRE FOR ACADEMIC MANAGEMENT

(2)

CERTIFIED TO ISO 9001:2015 CERT. NO. QMS 01100

PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK (AKADEMIK UKM)

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Malaysia Tel.: +603-8911 8451/8450/8460/8027 Faks: +603-8911 8471 E-mel: [email protected]

Web: www.ukm.my/akademik

Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan • Inspiring Futures, Nurturing Possibilities

5. Kerjasama pihak YBhg. Prof./Dato’/Datuk/Tuan/Puan adalah diminta untuk mengemukakan borang yang lengkap kepada Encik Muhamad Izham Azmil ([email protected]) selewat-lewatnya pada 14 Februari 2021.

Kerjasama pihak Fakulti/Pusat bagi memastikan urusan ini akan berjalan dengan lancar amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

ROHANA TAN Timbalan Pendaftar

Pusat Pengurusan Akademik

berlampir

s.k. - Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)

- Pengarah

Pusat Jaminan Kualiti (Kualiti-UKM)

Referensi

Dokumen terkait

ISMS 00249 PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK AKADEMIK UKM Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Malaysia Tel.: +603-8921 3895 E-mel: [email protected]

Senarai Fakulti : Audit dibuat pada laman web induk dan Pusat pengajian/ jabatan di bawahnya 1.. Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

16/2022 Semua Pelajar Program Prasiswazah Saudara/i, PENGESAHAN KURSUS DAN DRAF JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 SESI AKADEMIK 2021/2022 Merujuk kepada perkara di atas,

11/2022 Semua Pelajar Program ASASIpintar Saudara/i, PENGESAHAN KURSUS DAN DRAF JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 SESI AKADEMIK 2021/2022 Merujuk kepada perkara di atas,

32/2021 Semua Pelajar Program ASASIpintar Saudara/i, PENGEDARAN KAD MASUK PEPERIKSAAN DAN JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN KMJP SEMESTER 1 SESI AKADEMIK 2021/2022 Dengan hormatnya merujuk

19/2021 Semua Pelajar Program Prasiswazah Saudara/i, PENGEDARAN KAD MASUK PEPERIKSAAN DAN JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN KMJP SEMESTER 2 SESI AKADEMIK 2020/2021 Dengan hormatnya merujuk

23/2006 Semua Pelajar Program Ijazah Pertama Saudara/i, PENDAFTARAN AWAL KURSUS SEMESTER 2 SESI AKADEMIK 2006/2007 DAN PENILAIAN PENGAJARAN KURSUS Merujuk kepada perkara di atas,

10 hingga 23 Julai 2006 Terbuka Pendaftaran kursus bagi pelajar yang tidak membuat pendaftaran awal/ Pelajar gantung pendaftaran dan gugur/tambah kursus Semua komputer yang