• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penggunaan video dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral Tingkatan 2

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Penggunaan video dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral Tingkatan 2"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

Penggunaan video dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral Tingkatan 2

1Sa’adatul Farhana Yahya, 2*Muhammad Atiullah Othman

1Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

2*Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia [email protected]

Published: 25 September 2022

To cite this article (APA): Yahya, S. F., & Othman, M. A. (2022). Penggunaan video dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral Tingkatan 2. Firdaus Journal, 2(2), 94–105.

https://doi.org/10.37134/firdaus.vol2.2.10.2022

To link to this article: https://doi.org/10.37134/firdaus.vol2.2.10.2022

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk melihat penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral tingkatan 2. Objektif kajian pertama mengenalpasti cara perlaksanaan aktiviti penggunaan video dijalankan di dalam bilik darjah. Objektif kajian kedua menganalisis keberkesanan aktiviti penggunaan video dapat menarik minat pelajar dan objektif kajian ke tiga menilai penggunaan tayangan video dalam meningkatkan kefahaman pelajar. Metodologi kajian berbentuk penyelidikan inkuri dengan menggunakan kaedah temu bual tehadap enam (6) orang responden yang telah menjalani aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah tayangan video. Analisis data dibuat secara kualitatif berdasarkan jawapan yang diberikan oleh responden. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran menggunakan video dapat meningkatkan minat, sikap dan kefahaman yang tinggi dalam diri pelajar Pendidikan Moral di sekolah. Kebanyakkan guru dapat membimbing pelajar berfikir dan menguasai ilmu pengetahuan melalui pengalaman kontekstual, mengembangkan kemahiran mengumpul, memproses, dan menganalisis data serta maklumat malah dapat menerapkan nilai-nilai murni.

Kata kunci: penggunaan video, pengajaran dan pembelajaran, minat pelajar

PENGENALAN

Penggunaan media dalam proses belajar mengajar cenderung diertikan memanipulasi alat-alat grafik, photografi, atau elektronik untuk menangkap, memproses, dan menyusun kembali informasi visual atau verbal bagi merangsang pembelajaran murid. Azhar (2011) menyatakan media pendidikan digunakan dalam rangka komunikasi dan interaksi guru dan pelajar dalam proses pembelajaran. Media pembelajaran dapat memperjelaskan penyajian pesan dan informasi sehingga dapat memperlancar dan meningkatkan proses dan hasil belajar.

Media Video Pembelajaran dapat digolongkan dalam jenis media Audio Visual Aids (AVA) atau media yang dapat dilihat atau didengar. Media audio motion visual (media audio visual gerak) yakni media yang mempunyai suara, ada gerakan dan

(2)

bentuk objeknya dapat dilihat, media ini paling lengkap. Informasi yang disajikan melalui media ini berbentuk dokumen yang hidup, dapat dilihat dilayar monitor atau ketika diprojeksikan ke layar lebar melalui projektor dapat didengar suaranya dan dapat dilihat gerakannya (video atau animasi) (Akhmad Sudrajat 2008).

Menurut Cheppy Riyana (2007), media video pembelajaran adalah media yang menyajikan audio dan visual yang berisi pesanan pembelajaran baik yang berisi konsep, prinsip, prosedur, teori aplikasi pengetahuan untuk membantu pemahaman terhadap suatu materi pembelajaran. Video merupakan bahan pembelajaran tampak dengar (audio visual) yang dapat digunakan untuk menyampaikan pesanan bahan pelajaran. Dikatakan tampak dengar kerana unsur dengar (audio) dan unsur visual/video (tampak) dapat disajikan serentak.

Penggunaan media video ini sangat signifikan dengan sistem pendidikan masa kini yang sedang mengalami perubahan amat pesat. Ia merupakan penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan penggunaan teknologi. Crowell (1971) menyatakan teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan. Derek (1976) pula menyatakan teknologi dalam pendidikan menggunakan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan latihan yang memudahkan pengajaran dan menimbulkan persekitaran pembelajaran. Oleh demikian, Shaikh Mohd Saifuddeen (2002) menjelaskan pengolahan video pengajaran meliputi teknologi pendidikan dalam bentuk video yang menyajikan elemen pendengaran dan elemen penglihatan yang diproses untuk membentuk suatu maklumat yang bersesuaian dengan pembelajaran.

