Rujukan : UKM 3.6.1/224/11 Jilid IV
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Tarikh : 25 September 2006
PEKELILING AKADEMIK BIL. 23/2006
Semua Pelajar Program Ijazah Pertama
Saudara/i,
PENDAFTARAN AWAL KURSUS SEMESTER 2 SESI AKADEMIK 2006/2007 DAN PENILAIAN PENGAJARAN KURSUS
Merujuk kepada perkara di atas, sukacita sekiranya pelajar program Ijazah Pertama membaca dengan teliti pekeliling ini dan mengambil tindakan seperti berikut:
1. Pendaftaran Kursus Semester 2 Sesi Akademik 2006/2007 akan dijalankan secara pendaftaran awal menerusi laman web http://www.ukm.my/smpweb;
2. Pendaftaran ini akan bermula pada 9 - 29 Oktober 2006 (tiga minggu);
3. Semua pelajar program Ijazah Pertama (kecuali pelajar Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian) diwajibkan membuat pendaftaran awal. Pelajar yang tidak membuat pendaftaran awal sepanjang tempoh yang diberikan akan dikenakan denda lewat mendaftar sebanyak RM15.00 dan hanya boleh membuat pendaftaran pada 3 Januari 2007;
4. Pelajar diwajibkan membuat penilaian pengajaran kursus yang diambil pada semester semasa sebelum membuat pendaftaran awal. Proses ini boleh dilakukan mulai 25 September 2006 dengan mengunjungi laman web yang sama;
5. Pelajar hendaklah menggunakan Pengenalan dan Katalaluan (NPP) masing-masing dan dinasihatkan supaya tidah mendedahkan NPP kepada orang lain;
6. Pendaftaran kursus ini tidak mempunyai had pelajar. Walau bagaimanapun, proses pemilihan akan dilakukan oleh Fakulti untuk menentukan pelajar yang layak mengikuti sesuatu kursus tersebut setelah tamat tarikh pendaftaran awal berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan oleh fakulti;
Jabatan Pendaftar, BahagianPengurusan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM, Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Telefon 03-89215038/5054/5337/5349/5945/3894 Faksimili 03-89250662 Telex : UNIKEB MA 31496
Jabatan Pendaftar, BahagianPengurusan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM, Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Telefon 03-89215038/5054/5337/5349/5945/3894 Faksimili 03-89250662 Telex : UNIKEB MA 31496
7. Pelajar boleh menyemak keputusan pemilihan Pendaftaran Awal Kursus masing-masing mulai 27 November 2006;
8. Perlu diingatkan bahawa pendaftaran sebenar kursus Semester 2 Sesi Akademik 2006/2007 ini tertakluk kepada keputusan peperiksaan Semester I Sesi Akademik 2006/2007.
Sekiranya menghadapi masalah berkaitan pendaftaran ini, sila email kepada [email protected] atau [email protected] atau datang ke kaunter Bahagian Pengurusan Akademik/Fakulti.
Sekian, terima kasih.
‘PERKHIDMATAN BERKUALITI AMALAN MURNI’
Yang benar,
AB. AZIZ OTHMAN
Timbalan Pendaftar (Akademik) b.p. Timbalan Naib Canselor
(Hal-ehwal Akademik dan Antarabangsa)
s.k. - Naib Canselor
- Timbalan-timbalan Naib Canselor - Dekan/Pengarah Fakulti/Pusat - Pendaftar
- Bendahari (Bahagian Kewangan Pelajar) - Ketua Pustakawan
- Pengarah Pusat Komputer - Pengetua-pengetua Kolej
- Ketua/ Penolong Pendaftar Fakulti/Pusat - Presiden PMUKM