i
PROSIDING KOLOKIUM SISWAZAH FEP 2019 (VOLUME 3) /
PROCEEDINGS OF POSTGRADUATE COLLOQUIUM FEP 2019 (VOLUME 3)
ISBN: 978-983-99223-8-7 2019
DITERBITKAN OLEH / PUBLISHED BY SEKRETARIAT SISWAZAH
FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
DICETAK OLEH / PRINTED BY PENERBIT UKM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
ii Cetakan Pertama / First Printing 2019
Hak Cipta/ Copyright---Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada
dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM terlebih dahulu.
All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any means, electronic or mechanical, including photocopy, recording, or any information storage and retrieval system, without permission in writing from the Faculty of Economics and Management UKM.
Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by SEKRETARIAT SISWAZAH
FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN UKM 43600 UKM BANGI, Selangor D.E, Malaysia
http://www.ukm.my/fep
Perpustakaan Negara Malaysia Data-Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Cataloguing-in-Publications Data
Prosiding Kolokium Siswazah FEP 2019
iii KOLOKIUM SISWAZAH FEP
Kolokium Siswazah FEP merupakan aktiviti dianjurkan setiap semester oleh Sekretariat Siswazah FEP dengan kerjasama Persatuan Siswazah FEP, UKM.
Kolokium Siswazah merupakan satu platform terbaik untuk melatih pelajar siswazah melakukan pembentangan penyelidikan serta berinteraksi secara terbuka dalam menyampaikan idea dan bertukar pandangan serta maklumat balas. Prosiding Kolokium Siswazah FEP 2019 dikeluarkan dalam tiga (3) Volume hasil gabunagn pembentangan Kertas Prosiding pelajar Sarjana Ekonomi dan Sarjana Ekonomi Islam.
Gabungan Kertas Prosiding yang dihasilkan melalui penganjuran Kolokium Siswazah Semester 1 Sesi 2018/2019 bertarikh 19 Disember 2018 dan Semester 2 Sesi 2018/2019 bertarikh 25 Jun – 26 Jun 2019.
Sekretariat Siswazah
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
iv SIDANG EDITOR 2019 / EDITORIAL BOARD 2019
Prof. Madya Dr. Fathin Faizah Said (KETUA EDITOR) Prof. Madya Dr. Noorasiah Sulaiman
Prof. Madya Dr. Mariani Abd Majid Dr. Wye Chung Khain
Dr. Mohd Nasir Mohd Saukani Dr. Nor Shamliza Chamhuri Dr. Lai Wei Sieng
Dr. Hairunnizam Wahid Dr.Mohd Adib Ismail Dr. Riayati Ahmad Dr. Suhaili Al-Ma’amun
Dr. Mohd Hafizudin Syah Bangaan Abdullah Dr. Nafisah Mohammed
URUSETIA 2019
Pn. Siti Nora Mhd Isa
Pn. Noorsyam Noordin
Pn. Rosidah Satari
v KANDUNGAN
Kandungan v
1 Perekodan Hasil dan Belanja menurut Perspektif Islam: Satu Kajian Kitab-kitab Perakaunan Semasa di Timur Tengah
Siti Nur Syakirah Shamsul Bahrin, Hairunnizam Wahid, Norida Basnan
1 – 13
2 Potensi Penggunaan Dinar Emas di Malaysia
Nur Nabilah Badarus Salleh, Mohd Ali Mohd Noor, Mohd Adib Ismail
14 – 30
3 Indeks Pembangunan Manusia: Pendekatan Konsep Maqasid Syariah Islam
Muhammad Iqbal Mohd Safri, Mohd Ali Mohd Noor
31 – 50
4 Analisis Perbandingan Kriteria Saringan Sekuriti Patuh Syariah oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Dow Jones Islamic Market Index Wan Norhaniza Wan Hasan, Hairunnizam Wahid
51 – 64
5 Cadangan Piawaian Patuh Syariah Terhadap Pembinaan Rumah:
Kajian Program Perumahan Rakyat di Malaysia Mohd Al-Imran Mohd Tawil, Hairunnizam Wahid
65 - 77
6 Pengurusan Risiko di Tempat Kerja Khairunisa Juhaizat, Rubayah Yaakob
78 - 92
7 Market Risk in Conventional and Islamic Banks: A Systematic Literature Review
Nur Syakirah Mustapha Kamal, Aisyah Abdul Rahman, Syajarul Imna Mohd Amin
93 – 115
8 Comparison of Determinants Between Islamic And Conventional Banks of Insolvency Risk : Systematic Literiture Review
Norfa’izah Abu Kassim, Aisyah Abdul Rahman, Syajarul Imna Mohd Amin
116 - 139
9 Determinants of Operational Risk : A Systematic Review Nur ‘Aqilah Najiah Shamsul Anuar, Aisyah Abdul Rahman, Syajarul Imna Mohd Amin
140 – 158
10 Determinants of Islamic and Conventional Capital Structure: A Systematic Review
Wardah Al-Hamra’ Kamaruzaman, Aisyah Abdul Rahman, Fathin Faizah Said
159 – 197
vi
11 Determinants of Credit Risk in Islamic and Conventional Banks:
Systematic Literature Review
Nuur Farani Rosli, Aisyah Abdul Rahman, Syajarul Imna Mohd Amin
198 – 228
12 Kajian Faktor Penerimaan Sistem Pajak Gadai Islam (Skim Al-Rahnu) oleh Masyarakat India dalam Menangani Masalah Kenaikan Kos Sara Hidup di Kajang, Selangor
Jayanthe A/P Balakisnan, Hairunnizam Wahid
229 – 243
13 Cryptocurrency In Economics & Finance: A Systematic Review Muhammad Afiq Farhan Mazlan, Aisyah Abdul Rahman
244 – 260
14 Aplikasi Hibah Bersyarat dan Penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dalam Industri Takaful di Malaysia
Siti Haslinda Jaapar, Hairunnizam Wahid
261 – 268
15 The Effect of Ownership Structure on Altman Z Score on Takaful Operator’s Solvency in Malaysia
Asmira Hairun, Rubayah Yaakob
269 – 288
16 Faktor Penentu Permintaan Takaful di Kalangan Guru Kafa di Wilayah Persekutuan
Muhamad Firdaus Putra Abdullah, Hairunnizam Wahid
289 – 298
17 Aplikasi Penggunaan Waad dalam Kontrak Hadapan Mata Wang Asing sebagai Mekanisma Lindung Nilai dalam Perolehan Kerajaan Mohd Kyizzad Mesran, Ahmad Azam Sulaiman, Hairunnizam Wahid
299 - 313
18 Kajian Terhadap Aplikasi Ar-Rahnu dalam Memenuhi Keperluan kepada Pengguna
Khairunnisa Zulkifle, Mohd Adib Ismail, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai
314 – 329
19 Analisis SWOT Kontrak Musyarakah Mutanaqisah dalam Pembiayaan Perumahan di Malaysia
Nor Hidayah Norulalzahar, Mohd Ali Mohd Noor
330 - 339
PROSIDING KOLOKIUM SISWAZAH FEP (2019) VOLUME 3, 1 – 13 ISBN: 978-983-99223-8-7
Prosiding Kolokium Siswazah FEP (2019) ,
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
PEREKODAN HASIL DAN BELANJA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: SATU KAJIAN KITAB-KITAB PERAKAUNAN SEMASA DI
TIMUR TENGAH
(RECORDING REVENUE AND EXPENDITURE ACCORDING TO ISLAMIC
PERSPECTIVE: A STUDY OF CURRENT ACCOUNTING BOOKS IN THE MIDDLE EAST)
SITI NUR SYAKIRAH SHAMSUL BAHRIN
Universiti Kebangsaan Malaysia
HAIRUNNIZAM WAHID
Universiti Kebangsaan Malaysia
NORIDA BASNAN
Universiti Kebangsaan Malaysia
ABSTRAK
Terdapat Institusi Majlis Agama Islam Negeri yang merekodkan elemen kutipan zakat seperti zakat fitrah, zakat harta, zakat pendapatan, zakat simpanan di dalam item elemen hasil dan merekodkan elemen agihan zakat terhadap lapan golongan asnaf sebagai salah satu daripada elemen belanja.
