PROSIDING KOLOKIUM SISWAZAH FEP 2019 (VOLUME 2) /
PROCEEDINGS OF POSTGRADUATE COLLOQUIUM FEP 2019 (VOLUME 2)
ISBN: 978-983-99223-8-7 2019
DITERBITKAN OLEH / PUBLISHED BY SEKRETARIAT SISWAZAH
FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
DICETAK OLEH / PRINTED BY PENERBIT UKM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
ii Cetakan Pertama / First Printing 2019
Hak Cipta/ Copyright---Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada
dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM terlebih dahulu.
All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any means, electronic or mechanical, including photocopy, recording, or any information storage and retrieval system, without permission in writing from the Faculty of Economics and Management UKM.
Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by SEKRETARIAT SISWAZAH
FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN UKM 43600 UKM BANGI, Selangor D.E, Malaysia
http://www.ukm.my/fep
Perpustakaan Negara Malaysia Data-Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Cataloguing-in-Publications Data
Prosiding Kolokium Siswazah FEP 2019
KOLOKIUM SISWAZAH FEP
Kolokium Siswazah FEP merupakan aktiviti dianjurkan setiap semester oleh Sekretariat Siswazah FEP dengan kerjasama Persatuan Siswazah FEP, UKM.
Kolokium Siswazah merupakan satu platform terbaik untuk melatih pelajar siswazah melakukan pembentangan penyelidikan serta berinteraksi secara terbuka dalam menyampaikan idea dan bertukar pandangan serta maklumat balas. Prosiding Kolokium Siswazah FEP 2019 dikeluarkan dalam tiga (3) Volume hasil gabunagn pembentangan Kertas Prosiding pelajar Sarjana Ekonomi dan Sarjana Ekonomi Islam.
Gabungan Kertas Prosiding yang dihasilkan melalui penganjuran Kolokium Siswazah Semester 1 Sesi 2018/2019 bertarikh 19 Disember 2018 dan Semester 2 Sesi 2018/2019 bertarikh 25 Jun – 26 Jun 2019.
Sekretariat Siswazah
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
iv
SIDANG EDITOR 2019 / EDITORIAL BOARD 2019
Prof. Madya Dr. Fathin Faizah Said (KETUA EDITOR) Prof. Madya Dr. Noorasiah Sulaiman
Prof. Madya Dr. Mariani Abd Majid Dr. Wye Chung Khain
Dr. Mohd Nasir Mohd Saukani Dr. Nor Shamliza Chamhuri Dr. Lai Wei Sieng
Dr. Hairunnizam Wahid Dr.Mohd Adib Ismail Dr. Riayati Ahmad Dr. Suhaili Al-Ma’amun
Dr. Mohd Hafizudin Syah Bangaan Abdullah Dr. Nafisah Mohammed
URUSETIA 2019
Pn. Siti Nora Mhd Isa
Pn. Noorsyam Noordin
Pn. Rosidah Satari
KANDUNGAN
Kandungan v
1 Kesukaran Membuat Permohonan Zakat dalam Kalangan Penduduk Flat Kos Rendah di Kawasan Dun Batu, Lembah Pantai dan
Setiawangsa
Muhammad Adib Mohd Zaki, Mohd Ali Mohd Noor, Hairunnizam Wahid, Muhammad Syafiq Sham
1 – 11
2 Peranan PERKIM Bahagian Negeri Selangor (PBNS) dalam Pembangunan dan Pendidikan Mualaf: Satu Tinjauan Muhammad Qawiem Abdul Baki, Hairunnizam Wahid
12 – 22
3 Pengiraan Kadar Zakat Emas Perhiasan di Malaysia
Muhammad Norshah Rosle, Mohd Ali Mohd Noor, Hairunnizam Wahid
23 – 33
4 Persepsi Warga Emas terhadap Pembiayaan Instrumen Kewangan ke atas Penjagaan Kesihatan Mental dan Fizikal: Kajian di Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah
Nursyafiqah Liyana Mohd Shafiq Ong, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor
34 – 58
5 Tahap Kefahaman Akidah dalam Kalangan Mualaf dan Peranan Unit Zakat Universiti Kebangsaan Malaysia
Nor Saleha Anuar, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor
59 - 78
6 Faktor Mempengaruhi tahap Kepuasan Agihan Zakat oleh Institusi Zakat di Institusi Pengajian Tinggi: Kajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Nadzirah Samsuddin, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor
79 - 98
7 Prestasi Kecekapan Pengurusan Kewangan dan Pengurusan Agihan Zakat : Kajian di Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)
Sharifah Shakinah Syed Hamid, Hairunnizam Wahid
99 - 113
8 Perlaksanaan Skim Kafalah Muzakki terhadap Pembayar Zakat, Kajian di Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ, MAIWP): Satu Sorotan Awal
Noorazlin Mohd Azizi, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor
114 - 120
9 Persepsi Peniaga terhadap Perniagaan atas Talian dan Perbezaan Sistem Cukai dengan Zakat: Kajian Terhadap Peniaga Kecil di Uptown Jalan Reko, Kajang, Selangor
Mohamad Hafhiz Abdul Aziz, Hairunnizam Wahid
121 - 131
vi
10 Bayaran Zakat Fitrah Mengikut Harga Beras yang dimakan dan
