• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pelajar FTK UniMAP hasilkan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Pelajar FTK UniMAP hasilkan"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

PELAJAR FTK UniMAP HASILKAN “STREET FURNITURE BENCH”

Padang Besar, 20 Jun - PENCIPTAAN kreativiti dan inovasi dalam pelaksanaan kurikulum amat penting bagi mencorakkan perubahan dan kemajuan pendidikan negara yang sedang berhadapan dengan pelbagai perubahan baru.

Inovasi kurikulum yang meliputi inovasi dan kreativiti dalam isi kandungan, pengetahuan dan jenis-jenis kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar boleh dinilai melalui cara ia dilaksanakan baik di peringkat sekolah mahupun di peringkat Institusi Pendidikan Tinggi (IPT).

Kurikulum yang dianggap berkesan ialah kurikulum yang dapat memenuhi kehendak individu atau pelajar yang mana ianya dapat menyediakan pelajar dengan dunia pekerjaan dan juga mengembangkan bakat, potensi, pemikiran, budaya, daya cipta, pengetahuan, kemahiran serta kebolehan pelajar.

Atas dasar itu, adalah penting bagi guru mahupun pensyarah menggunakan pelbagai kaedah, strategi dan pendekatan yang sesuai dan berkesan dengan keperluan pelajar dan pada masa sama mengaplikasikan pengetahuan serta strategi yang kreatif dan inovatif.

Itulah antara elemen yang disuntik oleh tenaga pengajar program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Pembangunan Produk) di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam menarik minat para pelajar untuk menterjemahkan ilmu teori yang diajar dengan menghasilkan produk berasaskan kreativiti.

Penyelaras program, Mohd. Haidiezul Jamal Abdul Hadi berkata, untuk semester kali ini, para pelajar diminta menghasilkan Street Furniture Bench yang unik dan kreatif dengan menggabungkan ilmu kejuruteraan dan rekaan produk.

(2)

Menurut beliau, projek ini bukan sahaja memberi kemahiran dan kebolehan kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah, tetapi juga untuk memahami keperluan dan permasalahan projek serta kebolehan menghasilkan keluaran produk dua dimensi iaitu lakaran bebas sebelum mula membina reka bentuk masing-masing.

“Pada dasarnya projek ini berkisar daripada kekurangan kerusi awam di kawasan kampus Uniciti Alam di sini dan saya serta tenaga pengajar lainnya mengambil inisiatif untuk menjadikan ianya sebagai satu projek kepada pelajar.

“Hasilnya amat mengujakan dan diluar jangkaan kami (tenaga pengajar) apabila 22 reka bentuk kerusi dengan pelbagai konsep dan elemen kreatif berjaya dihasilkan oleh para pelajar,” ujar beliau ketika ditemui di sini hari ini.

Sebagai menghargai para pelajar, kesemua 22 rekaan tersebut kini dipamerkan di Ruang Pameran Studio Bangunan S4, Makmal FTK di Kampus Uniciti Alam.

Bagi Norhaiza Natasya Mokhtar, 21, projek yang diberikan oleh pensyarah bagi kursus Pembangunan Produk bukan sahaja melatih beliau menjadi kreatif sebaliknya turut memahirkan beliau dengan peralatan dan aktiviti pertukangan.

Lazimnya, ujar beliau, aktiviti sebegini seringkali dilakukan oleh golongan lelaki, namun melalui kursus ini semua pelajar baik lelaki mahupun perempuan perlu melakukan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.

“Selain asas rekaan produk dan peralatan, kami juga perlu memastikan setiap rekaan yang dibuat ini adalah ergonomik untuk kegunaan masyarakat keseluruhannya,” jelasnya.

(3)

Sementara itu, Nazmeemran Musa, 21, pelajar tahun 2 berkata, beliau dan rakan mengambil masa selama dua bulan untuk menghasilkan produk mereka, Aluminio Bench.

Menurut beliau, produk tersebut mengetengahkan rekan moden kontemporari dan dibuat menggunakan gabungan kayu pine untuk bahagian tempat duduk dan logam sebagai alat sokongan tempat duduk.

“Bentuk kerusi ini diambil daripada bentuk boomerang iaitu sejenis senjata lempar berbentuk melengkung manakala besi yang menyokong tempat duduk pula mengambil inspirasi dari abjad Y.

“Kerusi ini sesuai digunakan di kawasan yang tertutup atau berbumbung bagi memastikan ia tahan lebih lama. Saya amat berpuas hati dengan rekaan ini dan berharap ianya dapat direalisasikan di sekitar kawasan kampus Uniciti Alam,” ujarnya.

Disediakan oleh;

Unit Media UniMAP

Referensi

Dokumen terkait

Ijazah Sarjana Muda Sains (bukan dalam bidang kejuruteraan) atau Ijazah Sarjana Muda Teknologi (bukan dalam bidang kejuruteraan) dengan PNGK 2.99 ke bawah dari mana-mana

Ijazah Sarjana Muda Sains (bukan dalam bidang kejuruteraan) atau Ijazah Sarjana Muda Teknologi (bukan dalam bidang kejuruteraan) dengan PNGK 2.99 ke bawah dari mana-mana

UniMAP Sewa 13 Buah Bas Khusus Hantar Pelajar Balik Kampung Pauh Putra, 17 Mac - Universiti Malaysia Perlis UniMAP mengambil tanggungjawab menyediakan perkhidmatan pengangkutan dengan

Namun, Universiti Malaysia Perlis UniMAP turut menerapkan elemen memasyarakatkan universiti dalam kalangan PALAPES universiti itu dengan menganjurkan Majlis Libat Urus Komandan bersama

Unit Perhubungan Media Page 1 MEDIA STATEMENT UniMAP Students In Campus Maintained at 100 Percent Kangar, 26 August – All Universiti Malaysia Perlis UniMAP students living on

UKK Page 1 KENYATAAN MEDIA PELAJAR UniMAP RAIH ANUGERAH PRESIDEN REAM PROJEK TAHUN AKHIR PELAJAR Kangar , 24 Januari – Seorang pelajar Teknologi Kejuruteraan Universiti Malaysia

Unit Media – AidaOthman Page 1 UniMAP AND YTSP FUND STUDENTS TO TAIWAN Kangar, 18 November - Universiti Malaysia Perlis UniMAP with Tuanku Syed Putra Foundation YTSP are funding

Lapan program yang bakal ditawarkan ialah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik, Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer, Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik,