457 PENGHUJAHAN DARIPADA PERSPEKTIF AL-QURAN DALAM
MENGHADAPI COVID 19 Mohd Izzuddin Mohd Noor
Fakulti Keilmuan Islam, Kolej Universiti Islam Melaka, Batu 28, Kuala Sungai Baru,78200, Melaka, Malaysia.
Tel: 0196677528, E-Mail: [email protected]
Fatimah Nadirah Mohd Noor
Abstrak
Pandemik Covid 19 telah menjadi suatu fenomena dan tragedi yang misteri. Ini adalah kerana ianya berpunca daripada virus yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar, tetapi telah banyak mengorbankan nyawa dan memberikan kemudaratan kepada kehidupan manusia. Pelbagai langkah telah dilakukan oleh kebanyakan kerajaan bagi membendung penularan virus yang berbahaya ini. Sebagai seorang Muslim, kita beriman bahawa Al-Quran merupakan kitab pedoman yang dapat menyelesaikan pelbagai permasalahan yang dihadapi oleh manusia. Maka kajian yang berbentuk kualitatif ini dengan melakukan pemerhatian dan analisis dokumen, dijalankan bagi melihat penghujahan ayat-ayat Al-Quran dalam berhadapan dengan Covid 19 ini.
Pengkaji mengumpulkan maklumat daripada kitab-kitab tafsir turath dan moden, dan kajian-kajian ilmiah, serta keratan akhbar yang mempunyai kaitan dengan panduan Al- Quran kepada manusia apabila berhadapan dengan penularan wabak penyakit juga informasi tentang Covid 19. Bahan-bahan rujukan ini diteliti bagi mendapatkan gambaran sebenar daripada Al-Quran tentang cara-cara menghadapi ujian sesuatu penyakit. Hasil kajian mendapati bahawa penghujahan ayat-ayat Al-Quran boleh digunakan dalam merangka pelan tersusun bagi mengatasi jangkitan sesuatu penyakit dan kesannya terhadap masyarakat. Kesimpulannya, Al-Quran telah memberikan panduan umum kepada manusia bagi menghadapi permasalahan yang wujud daripada sesuatu ujian Allah termasuklah ketika berhadapan dengan penyakit Covid 19.
Kata Kunci: Penghujahan, Perspektif Al-Quran, Covid 19.
PENGENALAN
Al-Quran merupakan kitab suci Umat Islam yang menjadi panduan dalam kehidupan seharian. Ianya memberikan petunjuk sama ada dalam bentuk yang umum mahupun dalam bentuk yang terperinci. Allah SWT telah berfirman:
458
ُناَءۡرُقۡلٱ ِهيِف َلِزن ُ
أ ٓيِ لَّٱ َنا َضَمَر ُرۡهَش َّ
ِِّۚناَقۡرُف ۡلٱَو َٰىَدُهۡلٱ َنِهم ٖتََٰنِهيَبَو ِساَّنلِهل ىٗدُه
“Bulan Ramadan yang diturunkan padanya Al-Quran, petunjuk kepada manusia beserta penerangan dalam bentuk petunjuk dan furqan membezakan antara baik dan buruk”
(Al-Baqarah: 185)
Menurut Ibnu Kathir (1998), Allah SWT menurunkan Al-Quran sebagai petunjuk kepada hati hambaNya yang telah menyebabkan hambaNya beriman dengan Al-Quran, membenarkanNya, dan mengikutiNya. Selain daripada itu, Al-Quran juga merupakan pemberi peringatan kepada manusia. Allah SWT berfirman:
َنو ُظِفَٰ َحَل ۥُ لَ اَّنوَإِ َر َ كِهلَّٱ اَ ۡ لنَّزَن ُنۡ ۡ نَ اَّنِإ َ
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan peringatan, dan sesungguhnya Kami juga akan memeliharaNya”
(Al-Hijr: 9)
Menurut Al-Jazairi (2003), al-Zikr di sini ialah Al-Quran yang menjadi hidayah petunjuk, rahmat, penyembuh, dan cahaya. Bahkan dalam ayat yang lain, Allah SWT juga telah berfirman secara khusus yang menyatakan bahawa Al-Quran adalah penawar. Menurut Ismail Haqqi (t.t), terdapat enam ayat Al-Quran yang membicarakan tentang penawar bagi penyakit iaitu;
َينِنِمۡؤُّم ٖمۡوَق َروُد ُص ِف ۡشَيَو
(Al-Taubat: 14)
ى ٗدُهَو ِروُد ُّصلٱ ِفِ اَمِ هل ءٓاَفِشَو
(Yunus: 57)
ِّۚ ِساَّنلِ هل ءٓاَفِش ِهيِف
(Al-Nahl: 69)
َينِنِمۡؤُم ۡلِهل ةَ ۡحَْرَو ءٓاَفِش َوُه اَم ِناَءۡرُقۡلٱ َنِم ُلِه َنُنَو
(Al-Isra’: 82)
ۡضِرَم ا َذوَإِ
ِينِف ۡشَي َوُهَف ُت
(Al-Shuara’: 80)
ۚ ء ٓاَفِشَو ىٗدُه ْاوُنَماَء َنيِ َّلَِّل َوُه ۡلُق
(Fussilat: 44)
Maksud penawar ini adalah bagi penyakit hati dan juga penyakit fizikal jasmani.
Menurut Ismail Haqqi (t.t) lagi, telah berkata Tajuddin Al-Subki Rahimahullah taala dalam kitab tabaqatnya"Aku telah melihat ramai di kalangan syeikh-syeikh besar menulis ayat ini dan memberi minum air tersebut daripada bekas dengan niat untuk mendapatkan kesembuhan”. Berdasarkan kepada apa yang dinyatakan ini, jelas menunjukkan bahawa Al-Quran berperanan dalam memberikan penyembuhan pada sebarang penyakit sama ada penyakit luaran mahupun dalaman yang dihadapi oleh manusia. Hal ini menjadikan Al-Quran formula penyembuhan yang dinamik apabila berupaya merawat penyakit jasad dan juga penyakit ruh.