Peranan Medium Promosi: Kajian di Lembaga Zakat Selangor (LZS) Cawangan Kajang, Selangor
Mohd Shairazi Akmal Mohd Razali, Hairunnizam Wahid
132 - 145
11 Kecekapan Pengurusan Kutipan dan Agihan Zakat Pusat Zakat UKM Nor Hanani Kadimon, Mohd Ali Mohd Noor, Hairunnizam Wahid
146 – 159
12 Persepsi Pelajar terhadap Pengurusan Zakat : Kajian di USIM
Nadiah Hanim Mokhtarudin, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor
160 – 174
13 Persepsi Masyarakat terhadap Sistem Pembayaran Zakat atas Talian dalam Urusan Pembayaran Zakat: Kajian di Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS)
Nurul Alyaa Izzati Abdul Khalid, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor
175 - 193
14 Faktor-faktor Pembayaran Zakat Fitrah Ikut Harga Beras yang dimakan: Satu Kajian di Daerah Hulu Langat, Selangor
Sayidah Nafisah Abdul Rahman, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor
194 - 214
15 Persepsi Masyarakat Wanita terhadap Pembayaran Fatwa Zakat Emas:
Satu Kajian di Masjid Putra Nilai, Negeri Sembilan (PZNS) Nurizni Sabrina Sapiee, Hairunnizam Wahid
215 – 232
16 Zakat Pendapatan : Satu Kajian Melibatkan Kakitangan Awam di Putrajaya
Muhammad Ridwan Darnisal, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor
233 – 243
17 Pengurusan Program Institut Pendidikan melalui Model Agihan Zakat Secara Tidak Langsung: Kajian di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
Mohd Nasaruddin Shah Abdullah, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor
244 - 265
18 Mekanisme Wakaf Tunai: Kajian Terhadap Isu Wakaf Pembelian Tanah di Negeri Selangor
Siti Salwani Mustapa, Hairunnizam Wahid, Mohd Faisol Ibrahim
266 – 282
19 Potensi Wakaf Tunai di Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad
Julieawati Salim, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai, Hairunnizam Wahid
283 – 296
20 Peranan Wakaf Terhadap Pendidikan: Kajian di Kompleks Tarbiyyah Raudhatul Jannah (KOTARAJA), Perak
Nur-Lainun Nodion, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor
297 - 310
21 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Gelagat Remaja Terhadap Penggunaan Produk Halal
Nurul Azwana Ibrahim, Mohd Ali Mohd Noor, Hairunnizam Wahid
311 - 322
22 Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Penggunaan Barangan Halal dalam Kalangan Guru Sekolah
Amran Ahmad @ Mat, Mohd Ali Mohd Noor, Hairunnizam Wahid
323 - 335
23 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Persetujuan Pengguna Berkaitan Integrasi Halal dan Kewangan Islam
Mohd Hafiz Asmani, Mohd Ali Mohd Noor, Hairunnizam Wahid
336 - 352
24 Tanggungjawab Sosial Korporat Dalam Industri Halal : Peranan Agama dan Nilai
Nurun Najihah Subakir, Shifa Mohd Nor, Aisyah Abdul Rahman
353 – 365
25 Determinants of Halal Related Trade Products in OIC Member Countries
Siti Nabilah Khusenimantri, Mohd Adib Ismail
366 - 378
PROSIDING KOLOKIUM SISWAZAH FEP (2019) VOLUME 2, 114 – 120 ISBN: 978-983-99223-8-7
Prosiding Kolokium Siswazah FEP (2019) ,
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
PERLAKSANAAN SKIM KAFALAH MUZAKKI TERHADAP PEMBAYAR ZAKAT, KAJIAN DI PUSAT PUNGUTAN ZAKAT, MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (PPZ, MAIWP):
SATU SOROTAN AWAL
NOORAZLIN MOHD AZIZI Universiti Kebangsaan Malaysia
HAIRUNNIZAM WAHID Universiti Kebangsaan Malaysia
MOHD ALI MOHD NOOR Universiti Kebangsaan Malaysia
ABSTRACT
The State Islamic Religious Council (MAIN) is the institution or agent responsible for collecting and distributing zakat. Similarly, MAIWP through the Zakat Collection Center is the responsible body of the Federal Territory of Kuala Lumpur. Recently, MAIWP has launched the Muzakki Kafalah Scheme which PPZ is the first zakat center in Malaysia that provides protection scheme incentives to zakat payers of the agency. Hence, this study will examine the mechanism of the implementation of the kafalah muzakki scheme and also analyze the cases that have occurred to the payer who participated in the scheme. This study uses qualitative and quantitative methods such as interviewing PPZ Zakat Counter Officer, Encik Faizul bin Shaiffe and also based on some relevant data obtained from PPZ- MAIWP. The findings show that PPZ-MAIWP has set some procedures for implementing and qualifying individual (zakat payer), for the heirs to claim the protection scheme's incentives. Some suggestions and policy implications are also discussed in this study.
