• Tidak ada hasil yang ditemukan

Jumlah Analisis Keseluruhan Hadith Berdasarkan Elemen al-Haraki Dalam Karya-Karya Sayyid Muhammad Nuh

jadual 17 di atas adalah sifat marah yang muncul dari sikap emosi dan nafsu seseorang

3.1.5 Elemen Harakah Tanzimi dan Siyasi (Organisasi dan Politik) :

3.1.5.1 Islam Matlamat Perjuangan :

No Matan Hadith Hadith Dalam Karya Sayyid Nuh

1 462"..

م هك ل ي ع ى ش خ أ ق ر فلا ا م هللا ف و

.." ’Afat ‘ala al-Tariq

2 463"..

ب هكا ر ك لَ هإ ا ي نيدلا هفي ا ن أ ا م, ن اي يدل و هل هل ا م

" Tawjihat Nabawiyyah ‘ala al-Tariq

Jadual 20 : Hadith-Hadith Berkaitan Islam Matlamat Perjuangan Dalam Karya-Karya

Sayyid Muḥammad Nūḥ

Matlamat dari perjuangan sesebuah organsisasi dakwah ialah untuk menegakkan Islam dan menjadikan Islam sebagai matlamat perjuangan. Sayyid Muḥammad Nūḥ ketika menyenaraikan beberapa gerak kerja dakwah dan tarbiah Islamiyyah dari sudut pandangan

462 Hadith ini dengan matannya sepertimana berikut :

ت طهسهب ا م ك ,ا ي نيدلا مهك ي ل ع ط س به ت ن أ مهك ي ل ع ى ش خ أ نهك ل و ,مهك ي ل ع ى ش خ أ ر ق فلا ا م هللا و ف.." "..مهك ل ب ق نا ك ن م ى ل ع

Terjemahan hadith : “…Demi Allah, bukanlah kefakiran yang lebih aku takuti menimpa kamu, tetapi aku

takut dunia ini dibentangkan ke atas kamu (diberi kekayaan dan dimurahkan rezeki) sebagaimana ia telah dibentangkan ke atas orang-orang sebelum kamu...”. Takhrij hadith : Hadith ini diriwayatkan oleh Imam

Bukhari di dalam Sahihnya, Kitab al-Riqaq, Bab Ma Yahdhar min Zahrah al-Dunya, no hadith 6425. Lihat Muhammad bin Isma‘il al-Bukhari, Sahih al-Bukhari,(al-Riyad: Bayt al-Afkar: 1998), 1234.

463 Hadith ini dengan matan lengkapnya sepertimana berikut :

هق ف ,ههب ن ج هفي ر ث أ د ق و ما ق ف يرهص ح ى ل ع م ل س و ههي ل ع هللا ى ل ص هللا هلوهس ر ما ن : لاق للاهد ب ع ن ع لَهإ ا ي نيدلا هفي ا ن أ ا م , اي نيدلهل و هل ا م" لا ق ف ,ا ءا طهو ك ل ا ن ذ تا هو ل ,للا لوهس را ي ان ل

ها بهكا ر ك "ا ه ك ر ت و حا ر هث , ة ر ج ش ت تح ل ظ ت س Terjemahan hadith : Daripada Abdullah bin Mas ‘ud r.a katanya : Rasulullah SAW tidur diatas selembar

tikar, kemudian baginda bangun dan kelihatan pada badan baginda kesan bekas tikar tersebut. Kami berkata : Wahai Rasulullah SAW, alangkah baiknya sekiranya kami mengambil kepada tuan alas tidur yang lebih lembut. Baginda SAW berkata “Apa peduli aku dengan dunia, aku dan dunia hanyalah

bagaikan seorang penunggang yang berteduh sejenak di bawah sebuah pohon, lantas pergi meninggalkan pohon itu untuk menyambung perjalanannya”. Takhrij hadith : Hadith ini diriwayatkan oleh Imam

al-Tirmidhi di dalam Sunannya, Kitab al-Zuhd, Bab hadith “Ma al-Dunya Illa Karakib Istazalla”, no hadith 2377. Lihat Salih bin ‘Abd al-‘Aziz Ibrahim, Mawsu‘ah al-Hadith al-Syarif,1890. Hadith ini dinilai sahih oleh Albani di dalam kitab Sahih Sunan Tirmidhi. Lihat Nasir Din Albani, Sahih Sunan

