BAB EMPAT KISAH
PENGALAMAN ROHANI MUHAMMAD ISA DAWUD
Pengalaman saya tentang dunia misteri yang penuh dengan keganjilan dan keanehan bermula sejak saya bekerja di akhbar Al-Akhbar, Mesir, sebagai wartawan. Sebelum itu saya adalah pengurus Masjid Al-Malik di HadaÕiq Al-Qubbah, Kaherah. Adapun yang menjadi imam di masjid itu adalah Syeikh Abdul Hamid Kisyik, iaitu salah seorang di antara guru-guru saya yang sangat dalam ilmunya.
Perkenalan pertama saya dengan alam jin adalah ketika pada suatu hari saya didatangi oleh beberapa jin yang menyamar sebagai perempuan. Saya mengetahui bahawa mereka adalah jin kerana mereka memperlihatkan rupa-nya yang asli walaupun dalam bentuk bayangan, sehingga tidak begitu menakutkan.
Sejak peristiwa itu, pengalaman saya mengenai dunia jin semakin bertambah. Malahan saya semakin berminat untuk mengadakan kajian mengenai jin dan segala misteri yang ada di dunia mereka. Beberapa kali di antara saya dan jin terlibat dalam dialog yang begitu serius.
65
Terbitan Klinik Muallij Islamiah
Tulisan ini adalah pengalaman sebenar saya ketika berjumpa dengan seorang jin Muslim dari suku Konjur yang bernama Musthafa. Saya mohon maaf kepada pembaca bila di sini saya tidak mendedahkan rahsia dan cara pertemuan kami, sebab ini merupakanÕ rahsia dan amanah yang perlu saya jaga. Bukankah ajaran Islam memerintahkan supaya menjaga dan melindungi rahsia orang lain, apalagi bila pihak yang berkenaan meminta supaya rahsia dan aibnya ditutupi.
Jin muslim yang saya maksudkan ini berumur 180 tahun, berasal dari Bombay, India. Sebelumnya dia adalah jin kafir. Kemudian Allah membuka hatinya sehingga dia masuk Islam. Dia menukar namanya menjadi Musthafa. Sungguh ke-islamannya merupakan satu kemenangan, sebab bersama-sama dia telah masuk Islam pula sepuluh ribu jin, yang merupakan pengawal-pengawal dan pengikut-pengikut setianya.
Musthafa adalah jin yang cukup berpenga-ruh di kalangan kaumnya. Dia merupakan pe-mimpin yang ber-wibawa dan dise-gani oleh lawan dan kawan. Saya memulakan per-cakapan dengan-nya sebagai berikut.
BENTUK JIN
Mata kami memanjang dan tidak bulat. Di antara kami ada yang mempunyai mata memanjang ke atas, ada pula yang miring ke arah dahi. Mata kami juga besar seperti mata rusa
Dawud: Bagaimana sebenarnya bentuk hakikimu seperti yang diciptakan Allah?
Jin: Bentuk kami seba-gaimana yang diciptakan Allah, tidaklah banyak perbe-zaannya dengan bentuk manusia. Memang ada juga perbezaan, tetapi sebahagian kecil saja. Kepala kami, misalnya, lebih besar sedikit berbanding tubuh kami. Mata kami memanjang dan tidak bulat seperti mata kamu. Di antara kami ada yang mempunyai mata memanjang ke atas, ada pula yang miring ke arah dahi. Mata kami juga besar seperti mata rusa.
Dawud: Selama ini ada yang menganggap bahawa mata jin berwarna merah seperti api. Apakah benar begitu?