Keywords: Muzakki, Kafalah, PPZ-MAIWP
ABSTRAK
Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) merupakan institusi atau agen yang bertanggungjawab dalam kutipan dan agihan zakat. Begitu juga dengan MAIWP yang melalui Pusat Pungutan Zakat merupakan badan yang bertanggungjawab di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Baru-baru ini, MAIWP telah melancarkan Skim Kafalah Muzakki yang mana PPZ merupakan pusat zakat pertama di Malaysia yang menyediakan insentif skim perlindungan kepada pembayar zakat agensi berkenaan.
Justeru, kajian ini akan mengkaji tentang mekanisma pelaksanaan skim kafalah muzakki dan juga menganalisis kes-kes yang telah berlaku kepada pembayar zakat yang menyertai skim ini. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif iaitu diantaranya menemubual Pegawai Kaunter Zakat PPZ, Encik Faizul bin Shaiffe dan juga berdasarkan daripada beberapa data yang berkaitan didapati dari PPZ-MAIWP. Hasil kajian mendapati PPZ-MAIWP telah menetapkan beberapa prosedur pelaksanaan dan syarat kelayakan individu (pembayar zakat), bagi waris untuk menuntut insentif skim perlindungan ini. Beberapa cadangan dan implikasi dasar juga turut dibincangkan di dalam kajian ini.
Kata Kunci : Kutipan zakat, Insentif, Muzakki, Kafalah, PPZ-MAIWP,
Prosiding Kolokium Siswazah FEP (2019) Volume 2 115
PENGENALAN
Zakat merupakan salah satu daripada lima rukun islam adalah ibadah yang wajib ditunaikan oleh semua individu Muslim setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak sebagaimana memenuhi maksud zakat dari segi syarak iaitu mengeluarkan harta tertentu untuk diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.
Adapun zakat dari segi bahasa membawa maksud bersih, suci, subur, berkat dan berkembang. Firman Allah SWT, yang bermaksud ;
“Sesungguhnya, orang-orang yang beriman, melakukan kebaikan, melaksanakan solat, dan menunaikan zakat, mendapat pahala di sisi Tuhannya. Mereka tidak ada berasa takut tidak bersedih hati.”
(Surah Al-Baqarah : 277)
Hikmah peranan zakat adalah sangat luas merangkumi aspek rohani, aspek ekonomi dan aspek social.
Zakat dianjurkan untuk menyucikan dan menyuburkan harta pembayar zakat bagi mendapat keredhaan Allah SWT dan keberkatan hidup, membersihkan hati pemberi zakat dari sifat tamak dan mementingkan diri sendiri, mengurangkan perasaan iri hati dalam kalangan yang kurang bernasib baik serta melahirkan sifat syukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT (Eza & Rizal, 2011).