Justeru, teknik penggunaan video adalah sangat unik dan perlu dikaji. Lowe (2001) menyatakan bahawa tayangan video mampu menjelaskan perubahan keadaan setiap masa sehingga dapat membantu dalam menjelaskan prosedur atau susunan kejadian. Pembelajaran yang demikian memudahkan pelajar untuk berfikir sistematik sesuai dengan susunan kejadian dan keteraturan fenomena (kerangka logik) sehingga dapat meningkatkan kemahiran memerhati, meramal dan berkomunikasi dalam kalangan mereka. Sehubungan itu, pihak yang bertanggungjawab perlu memformulasikan mekanisme yang sesuai untuk meningkatkan lagi tahap kesediaan guru dan pelajar bagi menggunakan pendekatan pembelajaran tersebut yang kesannya telah dibuktikan melalui kajian yang telah dijalankan.

Keberhasilan pengajaran menggunakan video telah terbukti dengan penggunaan video yang telah membantu dalam menambahbaikkan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru. Tingkah laku pelajar juga menunjukkan perubahan yang ketara. Sebelum ini, responden kurang memberi respon, pasif dan tidak ingin melibatkan diri. Selepas video digunakan, pelajar mula memberi tumpuan. Ini disebabkan kandungan-kandungan video yang menarik sukar untuk mengalih tumpuan murid. Pelajar mula ketawa, tersenyum serta mula berkomunikasi dengan orang di sekelilingnya. Pelajar juga akan bertanya soalan tentang apa yang dilihat disebabkan sikap ingin tahu (Ngu Hang Ling 2009). Walau bagaimanapun, penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran tidak akan dapat mencapai objektif pembelajaran sekiranya guru tidak melaksanakan peranan guru dalam membimbing dan pemudah cara untuk membina perkembangan kognitif pelajar konstruktivisme serta memberi peluang pelajar bergerak secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan dengan pengetahuan sedia ada dalam pemikiran mereka

(3)

malah dengan cara ini, pelajar dapat menggunakan pengetahuan yang difahami dalam keadaan situasi yang dilalui. Justeru, artikel ini menumpukan penggunaan video sebagai tumpuan dan menjadikan pelajar sebagai sampel bagi meninjau sejauhmana kebolehgunaan video dalam pengarajan dan pembelajaran.

OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat tiga objektif kajian yang hendak dicapai iaitu objektif pertama mengenalpasti cara perlaksanaan aktiviti penggunaan video dijalankan di dalam bilik darjah. Objektif kedua pula, menganalisis keberkesanan aktiviti penggunaan video dapat menarik minat pelajar. Manakala objektif ketiga menilai penggunaan tayangan video dalam meningkatkan kefahaman pelajar.

Justeru beberapa soalan kajian dikenalpasti iaitu

1) Bagaimanakah cara-cara perlaksanaan aktivtiti penggunaan video dijalankan di dalam bilik darjah?

2) Sejauhmanakah keberkesanan aktiviti penggunaan video dapat menarik minat pelajar?

3) Bagaimanakah penggunaan tayangan video dapat meningkatkan kefahaman pelajar?

TINJAUAN LITERATUR

Roslih (2001) dalam kajiannya merumuskan pemahaman pelajar dapat ditingkatkan setelah menggunakan perisisan multimedia dalam pembelajaran mata pelajaran Biologi berbanding dengan pengajaran cara tradisional. Hasil pemerhatiannya, murid kelihatan berminat, bersemangat, bersungguh dan dapat memberi kerjasama kepada guru dalam usaha mencapai objektif pengajaran. Pengunaan perisisan multimedia memudahkan pelajar untuk mengingat konsep sains yang dipelajari. Menurutnya lagi, video merupakan salah satu multimedia yang perlu digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral kerana ia dapat meningkatkan kefahaman Moral dengan mendedahkan pengalaman dan pebuatan yang dilakukan oleh seseorang individu. Hal ini diperakui oleh Savarimuthu (2004) yang membuat penyelidikan kebersanan multimedia dalam subjek Matematik. Manakala dalam subjek Sains, Zuraimi (2013) memperakui tahap yang sederhana penggunaan video dan tahap kekerapan yang rendah. Zainuddin et.al (2008) turut memperakui kebersanan multimedia dalam pengajaran dalam kalangan guru pelatih.

Kajian penggunaan video dalam Pendidikan Moral pernah dilakukan di Universiti Pendidikan Sultan Idris yang dikendalikan oleh Norabeerah (2010). Dalam kajian ini, penggunaan video masih di tahap yang sederhana rendah kerana guru tidak tahu atau kurang mahir untuk menggunakan sumber daripada Portal Video Internet (PV1) untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Malah, persepsi buruk guru terhadap penggunaan PV1 adalah kerana banyak kandungan video mempunyai unsur negatif. Persepsi buruk ini adalah kesan daripada kuranga pendedahan dan pengetahuan mengenai PV1 walaupun telah disediakan bahan pengajaran dan pembelajaran. Beliau mencadangkan latihan penggunaan video perlu

(4)

dipertingkatkan kerana para guru dan guru pelatih mempunyai kesedian yang tinggi untuk menggunakan video dalam pengajaran dan pembelajaran.