459 Sebagaimana yang telah diketahui, dunia pada hari ini berhadapan dengan
masalah yang begitu getir apabila berlakunya penularan wabak Covid 19. Menurut laporan yang dikeluarkan, bahawa Covid 19 mula dikesan pada bulan November 2019 di Wilayah Hubei China(Sinar Harian, 2020). Ianya sangat cepat merebak dan telah menghasilkan pelbagai varian seperti varian United Kingdom kini dikenali sebagai varian Alpha, Afrika Selatan sebagai Beta, Brazil sebagai Gamma dan India sebagai Delta(Sinar Harian, 2021).Varian delta telah menyebabkan lonjakan kes penularan baru di pelbagai negara(Awani, 2021). Jika merujuk kepada laman sesawang Pertubuhan Kesihatan Dunia(WHO), setakat kajian ini dicatatkan, terdapat sebanyak kes228 394 572 jangkitan positif Covid 19 dengan 4 690 186 kematian(WHO, 2021).
Manakala di Malaysia pula, terkini sebanyak2,112,175 kes jangkitan positif Covid 19 dengan 23067 kematian(COVID KKM, 2021). Pertambahan kes yang semakin hari semakin bertambah dari masa ke masa, banyak disebabkan oleh Pilihan Raya Negeri Sabah pada tahun lepas 2020. Hal ini sebagaimana yang telah diakui sendiri oleh Perdana Menteri(Berita Harian, 2020).
Maka dalam berhadapan pandemik Covid 19 ini, pada pandangan pengkaji penghujahan daripada perspektif Al-Quran dapat memberikan panduan sebaik-baiknya jika sekiranya semua lapisan masyarakat benar-benar menghayati dan mempraktikkan apa yang telah dinyatakan di dalam Al-Quran. Dalam kajian ini, terdapat beberapa tema penghujahan daripada perspektif Al-Quran iaitu;
1) Istirja’(mengembalikan sesuatu urusan) kepada Allah SWT 2) Meminta pertolongan dengan sabar dan solat
3) Mengelakkan kemudaratan 4) Tidak berputus asa
5) Cara penerimaan berita dan maklumat 6) Taat dan menegur pemerintah
7) Merujuk kepada pakar
8) Melakukan mesyuarat dan perbincangan
9) larangan merasakan diri baik dan mencemuh orang lain, 10) Tolong-menolong antara satu sama lain.
ISTIRJA’(MENGEMBALIKAN SESUATU URUSAN) KEPADA ALLAH SWT Firman Allah SWT:
َنوُعِجََٰر ِهۡ َلَِإ ٓاَّنوَإِ ِ َِّللّ اَّنِإ ْآوُلاَق ةَبيِصُّم مُهۡتَبَٰ َصَأ ٓاَذِإ َنيِ َّلَّٱ
“Mereka yang apabila ditimpa dengan sesuatu musibah, lalu mereka akan berkata:
sesungguhnya kami datang daripada Allah, dan kepada Allah kami akan dikembalikan”
(Al-Baqarah:156)
Menurut Muhammad Rashid Redha (1990), ayat ini menunjukkan hakikat keimanan manusia yang merupakan makhluk Allah SWT, dan milik Allah SWT.
Semua yang telah ditetapkan oleh Allah SWT mempunyai hikmah dan mengikut sunnah kejadian alam. Mereka yang mengungkapkan kalimah istirja’ ini akan dapat mengawal perasaan dan emosinya dengan penuh kesabaran, keimanan dan penyerahan
460 kepada Allah SWT. Hal ini menjadikan mereka terus cekal tabah dan akhirnya berjaya
mengharungi cabaran ujian daripada Allah SWT.
Pembacaan ucapan istirja’ ini bukanlah dilakukan apabila mendapat berita kematian sahaja sebagaimana yang biasanya difahami oleh kebanyakan daripada masyarakat kita. Namun dalam apa sahaja ujian dan musibah yang menimpa, ucapan pertama yang perlu keluar daripada mulut kita ialah istirja’. Hal ini adalah kerana menurut Al-Qurtubi (1964), maksud musibah ialah setiap apa yang menyakitkan dan yang menimpa ke atas manusia. Manakala hukumnya pula adalah sunat mengikut pandangan yang terpilih, begitu juga sebagaimana yang dinyatakan oleh ayat itu sendiri dan juga ijmak dikalangan Umat Islam(Al-Nawawi, 1973).
Maka berdasarkan penghujahan ini, adalah disunatkan oleh kita semua yang secara umumnya setiap hari berhadapan dengan musibah Covid 19 untuk melafazkan ungkapan istirja’ ini. Ini adalah terutamanya apabila dijangkiti virus Covid 19 sama ada berkuarantin di rumah dan hospital mahupun di mana-mana sahaja pusat kuarantin.
Memperbanyakkan mengungkapkan ucapan istirja’ dapat menstabilkan emosi dan perasaan dalam meneruskan kelangsungan kehidupan pada zaman pandemik Covid 19.
MEMINTA PERTOLONGAN DENGAN SABAR DAN SOLAT Allah SWT berfirman:
ِِّۚةَٰو َل َّصلٱَو ِ ۡبِ َّصلٱِب ْاوُنيِعَتۡسٱَو
“Dan mintalah pertolongan daripada Allah dengan bersabar dan menunaikan solat”
(Al-Baqarah: 46)
Menurut Al-Baidhawi (1997), maksud memohon pertolongan Allah dengan sabar ialah menunggu kejayaan dan jalan keluar daripada permasalahan yang dihadapi dengan bertawakal kepada Allah SWT. Selain daripada itu juga ialah berpuasa dengan sabar daripada melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa, di mana ianya boleh mengekang syahwat dan juga menyucikan jiwa. Manakala memohon pertolongan Allah dengan solat pula kerana ianya merupakan ibadah yang merangkumi bentuk fizikal seperti membersihkan diri daripada najis, hadas, menutup aurat, mengadap ke arah kiblat, dan bentuk spiritual seperti khusyuk, ikhlas, mujahadah melawan gangguan syaitan, bermunajat, membaca Al-Quran. Semua ini dapat menangani musibah yang dihadapi.
