• Tidak ada hasil yang ditemukan

Persepsi masyarakat Perlis terhadap Perlis Maju 2015

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Persepsi masyarakat Perlis terhadap Perlis Maju 2015"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Unit Media - Basri Page 1 KENYATAAN MEDIA 25 Januari 2016

Persepsi Masyarakat Perlis Terhadap Perlis Maju 2015

KANGAR, 25 Januari— Masyarakat Perlis kini semakin memahami agenda utama kerajaan negeri yang memberikan fokus dalam memajukan Perlis menjelang tahun 2015.

Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Brig. Jen. Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin berkata, kajian yang dilakukan Institut Kajian Stretegik Kepimpian dan Komuniti (IKSK) UniMAP meliputi lima aspek utama iaitu ekonomi, sosial, infrastruktur, alam sekitar dan pentadbiran kerajaan.

“Hasil dari kajian yang dilaksanakan dari tahun 2012 hingga 2014 menunjukkan keputusan yang amat memberangsangkan dan rakyat amat positif dalam membantu kerajaan bagi membantu memajukan Perlis.

“Jika dilihat pada graf keyakinan rakyat dengan usaha kerajaan meningkat dari 87.7 peratus pada 2013 kepada 93.8 peratus pada 2014,”katanya ketika membentangkan laporan kajian Persepsi Rakyat Perlis terhadap Agenda Negeri sempena Konvensyen Perlis Maju Rakyat Minda Kelas Pertama, di Dewan Warisan, di sini, semalam.

Turut hadir, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man, Speaker Kerajaan Negeri Perlis, Hamdan Bahari, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Ahmad Zamri Khairuddin.

Ujar Dr. Kamarudin lagi, persepsi kemajuan prasarana juga meningkat dari 85.1 peratus pada 2013 kepada 90.3 peratus pada 2014, manakala bagi kemajuan perkhidmatan meningkat dari 80.7 peratus pada 2013 kepada 93.8 peratus pada 2014.

(2)

Unit Media - Basri Page 2

“Manakala bagi persepsi kemajuan utiliti dan pentadbiran kerajaan masing-masing meningkat 88.1 peratus kepada 92.4 peratus dan 57.4 peratus kepada 90.4 peratus bagi tahun 2013 dan 2014,”katanya lagi.

Pada konvensyen itu juga Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Izamael Zamzuri Ismail turut membentangkan laporan prestasi agenda negeri manakala Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali memberikan penilaian dan rumusan terhadap prestasi agenda kerajaan negeri Perlis.

Perlis Maju 2015 merupakan agenda utama kerajaan negeri Perlis dalam usaha menyediakan persekitaran yang kondusif kepada rakyatnya. Oleh itu kerajaan negeri telah menetapkan 53 indikator dalam memastikan impian negeri Perlis negeri maju dapat dicapai.

Sementara itu pada majlis yang sama, seramai 14 sekretariat Perlis Maju 2015 dari UniMAP dan agensi kerajaan lain diberikan sijil penghargaan dari kerajaan negeri Perlis di atas sumbangan mereka terhadap agenda Perlis Maju 2015

Dikeluarkan Oleh : Mohd Basri Basir

Penolong Pegawai Perhubungan Media UniMAP

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan pada tabulasi silang penilaian terhadap persepsi pada kategori pendidikan, dapat disimpulkan bahwa mayoritas responden berpendidikan S1 mengatakan keraguan terhadap

Berdasarkan gambar 2 tingkat persepsi kenyamanan masyarakat terhadap keberadaan hutan kota, pada umumnya masyarakat memiliki persepsi akan merasa nyaman dengan adanya

Label halal pada kosmetik membuat persepsi baru bagi masyarakat yaitu kosmetik berlabel halal tidak mengandung alkohol sesuai dengan uji pearson correlation dengan

Berdasarkan uraian tersebut, maka tujuan dalam penelitian ini adalah untuk mengetahui persepsi masyarakat terhadap penerapan sharia compliance pada Bank Syariah di

Oleh karena itu untuk meningkatkan persepsi petani terhadap kegiatan pembangunan hutan rakyat perlu dilakukan dengan peningkatan kualitas dan kuantitas penyuluhan, sehingga

Pada Tabel 35 tersebut tingkat persepsi masyarakat juga tergolong rendah dan hal tersebut berdasarkan penilaian masyarakat terhadap pengelolaan Hutan Kota yang dilakukan

Pada Faktor 3, terdapat 4 item pernyataan yang dapat menjelaskan persepsi masyarakat terhadap dampak lingkungan Suroboyo Carnival Night 9 Suroboyo Carnival Night Market menyediakan

Hasil penelitian menunjukkan bahwa persepsi masyarakat Kecamatan Bintan Timur terhadap kinerja Pemerintah Kabupaten Bintan dalam menanggulangi penyebaran Covid-19 pada indikator pertama