Abdul Rahim & Hayazi (2010) pula dilakukan terhadap Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru yang membincangkan tahap penggunaan ABM, kepentingan dan faktorfaktor yang mempengaruhi penggunaan ABM. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan video di kalangan guru adalah sederhana.

Manakala kekerapan penggunaan video dalam kalangan guru adalah tahap yang rendah. Faktor utama yang dikenalpasti adalah pengunaan video memerlukan kemahiran yang tinggi dan masalah kebolehcapaian internet untuk memuat turun video, kemahiran dan tingkah laku pelajar. Hal demikian turut diperakui oleh Megaria Firlanasari (2011) dalam kajian penggunaan video untuk mahasiswa universiti. Beliau mendapati penggunaan video ini masih rendah. Walaupun demikian, pembelajaran menggunakan video didapati dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran dalam meningkatkan ilmu pengatahuan siswa dan kualiti pendidikan.

Menurut Ngu Hang Ling (2012) dalam kajian yang bertajuk “Penggunaan video untuk Meningkatkan Kefahaman dan Minat Murid Tahun Empat dalam tajuk Proses Kehidupan Haiwan’’ menunjukkan kesan positif penggunaan video dalam pengajaran.

Kefahaman dan minat murid dapat ditingkatkan melalui penggunaan video dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Responden menyatakan bahawa mereka masih melakukan kesalahan semasa pengajaran tanpa video namun selepas pengkaji mengaplikasikan video, pelajar lebih faham mengenai tajuk Sains. Interaksi di antara guru dengan murid juga wujud dari perbincangan dan pertanyaan soalan.

Penggunaan ini juga dapat meningkatkan kemahiran dan memperbaiki pengajaran responden. Pandangan ini diperakui oleh Keong & Carol (2013) yang turut mencadangkan penggunaan video Youtube dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains sosial kerana ia mampu menarik minat dan membantu meningkatkan kefahaman pelajar.

Video merupakan bahan bantu mengajar multimedia yang menjadi satu bentuk ransangan yang digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran. Seseorang guru perlu menjadi pemudah cara dan pembimbing dalam mencapai objektif pengajaran.

Penggunaan YouTube juga berjaya menarik minat pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran sejarah. Oleh demikian, kajian penggunaan video terhadap pelajar sekolah menengah dalam matapelajaran Pendidikan Moral sangat wajar didedahkan agar dapat menarik minat pelajar, membantu guru menyampaikan isi pelajaran dan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral.

METODOLOGI

Kajian yang dilakukan menggunakan penyelidikan kualitatif yang mengutamakan sifat deskriptif bagi memerhati realiti pembelajaran yang sudah sedia ada. Kajian ini berfokus kepada objektif dengan pendekatan naturalistik (semula jadi) untuk menyelidik sesuatu subjek iaitu kajian ini dilakukan dalam dunia nyata pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Manakala data yang dikumpulkan mengikuti refleksi yang disampaikan segala maklumat oleh responden secara langsung atau tidak langsung.

Cresswell (1994) mentakrifkan bahawa penyelidikan kualitatif sebagai penyelidikan menggunakan proses inkuiri ke arah pemahaman yang didasari kaedah pengumpulan

(5)

data yang lazim digunakan apabila meninjau sesuatu permasalahan sosial. Reka bentuk kajian ini lebih berfokus kepada cara serta bagaimana untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan-persoalan kajian yang ditimbulkan.

Bagi menyempurnakan penyelidikan ini, pengkaji telah memilih enam (6) orang guru berpengalaman mengajar lebih tujuh (7) tahun. Penyelidik juga memilih responden dengan berdasarkan beberapa kriteria iaitu guru yang kerap menggunakan video dalam mengajar pelajar tingkatan 2 dengan kaedah pembelajaran aktif.

Pemilihan sample tidak dipilih secara rawak bagi mengelakkan terdapatnya responden yang enggan memberikan kerjasama. Tumpuan penyelidik adalah melaksanakan temu bual dengan guru yang bersedia berkongsi data pembelajaran dan pengalaman semasa menjalankan latihan mengajar di sekolah.

Intrumen kajian merupakan elemen yang sangat penting dalam menjalankan kajian. Menurut Noraini Idris (2010), semua penyelidikan memerlukan instrument kajian kerana melibatkan pengumpulan data. Tanpa instrument kajian, penyelidik akan mengalami masalah dalam pengumpulan data yang diperlukan.

Pemilihan instrument kajian yang bersesuaian akan memudahkan penyelidik mengumpul maklumat yang diperlukan dengan tepat dan sistematik disamping membantu penyelidik mencapai objektif kajian. Penyelidik menggunakan instrument kajian iaitu temu bual dan kajian perpustakaan.

Sesuatu instrumen boleh dipercayai jika instrumen berkenaan memberi dapatan yang konsisten setiap kali pengukuran dibuat. Jika seseorang penyelidik atau pengkaji menggunakan instrumen yang sama untuk mengesan pencapaian sekumpulan pelajar yang sama pada dua waktu yang berbeza, dapatan mestilah hampir sama. Konsistensi ini akan membuatkan seseorang penyelidik yakin bahawa dapatannya mewakili pencapaian pelajar yang diuji. Objektif instrumen ialah satu lagi elemen yang harus diambil kira. Objektif bermakna tiada elemen subjektif dalam penggunaan instrumen itu. Setakat yang boleh, seseorang penyelidik perlu menghilangkan subjektiviti daripada keputusan yang dibuat berasaskan instrumen yang digunakan. Walau bagaimanapun, agak sukar untuk mendapat objektif mutlak dalam penggunaan susunan instrument, penyelidik berusaha sedaya upaya untuk memperolehi data yang meyakinkan dan dapat mewakili pelajar.

DAPATAN KAJIAN

a) Pengajaran dan pembelajaran menggunakan video

Melalui soal jawab yang dilaksanakan kesemua responden menjelaskan teknik efisien yang pertama ialah memberi arahan atau peraturan. Kesemua responden menyatakan bahawa mereka mengenakan peraturan dan memberi arahan terlebih dahulu sebelum video ditayangkan di dalam bilik darjah. Arahan yang diberikan oleh guru adalah untuk mengelakkan pelajar menanyakan soalan, tidak memberi tumpuan, berbual-bual dan tidak hilang fokus terhadap video. Guru juga ada memberitahu dan menyenaraikan perkara yang pelajar beri perhatian semasa menonton video luar bilik darjah yang ditayangkan bagi mengelakkan pelajar tidak boleh menjawab soalan yang diberikan oleh guru.

(6)

Hal ini boleh diperolehi dengan pernyataan yang dinyatakan oleh responden dalam kajian ini.

“….saya bagi tahu diaorang tanya soalan selepas video. Sebelum saya tanyangkan video, saya suruh dia senyap beri fokus saya tak nak mereka berbual-bual lepas tu saya akan tanyakan soalan berkaitan dengan video ini siapa tak dapat, salah dia.a….mulamula bagitahu arahan apa yang kita kena…jangan bising apa semua lepas tu ada tak yang nak tanya soalan berkaitan dengan video ni untuk mencari tajuk, tajuk pengajaran lepas tu. Masa tayangan, semasa nak bagitahu tu berikan arahan tu supaya pelajar ni apa yang boleh beri kerjasama a….”(R1)

“….Saya akan menyatakan bahawa kamu a…lihat video ini dan saya akan bertanyakan soalan dalam video tersebut, jadi mereka nak tak nak mereka perlu melihat video tersebut untuk mengelakkan daripada a….ke tidak boleh jawab soalan yang akan saya tanya nanti, jadi tu la mereka akan memberi perhatian la semasa video ditayangkan...Saya akan bagitahu pelajar bahawa harus tengok video dengan syarat cari pengajaran video tersebut. Jadi pelajar akan fokus dan pelajar tersebut tidak hilang orang cakap tidak hilang focus daripada video tu ataupun terlepas pandang video itu la….”(R2)

“….Suruh diaorang duduk elok-elok dan…., maksudnya saya, saya akan cakap dengan studend saya, hayati, fahami sebab nanti cikgu akan tanya, saya bagitahu awal, so dieorang tengok dan hayati dengan benda tu…Sebelum saya mulakan tayangan video di dalam bilik darjah, saya memberikan arahan dahulu kepada pelajar tersebut. Okey, saya akan menyatakan bahawa saya akan tayangkan satu video dan saya ingin pelajar fokus pada video tersebut. Semasa tayangan video tersebut saya akan menyenaraikan apa yang harus pelajar buat, apa yang ada dalam video tersebut pelajar harus catit selepas habis video tersebut saya akan menanyakan soalan kepada pelajar mengenai apa yang mereka belajar, apa yang mereka lihat, tahu mengenal video tersebut. Melalui apa orang cakap kaedah tersebut teknik tersebut apa yang kita tayangkan, apa yang kita tonjolkan kepada pelajar akan memberi kesan yang positif….”(R3).

“…..Sebelum menayangkan video saya juga ada mengigatkan pelajar memberikan fokus kepada video yang saya nak tunjukkan kerana video digunakan sangat membantu pelajar sebenarnya untuk memahami isi pengajaran yang hendak saya sampaikan. Dan selain daripada itu…(R4)

b) Tayangan video menarik minat pelajar

Berdasarkan soal jawab yang dijalankan pengkaji mendapati bahawa kesemua responden menyatakan bahawa video merupakan bahan bantu mengajar yang menarik perhatian dan minat pelajar. Ini menunjukkan bahawa video ini mampu menarik minat pelajar dan perhatian pelajar. Pelajar didapati lebih cenderung melakukan aktiviti pembelajaran sekiranya guru menggunakan video dalam pengendalian pengajaran dan pembelajaran berbanding dengan bahan bantu

(7)

mengajar yang statik atau mendengar guru memberi penerangan yang panjang mengenai nilai moral atau sesuatu topic pengajaran. Dengan menggunakan video pelajar lebih berminat untuk meneruskan pengajaran kerana mereka tidak merasa bosan, berasa seronok dan teruja melihat video. Hal ini mungkin murid tidak pernah melihat video dalam pengajaran dan pembelajaran. Responden R3 juga menyatakan bahawa video mempunyai tarikan yang sangat kuat yang menyebabkan pelajar fokus dan bersemangat untuk mengetahui maklumat yang disampaikan dan mengikuti pembelajaran seterusnya.

Hal ini boleh diperhatikan dengan pernyataan yang didapati dalam kajian ini:

“…pertama menarik minat pelajar…kadang-kadang pelajar pasif ini pandai bila kita agak-agak suruh jawab soalan, boleh jawab tidak ada masalah…video…salah satu tarikan yang sangat kuat la dengan bahan bantu mengajar yang lain. Ia satu benda yang bergerak selain itu….penggunaan video saya dapat menarik pelajar saya untuk meneruskan pembelajaran pada hari itu. Maksudnya mereka lebih em…..suka melihat video daripada saya bercakap menerangkan sesuatu nilai tesebut. Seterusnya dengan penggunaan video ni murid tidak akan merasa bosan la…dengan penggunaan alat bantu mengajar berbanding yang lain…papan putih dengan video, mereka lebih mendorong untuk melihat video tersebut daripada kebanyakkan pengajaran yang saya lakukan la….” (R1)

“…Okey bagi saya kelebihan ini apabila menggunakan video dalam pengajaran penting sekali ialah dapat menarik minat pelajar, sebab mungkin sebelum ini mereka mungkin tak jumpa benda ini sebelum ni…..penggunaan video akan menarik minat dia untuk meneruskan proses pdp….dapat menarik minat pelajardan pelajar tidak bosan untuk mengikuti kelas di luar bilik darjah…(R2)

“...Bagi saya video ini satu benda yang boleh menarik minat dan boleh membantu pelajar untuk fokus. Maksudnya sebagai contoh em…apabila saya mula menanyakan mengenai video, pelajar saya dah mula bersedia, maksudnya benda tu boleh menarik minat walaupun diorang belum tahu lagi video apa yang saya tayangkan ….kebiasaannya saya guna video saya guna untuk set induksi yang sebab saya perlu menarik pelajar terlebih dahulu untuk belajar…memberi tumpuan sepenuhnya…bila saya katakan nak tayangkan video, mereka tersenyum lebar dan duduk berhimpithimpit antara satu sama lain…tapi untuk pelajar yang ramai saya bawa diorang ke makmal untuk ditayang di skrin LCD. Saya rasa video ni satu bahan bantu mengajar yang dapat menarik minat pelajar …” (R3)

“..Bagi saya kelebihan ini apabila menggunakan video dalam pengajaran penting sekali ialah dapat menarik minat pelajar, sebab mungkin sebelum ini mereka mungkin tak jumpa video ini…penggunaan video akan menarik minat dia untuk meneruskan video proses pdp…dapat menarik minat pelajar dan pelajar tidak bosan untuk mengikuti kelas kita..murid ni mereka tidak suka pembelajaran yang bersifat statik jadi mereka ni lebih

(8)

suka melihat video-video yang sangat-sangat menampakkan impak yang positif kapada mereka.melalui video ini mereka akan em…menonton apa yang berlaku seterusnya,seterusnya dan seterusnya…Ia sangat membantu pada saya kerana video pertamanya video satu dapat em…dapat menarik perhtian pelajar apabila kita menggunakan video

…memberi perhatian kerana mereka sangat excited apabila kita buka video…secara automatik para pelajar sangat excited nak memberi perhatian…”(R4).

c) Tayangan video meningkatkan kefahaman pelajar

Kesemua responden juga menjelaskan bahawa dengan aktiviti tayangan video dalam pengajaran dan pembelajaran luar bilik darjah dapat meningkatkan kefahaman pelajar. Pengajaran yang disampaikan berkaitan dengan nilai-nilai moral dapat dijelaskan melalui video. Responden R3 menyatakan bahawa video mampu menyampaikan sesuatu objektif atau isi pengajaran melalui video. Pelajar mudah memahami maklumat yang disampaikan dan pelajar juga dapat menyampaikan nilai atau topik yang berkaitan dengan mudah. Video yang digunapakai oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran memberi satu gambaran yang awal dan jelas.

Responden R2 turut memberi keyakinan bahawa pelajar memahami isi pelajaran kerana situasi dikaitkan dengan nilai-nilai Pendidikan Moral. Pelajar mudah memahami isi pengajaran dan situsi. Penggunaan video juga memudahkan mereka membuat rumusan dan menjelaskan isi dalam pembentangan.

Perkara ini boleh dilihat dengan penyataan yang diberikan oleh responden dalam kajian ini:

“…diaorang senang nak faham…oo macam ni, macam ni. So bila mind set dieorang first dah bertukar daripada main-main dan kadang-kadang tak seriuse mula, kita letak video tu a…mereka lebih fokus, seriuse, fokus dan time nak mengajar tu senang la…so berdasarkan video tu pun mereka dah faham, dah boleh tangkap isi yang boleh dibentangkan dalam pembentangan tu dibincangkan lah…” (R1)

“…Seterusnya kelebihan penggunaan video ni juga a…selalunya video ni akan memaparkan situasi-situasi sebenar a…apa yang berlaku, ia boleh dikaitkan dengan nilai-nilai dalam Pendidikan Moral….mereka dapat a…memberikan satu rumusan yang baik tentang nilai tersebut daripada video yang saya tayangkan a…pada awal pengajaran kerana pada tayangan tersebut mereka dah dapat melihat nilai okey. Contohnya nilai hak pengguna a…hak pengguna maksudnya mereka dah Nampak o…hak-hak pengguna dalam kehidupan maksudnya walaupun mereka a…hanya pelajar yang berumur 14 tahun tapi mereka dah didedahkan dengan hak pengguna tersebut. Okey…”(R2)

“….kandungan akademik ataupun sukatan pelajaran tu disampaikan dengan lebih mudah untuk pelajar faham…pengajaran daripada video tersebut selepas tu baru dieorang ni faham la apa yang nak disampaikan melalui video yang saya tayangkan…saya nak kongsikan satu pernah saya guna video untuk pdp sehingga ada pelajar yang menangis

(9)

a…selepas menonton video tersebut tu la, itu menampakkan video mampu untuk menyampaikan sesuatu objektif dan benda tu sampai, pelajar mudah untuk memahami apa yang hendak disampaikan oleh video tersebut…(R3)

“…Memudahkan pelajar untuk mudah memahami…saya video ni dia dapat memberikan satu gambaran awal kepada pelajar a…supaya mereka lebih jelas tentang a…apakah isi pengajaran ataupun nilai akan diajar oleh guru….saya mendapati mereka juga dapat memahami isi pengajaran yang saya hendak sampaikan itu dengan baik…saya tayangkan video pencemaran alam sekitar jadi bila saya terangkan pelajar mudah dapat gambaran marcam mana pencemaran tanah secara real, pelajar boleh tengok…pelajar mudah faham dengan adanya video sebagai alat bantu mengajar memang sangat-sangat membantu dan pelajar mudah fahami isi pengajaran sebab video ni memberi visual atau memberi gambaran yang jelas tentang isu yang cuba sampaikan dan memang tahap keberkesanan P&P sangat tinggi la…(R4)

PERBINCANGAN

Hasil dapatan kajian menunjukkan guru-guru berjaya melaksanakan pengajaran dan pembelajaran menggunakan video di sepanjang pembelajaran. Hal ini dibuktikan melalui temu bual dengan guru Pendidikan Moral tingkatan 2 yang menggunakan pendekatan tayangan video di dalam pengajaran dan pembelajaran. Dapatan menunjukkan penggunaan tayangan video ini dapat menarik minat pelajar.

Persembahan daripada video dapat menarik minat pelajar dengan penggunaan warna yang menarik, intonasi yang berubah-ubah, memek muka memainkan peranan dengan itu, apa yang cuba disampaikan daripada video dapat menjiwai diri pelajar dan pelajar akan membuat penilaian di setiap penceritaan. Guru memainkan peranan yang penting dalam membuat pemilihan video, sentiasa memastikan video yang akan ditayangkan berkualiti dan mempunyai nilai-nilai moral yang akan dipelajari.

Walau bagaimanapun tayangan video ini perlulah ada persediaan rapi sebelum memulakan pengajaran supaya penerangan isi kandungan cerita yang ditayangkan dapat disampaikan dengan tepat. Semasa aktiviti dijalankan guru seharusnya memberi penerangan dan meminta pelajar memberi fokus terhadap sesuatu yang akan dibincangkan sekiranya terdapat permasalahan pelajar hanya boleh menggangkat tangan dan guru akan memberhentikan tayangan video seketika.

Manakala selesai video ditayangkan guru perlu membuat perbentangan kecil untuk melihat sejauhmana keupayaan ingatan pelajar. Selain itu, pelbagai aktiviti lain boleh dilakukan selepas tayangan video seperti kuiz, soal jawab atau perbentangan kecil untuk mengetahui tahap kefahaman pelajar kaitan tajuk dengan video yang ditayangkan.

Tahap kefahaman pelajar boleh dinilai melalui tindak balas yang diberikan selepas tayangan ditontonkan, sama ada berbentuk penaakulan, emosi dan tingkah laku pelajar. Hal ini dipersetujui juga dengan Penggunaan media di dalam proses pendidikan akan menambah proses pemahaman pelajar lebih mendalam dan menjadikan aktiviti pembelajaran yang lebih pelbagai (Norah et.al 2012).

(10)

Perkembangan penaakulan pelajar dilihat daripada tindak balas soal jawab yang diberikan oleh guru. Pelajar boleh memberikan penerangan secara sepontan apa yang mereka rasai sepanjang PdPc dijalankan di samping memberikan luahan tindak balas yang seharusnya dilakukan baik, ataupun sebaliknya serta penerangan yang diberikan dibimbing oleh guru dalam membuat penilaian. Oleh itu, apabila keadaan pemilihan baik dan buruk telah diketahui oleh pelajar, pelajar secara automatik boleh melakukan tindak balas yang serupa dengan pemikiran dan perasaan.

Penggunaan video memberikan kemudahan untuk persedian guru dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan bukan hanya menggunakan medium yang sama seperti dahulu di mana mereka kebanyakan pendidik mengamalkan pembelajaran “chalk and talk” dan mereka mengamalkan pembelajaran pemusatan guru di mana kaedah ini lebih tertumpu kepada guru sebagai sumber utama untuk bantuan dan maklumat (Asmita 2013 & Maidinshah 2004) . Walau bagaimanapun penggunaan penyampaian elemen dalam video mampu menterjemahkan sesuatu situasi dan tingkah laku seseorang dalam pembelajaran dan pengajaran contohnya aksi tingkah laku bermoral dan tidak bermoral. Malah guru dapat menjimatkan masa dan silibus akan dapat diajar mengikut tempoh yang telah ditetapkan di samping perancangan sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan pencarian maklumat akan lebih mudah.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral mampu membentuk sifat keperibadian mulia kepada pelajar melalui tiga aspek dimensi moral. Kajian ini dapat memberi peningkatan kepada sikap ingin mengetahui tentang nilai-nilai moral yang terdapat dalam pedagogi pendidikan moral di sekolah menengah. Penambahbaikkan penggunaan video di dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah diharapkan dapat membentuk dan membantu pelajar mengenali misi pengajaran pendidikan moral di negara kita. Bagi menghadapi cabaran era globalisasi, gelombang transformasi negara ini menuntut guru dan institusi pendidikan melahirkan individu yang boleh berfikiran positif, mempunyai emosi moral dan tingkah laku terpuji.

Cabaran era globalisasi dan gelombang transformasi Negara ini juga memberikan guruguru peluang untuk memberikan ilmu melalui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pembelajaran berpusatkan bahan melibatkan audio-visual membolehkan guru menyampaikan pengajaran dengan lebih mudah, menarik dan berkesan. Justeru, pengenalan pembelajaran menggunakan video merupakan satu impak yang sangat berkesan kepada kefahaman pelajar mengenai pengajaran dan pembelajaran yang di sekolah. Demi menambah baik kualiti pendidikan negara ini, para pengajar perlu melakukan anjakan paradigma dan bersedia untuk membuat perubahan dan pembaharuan dalam menyampaikan pengajaran mereka agar dapat melahirkan pelajar yang mempunyai daya pemikiran yang tinggi, berfikiran kritis, kreatif dan rasional.

(11)

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahim & Hayazi. (2010). Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Di Kalangan GuruGuru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Daerah. Johor Bahru: UTM Press.

Andrew A. (1976). Moral Enterprise: Literature and Education in Antebellum America.

Ohio: Ohio State University Press.

Akhmad Sudrajat. (2008). Pengertian Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik dan Model Pembelajaran. Bandung: Sinar Baru Algensindo.

Azhar Arsyad. (2011). Media Pembelajaran. Jakarta: Rajagrafindo Persada.

Asmita, H.D. (2013). Colaborative Learning as Effective Teaching. Dlm. Global Online Electronic International Interdisciplinary Research Journal. 2(1), m.s. 400-403.

