• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bab Satu

1.2 Bahagian Kedua : al-Manhaj al-Haraki : Aliran Dalam Perspektif Ulasan Hadith

1.2.2 Aliran al-Haraki Dalam Perspektif Tafsir dan Ulasan Hadith

Al-Quran dan al-Hadith amat releven dengan perkembangan zaman dan sesuai untuk dipraktikkan dalam setiap masa dan tempat. Kemunculan aliran al-haraki dalam penafsiran dan penghuraian hadith ini merupakan pendekatan semasa dan waqi‘i dengan melihat kepada situasi umat Islam yang hidup jauh dari ajaran al-Quran dan sunnahnya yang sebenar. Pendekatan seperti ini dilihat mampu membawa penyelesaian terhadap permasalahan semasa umat Islam dengan matlamat yang telah digariskan dalam gerakan

130

Ibid. Lihat juga Yusuf al-Qaradawi, Bagaimana Berinteraksi Dengan al-Sunnah, terj. Udah Mohsin dan

70 dakwah semasa dalam membangunkan semula umat Islam dengan ajaran al-Quran dal-Hadith.

Menurut Manzur Muhammad Muhammad Ramadan bahawa metode penafsiran al-Quran dan ulasan terhadap hadith-hadith Nabi SAW kini perlu sesuai dengan keadaan semasa dan dikaji mengikut keperluan zaman, bagi menyelesaikan permasalahan semasa dengan lebih berkesan. Penafsiran dan huraian yang hidup akan mampu mencapai objektif dalam membangunkan ummah dengan ajaran al-Quran dan al-Sunnah serta menyelamatkan mereka dari segala fitnah dan kejahatan golongan kuffar.131

Manzur mengemukakan lagi ciri-ciri al-Manahij al-Tajdidiyyah fi Tafsir al-Quran wa

Syarh al-Hadith, iaitu antaranya adalah penekanan yang besar tentang faedah tarbiah yang

boleh diambil dari nas-nas al-Quran dan al-Hadith dengan matlamat ia mampu memberi khidmat secara lebih berkesan kepada permasalahan umat Islam semasa.132 Di samping itu, pendekatan metode penafsiran al-Quran dan penghuraian hadith-hadith Nabi SAW yang memfokuskan kepada aspek tarbiah ini mampu membawa pendekatan huraian yang hidup

131 Manzur Muhammad Muhammad Ramadan “al-Manahij al-Tajdidiyyah fi Tafsir al-Qur’an al-Karim wa

Syuruh Hadith Syarif”, (makalah, Seminar Antarabangsa berkaitan dengan Metode Penafsiran

al-Quran dan Huraian Hadith) Peringkat Antarabangsa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, 17-18 Julai 2006, 2: 867-868.

132 Penulis berpandangan bahawa Dr Manzur menekankan tentang aspek tarbiyah dalam membawa

penafsiran al-Quran dan huraian hadith di era al-tajdid ini kerana beliau mengkaji situasi umat Islam yang perlu diberi penekanan tentang tarbiyah terlebih dahulu sebelum membina perkara yang lain. Perkara ini seperti mana yang ditekankan oleh tokoh-tokoh haraki yang melihat aspek yang sama iaitu isu tarbiyah. Umat Islam hancur dan kosong dari sudut kualiti dan pengisian diri. Perkara tersebut tidak mampu diatasi kecuali dengan aspek tarbiyah dalam membangunkan kembali ummah. Seperti mana kenyataan berikut yang menjadi prinsip jamaah Ikhwan Muslimin dalam melaksanakan kerja dakwah

:ينكمتلا لا انقيرط نيوكتلاو هيبترلا, iaitu Tarbiyah dan pembentukan adalah asas dan perkara pokok dalam membentuk kestabilan dan pengukuhan atas muka bumi ini.