Dalam masa yang sama, zakat memainkan peranan yang penting sebagai komponen dalam sistem ekonomi yang berupaya meningkatkan kuasa beli masyarakat sekaligus meningkatkan produktiviti Negara (Zainol & Kamil, 2009), mampu menjadi program perdana dasar belanjawan Negara bagi membasmi kemiskinan di Negara Malaysia di samping sistem cukai sedia ada (Azura, Nurazlina &
Fadzlin, 2005) sehingga akhirnya menjamin kestabilan ekonomi dan menyelesaikan masalah pembangunan Negara. Di samping itu, zakat bertindak sebagai mekanisme sosial yang menghubungkan masyarakat dalam Islam apabila setiap individu menyedari bahawa setiap bahagian individu berada dalam kebajikan orang lain dan saling melengkapi (Afzal-Ur-Rahman, 1994). Firman Allah SWT, yang bermaksud ;
“Ambillah zakat daripada harta mereka untuk membersihkan dan menyucikan mereka, dan berdoalan untuk mereka. Sesungguhnya doamu itu (menumbuhkan) ketenteraman jiwa bagi mereka. Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”
(Surah Al-Maidah :103)
Pelaksanaan zakat mengandungi dua elemen penting dalam memastikan ibadah zakat memberikan rahmat kepada kehidupan manusia iaitu dari segi kutipan dan agihan zakat. Kecekapan dan ketelusan dalam kutipan dan agihan zakat adalah sesuatu yang mempunyai kepentingan secara bersama yang tidak boleh dipisahkan kerana kedua-duanya sama penting dalam memastikan kelestarian hidup yang sejahtera. Zakat adalah wadah unggul yang terbaik bagi membasmi kemiskinan dan menjana kemajuan ekonomi umat islam melalui penglibatan golongan asnaf dalam bidang ekonomi. Namun matlamat ini tidak dapat dicapai sekiranya kutipan zakat tidak memberansangkan khususnya kutipan secara formal oleh sesebuah institusi zakat. Pendedahan melalui media massa mengenai lebihan wang zakat yang tidak diagihkan sedangkan ramai fakir miskin wujud di negara kita telah menyumbang kepada tahap kepercayaan masyarakat terhadap institusi zakat (Hashim, Al, & Saad, 2011).
Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pusat Pungutan Zakat- MAIWP (PPZ-MAIWP) bertindak sebagai agensi yang menguruskan kutipan dan agihan zakat secara korporat sebagai langkah mengoptimumkan keberhasilan. Seiring dengan tuntutan kewajipan mengeluarkan zakat, matlamat PPZ-MAIWP adalah meningkatkan kesedaran umat islam tentang kewajipan berzakat. Dalam usaha meningkatkan kualiti dan jumlah pembayaran zakat di WP Kuala Lumpur, terdapat beberapa pendekatan yang telah diambil oleh pihak PPZ-MAIWP. Pelbagai aktiviti dakwah dan promosi berkaitan zakat dilakukan bukan sahaja di surau dan masjid, malah melalui siaran langsung di radio, media sosial, mengadakan kempen, berkunjung ke premis-premis perniagaan, dan lain-lain lagi.
Menurut Mukhsin dan Suhaili (2016), kepelbagaian ini amat membantu dalam meningkatkan hasil kutipan zakat.
116 Noorazlin Mohd Azizi, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor
Kafalah, dari sudut bahasa bermaksud jaminan, yang membawa erti jaminan yang diberikan oleh pemberi/penanggung jaminan kepada pihak ketiga atas kewajipan yang harus ditunaikan pihak yang ditanggung/dijamin. Fuqaha terdahulu mengkategorikan kafalah sebagai satu kontrak tabarru’
seperti hibah dan wakalah. Kategori kontrak sedemikian bertujuan untuk menolong dan meringankan kesusahan pihak tertentu tanpa mengharapkan sebarang balasan (Maybank).
Pada masa kini, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan melalui Pusat Pungutan Zakat telah memperkenalkan skim kafalah muzakki yang mana menyediakan insentif skim perlindungan kepada pembayar zakat agensi berkenaan. Melalui skim ini, waris daripada pembayar zakat akan menerima bantuan sumbangan sebanyak RM3000.00 apabila berlaku kematian terhadap pembayar zakat tersebut. Kajian ini ingin mengkaji sejauh mana skim kafalah muzakki ini dapat menarik minat pembayar zakat untuk membayar zakat serta memberi kesedaran motivasi kepada masyarakat tentang skim kafalah ini. Objektif kajian ini adalah untuk (1) mengkaji mekanisma pelaksanaan skim kafalah muzakki di PPZ-MAIWP agar masyarakat betul-betul memahami pelaksanaan dalam skim ini ; dan (2) menganalisis kes-kes yang berlaku kepada pembayar zakat yang telah menyertai skim kafalah ini.
KAJIAN LEPAS
Kontrak kafalah termasuk dalam kategori kontrak-kontral al-tawsiqat (pengukuhan atau jaminan). Ia bermaksud akad yang bertujuan untuk menjamin hutang bagi pemiliknya dan menjamin pemberi hutang mendapatkan kembali hutangnya seperti akad al-kafalah, al-hiwalah dan al-rahn (al-Zuhaily, 1989). Perkataan kafalah berasal dari bahasa Arab kafala yang bermaksud penggabungan atau iltizam (Ibn Manzur). Kafalah juga dikenali atau digunakan sebagai daman. Kebiasaannya fuqaha mazhab Hanafi menggunakan istilah kafalah dan humalah manakala fuqaha mazhab Syafie dan Hanbali pula menggunakan istilah daman (Barghish,200).