Situasi ini mendatangkan persoalan adakah kutipan zakat dan agihan zakat membawa maksud yang sama seperti takrif hasil dan belanja yang digunakan di dalam penyata kewangan mengikut konsep perakaunan konvensional dan konsep perakaunan Islam? Kajian ini mempunyai dua objektif iaitu untuk mengetahui takrif elemen hasil dan belanja mengikut rangka kerja konseptual pelaporan kewangan bagi entiti sektor awam yang dikeluarkan oleh International Public Sector Accounting Standard Board (IPSASB) 2014 yang dirujuk sebagai konsep perakunan konvensional dan untuk meneroka takrif elemen hasil dan belanja menurut perspektif Islam berdasarkan kitab-kitab perakaunan Timur Tengah.
Dengan menggunakan kaedah analisis kandungan, dapatan kajian menunjukkan bahawa elemen kutipan zakat dan agihan zakat tidak membawa maksud yang sama seperti takrif elemen hasil dan belanja yang digunakan di dalam penyata kewangan mengikut konsep perakaunan konvensional dan konsep perakaunan Islam.
Kata Kunci: Kutipan zakat; agihan zakat; hasil; belanja
ABSTRACT
There are State Islamic Religious Council Institutions that record zakat collection elements such as zakat fitrah, zakat harta, zakat income, zakat savings in items of revenue elements and record zakat distribution elements to eight asnaf groups as one of the elements of expenditure. This situation raises the question of whether zakat collection and zakat distribution have the same meaning as the definition of revenue and expenditure elements used in the financial statements in accordance with conventional accounting concepts and Islamic accounting concepts? This study examines two main objectives: (1) to determine the definition of revenue and expenditure elements according to the conceptual framework of financial reporting for public sector entities issued by the International Public Sector Accounting Standard Board (IPSASB) 2014 referred to as conventional accounting concepts and (2) to know the definition of revenue and expenditure elements according to Islamic perspectives based on accounting books of Middle East. Using the content analysis method, the findings show that zakat collection and zakat distribution elements do not have the same meaning as the definition of revenue and expenditure elements used in the financial statements in accordance with conventional accounting concepts and Islamic accounting concepts.
2 Siti Nur Syakirah Shamsul Bahrin, Hairunnizam Wahid, Norida Basnan
Keywords: Zakat collection; zakat distribution; revenue; expenses
PENGENALAN
Perakaunan meliputi proses merekod, mentafsir, mengklasifikasi, menganalisis dan melapor maklumat.
Ia membekalkan maklumat kewangan perniagaan kepada pihak yang berkenaan seperti pemilik perniagaan, pembekal, bank, dan lain-lain untuk membuat keputusan. Ia mentafsir penyata pendapatan untuk menilai kecekapan pengurusan perniagaan dan laporan kewangan untuk melihat kedudukan kewangan perniagaan. Perakaunan juga membolehkan pemilik perniagaan membuat perbandingan mengenai perniagaan bagi tempoh-tempoh perniagaan yang tertentu. Maklumat perakaunan juga membantu peniaga membuat perancangan perniagaan.
Perakaunan dalam kerangka Syariah ataupun disebut sebagai perakaunan Islam berperanan untuk (1) memberi jaminan kepada pengguna maklumat perakaunan bahawa segala pengrekodan dan pendedahan transaksi adalah tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Syariah dan (2) memastikan sumber diagihkan dengan adil mengikut pengukuran dan pengiktirafan aset, liabiliti, hasil dan belanja yang betul. (Haniffa & Hudaib, 2010). Dalam surah al-Baqarah ayat 282, Allah telah memerintahkan kepada mereka yang berhutang untuk merekodkan hutang tersebut dengan adil sebagai satu mekanisma jaminan melalui firmanNya yang bermaksud;
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan satu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis diantara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya”
(Surah al-Baqarah, 2:282)
Turut dijelaskan di dalam ayat ini bahawa tujuan merekodkan hutang adalah untuk mengelakkan dari terlupa membayar hutang dan dapat mengelakkan keraguan. Begitu juga seperti yang diamalkan di dalam perakaunan semasa yang mana setiap transaksi perniagaan direkodkan pada penyata kewangan untuk menjadi rujukan laporan kewangan sesuatu perniagaan. Misalnya seperti item pemiutang perniagaan dan lain-lain pemiutang, menunjukkan wujudnya urusan hutang piutang yang direkodkan didalam penyata kewangan sesuatu entiti dan wujud keperluan kepada entiti tersebut untuk membayar satu jumlah seperti yang telah direkodkan kepada pihak yang menjadi hutang entiti tersebut. Menurut ayat ini juga Allah memerintahkan agar apabila berlaku suatu urusan jual beli, maka hendaklah didatangkan saksi. Merujuk kepada konteks perakaunan, istilah ‘saksi’ yang digunakan merujuk kepada dokumen atau resit bertulis. Tujuan dokumen atau resit bertulis ini diperlukan adalah untuk menentukan secara yakin bahawa sesuatu perkara itu benar-benar berlaku dan nilai transaksi yang berlaku adalah tepat.
Perakaunan Islam merupakan satu keperluan kepada institusi kewangan Islam. Sarea dan Hanefah (2013) menunjukkan keperluan kepada satu konsep perakaunan Islam untuk institusi kewangan Islam (IFIs) bagi mengisi jurang dalam amalan perakaunan di kalangan institusi kewangan Islam. Hal ini kerana salah satu cabaran utama yang dihadapi oleh institusi kewangan Islam ialah dalam aspek penyediaan penyata kewangan yang mengikut piawaian perakauanan konvensional. Ciri utama yang membezakan perniagaan di institusi kewangan Islam dengan institusi kewangan lain adalah dari aspek pematuhan Syariah iaitu pematuhan prinsip-prinsip hukum Islam dalam semua aspek perniagaan, termasuk dalam laporan kewangan. Salah satu faktor utama yang membezakannya adalah institusi kewangan Islam tidak membenarkan riba seperti faedah dalam urusan perniagaan mereka. Oleh itu, struktur undang-undang instrumen kewangan Islam pada asasnya berbeza daripada instrumen kewangan lain yang berasaskan faedah, walaupun dari segi aktiviti ekonominya kelihatan sama.
Konsep perakaunan Islam yang diperlukan tidak terhad semata-mata pada aspek operasi. Aspek penghayatan prinsip dan nilai Islam juga adalah antara perkara yang perlu dititikberatkan. Oleh itu, terdapat dua pendekatan yang digunakan untuk membangunkan konsep perakauanan Islam. Pertama adalah melalui pendekatan yang merujuk kepada sumber ilmu yang disepakati iaitu dengan
Prosiding Kolokium Siswazah FEP (2019) Volume 3 3
mengeluarkan hukum dari al-Quran, as-Sunnah, ijma’ dan qiyas. Hasil daripada hukum-hukum ini akan digunakan dalam membentuk prinsip dan konsep perakaunan Islam. Selain itu, terdapat juga pendekatan untuk mengkaji semula amalan perakaunan semasa dan menyesuaikannya semula mengikut prinsip dan konsep yang telah Islam gariskan (Alim et al, 2014). Justeru, bagi memastikan institusi kewangan Islam kekal relevan, maka perlu kepada satu perakaunan yang berbeza, yang selari dengan pandangan Islam dan mematuhi prinsip-prinsip Syariah (Ahmed et al, 2016).
Selain itu, konsep perakaunan Islam turut menjadi keperluan terhadap Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN) sebagai sebuah institusi sektor awam yang menguruskan harta umat Islam seperti zakat, wakaf dan baitulmal. Pengurusan ke atas harta-harta ini hendaklah dilakukan secara teliti dan berhati-hati bagi memastikan pelaksanaannya adalah benar-benar mengikut kerangka Syariah.
Sebagai sebuah institusi yang membawa nama dan imej agama, konsep perakaunan yang digunakan juga hendaklah dipastikan berada dalam kerangka Syariah bagi mengelakkan wujudnya perspektif negatif masyarakat terhadap amalan perekodan perakaunan di MAIN. Memandangkan MAIN diberikan tanggungjawab untuk menguruskan harta umat Islam seperti zakat, wakaf dan baitulmal, maka dalam perkara yang melibatkan isu pemilikan harta zakat dan wakaf, MAIN merupakan pemegang amanah.
Hal ini kerana harta zakat dan wakaf merupakan harta yang diamanahkan oleh satu pihak terhadap MAIN untuk menguruskannya dan mengagihkannya kepada pihak yang ditentukan syarak.
Sebagai pemegang harta amanah, pemilikan harta zakat yang dipertanggungjawabkan ke atas MAIN adalah pemilikan secara tidak sempurna. Pemilikan tidak sempurna bermaksud MAIN memiliki fizikal harta zakat tetapi tidak memiliki manfaat harta zakat tersebut. Bagi harta zakat, hak manfaat harta zakat adalah dimiliki oleh lapan golongan asnaf yang dijelaskan di dalam Al-Quran, surah At- Taubah (9:60) iaitu al-fuqara’ (orang fakir), al-masakin (orang yang miskin), amil, muallaf yang perlu dijinakkan hatinya, al-riqab (hamba), al-gharimin (orang yang memiliki hutang), fi-sabilillah (orang yang berjuang di jalan Allah) dan akhirnya ibn sabil (musafir yang sedang dalam perjalanan).
Pemerhatian terhadap penyata kewangan MAIN A mendapati bahawa hasil kutipan zakat seperti zakat fitrah, zakat harta, zakat pendapatan, zakat simpanan, zakat emas dan perak, zakat tanaman, zakat binatang ternakan, zakat perniagaan dan zakat galian telah dikelaskan sebagai item yang terkandung di bawah elemen hasil. Item lain yang terkandung di dalam elemen hasil penyata kewangan di MAIN A adalah seperti hasil sewaan premis, keuntungan dari akaun pelaburan, hasil urusniaga di klinik, farmasi, wad dan makmal yang ditubuhkan, yuran pengajian dan hasil jualan. Begitu juga pada elemen belanja, MAIN A telah merekodkan agihan zakat terhadap lapan golongan asnaf sebagai salah satu daripada elemen belanja. Item seperti penyelengaraan dan insurans bangunan, belian iventori, kos tenaga pengajar dan perunding perubatan direkodkan di bawah elemen belanja. Melalui amalan perakaunan di MAIN A terhadap penyata kewangan yang melibatkan harta umat Islam seperti zakat, dapat disimpulkan bahawa MAIN A mengiktiraf kutipan zakat sebagai hasil, dan agihan zakat sebagai belanja.
Namun persoalan yang timbul ialah adakah kutipan zakat dan agihan zakat membawa maksud yang sama seperti takrif elemen hasil dan belanja yang digunakan di dalam penyata kewangan mengikut konsep perakaunan konvensional dan konsep perakaunan Islam? Persoalan ini perlu diperhalusi agar tidak timbul kekeliruan atau salah guna terhadap terma yang digunakan semasa perekodan penyata kewangan dibuat bagi Institusi MAIN kerana terma kutipan dan agihan zakat membawa maksud yang berbeza dari terma hasil dan belanja. Secara umumnya kutipan dan agihan zakat merujuk kepada pengumpulan harta dari pembayar zakat kepada institusi yang diamanahkan seperti MAIN untuk diuruskan dan diagihkan secara professional dan amanah kepada para asnaf yang terlibat. Adapun terma hasil secara umumnya merujuk kepada pendapatan yang diterima atau yang akan diterima oleh perniagaan dan terma belanja merujuk kepada wang yang dibayar atau akan dibayar oleh sesebuah perniagaan. Ringkasnya kutipan zakat merupakan amanah atau obligasi kepada institusi zakat seperti MAIN untuk diagihkan dan bukannya menjadi ekuiti MAIN iaitu hasil tolak belanja.
Sehubungan dengan itu, kajian ini akan mengkaji dua objektif utama iaitu (1) untuk mengetahui takrif elemen hasil dan belanja mengikut kerangkakerja konseptual pelaporan kewangan bagi entiti sektor awam yang dikeluarkan oleh International Public Sector Accounting Standard Board (IPSASB) 2014 yang dirujuk sebagai konsep perakunan konvensional dan (2) untuk meneroka takrif elemen hasil dan belanja menurut perspektif Islam berdasarkan kitab-kitab perakaunan Islam Timur Tengah.
4 Siti Nur Syakirah Shamsul Bahrin, Hairunnizam Wahid, Norida Basnan
KAJIAN LEPAS
Abdul Rahman et al (2006) melaksanakan kajian mengenai keseragaman penggunaan istilah-istilah perakaunan dalam laporan tahunan korporat di Malaysia. Kajian ini melihat istilah-istilah bagi 20 item yang terdapat di dalam lembaran imbangan seperti bahagian hartanah, loji dan peralatan, bahagian aset semasa dan aset-aset lain, bahagian liabiliti dan bahagian ekuiti. Hasil kajian Abdul Rahman et al.
(2006) menunjukkan bahawa 15 daripada istilah-istilah perakaunan adalah selaras dengan istilah-istilah Bahasa Melayu yang dicadangkan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (Malaysia Accounting Standards Board-MASB). Hasil kajian juga mendapati wujudnya keseragaman dalam penggunaan 14 daripada istilah-istilah tersebut dalam pelbagai industri.
Saudagaran (2000) menunjukkan terdapat perbezaan dalam terma yang merujuk kepada item yang sama di negara-negara yang berbeza seperti di Amerika Syarikat dan di United Kingdom. Terma inventori yang digunakan yang digunakan di Amerika Syarikat membawa maksud yang sama seperti terma stok di United Kingdom. Amerika Syarikat menggunakan terma-terma seperti receivables, payables dan retained earnings adapun United Kingdom menggunakan terma debtors, creditors dan reserves sedangkan masing-masing ingin merujuk kepada makna yang sama.
Oleh itu, di dalam perekodan penyata kewangan, penggunaan terma atau perkataan yang tepat bagi menggambarkan sesuatu elemen pada penyata kewangan adalah amat penting. Hal ini kerana, penggunaan terma yang tidak tepat akan memberikan gambaran yang berbeza dari perspektif pengguna.
Pengguna mungkin akan tersalah tafsir tentang maksud sesuatu terma atau perkataan seterusnya akan memberi kesan ke atas keputusan yang akan dibuat. Melihat kepada peranan institusi MAIN sebagai sebuah badan sektor awam yang diberikan tanggungjawab untuk menguruskan harta umat Islam seperti zakat, wakaf dan baitulmal, maka terdapat beberapa terma atau istilah yang kelihatan sama sedangkan membawa maksud yang lebih khusus kepada peranan institusi MAIN. Contohnya seperti terdapat perbezaan pada takrif pelaburan dan pelaburan zakat.
Menurut kajian yang dibuat oleh Ahmad & Mahadi (2013) berkaitan konsep pelaburan zakat yang dibenarkan oleh Islam, menyatakan terdapat perbezaan pada faktor modal, hak milik keuntungan dan takrif pelaburan zakat. Kajian menjelaskan terdapat dua faktor utama dan penting yang membezakan antara pelaburan biasa dengan pelaburan wang zakat, iaitu faktor modal dan hak milik keuntungan. Dalam isu pelaburan wang zakat pula modal yang digunakan merupakan wang zakat hasil daripada kutipan dan pungutan yang dijalankan oleh amil institusi zakat dan bukannya pemilikan tertentu dan segala keuntungan akan menjadi hak milik asnaf atau mereka yang berhak menerima zakat.
Manakala takrif pelaburan zakat adalah berbeza dari takrif pelaburan semasa dimana takrif pelaburan zakat ialah suatu usaha untuk menambahkan harta zakat (wang ataupun barangan) pada suatu tempoh, dengan bentuk dan cara penambahan yang dibenarkan oleh syarak dan hasilnya adalah untuk asnaf zakat.
Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan oleh Lateff et al (2014), Wahid et al (2017) dan Omar et al (2017) berkenaan prestasi kecekapan pengurusan kewangan dan agihan zakat, istilah agihan zakat ini benar-benar membawa maksud agihan zakat dan tidak merujuk kepada istilah belanja yang dikeluarkan oleh institusi yang terlibat. Corak agihan zakat kepada setiap asnaf turut dikaji sebagai satu tambahan pengukuran prestasi agihan zakat. Walaubagaimanapun, kajian yang dibuat oleh Wahid et al (2018) mendapati hampir kesemua institusi MAIN yang dikaji mengiktiraf kutipan zakat atau terima zakat sebagai ‘hasil’ manakala agihan zakat diiktiraf sebagai ‘belanja’. Terdapat tiga pandangan terhadap konsep perakaunan yang melibatkan aspek kutipan dan agihan zakat. Pandangan pertama jelas berpendapat bahawa kutipan zakat bukan hasil kepada institusi MAIN. Pandangan kedua berpendapat untuk mengekalkan penggunaan istilah hasil dan belanja terhadap kutipan dan agihan zakat. Pandangan ketiga mencadangkan untuk mewujudkan satu istilah baru yang tidak menimbulkan kekeliruan terhadap kutipan dan agihan zakat.
Terdapat juga cadangan perakaunan mengikut kerangka kerja Syariah ke atas entiti sektor awam seperti Majlis Agama Islam Negeri-Negeri. Wahid et al (2018) mengkaji berkaitan konsep harta dalam Islam serta konsep aset dalam ilmu perakaunan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa berdasarkan penilaian umum, takrifan aset dalam konteks konvensional mempunyai ciri-ciri yang bersamaan dengan konsep harta dalam Islam seperti ciri ‘kawalan’ dan ‘mempunyai manfaat’. Namun, takrifan aset tersebut bersifat sempit dan perlu disesuaikan supaya selari dengan keperluan Syariah.
Kajian ini mencadangkan dua kategori aset yang utama untuk tujuan pendedahan maklumat aset iaitu
Prosiding Kolokium Siswazah FEP (2019) Volume 3 5
aset kategori amanah yang terdiri daripada aset zakat dan aset wakaf dan aset kategori bukan amanah iaitu aset baitulmal.
Usaha membangunkan konsep perakaunan Islam bagi memenuhi keperluan institusi kewangan Islam, adalah tidak terhad semata-mata memberi penumpuan terhadap aspek operasi. Pelbagai aspek lain seperti penggunaan terma atau istilah yang tepat turut penting untuk diberi perhatian bagi mendapatkan gambaran yang jelas terhadap konsep perakaunan Islam. Berdasarkan kajian-kajian yang pernah dilakukan, penelitian yang lebih perlu diberikan terhadap penguasaan takrif istilah yang hendak digunakan dan penentuan penggunaan istilah yang tepat untuk digunakan di MAIN bagi menyesuaikan situasi sebenar MAIN mengikut perundangan fiqh Islam.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini melibatkan pengambilan data daripada sumber sekunder seperti buku-buku rujukan yang berautoriti mengenai perakaunan. Kajian ini memfokuskan kepada takrif elemen belanja dan hasil yang terdapat pada penyata kewangan menurut perspektif Islam. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis kandungan daripada buku-buku yang dikaji. Senarai buku yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti yang dinyatakan pada Jadual 1.
Daripada sepuluh buah buku yang diperolehi, hanya lima buah buku yang dikenalpasti sebagai buku-buku perakaunan Islam (Jadual 2). Antara buku-buku perakaunan Islam ialah Al-Muhasabah al- Maliah wa Usuluha al-Islamiyah, Dirasat Muhasabah Islamiah, Nuzum Muhasabah fil Islam. Nazoriah al-Muhasabah al-Maliah min manzur Islami dan Dirasat fi al-Muhasabah al-Islamiah. Manakala buku- buku perakaunan konvensional adalah seperti buku Al-Muhasabah al-Maliah Mabadik wa Tatbiqat, Mabadik al-Muhasabah, Mabadik al-Muhasabah al-Maliah, Usul al-Muhasabah dan Mabadik al- Muhasabah al-Maliah. Pengkelasan ini dibuat berdasarkan pemerhatian terhadap kandungan isi buku dimana buku-buku yang dikategorikan sebagai buku perakaunan Islam mengandungi panduan dalil- dalil dari al-Quran dan Sunnah terhadap kaedah perakaunan. Penulis bagi buku-buku perakaunan Islam ini juga menekankan aspek prinsip dan nilai di dalam penulisan mereka. Selain itu, kata-kata dari ulama silam turut diangkat sebagai rujukan dan sokongan di dalam penulisan kumpulan buku ini.
Walaubagaimanapun, limitasi kajian terhad ke atas kitab-kitab perakaunan Timur Tengah kotemporari yang diterbitkan pada tahun 1980-an ke atas.
Kajian ini turut merujuk kepada kerangkakerja konseptual pelaporan kewangan bagi entiti sektor awam yang dikeluarkan oleh International Public Sector Accounting Standard Board (IPSASB) 2014 sebagai rujukan asas yang menjadi rujukan semasa untuk mengetahui takrif elemen hasil dan belanja dalam konsep perakaunan konvensional. IPSASB merupakan lembaga penetapan piawaian bebas yang membangunkan Piawaian Perakaunan Sektor Awam Antarabangsa (IPSAS) yang berkualiti tinggi, sebagai panduan, dan sumber untuk kegunaan entiti sektor awam di seluruh dunia untuk pelaporan kewangan yang bertujuan umum.
Kesemua takrif elemen hasil dan belanja dari kelima-lima buah buku perakaunan Islam ini dianalisis bagi mendapatkan satu pandangan yang jelas berkaitan kedua-dua elemen ini menurut perspektif Islam. Ini seterusnya dapat melihat adakah terma kutipan dan agihan zakat ini boleh diiktiraf atau mempunyai maksud yang sama seperti hasil dan belanja.
HASIL KAJIAN
Elemen Hasil dan Belanja Berdasarkan Kerangkakerja Konseptual Pelaporan Kewangan bagi Entiti Sektor Awam yang Dikeluarkan oleh International Public Sector Accounting Standard Board (IPSASB) 2014
Berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas kerangkakerja konseptual pelaporan kewangan bagi entiti sektor awam mendapati bahawa takrif elemen hasil dan belanja yang dinyatakan ialah:
6 Siti Nur Syakirah Shamsul Bahrin, Hairunnizam Wahid, Norida Basnan
1. Hasil adalah peningkatan dalam manfaat ekonomi sepanjang tempoh perakaunan dalam bentuk aliran masuk atau tempoh penambahan aset atau pengurangan liabiliti yang menyebabkan peningkatan dalam ekuiti, selain yang berkaitan dengan sumbangan daripada penyumbang ekuiti.
2. Belanja adalah pengurangan dalam kedudukan kewangan bersih entiti, selain yang berkaitan dengan sumbangan daripada penyumbang ekuiti.
Terdapat beberapa pendekatan yang menjadi garis panduan dalam menentukan takrif terhadap kedua-dua elemen tersebut. Antaranya seperti mengakui keperluan terhadap berlakunya aliran masuk sumber yang digunakan untuk membiayai barangan dan perkhidmatan ataupun aliran keluar yang berkaitan dengan penyediaan barangan dan perkhidmatan dalam tempoh pelaporan dari sesuatu entiti.
Perubahan aliran ini pula diperolehi berdasarkan perubahan yang berlaku dalam aset dan liabiliti sesebuah entiti. Pendekatan ini turut diterima pakai oleh kebanyakan peneroka standard lain di seluruh dunia.
Selain itu, IPSASB turut mengakui elemen hasil dan belanja adalah aliran yang berkaitan dengan tempoh kewangan semasa. Penumpuan terhadap aktiviti tahun semasa entiti sektor awam adalah penting dalam menyediakan maklumat bagi para pengguna penyata kewangan dan seterusnya mencapai matlamat pelaporan kewangan. Bagi aliran masuk tertangguh dan aliran keluar tertangguh yang berkait dengan tempoh pelaporan masa depan yang tertentu adalah berbeza dengan elemen hasil dan belanja yang berkaitan dengan tempoh kewangan semasa ini. Adapun bagi aliran masuk tertangguh dan aliran keluar tertangguh yang berkait dengan tempoh pelaporan masa depan yang tidak tertentu adalah berkait dengan kedua-dua elemen ini mengikut tempoh kewangan semasa.
Dari aspek untung dan rugi, IPSASB berpandangan bahawa kedua-dua untung dan rugi melibatkan pertambahan pada aset bersih atau pengurangan pada liabiliti atau kedua-duanya sekali.
Justeru IPSASB menyatakan bahawa untung dan rugi tidak berbeza dari elemen hasil dan belanja.
Seterusnya memutuskan untuk tidak menentukan untung dan rugi sebagai elemen yang berasingan dari elemen hasil dan belanja di dalam penyata kewangan. Manakala bagi elemen ekuiti pemilik, IPSASB menganggap segala urus niaga yang berkaitan dengan ekuiti pemilik harus dikecualikan daripada takrif elemen hasil dan belanja. Ini kerana transaksi dengan ekuiti pemilik adalah berbeza dari segi aliran masuk dan aliran keluar sumber lain. Justeru, IPSASB menyimpulkan bahawa perlu untuk membezakan ekuiti pemilik dari elemen hasil dan perbelanjaan. Oleh itu, IPSASB memutuskan untuk menentukan ekuiti pemilik sebagai elemen.yang berbeza dari elemen hasil dan belanja di dalam penyata kewangan.
Elemen Hasil dan Belanja mengikut Perspektif Islam
Hasil kajian mendapati bahawa daripada lima buah buku perakauanan yang dikenalpasti sebagai buku perakaunan Islam, terdapat sebuah buku yang tidak menyatakan takrif bagi kedua-dua elemen tersebut.
Buku yang dimaksudkan tersebut ialah kitab Dirasat Muhasabah Islamiah. Takrif bagi kedua-dua elemen yang terdapat pada buku-buku lain adalah seperti di Jadual 3. Takrif hasil dapat diperolehi dari kesemua buku-buku perakaunan Islam. Al-Khotib (2002) menyatakan hasil sebagai ‘jumlah yang dikutip atau diterima dari projek akibat daripada penjadualan semula pelbagai aktiviti di mana aliran masuk berlaku’. Elemen hasil ini merujuk kepada adanya aliran masuk yang berlaku kedalam sesebuah entiti yang disebabkan oleh berlakunya pelbagai aktiviti seperti aktiviti pertanian, penternakan, perniagaan dan perindustrian. Semakin berkembang aktiviti sesebuah entiti, maka semakin bertambah hasil kepada entiti tersebut. Atiyyah (1989) di dalam bukunya Nuzum Muhasabah fil Islam menyatakan takrif hasil adalah ‘aliran wang masuk dalam sistem akaun Islam berbeza dengan sistem perakaunan konvensional”. Pentakrifan ini adalah takrif secara perbandingan di mana penulis membezakan aliran masuk diantara perakaunan Islam dan perakaunan konvensional di mana di dalam perakaunan konvensional, aliran masuk itu hanya mengambil kira pertambahan yang telah didapati dari urusniaga manakala dalam sistem perakaunan Islam, semua pertambahan diambil kira sebagai aliran masuk sama ada pertambahan yang benar-benar telah didapati )muhaqqaq) atau pertambahan yang belum didapati (gheir muhaqqaq) seperti hasil jualan yang belum selesai lagi jualannya. Ini menunjukkan bahawa aliran masuk dalam perakaunan Islam lebih besar berbanding aliran masuk dalam perakaunan konvensional.
Prosiding Kolokium Siswazah FEP (2019) Volume 3 7
Syuhatah (1987) melalui bukunya Nazoriah al-Muhasabah al-Maliah min manzur Islami memberikan dua takrif hasil. Yang pertama adalah takrif hasil disisi muamalat Islam. Takrif ini adalah turut dirujuk kepada kata-kata yang diambil dari pelbagai ulama silam seperti Ibn Rasyid al-Hufaid, Ibn Qudamah, Sarkhasi, Hasyiah Umairah, dan Zuaili. Ibn Qudamah mengatakan bahawa ‘Sesungguhnya hasil pada kebanyakannya adalah melalui perniagaan. Hasil itu diterima dengan berlakunya pertukaran’.
Sarkhasi menyatakan bahawa ‘Keuntungan memerlukan sebuah tindakan’. Daripada pernyataan Sarkhasi menunjukkan bahawa terma ‘untung’ turut merujuk kepada terma ‘hasil’ menurut pandangan ulama silam. Pandangan ini turut dinukilkan semula oleh Habasy Tu’mah (2011) di dalam bukunya.
Beliau menyatakan bahawa secara keseluruhannya takrif hasil menurut pandangan perakaunan Islam meliputi hasil penjualan barang, hasil riba, hasil untung dan bentuk pertumbuhan atau pertambahan yang terdapat di dalam sesebuah perniagaan. Namun begitu, bagi pertambahan pada hasil riba, beliau tetap tidak mengiktirafnya sebagai hasil kerana terdapat dalil pengharaman riba. Dapat disimpulkan di sini bahawa secara umumnya terma hasil disisi muamalat Islam adalah meluas kerana terma hasil ini digunakan pada sebarang kesan yang membawa pertambahan pada aliran masuk kewangan.
Takrif kedua yang dinyatakan adalah menurut dari sudut fiqh perakaunan Islam yang melihat hasil sebagai ‘kesan kepada sebarang proses pertukaran’. Pertukaran yang dimaksudkan ialah menggantikan sesuatu dengan sesuatu yang lain (barangan /perkhidmatan) yang bertujuan untuk mendapat keuntungan. Takrif ini turut disokong oleh pemikir perakaunan, ekonomi dan percukaian konvensional (Syuhatah, 1987). Muhammad Rasyid Redha telah menekankan bahawa, ‘Penggantian sesuatu barangan tidak dinamakan sebagai pembelian, kecuali jika penggantian itu membawa faedah kepada perkara yang digantikan’. Tafsiran kepada pernyataan ini membawa maksud bahawa penggantian adalah sebarang pertukaran antara dua pihak yang bertujuan mendapatkan keuntungan.
Oleh yang demikian, takrif hasil menurut dari sudut fiqh perakaunan Islam menjurus kepada sebarang proses pertukaran yang menghasilkan keuntungan.
Justeru satu takrif hasil (iradat) menurut perspektif Islam dapat dibentuk berdasarkan gabungan takrif hasil (iradat) dari buku-buku perakaunan Islam tersebut. Takrif hasil (iradat) yang dibentuk ialah
‘Aliran masuk yang dikutip atau diterima (al-Khotib, 2002) dari amalan aktiviti yang diwujudkan yang melibatkan proses pertukaran (barangan atau perkhidmatan) (syuhatah, 1987) sama ada yang benar- benar telah didapati (muhaqqaq) atau yang belum didapati (gheir muhaqqaq) (Atiyyah, 1989) yang bertujuan untuk mendapatkan keuntungan’. Secara khususnya, hasil melibatkan kepada dua aspek penting iaitu melibatkan proses pertukaran dan amalan aktiviti yang diwujudkan.
Walaubagaimanapun, takrif elemen belanja hanya dapat dikenalpasti pada buku Al-Muhasabah al-Maliah wa Usuluha al-Islamiyah. Al-Khotib (2002) menyatakan belanja sebagai ‘Jumlah yang ditanggung oleh projek dan dikorbankan untuk mendapatkan manfaat dan perkhidmatan’. Di sini menunjukkan berlakunya aliran keluar wang yang berlaku di dalam sesebuah entiti. Aliran keluar yang berlaku adalah disebabkan oleh keperluan entiti untuk mendapatkan manfaat dan perkhidmatan daripada pihak ketiga bagi mengekalkan keupayaan entiti untuk terus beroperasi. Selain dari buku Al- Muhasabah al-Maliah wa Usuluha al-Islamiyah, takrif elemen belanja tidak dinyatakan. Menurut Atiyyah (1989) dan Tu’mah (2011), jenis perbelanjaan terbahagi kepada tiga perkara iaitu usaha, bahan dan perkhidmatan. Ketiga-tiga perkara ini dianggap seperti faktor pengeluaran. Oleh itu, pada setiap faktor pengeluaran ini akan melibatkan bayaran belanja dimana sesebuah entiti perlu mengeluarkan sejumlah wang bagi menampung perbelanjaan faktor pengeluaran untuk mendapatkan manfaat dan perkhidmatan.
Penekanan terhadap prinsip dan nilai Islam seperti perkara-perkara penting yang perlu ditekankan dalam membuat perbelanjaan ada dinyatakan di dalam buku Nuzum Muhasabah fil Islam.
Perkara ini merupakan usaha penulis untuk menyampaikan idea dan konsep elemen belanja menurut perspektif Islam. Antara perkara penting yang dituntut adalah seperti larangan melakukan pembaziran dan bersifat bakhil. Dalam firmanNya yang bermaksud:
“…. Dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau-lampau, sesungguhnya Allah tidak suka orang yang melampaui batas.”
(Surah al-A’raf, 7:31) Di dalam surah lain Allah berfirman bermaksud:
8 Siti Nur Syakirah Shamsul Bahrin, Hairunnizam Wahid, Norida Basnan
“… dan sebenarnya orang yang melampau-lampau kejahatannya itu, merekalah ahli neraka.”
(Surah al-Mukmin, 40:43) Ayat-ayat di menunjukkan kemurkaan Allah terhadap golongan yang melapaui batas iaitu golongan yang berlebihan dalam berbelanja sehinggan Allah menggolongkan mereka sebagai ahli neraka. Selain itu, Allah amat murka terhadap mereka yang bersifat bakhil seperti firmanNya bermaksud;
“Iaitu orang yang bakhil dan menyuruh manusia supaya bersikap bakhil serta menyembunyikan apa-apa jua yang Allah berikan kepada mereka daripada limpah kirnia-Nya. Dan (sebenarnya) Kami telah sediakan bagi orang kafir itu azab seksa yang amat hina.”
(Surah al-Nisa’, 4:37)
Justeru, dapat disimpulkan bahawa perlunya kepada sifat bersederhana di dalam berbelanja.
Sifat bersederhana ini tidak tertakhluk semata-mata kepada individu malah turut merangkumi kepada perbelanjaan di dalam sesebuah entity Islam menuntut supaya sentiasa bersederhana dan berbelanja dari sumber yang halal. Seperti Firman Nya bermaksud:
“Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan daripada bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat) ….”
(Surah al-Baqarah, 2:267) Dan di dalam firmanNya lagi bermaksud:
“…dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan Hari Akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia …”
(Surah al-Qasas, 28:77)
Walaupun takrif elemen belanja hanya didapati daripada sebuah buku, namun melalui penerapan nilai dan prinsip Islam yang digariskan di dalam buku lain seperti buku Nuzum Muhasabah fil Islam dapat dijadikan sebagai panduan dalam menguruskan perbelanjaan.
PERBINCANGAN & IMPLIKASI DASAR
Dapatan kajian menunjukkan bahawa dari segi operasi, terdapat persamaan pada kedua-dua takrif elemen hasil dan belanja pada konsep perakaunan Islam dan pada konsep perakaunan konvensional.
Secara umumnya, persamaan takrif dalam konteks operasi ini dilihat sebagai satu perkara yang positif.
Melalui pendekatan mengkaji semula amalan perakaunan semasa dan menyesuaikannya semula mengikut prinsip dan konsep yang telah Islam gariskan, menunjukkan bahawa takrif elemen hasil dan belanja yang diguna pakai pada masa kini tidak bertentangan dengan Islam. Ini kerana, bagi perkara yang tiada sandaran dalil yang jelas dalam perkara muamalat, kaedah fiqh ‘asal sesuatu perkara adalah harus sehingga wujud dalil yang mengharamkannya’ boleh digunakan sebagai garis panduan dalam merangka suatu piawaian baru. Seterusnya menunjukkan bahawa takrif operasi ini dapat terus diguna pakai dalam membangunkan konsep perakaunan Islam. Di mana, sekiranya takrif operasi dari perakaunan Islam dan perakaunan konvensional yang melihat kepada kerangka konseptual IPSASB ini tidak selari, akan merencatkan usaha dalam membangunkan konsep perakaunan Islam. Perkara ini berikutan takrif operasi sedia ada tidak lagi dapat berfungsi kerana kegagalannya dalam mengikut syariat Islam, dan perlu kepada satu takrif operasi baru yang selari dengan syariat Islam.
Namun, fokus tetap harus diberikan bagi meneliti ketepatan takrif bagi setiap elemen perakaunan yang dibincangkan supaya tidak menimbulkan kekeliruan dan salah faham dari pengguna
Prosiding Kolokium Siswazah FEP (2019) Volume 3 9
penyata kewangan terutamanya terhadap elemen kutipan dan agihan zakat yang direkodkan dan diiktiraf sebagai elemen hasil dan belanja di dalam penyata kewangan di Institusi MAIN.
Terdapat dua faktor utama dan penting yang membezakan antara elemen hasil dan belanja dan kutipan dan agihan zakat iaitu faktor pemilikan harta dan objektif keperluan elemen tersebut. Bagi faktor pemilikan harta di dalam konsep perakaunan, elemen hasil merujuk kepada semua jenis pendapatan yang diterima oleh sesebuah entiti yang menunjukkan adanya aliran masuk yang berlaku terhadap kedudukan kewangan entiti tersebut. Sesebuah entiti dibenarkan untuk membuat keputusan penuh terhadap penggunaan elemen hasil ini. Begitu juga seperti elemen belanja yang merujuk kepada kos yang digunakan bagi tujuan menyediakan perkhidmatan atau barangan, keputusan untuk memperuntukkan jumlah perbelanjaan turut terletak sepenuhnya di bawah kawalan sesebuah entiti.
Zuhaili (2005) menyatakan bahawa setiap barang yang benar-benar dimiliki dan dikawal (hiyazah) oleh seseorang mahupun sesebuah entiti, sama ada barang itu dalam bentuk fizikal ataupun manfaat, maka barang itu adalah harta kepada individua atau entiti yang mengawal harta tersebut. Dalam hal ini, elemen hasil dan belanja yang terkandung di dalam penyata kewangan sesebuah entiti merupakan harta pemilikan secara sempurna oleh sesebuah entiti tersebut.
Adapun di dalam konsep zakat, kutipan zakat merujuk kepada pengumpulan harta dari pembayar zakat kepada institusi yang diamanahkan seperti MAIN untuk diuruskan dan diagihkan secara professional dan amanah mengikut tahun tertentu dan agihan zakat merujuk kepada agihan harta zakat yang dilakukan terhadap golongan asnaf yang berhak menerima zakat. Tugas kutipan dan agihan zakat ini merupakan tanggungjawab pemerintah secara umumnya. Secara praktikalnya MAIN merupakan institusi yang mewakili pemerintah dalam urusan kutipan dan agihan zakat sebagaimana yang telah diperuntukkan dalam perlembagaan persekutuan, serta enakmen pentadbiran agama Islam negeri- negeri. Hasil kutipan zakat yang dikutip dimiliki oleh MAIN adalah secara tidak sempurna. Pemilik aset hasil kutipan zakat adalah milik asnaf. Dari sudut agihan zakat pula, agihan zakat tidak merujuk kepada jumlah kos yang perlu ditanggung oleh MAIN untuk menyediakan barangan dan perkhidmatan sebaliknya agihan zakat merujuk kepada pengagihan hasil kutipan zakat terhadap golongan asnaf.
Justeru agihan zakat yang diagihkan oleh MAIN merupakan pemilikan MAIN secara tidak sempurna.
Melihat kepada faktor ini, dapat disimpulkan disini bahawa secara tersiratnya elemen kutipan dan agihan zakat mengandungi maksud seperti liabiliti. Ini kerana liabiliti bermaksud ‘kewajipan sesebuah entiti terhadap pihak ketiga’. Dalam situasi MAIN yang bertanggungjawab menguruskan kutipan dan agihan zakat ini, jumlah kutipan zakat yang diterima merupakan satu kewajipan kepada MAIN untuk diagihkan kepada pihak ketiga iaitu kumpulan asnaf. Sehubungan dengan itu, bagi mengelakkan nerlakunya salah faham kepada pengguna penyata kewangan terhadap terma kutipan dan agihan zakat yang diiktiraf sebagai hasil dan belanja, kajian melihat keperluan dalam mewujudkan satu penyata kewangan yang berasingan antara kutipan dan agihan zakat, dan hasil dan belanja.
Bagi faktor objektif keperluan terhadap elemen hasil dan belanja, elemen hasil dan belanja diperlukan oleh sesebuah entiti bagi mengenalpasti jumlah untung dan rugi yang perlu ditanggung.