71 di samping mampu mu‘ayasyah (berinteraksi) dengan nas-nas al-Quran dan al-Hadith secara lebih berkesan pada zaman ini.133

Kemunculan aliran al-haraki dan penggunaannya dalam manhaj pentafsiran al-Quran dan hadith dipelopori oleh Sayyid Qutb, melalui kitab Tafsir beliau iaitu, Fi Zilal al-Qur’an. Beliau dianggap sebagai perintis kepada penafsiran baru dalam pengajian al-Quran pada zaman moden ini iaitu manhaj penafsiran yang disifatkan sebagai Ittijah al-Haraki fi Tafsir

al-Qur’an dan merupakan pengasas kepada Madrasah al-Haraki fi al-Tafsir. Salah ‘Abd

al-Fattah al-Khalidi meletakkan aliran al-haraki dalam pengajian tafsir ini di bawah perbahasan penafsiran di era tajdid (al-Tafsir fi Tawr al-Tajdid) dan menyifatkan kemunculan aliran al-haraki di era ini sebagai satu perkembangan yang positif dan merupakan antara yang terpenting di era tajdid (pembaharuan) ini.134

Aliran penafsiran seperti ini bermula dengan gerak kerja dan amal dakwah yang muncul dalam harakah Islamiyyah yang telah dipelopori oleh Gerakan Ikhwan Muslimin di Mesir dan diasaskan oleh Hasan al-Banna.135 Gerak kerja dakwah gerakan ini telah tersebar ke seluruh pelosok tanah Arab dan Islam yang banyak melahirkan para pendakwah dan ulama besar dalam memberi khidmat kepada al-Quran dan juga dakwah, di samping meninggalkan kesan yang berguna dalam misi untuk memahami al-Quran dan agama Islam.136

133 Ibid, 877, 878.

134 Salah ‘Abd al-Fattah al-Khalidi, Ta‘rif al-Darisin bi Manahij al-Mufassirin, 45.

135

Ibid, 46.

72 Pendekatan al-haraki sangat ditekankan kepada para penggerak dakwah di mana ia mengandungi isu-isu penting dalam gerakan dakwah yang perlu diambil perhatian oleh para penggerak dakwah, agar perjalanan dakwah mereka dapat berjalan dengan sunnahnya yang betul tanpa diganggu dengan halangan dan rintangan yang mendatang. Ramai dari kalangan mereka yang terlibat dengan dakwah, pada awalnya begitu bersemangat dalam melaksanakan gerak kerja dakwah, tetapi pada akhirnya tumpas dan kalah dengan nafsu lalu mengambil tindakan untuk tinggalkan jalan dakwah ini, disebabkan ketahanan jiwa yang tidak ditarbiah dengan betul untuk mampu memikul tanggungjawab yang besar. Sebagai contoh, sifat al-futur,137 sentiasa diingatkan di dalam gerakan dakwah kerana kesan negatifnya kepada dakwah sekiranya para pendakwah tidak menjauhkan diri dari sifat ini.

Salah ‘Abd Fattah Khalidi di dalam kajiannya menyebutkan bahawa pendekatan

al-haraki ini adalah sebagai pendekatan yang positif dalam perkembangan penafsiran di era tajdid (pembaharuan) ini. Antara ciri-ciri penting huraian al-haraki yang dikenalpasti

dalam mengkaji kitab Quran ialah berkaitan penekanan tentang kehidupan bersama al-Quran )

نآرقلا وج في ةايلحا

(, iaitu sebuah kehidupan yang dibentuk suasananya dengan intipati daripada ajaran al-Quran sepertimana yang sering ditegaskan oleh Sayyid Qutb di dalam Tafsirnya Fi Zilal al-Qur’an.138 Perkara inilah yang membawa satu kelainan di dalam

