Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.
Petrol daripada plastik buangan
Oleh Rosniza Mohd Taha Isnin, 25 April 2016 | 12:00 am.
ANTARA sebahagian pempamer dan orang awam yang hadir pada Festival Antarabangsa Inovasi Teknologi Hijau (i-FINOG 2016) di Kompleks Sukan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) Gambang. - Foto Farizul Hafiz Awang
GAMBANG: Petrol dihasilkan daripada bahan buangan plastik seperti botol syampu dan karung sampah, adalah antara produk berpotensi besar diketengahkan Universiti Malaysia Pahang (UMP) pada Festival Antarabangsa Inovasi Teknologi Hijau (i-FINOG) di sini, baru- baru ini.
Headline Petrol daripada plastik buangan Language Bahasa Melayu
Media Title BH Online Section/Page No BHPlus
Date 25 April 2016 Journalist Rosniza Mohd Taha
Source https://origin.bharian.com.my/bhplus- old/2016/04/147107/petrol-daripada-plastik- buangan
Remarks Kejuruteraan Kimia
Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.
Inovasi kumpulan penyelidik Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli itu memiliki kualiti setanding petrol sedia ada dalam pasaran dari segi nilai Research Octane Number (RON), iaitu mencecah RON100 yang sesuai digunakan untuk enjin berprestasi tinggi.
Pensyarah Kanan UMP yang juga penyelia kumpulan penyelidik itu, Ruzinah Isha, berkata mereka berjaya menghasilkan petrol dengan nilai RON103 daripada botol syampu, manakala RON98 pula menggunakan bahan buangan polistirena.
Katanya, bahan bakar RON103 itu berpotensi dipasarkan pada harga RM1.14 seliter yang jauh lebih rendah berbanding kadar dalam pasaran ketika ini.
PEMPAMER daripada UMP, Mohd Ali Mohd Kucheb (kiri), Muhamad Nurfaiz Azmy (tengah) dan Ali Zaynal Abidin Othman (kanan) menunjukkan minyak yang diproses daripada bahan buangan plastik pada Festival Antarabangsa Inovasi Teknologi Hijau (i- FINOG 2016) di Kompleks Sukan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) Gambang. - Foto Farizul Hafiz Awang
Proses sisa sifar
Lebih istimewa, beliau berkata, penghasilan petrol itu menerapkan teknologi hijau, iaitu proses sisa sifar berikutan sisa pepejal dan gasnya boleh dikitar semula menjadi bahan bakar pendandang atau sumber karbon untuk pembajaan tumbuhan.
"Petrol daripada bahan buangan plastik dihasilkan menerusi proses 'Pyrolysis' membabitkan penguraian plastik pada suhu tinggi menggunakan abu kelapa sawit sebagai bahan pemangkin.
Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.
"Keupayaan petrol itu terbukti apabila diuji pada mesin pemotong rumput. Kini, ia dalam proses ujian penggunaan pada enjin kenderaan dengan kerjasama Fakulti Mekanikal UMP," katanya.
Ruzinah menjalankan penyelidikan itu dengan bantuan tiga pelajar UMP, Muhamad Nurfaiz Azmy, Mohd Ali Mohd Kucheb dan Ali Zaynal Abidin Othman.
Festival anjuran julung kali UMP itu menampilkan 200 hasil penyelidikan menggunakan teknologi hijau, termasuk inovasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Bahaman, Lanchang, Pahang, yang menyaksikan penggunaan lapisan batang pokok pisang menggantikan polibeg untuk semaian pokok.
PEMPAMER daripada SMK Datuk Bahaman, Muhammad Hafizuddin Halim (kiri), Nasiruddin Nazeri (tengah) dan Wan Aman Iqmal Mohamad Redzuan (kanan) menunjukkan Orga Pocket with Planting pada Festival Antarabangsa Inovasi Teknologi Hijau (i-FINOG 2016) di Kompleks Sukan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) Gambang. - Foto Farizul Hafiz Awang
Tidak perlu disiram
Produk dikenali sebagai Orga Pocket itu dihasilkan oleh sekumpulan pelajar Tingkatan Tiga, iaitu Muhammad Hafizuddin Halim, Nasiruddin Nazeri dan Wan Aman Iqmal Mohamad Redzuan.
Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.
Proses penghasilan Orga Pocket mudah, iaitu lapisan batang pokok pisang dipotong dengan ukuran panjang kira-kira 30 sentimeter sebelum dijemur selama dua hari dan akhirnya dilipat serta dikemaskan menjadi bentuk kantung untuk diisikan dengan tanah.
Antara kelebihan penggunaan Orga Pocket ialah tanaman tidak perlu disiram tetapi hanya direndam dengan paras air minimum kerana keupayaan batang pokok pisang menyerap kelembapan.
Selain itu, ia juga boleh ditanam bersama-sama pokok ketika proses pemindahan ke tanah atau pasu, sekali gus menjadi sumber pembajaan.
INFO
Petrol daripada bahan buangan plastic
• Menerapkan teknologi hijau.
• Proses sisa sifar.
• Dihasilkan melalui proses 'Pyrolysis'.
• Berpotensi dipasarkan pada harga lebih rendah.