• Tidak ada hasil yang ditemukan

talking point

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "talking point"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

P a g e | 1

TALKING POINT

BRIG. JEN. DATUK PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP

MOU ISN-UniMAP

BILIK MESYUARAT JASMINE, ISN 16 Oktober 2014

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

Yang Berbahagia Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz, Ketua Pegawai Kesekutif Institut Sukan Negara (ISN)

Yang Berbahagia Datuk Zulkeples Embong, Pengarah Majlis Sukan Negara Yang Berbahagia Dr. Abu Hassan Abdullah, Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik

Dif-Dif Kehormat, Pegawai pegawai kanan Institut Sukan Negara,

Pegawai-pegawai Kanan UniMAP, Para penyelidik, wakil-wakil media seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

1. Alhamdulillah, terlebih dahulu, bersyukur kita kehadhrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan InayahNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini seterusnya memeterai jalinan kerjasama penyelidikan antara UniMAP dan ISN.

2. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz, di atas jaringan kerjasama penyelidikan ini. Tahniah juga saya ucapkan kepada para penyelidik dari UniMAP dan ISN kerana berjaya membuahkan idea yang bernas sebegini.

Prepared by Dr. Faizal dan Dr. Syuhaida Edited By Suhana (Unit Media)

(2)

P a g e | 2

3. Sebagai universiti yang memberi fokus kepada bidang penyelidikan ini adalah langkah terbaik untuk kedua-dua pihak menghasilkan produk atau penyelidikan yang bukan sahaja memberi manfaat kepada manusia sejagat malahan menyumbang teknologi baru kepada negara. Sesungguhnya kerjasama seperti ini merupakan medan terbaik dalam usaha kita memantapkan lagi bidang penyelidikan dan inovasi negara kita.

4. Saya percaya, kerjasama ini bukan sahaja mampu mengubah perspektif dan hala tuju sukan di negara ini, malah ia secara tidak langsung turut mendokong aspirasi kerajaan ke arah membudayakan pemindahan pengetahuan menerusi (knowledge transfer program;

KTP) yang digariskan kerajaan.

Hadirin dan hadirat sekalian,

5. Secara umumnya MoU ini bertujuan untuk membangunkan kerjasama penyelidikan dalam bidang teknologi sukan bagi mencapai dan menggalakkan kemajuan sains dan perubatan sukan negara.

6. Menyedari kepakaran yang dimiliki oleh ISN sebagai pusat sumber dan rujukan dalam bidang sains sukan dan perubatan sukan selain memiliki sumber, pengalaman, kemahiran dan kepakaran yang diperlukan dalam bidang sukan membolehkan kerjasama ini dirangka.

7. Dan sebagai sebuah universiti yang berteraskan kejuruteraan, kami di UniMAP menawarkan pula kepakaran dalam bidang teknologi dan kejuruteraan merangkumi aspek sensor, bahan berprestasi tinggi, pemprosesan isyarat fisiologi (bioperubatan) dan biomekanik). Saya yakin dan percaya kedua dua pihak boleh berkongsi kepakaran untuk meningkatkan lagi prestasi atlit-atlit negara.

8. Sememangnya agenda penyelidikan teknologi sukan ini diterapkan dalam kurikulum pengajian UniMAP menerusi beberapa projek yang

Prepared by Dr. Faizal dan Dr. Syuhaida Edited By Suhana (Unit Media)

(3)

P a g e | 3

dijalankan di peringkat tahun akhir pengajian baik di peringkat Ijazah Sarjana Muda mahupun Ijazah Sarjana.

9. Kesemua projek ini pada masa sekarang menggunakan fasiliti dan kepakaran yang ada di UniMAP. Antara projek yang dijalankan adalah seperti:

a) Berbasikal – Kajian dalam sukan ini memberi tumpuan kepada meningkatkan reka bentuk basikal yang akan membantu meningkatkan prestasi atlit dan keupayaan basikal.

Satu lagi aspek adalah untuk memantau output fisiologi (seperti kadar jantung, suhu dan tekanan darah) semasa latihan. Aspek ini diperlukan oleh setiap jurulatih untuk memahami keupayaan badan pelumba dan bagaimana ia boleh digunakan untuk memaksimumkan prestasi. Untuk makluman, projek ini dijalankan menerusi kerjasama Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik dan Pusat Kecemerlangan Sensor Teknologi Termaju (CEASTech).

b) Menembak - Kajian merangkumi faktor-faktor yang mempengaruhi skor menembak terutama dalam paramaters kajian seperti berat badan, postur dan output Electromyography (EMG) penggunaan otot.

c) Pelajar turut menjalankan kajian untuk mengkaji postur dan teknik yang digunakan oleh atlet bagi acara lompat kijang, hoki, taekwando dan karate.

10. Akhir kata, semoga dengan kerjasama ini dapat membantu meningkatkan prestasi sukan negara di persada antarabangsa. Saya percaya para penyelidik dari UniMAP dapat memahami masalah- masalah yang dihadapi oleh sukan – sukan tertentu dan seterusnya membantu dalam menyelesaikan masalah tersebut menggunakan ilmu kejuruteraan dan teknologi yang ada di UniMAP.

Sekian, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Prepared by Dr. Faizal dan Dr. Syuhaida Edited By Suhana (Unit Media)

Referensi

Dokumen terkait

Oleh kerana penyelidikan sebelum ini tidak memberi tumpuan kepada penggunaan suhu pembakaran yang lebih rendah, kajian ini telah dijalankan bagi melihat kesan

Kajian ini dijalankan adalah untuk menilai penghasilan dan penilaian ke atas Video Dokumentari Pendidikan dalam bentuk CD-ROM yang dapat membantu dan memberi kefahaman kepada

Dalam analisis konsep ini, projek ini mengetengahkan konsep dimana untuk memudahkan kerja pengguna. Dari segi reka bentuk, troli ini dapat membantu pengguna untuk memindahkan

Projek bertajuk " Kajian Reka Bentuk Kerusi Menunggu Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching" telah disediakan oleh Huraizah Binti Rani telah diserahkan kepada

Dalam analisis konsep ini, projek ini mengetengahkan konsep dimana untuk memudahkan kerja pengguna. Dari segi reka bentuk, tong ini dapat membantu pengguna untuk

Selain itu, reka bentuk kajian berfungsi sebagai panduan bagi membantu penyelidik dalam proses memungut, menganalisis dan membuat pentafsiran hasil daripada penyelidikan yang

Reka bentuk kajian yang dijalankan adalah berbentuk kajian tinjauan yang menggunakan soal selidik untuk mengetahui tahap kesediaan guru-guru Sains dan Matematik dalam pelaksanaan DLP

1.3 OBJEKTIF KAJIAN Objektif utama penyelidikan ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji reka bentuk ampaian yang ergonomik mengetahui apakah elemen-elemen penting yang perlu