• Tidak ada hasil yang ditemukan

PEKELILING-AKADEMIK-BIL.12-2020-PENGESAHAN ... - UKM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "PEKELILING-AKADEMIK-BIL.12-2020-PENGESAHAN ... - UKM"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

CERTIFIED TO ISO 9001:2015 CERT. NO. QMS 01100

PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK (AKADEMIK UKM)

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Malaysia Tel.: +603-8911 8451/8450/8460/8027 Faks: +603-8911 8471 E-mel: [email protected]

Web: www.ukm.my/akademik

Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan • Inspiring Futures, Nurturing Possibilities

Rujukan : UKM.AKA.100-1/3/5 Tarikh : 29 April 2020 PEKELILING AKADEMIK BIL. 12/2020

Semua Pelajar Program Prasiswazah Saudara/i,

PENGESAHAN KURSUS DAN DRAF JADUAL WAKTU

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER II SESI AKADEMIK 2019-2020

Merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa Peperiksaan Akhir Semester II Sesi Akademik 2019-2020 akan dijalankan mulai 29 Jun 2020 sehingga 17 Julai 2020.

2. Sehubungan itu, saudara/i diminta mengambil perhatian dan tindakan dalam urusan pengesahan kursus dan draf jadual waktu Peperiksaan Akhir Semester II Sesi Akademik 2019-2020.

Urusan pengesahan kursus dan jadual waktu peperiksaan perlu dibuat melalui http://www.ukm.my/smpweb mulai 11 Mei sehingga 17 Mei 2020. Dalam paparan borang permohonan ini akan tersenarai kursus yang saudara/i daftar serta draf jadual peperiksaan akhir. Saudara/i dikehendaki menyemak maklumat tersebut dan mengesahkannya. Tindakan yang saudara/i perlu lakukan ialah seperti berikut:

a. Sekiranya semua maklumat adalah betul dan tiada percanggahan jadual peperiksaan, maka saudara/i perlu mengesahkannya dengan menekan butang SAH.

b. Sekiranya terdapat percanggahan jadual peperiksaan atau 3 kursus berturutan dalam satu hari maka saudara/i dikehendaki mencatatkan kursus terlibat dan memaklumkan kepada Timbalan Dekan (Prasiswazah) di fakulti masing-masing selewat-lewatnya pada 18 Mei 2020.

3. Sekiranya saudara/i gagal membuat pengesahan atau pembetulan terhadap maklumat tersebut, maka segala butiran kursus yang dicatatkan akan dianggap betul dan lengkap. Saudara/i yang tidak membuat pengesahan juga akan dikenakan denda sebanyak RM15.00.

4. Jadual Peperiksaan muktamad akan dipaparkan dalam Kad Masuk dan Jadual Peperiksaan (KMJP) yang boleh dicapai melalui SMPweb mulai 8 Jun 2020. Pelajar dinasihatkan untuk menjelaskan semua hutang dengan Universiti untuk mengelakkan sebarang kesulitan. Sekiranya saudara/i mempunyai masalah untuk menjelaskan hutang secara sekaligus, sila berbincang dengan Bahagian Kewangan Pelajar untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

Saudara/i dikehendaki mengambil perhatian dan tindakan sewajarnya bagi memastikan persiapan saudara/i menduduki peperiksaan berjalan dengan lancar.

PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK • CENTRE FOR ACADEMIC MANAGEMENT

(2)

CERTIFIED TO ISO 9001:2015 CERT. NO. QMS 01100

PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK (AKADEMIK UKM)

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Malaysia Tel.: +603-8911 8451/8450/8460/8027 Faks: +603-8911 8471 E-mel: [email protected]

Web: www.ukm.my/akademik

Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan • Inspiring Futures, Nurturing Possibilities

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

ROHANA TAN Timbalan Pendaftar

b.p. Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)

s.k.: - Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) - Dekan/Pengarah

Fakulti/Pusat

- Timbalan Pengarah (Sistem Pengurusan Kualiti) Pusat Jaminan Kualiti (Kualiti-UKM)

- Pengarah

Pusat Teknologi Maklumat

- Ketua Penolong Pendaftar/Penolong Pendaftar Kanan/Penolong Pendaftar Fakulti/Pusat

- Pengetua-pengetua Kolej

Referensi

Dokumen terkait

QMS 01100 PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK AKADEMIK UKM Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Malaysia Tel.: +603-8911 8451/8450/8460/8027 Faks: +603-8911

Sehubungan dengan itu, bagi membolehkan pemindahan kredit melalui APEL C dilaksanakan, Pusat Pengurusan Akademik AKADEMIK UKM memohon kerjasama Fakulti mengemukakan senarai kursus yang

TAMAT TEMPOH PENGAJIAN STUDENTS WHO EXCEEDED THE MAXIMUM DURATION OF STUDIES Pelajar yang telah tamat tempoh pengajian pada Semester 1 Sesi Akademik 2022/2023 Oktober 2022 – Mac 2023

Permohonan untuk tidak mengikuti Semester 3 bagi pelajar yang telah mendaftar kursus pada minggu pendaftaran hendaklah dibuat secara rasmi kepada Timbalan Pendaftar Akademik setelah

2 2.2 Penangguhan Pengajian Pelajar yang Berdaftar Oleh kerana terdapat kekangan untuk menjalankan penyelidikan, pelajar dibenar untuk memohon tangguh pengajian bagi semester 2 sesi

Sehubungan dengan itu, disenaraikan perkara penting untuk perhatian dan tindakan pelajar seperti berikut: PERKARA BUTIRAN PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER 2 SESI AKADEMIK 2020-2021

10 hingga 23 Julai 2006 Terbuka Pendaftaran kursus bagi pelajar yang tidak membuat pendaftaran awal/ Pelajar gantung pendaftaran dan gugur/tambah kursus Semua komputer yang

Saudara/i, PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER 3 SESI AKADEMIK 2019-2020 Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa perkuliahan Semester 3 Sesi Akademik 2019-2020 akan