REPOSITORI INSTITUSI: KE ARAH PENCAPAIAN WEBOMETRICS
Mohd Helmi Masor @ Mansor Perpustakaan USIM
Definisi Repositori Institusi @ IR
Repositori institusi atau lebih dikenali dengan IR merupakan platform yang berperanan untuk
mengumpul dan menguruskan bahan-bahan berbentuk digital yang dihasilkan oleh sesebuah universiti ataupun institusi pendidikan
Definisi repositori institusi mungkin berbeza-beza di antara seseorang dengan yang lain (Allard et al.
2005)
Definisi Repositori Institusi
Secara asanya, repositori institusi merupakan satu sistem yang berfungsi untuk memperolehi,
menyebarkan dan menjaga harta intelek bagi sesebuah universiti untuk menyokong keperluan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.
Lynch (2003), repositori institusi universiti
didefinisikan sebagai satu koleksi perkhidmatan
yang disediakan bagi keperluan pengurusan institusi dan ia menjadi medium bagi penyebaran bahan
maklumat digital yang dihasilkan.
Koleksi-koleksi Repositori Institusi
• Tesis & Disertasi
• Laporan Penyelidikan
• Kertas Persidangan
• Artikel Jurnal
• Koleksi Video
• Koleksi Ucapan
• Kertas Peperiksaan
• Buku Penerbitan Universiti
• Laporan Tahunan
• Keratan Akhbar dan sebagainya
Perisian Repositori Institusi
• ePrint,
• Dspace,
• Fedora,
• WEKO,
• Greenstone dll.
Repositori Institusi Universiti Awam
Signifikan Repositori Institusi
• Kebolehlihatan hasil penyelidikan
• Meningkatkan sitasi
• Berkonsepkan akses terbuka & akses penuh
• Menggalakkan penghasilan produk penyelidikan
• Agen pencarian maklumat setempat
• Tempat rujukan harta intelek
Webometrics
Webometrics Ranking of World Universities adalah merupakan inisiatif daripada Lab Cybermetrics
(kumpulan penyelidik di bawah Consejo Superior de Investigaciones Científicas (CSIC) yang merupakan badan penyelidikan awam yang terbesar di Sepanyol)
Kategori penilaian webometrics
Laman web universiti (web of universities)
Laman web repositori institusi (web of repositories)
Kriteria Penilaian Web of Repositories
Bil. Perkara Keterangan Kriteria Peratusan
1 Saiz Menyediakan teks penuh
Tidak menyediakan rekod bibliografik dan abstrak yang panjang
Menggunakan Google untuk mengira jumlah muka surat yang diberikan
10%
2 Kebolehlihatan (visibility)
Menggunakan jumlah hit akses dari pangkalan data Majestic dan
ahrefs 50%
3 Rich Files ditukarkan kepada Sosial
Pautan di media sosial 2.0 seperti Academia, Bibsonomy, CiteUlike, CrossRef, Datadryad, Facebook, Figshare, Google+, GitHub, Instagram, LinkedIn, Pinterest, Reddit, renren, ResearchGate, Scribd, SlideShare, Tumblr, Twitter, YouTube, VKontakte, Weibo, Wikipedia (semua bahasa), Wikipedia Bahasa Inggeris, Wikia, Wikimedia, YouTube, Zenodo.
10%
4 Bahan Ilmiah (Scholar) Dikira berdasarkan jumlah fail yang diindeks oleh Google Scholar
30%
Sumber: http://repositories.webometrics.info/
Faktor kejayaan IR
• Faktor kejayaan Repositori Institusi – Perkongsian ilmu
– Bahan repositori – Akta hak cipta
Perkongsian Ilmu
Antara halangan : mendeposit bahan secara layan diri, rangkaian jalur lebar yang perlahan, paparan muka yang tidak mesra pengguna, prosedur
pendepositan bahan yang mengelirukan dan sebagainya (Abrizah, Hilmi, & Kassim, 2015).
IR di negara-negara Asia masih dianggap tidak berjaya (Abrizah et al., 2015).
Perkongsian Ilmu …
Motivasi utama kepada para penyelidik untuk
berkongsi hasil penyelidikan ke dalam repositori adalah berkaitan rapat dengan ganjaran (Abrizah, Hilmi, & Kassim, 2015).
Ganjaran yang bakal diperolehi setanding dengan hasil penyelidikan yang telah dijalankan selain
daripada meningkatkan pencapaian peribadi (Venkatesh et al., 2013)
Bahan Repositori
Perolehan bahan repositori, bukan teknologi adalah merupakan faktor halangan terbesar (Gibbons, 2004;
Lagzian, Abrizah, & Wee, 2015).
Inisiatif perpustakaan untuk meningkatkan dan
memantapkan kandungan bahan repositori institusi dilihat tidak mendapat reaksi yang positif daripada pihak fakulti dan kumpulan penyelidik (Foster &
Gibbons, 2005).
Bahan Repositori …
Program-program kesedaran kepada kepentingan
kandungan repositori institusi perlu diambil perhatian
yang serius oleh para pustakawan (Jenkins, Breakstone, &
Hixson, 2005)
Pustakawan yang berkepakaran dalam bidang perlu bekerjasama dalam kempen kesedaran pembangunan koleksi bahan bagi memastikan kandungan bahan yang diperolehi bersesuaian dengan keperluan dan standard repositori institusi (Dorner & Revell, 2012).
Bahan Repositori …
Sesetengah universiti dan institusi telah melaksanakan sistem repositori penyelidikan secara wajib, seperti
mana yang telah dilakukan oleh Hong Kong dan Harvard universiti (Gardner, 2008).
Pengemaskinian dasar perolehan bahan repositori institusi adalah penyelesaian yang baik, tetapi
pelaksanaan ke seluruh dasar itu adalah merupakan satu lagi cabaran (Xia, 2009; Pickton dan Barwick, 2006).
Akta Hak Cipta
Kekeliruan berkaitan akta hak cipta telah
mengundang permasalahan di kalangan penyelidik dan ahli akademik untuk mendeposit hasil
penyelidikan kepada repositori institusi (Lagzian, Abrizah, & Wee, 2015)
Vassilakaki dan Moniarou-Papaconstantinou (2015) mengesyorkan agar para pustakawan mengambil
peranan sebagai penasihat kepada akta hak cipta
Akta Hak Cipta …
Simons dan Richardson (2012) menyatakan bahawa pengurusan hak cipta adalah merupakan satu
kemahiran yang asing terutamanya bagi kakitangan repositori dan faktor ini akan melambatkan proses perolehan bahan dan aktiviti menginput di dalam repositori institusi (Crow, 2002).
Kelebihan IR
Penulis
• Penyebaran lebih meluas
• Meningkatkan sitasi
• Mempromosi kepakaran
• Keselamatan bahan terpelihara
• Mempunyai nilai tambah;
hit akses/muat turun/sitasi
Perpustakaan
• Meningkatkan kebolehlihatan
• Sumber rujukan kepada
pengajaran & pembelajaran &
penyelidikan
• Pemusatan bahan bagi
simpanan & penjagaan harta intelek
• Platform dalam pengukuran prestasi penyelidikan
• Mengurangkan kos langganan pangkalan data
Kesimpulan
Membantu di dalam mempromosikan artikel dan produk penyelidikan untuk dilihat dan dirujuk oleh kumpulan
penyelidikan luar dan dalaman universiti
Platform bagi penyediaan dan
penyebaran bahan maklumat yang berimpak tinggi
Tempat rujukan utama berkaitan harta intelek universiti.