Jin: Tidak selamanya de-mikian. Mata kami, sebagai-mana mata manusia, berbagai-bagai bentuk-nya. Ada mata yang berwarna hitam, kuning, coklat tua, sama seperti mata manusia, wa-laupun hitamnya berbeza dengan hitamnya mata manusia. Walaupun mata kami hitam tetapi berwarna keputih-putihan. Munculnya anggapan sesetengah orang bahawa mata kami merah, mungkin saja disebab-kan pantulan sinar-sinar halus yang memancar dari sinar-sinar mata kami, yakni sinar-sinar yang berwarna
kemerah-66
Terbitan Klinik Muallij Islamiah
merahan. Mata kami sebenarnya tidak menakutkan bagi sesiapa pun yang memandangnya, mala-han mata kami mengandungi keindahan.
Adapun mengenai telinga kami, agak menyerupai telinga kuda, terutama dari segi bentuknya yang runcing. Ada pula di antara kami yang telinganya seperti telinga kucing. Oleh itu apabila kami ingin menyamar dalam bentuk haiwan, kami lebih menyukai menyamar menjadi kucing, kuda atau harimau.
Hidung kami pula terletak di tengah-tengah wajah kami, sama seperti hidung manusia. Hanya saja hidung kami tidak mancung seperti hidung manusia. Hidung kami pesek dan bulat.
Jin muslim biasanya memanjangkan janggutnya kerana mengikuti sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
. Rambut kepala kami sangat tebal, terutama di kalangan wanita kami. Rambut kami juga agak kasar, ada juga di kalangan kami yang botak kepalanya. Rambut kaum wanita kami sangat panjang, dan merupakan lambang kecantikan di kalangan mereka. Sehingga rambut-rambut mereka mencecah tanah kerana panjangnya.
Dawud: Bagaimana tentang tangan dan kaki jin?
Jin: Tangan kami seperti tangan manusia. Cuma lengan dan kuku kami panjang sedikit. Lengan kami bila dibandingkan dengan tubuh kami, memang sangat panjang. Demikian pula kuku kami. Jari-jari kaki kami juga panjang-panjang, dan berbeza dengan kaki manusia dari segi letak tumit dan keruncingan jari-jarinya.
Dawud: Apa jin juga mempunyai tulang, jantung, organ pernafasan dan pencernaan? Jin: Ya, sama seperti manusia, sekalipun tulang kami agak besar. Tetapi tulang kami lembut, yang tak dapat kamu bayangkan. Organ-organ tubuh kami yang lain kecil-kecil. Semuanya berfungsi sebagaimana tubuh manusia, tetapi kami tidak memerlukan oksigen untuk bernafas sebanyak yang di-perlukan manusia. Pencernaan kami juga berfungsi sebagaimana pencernaan manusia. Sisa pencernaan kami juga keluar dari lubang-lubang pencernaan seperti lubang pencernaan manusia, walaupun kotoran kami tidak berbentuk kasar, melainkan lebih menyerupai wap yang sangat-pekat.
Kaum lelaki kami sama dengan kaum lelaki di kalangan manusia. Kami juga mempunyai nafsu syahwat untuk berjimak dan mengeluarkan mani. Wanita kami juga seperti wanita di kalangan manusia. Mereka yang gadis mempunyai selaput dara yang pecah bila melakukan jimak pada hari pertama hubungan badan. Suatu bentuk kehidupan yang hampir sama dengan kehidupan manusia.
67
Terbitan Klinik Muallij Islamiah
Air kencing kami juga berbentuk gas yang sangat kuat tekanannya seperti air pancuran. Itulah sebabnya, ada syaitan yang boleh mengencingi telinga seorang Muslim yang ketika tidur tidak menyebut nama Allah, dan yang di malam harinya tak pernah berniat untuk melaksanakan kewajiban kepada Allah.
Dawud: Apakah jin mempunyai alat kelamin?
Jin: Sama seperti manusia. Hanya saja-kecil sedikit bila dibandingkan dengan yang ada pada manusia.
Alat kelamin kami Sama seperti manusia. Hanya saja sedikit kecil bila dibandingkan dengan yang ada pada manusia. Kaum lelaki kami sama dengan kaum lelaki di kalangan manusia. Kami juga mempunyai nafsu syahwat untuk berjimak dan mengeluarkan mani.