Menurut Imam Ahmad perkataan sabar di dalam Al-Quran dinyatakan pada 90 tempat dan hukumnya adalah wajib secara ijmak(Ibnu Qayyim, t.t). Antara yang disebutkan ialah berkaitan dengan kecantikan sabar atau sabar yang cantik. Menurut Ibnu Taimiyyah (1995) kecantikan sabar atau sabar yang cantik membawa maksud tidak mengadu dan merintih akan kesusahan yang dihadapi kepada selain daripada Allah SWT. Di samping itu juga, menurut Al-Qaradawi (1989), terdapat beberapa bentuk sabar di dalam Al-Quran iaitu sabar di atas ujian pancaroba dunia, sabar di atas keinginan diri sendiri, sabar dalam mentaati perintah Allah SWT, sabar dalam menghadapi peperangan dan sabar dalam hubungan sesama manusia. Menurut Al-
461 Ghazali (t.t) pula, antara jenis-jenis sabar ialah sabar ke atas kesusahan yang menimpa
pada tubuh badan, penyakit yang berbahaya, dan juga kecederaan luka yang parah.
Melalui penghujahan ini, pada musim pandemik Covid 19, masyarakat haruslah meningkatkan kesabaran yang tinggi dalam berhadapan dengan penularan virus Covid 19 dengan mematuhi segala Standard Operation Procedure(SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan seperti memakai pelitup muka, mengelakkan tempat yang sesak, dan tidak bersentuhan bersalaman antara satu sama lain walaupun ianya bertentangan dengan kehendak dan keinginan diri sendiri. Perhubungan antara satu sama lain perlu dibataskan dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter.
Perjuangan melawan Covid 19 pula merupakan satu bentuk peperangan yang memerlukan kesabaran yang berpanjangan kerana sampai hari ini, belum terdapat petanda bahawa dunia akan bebas daripada cengkaman Covid 19. Bagi yang diuji dengan Covid 19 terutamanya pada stage 3 dan ke atas, mereka perlulah bersabar dengan ujian ini. Manakala waris yang kehilangan individu yang tersayang juga perlulah bersabar atas ujian kematian tersebut. Semua ini bertepatan dengan objektif sabar menurut perspektif Al-Quran sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini oleh Al-Qaradawi dan Al-Ghazali.
MENGELAKKAN KEMUDARATAN
Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menuntut umat Islam supaya mengelakkan daripada berlakunya kemudaratan sama ada kepada diri sendiri, anak- anak, mahupun orang lain. Dalam hal ini, Allah SWT melarang sebarang bentuk pembunuhan dan juga perkara yang merbahaya. Allah SWT berfirman:
اٗميِحَر ۡمُكِب َن َكَ َ َّللّٱ َّنِإ ۚۡمُكَسُفنَأ ْآوُلُتۡقَت َلاَو
“Dan janganlah kamu membunuh diri kamu sendiri, sesungguhnya Allah sangat menyayangi kamu”
(Al-Nisa: 29)
Menurut Siddiq Hasan Khan (1992), ayat ini juga membawa maksud larangan membunuh diri sendiri dengan melakukan sebarang perkara yang menyebabkan kematian.
Firman Allah SWT:
ۖۡمُهاَّيوَإِ ۡمُكُقُزۡرَن ُنۡ َّ
نَ ٖقَٰ َلۡمِإ ۡنِهم مُكَدََٰلۡوَأ ْآوُلُتۡقَت َلاَو ِِّۚهقَ ۡ
لْٱِب َّ
لاِإ ُ َّللّٱ َمَّرَح ِتِ َّلٱ َسۡفَّلنٱ ْاوُلُتۡقَت َلاَو
“Dan jangan kamu bunuh anak kamu kerana takutkan kemiskinan, kami yang memberikan rezeki kepada kamu dan mereka”
“Dan jangan kamu bunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah SWT kecuali dengan cara yang
462 benar”
( Al-Anaam: 151 )
Menurut Al-Zuhaili (2001), larangan membunuh anak-anak merupakan pesanan Allah yang ketiga di dalam ayat ini di mana larangan merangkumi membunuh anak-anak lelaki dikhuatiri akan menjadi fakir, dan juga larangan membunuh anak-anak perempuan atas sebab berasa aib mempunyai anak perempuan. Allah akan memberikan rezeki yang terjamin kepada bapa-bapa dan anak-anak tersebut. Maka bapa-bapa tidak perlu berasa takut jatuh fakir dan dihina aib kerana Allah tetap akan memberikan rezeki kepada hamba-hambaNya. Manakala larangan membunuh tanpa mempunyai sebab yang dibenarkan iaitu kesalahan berzina bagi yang telah berkahwin, membunuh dengan sengaja, dan murtad keluar daripada agama Islam merupakan pesanan kelima Allah SWT. Hal ini adalah kerana membunuh merupakan jenayah dan kemungkaran yang besar. Ianya merupakan perbuatan yang melampaui batas keterlaluan terhadap makhluk ciptaan Allah SWT.
Firman Allah SWT:
ِةَكُلۡهَّلِٱ لَِإ ۡمُكيِدۡي َ َ
أِب ْاوُقۡلُت َلاَو
“Dan jangan kamu campakkan diri kamu ke lembah kebinasaan”
(Al-Baqarah: 195)
Menurut Al-Sa’adi (2000), maksud ayat ini terbahagi kepada dua; iaitu meninggalkan apa yang telah diperintahkan untuk dilakukan, dan melakukan sesuatu perkara yang menyebabkan hilangnya nyawa dan ruh.
