• Tidak ada hasil yang ditemukan

pekeliling pusat siswazah bil. 2/2020 - UKM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "pekeliling pusat siswazah bil. 2/2020 - UKM"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

1

PEKELILING PUSAT SISWAZAH BIL. 2/2020

PERUBAHAN KEPADA PROSES PENGURUSAN PENGAJIAN SISWAZAH KESAN DARIPADA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BAGI MENANGANI WABAK

JANGKITAN COVID-19

1.0 LATAR BELAKANG

1.1 Kerajaan Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia bagi membendung wabak COVID-19 bermula daripada 18 Mac 2020 sehingga 28 April 2020 atau sehingga satu tarikh yang akan ditentukan kemudian bergantung kepada keadaan semasa penularan wabak tersebut.

1.2 Pekeliling Naib Canselor Bil.2/2020 bertarikh 27 Mac 2020 telah menyarankan agar semua operasi perkhidmatan UKM ditutup sepenuhnya sepanjang tempoh PKP kecuali perkhidmatan penting Universiti.

1.3 Perintah Kawalan Pergerakan ini telah memberi kesan secara langsung kepada beberapa proses pengurusan pengajian siswazah UKM serta aktiviti penyelidikan pelajar.

1.4 Mesyuarat SENAT ke-464 bertarikh 22 April 2020 telah bersetuju dengan beberapa perubahan pengurusan pengajian siswazah yang terkesan dengan PKP dan kawalan penularan wabak COVID19. Perubahan ini hanya terpakai untuk semester 2 sesi 2019/2020 sahaja.

2.0 PERUBAHAN KEPADA PROSES PENGURUSAN PENGAJIAN SISWAZAH SEDIA ADA

2.1 Penangguhan Pendaftaran Masuk Pelajar Baharu

i. Berdasarkan Peraturan-peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Siswazah) 2015, pemohon yang telah diterima masuk ke UKM tetapi belum mendaftar boleh memohon menangguh pendaftaran masuk untuk tempoh tidak melebihi dua semester.

ii. Namun begitu disebabkan terdapat sekatan perjalanan hampir di semua negara seluruh dunia bermula Januari 2020, maka, semester 2 sesi 2019/2020 tidak akan diambil kira dalam kiraan semester yang dibenarkan untuk ditangguh.

iii. Oleh itu, bagi pemohon semester 2 sesi 2018/2019, semester 1 sesi 2019/2020 dan semester 2 sesi 2019/2020 yang ditawarkan dan masih belum mendaftar, mereka diberikan pengecualian daripada mendaftar pada semester 2 sesi 2019/2020.

iv. Namun pemohon perlu memohon untuk tangguh pendaftaran pada semester 2 sesi 2019/2020 mengikut prosedur penangguhan pendaftaran seperti biasa.

(2)

2 2.2 Penangguhan Pengajian Pelajar yang Berdaftar

Oleh kerana terdapat kekangan untuk menjalankan penyelidikan, pelajar dibenar untuk memohon tangguh pengajian bagi semester 2 sesi 2019/2020 tertakluk kepada perincian di bawah.

i. Permohonan tangguh pengajian hendaklah dibuat kepada Dekan Fakulti atau Pengarah Institut selewatnya-lewatnya pada 15 Mei 2020 menggunakan borang tangguh pengajian sedia ada secara emel.

ii. Dekan/Pengarah akan mempertimbang dan meluluskan permohonan yang dirasakan benar-benar terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan. Antara faktor yang dijangka menjejaskan kerja-kerja penyelidikan pelajar termasuklah kesukaran pelajar untuk hadir ke makmal penyelidikan, kesukaran untuk mengakses lokasi penyelidikan, kesukaran menjana data penyelidikan, kesukaran untuk kembali ke Malaysia dari negara asal selepas tempoh PKP tamat serta sebab-sebab lain yang difikirkan munasabah.

iii. Semua pelajar siswazah mod penyelidikan dan mod campuran layak untuk memohon. Untuk pelajar siswazah mod kerja kursus, hanya pelajar yang berada pada semester yang memerlukan mereka menjalankan kerja-kerja penyelidikan sahaja layak untuk memohon.

iv. Surat kelulusan tangguh pengajian akan dikeluarkan oleh Fakulti/Institut menggunakan mekanisme sedia ada dan disalinkan kepada Bendahari UKM, Pusat Pengurusan Akademik serta Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (sekiranya pelajar berstatus Pembantu Penyelidik Siswazah, penerima zamalah UKM atau penerima biasiswa Yayasan Canselor) dalam tempoh 7 hari bekerja.