Dari segi terminology fiqh pula, para fuqaha memberikan deinisi yang berbeza dengan melihat kesan yang terhasil daripada kontrak ini. Fuqaha mazhab Hanafi mentakrifkan kafalah sebagai (Ibn ‘Abidin) ;
“Menggabungkan tanggungan penjamin epada tanggunga penghutang sama ada jaminan diri, hutang atau harta yang dirampas dan sebagainya”
Dalam erti kata lain takrif di atas membawa maksud penggabungan tanggungjawab penjamin dan penghutang bagi melangsaikan hutang, barangan dan tuntutan terhadap penghutang (Sulayman, 1998).
Jumhur fuqaha’ pula mengtakrifkannya sebagai (al-Dusuqi, Ibnu Qudamah, 1997, al-Syarbini) ;
“Menggabungkan tanggungan penjamin dengan orang yang dijamin pada melaksanakan sesuatu hak iaitu pada hutang, maka hutang tersebut tertanggung atas keduanya”
Pentakrifan yang dibincangkan di atas menunjukkan bahawa hak seseorang tidak akan hilang walaupun penghutang tidak dapat menjelaskan hutangnya kerana beliau (pemberi hutang) boleh menuntut hak nya daripada penjamin. Pensyariatan kafalah adalah berdasarkan al-Quran, Sunnah dan Ijmak. Firman Allah SWT yang menjelaskan tentang kafalah :
“Penyeru-penyeru itu berkata: ‘Kami kehilangan piala raja dan siapa yang dapat mengembalikannya akan memperoleh bahan makanan seberat beban unta, dan Aku menjamin terhadapnya’.
(Al-Quran 12:72)
Kafalah mempunyai lima rukun iaitu (al-Syarbini) : (1) Sighah, (2) Penjamin (al-kafil/damin), (3) Orang yang dijamin (al-makful lah/madmun lah), (4) Perkara yang dijamin iaitu berupa hutang atau barang (al-makful’anhu/madmun’anhu), (5)Perkara yang dituntut (setiap tuntutan yang berupa harta, hidup atau mati) (al-makful bih/madmun bih). Setiap rukun mempunyai syarat-syaratnya yang tersendiri yang dibincangkan oleh para fuqaha secara terperinci dalam penulisan mereka.
Prosiding Kolokium Siswazah FEP (2019) Volume 2 117
Majoriti fuqaha Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali mengatakan kontrak kafalah terjadi dengan lafaz ijab (tawaran) yang dilafazkan oleh penjamin dan tidak berhajat kepada lafaz penerimaan (qabul) daripada pihak orang yang dijamin (al-makful lah), kerana ia merupakan suatu iltizam (komitmen) daripada pihak penjamin untuk melunaskan hutang dan juga suatu kerelaan (tabarru’) dari pihaknya. (Barghish,2009)
Kesan undang-undang yang berbangkit daripada penggunaan kontrak kafalah ialah hak tuntutan ke atas penjamin terhadap hak yang ditanggung ke atas penjamin terhadap hak yang ditanggung oleh orang yang dijaminnya. Jika jaminan itu melibatkan hutang dan penjamin hanya seorang sahaja, makan tuntutan dibuat ke atas penjamin (al-kafil) terhadap hutang yang ditanggung oleh penghutang yang ditanggungnya (al-makfu lah) (al-Zuhaily, 1989). Kontrak kafalah tidak membawa kepada lepasnya tanggungan hutang si penghutang (al-makful lah), cuma dengan kontrak ini pemberi hutang berhak untuk memilih mana-mana pihak untut menuntut hutangnya, kecuali jika disyaratkan dalam kontrak kafalah tersebut dibebaskan penghutang daripada tanggungan hutangnya (Ibnu Qudaman, 1997).
Kontrak kafalah berakhir dengan berlakunya sebab-sebab berikut (al-Zuhaily, 1989) : (1) Penyelesaian hutang sama ada oleh pihak penjamin atau penghutang sendiri, (2) Pemberi hutang menghibahkan hutangnya kepada penghutang atau penjaminnya, (3) Pemberi hutang melepaskan haknya (ibra’) yang ditanggung oleh penghutang, sama ada pelepasan itu kepada penjamin atau penghutang. Jika ia melepaskan haknya itu daripada penjamin, maka hak itu tidak akan terlepas daripada tanggungan penghutang, tetapi jika ia melepaskan haknya itu daripada tanggungan penghutang, maka ia membawa kepada pelepasan yang sama ke atas penjamin, (4) Sulh, sama ada pemberi hutang ingin melupuskan hutang secara sebahagian atau keseluruhannya.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan dua pendekatan yang berbeza untuk pengumpulan data mekanisma pelaksanaan dan juga kajian kes yang berlaku oleh skim kafalah ini, iaitu melalui data primer dan data sekunder. Data primer diperolehi daripada temuduga secara bersemuka dengan Penolong Pegawai Kaunter Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan iaitu Encik Faizul bin Shaiffe, Temubual ini dijalankan bertempat di Kaunter Zakat TTDI, Kuala Lumpur. Kaedah temubual ini diadakan bertujuan bagi mendapatkan maklumat terperinci yang tidak dinyatakan dalam rujukan bercetak.