Dengan penghujahan ini, ketika wabak Covid 19, semua pihak bertanggung jawab untuk memelihara nyawa masing-masing dan juga nyawa orang lain. Antara bentuk pemeliharaan nyawa ialah dengan mendapatkan suntikan vaksin Covid 19 sebagaimana yang telah disarankan oleh pihak kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM). Kerajaan juga telah melancarkan buku banduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pada 16 Februari 2021, mengandungi pelbagai maklumat berkaitan program vaksinasi terbesar yang pernah dilaksanakan negara berikutan pandemik COVID-19(Berita Harian, 2021). Menurut Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Zamberi Sekawi, ketika vaksin COVID-19 dihasilkan, ia direka bagi mengurangkan kematian akibat COVID-19, selain mengelak pesakit dimasukkan ke hospital dan mengurangkan gejala teruk akibat wabak ini(Berita Harian, 2021). Walaupun terdapat pelbagai tohmahan berkenaan hukum kesucian vaksin Covid 19, mesyuarat khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang bersidang pada 3 Disember 2020 mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan ia wajib diambil golongan ditetapkan kerajaan(Harian Metro, 2020).
Bahkan penolakkan kepada pengambilan vaksin ini merupakan perbuatan yang mencampakkan diri ke lembah kebinasaan dan bercanggah dengan ayat 195 Surah Al- Baqarah di atas.
TIDAK BERPUTUS ASA Firman Allah SWT:
463
َنوُرِفَٰ َك ۡلٱ ُمۡوَقۡلٱ َّلاِإ ِ َّللّٱ ِحۡوَّر نِم ُسَأْيَي َلا ۥُهَّنِإ ِۖ َّللّٱ ِحۡوَّر نِم ْاوُسَأْيَت َلاَو
“Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, sesungguhnya tidak berputus asa melainkan golongan yang kafir”
(Yusuf: 87)
Menurut Ibnu Abbas, ayat ini membawa maksud orang yang beriman mengharapkan kebaikan daripada Allah SWT melalui bala yang ditimpakan dan mereka memuji Allah SWT ketika senang. Putus asa daripada rahmat Allah SWT juga berlaku apabila seseorang itu berpandangan bahawa tuhan tidak memiliki kekuasaan yang sempurna terhadap sesuatu perkara, tuhan tidak mengetahui tentang semua perkara, dan tuhan tidak bersifat pemurah bahkan bersifat bakhil(Al-Razi,1998).
Firman Allah SWT:
ِۚ َّللّٱ ِةَ ۡحَّْر نِم ْاوُطَنۡقَت َلا
“Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah”
(Al-Zumar: 53)
Menurut Al-Sabuni (1997), rahmat Allah SWT di sini membawa maksud keampunan Allah SWT kepada mereka yang melakukan maksiat dan dosa.
Melihat kepada penghujahan ini, maka tidak sewajarnya bagi mereka yang beriman kepada Allah SWT untuk berasa kecewa dan putus asa di sebalik ujian penularan Covid 19 ini. Setiap ketetapan takdir Allah SWT akan disertai dengan kebaikan kepada manusia. Selain daripada itu melalui ayat 53 Surah Al-Zumar ini, pandemik Covid 19 menuntut kita agar sentiasa beristighfar memohon keampunan kepada Allah SWT. Apa yang jelas, istighfar akan menurunkan rahmat daripada Allah SWT sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam Al-Quran;
اٗراَّفَغ َن َكَ ۥُهَّنِإ ۡمُكَّبَر ْاوُرِفۡغَتۡسٱ ُتۡلُقَف اٗراَرۡدِهم مُكۡيَلَع َءٓاَم َّسلٱ ِلِسۡرُي اٗرَٰ َهۡن َ أ ۡمُكَّل لَعۡجَيَو ٖتََّٰنَج ۡمُكَّل لَعۡجَيَو َينِنَبَو ٖلََٰوۡمَأِب مُكۡدِدۡمُيَو
“Aku(Nabi Nuh) berkata: Maka istighfarlah memohon keampunan kepada tuhan kamu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Sekiranya kamu beristighfar, akan dihantar hujan yang lebat, dikembangkan harta benda anak pinak kamu,dijadikan kepada kamu kebun yang subur, dan sungai-sungai yang mengalir”
(Nuh: 10-12)
Menurut Muhammad Sayyid Tantawi (t.t), jika istighfar dilakukan, maka Allah SWT akan mengurniakan rahmat dan kelebihan sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat-ayat tersebut. Rahmat dan kelebihan tersebut ialah keberkatan daripada langit dengan turunnya hujan, keberkatan pada tanah dengan disuburkan tanaman, dikurniakan harta benda dan anak pinak. Dalam konteks Covid 19 ini, istighfar dengan izin Allah SWT, akan dapat mengeluarkan manusia daripada kemelut penyakit yang berbahaya ini, apabila
464 keseluruhan ekosistem alam ini diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.
CARA PENERIMAAN BERITA DAN MAKLUMAT Firman Allah SWT:
ْآوُنَّيَبَتَف ٖإَبَنِب ًُۢقِسا َف ۡمُكَءٓاَج نِإ ْآوُنَماَء َنيِ َّلَّٱ اَهُّيَأََٰٓي
“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang yang fasik dengan suatu berita, maka hendaklah kamu siasat terlebih dahulu”
(Al-Hujurat: 6)
Menurut Al-Maraghi (1946), melalui ayat ini, Allah SWT mengajarkan adab kepada orang beriman dengan adab yang bermanfaat pada agama dan dunia mereka. Adab tersebut ialah, apabila datang seorang fasiq yang tidak melaksanakan syiar agama Islam membawa sesuatu khabar berita, tidak terlalu mudah mempercayainya sehinggalah diselidiki terlebih dahulu. Ini adalah kerana mereka yang fasiq kebiasaannya akan berbohong.
Firman Allah SWT:
ٌۚمۡلِع ۦِهِب َكَل َسۡيَل اَم ُفۡقَت َلاَو
“Jangan kamu mengikut sesuatu perkara yang kamu tidak mempunyai ilmu tentangnya”
(Al-Isra’: 36)
Menurut Nawawi (1995), ayat ini bermaksud, manusia tidak boleh mengikut sesuatu tanpa ilmu sama ada dalam bentuk perkataan atau perbuatan seperti seseorang yang menelusuri satu jalan dalam keadaan tidak mengetahui sama ada akan tiba ke destinasi yang ditujui ataupun tidak. Ilmu ialah sangkaan yang terhasil berdasarkan kepada bukti yang kukuh.