189

Ahlal-Sunnah wa al-Jama‘ah, menyebutkan salah satu dari gerak kerja tersebut ialah

dengan meletakkan “Keredaan Allah Sebagai Matlamat dan Tujuan”.464

Di dalam kitab ’Afat ‘ala al-Tariq, ketika mengemukakan perbahasan berkaitan wabak al-Israf, Sayyid Nuh menunjukkan unsur huraian topik tersebut dengan menjadikan Islam sebagai matlamat perjuangan. Beliau mengemukakan kaedah dalam mengubati wabak al-Israf tersebut ialah dengan menetapkan diri bersama-sama pejuang Islam yang berkorban harta serta nyawa untuk menegakkan hukum Allah di atas muka bumi.465 Di samping itu, Sayyid Nuh menegaskan lagi bahawa seseorang pendakwah tidak sepatutnya tertipu dengan keduniaan serta berusaha meninggalkan kehidupan yang dikelilingi dengan kerehatan dan kesenangan seperti wabak al-Israf tersebut.466

Daripada huraian ini, biarpun tidak secara langsung Sayyid Nuh mengemukakan hadith berkaitan Islam matlamat perjuangan tetapi lebih mengemukakan hadith tentang sikap berhati-hati dengan tipu daya dunia, namun perkara ini sudah menunjukkan bahawa tarbiah yang ingin diterapkan oleh Sayyid Muḥammad Nūḥ melalui huraian hadith tersebut ialah untuk menjadikan Islam sebagai matlamat perjuangan dalam dakwah. Wabak al-Israf yang diketengahkan oleh Sayyid Muḥammad Nūḥ melalui huraian hadith tersebut adalah kerana salah satu faktor al-Israf adalah terperangkap dengan tipu daya dunia. Oleh sebab itu, dalam mengatasi wabak al-Israf tersebut, salah satu perkara yang disebutkan oleh Sayyid Nuh ialah dengan menetapkan diri bersama-sama dengan pejuang-pejuang Islam yang berkorban dan memiliki semangat perjuangan yang tinggi dan jiwa yang besar dalam menegakkan perjuangan Islam di atas muka bumi ini.

464

Sayyid Nuh, Manhaj Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah fi Qadiyyah al-Taghyir, 92.

465 Sayyid Nuh, Afat ‘ala al-Tariq, 1:46-47.

190 Di dalam kitab Tawjihat Nabawiyyah ‘ala al-Tariq, Sayyid Muḥammad Nūḥ turut mengemukakan huraian hadith yang difahami melalui huraiannya bahawa Islam adalah sebagai matlamat dalam perjuangan. Aspek yang sama ditekankan seperti mana dalam huraian terhadap hadith di dalam kitab Afat ‘ala al-Tariq sebelum ini. Di dalam kitab

Tawjihat Nabawiyyah ‘ala al-Tariq ini dikemukakan hadith yang turut mengingatkan

perihal dunia dan fitnah keduniaan dalam kehidupan seorang pendakwah. Sayyid Nuh menyebutkan bahawa Rasulullah SAW menerangkan di dalam hadith dari kitab Tawjihat