JIN BERTANDUK
Dawud: Nabi pernah bersabda, ÒSesungguhnya matahari terbit di antara dua tanduk syaitan, dan tenggelam di antara dua tanduk syaitan pula.Ó Seterusnya baginda mengatakan, ÒJanganlah kamu melakukan solat berdekatan dengan waktu, terbit dan tenggelam matahari. Sebab, ia terbit di antara dua tanduk syaitan, dan tenggelam di antara dua tanduk syaitan pula.Ó Kalau demikian, apakah syaitan atau jin mempunyai tanduk dalam bentuk fizikal, ataukah ianya hanya merupakan kiasan saja?Ó
Jin: Itu adalah ucapan Nabi Muhammad s.a.w. yang benar. Setiap jin mempunyai dua tanduk. Tetapi kedua tanduk tersebut sangat kecil bila dibandingkan dengan tubuh kami.
Dawud: Apakah itu bererti bahawa engkau juga mempunyai tanduk?
Jin: Ya, ya, akan tetapi sangat kecil, seperti huruf nun, kecil sekali, dan tidak banyak sebagaimana yang disangka manusia.
Dawud: Apakah tanduk iblis kecil atau besar?
Jin: Besar, sesuai dengan tubuh-nya. Iblis sangat tua usianya, jauh lebih tua daripada manusia yang pertama. Kami adalah makhluk-makhluk yang bertubuh lemah, seperti tubuh manusia yang mengalami proses kelemahan sesuai dengan semakin meningkat-nya usia.
WARNA KULIT JIN
Dawud: Bagaimana pula dengan warna kulit jin?
Jin: Berbeza-beza seperti manusia. Akan tetapi kami lebih hitam daripada manusia yang herkulit hitam. Sebab, kulit kami hitam pekat dan melekat dengan daging kami. Warna-nya serupa dengan warna kerbau. Hanya saja sangat tebal bulu-nya. Di antara
68
Terbitan Klinik Muallij Islamiah
kami ada pula bulu-bulunya yang lebih tebal. Juga ada yang berwarna putih dan merah. Subhanallah, banyak sekali warnanya.
PAKAIAN JIN
Dawud: Apakah jin juga berpakaian?
Jin: Ya, ya...kami memakai pakaian yang berbeza-beza dan indah-indah. Kaum wanita di kalangan kami memakai pakaian yang sesuai dengan kewanitaannya, yakni yang Muslimah memakai kerudung atau penutup kepala seperti wanita di kalangan umat Islam. Manakala kaum lelaki di kalangan kami memakai pakaian sebagai-mana lelaki di kalangan manusia. Sebahagian besar jin menyukai pakaian yang berwarna merah, kemudian kuning dan hitam.
Akan tetapi kami lebih hitam daripada manusia yang berkulit hitam. Sebab, kulit kami hitam pekat dan melekat dengan daging kami. Warnanya serupa dengan warna kerbau. Hanya saja sangat tebal bulunya. Di antara kami ada pula bulu-bulunya yang lebih tebal.
LIDAH JIN
Dawud: Bagaimana dengan lidahmu yang sekarang berkata-kata ini, apakah ia betul-betul lidah, ataukah kamu berbicara dengan cara yang tidak kami ketahui?
Jin: Tidak, tidak. Ini betul-betul lidah dan tidak sekadar kiasan. Akan tetapi lidah kami sangat kecil. Dan kami juga mempunyai organ-organ seperti yang dimiliki manusia.
GIGI JIN
Dawud: Apakah kamu juga mempunyai gigi?
Jin: Tentu saja. Hanya saja bila dibandingkan dengan tubuh kami, ianya terlalu panjang dan besar.
Dawud: Mengapa kami tidak dapat melihat jin?
Jin: Ya, wajar saja. Sebab, asal kami adalah api yang bersifat gas yang ringan; dalam keadaan yang bagai-manapun kami tetap dapat melihat.
