• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 10: PENERBITAN VIDEO PENDIDIKAN 10.1 Video Dalam Pengajaran dan Pembelajaran - Bab 10 Video v2

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2019

Membagikan "BAB 10: PENERBITAN VIDEO PENDIDIKAN 10.1 Video Dalam Pengajaran dan Pembelajaran - Bab 10 Video v2"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 10: PENERBITAN VIDEO PENDIDIKAN

10.1 Video Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Video adalah sejenis media bergerak. Ia boleh menghasilkan imej yang realistik dan

sangat bermanfaat dalam penyampaian sesuatu mesej kepada penonton. Dalam

proses pengajaran dan pembelajaran, media ini mempunyai beberapa keistimewaan

yang seharusnya disedari oleh guru supaya ia boleh mempergunakannya dalam bilik

darjah.

Selain daripada keupayaannya menunjukkan imej yang begerak seperti merakam

seekor harimau bintang ketika berlari, media ini juga dapat mempercepatkan dan

melambatkan masa. Pergerakkan harimau bintang yang terlalu laju boleh diperlahankan

dengan teknik gerak perlahan, malah pergerakan itu boleh dibekukan.

Pernahkan anda melihat proses bunga berkembang dalam rancangan televisyen?

Sekiranya anda hendak melihat bunga sebenar berkembang tentulah mengambil masa

yang lama. Tetapi melalui teknik rakaman masa sela, masa boleh dipendekkan

di dalam bilik darjah. Murid-murid tidak perlu menonton begitu lama untuk melihat

bunga berkembang dalam keadaan sebenar.

Video juga berupaya membawa masuk peristiwa yang berlaku di luar bilik darjah atau

peristiwa-peristiwa berbahaya seperti letupan gunung berapi. Adalah mustahil untuk

membawa murid-murid melihat letupan gunung berapi dalam situasi yang sebanar.

Video berupaya merakam imej dekat dan jauh. Ini bermakna video boleh memanipulasi

ruang. Pergerakan sel-sel darah dalam tubuh badan boleh dilihat oleh murid-murid,

sementara murid-murid juga boleh melihat ruang angkasa melalui jarak jauh.

Masa dan ruang juga boleh dimanipulasikan melalui animasi. Teknik ini memerlukan

sedikit kemahiran bagi menghasilkan pergerakan yang biasanya akan menjadi tarikan

(2)

Setelah membaca tentang kelebihan-kelebihan video, anda mungkin teringin untuk

sendiri bahan video untuk pengajaran dan pembelajaran. Sebelum anda memulakan

kerja-kerja penggambaran adalah lebih baik anda ikuti terlebihi dahulu tentang

beberapa aspek berkaitan dengan penerbitan video. Dalam bahagian seterusnya anda

akan diterangkan tentang jenis-jenis kamera dan perakam video.

10.2 Jenis-Jenis Kamera Video

Anda mungkin pernah melihat orang menggunakan kamera video yang kecil dalam

majlis-majlis seperti perkahwinan, harijadi atau aktiviti-aktiviti sosial. Dalam situasi lain

pula anda mungkin melihat wartawan memikul kamera video di bahu. Anda mungkin

tertanya-tanya apakah perbezaannya selain daripada saiz yang berbeza. Sebenarnya

terdapat dua format video kamera yang utama iaitu kamera video analog dan kamera

video digital.

10.2.1 Kamera video analog

Kamera video jenis ini merakam imej dan menyimpannya dalam bentuk analog. Kamera

ini menggunakan tape magnetik dalam bentuk kaset video dalam pelbagai format

seperti format VHS, VHS-C, Hi 8 dan U-matic. Saiz

kaset ini berbeza-beza dan hanya boleh dimainkan pada pemain video yang sesuai

dengannya sahaja.

(3)

10.2.2 Kamera video digital

Kamera video jenis ini merakam imej dan menyimpannya dalam bentuk digital. Kamera

ini menggunakan kaset video dalam saiz yang kecil biasanya dalam format DVC (Digital

Video Cassette). Kamera video ini boleh disambungkan terus ke komputer dengan

menggunakan kabel firewire. Imejnya boleh disunting dengan menggunakan

perisian-perisian suntingan video secara digital melalui komputer.

Gambar 1.2 : Kamera Video Digital (DVC)

10.2.3 Bahagian-Bahagian Asas Kamera Video

Sebelum anda menggunakan sebuah kamera video, anda haruslah dapat mengenali

bahagian-bahagian asas sebuah kemera video. Sila lihat gambarajah di bawah dan

(4)

Rajah 1.3 : Bahagian kamera video

Rajah 1.4 : Gambar Bahagian Butang Rakaman

10.3 Jenis-Jenis Shot dan Pergerakan Kamera

Tonton beberapa rancangan televisyen. Semasa menonton, lihat pertukaran-pertukaran

imej dan pergerakan-pergerakan kamera. Semasa anda menonton anda akan dapati

ada ketikanya sesuatu imej itu diambil dari jarak dekat dan ada ketikanya pula dari jarak

jauh. Ada masanya kamera bergerak dari kiri ke kanan atau sebaliknya. Lihat pula

bagaimana kedudukan kamera semasa orang sedang bercakap atau berbual. Semua

perubahan-perubahan imej ini ada kaitan dengan jenis-jenis shot dan pergerakan kamera.

Butang rakam Lensa

Butang Zoom

Pemidang Tilik Pelekap mata

(5)

10.3.1 Jenis-jenis shot

Rajah 1.5 menunjukkan shot-shot yang baik dan shot-shot yang dilarang.

Big Close-Up (B.C.U.) Close-Up (C.U.)

Bust Shot (B.S.) Waist Shot (W.S.)

Knee Shot (K.S.) Full Length Shot (F.L.S.)

(6)

Rajah 1.5 : Jenis-jenis shot

Seimbang Kepala

terpotong

Berat di bawah

(7)

10.3.2 Jenis-jenis pergerakan kamera

Rajah 1.6 menunjukkan beberapa jenis-jenis pergerakan kamera. Perhatikan

pergerakan kemera yang dinyatakan.

Pan ke kanan

Pan ke kiri Panning

Tilt Up

Tilt Down Tilting

Pergerakan Dolly

(8)

Rajah 1.6 : Pergerakan Kamera

10.3 Merancang Penerbitan Bahan Video Untuk Pengajaran

Terdapat beberapa proses yang perlu diikuti ketika merancang peberbitan video untuk

pengajaran. Berikut adalah urutan proses-proses terbut:

Pergerakan Truck

Truck ke kanan Truck ke kiri

1. Tetapkan Tujuan dan Objektif

Pastikan anda tahu matlamat rancangan anda menghasilkan bahan video. Siapakan kumpulan sasarannya dan bagaimana bahan itu akan digunakan dalam pengajaran.

2. Buat Penyelidikan dan Sediakan Bahan

Kumpulkan bahan-bahan yang diperlukan seperti maklumat, gambar dan sebaginya

yang anda fikirkan berguna untuk

penggambaran.

3. Pilih Bahan-Bahan yang Sesuai

Bahan yang anda kumpul mungkin terlalu banyak. Pilih bahan-bahan yang difikirkan benar-benar perlu.

4. Menulis Skrip

Di sinilah anda mencurahkan idea anda secara berurutan dan berstruktur.

5. Bersedia Membuat Penggambaran

(9)

6. Sediakan Bahan-Bahan Grafik

Anda perlu menyediakan bahan-bahan grafik sebelum penggambaran dimulakan. Kalau tidak ia akan mengganggu kelancaran penggambaran

7. Sediakan Bahan dan Peralatan

Pastikan bahan dan peralatan bersedia dan berfungsi.

8. Mulakan Penggambaran

Anda mungkin akan membuat penggambaran luar dan dalam. Fikirkan kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku dan bersedia dengannya.

9. Menyunting

Setelah membuat rakaman, suntingan perlu dibuat.

10. Membuat Rakaman Audio

Langkah ini adalah untuk memasukkan narasyen, Kesan bunyi dan muzik latar.

11. Prebiu

Rancangan perlu dipratonton oleh satu kumpulan kecil dan kemudian perbaiki kesilapan sekiranya ada.

12. Gunakan Dalam Pengajaran

Di sinilah anda menggunakan program video yang telah dihasilkan.

13. Penilaian

(10)

10.4 Menyediakan skrip video atau papan cerita

Anda telah pun melalui pengalaman menghasilkan skrip audio. Sebenarnya konsep

penyediaan skrip audio dan video adalah sama. Hanya terdapat sedikit perbezaan dari

segi formatnya. Cuba anda perhatikan contoh skrip video di bawah. Bolehkan anda

(11)
(12)

Mengedit Video

Semasa anda membuat penggambaran, kemungkinan rakaman-rakaman tidak dibuat

dalam susunan yang sepatutnya. Kemungkinan juga terdapat imej-imej yang dirakam

terlalu panjang, atau tidak berkaitan sehingga keseluruhan rancangan yang dirakam itu

tidak berjalan dengan licin dan sempurna. Melalui proses mengedit, bahan-bahan

rakaman boleh disusun semula bagi menghasilkan video yang lebih licin dan sempurna.

Mengedit video analog

Kerja mengedit video analog memerlukan mesin mengedit. Tetapi ini tidaklah bermakna

bahawa tanpa mesin mengedit anda tidak boleh melakukan pengeditan. Untuk

kerja-kerja mengedit yang mudah dan murah, anda hanya memerlukan sebuah pemain video dan sebuah perakam video serta dua buah televisyen. Kedua-duanya perlu disambungkan. Sila lihat gambar di bawah dan cuba anda buat sambungannya dengan

menggunakan kemudahan yang terdapat di sekolah anda.

Gambar 1.7 : Perakam video

Apakah perbezaan di antara pemain dan perakam video?

Pemain video dan perakam video adalah sama. Perbezaannya ialah perakam video boleh merakam video. Ini boleh dikenalpasti dengan kehadiran butang Record yang biasanya berwarna merah.

Butang Rakaman (Record)

(13)

Cara-Cara Membuat Penyambungan Kabel

Gambar 1.8 : Cara membuat penyambungan kabel

Gambar 1.9 : Kabel AV

Proses mengedit sebuah rakaman dilakukan dengan cara memainkan sebuah rakaman

video pada unit pemain dan tekan butang Record pada unit perakam. Untuk

menyunting bahagian yang tidak dikehendaki, tekan butang Pause pada unit perakam

dan cari bahagian yang hendak dimasukkan pada unit pemain. Kemudian tekan semula

Record pada unit perakam untuk meneruskan rakaman.

Mengedit video digital

Terdapat beberapa proses dalam penyuntingan video digital seperti berikut:

1. CAPTURE

Proses capture gambar/ video merupakan proses pemindahan gambar dari

(14)

2. EDITING DALAM SOURCE MONITOR

Proses editing dilakukan untuk memotong beberapa klip video yang mungkin ingin hendak dibuang atau disimpan. Dalam proses ini, pemotongan dan penyambungan berlaku.

a. Pemotongan Gambar

Ada dua jenis pemotongan gambar dalam editing, iaitu cut dan transisi. Cut bererti perpindahan dari satu shot ke shot berikutnya secara langsung, tanpa ada transisi sama sekali. Jenis pemotongan cut terbahagi kepada dua cara:

i. matched cut - kesinambungan antara shot satu dengan cut shot berikutnya

ii. cut away - sebuah sambungan atau cut dipengaruhi oleh beberapa

faktor.

b. Penyambungan

Ketika shot disambungkan satu sama lain sehingga menjadi satu rangkaian, maka rangkaian shot tersebut haruslah dapat difahami.

Suntingan yang dilakukan berdasarkan kepada prinsip penyambungan shot, yang terdiri daripada sequence shot, cutting to continuity, classical cutting,

thematic montage, dan abstract cutting.

i. Sequence Shot jenis suntingan tanpa membuat pemotongan shot. Rakaman video telah dirancang mengikut babak yang berurutan secara

teratur. Kaedah ini digunakan semasa kewujudan teknologi

penyuntingan.

ii. Cutting to Continuity - merupakan sambungan atau cut digunakan untuk melanjutkan cerita, cutting to continue telling the story.

iii. Classical Cutting - sebuah pemotongan untuk memperjelas, sesuatu cerita (shot), cutting to clarify, dramatize or underline the previous shot.

iv. Thematic Montage - sebuah suntingan untuk menyambung satu cerita dengan cerita lain, sebuah babak untuk menyambung babak lain; cutting to connect one story to another; cutting to argue one thesis to another.

3. EDITING DALAM TIMELINE

(15)

ii. Move Tool : Memilih Klip

iii. Rate Stretch Tool : Mengatur kecepatan putar klip

4. PENAMBAHAN EFEK

Klip-klip yang ada di dalam timeline dapat diberikan efek tambahan untuk menjadikannya lebih menarik.

5. PENAMBAHAN TRANSISI

Proses penambahan transisi dilakukan agar terjadi perpindahan antar dua atau beberapa klip menjadi lebih halus.

6. RENDERING VIDEO

Proses ini merupakan, langkah terakhir setelah semua pengubahsuaian telah dilakukan. Bahan yang disunting akan menjalani proses rendering dengan mebuat penetapan setting seperti jenis format video.

Rumusan

Penguasaan kemahiran teknik asas merakam movie menggunakan kamera video,

sama ada analog mahupun digital membolehkan penghasilan bahan pengajaran dan

pembelajaran yang menarik. Kerja-kerja penyuntingan rakaman menggunakan aplikasi

seperti WMM, VCD Cutter dan penyuntingan video dengan menggunakan Ulead

VideoStudio 8, Pinnacle 11, Adobe Premier akan menghasilkan kerja bagaikan seorang

Gambar

Gambar 1.1 : Kamera Video analog yang menggunakan kaset video VHS
Gambar 1.2 : Kamera Video Digital (DVC)
Gambar 1.7 : Perakam video
Gambar 1.9 : Kabel AV

Referensi

Dokumen terkait

Kato MandataKata dan adab yang digunakan bila kita berkomunikasi dengan teman sebaya atau rekan kerja. Kato MalerengKata dan adab yang digunakan bila kita berkomunikasi dengan

Sesuai ketentuan yang berlaku, maka Kelompok Kerja (Pokja) IX (sembilan) KLP Barang/Jasa Pemerintah Kabupaten Tapin akan melakukan kegiatan Pembuktian Kualifikasi

2) Studentized residuals versus predicted values to check for constant error. 3) Externally Studentized Residuals to look for outliers, i.e., influential values. 4) Box-Cox plot

has order and way of life country or traditions, customs, conventions and culture, But according to Romo Magnis, Java ethics is different from West ethics. West

Pada hari ini Senin tanggal sebelas bulan Juli tahun dua ribu sebelas pukul 09.00 WIB bertempat di Dinas Kesehatan Kabupaten Gunungkidul, Panitia Pengadaan Obat dan

Poltak Sihombing, M.Kom sebagai Ketua Program Studi S1 Ilmu Komputer dan Teknologi Informasi Universitas Sumatera Utara dan selaku pembimbing I yang telah meluangkan waktu,

Hasil: Hasil penelitian menunjukkan wanita di Puskesmas Padang Bulan mempunyai pengetahuan dan sikap yang sedang tentang kanker payudara yaitu sebanyak 33 responden (48.5%)

Subjek yang akan diteliti oleh peneliti adalah siswa kelas VIII MTs Assyafi’iyah Gondang Tulungagung.. Peneliti memilih siswa kelas VIII