• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bab Satu

4) Salah al-Khalidi 161

2.1 Bahagian Pertama: Biografi Sayyid Muḥammad Nūḥ dan Sumbangannya dalam Bidang Hadith dan Dakwah

2.1.3 Pengaruh Sosio-politik di Mesir dan Keperibadian al-Ḥarakī

Sebelum penglibatan Sayyid Muḥammad Nūḥ secara langsung ke dalam Gerakan dakwah Ikhwan Muslimin di Mesir, beliau banyak melibatkan diri dengan program-program

180

‘Ubadah Sayyid Nūḥ (Anak Sayyid Nūḥ dan Wartawan di Majalah al-Wa‘y al-Islāmī, Kuwait), dalam temubual dengan penulis, 4 Jun 2012.

90 tasawuf yang dikendalikan oleh gurunya al-Syaykh ‘Abd al-Salām Abū al-Faḍl,181 Imam Masjid al-‘Abbāsī di Maḥallah al-Kubrā, Mesir.182 penglibatan beliau dalam program tasawuf seperti ini telah banyak membentuk sifat zuhud dan kerohaniannya sehingga meninggalkan kesan yang mendalam dari aspek rūḥiyyah (spiritual) di dalam keperibadiannya.

Beliau juga di peringkat awal pengenalannya dengan tokoh-tokoh al-ḥarakī di Mesir amat terkesan dengan buku karangan Yūsuf al-Qaraḍāwī bertajuk “Ibadah di dalam Islam” setelah membacanya sejak beliau di peringkat sekolah menengah lagi sehingga membentuk kefahamannya yang betul dalam memahami aspek ibadah di dalam Islam yang tidak terikat dengan ibadah dan amalan khuṣuṣī semata-mata.183 Hasil daripada bacaan buku tersebut juga, beliau mengetahui hakikat kewajipan dan rahsia kewujudannya di atas muka bumi ini dan tanggungjawabnya dalam memberi sumbangan serta kewajipan menyebarkan dakwah Islamiyyah itu sendiri.184

Selain itu, beliau banyak mengikuti perkembangan Ikhwan Muslimin dan membaca tulisan tokoh-tokoh Ikhwan dari “Majallah al-Da‘wah al-Ikhwāniyyah”185 dan antara tulisan yang beliau banyak mengikuti dan membacanya iaitu tulisan ‘Umar al-Tilmisānī yang merupakan Mursyīd al-‘Am ketiga Ikhwan Muslimin ketika itu setelah kematian Mursyīd

181 ‘Ubadah Sayyid Nūḥ (Anak Sayyid Nūḥ dan Wartawan di Majalah al-Wa‘y al-Islāmī, Kuwait), dalam

temubual dengan penulis, 4 Jun 2012.

182

Waṣfī ‘Āsyūr Abū Zayd, “Al-Sayyid Muḥammad Nūḥ: al-‘Alim al-Dā‘iyah al-Murabbī,” laman sesawang

al-sayed nooh, ditinjau pada 5 Nov 2013, http://alsayednooh.com/l3.php?id=77&baab=1.

183 Ibid.

184 ‘Ubādah Sayyid Nūḥ (anak Sayyid Muḥammad Nūḥ), dalam temubual dengan penulis, 4 Jun 2012.

185

Waṣfī ‘Āsyūr Abū Zayd,, “Al-Sayyid Muḥammad Nūḥ: al-‘Alim al-Dā‘iyah al-Murabbī,” laman

91

al-‘Ām yang kedua, iaitu Ḥasan al-Hudaybī pada tahun 1973.186 Di samping membaca dari tulisan-tulisan al-haraki dalam Majallah al-Da‘wah al-Ikhwaniyyah ini, beliau juga mengikuti program-program yang dikendalikan oleh al-Syaykh Muḥammad al-‘Adawī187 di perkampungan Maḥallah Abū ‘Alī, Maḥallah al-Kubrā, Mesir.188 Sayyid Muḥammad Nūḥ mengikuti program ini bersama-sama dengan teman rapatnya yang sering berdamping dengannya dalam menuntut ilmu iaitu Yaḥyā Ismā‘īl yang ketika itu banyak menyalurkan fikrah Ikhwan ke dalam kehidupan Sayyid Nūḥ.189 Sejak mengikuti program tersebut, beliau mula melibatkan diri secara aktif dalam gerakan dakwah Ikhwan Muslimin.190

