• Tidak ada hasil yang ditemukan

Éb>u‘βr&

Dalam dokumen Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda_ (Halaman 34-39)

èŒθããr&uρ

šÎ/

Éb>u‘

βr&

ÈβρçÛØøts†

∩∇∪

35

Terbitan Klinik Muallij Islamiah

"Wahai Tuhanku, Aku berlindung kepadamu dari hasutan syaitan-syaitan, dan Aku berlindung kepadaMu, Wahai Tuhanku, supaya syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku".

Rasulullah SAW membaca do'a diatas pada saat hendak solat, selesai solat dan hendak tidur

2. Membaca do'a Al-ma'tsurat Rasulullah pagi dan petang.

Langkah-langkah Melawan Gangguan/Offensif

1. Surat Fathir: 6

¨βÎ)

z≈sÜø‹¤±9$#

ö/ä3s9

Aρ߉tã

çνρä‹ÏƒªB$$sù

#‡ρ߉tã

4

$yϑ¯ΡÎ)

(#θããô‰tƒ

…çµt/÷“Ïm

(#θçΡθä3u‹Ï9

ôÏΒ

É=≈ptõ¾r&

Î%Ïè¡¡9$#

∩∉∪

6. Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka Jadikanlah Dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya Dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.

2. Tanamkan sikap permusuhan dan rasa benci dengan Syaitan dengan meninggalkan maksiat dan dosa. Laknat Syaitan tersebut dengan Laknat Allah dengan kalimah auzubillahiminassyaitonirrajim.

KAEDAH RAWATAN

Perawat merawat pesakit dengan menggunakan bacaan ayat-ayat suci Al Quran yang dikenali sebagai Ruqyah Syar’iah di mana ia merupakan cara perubatan Rasulullah SAW. Berikut adalah langkah-langkah yang digunakan semasa rawatan:

1. Qiraatul Qur'an bil jahriah (bacaan al-qur'an dengan jelas di hadapan pesakit) 2. Sama'atul Qur'an (pesakit wajib mendengar bacaan al-Qur'an setiap hari) 3. Al-Ightisal bil Qur'an (mandian al-Qur'an)

4. Al-Syarab bil Qur'an (minuman al-Qur'an) 5. Al-Khutbah (bacaan khutbah)

Untuk setiap sesi rawatan Ruqyah Syar’iah, Pesakit diminta untuk menyediakan 2 botol air mineral 1.5 liter dan 21 biji limau nipis.

36

Terbitan Klinik Muallij Islamiah

TATATERTIB MUALLIJ

Pada peringkat awalnya aduan-aduan adalah bersifat peribadi tetapi sejak kebelakangan ini tidak lagi bersifat peribadi, malah jika tidak diawasi akan meruntuhkan sistem pengubatan islam. Beberapa sesi perbincangan tetang aduan-aduan tersebut dan telah secara peribadi menasihati perawat terbabit. Kuliah-kuliah dan kursus-kursus perawat islam telah menganjurkan perawat-perawat tentang perlunya menjaga disiplin dan merawat pesakit secara betul, tetapi perawat masih lagi tidak mengendahkan nasihat-nasihat tersebut. Antara aduan-aduan yang diteriama adalah:

1. Rawatan yang berbeza daripada amalan rawatan al-quran, as-sunnah dan ruqyah syariah

a) Telah dimaklumkan bahawa terdapat beberapa perawat yang menggunakan besi kuning, duri landak, sembelih ayam, pulut kuning dan mengasap kemenyen/kayu cendana untuk tujuan rawatan. Perkara tersebut jelas bertentangan dengan akidah islam. Kini kaedah rawatan yang berbentuk kekerasan telah dilakukan kepada pesakit gangguan sehingga melibatkan tubuh fizikal pesakit.

b) Pesakit mengadu bahawa beliau sedar ketika dirawat, tetapi oleh kerana kesakitan fizikal yang dialami adalah kuat, maka pesakit akan meronta-ronta.

c) Terdapat juga aduan perawat menuduh pesakit telah diganggu oleh makhluk halus tetapi meminta pesakit jangan mempercayainya seratus peratus. Tuduhan para pesakit diganggu atau buatan orang adalah satu perkara yang tidak boleh dipastikan secara mutlak dan tidak wajar dimaklumkan kepada pesakit. Walupun pesakit diberitahu supaya jangan mempercayai seratus peratus, namun dakwaan tersebut datangnya daripada perawat itu sendiri.

d) Meletakkan tangan kepada kawasan-kawasan yang dilarang oleh syarak e) Perubatan secara tidur masih juga diamalkan.