Kaedah ini juga menghasilkan data primer yang tidak boleh diragui kesahihannya kerana informan yang ditemubual merupakan pegawai yang mempunyai pengalaman. Hasil temubual dianalisis bagi mendapatkan maklumat-maklumat yang penting yang akan dijadikan sebagai dapatan kajian. Selain itu, kaedah pengumpulan data juga disokong oleh kaedah-kaedah lain bagi mendapatkan makumat tambahan serta mengukuhkan lagi kajian ini.
Seterusnya data sekunder ialah data yang dikumpul dari sumber tersedia. Bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan, kaedah pengumpulan data dan maklumat melalui dokumen bertulis seperti artikel jurnal, kertas kerja, kertas prosiding, laporan tahunan dan sebagainya. Sumber-sumber ini digunakan bertujuan untuk menganalisis sorotan kajian lepas dan juga maklumat berkaitan institusi- institusi berkenaan.
HASIL KAJIAN
Bagi menjawab persoalan di dalam objektif yang pertama tadi, rajah 1 menunjukkan mekanisma pelaksanaan Skim Kafalah Muzakki akan terjadi apabila berlaku kematian kepada pembayar zakat.
Seperti yang sedia maklum, pembayar zakat yang layak menerima Skim Kafalah Muzakki adalah pembayar yang membayar zakat kecuali zakat fitrah minimum sebanyak RM50 setahun tertakhluk untuk menerima Skim Khairat Kematian daripada PPZ. Ini bermaksud, pembayar zakat yang membayar zakat pada tahun kematian ataupun pada tahun yang sebelumnya yang layak menerima skim ini.
118 Noorazlin Mohd Azizi, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor
RAJAH 1
Menurut Encik Faizul, jika berlaku kematian kepada pembayar zakat, waris daripada pembayar zakat yang layak untuk membuat permohonan tuntutan kepada pihak PPZ adalah waris terdekat iaitu pasangan si mati, anak, ibu dan bapa serta pihak ketiga yang berdaftar. Antara contoh pihak ketiga yang berdaftar adalah jika si mati adalah penghuni di rumah anak yatim, maka penjaga di rumah anak yatim itu dikira sebagai pihak ketiga yang berdaftar dan layak untuk menuntut sumbangan khairat kematian ini.
Tuntutan sumbangan kepada PPZ hendaklah dilakukan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian di mana-mana kaunter pusat pungutan zakat negeri. Waris hendaklah membawa dokumen yang mengesahkan bahawa dia adalah waris yang sah untuk menuntut skim sumbangan khairat kematian ini. Antara dokumen yang perlu dilampirkan beserta borang permohonan yang boleh didapati di kaunter PPZ adalah sijil kematian (asal dan salinan), salinan kad pengenalan si mati, kad pengenalan waris, salinan muka surat nombor akaun bank, dan juga dokumen yang mengesahkan hubungan antara waris dan si mati seperti surat nikah ataupun sijil kelahiran. Pihak PPZ akan memproses permohonan dari pihak waris dalam tempoh 14 hari dan sumbangan akan dikreditkan kepada akaun waris.
Seterusnya, menurut Encik Faizul, dana yang diperolehi daripada PPZ untuk melaksanakan skim ini adalah daripada dana amil. PPZ meletakkan satu amaun sebanyak RM200,000.00 untuk permulaan sumbangan khairat kematian ini diagihkan. Jika amaun yang diperuntukkan telah habis, maka PPZ akan menyediakan suatu amaun lain yang akan di beritahu kelak. Seterusnya, objektif kajian yang kedua adalah bagi menganalisis kes yang telah berlaku kepada pembayar zakat yang telah menyertai skim kafalah muzakki ini. Bagi objektif ini, merujuk kepada keratin akhbar yang bertarikh 5 Mac 2019, waris pertama yang telah menerima sumbangan khairat kematian daripada PPZ sejak ia dilancarkan ada 28 Februari 2019 adalah waris bagi pembayar zakat yang bernama Almarhumah Puan Sharini.