Nabawiyyah ‘ala al-Tariq seperti mana di dalam jadual 20 di atas tentang umur dunia yang

sangat singkat berbanding akhirat yang hanya menyamai sebahagian kecil waktu di siang hari.467 Penekanan tentang Islam sebagai matlamat perjuangan melalui huraian terhadap hadith ini jelas difahami melalui tajuk perbincangan yang dikemukakan oleh Sayyid Nuh berkaitan sikap seorang muslim yang tidak ditegah untuk mengambil bahagian dan manfaat dari dunia, selagimana jalan untuk mendapatkannya adalah dari kaedah yang tidak bercanggah dengan syara‘ dan diredai oleh Islam.468

Penetapan syarat “tidak bercanggah dengan syara’ dan diredai oleh Islam” yang ditetapkan oleh Sayyid Muḥammad Nūḥ dalam berinteraksi dengan dunia ini sudah menunjukkan matlamat utama seorang muslim atau sesebuah organisasi dakwah dalam perjuangannya perlu diletakkan keutamaan dalam memartabatkan Islam itu sendiri. Setiap gerak kerja mestilah dinilai dengan neraca Islam sama ada ia bercanggah atau tidak dengan kaedah dan tuntutan syari’at. Selain itu, Sayyid Nuh menyebutkan beberapa hadith di dalam

467 Sayyid Nuh, Tawjīhāt Nabawiyyah, 1:22.

191 kitab Tawjihat Nabawiyyah ini yang menunjukkan contoh dari para sahabat tentang sikap dan cara interaksi mereka terhadap dunia serta kekayaan harta yang mereka miliki tidak membuatkan mereka lalai dengan keduniaan. Malah mereka sanggup mengorbankan harta demi kesinambungan dakwah dan perjuang Islam.469

Perkara ini tidak bercanggah dengan huraian yang dikemukakan oleh muhaddithin di dalam kitab-kitabsyarah hadith. Para ulama muhaddithin menekankan secara zahir huraian maksud hadith, iaitu mengambil langkah berhati-hati dengan tipu daya dunia. Ibn Battal ketika mensyarahkan hadith ini menyebutkan bahawa ini adalah antara hadith-hadith yang mengingatkan tentang fitnah tipu daya dunia dan kesan keburukan dunia bagi golongan yang telah terbuka pintu hatinya untuk dunia.470 Hadith ini juga mengingatkan tentang sikap berlumba-lumba kerana ingin mendapatkan habuan dunia dan tertarik dengan kecantikan tipu dayanya yang membawa kepada kemusnahan.471 Muhammad bin Salih al-‘Uthaymin ketika mensyarahkan hadith dari kitab Riyad al-Salihin iaitu hadith yang disebutkan oleh Sayyid Muḥammad Nūḥ di dalam kitab Tawjihat Nabawiyyah ‘ala

al-Tariq sebelum ini. al-‘Uthaymin memfokuskan pada isu al-faqr atau hidup zuhud

(bersederhana) yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Beliau menyebutkan bahawa Rasulullah SAW tidak terpengaruh dengan kehidupan dunia malah Rasulullah menginfaqkan seluruh hartanya di jalan Allah s.w.t dan baginda lebih memilih untuk hidup dalam kemiskinan.472

469

Ibid, 1: 23-24.

470

‘Ali bin Khalaf, Ibn Battal, Syarh Sahih al-Bukhari, 10:155.

471 Ibid.

192 Berdasarkan huraian Sayyid Nuh terhadap hadith-hadith di dalam kitab Afat ‘ala al-Tariq dan kitab Tawjihat Nabawiyyah ‘ala al-Tariq ini membuktikan bahawa salah satu isu yang diketengahkan oleh Sayyid Muḥammad Nūḥ sebagai prinsip perjuangan sesebuah organisasi dakwah adalah dengan menjadikan Islam sebagai matlamat dalam perjuangan. Sesebuah organisasi dakwah juga boleh menyimpang jauh dari matlamat perjuangan asal dan penegakan Islam jika asas perjuangan yang dibentuk tidak dipandu dengan garis panduan syarak dan masih wujud kekaburan dengan percampuran unsur-unsur keduniaan dalam matlamat perjuangan tersebut.