Dawud: Maksudnya?
Jin: Ya, ketika kami menampakkan di dalam bentuk fizikal, atau dalam keadaan sihir, atau dalam keadaan apa saja, atau kerana kemahuan jin itu sendiri. Tetapi dalam keadaan-keadaan tertentu, kami pasti dapat dilihat.
69
Terbitan Klinik Muallij Islamiah
Dawud: Apakah yang kamu pakai di kaki. Adakah kamu berjalan dengan kaki telanjang, atau memakai kasut atau selipar?
Jin: Ya,ya, ada sesuatu yang kami pakai. Tetapi berbeza antara jin Muslim dengan jin syaitan.
Dawud: Apa bezanya?
Jin: Kalau jin syaitan, dia memakai selipar di kaki kirinya, sedang kaki kanan-nya tidak pakai selipar.
Dawud: Kalau Muslim?
Jin: Tidak seperti itu. Alhamdulillah, aku memakai dua selipar di kedua belah kakiku. Dawud: Terbuat dari apakah selipar kamu?
Jin: Terbuat daripada sejenis daun yang bernama Papirus.
Dawud: Daun Papirus biasa, ataukah daun yang biasa digunakan oleh Firaun untuk menulis, ataukah daun Papirus yang karnu tanam sendiri?
Jin: Tidak, ya daun Papirus yang itu juga. Akan tetapi biasanya sangat kecil, sehingga tidak dapat dilihat oleh sesiapa pun.
JIN MASUK KE TUBUH MANUSIA
Biasanya kami masuk dari dubur. Kadangkala juga dari mulut, khususnya bila orang berkenaan tidak mengambil berat masalah kesihatan giginya atau jarang membersihkan giginya. Kemungkinan juga dari mata. Akan tetapi syaitan biasanya menyukai tempat-tempat yang berbau busuk. Kerana itu, kebanyakan mereka masuk melalui dubur.
Daud: (Saya bertanya kepada sahabat saya dari bangsa jin itu). Apakah kami dapat melihat jin? Dan bagaimanakah caranya supaya kami dapat melihat jin?
Jin: Memang sebagai-mana yang difirmankan Allah, tidaklah dinafikan ke-mungkinan melihatnya. Pada prinsipnya memang manusia boleh melihat kami. Yang demikian itu adalah sesuatu yang wajar, yang sesuai dengan sifat tubuh kami yang diciptakan oleh Allah s.w.t. Bagaimanapun kami di-ciptakan Allah untuk tidak boleh dilihat oleh manusia, tidak dapat didengar dan disentuh, kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu yang sesuai dengan ilmu Allah. Misalnya Allah ingin memperlihatkan kepada hamba-hamba-Nya yang dikehendakiNya untuk menyaksikan dunia kami, sama ada yang ingin mempergunakan kami ataupun yang ingin kami peralat untuk kepentingan kami. Jadi boleh dilihat dalam keadaan-keadaan tertentu.