186 Artikel tanpa penulis bertajuk “Umar al-Tilmsani,” laman sesawang ikhwan wiki, ditinjau 5 Nov 2013,

http://ikhwanwiki.com/index.php?title=يناسملتلارمعdanhttp://ikhwanwiki.com/index.php?title=راشتسملا

نيملسملا ناوخلإل يناثلا دشرملا يبيضهلا

187

Muḥammad al-‘Adawī merupakan Ketua Ikhwan Muslimin di al-Mansurah dan bertanggungjawab dalam penyusunan program tarbiyah bagi anggota Ikhwan Muslimin di Universiti al-Azhar Mansurah bermula dari tahun 1975. Melalui pertemuan dengan al-Syaykh Muhammad al-‘Adawi ini, Sayyid Muhammad Nūḥ menganggotai secara langsung dalam Gerakan dan dakwah Ikhwan Muslimin. Lihat biografi Muhammad al-‘Adawī di dalam Ensiklopedia Ikhwan Muslimin, laman sesawang Ikhwan Wiki. Lihat artikel tanpa penulis bertajuk “al-Ustaz Muhammad al-‘Adawi,” laman sesawang Ikhwan Wiki, ditinjau

pada 25 Feb. 2014, http://www.ikhwanwiki.com/index.php?title= يودعلادممح.

188

Waṣfī ‘Āsyūr Abū Zayd, “al-Sayyid Muḥammad Nūḥ: al-‘Ālim al-Dā‘iyah al-Murabbī..” laman sesawang

al-sayed nooh, ditinjau pada 5 Nov 2013, http://alsayednooh.com/l3.php?id=77&baab=1.

189 Ibid. Maklumat ini juga hasil temubual penulis dengan Yaḥyā Ismā‘īl. Yaḥyā Ismā‘īl (PhD, rakan

seperjuangan dengan Sayyid Muḥammad Nuh), dalam temubual dengan penulis, 8 Jun 2012.

190

Ibid. Namun, penulis tidak dapat memastikan tahun penglibatannya ke dalam Ikhwan Muslimin secara tepat. Walaupun begitu, penulis dapat menjangkakan perjumpaan Sayyid Nūḥ dan al-Syaykh al-‘Adawi yang merupakan titik tolak penglibatannya ke dalam Ikhwan Muslimin adalah setelah beliau menjawat jawatan sebagai pensyarah di Universiti al-Azhar Kaherah dan setelah tamat pengajian di peringkat PhD pada tahun 1976. Tahun 1975, adalah merupakan permulaan tahun al-Syaykh al- ‘Adawi menjadi ketua Ikhwan Muslimin di al-Mansurah. Pertemuan dengan al-Syaykh al-‘Adawi membawa sentuhan dan mengesani jiwa Sayyid Nuh yang membuatkan beliau tergerak untuk terlibat secara aktif menganggotai Gerakan Ikhwan Muslimin. Kenyataan al-Syaykh al-‘Adawi tersebut kepada Sayyid Nūḥ dengan persoalan yang ditimbulkan kepada beliau seperti berikut: “Di manakah kalian dan peranan dari Ulama

Azhar (terhadap dakwah)?” Berkata Sayyid Nuh “dari kalian kecukupan dan keberkatan insya-Allah.”

Al-Syaykh al-‘Adawi membalas “Bergeraklah dan berjihadlah, kami hanya sepatu di kaki-kaki kalian.” Teguran dan nasihat membina tersebut menggerakan kelalaian selama ini dan membuatkan Sayyid Muḥammad Nūḥ terlibat secara langsung dalam gerak kerja dakwah Ikhwan Muslimin. Perkara ini menguatkan lagi dengan kenyataan dari anak Sayyid Nūḥ, Ubadah Sayyid Nūḥ dalam temu bual penulis dengan beliau bahawa penglibatan Sayyid Nūḥ dengan gerak kerja dakwah Ikhwan pada penghujung tahun 1970an dan permulaan tahun 1980an. Beliau tidak menyebutkan secara tepat tahun penglibatan Sayyid Nūḥ ke dalam Ikhwan. Sebelum itu, Sayyid Nūḥ terkesan dengan tulisan-tulisan dari Mursyīd

