DAN
KHADAM
Klinik muallij
http://klinik-muallij.blogspot.com/145
Terbitan Klinik Muallij Islamiah SAKA
Ada yang beranggapan dalam semua kes gangguan rohani yang paling susah untuk rawat adalah saka. Betul atau tidak, bukan persoalan, kerana bagi saya yang paling susah untuk rawat adalah hati. Kerana hati adalah raja dalam diri, akal menteri dalam tubuh. Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama sehingga sebati dengan diri manusia tersebut. Ianya berlaku samada seseorang itu sedar atau tidak kerana ianya diwarisi dari keturunannya. Saka ini wujud apabila nenek moyang terdahulu mempelajari ilmu tertentu yang membabitkan jin dan diperturunkan kepada pembawa saka tanpa diketahui atau boleh jadi juga jin tersebut sendiri memilih untuk mendampingi keturunan yang dikehendaki.
Jin tersebut oleh nenek moyang pembawa saka apabila mereka telah meninggal dunia. Semasa mereka hidup, mereka telah bersahabat dan membela jin-jin tersebut yang dikenali dengan pelbagai nama. Nama-nama seperti hantu raya, pelesit, pontianak, polong dan lain-lain memang terkenal di kalangan masyarakat melayu. Namun hakikatnya semuanya adalah sama iaitu makhluk Allah s.w.t. yang dikenali dengan nama jin dan syaitan. Persahabatan antara jin dan manusia dalam bentuk 'khadam' dinyatakan di dalam al-Quran. Firman Allah s.w.t.dalam Surah al-Jin: 6
Jin yang dijadikan khadam inilah akhirnya menjadi saka yang perturunkan dari ayah ke anak dan keturunan yang seterusnya (mereka yang mempunyai pertalian darah). Ini disebabkan perjanjian yang telah dibuat oleh nenek moyang denan jin tersebut dan mengundang masalah dan penderitaan kepada keturunannya.
Secara umumnya orang yang memiliki saka akan mempunyai kebolehan untuk mengubat orang yang sakit disebabkan jin dan syaitan tetapi dengan cara yang meragukan dari sudut syariat, antaranya:
a) Kebanyakkan mereka mempunyai kebolehan mengubat melalui kaedah ‘menurun’. Caranya ialah jin tersebut memasuki tubuh orang yang mempunyai saka tersebut dan kemudiannya menyamar sebagai para wali Allah dan orang-orang soleh seperti Syeikh Abdul Qodir al-jilani, Syeikh Bahauddin an-Naqsyabandi, Syeikh Abu Hassan as-Syazili dan sebagainya. Namun hakikatnya ia cumalah jin yang datang daripada saka.
b) Pembawa saka mampu berubat tetapi menggunakan jampi yang mempunyai unsur-unsur syirik yang boleh menggugurkan syahadah dan iman.
c) Pembawa saka mampu berubat tetapi menggunakan jampi yng langsung tidak dapat difahami.
d) Pengamal perubatan yang kebolehannya datang dari saka selalunya sering melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat.
146
Terbitan Klinik Muallij Islamiah
e) Ada di kalangan mereka mendapat ilmu kebolehan mengubat melalui mimpi tanpa belajar.
Saka berpindah sebaik sahaja pembawa saka yang terdiri daripada nenek moyang yang membuat perjanjian dengan jin tersebut meninggal dunia. Apabila pembawa saka meninggal dunia, jin saka tersebut tidak mempunyai perumah/pembela maka ia mencari perumah/pembela baru dari kalangan anak cucu tuannya yang telah mati itu tadi. Berikut adalah kronologi bagaiman jin saka berpindah selepas kematian tuan punya saka tersebut:
a) Apabila nenek moyang yang membela jin tersebut mati; jasadnya mati setelah rohnya keluar dari jasadnya. Namun begitu, jin yang berdamping dengan nenek moyang itu tidak mati kerana umur jin bukannya seperti manusia.
b) Apabila jasad perumah saka itu dikebumikan, jin tersebut bebas dan berada dalam keadaan seperti layang-layang yang terputus talinya. Lalu ia berkeliaran di atas bumi mencari rumah tumpangannya yang baru. Perihal nyawa jin dan syaitan yang ternyata lebih panjang dari unsur manusia.