70
Terbitan Klinik Muallij Islamiah
Jin: Yakni ketika kami menampakkan diri dalam bentuk yang boleh dilihat, atau dalam keadaan sihir, atau minum air sihir, atau kerana kemahuan jin itu sendiri yang ingin memperlihatkan dirinya kepada manusia. Di samping itu, dengan syarat-syarat tertentu, manusia boleh melihat kami. Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menganugerahkan kepada kami suatu kemampuan untuk mengubah diri dalam berbagai bentuk. Air tersebut sangat aneh. la boleh mengundang syaitan-syaitan, seakan-akan jemputan untuk kenduri
Dawud: Mengapa dalam kea-daan-keadaan tertentu jin boleh dilihat manusia? ---
*** Di dalam tafsir Al- Qurthubi dijelaskan: Diriwayatkan bahawa syaitan pada hari itu menampakkan dirinya dalam bentuk Suraqah bin Malik bin Jusyam. Dia berasal dari Bani Bakr bin Kinanah. Orang-orang Quraisy sangat takut bila Bani Bakr mengejar mereka. Sebab mereka telah membunuh salah seorang Bani Bakr. Ketika dia telah menampakkan diri kepada mereka, dia lalu menyampaikan khabar yang didakwanya dari Tuhan. Add-Dhahhak mengatakan. Pada perang Badr. datang iblis dan pengikut-pengikutnya kepada mereka (kaum musyrikin) lalu membisikkan ke telinga mereka bahawa mereka tidak akan terkalahkan. sebab mereka berperang membela agama nenek moyang mereka. Ibn Abbas mengatakan, Allah s.w.t. membantu Nabi Muhammad dan kaum muslimin dengan seribu malaikat. Jibril membawa serta lima ratus malaikat yang mendampingi pasukan beliau di kiri dan kanan sebutkan pula bahawa Jibril dan pasukannya itu merupakan satu angkatan yang menghadang di salah satu hujung jalan. sedang Mikail dengan lima ratus malaikat yang dipimpinnya mendampingi pasukan tersebut. Kemudian muncul iblis di tengah-tengah pasukan syaitan, dengan membawa sebuah bendera. Dia menampakkan diri dalam bentuk seorang laki-laki dari Bani Mudlij dan syaitan dalam bentuk Suraqah bin Malik. Syaitan itu berkata kepada kaum musyrikin. Hari ini tidak akan ada yang mengalahkan kamu, sebab aku mendampingi kamu Ketika pasukan tersebut berbaris, Abu Jahal berkata, Tuhan, tolonglah kami dalam membela kebenaran, dan bantulah dia. Di pihak lain. Rasulullah s.a.w. mengangkat tangannya dan berdoa, Tuhanku, sesungguh-nya jika engkau hancurkan pasukan ini, maka Engkau tidak akan lagi disembah di muka bumi ini untuk selama-lamanya. Mendengar itu Jibril berkata, Ambillah segenggam debu. Maka Rasulullah segera mengambil segenggam tanah lalu dihamburkannya ke arah kaum musyrikin sehingga tidak ada seorang pun di antara mereka yang mala, tenggorokan dan mulutnya yang tidak terkena debu. Akhirnya mereka pun lari tunggang-langgang Kemudian Jibril mendatangi iblis. yang ketika itu sedang memegang tangan salah seorang tentera musyrik. Bila dilihatnya Jibril datang, iblis segera lari bersama oengikutnya meninggal-kan kaum musyrikin. Orang-orang musyrik berteriak, Wahai Suraqah bukankah engkau telah menyatakan untuk membantu kami? Iblis menjawab, ÒAku berlepas tangan dari kamu. Sesungguhnya aku melihat apa yang tidak kamu lihat.
71
Terbitan Klinik Muallij Islamiah ---
Jin: Akan saya jelaskan. Tetapi hendaknya engkau selalu ingat akan sabda Nabi s.a.w. yang mengatakan, ÒBarangsiapa yang mela-kukan sihir, maka dia telah kafir. Ò Sedangkan biasanya jin dapat dilihat dalam keadaan sihir atau minum air sihir.
Dawud: Boleh engkau jelaskan dengan lebih terperinci lagi?
Jin: Ada orang yang menjual dirinya kepada syaitan, dengan berusaha menguasai orang lain untuk menghancurkan kehidupan-nya. Misalnya dengan mem-buat rugi perniagaannya, memikat isterinya atau membuat gelisah fikirannya sehingga tidak boleh tenang dan sukar tidur. Di antara mereka ada yang berbuat jahat dengan meminumkan air yang sudah diberi mantera dengan mantera-mantera syaitan kepada mangsanya. Ketika air itu sudah masuk ke tubuh orang itu, maka ia membentuk suatu kekuatan yang menarik syaitan-syaitan masuk ke dalam tubuhnya. Kalau sudah demikian keadaannya, maka orang itu seakan-akan merupakan lubang yang boleh dimasuki syaitan bila-bila masa.