137

Pengertian al-futur dari sudut bahasa mempunyai dua makna; 1)Terputus atau terhenti sesudah berjalan atau diam sesudah bergerak, 2)Malas, menangguh, melengah-lengahkan sesudah bergerak aktif dan bersungguh. Manakala maksud al-futur dari sudut istilah : ialah merupakan suatu penyakit yang mungkin menimpa sebahagian daripada ‘amilin (penggerak dakwah) bahkan ada amilin yang sudah pun ditimpa dengan penyakit ini. Tahap al-futur yang paling rendah ialah malas, menangguh-nangguh, melengah-lengahkan dan tahap yang paling tinggi ialah berhenti terus atau diam sesudah bergerak cergas secara berterusan. Lihat Sayyid Muhammad Nuh, ‘Afat ‘ala al-Tariq, cet. ke-13, (al-Mansurah : Dar al-Wafa’, 1999), 1: 9. Sayyid Muhammad Nuh, Wabak Sepanjang Jalan, terjemahan Dewan Ulama PAS Kedah, Cet. ke-2, (Alor Setar : Pustaka Darussalam, 2011), 1: 1-2.

73 pendekatan penafsiran Sayyid Qutb sehingga beliau digelar sebagai pengasas kepada “Madrasah al-Haraki fi al-Tafsir” oleh Salah al-Khalidi.139

Manhaj penafsiran yang dikemukakan oleh Sayyid Qutb di dalam Tafsir Fi Zilal al-Qur’an ini tidak sepertimana manhaj penafsiran ulama sebelumnya. Beliau ingin mengemukakan manhaj penafsiran yang dapat menjadikan kitab al-Quran sebagai kitab panduan yang hidup bagi umat Islam. Sayyid Qutb berusaha keluar daripada keterikatan penafsiran yang hanya terbatas dari sudut lughah (bahasa), nahu, fiqh, sejarah dan juga tekstual ayat. Beliau berusaha mengembalikan fungsi al-Quran kearah penafsiran yang mampu berinteraksi secara terus dengan kehidupan masyarakat dan perbahasan berkaitan isu-isu yang berlaku dalam realiti kehidupan dengan penyelesaian permasalahan yang sangat diperlukan oleh umat Islam semasa.140

Selain itu, Salah al-Khalidi menyebutkan bahawa Sayyid Qutb telah mengemukakan beberapa maqasid asasi dari objektif penurunan al-Quran, antaranya ialah al-Quran membentuk dan mendidik individu muslim, serta mempersiapkan mereka ke arah membentuk rijal (penggerak) yang rabbani dan mujahid. Sayyid Qutb banyak menekankan perkara ini dalam penafsiran beliau dan menjelaskan ciri-ciri metode al-Quran dalam tarbiah dan cara pelaksanaannya yang rabbani untuk dipraktikkan dalam realiti kehidupan. Di samping itu, wasilah al-Quran dalam mengubati jiwa dan kerosakan, serta interaksi para sahabat Nabi SAW dalam menerimanya selangkah demi selangkah banyak membahaskan

139 Salah‘Abd al-Fattah al-Khalidi, al-Manhaj al-Haraki Fi Zilal al-Qur’an, cet. ke-2, (‘Amman : Dar

‘Ammar, 2000), 6.

74 tentang perubahan yang dilalui oleh masyarakat Islam di Madinah kerana para sahabat bergerak dengan al-Quran dan ditarbiah dengan nas-nasnya.141

Berikut ini adalah antara kenyataan yang disebut oleh Sayyid Qutb berkaitan al-Hayah fi

Jaw al-Qur’an dan kecenderungannya ke arah pendekatan tersebut di dalam

pentafsirannya:

“Sesungguhnya, segala nas-nas al-Quran, kita tidak mampu untuk

memahaminya hanya dengan memerhatikannya dari aspek lughah dan kecantikan bahasanya sahaja. Bagi mendapatkan kefahaman al-Quran ini (dengan lebih bermakna) adalah bermula dengan kehidupan yang dibentuk bersama al-Quran )

نآرقلا وج في ةايلحا

( dengan mengambil kira pengajaran dari sirah dan sejarah serta (mengkaji dari aspek) harakinya. Disamping melihat realiti positifnya, serta menghubungkannya dengan realiti masa kini bagi menghidupkan suasana semasa (dengan isi kandungan al-Quran).”142

Beliau menyebutkan lagi :