c) Kemudiannya saka tersebut akan bepindah kepada anak cucu sebagai perumah yang baru. Kebiasaannya jin tersebut akan berpindah kepada anak cucu yang ada mengamalkan jampi-jampi tertentu yang diambil dari si mati.
d) Saka juga boleh berpindah dari si mati kepada warisnya apabila anak cucu tersebut ada menyimpan mana-mana barang tinggalan si mati.
e) Saka juga berpindah kepada anaka cucu yang secara pengamatannya merupakan waris yang menjadi orang harapan kepada keluarga pada masa hadapan khususnya orang harapan kepada si mati yang menyimpan saka tadi.
f) Orang yang berpotensi mewarisi saka adalah orang yang tinggal bersama si mati semasa hidupnya iaitu serumah dengannya.
Mereka yang menjadi sasaran Saka ialah anak cucu yang sangat cetek pengetahuan agamanya, anak cucu yang melazimi maksiat dan sering melanggar peraturan agama, anak cucu yang sentiasa meninggalkan ibadat wajib seperti solat dan puasa.
Adakalanya anak cucu yang kuat pegangan agamanya kerana jin dan syaitan sangat mengidamkan supaya orang yang taat berjaya disesatkan. Anak cucu yang
147
Terbitan Klinik Muallij Islamiah
lemah, fizikal dan antibodinya. ini akan memudahkan jin untuk bertapak di dalam badan mangsanya. Selain itu, anak cucu yang memang menginginkan sangat apa yang dipunyai oleh nenek moyang mereka. Apabila saka ini diwarisi seolah-olah orang mengantuk disorongkan bantal. Anak cucu yang memang mengidamkan kehebatan dengan pelbagai kelebihan di hadapan manusia walaupun dengan cara yang mencabar syariat Allah s.w.t.
Gejala pada waktu tidur:
Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah besusah payah. Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya erjadi dalam keadaan 'kena tindih'.
Mimpi perkara yang menakutkan dan menyeramkan.
Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus dan sbagainya. Kalau bermimpi dipatuk ular, kemungkinan petanda bahawa sihir telah pun masuk ke dalam jasadnya.
Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur. Berdiri dan berjalan ketika tidur.
Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
Mimpi berada di kawasan kotoran atau kawasan perkuburan. Mimpi berada di tempat sunyi.
Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa yang menakutkan atau diistilahkan sebagai hantu.
Kaedah Buang Saka
Secara sepintas lalu, kaedahnya:
148
Terbitan Klinik Muallij Islamiah 2) Pembuka Aurad
149
Terbitan Klinik Muallij Islamiah 3) Kalimah Syahadah 3x
150
Terbitan Klinik Muallij Islamiah 5) Selawat Fateh / Selawat Azimiah 3x
Ya ALLAH, limpahkanlah Selawat dan Salam serta Keberkahan ke atas Penghulu kami Muhammad (ShalALLAHu`alaihiwasalam),Pembuka bagi yang telah tertutup, Penutup risalah yang telah berlalu,Penolong kebenaran dengan kebenaran, dan Penunjuk ke jalanMU yang lurus. Semoga ALLAH melimpahkan Selawat keatas nya (ShalALLAHu`alaihiwasalam)dan keatas Keluarga nya dan para Sahabat nya dengan hak kadar nya dan kedudukan nya (ShalALLAHu`alaihiwasalam) yang Agung. 6) Al Qashash : 88 3x
88. dan janganlah Engkau menyembah Tuhan Yang lain bersama-sama Allah. tiada Tuhan melainkan dia. tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan zat Allah. bagiNyalah Kuasa memutuskan Segala hukum, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan (untuk dihitung amal masing-masing dan menerima balasan).
151
Terbitan Klinik Muallij Islamiah
tapak tangan. Sesudah dihembuskan pada tapak tangan, minta pesakit raut ke muka sendiri sambil selawat di dalam hati dan berdoa.
152
Terbitan Klinik Muallij Islamiah