• Tidak ada hasil yang ditemukan

Jumlah Analisis Keseluruhan Hadith Berdasarkan Elemen al-Haraki Dalam Karya-Karya Sayyid Muhammad Nuh

Jadual 16: Hadith- Hadith Berkaitan Menjauhi Sifat al-Isti‘jal Dengan Ilmu Dalam Karya-

Karya-Karya Sayyid Muhammad Nuh

Seseorang pendakwah yang memiliki thaqafah dan pengetahuan yang baik tidak akan bersikap al-isti‘jal (gopoh-gapah) apabila berdepan dengan sesuatu ujian atau penyelesaian sesuatu masalah. Perkara ini banyak ditekankan oleh Sayyid Muḥammad Nūḥ dalam huraian dan perbincangan di dalam karya-karya beliau. Di dalam kitab Tawjīhāt

Nabawiyyah ‘alā al-Ṭarīq, Sayyid Muḥammad Nūḥ mengemukakan hadith berkaitan tafaqquh fī al-dīn (mendalami ilmu agama) sepertimana di dalam jadual 16. Beliau

menyebutkan tentang salah satu faedah dari tafaqquh fī al-dīn ini iaitu mengetahui cara berinteraksi dengan segala ketentuan Allah pada hamba-hamba-Nya sama ada dengan perkara kebaikan atau keburukan.428 Sayyid Muhammad Nuh melalui huraian ini ingin menyatakan bahawa kepentingan tafaqquh fi al-din dapat membentuk seseorang individu pendakwah yang tenang dalam menghadapi segala ketentuan Allah sama ada yang baik atau buruk dan tidak bersikap gopoh gapah (al-isti‘jal) dalam membuat sesuatu keputusan. Cara berinteraksi terhadap segala ketentutan Allah tersebut menurut Sayyid Muhammad Nuh memerlukan ilmu dan thaqafah dalam diri seseorang pendakwah.429 Sikap gopoh-gapah (al-isti‘jal) yang lahir dalam diri seseorang pendakwah adalah kesan dari kurangnya

Terjemahan Hadith : Daripada Khabbab bin al-Arat r.a katanya: Kami telah mengadu pada Rasulullah

SAW sedang Rasulullah sedang berbaring di bawah naungan Kaabah berbantalkan serban, maka kami bertanya “Apakah tuan tidak berdoa memohon kemenangan bagi pihak kita? Adakah tuan tidak berdoa bagi pihak kita?. Maka berkata Rasulullah SAW: “Sesungguhnya seorang lelaki dari golongan sebelum

kamu ditangkap lantas digali lubang dan ditanam di dalamnya, kemudian dibawa datang gergaji lalu digergaji kepalanya sehingga terbelah dua dan disikat badannya dengan sikat besi sehingga meluruhkan daging dan tulangnya, namun demikian tidak memalingkan ia dari agamanya. Demi Allah, nescaya Allah menyempurnakan urusan ini (agama Islam), sehinggalah musafir dari San‘a ke Hadra Maut tidak lagi merasa takut melainkan hanya kepada Allah atau serigala yang memakan kambingnya, akan tetapi kamu ini adalah golongan yang gopoh”. Takhrij hadith : Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari, kitab

al-Manaqib, no hadith 3612. Lihat Salih bin ‘Abd al-Aziz Ibrahim, Mawsu‘ah al-Hadith al-Syarif, 294.

428

Sayyid Nūḥ, Tawjīhāt Nabawiyyah, 3:42.

175 penerapan ilmu dan thaqafah. Ini kerana, ilmu dan thaqafah dapat melahirkan ketenangan dan kebijaksanaan dalam berinteraksi dengan segala ketentuan Allah sepertimana yang dinyatakan oleh Sayyid Muhammad Nuh tersebut.

Di dalam kitab Āfāt ‘alā al-Ṭarīq, hadith yang dikemukakan oleh Sayyid Muḥammad Nūḥ menjurus secara langsung kepada perkataan al-isti‘jal tersebut. Di dalam huraian terhadap hadith ini, Sayyid Muḥammad Nūḥ mengingatkan kesan negatif sifat al-isti‘jal kepada gerak kerja dakwah dan memerlukan kepada thaqafah serta ilmu dalam menghindari sifat negatif tersebut. Antara gambaran sifat al-isti‘jal yang dikemukakan oleh Sayyid Muḥammad Nūḥ ketika menghuraikan hadith ini iaitu seorang pendakwah di dalam organisasi dakwah memasukkan individu-individu di dalam qafilah (gerabak) pendakwah sebelum dibuat pemilihan yang benar terhadap individu yang bersedia untuk terlibat di dalam perjuangan dakwah.430 Perkara yang dinyatakan ini mempunyai kaitan dengan pengurusan ilmu di dalam diri seseorang pendakwah. Ini kerana, sikap al-isti‘jal akan mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh seseorang pendakwah termasuk dalam memilih dan menentukan individu-individu untuk terlibat dalam organisasi dakwah.