Diambil: https://files.eric.ed.gov/fulltext/EJ847776.pdf [2 September 2021].

Cheppy Riyana. (2007). Pedoman Pengembangan Media Video. Bandung: Program P3AI Universitas Pendidikan Indonesia.

Crowell T. (1971). Encyclopedia of Education. New York: Crowell Publishing Company.

Creswell, J. W. (1994). Research Design: Qualitative and Quantitative Approaches.

Thousand Oaks. CA: Sage

Huba M.E. & Freed J.E. (2000). Learner Centered Assessment on College Campuses:

Shifting the Focus from Teaching to Learning. Dlm. Community College Journal of Research and Practice. 24(9), m.s. 759-766. Diambil:

https://www.researchgate.net/publication/234

672988_LearnerCentered_Assessment_on_College_Campuses_Sifting_the_

Focus_fro m_Teaching_to_ Learning [1 September 2021].

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2003). Multimedia dalam Pendidikan. Bentong:

PTS Publication & Distributors.

Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill Education.

Norabeerah, S., Halimah, B. Z., & Azlina, A. (2011). Technical Skills in Developing Augmented Reality Application: Teachers’ Readiness, Visual Informatics. Dlm.

Sustaining Research and Innovations. 7067: 360-370. Heidelberg: Springer Verlag Berlin.

Norah Md Noor, Nurul Izzati Hamdan & Radhiah Ab Rahim. (2013). The Framework for Learning Using Video Based on Cognitive Load Theory Among Visual Learners. Dlm. Proceedings of the 5 th Conference on Engineering Education.

m.s.:15-20. Diambil:

http://eprints.utm.my/id/eprint/61260/1/NorahMdNoor2014_ConceptualFrame workfor VideobasedLearningEmbedded.pdf [1 September 2021].

Ngu Hang Ling. (2012). Penggunaan Video Untuk Meningkatkan Kefahaman Dan Minat Murid Tahun Empat Dalam Tajuk Proses Kehidupan Haiwan. Dlm.

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, m.s.46-60. Diambil:

http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/

BukuKoleksi/2012/SN/6.%20NGU%20H ANG%20LING.pdf [2 September 2021].

Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh. (2002). Peranan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Proses Globalisasi: Satu Tinjauan Dari Perspektif Islam. Dlm. Jurnal IKIM, 10(2), m.s. 137-162.

(12)

Sharples, M. (2000). The Design of Personal Mobile Technologies for Lifelong Learning. Dlm. Computers & Education. 34(3), pp. 177- 193.

Diambil:https://www.researchgate.net/

profile/MikeSharples/publication/222548900_The_design_of_personal_mobile _technol ogies_for_lifelong_learning/links/5dff4d1292851c8364910182/The- design-of-personalmobiletechnologies-for-lifelong-learning.pdf. [2 September 2021].

Yuen H.K., Deng, L. & Fox R. (2009). Use of WebCT in Online and Blended Modes.

Dlm. Interactive Technology and Smart Education, 6(4), 254-260. Diambil:

http://www.learntechlib.org/p/75877/ [2 September 2021].

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian ini bertujuan adalah (1) Untuk mengetahui adanya peningkatan hasil belajar siswa yang signifikan dengan menggunakan media pembelajaran video interaktif engine

Bentuk penyampaian tidak langsung merupakan bentuk penyampaian pesan moral yang dilakukan oleh pengarang secara tidak langsung. Pesan yang hendak disampaikan kepada

Penelitian ini bertujuan untuk melihat Pengaruh Penggunaan Media Video Pembelajaran Terhadap Hasil Belajar Siswa Kelas VII sekolah menengah pertama pada mata

Model kajian tindakan yang diperluaskan oleh Kemmis dan McTaggart (1988) digunakan untuk mengkaji keberkesanan teknik Teater Forum dalam mengembangkan aspek penaakulan

Kita boleh menggunakan platform ini dalam Pendidikan Islam untuk meningkatkan pembelajaran yang aktif, memberi maklum balas kepada pelajar dengan segera dan meningkatkan hubungan

Diharapkan video pembelajaran, dapat mencakup aspek-aspek yang memiliki peranan penting dalam membantu guru mejelaskan materi pelajaran yang disampaikan, sehingga guru dapat

Pengkaji dipandu oleh teori resapan dalam kajian ini untuk melihat penyebaran inovasi penggunaan dan penerimaan pensyarah, pelajar serta pegawai organisasi Sistem

Hasil validasi media pembelajaran video animasi dengan materi perubahan suhu dan wujud benda Subjek Uji Coba Pencapaian Kualifikasi Keterangan Ahli materi 89,28% Baik Perlu sedikit