Dan sama sekali tidak akan mampu menyingkap rahsia-rahsia al-Quran bagi golongan al-Qa‘idin (iaitu perumpamaan yang ditujukan kepada mereka yang tidak bergerak dengan kehidupan al-Quran), yang hanya melihat dan mengkaji ayat-ayat nas al-Quran dari sudut lughah dan balaghahnya sahaja…mereka ini dianggap sebagai golongan al-Qa‘idin.143

Di samping itu, Sayyid Qutb menegaskan lagi bahawa tujuan utama dari penelitiannya terhadap al-Quran bukanlah semata-mata untuk meneliti kecantikan susunan bahasanya sahaja, tetapi lebih dari itu menggarap pengajaran membina keperibadian al-Quran dalam diri :

141 Salah al-Khalidi, al-Manhaj al-Haraki Fi Zilal al-Qur’an, 67.

142

Ibid.

75 “Sesungguhnya al-Quran ini perlu dibaca, dan dihayati oleh

generasi muslim dengan penuh kesedaran, dan perlu difahami bahawa ia adalah kitab pembimbing yang hidup. Diturunkan pada hari ini bagi menyelesaikan permasalahan semasa dan dengan tujuan untuk menyinari jalan ke arah kehidupan yang mendatang. al-Quran bukan hanya kalimah cantik untuk dibaca dengan tartil dan bukan juga hanya sekadar catatan realiti yang telah berlalu dan sama sekali tidak akan kembali”144

Beliau menyambung lagi :

Kita sama sekali tidak mampu memanfaatkan dengan al-Quran ini sehinggalah kita membacanya dengan tujuan untuk mendapat sentuhan dan dijadikan sebagai bimbingan dalam realiti kehidupan kini dan untuk masa akan datang, seperti mana yang telah dilakukan oleh generasi pertama dahulu dalam berinterkasi dengan kitab tersebut. Mereka mendapati dari al-Quran segala bimbingan dan jalan penyelesaian terhadap setiap perkara yang berlaku dalam realiti kehidupan.145

Sayyid Qutb menekankan tentang perlunya kefahaman al-Quran ini difahami dengan kunci pemahaman al-haraki, beliau mengungkapkan kata-kata berikut: “Kami ingin memastikan

manhaj ini diperaktikkan dalam isi kandungan al-Quran, iaitu manhaj waqi‘i serta haraki, kerana pada pandangan kami, perkara tersebut adalah merupakan kunci dalam memahami dan berinterkasi dengan kitab al-Quran ini, serta mengetahui tujuan dan hadaf-hadafnya”.146

Sayyid Qutb juga menganggap kitab al-Quran sebagai kitab tarbiah dan sebagai pemimpin dalam memimpin dan membentuk keperibadian umat :

144 Salah al-Khalidi, Ta‘rif al-Darisin bi Manahij al-Mufassirin, 65.

145 Ibid.

76

Kitab al-Quran bukan hanya untuk diteliti cara bacaannya sahaja, dan bukan juga hanya sebagai kitab untuk mengumpul pahala dengan membaca dan bertilawah semata-mata. Ia juga bukan untuk diteliti semata-mata thaqafah (ilmu), fiqh, lughah, sejarah sahaja, tetapi lebih luas dari itu ia berfungsi sebagai pemimpin yang hidup dalam memimpin generasi umat ini, serta mendidik dan mentarbiah mereka, di samping mempersiapkan mereka bagi memainkan peranan kepimpinan dengan sebaiknya.147

Ini adalah antara contoh-contoh kecenderungan Sayyid Qutb dalam berinteraksi dengan al-Quran melalui pendekatan al-haraki sehingga pendekatan beliau ini membawa pengaruh yang besar kepada kemunculan beberapa tokoh tafsir yang lain terutamanya mereka yang berada dalam gerakan dakwah Ikhwan Muslimin. Kelompok ini membentuk aliran baru dalam pentafsiran al-Quran yang disebut sebagai aliran al-haraki di dalam tafsir. Antara ulama-ulama semasa yang turut sama memberi sumbangan dalam bidang pengajian Quran ini di samping terlibat secara langsung di dalam gerakan Ikhwan Muslimin, iaitu al-Bahiy al-Khuli, Muhammad al-Ghazali, Sa‘id Hawwa, ‘Abd al-Muta‘al al-Jabari, Dr Adnan Zarzur, Dr Ahmad Farhat, Dr Muhammad al-Sabbagh.148