Rentetan daripada penghujahan-penghujahan ini, maka penerimaan sesuatu berita dan maklumat pada musim pandemik Covid 19 terutamanya daripada sumber yang meragukan mestilah diteliti terlebih dahulu sebelum dipercayai dan seterusnya disebarkan.
Menurut Wan Mohd Nor (2020), penularan berita palsu bukan fenomena baharu, tetapi kesannya dapat dilihat lebih jelas pada era COVID-19. Ketika masyarakat dunia berusaha menangani cabaran itu dan bakal menghadapi kemelesetan ekonomi, kita juga terpaksa berdepan dengan 'pandemik' baharu, iaitu penularan berita palsu dan maklumat tidak tepat.
Malah lebih teruk daripada itu, penyebaran berita palsu berkenaan Covid 19 ini telah menyebabkan wujudnya ketakutan psikologi yang ekstrem dan telah menambahkan lagi kebimbangan di kalangan ahli masyarakat(Sapora Sipon, 2020). Sejak Mac 2020, melalui pemantauan yang dibuat oleh sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Pasukan Respon Pantas, sebanyak 464 berita palsu telah berjaya ditangkis penyebarannya(KKMM, 2021).
Antara berita palsu yang banyak tersebar ialah berkaitan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jumlah kes harian jangkitan COVID-19, bantuan Prihatin Nasional (BPN), bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan hal-hal berhubung pandemik COVID-19(Abdul Rashid Abdul Aziz et.al, 2020).
TAAT DAN MENEGUR PEMERINTAH Firman Allah SWT:
465
ۖۡمُكنِم ِرۡم َ ۡ لأٱ ِلِْو ُ
أَو َلوُسَّرلٱ ْاوُعيِط َ
أَو َ َّللّٱ ْاوُعيِط َ
أ ْآوُنَماَء َنيِ لَّٱ اَهُّي َّ َ أََٰٓي
“Wahai Orang Beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul serta ulil amri dikalangan kamu”
(Al-Nisa’: 59)
Ulil Amri di dalam ayat ini bermaksud pemimpin Umat Islam pada zaman Rasulullah SAW dan selepas daripada zaman Rasulullah SAW, ini termasuklah khalifah dan hakim.
Ketaatan kepada pemimpin wajib selagi mana mereka berada di atas kebenaran dan menegakkan keadilan(Al-Baidhawi, 1997). Menurut Al-Naisaburi (1994), diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib RA bahawa tanggungjawab pemimpin ialah melaksanakan hukum sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT dan menunaikan Amanah. Jika sekiranya pemimpin berbuat sedemikian, maka rakyat perlu mendengar dan mentaati pemimpin tersebut.
Firman Allah SWT:
َۚمِل ُظ نَم لاِإ ِلۡوَقۡلٱ َنِم ِءٓوُّسلٱِب َرۡهَۡلَٱ ُ َّللّٱ ُّبِ ُيَ َّلا۞ َّ
“Allah tidak suka pendedahan secara terbuka keburukan seseorang dilakukan melainkan jika sekiranya terhadap orang yang dizalimi”
( Al-Nisa’: 148 )
Menurut Al-Sya’rawi (1997) mendedahkan kezaliman mempunyai dua manfaat iaitu;
mengelakkan diri daripada ditindas dan membolehkan orang lain berhati-hati, berwaspada dengan tingkah laku orang zalim tersebut. Hal ini adalah supaya penzalim tersebut tidak beranggapan bahawa dirinya selamat daripada kezaliman yang telah dilakukan. Jika setiap orang menyembunyikan ketidakadilan yang telah dialaminya, maka ketidakadilan tersebut akan terus tersebar.
Dengan memerhatikan kepada penghujahan-penghujahan ini, maka segala polisi dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak kerajaan dalam kerangka untuk membendung masalah penularan wabak Covid 19 wajib ditaati dan dilaksanakan oleh rakyat keseluruhannya walaupun perkara tersebut tidak dinyatakan secara jelas di dalam nas-nas syarak. Hal ini merupakan salah satu daripada hak-hak pemerintah yang perlu dilakukan oleh rakyat selagi mana tidak diperintahkan dalam perkara maksiat(Al-Khayyat, 1999). Dalam masa yang sama, rakyat boleh menyuarakan pandangan dan kritikan jika sekiranya terdapat kelemahan dan kecuaian pihak pemerintah dalam menetapkan atau mengaplikasikan peraturan tersebut. Hal ini bertepatan dengan saranan ayat 148 Surah Al- Nisa’ tersebut kerana maksud kezaliman pada pandangan kebanyakan ulamak membawa maksud meletakkan sesuatu bukan pada kedudukannya yang sebenar sama ada sedikit atau banyak, bersesuaian atau tidak dengan masa dan tempat(Al-Asfahani, 1990). Mana- mana polisi dan undang-undang serta pelaksanaannya yang kurang cekap dan berkesan termasuk dalam kezaliman yang perlu disuarakan untuk ditambah baik dan diubah.
MERUJUK KEPADA PAKAR Firman Allah SWT:
َنوُمَلۡعَت َ
لا ۡمُتنُك نِإ ِر كِهلَّٱ َلۡه ۡ َ
أ ْآوُلَئ ۡسَف
466
“Maka tanyalah mereka yang mengetahui jika sekiranya kamu tidak mengetahuinya”
(Al-Nahl: 43)
Menurut Al-Harari (2001), Ahl Al-Zikr di sini membawa maksud golongan ilmuwan. Ayat ini mengisyaratkan, wajibnya merujuk kepada ilmuwan dalam perkara yang tidak diketahui(Ismail Haqqi, t.t).