al-‘Ām Ikhwan yang ketiga, iaitu ‘Umar al-Tilmisani yang memegang jawatan tersebut setelah kematian Mursyīd al-‘Ām yang kedua, Ḥasan al-Hudaybī pada tahun 1973. Semasa di peringkat permulaan juga

beliau mengenali tokoh-tokoh Ikhwan setelah membaca karya Yusuf al-Qardawi ketika masih di peringkat Sekolah Menengah lagi. Perkara ini semua merupakan kronologi dalam sejarah kehidupan Sayyid Nūḥ dan penglibatannya ke dalam Ikhwan Muslimin. Artikel tanpa penulis, al-Syaykh al-Sayyid Nuh, laman

92 Sebelum Sayyid Nūḥ keluar dari Mesir pada tahun 1981, beliau aktif dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat di Mesir bersama-sama dengan rakannya yang lain dalam Gerakan Ikhwan Muslimin. Pemerintah Mesir ketika itu melihat usaha yang dilakukan oleh para pendakwah seperti Sayyid Nūḥ terutamanya mereka yang terlibat dalam Gerakan Dakwah Ikhwan Muslimin sebagai suatu usaha yang boleh menggugat kedudukan pemerintah Mesir ketika itu. Oleh itu dikeluarkan perintah penangkapan terhadap ramai anggota Ikhwan Muslimin ketika itu termasuk Sayyid Nūḥ sendiri. Seandainya bukan kerana panggilan untuk memenuhi jawatan pensyarah di Universiti Qatar ketika itu, kemungkinan Sayyid Nūḥ akan ditangkap dan dipenjarakan seperti mana anggota Gerakan Ikhwan Muslimin yang lain ketika itu.191 Sayyid Nūḥ keluar ke Qatar pada tahun 1981 pada mulanya untuk menggantikan tempat rakannya, Yaḥyā Ismā‘īl yang dipanggil untuk memenuhi jawatan pensyarah di sana.192 Namun ketika itu, Yahyā Ismā‘īl dalam proses

sesawang Ikhwan Wiki, ditinjau pada 26 Feb 2014, http://www.ikhwanwiki.com/index.php?title=حونديسلا.

Ubādah Sayyid Nūḥ (anak Sayyid Muḥammad Nūḥ), dalam temubual dengan penulis, 4 Jun 2012.

191 ‘Ubādah Sayyid Nūḥ (anak Sayyid Muḥammad Nūḥ), dalam temubual dengan penulis, 4 Jun 2012.

192 Al-Ḥusayn Mūsa Qāsim, Sayyid Nūḥ: Qiṣṣah Dā‘iyah, 62. Yaḥyā Ismā‘īl merupakan kenalan rapat kepada

Sayyid Muḥammad Nūḥ dan melalui rakannya Yaḥyā Ismā‘īl ini, Sayyid Muḥammad Nūḥ banyak melibatkan diri dengan aktiviti tarbiyah serta program yang dianjurakan oleh Ikhwan Muslimin terutamanya kelas pengajian bersama tokoh Ikhwan pada ketika itu, iatu Syaykh Muḥammad al-‘Adawi. Malah kebersamaan Sayyid Nūḥ dan rakannya Yaḥyā Ismā‘īl sentiasa dengan pembentukan dan acuan yang sama apabila dilihat dari bidang pengkhususan pengajian sehinggalah kepada kerjaya dan hala tuju serta matlamat dakwah dalam kehidupan kedua-dua individu ini. Ketika Sayyid Nūḥ menamatkan pengajian PhD pada tahun 1977 dan menjadi Pensyarah di Kuliyyah Usuluddin Kaherah, Yaḥyā Ismā‘īl juga ditugaskan di Kuliyyah yang sama sebagai tutor pada tahun 1976. Kedua-duanya sentiasa dalam perjuangan dan medan yang sama walaupun setelah Sayyid Nuh bertukar ke Universiti al-Azhar cawangan Mansurah pada permulaan tahun 1981 dan Yaḥyā Ismā‘īl masih menyiapkan tesis PhD di Universiti al-Azhar Kaherah di samping sebagai pensyarah disitu. Walaupun jemputan sebagai pensyarah pelawat ke Universiti Qatar yang pada awalnya diberikan kepada Yaḥyā Ismā‘īl namun akhirnya dipenuhi tuntutan tersebut oleh Sayyid Nūḥ yang juga permintaan dari Yaḥyā Ismā‘īl sendiri atas alasan sedang menyiapkan kajian PhD. Sikap ini menunjukkan kedua-dua tokoh ini memiliki hubungan yang amat rapat terutamanya dalam mengharungi pengalaman dakwah dan tarbiyah di dalam Gerakan Ikhwan Muslimin. Hasil temu bual penulis dengan Yaḥyā Ismā‘īl juga menunjukkan sikap beliau yang amat teruja melalui persahabatan beliau dengan Sayyid Nūḥ ketika hidup bersamanya. Yaḥyā Ismā‘īl (PhD, rakan seperjuangan dengan Sayyid Muḥammad Nūḥ), dalam temubual dengan penulis, 8 Jun 2012.