Bermula dengan pengajian al-Quran ini, kecenderungan tokoh-tokoh dakwah ke arah penggunaan manhaj al-haraki ini terus berkembang dalam bidang pengajian hadith pula. Kesemuanya adalah bertitik tolak dengan penglibatan para ulama al-haraki ini dalam gerakan dakwah semasa sehingga mempengaruhi kecenderungan dan pendekatan mereka dalam penghuraian hadith-hadith Nabi SAW dari aspek al-haraki. Seperti mana dalam pengajian al-Quran yang dianggap penggunaan manhaj al-haraki adalah merupakan salah satu perkembangan penting dalam penafsiran al-Quran di era tajdid (pembaharuan), situasi

147 Salah al-Khalidi, al-Manhaj al-Haraki Fi Zilal al-Qur‘an, 69.

77 yang sama boleh dinilai dalam perkembangan pengajian hadith di era tajdid (pembaharuan) ini dan penghuraiannya oleh tokoh-tokoh dakwah. Pengajian hadith tidak boleh dipisahkan dalam usaha memahami al-Quran dari aspek al-haraki. Dengan kemunculan tokoh-tokoh dakwah yang cenderung ke arah pemahaman al-Quran dengan manhaj al-haraki ini, muncul juga bersama-sama dengannya tokoh-tokoh dakwah yang membawa pemahaman

al-haraki dalam pengajian hadith. Ini kerana hadith adalah merupakan pelengkap kepada

makna dan kandungan al-Quran itu sendiri.

Dengan konsep pemahaman al-haraki di dalam kajian tafsir ini, penulis menilai pendekatan yang sama dalam huraian dan ulasan terhadap hadith. Selain meneliti huraian hadith dari tokoh yang dikaji di dalam kajian ini, penulis juga meneliti pendekatan huraian hadith yang dikemukakan oleh Muhammad Qutb dan Hisyam Saqr di dalam karya mereka. Penulis meneliti pendekatan huraian yang dikemukakan oleh Muhammad Qutb terhadap hadith-hadith Rasulullah SAW di dalam kitabnya Qabasat min al-Rasul SAW.149 Di dalam muqaddimah kitab ini, Muhammad Qutb menjelaskan bahawa tujuan beliau menyusun hadith-hadith di dalam kitab ini dengan mengemukakan huraian sedemikian adalah bermatlamat untuk menghidupkan hati umat Islam dengan kandungan hadith-hadith Rasulullah SAW. Sepertimana tajuk yang diberikan oleh Muhammad Qutb kepada kitab ini, “Qabasat min al-Rasul” atau “Sinaran Cahaya Daripada Rasulullah SAW”, penyusun ingin membawa setiap huraian terhadap hadith-hadith ini suatu gambaran yang hidup seolah-olah kehidupan yang dilalui bersama-sama dengan Rasulullah SAW. Huraian-huraian yang memberikan gambaran yang jelas untuk dijadikan pedoman dalam realiti

149 Muhammad Qutb telah memuatkan sebanyak 11 teks hadith dan mengemukakan huraian bagi setiap

hadith ini secara terperinci (tafsili). Hadith-hadith ini lebih menjurus kepada perkara-perkara pokok yang banyak berkisar dalam kehidupan umat Islam untuk dijadikan panduan dan pedoman dalam tarbiyah.

