• Tidak ada hasil yang ditemukan

PEKELILING-AKADEMIK-BIL.-16-2022-PENGESAHAN ... - UKM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "PEKELILING-AKADEMIK-BIL.-16-2022-PENGESAHAN ... - UKM"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

CERTIFIED TO ISO 9001:2015 CERT. NO. QMS 01100 CERTIFIED TO ISO/IEC 27001:2013 CERT. NO. ISMS 00249

PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK (AKADEMIK UKM)

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Malaysia

Tel.: +603-8911 8450/8460/8461/8458/8454/8459 E-mel: [email protected] Web: www.ukm.my/akademik Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan • Inspiring Futures, Nurturing Possibilities

Rujukan : UKM.AKA.100-1/3/5 Tarikh : 10 Mei 2022

PEKELILING AKADEMIK BIL. 16/2022 Semua Pelajar Program Prasiswazah

Saudara/i,

PENGESAHAN KURSUS DAN DRAF JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 SESI AKADEMIK 2021/2022

Merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa Peperiksaan Akhir Semester 2 Sesi Akademik 2021/2022 akan diadakan mulai 18 Julai 2022 hingga 7 Ogos 2022.

2. Sehubungan itu, saudara/i diminta mengambil perhatian dan tindakan dalam urusan Pengesahan Kursus dan Draf Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Semester 2 Sesi Akademik 2021/2022. Urusan Pengesahan Kursus dan Jadual Waktu Peperiksaan perlu dibuat melalui http://smplucee.ukm.my/smpweb mulai 23 hingga 29 Mei 2022. Tindakan yang saudara/i perlu lakukan adalah seperti berikut:

i) Membaca dan mengesahkan Borang Aku Janji Pelajar di SMPweb sebelum membuat Pengesahan Kursus dan Draf Jadual Waktu Peperiksaan.

ii) Menyemak senarai kursus yang didaftarkan dan draf jadual peperiksaan akhir. Sekiranya semua maklumat adalah betul dan tiada percanggahan jadual peperiksaan, maka saudara/i perlu mengesahkannya dengan menekan butang SAH.

iii) Sekiranya terdapat percanggahan jadual peperiksaan atau 3 kursus berturutan dalam satu hari, maka saudara/i dikehendaki mencatatkan kursus terlibat dan memaklumkan kepada Timbalan Dekan (Prasiswazah) di fakulti masing-masing selewat-lewatnya pada 30 Mei 2022.

3. Sekiranya saudara/i gagal membuat pengesahan atau pembetulan terhadap maklumat tersebut, maka segala butiran kursus yang dicatatkan akan dianggap betul dan lengkap. Saudara/i yang tidak membuat pengesahan juga akan dikenakan denda sebanyak RM15.00. Bayaran denda boleh dibuat melalui Portal https://ekewangan.ukm.my/ (Pilih Bayaran Tanpa Invois). Kemudian emelkan salinan bukti pembayaran kepada pihak Pusat Pengurusan Akademik ([email protected]) untuk tindakan selanjutnya.

4. Jadual Peperiksaan muktamad akan dipaparkan dalam Kad Masuk dan Jadual Peperiksaan (KMJP) yang boleh dicapai melalui SMPweb mulai 20 Jun 2022. Pelajar dinasihatkan untuk menjelaskan semua hutang dengan universiti untuk mengelakkan sebarang kesulitan. Sekiranya saudara/i mempunyai masalah untuk menjelaskan hutang secara sekaligus, sila berbincang dengan Unit Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari.

PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK • CENTRE FOR ACADEMIC MANAGEMENT

(2)

CERTIFIED TO ISO 9001:2015 CERT. NO. QMS 01100 CERTIFIED TO ISO/IEC 27001:2013 CERT. NO. ISMS 00249

PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK (AKADEMIK UKM)

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Malaysia

Tel.: +603-8911 8450/8460/8461/8458/8454/8459 E-mel: [email protected] Web: www.ukm.my/akademik Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan • Inspiring Futures, Nurturing Possibilities

Saudara/i dikehendaki mengambil perhatian dan tindakan sewajarnya bagi memastikan persiapan saudara/i menduduki peperiksaan berjalan dengan lancar.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

MUHAMAD WALID OSMAN Timbalan Pendaftar

Pusat Pengurusan Akademik

s.k. - Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)

- Dekan

Fakulti/Pusat - Pengarah

Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (UKMShape) - Pengarah

Pusat Jaminan Kualiti (Kualiti-UKM) - Pengarah

Pusat Pengajaran dan Pembangunan Kurikulum (Pengajaran-UKM)

- Pengarah

Pusat Teknologi Maklumat - Ketua, Unit Kewangan Pelajar

Jabatan Bendahari

- Ketua Penolong Pendaftar/Penolong Pendaftar Kanan/Penolong Pendaftar Fakulti/Pusat

- Yang Dipertua

Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM)

Referensi

Dokumen terkait

Manakala bagi pelajar antarabangsa sedia ada yang berada di negara asal dan pas pelajar telah tamat tempoh melebihi 90 hari, pelajar dikehendaki untuk membuat permohonan eVAL baharu

Mulai Semester 1 Sesi Akademik 2020/2021, SEMUA pelajar Fakulti Perubatan dibenarkan untuk membuat pendaftaran awal bagi kursus- kursus bertaraf CITRA yang ditawarkan kepada pelajar

Sehubungan dengan itu, bagi membolehkan pemindahan kredit melalui APEL C dilaksanakan, Pusat Pengurusan Akademik AKADEMIK UKM memohon kerjasama Fakulti mengemukakan senarai kursus yang

Program FKAB Semester 2 Sesi Akademik 2021-2022 JADUAL KULIAH SEMESTER 2 SESI 2021-2022 PROGRAM EKSEKUTIF SARJANA SAINS PENGURUSAN INDUSTRI & TEKNOLOGI & SARJANA

Jadual Kuliah BBA/BAC Kuala Lumpur Semester 1 Sesi Akademik 2021-2022 0 JADUAL KULIAH SEMESTER 1 SESI 2021-2022 PROGRAM EKSEKUTIF SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN SARJANA

Permohonan untuk tidak mengikuti Semester III bagi pelajar yang telah mendaftar kursus pada minggu pendaftaran hendaklah dibuat secara rasmi kepada Timbalan Pendaftar Akademik setelah

10 hingga 23 Julai 2006 Terbuka Pendaftaran kursus bagi pelajar yang tidak membuat pendaftaran awal/ Pelajar gantung pendaftaran dan gugur/tambah kursus Semua komputer yang

Saudara/i, PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER 3 SESI AKADEMIK 2019-2020 Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa perkuliahan Semester 3 Sesi Akademik 2019-2020 akan