Firman Allah SWT:
َۗنوُمَلۡعَي لا َنيِ َ لَّٱَو َنوُمَلۡعَي َنيِ َّ َّ
لَّٱ يِوَت ۡسَي ۡلَه ۡلُق
“Katakanlah adakah sama mereka yang mengetahui dengan mereka yang tidak mengetahui”
(Al-Zumar: 9)
Perbezaan antara golongan yang mengetahui dengan golongan yang tidak mengetahui ialah ibarat bezanya malam dan siang, cahaya dan kegelapan, air dan api(Al-Sa’adi, 2000).
Merujuk kepada penghujahan-penghujahan ini, segala perkara yang berkaitan dengan proses menangani Covid 19 perlulah melibatkan pakar-pakar dalam pelbagai bidang. Perkara ini telah berlaku contohnya dalam Muzakarah khas yang membincangkan hukum Covid 19, di mana ianya disertai olehsemua mufti negeri atau wakilnya; Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri dan wakil Majlis Agama Islam Negeri, dan turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Mohtar Mohd Abd Rahman, yang menyampaikan taklimat muktahir dan terkini berkenaan COVID-19(Berita Harian, 2020). Hal ini berkaitan dengan pengurusan agama Islam semasa pandemik Covid 19. Bahkan kerjasama dengan pakar-pakar kesihatan, ekonomi dan sosial dalam menangani situasi pandemik COVID-19 dalam negara telah diperkukuh bagi memastikan keberkesanan tindakan kesihatan awam dan strategi pengurusan pesakit(MOF, 2021).
Manakala bagi masyarakat awam pula, perlulah menjadikan pakar-pakar yang berautoriti sebagai sumber rujukan dalam menilai maklumat-maklumat yang banyak bertebaran berkaitan dengan Covid 19.
MELAKUKAN MESYUARAT DAN PERBINCANGAN Firman Allah SWT:
ِِۖرۡم َ ۡ
لأٱ ِفِ ۡمُهۡرِواَشَو
“Dan mereka bermesyuarat dan berbincang dalam sesuatu urusan”
(Ali Imran:159)
Telah berkata Ibnu Khuwaiz Mandad: wajib ke atas penguasa untuk bermesyuarat dengan ulamak ilmuwan dalam perkara yang mereka tidak ketahui berkaitan urusan agama. Selain itu, wajib juga mereka bermesyuarat dengan tentera dalam perkara yang berkaitan dengan peperangan, dengan orang ramai berkaitan kemaslahatan, dengan menteri-menteri untuk kemaslahatan negara dan pembangunannya(Al-Qurtubi, 1964).
ۡم َ أَو ۡمُهَنۡيَب َٰىَروُش ۡمُهُر
“Dan dalam urusan mereka, mereka akan melakukan mesyuarat perbincangan antara mereka”
(Al-Syura: 38)
Di dalam ayat ini, Allah SWT menyifatkan orang beriman sebagai mereka yang
467 melakukan mesyuarat sesama mereka dalam sesuatu urusan. Hal ini menunjukkan bahawa
sebaik-baik sistem ialah sistem demokrasi. Manakala membuat keputusan secara bersendirian dalam kerajaan bukanlah daripada sistem Islam. Negara yang menjalankan sistem berparlimen adalah merupakan negara yang paling dihormati dan disanjungi(Al- Khatib, 1964).
Daripada naratif penghujahan-penghujahan ini, amalan bermesyuarat dan berbincang penting untuk dilaksanakan terutamanya oleh pihak eksekutif pentadbiran negara dengan semua pihak yang berkaitan bermula daripada pihak atasan sehinggalah kepada pihak bawahan. Maka parlimen yang merupakan simbol syura dalam sistem demokrasi moden, perlulah dibuka bagi membolehkan perbincangan secara sihat dapat dilakukan antara pihak kerajaan dan pembangkang dalam usaha menangani Covid 19. Selain daripada itu, pihak kerajaan juga perlu mendengar rintihan daripada rakyat bawahan berkaitan masalah yang dihadapi dalam kehidupan akibat penularan Covid 19. Dalam masa yang sama, kerajaan perlu berusaha untuk memenuhi kehendak dan permintaan rakyat untuk berhadapan dengan kemelut masalah disebabkan Covid 19.
LARANGAN MERASAKAN DIRI BAIK DAN MENCEMUH ORANG LAIN Firman Allah SWT:
ِن لاَو ۡمُهۡنِهم اٗ ۡيَْخ ْاوُنوُكَي ن َ َ
أ َٰٓ َسََع مۡوَق نِهم مۡوَق ۡرَخ ۡسَي لا ْاوُنَماَء َنيِ َ لَّٱ اَهُّي َّ َ أََٰٓي ن َ
أ َٰٓ َسََع ءٓا َسِهن نِهم ءٓا َس
ِِۖبَٰ َقۡلَ ۡلأٱِب ْاوُزَباَنَت َلاَو ۡمُكَسُفنَأ ْآوُزِمۡلَت َلاَو َّۖنُهۡنِهم اٗ ۡيَْخ َّنُكَي
“Wahai Orang Beriman, janganlah sesuatu kaum dikalangan lelaki menghina sesuatu kaum lelaki yang lain kerana mungkin kaum yang dihina itu lebih baik, begitu juga janganlah sesuatu kaum dikalangan perempuan menghina sesuatu kaum perempuan yang lain kerana mungkin kaum yang dihina itu lebih baik. Dan janganlah mendedahkan keaiban mereka yang lain, dan janganlah memanggil dengan gelaran yang buruk”
(Al-Hujurat: 11)
Allah SWT melarang perbuatan mengaibkan orang lain dengan penuh kehinaan.
Walaupun orang yang menghina orang lain berada pada kedudukan yang tinggi dalam kehidupan dunia, namun dia lupa bahawa orang yang dihina tersebut lebih baik kedudukannya di sisi Allah SWT(Al-Jassas, 1983).
