• Tidak ada hasil yang ditemukan

Jadual 5 : Tulisan Artikel Berkaitan Sayyid Muḥammad Nūḥ Yang Ditulis Oleh Para

2.1.9 Meninggal Dunia Serta Pujian dan Penyaksian Ulama Terhadapnya

Setelah berbakti sekian lama kepada dunia dakwah dan tarbiah, beliau dijemput mengadap ilahi dan meninggal dunia pada 16 Rajab 1428H bersamaan 30 Julai 2007. Ramai dikalangan ulama yang memberikan pujian dan penyaksian terhadapnya. Perbincangan berikut ini, penulis mengemukakan beberapa pandangan dan pendapat ulama yang menyaksikan kebaikan dan pujian mereka terhadap Sayyid Muḥammad Nūḥ, sama ada dari

263

‘Ubādah Sayyid Nūḥ (Anak Sayyid Nūḥ dan Wartawan di Majalah al-Wa‘y al-Islāmī, Kuwait), dalam temubual dengan penulis, 4 Jun 2012.

264 Lihat keterangan di dalam Muḥammad Amin, “200 Alf Kitāb Hadiyyah al-Dā‘iyah al-Rahil Sayyid Nuh li

al-Bahithin wa al-Qurra”, laman sesawang Ikhwan Online, ditinjau pada 15 Sep. 2013, http://www.ikhwanonline.com/Article.aspx?ArtID=99683&SecID=0.

109 aspek keperibadiannya, sumbangan dan ketokohannya serta komitmen beliau yang tinggi dalam dunia dakwah dan gerakan Islam.

1) Tawfīq al-Wa‘i:266

“Salam sejahtera ke atas engkau wahai hafiz al-Quran, alim dalam syariah dan faqih, seorang da‘i dan ulama kepada ummah, lidah petunjuk yang fasih, seorang murabbi yang memiliki qudwah, pembimbing pemuda yang sangat mulia, salam sejahtera ke atas engkau wahai diri yang memiliki hujah yang nyata, yang membawa penjelasan dengan balaghah yang tinggi, pemimpin dakwah yang berjaya, salam sejahtera ke atas engkau wahai insan yang memiliki akhlak yang mulia, insan yang memiliki sifat pemalu yang cantik, berserta adab yang tinggi, jiwa yang bersih dan selamat, memiliki sifat ukhuwah yang manis, serta memiliki kesungguhan peribadi yang besar. Salam sejahtera ke atas engkau wahai jiwa yang mulia dalam pemberian, bersifat toleransi, lemah lembut dengan saudara-saudaramu….”267

2) ‘Abd al-Ḥāmīd al-Bilālī:268

Saya mengenali Sayyid Muḥammad Nūḥ ketika di Emiriat, iaitu sejak 15 tahun yang lalu. Ketika itu kami bersama-sama bertemu dalam satu pengisian (muhadarah). Sejak dari pertemuan itu, saya meyakini, saya

266

Taufiq Yusuf al-Wa‘i merupakan salah seorang tokoh dakwah Gerakan Ikhwan Muslimin di Kuwait dan Mesir juga dikenali di dalam dunia gerakan dakwah seluruh dunia. Beliau merupakan mantan Prof dalam bidang dakwah dan mantan Ketua Jabatan Akidah dan Dakwah, kuliyyah Syariah, Universiti Kuwait. Beliau banyak menghasilkan karya-karya dalam bidang dakwah dan gerakan Islam terutamanya mengenai Ikhwan Muslimin. Antara karya-karya beliau : al-Ikhwan al-Muslimun : Kubra al-Harakat al-Islamiyyah :

Syubuhat wa Rudud, Kubra al-Jama‘at al-Islamiyyah al-Islahiyyah fi al-‘Alam al-Mu‘asir : Jama‘at; Harakat; Ahzab, Mawsu‘ah Syuhada’ Harakah Islamiyyah fi ‘Asr Hadith, Fikr Siyasi al-Mu‘asir ‘Inda Ikhwan al-Muslimin, al-Ru’yah al-Syamilah li Manhaj al-Ikhwan al-Muslimin. Beliau juga

merupakan kenalan rapat dengan Sayyid Muhammad Nuh semasa hayatnya dan bersama-sama aktif dalam gerakan Ikhwan Muslimin di Kuwait. Lihat lanjutan keterangan mengenai Taufiq al-Wa‘i ini di dalam laman rasmi Ikhwan Muslimin. Artikel tanpa penulis, “al-Duktur Taufiq al-Wa‘i” laman sesawang ikhwan

wiki, 25 Ogos 2014,http://www.ikhwanwiki.com/index.php?title=يعاولا قيفوتروتكدلا

267 Ibid.

268 ‘Abd al-Hamid Jasim Ahmad al-Jasim al-Bilali merupakan salah seorang ulama dan tokoh haraki di