v. Apabila kelulusan tangguh pengajian diperoleh, sebahagian daripada yuran pengajian pelajar akan dipulangkan kepada pelajar/penaja berdasarkan pertimbangan dan mekanisme yang akan ditetapkan oleh Pejabat Bendahari, UKM.

vi. Pelajar yang diluluskan tangguh pengajian tidak dianggap sebagai pelajar berdaftar dan tidak layak menggunakan sebarang kemudahan yang disediakan oleh universiti sepanjang semester 2 sesi 2019/2020.

vii. Kelulusan penangguhan ini tidak dikira dalam pengiraan tempoh penangguhan maksimum yang layak dimohon oleh pelajar dan hanya terpakai untuk semester 2 sesi 2019/2020 sahaja (atas sebab wabak COVID19).

viii. Bagi penerima zamalah UKM, penerima biasiswa Yayasan Canselor serta pelajar berstatus Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) yang dibiayai oleh geran penyelidikan yang memerlukan pelajar aktif berdaftar, pembiayaan bulanan akan dihentikan apabila kelulusan tangguh pengajian diperoleh.

ix. Pelajar yang ditaja oleh badan-badan luar bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada pembiaya masing-masing sekiranya penangguhan pengajian diluluskan.

(3)

3 2.3 Tarikh Akhir Serah Tesis Semester 2 Sesi 2019/2020

Tarikh akhir penyerahan tesis untuk dinilai bagi semester 2 sesi 2019/2020 agar pelajar tidak dikenakan caj yuran semester berikutnya adalah pada 25 September 2020.

2.4 Proses Serahan, Penilaian dan Pembetulan Tesis serta Peperiksaan Lisan

i. Tempoh bagi semua proses berikut ditangguhkan sepanjang tempoh PKP dan tidak dikira sebagai tempoh perlu laksana:

a. Serahan tesis untuk pemeriksaan;

b. Edaran tesis kepada pemeriksa;

c. Penerimaan laporan pemeriksa;

d. Pengendalian peperiksaan lisan;

e. Serahan pembetulan tesis;

f. Serahan tesis berjilid.

ii. Walaubagaimanapun, Fakulti/Institut dibenar untuk meneruskan proses di atas secara dalam talian sekiranya mempunyai kapasiti untuk berbuat demikian. Bagi tujuan tersebut, Perincian Garis Panduan Peperiksaan Lisan Secara Telesidang perlu dirujuk (Pekeliling Pusat Siswazah Bil.1/2020 bertarikh 8 April 2020).

Disediakan oleh:

Pusat Siswazah 23 April 2020

Referensi

Dokumen terkait

Dr Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor (HEPA) (kiri) menyantuni pelajar dan petugas semasa pergerakan pelajar pulang di Kolej 17.. 3.4 BINGKISAN PERGERAKAN PELAJAR PULANG FASA

PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER 2 SESI AKADEMIK 2020/2021 PELAJAR PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI PERUBATAN.. Merujuk kepada perkara di atas, sukacita sekiranya pelajar

SENARAI NAMA PELAJAR ANUGERAH DEKAN SEMESTER 2 SESI AKADEMIK 2019/2020 PROGRAM PERAKAUNAN

1 / 5 Bil Fakulti/Institut/Pusat Nama CoE Bidang Teras Penyelidikan /Perkhidmatan 1 ATMA ATMA Institut Alam dan Tamadun Melayu Sains Sosial Penyelidikan 2 LESTARI LESTARI

Sehubungan dengan itu, bagi membolehkan pemindahan kredit melalui APEL C dilaksanakan, Pusat Pengurusan Akademik AKADEMIK UKM memohon kerjasama Fakulti mengemukakan senarai kursus yang

Dengan berlakunya peningkatan kes positif COVID-19 dan selaras dengan kenyataan media daripada KPT bertarikh 2 Oktober 2020, pihak pengurusan Universiti telah memutuskan bahawa

23/2006 Semua Pelajar Program Ijazah Pertama Saudara/i, PENDAFTARAN AWAL KURSUS SEMESTER 2 SESI AKADEMIK 2006/2007 DAN PENILAIAN PENGAJARAN KURSUS Merujuk kepada perkara di atas,

Sehubungan dengan itu, disenaraikan perkara penting untuk perhatian dan tindakan pelajar seperti berikut: PERKARA BUTIRAN PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER 2 SESI AKADEMIK 2020-2021