Firman Allah SWT:
َ لاَو ْاو ُس َّسَ َ تَ َ
لا َو ۖ مۡثِإ ِهن َّظلٱ َضۡعَب َّنِإ ِهن َّظلٱ َنِهم اٗيِْث َك ْاوُبِنَتۡجٱ ْاوُنَماَء َنيِ َّلَّٱ اَهُّيَأََٰٓي ۚا ًضۡعَب مُك ُضۡعَّب بَتۡغَي
“Wahai Orang Beriman, Jauhkanlah daripada banyak berpra sangka, sesungguhnya sebahagian daripada pra sangka itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip dan mengumpat sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain”
(Al-Hujurat: 12)
Jauhkanlah daripada banyak berpra sangka bermaksud jangan mengeji orang lain dengan sangkaan buruk tanpa sebarang bukti kebenaran. Manakala jangan mengintip bermaksud jangan mencari-cari keaiban orang lain yang telah ditutup oleh Allah SWT. Sesiapa yang
468 ingin menyelamatkan dirinya daripada perbuatan mengumpat, elakkan daripada berpra
sangka(Al-Tustari, 2001).
Secara umumnya, penghujahan daripada ayat-ayat Al-Quran ini berkaitan dengan soal akhlak. Apa yang dapat diambil pengajaran daripada ayat-ayat ini ialah tentang cara untuk berinteraksi dengan mereka yang telah dijangkiti Covid 19. Masyarakat tidak boleh memandang mereka yang dijangkiti Covid 19 sebagai pesalah dengan merasakan diri mereka lebih baik berbanding dengan pesakit Covid 19. Disebabkan pesakit Covid 19 diuji dengan wabak tersebut, ianya bukanlah bermakna mereka yang tidak diuji lebih baik jika dibandingkan dengan pesakit Covid 19. Identiti pesakit Covid 19 juga, haruslah dirahsiakan daripada pengetahuan umum bagi menjaga dan memelihara keaiban mereka.
Selain daripada itu, mereka tidak boleh diejek dan digelar dengan sebarang gelaran yang buruk. Sebarang pra sangka terhadap pesakit Covid 19 haruslah dijauhi dan mereka bukanlah sasaran untuk diumpati.
TOLONG MENOLONG ANTARA SATU SAMA LAIN Firman Allah SWT:
ِِّۚنَٰ َوۡدُع ۡلٱَو ِمۡثِ ۡلٱ َ َعَل ْاوُنَواَعَت َلاَو َٰۖىَوۡقَّلِٱَو ِهِبِۡلٱ َ َعَل ْاوُنَواَعَتَو
“Dan tolong-menolonglah dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan janganlah tolong- menolong dalam perkara dosa dan permusuhan”
(Al-Maidah: 2)
Menurut Al-Maraghi (1946), Al-Birr bermaksud melakukan kebaikan secara meluas, Al-Taqwa mengelakkan kemudaratan kepada urusan agama dan dunia, Al-Ithm dosa dan maksiat, Al-‘Udwan melampaui sempadan syarak dan budaya dalam urusan muamalat sesama manusia serta tidak menegakkan keadilan.
Menurut Al-Zuhaili (1996), Al-Birr ialah setiap perkara baik yang disuruh oleh syarak dan perkara mungkar yang dilarang serta termasuk juga perkara yang menenangkan jantung hati. Al-Ithm ialah setiap perkara yang dilarang oleh syarak atau sesuatu yang menggusarkan jiwa yang dibenci jika sekiranya diketahui oleh orang lain.
Penghujahan Al-Quran yang terakhir ini, berkisar tentang pertolongan yang perlu diberikan kepada semua yang terkesan dengan penularan wabak Covid 19. Selain daripada bantuan yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan melalui pakej PRIHATIN dan PEMULIH sebagai contoh, masyarakat awam juga perlu diberikan kesedaran untuk berganding bahu dengan pihak kerajaan bagi memberikan sumbangan mengikut kemampuan masing-masing. Sistem kewangan sosial Islam terdiri daripada sedekah, zakat, wakaf perlu disinergikan dalam usaha menggerakkan bantuan sama ada kepada keluarga, pelajar sekolah, mahasiswa institusi pengajian tinggi dan lain-lain lagi.
KESIMPULAN
Sesuatu perkara yang tidak syak lagi bahawa, Al-Quran merupakan panduan yang unggul kepada manusia dalam menghadapi penularan wabak Covid 19, dengan
469 syarat semua pedoman yang telah dibentangkan di dalam Al-Quran perlu diamalkan
dengan sebaik-baiknya. Kelalaian manusia dalam memahami dan mentadabburi penghujahan Al-Quran ini merupakan sesuatu perkara yang merugikan. Dalam konteks Covid 19, penghujahan daripada perspektif Al-Quran dapat dilihat daripada 10 tema yang telah dihuraikan dalam kajian ini iaitu; istirja’(mengembalikan sesuatu urusan) kepada Allah SWT, meminta pertolongan dengan sabar dan solat, mengelakkan kemudaratan, tidak berputus asa, cara penerimaan berita dan maklumat, taat dan menegur pemerintah, merujuk kepada pakar, melakukan mesyuarat dan perbincangan, larangan merasakan diri baik dan mencemuh orang lain, dan tolong-menolong antara satu sama lain.
RUJUKAN
Al-Asfahani, Al-Husin bin Muhammad. (1990). Al-Mufradat Fi Gharib Al-Quran.
Damsyik: Dar Al-Qalam.
Al-Baidhawi, Abdullah bin Umar. (1997). Anwar Al-Tanzil Wa Asrar Al-Takwil.
Beirut: Dar Ihya’ Al-Turath Al-Arabi.
Al-Ghazali, Muhammad bin Muhammad. (t.t). Ihya’ Ulum Al-Din. Beirut: Dar Al- Makrifah.
Al-Harari, Muhammad Al-Amin. (2001). Tafsir Hadaiq Al-Ruh Wa Al-Raihan Fi Rawabi Ulum Al-Quran. Beirut: Dar Thuq Al-Najah.
Al-Jassas, Ahmad bin Ali. (1983). Ahkam Al-Quran. Beirut: Dar Ihya’ Al-Turath Al- Arabi.
Al-Jazairi, Jabir bin Musa. (2003). Aysar Al-Tafasir Likalam Al-Aliyy Al-Kabir.