Selain itu, gambaran lain terhadap al-isti‘jal yang dikemukakan oleh Sayyid Muḥammad Nūḥ iaitu menaikkan status dan peringkat (mustawa) sebahagian penggerak dakwah kepada status yang lebih tinggi sebelum menyempurnakan aspek pentarbiahan dan keperibadian mereka.431 Juga antara gambaran al-Isti‘jal yang dikemukakan Sayyid Muḥammad Nūḥ ialah memfokuskan pada kerja yang remeh-temeh dan boleh membawa kesan keburukan

430

Sayyid Muhammad Nuh, Afat ‘ala al-Tariq, cet. ke 13, (al-Mansurah: Dar al-Wafa’, 1999), 1:53.

176 kepada dakwah selain tidak mendatangkan sebarang faedah.432 Perkara ini juga sepertimana yang dinyatakan oleh ‘Abd al-Ḥāmid al-Bilālī berkaitan salah satu gambaran al-isti‘jal di dalam dakwah adalah ketika sesuatu kenyataan dan arahan dikeluarkan tanpa perancangan dan penilaian sesuatu aspek dari sudut positif dan negatifnya pada dakwah.433

Berdasarkan perbahasan yang telah dikemukakan ini dapat disimpulkan bahawa pentingnya pembentukan ilmu dan thaqafah dalam diri seseorang pendakwah agar terhindar dari sikap

al-isti‘jal yang merugikan ketika mengemukakan sesuatu penyelesaian atau membuat

sesuatu keputusan. Lebih memberi kesan buruk apabila sikap al-isti‘jal tersebut berkaitan dengan sesuatu keputusan yang dibuat dalam organisasi dakwah dan melibatkan kesan matlamat gerakan dakwah yang lebih panjang. Oleh yang demikian, salah satu kepentingan

thaqafah dan ilmu dalam kehidupan seseorang pendakwah adalah bagi menghindari sikap al-isti‘jal yang lebih membawa kesan negatif terhadap perjalanan dakwah dan matlamat

dakwah yang telah digariskan.

3.1.4 Analisis Hadith Berdasarkan Elemen Ḥarakah Khuluqiyyah (Akhlak dan

moral):

Jumlah hadith yang dipilih untuk dianalisis dalam harakah khuluqiyyah ini sebanyak enam teks hadith yang dipetik tanpa berulang dan sepuluh teks hadith dipetik secara berulang. Dari jumlah hadith ini, penulis menganalisis hadith-hadith berdasarkan tiga prinsip haraki dalam elemen harakah khuluqiyyah seperti mana berikut:

432 Ibid.

177 1) Pengurusan Emosi.

2) Mementingkan Silaturrahim. 3) Menjaga Tutur Kata.

3.1.4.1 Pengurusan Emosi :

No Matan Hadith Hadith Dalam Karya Sayyid

Nūḥ 1

هك هل ي ي هذ لا هدي هد شلا نّ ا هإ , هة ر ع يصلا هب هدي هد شلا س ل ي

ن ف

س هه

هع

ن د

لا

غ

ض

هب

434

Afat ‘ala al-Tariq

.."

م ن

ك

م ظ

غ

ي ظ

و ا

هه و

ق

هدا

ر

ع ل

أ ى

ن

ه ي ن ف

ذ هه

"..

435

Tawjihat Nabawiyyah ‘ala al-Tariq

Jadual 17 : Hadith- Hadith Berkaitan Pengurusan Emosi Dalam Karya-Karya Sayyid

Muhammad Nuh

Pengurusan emosi seseorang pendakwah adalah amat penting ketika menghadapi kerenah dan permasalahan masyarakat. Pendakwah akan berdepan dengan masyarakat yang pelbagai ragam dan timbul sepanjang perjalanan dalam usaha menyebarkan dakwah ini. Kerenah dan permasalahan yang timbul ini jika tidak diuruskan dengan baik akan

434 Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam Sahihnya, Kitab Adab, Bab Hadhr min

al-Ghadab, no hadith 6114. Lihat Muhammad bin Isma‘il al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, (Beirut : Dar Ibn Kathir: 2002), 1528.