AIR SIHIR
Dawud: Mengapa boleh masuk, dan bagaimana caranya?
Jin: Air tersebut sangat aneh. la boleh mengundang syaitan-syaitan, seakan-akan jemputan untuk kenduri.
Dawud: Dari organ tubuh yang mana satu itu dia masuk?
Jin: Biasanya dari dubur. Kadangkala juga dari mulut, khususnya bila orang berkenaan tidak mengambil berat masalah kesihatan giginya atau jarang membersihkan giginya. Kemungkinan juga dari mata. Akan tetapi syaitan biasanya menyukai tempat-tempat yang berbau busuk. Kerana itu, kebanyakan mereka masuk melalui dubur.
Dawud: Lalu, dalam keadaan yang bagaimanakah manusia itu boleh melihat jin?\par Jin: Boleh dilakukan melalui pengaruh air sihir, yang memberikan kemampuan kepada mata manusia untuk melihat kami. Pengaruh air sihir terhadap mata demikian hebat dan sukar untuk kamu bayangkan. Kegoncangan yang demikian hebat pada susunan fizikal orang yang tersihir inilah yang memberikan kekuatan kepada dirinya untuk melihat, mendengar dan memudahkan kami untuk mempengaruhinya.
Dawud: Bolehkah kamu jelaskan dengan lebih terperinci?
Jin: Saya beri-kan satu contoh. Kalau engkau memegang seketul batu, lalu melemparkannya sekuat-kuatnya, maka batu itu ketika melayang, akan lenyap dari panda-nganmu. Kemudian kecepatannya akan sedikit melemah kerana adanya suatu daya tarik. Akhirnya perjalanan batu tersebut semakin lambat sehingga engkau dapat melihatnya kembali. Kamu tahu bahawa Allah s.w.t. telah menjadikan seluruh
makhluk-72
Terbitan Klinik Muallij Islamiah
Nya sama ada manusia, jin, tumbuh-tumbuhan, binatang dan benda-benda mati, terdiri daripada atom yang selalu bergerak. Akari tetapi kekuatan gerakannya berbeza satu sama lain. Maksudnya, Allah menciptakan jasad kami dari atom-atom yang bergerak dengan cepat, sedangkan manusia diciptakan dengan atom-atom yang sedikit lebih lambat. Kemudian sihir itu memberikan kekuatan beberapa kali ganda dari kekuatan yang biasa kepada atom-atom yang ada pada tubuh manusia. Dengan itu maka indera orang yang kena sihir itu dapat melihat kami sebagaimana wujud kami yang sebenarnya. Ayahku bernama Hud. Dia mati dalam usia 950 tahun. Sedangkan datukku mati dalam usia mendekati seribu tahun
UMUR JIN
Dawud: Jin khabarnya dianugerahi umur panjang. Berapa usia jin yang sebenarnya?\par
Jin: Di antara kami ada yang berusia tiga ribu tahun, ada yang empat ribu, lima ribu dan enam ribu tahun. Bahkan ada pula yang umurnya mencapai tujuh ribu tahun, walaupun bila-ngannya sedikit.
Dawud: Kalau engkau sendiri, berapa umurmu?
Jin: Aku ma-sih muda. Usiaku seratus lapan puluh tahun, yang bila dinisbahkan kepada dunia jin, adalah usia remaja.
Dawud: Apa-kah ayahmu masih hidup?
Jin: Tidak, dia telah mati dalam suatu rampasan kuasa yang mem-babitkan dia dan tangan kanannya. Ayahku bernama Hud. Dia mati dalam usia 950 tahun. Sedangkan datukku mati ketika mencuba mencuri pendengaran yang ada di langit. Dia dikejar bola api yang dipanahkan dari atas langit, dan mati dalam usia mendekati seribu tahun.
73
Terbitan Klinik Muallij Islamiah