2. Hubungan Intim Antara Perawat Dengan Pesakit

a) Hubungan intim antara perawat dengan pesakit berlaku di kalangan perawat selepas tamat rawatan. Akibatnya keharmonian keluarga perawat telah terjejas. Wujudnya hubungan tersebut antara lain berpunca daripada pesakit dirawat berdua-duaan tanpa ditemani oleh mahram, terutama sekali dibilik tertutup.

b) Disamping itu terdapat dikalangan perawat merawat pesakit wanita di rumah perawat pada waktu-waktu tertentu (seperti ditengah malam) ataupun di rumah pesakit dengan alasan untuk memberikan rawatan rapi dan khusus. Perubatan seumpama ini bukan sahaja tidak disenangi oleh keluarga perawat, malah keluarga pesakit pun mencurigai keikhlasan perawat.

37

Terbitan Klinik Muallij Islamiah

c) Perawat perlu diingatkan supaya mengelakkan daripada mengamalkan kaedah perubatan yang boleh menimbulkan fitnah dan perlakuan yang melibatkan kepentingan peribadi. Hubungan antara perawat dengan pesakit perlu amanah dan semata-mata untuk kepentingan rawatan sahaja.

3. Sumbangan Terlalu Komersial

a) Salah satu sifat utama yang perlu dimiliki oleh perawat pengubatan Islam ialah ikhlas. Oleh kerana masyarakat Melayu lazimnya memberikan sedikit ganjaran apabila rawatan dilakukan, maka terdapat beberapa orang perawat yang secara tak langsung meletakkan sumbangan sebagai kriteria utama dalam melakukan rawatan. Gejala seperti ini berlaku apabila seorang perawat meletakkan "bayaran" yang tinggi bagi mendoakan kelarisan perniagaan.

b) Satu insiden di mana dua orang perawat berebut seorang pesakit dengan alasan bahawa pesakit tersebut adalah pesakitnya. Dari kaca mata pesakit perbuatan ini adalah kurang manis. Perilaku sedemikian menunjukkan bahawa amalan mengubat merupakan satu perniagaan yang memberi ganjaran kewangan kepada perawat.

4. Semangan Berpasukan Semasa Rawatan

a) Mempelekeh kewibawaan perawat lain dengan menyatakan bahawa doa perawat tersebut tidak mustajab.

5. Tingkahlaku Perawat Perlu Diawasi.

a) Pesakit adalah orang yang berada dalam kesusahan dan memerlukan pertolongan daripada perawat. Mungkin terdapat pesakit yang telah berikhtiar sekian lama dengan cara perubatan konvensional dan bebelanja ribuan RM tetapi masih belum dapat menyelesaikan masalah penyakit yang dihadapi. Oleh itu, tingkah laku perawat perlu diawasi oleh kerana ditakuti apabila suatu insiden yang tidak diingini berlaku keseluruhan sistem pengubatan Islam terjejas. Oleh itu perlu kita mematuhi etika pengubatan islam yang telah dibentuk pada suatu ketika dahulu.

Semoga perawat-perawat akan mengambil langkah pembaikan masing-masing bagi menjamin kebaikan pengubatan Islam. Semoga Allah merestui usaha murni kita.

ETIKA PENGUBATAN ISLAM

1. Setiap penyakit ada ubat. Usaha adalah ikhtiar manusia, manakala kesembuhan adalah hak Allah

2. Setiap pesakit berhak mendapatkan rawatan tanpa batasan waktu.

3. Ikhlas adalah sifat utama yang mesti dimiliki, manakala kesabaran, keyakinan, kejujuran, berakhlak mulia dan amanah memantapkan kemustajaban doa.

4. Usaha rawatan adalah ibadah. Segala perlaksanaaan mesti selaras dengan hukum syarak.

38

Terbitan Klinik Muallij Islamiah

5. Elakkan fitnah ketika melakukan rawatan dan berinteraksi. Pesakit perempuan mesti menutup aurat dan ditemani oleh waris.

6. Konsep dan pemahaman kaedah rawatan perlu dihayati dengan jujur dan yakin. Sandarkan segala harapan kepada Ihsan Ilahi semata-mata.

7. Penonjolan diri adalah dilarang, manaka rawatan hanya diberi ketika diminta.

8. Perawat mesti amanah memelihara kepercayaan pesakit, keluarga dan masyarakat. Elakkan perlakuan yang melibatkan kepentingan peribadi manaka rawatan dilakukan tanpa perbezaan ja

9. Rahsia pesakit adalah satu amanah dan sulit dan hanya perlu untuk kepentingan rawatan sahaja. Jauhkan penerangan yang tidak jelas/samar bagi mengelakkan kekeliruan.ntina dan martabat diri.

Petikan Tataertib Muallij telah digarap dan diubahsuai dari surat Hj Abdul Rahman Ahmad, Pengerusi Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia, Darussyifa.

39

Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Dalam dokumen Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda_ (Halaman 34-39)

Dokumen terkait