BAB ENAM RAWATAN
AYAT-AYAT AL-QUR'AN MELAWAN JIN
Diriwayatkan sebuah peristiwa yang dialami oleh Abu Khalid Al-Walidy bersumberkan Ishak bin Ismail dan Malik bin Al-Haris, kata-nya: "Aku pernah di-utus oleh kaumku untuk mengadap Sayidina Umar di Madinah. Pada waktu itu isteri dan anak-anakku turut bersamaku.'Di tengah jalan kami berehat manakala isteri dan anak-anakku berada di sebuah rumah di belakangku. Tiba-tiba aku mendengar jeritan kanak-kanak yang disertai dengan suara gemuruh yang aneh. Aku segera membaca beberapa ayat Al-Qur'an dengan suara keras. Setelah itu aku mendengar ada beberapa benda yang jatuh.
85
Terbitan Klinik Muallij Islamiah
Maka kutanyakan kepada isteriku apa yang telah berlaku. Jawabnya, "kami ditangkap oleh jin dan dijadikan seolah-olah barang mainan. Tetapi setelah engkau membaca ayat Al-Qur'an dengan keras tadi, mereka segera melepaskan kami dan lari."
Dalam kitab Al-Funun diceritakan, ada sebuah rumah di Iraq yang sangat misteri di mana orang yang tinggal di rumah itu akan mati pada pagi harinya. Pada suatu hari ada. seorang lelaki alim yang setiap hari membaca Al-Qur'an, menyewa rumah itu. Para jiran mulai meramalkan kematian lelaki itu. Tetapi apa yang terjadi? Keesokan harinya lelaki itu tenyata masih hidup. Maka bertanyalah para jiran kepada lelaki berkenaan gerangan ilmu apa yang dimilikinya. Lelaki itu menjawab:
"Pada waktu malam aku sentiasa solat dan membaca Al-Qur'an. Tiba-tiba ada seorang pemuda yang muncul dari dalam perigi sambil mengucapkan salam kepadaku. Aku pun segera menjawab salamnya dengan agak ketakutan. Pemuda itu berkata, "Hai laki-laki, engkau jangan takut kepadaku. Tolonglah aku, dan ajarilah aku sesuatu dari Al-Qur'an." Lalu dengan segera aku mengajarkannya dan bertanya kepada pemuda itu mengenai kejadian-kejadian pelik di rumah itu. Dia menjawab, "Kami adalah golongan jin Muslim. Kami sering membaca Al-Qur'an dan solat. Tetapi rumah ini justeru didiami oleh orang-orang fasik yang gemar minum arak dan mabuk-mabukan. Maka kami cekik para penghuninya yang fasik itu, dan pada pagi harinya didapati oleh para jiran telah mati." Kisah-kisah di atas menunjukkan kehandalan ayat-ayat Al-Qur'an dalam menundukkan dan melawan jin. Ayat-ayat Al-Qur'an yang biasanya digunakan untuk menundukkan jin adalah sebagai berikut:
"Jangan kamu jadikan rumahmu seperti kuburan, dan sesungguhnya rumah yang di dalamnya dibacakan Surah Al-Baqarah, maka syaitan pasti tidak berani mendekat."
1. Ayat Kursi
Abul Qasim meriwa-yatkan yang bersumberkan Ubai bin Ka'ab, bahawa ayahnya ada bercerita mengenai stor tempat menyimpan buah-buah yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Setiap hari stor itu dijaga namun setiap hari pula ada saja barang-barang yang hilang. Pada suatu malam ia mengelilingi stor itu dan menjumpai seekor haiwan yang kecil dan aneh bentuk-nya. la bertanya kepada haiwan itu, "Apakah engkau manusia atau jin?" Haiwan itu mengakui bahawa dirinya adalah jin. Ditanyanya lagi, "Mengapa engkau mencuri harta milikku?" Jawabnya, "Telah sampai berita kepa-daku bahawa engkau adalah orang yang suka bersedekah.
Aku ingin sekali mendapat bahagian dari sedekahmu itu." Maka ditanyanya lagi, "Apakah yang dapat menyela-matkan kami dari gangguanmu?" Jawab jin itu, "Ayat Kursi yang terdapat di dalam Surah Al-Baqarah ayat 255." Pada pagi harinya Ka'ab datang ke rumah Nabi s.a.w. dan menceritakan kejadian tersebut. Rasulullah
86
Terbitan Klinik Muallij Islamiah
membenarkan ucapan jin itu. Hadis ini juga diriwayatkan oleh Al-Hakim dalam kitabnya "Al-Mustadrak."
2. Bismillah
Imam At-Tirmizi meri-wayatkan hadis yang ber-sumberkan Malik bin Hamzah bin Abi Usaid, katanya: "Pada suatu hari Abi Usaid memungut hasil kebun-nya dan disimpannya di suatu tempat. Tiba-tiba ada jin yang berbuat jahat dan mencuri-nya, lalu Abu Usaid melapor-kan kejadian itu kepada Rasulullah. Jawab Nabi, "Itu adalah jin jahat yang selalu keluar malam untuk meng-ganggu manusia. Oleh itu dengarkanlah gerakan jin itu, kemudian bila engkau telah mengetahui akan kedata-ngannya, maka bacalah "Bismillahir Rahmaanir Rahim."
Ternyata apa yang di-ajarkan Rasulullah kepada Abi Usaid adalah berkesan sehingga jin itu lari tonggang-langgang.