435

Hadith ini dengan matan yang lengkap sepertimana berikut :

ى ل ع رهدا ق وهه و ا ظ ي غ م ظ ك ن م" م ل س و ههي ل ع للا ى ل ص هللا لوهس ر ن أ ههيهب أ ن ع ذا عهم نب ل ه س ن ع نهم هه ر ي هيخ تّ ح هقهئ لا لخا هسهؤهر ى ل ع هة ما يهقلا مو ي هللا هها ع د ,هه ذ ف نه ي ن أ

هروه لحا ي أ

" ءا ش هينهع لا

Terjemahan Hadith : Daripada Sahl bin Mu‘adh daripada ayahnya bahawa Rasulullah SAW bersabda

“Sesiapa yang mengawal kemarahannya sedangkan dia mampu untuk melepaskannya, maka pada hari

Kiamat Allah akan memanggilnya diantara manusia, hingga Allah menyuruhnya untuk memilih bidadari yang disukainya.” Takhrij hadith : Hadith diriwayatkan oleh Abu Daud di dalam Sunannya, Kitab

Adab, Bab Man Kazama Ghayzan, no hadith 4777. Lihat Salih bin ‘Abd Aziz Ibrahim, Mawsu‘ah

al-Hadith al-Syarif, 1575. al-Hadith ini dinilai hasan oleh Nasir al-Din al-Albani. Beliau menyenaraikan hadith

ini di dalam kitab Sahih Sunan Abi Da’ud. Nasir al-Din al-Albani, Sahih Sunan Abi Da’ud, cet.2, (al-Riyad: Maktabah al-Ma‘arif li al-Nasyr wa al-Tawzi‘: 2000), 3:174.

178 menyebabkan timbulnya sifat putus asa bagi seorang pendakwah, seterusnya membawa kepada kesan negatif terhadap matlamat dakwah yang ingin dicapai.

Sayyid Muhammad Nuh di dalam karya Afat ‘ala al-Tariq meletakkan satu tajuk yang jelas berkaitan dengan sifat marah iaitu “al-ghadab” yang menjadi penghalang kepada gerak kerja dakwah. Beliau menyenaraikan beberapa kesan negatif dari sifat marah kepada gerak kerja Islam, iaitu tiada sokongan pengikut atau penolong dalam penyebaran dakwah serta penyebab kepada perpecahan dan sukar untuk membentuk kesepakatan. Selain itu kesan negatif daripada sifat ini juga adalah penyebab kepada jalan kemenangan yang lebih panjang dan menambah bebanan tugasan dalam dakwah.436 Beliau menyebutkan bahawa hakikat “marah” wujud dalam kefahaman Islam dengan maksud “marah” dari aspek yang terpuji (mahmud), iaitu bertujuan untuk mempertahankan diri (al-nafs), harta, keturunan, agama, dan hak-hak umum.437 Kategori “marah” yang kedua iaitu marah yang dicela (madhmum) yang tidak dikaitkan dengan perkara-perkara yang berunsurkan kategori “marah” yang terpuji.438

Sayyid Muhammad Nuh menyebutkan bahawa seseorang manusia memiliki beberapa unsur penting yang terdiri dari roh, akal dan badan. Menurut beliau lagi, seseorang manusia dikurniakan dengan dua kekuatan bagi memenuhi tuntutan dan peranan tubuh badan manusia yang Allah telah tetapkan dalam kehidupan.439 Dua kekuatan yang dimaksudkan itu ialah kekuatan syahwat dan kekuatan sifat marah yang ada pada manusia. Kekuatan

436

Sayyid Nuh, Afat ‘ala al-Tariq, 4:106.

437

Ibid. 90.

438Ibid.

179 syahwat bertujuan mendapatkan segala manfaat yang boleh diperolehi untuk ‘makanan’ kepada badan. Manakala kekuatan marah pula adalah berfungsi untuk mempertahankan diri dari segala perkara yang membawa kepada kemudaratan dan kemusnahan.440 Kedua-dua kekuatan ini perlu diimbangi dengan unsur akal yang dikurniakan Allah kepada manusia bagi tujuan keseimbangan antara baik dan buruk dalam kehidupan. Berdasarkan perkara ini, sifat marah yang dibenarkan di dalam Islam hanyalah bagi meletakkan kehidupan di dunia ini dan mempertahankannya selaras dengan apa yang dikehendaki Allah taala. Sayyid Muhammad Nuh mengemukakan contoh sifat marah yang dibenarkan di dalam Islam sepertimana yang dinyatakan di dalam al-Quran, hadith dan athar salaf al-salih.441 Manakala sifat marah yang tercela sepertimana yang dipaparkan di dalam hadith pada