Madinah: Maktabah Al-Ulum Wa Al-Hikam.
Al-Khayyat, Abdul Aziz Izzat. (1999). Al-Nizam Al-Siyasi Fi Al-Islam. Kaherah: Dar Al-Salam.
Al-Khatib, Muhammad. (1964). Audah Al-Tafasir. t.t: Al-Matbaah Al-Misriyyah.
Al-Naisaburi, Al-Hasan bin Muhammad. (1994). Gharaib Al-Quran Wa Raghaib Al- Furqan. Beirut: Dar Al-Kutub Al-Ilmiah.
Al-Nawawi, Yahya bin Sharaf. (1973). Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim bin Al-Hajjaj.
Beirut: Dar Ihya’ Al-Turath Al-‘Arabi.
Al-Maraghi, Ahmad bin Mustafa. (1946). Tafsir Al-Maraghi. Mesir: Syarikah Maktabah Wamatbaah Mustafa Al-Babe Al-Halabi Wa Auladihi.
Al-Qaradawi, Yusuf. (1989). Al-Sabar Fi Al-Quran. Kaherah: Maktabah Wahbah.
Al-Qurtubi, Muhammad bin Ahmah. (1964). Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran. Kaherah:
Dar Al-Kutub Al-Misriyyah.
Al-Razi, Muhammad bin Umar. (1998). Mafatih Al-Ghaib. Beirut: Dar Ihya’ Al- Turath Al-Arabi.
Al-Sa’adi, Abdul Rahman bin Nasir. (2000). Taisir Al-Karim Al-Rahman Fi Tafsir Kalam Al-Manan. t.t: Muasassah Al-Risalah.
Al-Sya’rawi, Muhammad Mutawalli. (1997). Tafsir Al-Sya’rawi. t.t: Matabi’ Akhbar
470 Al-Yaum.
Al-Tustari, Sahl bin Abdullah. (2001). Tafsir Al-Tustari. Beirut: Dar Al-Kutub Al- Ilmiah.
Al-Zuhaili, Wahbah bin Mustafa. (2001). Al-Tafsir Al-Munir Fi Al-Aqidah Wa Al- Syariah Wa Al-Manhaj. Damsyik: Dar Al-Fikr Al-Muasir.
Al-Zuhaili, Wahbah bin Mustafa. (2001). Al-Tafsir Al-Wasit. Damsyik: Dar Al-Fikr.
Ibnu Kathir, Ismail bin Umar. (1998). Tafsir Al-Quran Al-Azim. Beirut: Dar Al-Kutub Al-‘Ilmiah.
Ibnu Qayyim, Muhammad bin Abi Bakar. (t.t). Al-Dau’ Al-Munir Ala Al-Tafsir.
Unaizah: Muasassah Al-Nur.
Ibnu Taimiyyah, Ahmad bin Abdul Halim. (1995). Majmu’ Al-Fatawa. Madinah:
Majma’ Al-Malik Fahad.
Ismail Haqqi bin Mustafa. (t.t). Ruh Al-Bayan. Beirut: Dar Al-Fikr.
Muhammad Rashid Redha. (1990). Tafsir Al-Manar. Kaherah: Al-Haiah Al-Misriyyah Al-Ammah lilKitab.
Muhammad Sayyid Tantawi. (t.t). Al-Tafsir Al-Wasit. Kaherah: Dar Nahdah Misr.
Nawawi, Muhammad bin Umar. (1995). Mirah Labib Li Kashfi Ma’na Quran Majid.
Beirut: Dar Al-Kutub Al-Ilmiah.
Siddiq Hasan Khan. (1992). Fath Al-Bayan Fi Maqasid Al-Quran. Beirut: Al- Maktabah Al-Asriyyah.
https://www.sinarharian.com.my/article/73668/KHAS/Koronavirus/Kes-pertama-Covid-19- didaftarkan-di-China-pada-November-bukan-Disember(Diakses pada 27 Julai 2021) https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-varian-delta-mengganas-ini-yang- perlu-anda-tahu-304476(Diakses pada 27 Julai 2021).
https://www.sinarharian.com.my/article/141619/GLOBAL/Varian-Covid-19-kini- dikenali-sebagai-Alpha-Beta-Gamma-dan-Delta(Diakses pada 27 Julai 2021).
https://www.muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3922-al-kafi-1493-hukum- mengucapkan-lafaz-istirja(Diakses pada 27 Julai 2021).
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/10/739149/kerajaan-akui-prn-punca- kes-covid-19-meningkat(Diakses pada 28 Julai 2021).
https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/sihat/2021/05/822223/vaksin-covid-19- benteng-sistem-imun(Diakses pada 10 Ogos 2021).
https://www.hmetro.com.my/utama/2020/12/656387/hukum-ambil-vaksin-covid-19- adalah-harus(Diakses pada 10 Ogos 2021).
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/02/786589/buku-panduan-program- imunisasi-covid-19-kebangsaan-dilancarkan-hari(Diakses pada 10 Ogos 2021).
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/10/745207/usah-rumitkan-keadaan-dengan- sebar-berita-palsu(Diakses pada 13 Ogos 2021).
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/03/666694/berita-palsu-covid-19- cetus-ketakutan-psikologi(Diakses pada 13 Ogos 2021).
https://www.kkmm.gov.my/images/AdHoc/210711-BERSAMA_MENCEGAH_BERITA PALSU.pdf(Diakses pada 13 Ogos 2021).
https://www.researchgate.net/publication/347303863_Pengamalan_Nilai_Agama_dalam_
Mengatasi_Kemurungan_Semasa_Pandemik_COVID-19(Diakses pada 13 Ogos 2021).
471 https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/665632/muzakarah-khas-bincang-
hukum-berkaitan-covid-19(Diakses pada 17 Ogos 2021).
https://www.mof.gov.my/ms/berita/akhbar/covid-kerjasama-dengan-pakar-kesihatan- ekonomi-dan-sosial-diperkukuh-pmo(Diakses pada 29 Ogos 2021).