_______________________________________________________________________________________
Rujukan : UKM 3.6.1/224/11 Jld III Bertarikh: 15 Jun 2006
PEKELILING AKADEMIK BIL. 16/2006
Semua Pelajar Program Ijazah Pertama
Saudara/i,
PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER 1 SESI AKADEMIK 2006/2007
Merujuk kepada perkara di atas, sukacita sekiranya pelajar program Ijazah Pertama Sesi Akademik 2006/2007 membaca dengan teliti pekeliling ini dan mengambil tindakan seperti berikut:
1. Pendaftaran Kursus Semester 1 Sesi Akademik 2006/2007 akan dijalankan secara web di alamat http://www.ukm.my/smpweb;
2. Pelajar dikehendaki menggunakan Nombor Pin Pelajar (NPP) dan dinasihatkan supaya tidak mendedahkan NPP kepada orang lain;
3. Maklumat berhubung pendaftaran kursus adalah seperti berikut:
Tarikh Tahun Aktiviti Tempat
4 Julai 2006 Tahun 1 (pelajar baru)
Pendaftaran kursus dan gugur/tambah kursus
Makmal Fakulti
Makmal Pusat Komputer & Makmal
Bestari
(Pelajar FUU, FSKB,
FPerubatan &
FPergigian)
Jabatan Pendaftar, Bahagian Pengurusan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM, Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Telefon 03-89215400/5054/5337 Faksimili 03-89250662
10 hingga 23 Julai 2006
Terbuka Pendaftaran kursus bagi pelajar yang tidak membuat pendaftaran awal/ Pelajar gantung
pendaftaran dan gugur/tambah kursus
Semua komputer yang mempunyai capaian ke internet
24 Julai hingga 6 Ogos 2006
Terbuka Gugur kursus Semua komputer yang mempunyai capaian ke internet
7 Ogos hingga 3 Sep 2006
Terbuka Tarik diri kursus sahaja Semua komputer yang mempunyai capaian ke internet
7 hingga 13 Ogos 2006
Terbuka Pengesahan pendaftaran kursus
Semua komputer yang mempunyai capaian ke internet
4. Pelajar tahun 1 yang mempunyai kelulusan MUET Band 1 dan 2 tidak dibenarkan mendaftar kursus kemahiran Bahasa Inggeris (ZZZH20X2 dan ZZZH2XX2) yang ditawarkan oleh Pusat pengajian Umum sebaliknya akan mengikuti kursus ZH2014: Foundation English yang ditawarkan pada Semester 3;
5. Pelajar lama yang tidak membuat pendaftaran awal tidak dibenarkan membuat pendaftaran kursus kecuali setelah menjelaskan denda sebanyak RM15.00;
6. Pelajar yang menggantung pendaftaran Semester 2 Sesi Akademik 2005/2006 yang mendaftar selepas 10 Julai 2006 juga akan dikenakan bayaran denda sebanyak RM15.00;
7. Bayaran perlu dibuat di Kaunter Bayaran Jabatan Bendahari dan resit yang diperoleh hendaklah diserah di kaunter Bahagian Pengurusan Akademik untuk kemas kini status diri pelajar. Bagi pelajar Kampus Kuala Lumpur dan Kampus Cheras, sila berurusan dengan kaunter pejabat dekan masing-masing;
8. Pelajar dikehendaki mendaftar kursus mengikut unit maksimum yang dibenarkan.
Pelajar yang ingin mendaftar kursus melebihi unit yang ditetapkan, sila dapatkan kebenaran daripada Dekan Fakulti dan memastikan Fakulti mengemaskinikan dalam Sistem Maklumat Pelajar sebelum pelajar membuat penambahan kursus melalui smpweb;
Jabatan Pendaftar, Bahagian Pengurusan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM, Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Telefon 03-89215400/5054/5337 Faksimili 03-89250662
9. Pelajar diwajibkan membuat pengesahan pendaftaran kursus pada minggu kelima semester iaitu bermula 7 – 13 Ogos 2006 dan sebarang perubahan kursus selepas tempoh tersebut tidak akan diterima;
Sekian, terima kasih.
“Perkhidmatan Berkualiti Amalan Murni”
Yang Benar,
ROHANA TAN
Penolong Pendaftar Kanan
b.p. Timbalan Pendaftar (Akademik)
s.k. - Naib Canselor
- Timbalan-timbalan Naib Canselor - Dekan/ Pengarah Fakulti/ Pusat - Pendaftar
- Ketua Pustakawan
- Timbalan Pendaftar (Akademik)
- Timbalan Pendaftar Hal-ehwal Pelajar - Bendahari (Bahagian Kewangan Pelajar) - Ketua Bahagian Keselamatan
- Pengetua-pengetua Kolej
- Ketua-ketua/ Penolong-penolong Pendaftar Fakulti/ Pusat - Presiden PMUKM
- Papan-papan Notis Pelajar
Jabatan Pendaftar, Bahagian Pengurusan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM, Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Telefon 03-89215400/5054/5337 Faksimili 03-89250662