Elemen belanja turut diperlukan sebagai kos kepada perkhidmatan dan barangan yang digunakan untuk menjalankan operasi sesebuah entiti. Objektif keperluan terhadap kutipan dan agihan zakat adalah merupakan perintah dari Allah s.w.t. sebagimana yang terkandung di dalam Surah al-Taubah, ayat 103 yang bermaksud:
“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya Engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak Yang buruk);dan doakanlah untuk mereka, kerana Sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.”
(Surah al-Taubah 9:103)
Ayat di atas menunjukkan Allah s.w.t meletakkan urusan zakat adalah di bawah tanggungjawab pemerintah. Perkataan ‘ambillah’ merupakan arahan kepada pemerintah agar membuat kutipan zakat yang memberi erti bahawa zakat adalah menjadi sebahagian dari tanggungjawab negara. Pengurusan agihan zakat terhadap golongan asnaf juga merupakan perintah dari Allah s.w.t di dalam firmanNya yang bermaksud:
10 Siti Nur Syakirah Shamsul Bahrin, Hairunnizam Wahid, Norida Basnan
“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang fakir, orang miskin, pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
(Surah al-Taubah, 9:60)
Allah memerintahkan untuk mengagihkan zakat kepada lapan golongan seperti yang dinyatakan di dalam ayat di atas. Empat golongan pertama yang disebut dalam ayat tersebut ialah orang fakir, miskin, amil dan mualaf disandarkan dengan huruf lam yang menunjukkan maksud al-milk (pemilikan) secara mutlak. Maksud pemilikan secara mutlak ialah pemilikan yang tidak dikaitkan dengan dengan sebarang syarat atau keadaan yang menghalangnya. Oleh itu, pemilik mutlak tersebut boleh membelanjakan zakat yang diterima mengikut kehendak mereka sendiri termasuk melaburkan harta zakat yang mereka terima. Empat golongan yang berbaki dalam surah tersebut, iaitu al-riqab (hamba), al-gharimin (orang yang memiliki hutang), fi-sabilillah (orang yang berjuang di jalan Allah) dan akhirnya ibn sabil (musafir yang sedang dalam perjalanan) telah disandarkan sebutannya dengan fi yang bermaksud al-zarfiyyah (terbatas) yang menunjukkan pemilikan mereka terhadap harta zakat adalah terikat atau terbatas mengikut objektif yang ditentukan untuknya. Pemberian zakat kepada asnaf al-gharimin (orang yang berhutang) contohnya, hanya bertujuan melunaskan hutangnya sahaja. Oleh itu, jika didapati mereka menggunakan zakat tersebut untuk perbelanjaan selain bagi tujuan yang dikhususkan, iaitu membayar hutang, maka zakat tersebut boleh ditarik balik daripadanya. Justeru berdasarkan kepada dua faktor di atas, kutipan zakat dan agihan zakat tidak membawa maksud yang sama seperti takrif elemen hasil dan belanja yang digunakan di dalam penyata kewangan mengikut konsep perakaunan konvensional dan konsep perakaunan Islam.
Oleh itu kajian ini mencadangkan agar lebih banyak kajian lanjut dapat dilakukan secara terperinci mengggunakan sumber kitab yang dikarang oleh sarjana Islam silam bagi memahami kerangka sebenar idea elemen hasil dan belanja bagi memenuhi keperluan piawaian perakaunan terhadap institusi sektor awam seperti MAIN. Ketiadaan garis panduan yang jelas terhadap konsep perakaunan Islam di Institusi MAIN meletakkan Institusi ini berada dalam keadaan dilema terhadap pelaporan pada penyata kewangan mereka di mana mereka akan menggunakan uruf perakauanan konvensional dan mengambil panduan dari kerangka konseptual konvensional dalam amalan perakaunan mereka yang mungkin mengakibatkan salah faham dan kekeliruan dari pembaca penyata kewangan.
Kajian turut mencadangkan agar perbincangan meja bulat antara kumpulan penyelidik dan kumpulan akauntan dapat dilakukan agar sebarang idea baru yang dikemukakan oleh kumpulan penyelidik merupakan idea yang realistik yang boleh diterima untuk digunapakai didalam amalan perakaunan.
KESIMPULAN
Melihat kepada hasil kajian yang menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara takrif elemen hasil dan belanja pada konsep perakaunan Islam dan pada konsep perakaunan konvensional. menunjukkan bahawa perkara asas dalam pembentukan konsep perakaunan Islam tidak menemui jalan buntu. Hal ini kerana takrif yang digunakan dalam amalan konsep perakaunan konvensioanal semasa mempunyai persamaan dengan takrif elemen hasil dan belanja menurut perspektif Islam Justeru, amalan semasa ini dapat diteruskan dan ditambah baik dengan memberi fokus kepada terma istilah yang tepat bagi penggunaan di MAIN. Walaubagaimanapun, pengiktirafan terhadap kutipan dan agihan zakat sebagai elemen hasil dan belanja pada penyata kewangan, perlu kepada kajian yang lebih mendalam. Ini adalah kerana kutipan dan agihan zakat tidak membawa maksud dan objektif yang sama seperti elemen hasil dan belanja. Adalah diharapkan agar kajian ini dapat dikembangkan melalui penerokaan kepada buku- buku penulisan sarjana dan cendekiawan Islam pada zaman kegemilangan Islam dahulu dalam usaha mengenalpasti idea asas penggunaan istilah yang tepat bagi setiap elemen yang melibatkan tujuan pengrekodan pada penyata kewangan bagi institusi MAIN yang menguruskan harta zakat dan wakaf.
Prosiding Kolokium Siswazah FEP (2019) Volume 3 11
RUJUKAN
Abdul Rahman, A., Nasir, M. H. M., Ismail, S. A. (2006) Keseragaman penggunaan istilah-istilah perakaunan dalam laporan tahunan korporat di Malaysia. International Journal of Management Studies (IJMS). 13 (2). 151-174
Abdul Wahab Habasy Tu’mah. 2011. Dirasat fi al-Muhasabah al-Islamiah. Amman: Dar Wail lil Nasyar wa Tauzi’
Ahmed M. U., Sabirzyanov R. & Rosman R. (2016). A critique on accounting for murabaha contract.
Journal of Islamic Accounting and Business Research, 7(3), 190–201
Ahmad, S. & Mahadi, L. (2013). Pelaburan Wang Zakat oleh Institusi Zakat menurut Pandangan Islam, Jurnal Undang-Undang Malaysia. 25(1): 122-135
Alim, MN. Si, M. & Ak (2014) The development of Shariah Accounting: Epistemology Perspective, European Scientific Journal 1:110-117
Haniffa, R. & Hudaib M. (2010). The two Ws of Islamic accounting research, Journal of Islamic Accounting and Business Research 1(1): 5-9.
Husin Hassan al-Khotib, 1423H/2002. Al-Muhasabah al-Maliah wa Usuluha al-Islamiyah. Jilid I.
Amman: Dar Yafa al-Ilmiah
International Public Sector Accounting Standard Board [IPSASB] (2014), The Conseptual framework for generak purpose financial reporting by public sector entities. International Federation of Accountants.
Lateff, E.E.A., Palil, M.R., Hassan, M.S. (2014). Prestasi Kecekapan Agihan Kewangan dan Bukan Kewangan di Kalangan Institusi Zakat di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia, 48(2), 51 – 60 Muhammad Hamid, Ahmad Ja’bari Sameer Hamudah, Ulyan Syarif Rasyad al-Assor, 1421H/2000.
Mabadik al-Muhasabah al-Maliah, Jilid I, Amman: Dar al-Massira
Muhammad Kamal Atiyyah. 1409H/1989. Nuzum Muhasabah fil Islam. Qaherah: Maktabah Wahbah Omar, P.M.F.F.A., Wahid, H., Nor, M.A M., (2017). Kecekapan Pengurusan Kewangan dan Agihan
Zakat: Kajian di Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). Jurnal Syariah, 25(3), 415-452 Samer Adnan Syarif. 1421H/2001. Usul al-Muhasabah. Amman: Dar Safaa
Sarea A.M. & Hanefah M.M.(2013). The need of accounting standards for Islamic financial institutions: evidence from AAOIFI. Journal of Islamic Accounting and Business Research.