Merujuk kepada kes Puan Sharini, beliau merupakan pembayar zakat yang tegar pada setiap tahun. Sejak skim kafalah ini diwujudkan pada Februari 2019, waris Puan Sharini merupakan waris yang pertama menerima sumbangan daripada pihak PPZ. Sumbangan telah disampaikan kepada waris beliau oleh YBhg Tuan Haji Ahmad Syukri Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ MAIWP. Selain daripada kes Puan Sharini, menurut Encik Faizul kebanyakan kes yang berlaku dan telah dituntut oleh
Prosiding Kolokium Siswazah FEP (2019) Volume 2 119
waris telah diselesaikan dan disampaikan dengan baik oleh PPZ. Tiada kes susulan ataupun kes yang tidak berjaya disampaikan. Setakat Julai 2019, sebanyak 15 kes kematian yang telah berjaya disampaikan sumbangan kepada waris. Objektif terakhir dalam kajian ini adalah menganalisis cabaran dan juga inisiatif PPZ dalam melaksanakan Skim Kafalah Muzakki ini. Satu temubual yang tidak berstruktur telah dijalankan bersama pegawai pungutan zakat PPZ, Encik Faizul. Antara soalan yang dikemukakan adalah objektif dan inisiatif utama PPZ dalam melaksanakan Skim Kafalah Muzakki ini. Menurut Encik Faizul, objektif PPZ adalah untuk meningkatkan kutipan zakat dikalangan masyarakat.
Setakat Julai 2019, data statistik zakat dikatakan meningkat akibat pembayaran zakat di kalangan masyarakat, tetapi ianya tidak dapat dipastikan sama ada ia adalah disebabkan oleh Skim Kafalah Muzakki ini ataupun tidak. Menurut pegawai pungutan zakat, pihak PPZ amat berpuas hati dan juga berbesar hati kerana melalui peningkatan jumalah zakat ini, maka pengagihan zakat akan lebih senang untuk diagihkan kepada golongan yang berhak. Antara inisiatif PPZ dalam memperkenalkan Skim Kafalah Muzakki ini adalah melalui media massa dan juga dakwah di kalangan masyarakat. Medium-medium perantaraan seperti radio dan juga internet merupakan salah satu penyumbang utama bagi memperkenalkan Skim Kafalah Muzakki ini kepada masyarakat. Selain daripada itu, orang perseorangan yang hadir ke kaunter PPZ juga diberi pendedahan melalui pamplet ataupun brosur bagi memperkenalkan skim ini. Menurut Encik Faizul, bagi PPZ cawangan TTDI, inisitif cawangan yang diperkenalkan adalah melalui perantaraan pihak masjid kepada masyarakat. Di sini, masjid memainkan peranan yang penting kerana jika berlaku kematian, pihak masjid akan memberitahu kepada waris untuk menyemak sama ada waris layak ataupun tidak untuk mendapat sumbangan Skim Kafalah Muzakki ini di PPZ.
Ini bermaksud peranan masjid dan media massa memainkan peranan yang penting dalam memperkenalkan Skim Kafalah Muzakki ini kepada masyarakat. Ada sesetengah masyarakat yang kurang tahu tentang sumbangan ini sekiranya mereka layak atau tidak. Jadi, dengan adanya peranan di antara masjid dan media massa ini memudahkan pihak PPZ untuk memperkenalkan skim baharu ini.
PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI DASAR
Kajian ini menimbulkan beberapa implikasi penting dalam meningkatkan kesedaran masyarakat dalam membayar zakat antaranya ialah tahap pengetahuan kerana pengetahuan tentang zakat selain daripada zakat fitrah adalah penting kerana ia merupakan cerminan seseorang dalam mentaati kefarduan membayar zakat. Jika seseorang mempunyai pengetahuan dan kesedaran yang tinggi maka kebarangkalian untuk membayar zakat selain dari zakat fitrah adalah tinggi. Dalam kes ini, pihak PPZ memainkan peranan yang amat penting kerana informasi tentang Skim Kafalah Muzakki ini perlu dipertingkatkan walaupun ia baru ditubuhkan kerana masih ada segelintir masyarakat yang tidak tahu tentang skim khairat kematian ini. Perkara ini menyokong Mohammad Noor Sahidi (2013), yang menyatakn setiap institusi zakat perlu memantapkan pengurusan dan pentadbiran zakat dengan secara moden mengikut perkembangan media massa.