93 menyiapkan tesis PhD beliau193 dan meminta Sayyid Nūḥ menggantikan tempatnya sebagai pensyarah pelawat di universiti Qatar tersebut.194 Sayyid Nūḥ tidak berniat untuk pergi ke Qatar dalam tempoh yang lama. Namun setelah Sayyid Nūḥ keluar ke Qatar, namanya disenaraikan antara anggota Ikhwan Muslimin yang dikehendaki oleh pemerintah mesir untuk dijatuhkan hukuman penangkapan dan penjara.195

Berdasarkan proses penglibatan Sayyid Muḥammad Nūḥ ini ke dalam Gerakan Ikhwan Muslimin, disamping situasi politik yang melanda negara Mesir serta penangkapan terhadap anggota Ikhwan Muslimin pada awal tahun 1980 an telah membentuk sikap dan jati dirinya sebagai anggota dalam ḥarakah dakwah pada ketika itu. Pengalaman yang berharga ini telah menyuburkan semangatnya dalam menghasilkan tulisan-tulisan dakwah yang bermanhajkan al-haraki sepanjang keberadaannya di luar Mesir ketika berada di negara-negara kawasan Teluk Arab (Gulf Arabic).196

193 Yaḥyā Ismā‘īl memulakan pengajian PhD setelah tamat pengajian Sarjana (Master) pada tahun 1979.

Beliau menamatkan pengajian PhD pada tahun 1982. Lihat biografi Yahya Ismail secara lebih terperinci di dalam Ensiklopedia Ikhwan, laman sesawang Ikhwan Wiki. Artikel tanpa penulis, “al-Duktur Yahya Ismai‘l wa Suwar min Jihad al-`Ulama”, laman sesawang Ikhwan Wiki, ditinjau pada 26 Feb 2014, http://ikhwanwiki.com/index.php?title=ليعامسإ يحي

194 Yaḥyā Ismā‘īl (PhD, rakan seperjuangan dengan Sayyid Muḥammad Nūḥ), dalam temubual dengan

penulis, 8 Jun 2012.

195

Ibid.

196 Hampir keseluruhan karya-karya dakwah dan gerakan Islam yang dihasilkan oleh Sayyid Muḥammad Nūḥ

setelah beliau keluar dari Mesir tahun 1981. Beliau menghasilkan karya-karya tersebut dengan manhaj dan pendekatan yang dilihat sinonim dengan gerakan dakwah dan harakah, setelah beliau terkesan dengan pendekatan ini sepanjang keberadaannya bersama rakan-rakan dari Ikhwan Muslimin semasa di Mesir. Antara karya-karya yang telah dihasilkan oleh beliau sepanjang berada di negara-negara Teluk Arab, iaitu kitab Āfāt ‘alā al-Ṭarīq, Tawjihāt Nabawiyyah ‘alā al-Ṭarīq, Fiqh al-Da‘wah al-Farḍiyyah fī al-Manhaj

al-Islāmī, Min Akhlāq al-Naṣr fī Jiyl al-Ṣaḥabah, Manhaj al-Rasūl fī Ghars Rūḥ al-Jihād fī Nufūs Aṣḥābih, Manhaj Ahl Sunnah wa Jama‘ah fī Qaḍiyyah Taghyīr, Hajah Bashariyyah ilā al-Ḥukm bi mā Anzala Allāh Kitāban wa Sunnah dan lain.-lain.

94