3. Ta'awuz
Allah s.w.t. berfirman: "Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Al-A'raf: 200). Dalam hadis-hadis disebutkan. memohon perlindu-ngan Allah dan pengaruh dan godaan jin atau syaitan adalah dengan cara membaca "A'uzu billahi minas syaithaanirrajim."
4. Surah Al-Falaq dan An-Nas
Imam At-Tirmizi meri-wayatkan hadis dari Al-Jarir dari Abu Nadharah yang diterimanya dari Abu Said al-Khudn. katar. "Rasulullah selalu memohon perlindungan kepada Allah dan godaan dan pengaruh jin dengan membaca Surah Al-Falaq dan An-Nds."
5. Surah Al-Baqarah
Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Suhail dari ayahnya dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jangan kamu jadikan rumahmu seperti kuburan, dan sesungguhnya rumah yang di dalamnya dibacakan Surah Al-Baqarah, maka
tan pasti tidak berani mendekat."
6. Akhir Surah Al-Baqarah
Membaca akhir Surah Al-Baqarah adalah meringan-kan kaum Muslimin yang tidak mampu membaca Surah Al-Baqarah secara keselu-ruhan. Maka baginya cukup dengan membaca sebahagian dari Surah tersebut, iaitu dua ayat yang paling akhir sesuai dengan hadis berikut.
87
Terbitan Klinik Muallij Islamiah
Daripada Ibnu Mas'ud Al-Ansari yang diriwayatkan oleh Abu Dawud bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa membaca dua ayat dari akhir Surah Al-Baqarah pada suatu malam, maka dua ayat itu sudah mencukupinya." Dalam hadis lain yang diriwayatkan Al-Hakam dari Abu Zar bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya Allah telah menutup Surah Al-Baqarah dengan dua ayat yang diberikan kepadaku dari gedung rahmat-Nya yang berada di bawah 'Arasy, maka pelajarilah dua ayat itu dan ajarkanlah kepada isteri dan anak-anakmu, kerana dua ayat itu merupakan rahmat."
7. Ayat "Hamim" Al-Mukmin
At-Tirmizi meriwayatkan daripada Abdurrahman bin Abi Bakar yang diterimanya daripada Abu Hurairah bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa membaca Surah Hamim Al-Mukmin sehingga kalimat "Ilaihi Mashir" dan ayat Kursi pada waktu pagi, maka akan selamat hingga ke petang. Dan barangsiapa membaca keduanya pada waktu petang, maka akan selamat hingga pagi."
8. Zikir
Hadis daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa membaca "Laa Illaaha Illallaahu Wahdahu Laa syarikalah Lahul Mulku Walahul Hamdu Wa Huwa 'Alaa Kulli Syai'in Qadir" sebanyak seratus kali, 'maka orang itu setaraf dengan orang yang membebaskan sepuluh hamba dan ditulis baginya seratus kebajikan dan dihapuskan baginya seratus keburukan serta bacaan itu sebagai perisai bagi syaitan pada hari itu hingga ke petang.
9. Mengambil Air Sembahyang dan Solat
Air sembahyang dan solat adalah dua senjata yang sanggup menghalangi penga-ruh dan gangguan jin. Orang yang sentiasa tidak pernah tinggal air sembahyangnya maka orang tersebut akan terhindar dari sebarang perbuatan buruk sama ada yang berasal daripada jin mahupun manusia. Kekuatan air sembahyang juga mampu meredakan kemarahan sebagaimana hadis Nabi s.a.w.:
"Jika kamu sedang marah, pergilah ambil air sembahyang."
Sebab marah itu adalah sifat syaitan. Syaitan dicip-akan daripada api, sedang api )ila disiram air akan mati, terutama air sembahyang. *
Air sembahyang dan solat adalah dua senjata yang sanggup menghalangi pengaruh dan gangguan jin. Orang yang sentiasa tidak pernah tinggal air sembahyangnya maka orang tersebut akan terhindar dari sebarang perbuatan buruk sama ada yang berasal daripada jin mahupun manusia
88
Terbitan Klinik Muallij Islamiah
CARA MERAWATI RASA SAKIT DENGAN RUQYAH
Dalam sebuah Hadith yang telah diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Sohihnya daripada Uthman bin Abu al-Ash bahawa ia sakit tubuhnya semenjak ia masuk Islam, kemudian Baginda SAW telah bersabda:
تارم عبس لقو ،اثلاث * مسب :لقو ،كدسج نم ملأت يذلا ىلع كدي عض
“Letakkan tanganmu di atas bahagian tubuhnu yang sakit, kemudian ucapkan ‘Bismillah’ tiga kali dan bacakan doa ini sebanyak tujuh kali:
ُرِذا َحُأ َو ُدِجَأ اَم ِّرَش ْنِم ِهِتَرْدُق َو ِ* ِةَّزِعِب ُذ ْوُعَأ
“Aku berlindung dengan kekuatan Allah dan kekuasaanNya daripada kejahatan yang aku dapati dan aku takuti akan terjadi (kejahatan).”
Kemudian ditambah kan doa ini:
َلا ًءاَف ِش َك ُؤاَف ِش َّلاِا َءاَف ِش َلا ْيِفاَّشلا َتْنَأ ِفْشا َو َسْأَبْلا ِبِھ ْذَأ ِساَّنلا َّبَر َّمُھَّللَأ
اَمَقَس ُرِداَغُي.
Sambil diusapkan pada tempat sakit tersebut. Insya Allah sembuh.