Kuwait. Bekerja secara rasmi sebagai Jurutera dalam bidang Kejuruteraan Elektrik. Beliau banyak terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan dan mengganggotai beberapa Badan Kesatuan antaranya; Badan Kesatuan Islah Masyarakat, Anggota dalam Majlis Kesatuan Basyair al-Khayr dan Kesatuan Penulis dan Wartawan di Kuwait. Beliau banyak menghasilkan buku-buku dakwah dan harakah yang menjadi rujukan bahan tarbiyah dan tidak terkecuali di dalam gerakan Ikhwan Muslimin. Antara karya-karya dakwah beliau; Fiqh

al-Da‘wah fi Inkar al-Munkar, Mawaqif Tarbawiyyah min al-Sirah al-Nabawiyyah, Musykilat wa Hulul fi Haql al-Da‘wah 1&2, Waqfah Tarbawiyyah. Lihat biografi ‘Abd al-Hamid al-Bilali secara lanjut di dalam

laman sesawang ‘Abd al-Hamid al-Bilali. ‘Abd al-Hamida l-Bilali, al-Sirah al-Dhatiyyah, laman sesawang albelali, dicapai pada 25 Ogos 2014, http://www.albelali.com/#cv.

110

sedang berdepan dengan seorang yang alim lagi rabbani yang sangat berbeza dengan kebanyakan ulama semasa. Ketika dalam muhadarah tersebut, beliau bersalaman dengan saya dengan penuh rasa kepanasan (ukhuwah), seolah-olah telah mengenali saya sejak puluhan tahun yang lalu, dan dia telah mengejutkan saya dengan satu ungkapan yang menunjukkan sikap tawaduknya yang tinggi, ketika dia berkata kepada saya “…saya mendapat banyak manfaat hasil pembacaan dari buku anda..”. Saya berkata “..astaghfirullah, siapa saya wahai Syeikh sehingga dapat mengambil istifadah dari buku saya..”. Beliau tidak berkata demikian atas dasar gurauan dan mujamalah, tetapi kata-katanya tersebut diiringi dengan tajarrud (menanggalkan) segala shuhrah (populariti), gelaran dan ilmu yang dimilikinya. Dia berkata demikian kerana seorang faqih yang benar ialah bersikap tawaduk terhadap orang lain dalam keadaan dia mampu untuk bersikap sebaliknya (sombong). Suatu ketika, Ḥasan al-Basri keluar bersama dengan dua orang rakannya dan mereka saling berbincang tentang sifat tawaduk, lalu katanya kepada mereka berdua: “Adakah kamu berdua tahu apakah itu tawaduk?. Tawaduk ialah apabila kamu keluar daripada rumah kamu, dan tidak kamu berjumpa dengan setiap muslim, kecuali melihatnya ada kelebihan yang kamu dapat pelajari darinya.”269

3) Ṭarīq Muḥammad al-Suwaydan:270

“Sayyid Muḥammad Nūḥ merupakan salah seorang ulama yang ‘amilin (beramal dengan ilmu), du‘āt yang bersifat murabbi (pendidik), pemberi nasihat yang benar. Sikapnya adalah untuk menyatu bukan memecah belahkan, pemberi semangat bukan menjatuhkan, memperbaiki bukan meruntuhkan, menyayangi bukan memusuhi….beliau tidak mengajak kepada kepartian, puak atau jemaah tanpa yang lain. Oleh kerana itu, semua menghormati dan menyayanginya, mempercayainya dan mengambil (ilmu) darinya. Sayyid Nūḥ semasa riwayat hidupnya tidak meninggalkan ruang waktu kosong, tenaga atau satu-satu peluang kecuali beliau manfaatkannya dengan sebaik mungkin. Aku belajar darinya seni senyuman dalam kelas pengajaranku, semasa berkhutbah atau menyampaikan pengisian program. Dr Sayid Nūḥ (semoga Allah merahmatinya) seorang yang sering kali melemparkan senyuman, beliau

269 Lihat ‘Abd al-Hamid al-Bilali, “‘Alim Rabbani Faqadnahu” , laman sesawang Ikhwan wiki, ditinjau pada

25 Ogos 2014, http://www.ikhwanwiki.com/index.php?title= هاندقف ينابر ملاع

270

Beliau ialah Tariq Muhammad al-Salih al-Suwaidan, dilahirkan di Kuwait pada tahun 1953. Memiliki Ijazah Kedotoran (PhD) dalam Bidang Kejuruteraan Petroleum dari Universiti Tulsa, Oklahoma, Amerika Syarikat. Aktif mengendalikan seminar dan bimbingan dalam dakwah serta aktif menghasilkan bahan penulisan berkaitan pengurusan kehidupan, tips kepimpinan yang berkesan, pengurusan masa dan sebagainya. Kebanyakan pengisian yang disampaikan dan dijadikan bahan penulisan dikaitkan dengan cara pengurusan islam dan pengajaran dari sirah dalam aspek pengurusan kehidupan. Beliau juga terlibat dalam gerakan Islam di Kuwait. Lihat lanjutan keterangan mengenai keperibadiannya dalam laman milik Dr Suwaidan. Tariq Muhammad al-Suwaidan, “Sirah wa Masirah”, laman sesawang suwaidan, ditinjau

111

tidak lokek dengan senyuman dalam penyampaian pengajarannya, dan ternyata sikap beliau dengan senyuman ini memberi kesan mendalam kedalam hati orang ramai yang berdamping dan bersahabat dengannya atau mengambil ilmu darinya...271