78 kehidupan umat Islam. Berikut ini antara kenyataan yang ditulis oleh Muhammad Qutb berkaitan huraian beliau tersebut :

Ini bukanlah buku yang membincangkan tentang sirah Rasulullah SAW, tetapi ia merupakan usaha kecil saya dalam mengeluarkan gambaran kehidupan Rasulullah SAW daripada kekosongannya (supaya kembali dihayati) didalam hati umat Islam. Matlamatku ialah aku ingin mengatakan kepada manusia : “telitilah beberapa kata-kata Rasulullah SAW dan lihatlah bagaimana setiap kalimah yang diperkatakannya menjadi manhaj tarbiah, manhaj perlakuan, manhaj hidup dan manhaj berfikir. Ia adalah pilihan daripada hadith-hadith yang banyak atau “Sinaran Cahaya Daripada Rasulullah” sebagaimana aku namakannya. Semuanya boleh menjadi konsep pemahaman di dalam Islam, kefahaman yang bersifat realiti dan berlaku di atas muka bumi, serta berlaku di dalam kancah kehidupan.150

Selain kitab Qabasat min al-Rasul SAW yang membawa pendekatan huraian hadith bersifat

al-haraki, penulis meneliti kitab Ghulam al-Da‘wah oleh Hisham Saqr juga turut

menggunakan pendekatan yang sama dalam menghuraikan hadith-hadith dari aspek

al-haraki ini. Kitab Ghulam al-Da‘wah menghuraikan hadith berkenaan dengan Ahli Sihir, Rahib (pendeta) dan Ghulam (Pemuda dakwah) untuk dijadikan pengajaran dalam

kehidupan pendakwah.151 Hadith yang dikaji di dalam kitab ini merupakan sebuah teks hadith panjang yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Imam Ahmad.152 Kandungan hadith ini berkaitan kisah seorang ghulam (pemuda) yang berdakwah dan akhirnya ramai

150 Muhammad Qutb, Qabasat Min al-Rasul, cet ke 14, (Kaherah; Dar al-Syuruq, 2001), 14. Lihat terjemahan

bagi kitab ini : Muhammad Qutb, Hadith-Hadith Pilihan, (terjemahan ; Ustaz Mohd Asri Hashim), (Batu Caves; Pustaka Salam, 2001), 15.

151 Hisyam Saqr, Iman dan Harakah: Pengajaran Hadith Ghulam, Ahli Sihir dan Rahib, terj. Mohd Asri

Hashim, (Batu Caves : Pustaka Salam : 2011), 9.

152 Imam Muslim meriwayatkan hadith ini di dalam Sahihnya, Kitab al-Zuhd wa al-Raqa’iq, Bab Qissah

Ashab al-Ukhdud wa al-Sahir wa al-Rahib wa al-Ghulam, no hadith 7511. Lihat Salih bin ‘Abd al-‘Aziz Ibrahim, Mawsu‘ah al-Hadith al-Syarif al-Kutub al-Sittah, cet. ke 4, (al-Riyad : Dar al-Salam: 2008), 1197. Imam Ahmad juga meriwayatkan hadith ini di dalam Musnadnya, daripada hadith Suhayb r.a, no hadith 23932. Lihat Ahmad bin Hanbal, Musnad Ahmad, cet. ke 4, (Amman : Bayt al-Afkar al-Dawliyyah: 1998), 2 : 860.

79 dari kalangan manusia ketika itu telah mendapat hidayah dengan peranan dan kebijaksanaan yang dilakukan oleh ghulam ini.

Penulis menyimpulkan bahawa kedua-dua kitab hadith ini lebih menjurus ke arah huraian

al-haraki yang bersifat khusus kepada para penggerak dakwah. Kajian mendapati bahawa

kedua-dua karya ini sering dijadikan rujukan oleh gerakan-gerakan dakwah sebagai bahan tarbiah di dalam usrah dan pengajaran dakwah untuk ahli. Kajian mengkategorikan karya-karya ini sebagai bahan-bahan dalam pendekatan al-manhaj al-haraki berdasarkan idea-idea al-haraki yang diketengahkan oleh penulisnya terutamanya dalam mengemukakan huraian-huraian hadith yang selaras dengan konsep pemahaman dalam gerakan dakwah.