KESIMPULAN
Jumlah kutipan zakat yang dicatatkan setiap tahun oleh PPZ disumbang oleh bahagian yang besar dari zakat pendapatan. Zakat berperanan besar bagi pembangunan diri, masyarakat, ekonomi, social dan aspek-aspek lain yang mempengaruhi Negara. Sehubungan dengan itu, menjadi satu perkara yang penting untuk pihak zakat bertindak dalam usaha mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat muslim tentang kewajipan membayar zakat sebagai salah satu ahrta yang disucikan. Kesedaran merupakan satu titik tolak kepada perubahan gelagat masyarakat muslim untuk mula bertindak mebayar zakat. Bermula dari sini, jumlah kutipan zakat akan meningkat dan bertambah dengan lebih banyak. Jadi, dengan sefala inisitif yang dilakukan oleh pihak PPZ ini adalah bagus dalam memperbaiki kesedaran masyarakat kini. Usaha-usaha yang berterusan dan proaktif dalam kalangan pentadbir dan kakitangan institusi zakat diharap dapat mengubah persepsi masyarakat islam dan
120 Noorazlin Mohd Azizi, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor
seterusnya menggalakkan ramai lagi ndividu membayar zakat bagi memberi manfaat kepada asnaf dan juga bakal waris. Kajian akan datang boleh dilakukan dengan menambahkan lagi kajian kes yang berlaku dan juga perancangan PPZ dengan lebih mendalam dalam Skim khairat kematian ini.
RUJUKAN
Al-Quran, Surah At-Taubah, (103)
Hashim, A. H., Al, R., & Saad, J. (2011). Kod Etika Amil Zakat : Satu Cadangan. The World Universities 1st Zakat Conference 2011 (WU1ZC 2011),PWTC, Kuala Lumpur, 22-24 November 2011.
Haji, T., Shahir, A., Hajjah, P., & Wahab, A. (2010). Pengurusan zakat di negeri Selangor: Isu dan cabaran. Prosiding Konvensyen Kebangsaan Perancangan & Pengurusan Harta Dalam Islam.
Hadis riwayat Muslim dari Adullah bin Umar, Shahih Muslim (Riyath: Daer el Sala, 1419H, halaman 231)
Hadis riwayat al-bukhari,muslim dan an-nasa’i Hadis riwayat muttafiq’alaih
Joni Tomkin Borhan 2008 . Sistem Takaful di Malaysia: Prinsip Syariah dalam Perniagaan
Kahf, M. (1991), “Zakat: Unresolved issues in contemporary fiqh, Development and finance in Islam”, IIUM, Kuala Lumpur.
Laporan Tahunan Majlis Agama Wilayah Persekutuan (2014) Laporan Zakat pelbagai tahun dan Laporan Kewangan 2015-2017
Mohd Noor, Mohd Syukri (2013) Prinsip al-wakalah dalam al-Kutub al-sittah dan aplikasinya dalam industri takaful di Malaysia / Mohd Syukri bin Mohd Noor. Masters thesis, University of Malaya
Muhammad, Mohd Yahya Mohd Hussin Fidlizan, M. A. R. A. (2013). Kepatuhan membayar zakat:
analisis kutipan dan ketirisan zakat fitrah di selangor. Jurnal Syariah, 21(2), 191–206.
Muhammad 'Ali al-Sabuni ,Mukhtasar Tafslr Ibn Kathir, Beirut: Dar al Quran al-Karim, 1399, vol. ii, h. 167.
Omar Ali, N. dan Myles, G.D. (2010), “The consequences of zakat for capital accumulation”, Journal of Political economy Theory.
Patmawati Hj Ibrahim. (2008). Pembangunan ekonomi melalui agihan zakat: tinjauan empirikal.
Jurnal Syariah, 16(2), 223–244.
Pembentangan taklimat wakalah Bahagian Baitulmal MAIWP
Sanep Ahmad. (2009). Agihan Zakat Merentasi Asnaf: Ke Arah Memperkasa Institusi Zakat.
Prosiding Perkem Iv, 2, 62–74.
Sanep Ahmad & Hairunnizam Wahid. 2005. Persepsi agihan zakat dan kesannya terhadap pembayaran zakat melalui institusi formal. Jurnal ekonomi Malaysia 39:5349.
Sanep Ahmad, Hairunnizam Wahid & Adnan Mohamad. 2006. Penswastaan Institusi Zakat dan Kesannya Terhadap Pembayaran Secara Formal di Malaysia. International Journal of Management Studies 13(2): 17 5-196.
Talib, A. R. bin. (2013). Konsep Agihan Zakat Kepada Asnaf Menurut Perspektif Syarak. Jurnal Pengurusan Jauhar, 2(2), 7–15.
Takaful di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, hlm. 47.
Wahid, H. (2009). Pengagihan Zakat Oleh Institusi Zakat Di Malaysia : Mengapa Masyarakat Islam Tidak Berpuas Hati ? Jurnal Syariah, Jil. 17, Bil. 1 (2009) 89-112 Shariah Journal, 17(1), 89–112.