4(1). 64-76
Saudagaran, S. M., Diga, J. G. (2000). The Institutional Environment of Financial Reporting Regulation in ASEAN. The International Journal of Accounting, 35(1), 1–26
Sulaiman Husin al-Basytawi, Ihab Muhammad Abu Khaznah, 1436H/2016. Mabadik al Muhasabah, Amman: Dar al-Manahej
Syauqi Ismail Syuhatah. 1407H/1987. Nazoriah al-Muhasabah al-Maliah min manzur Islami. Qaherah:
Zahra’ lil i’lam arabi
Syed Ahmad Amir. Ala Amin khawajah. 2007. Al-Muhasabah al-Maliah Mabadik wa Tatbiqat.
Qaherah: Dar al-Fajr
Syed Mahmood Zaki. 2010. Mabadik al-Muhasabah al-Maliah. Iskandariah: Dar al-Ta’lim al-Jamiie Wahbah al-Zuhaili (2005), Fiqh dan Perundangan Islam. Jilid IV. Md Akhir Hj Yaacob et. al (terj.) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Wahid, H., Ahmad, S., Nor, M.A.M., Rashid, M.A., (2017). Prestasi Kecekapan Pengurusan Kewangan dan Agihan Zakat: Perbandingan antara Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia.Jurnal Ekonomi Malaysia, 51(2), 33 – 46
Wahid, H., Salleh, M.F.M, Ahmad, A., Basnan, N., Harun, A.M., Wahab, A.B.A., (2018). Perakaunan untuk Aset Wakaf, Zakat dan Baitulmal oleh Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia: Satu Cadangan Kerangka Kerja Syariah, Prosiding Persidangan Ekonomi Malaysia 13: 424-438 Wahid, H., Salleh, M.F.M, Ahmad, A., Basnan, N., Harun, A.M., Wahab, A.B.A., (2018). Perakaunan
bagi Kutipan dan Agihan Zakat oleh Majlis Agama Islam Negeri: Satu cadanagan Kerangka Kerja Syariah. Dlm. Kutipan dan Agihan Zakat Malaysia Baharu:Isu, Cabaran dan Harapan, hlm. 113-133. Nilai: Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia.
Ziyad Abdul Halim, Husin Muhammad Samhan, 1432H/2011. Dirasat Muhasabah Islamiah, Amman:
Darul Fiqr.
12 Siti Nur Syakirah Shamsul Bahrin, Hairunnizam Wahid, Norida Basnan
LAMPIRAN
JADUAL 1: Buku-buku Perakaunan di Timur Tengah
Bil Buku-buku Perakaunan di Timur Tengah
1. Husin Hassan al-Khotib, 1423H/2002. Al-Muhasabah al-Maliah wa Usuluha al-Islamiyah. Juzuk Awwal. Amman: Dar Yafa al-Ilmiah
2. Ziyad Abdul Halim, Husin Muhammad Samhan, 1432H/2011. Dirasat Muhasabah Islamiah, Amman:
Darul Fiqr
3. Muhammad Kamal Atiyyah. 1409H/1989. Nuzum Muhasabah fil Islam. Qaherah: Maktabah Wahbah 4. Syauqi Ismail Syuhatah. 1407H/1987. Nazoriah al-Muhasabah al-Maliah min manzur Islami. Qaherah:
Zahra’ lil i’lam arabi
5. Abdul Wahab Habasy Tu’mah. 2011. Dirasat fi al-Muhasabah al-Islamiah. Amman: Dar Wail lil Nasyar wa Tauzi’
6. Syed Ahmad Amir. Ala Amin khawajah. 2007. Al-Muhasabah al-Maliah Mabadik wa Tatbiqat.
Qaherah: Dar al-Fajr
7. Sulaiman Husin al-Basytawi, Ihab Muhammad Abu Khaznah, 1436H/2016. Mabadik al-Muhasabah, Amman: Dar al-Manahej
8. Muhammad Hamid, Ahmad Ja’bari Sameer Hamudah, Ulyan Syarif Rasyad al-Assor, 1421H/2000.
Mabadik al-Muhasabah al-Maliah, juzuk awwal, Amman: Dar al-Massira 9. Samer Adnan Syarif. 1421H/2001. Usul al-Muhasabah. Amman: Dar Safaa
10. Syed Mahmood Zaki. 2010. Mabadik al-Muhasabah al-Maliah. Iskandariah: Dar al-Ta’lim al-Jamiie JADUAL 2 : Buku-buku Perakaunan Islam dan buku-buku perakaunan konvensional.
Bil Buku-buku Perakaunan Islam Buku-buku Perakaunan Konvensional 1 Husin Hassan al-Khotib, 1423H/2002. Al-
Muhasabah al-Maliah wa Usuluha al-Islamiyah.
Juzuk Awwal. Amman: Dar Yafa al-Ilmiah
Syed Ahmad Amir. Ala Amin khawajah. 2007. Al- Muhasabah al-Maliah Mabadik wa Tatbiqat. Qaherah:
Dar al-Fajr 2 Ziyad Abdul Halim, Husin Muhammad Samhan,
1432H/2011. Dirasat Muhasabah Islamiah, Amman: Darul Fiqr
Sulaiman Husin al-Basytawi, Ihab Muhammad Abu Khaznah, 1436H/2016. Mabadik al-Muhasabah, Amman: Dar al-Manahej
3 Muhammad Kamal Atiyyah. 1409H/1989. Nuzum Muhasabah fil Islam. Qaherah: Maktabah Wahbah
Muhammad Hamid, Ahmad Ja’bari Sameer Hamudah, Ulyan Syarif Rasyad al-Assor, 1421H/2000. Mabadik al-Muhasabah al-Maliah, juzuk awwal, Amman: Dar al-Massira
4 Syauqi Ismail Syuhatah. 1407H/1987. Nazoriah al-Muhasabah al-Maliah min manzur Islami.
Qaherah: Zahra’ lil i’lam arabi
Samer Adnan Syarif. 1421H/2001. Usul al- Muhasabah. Amman: Dar Safaa
5 Abdul Wahab Habasy Tu’mah. 2011. Dirasat fi al-Muhasabah al-Islamiah. Amman: Dar Wail lil Nasyar wa Tauzi’
Syed Mahmood Zaki. 2010. Mabadik al-Muhasabah al-Maliah. Iskandariah: Dar al-Ta’lim al-Jamiie
JADUAL 3: Takrif bagi elemen hasil dan belanja Bil Buku-buku Perakaunan Islam di
Timur Tengah
Hasil Belanja
1. Husin Hassan al-Khotib, 1423H/2002. Al-Muhasabah al- Maliah wa Usuluha al-Islamiyah.
Juzuk Awwal. Amman: Dar Yafa al-Ilmiah
Jumlah yang dikutip atau diterima dari projek akibat daripada penjadualan semula pelbagai aktiviti di mana aliran masuk berlaku
Adalah jumlah yang ditanggung oleh projek dan dikorbankan untuk mendapatkan manfaat dan
perkhidmatan
Prosiding Kolokium Siswazah FEP (2019) Volume 3 13
2. Muhammad Kamal Atiyyah.
1409H/1989. Nuzum Muhasabah fil Islam. Qaherah: Maktabah Wahbah
Aliran wang masuk dalam sistem akaun islam berbeza dengan sistem perakaunan modern. Dalam konsep perakaunan Islam, semua pertambahan diambil kira sama ada yang benar- benar telah didapati )muhaqqaq) atau yang belum didapati (gheir
muhaqqaq).
3. Syauqi Ismail Syuhatah.
1407H/1987. Nazoriah al-
Muhasabah al-Maliah min manzur Islami. Qaherah: Zahra’ lil i’lam arabi
Disisi fiqh islam (muamalat islam) : Hasil daripada amalan aktiviti yang diwujudkan
Fiqh perakaunan islam : Hasil Proses pertukaran iaitu menggantikan sesuatu dengan sesuatu yang lain (barangan /perkhidmatan) yang bertujuan untuk mendapat keuntungan.
4. Abdul Wahab Habasy Tu’mah.
2011. Dirasat fi al-Muhasabah al- Islamiah. Amman: Dar Wail lil Nasyar wa Tauzi’
Pentakrifan iradat mengikut pandangan perakaunan islam:
1. Jualan barang 2. Riba
3. Untung
4. Pertumbuhan/Berkembang