• Tidak ada hasil yang ditemukan

Amalan Bacaan Kitab Barzanji Di Kalangan Masyarakat Malaysia

AMALAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DI MALAYSIA

2.4 Amalan Bacaan Kitab Barzanji Di Kalangan Masyarakat Malaysia

Bacaan kitab barzanji telah masyhur di kalangan masyarakat Melayu dan telah menjadi tradisi masyarakat mengalunkan bacaan tersebut pada majlis mencukur rambut anak yang baru lahir, majlis perkahwinan dan terutama sekali ketika majlis sambutan maulidurrasul yang diadakan setiap tahun43.

Ketibaan bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW akan memeriah dan menghangatkan lagi pembacaan kitab barzanji di kalangan masyarakat Melayu di pelbagai peringkat lapisan masyarakat sebagai persembahan atau pertandingan.

Secara umumnya, kitab barzanji mengandungi ringkasan tentang keturunan, peristiwa semasa kelahiran dan tempoh pembesaran, sirah kehidupan, dakwah, peristiwa Israk Mi‘raj, hijrah ke Madinah, bentuk tubuh badan, sifat-sifat baginda SAW dan sebagainya. Kitab ini dipersembahkan melalui susunan prosa yang indah dalam bentuk rangkap syair44.

42

Ibid.

43

Maklumat ini diperolehi hasil temu bual bersama Ustaz Yumni Ahmad. Beliau ialah pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam di UiTM Kedah, beliau juga terlibat secara langsung dan aktif dengan aktiviti bacaan barzanji di negeri Kedah Darul Aman. Temu ramah bersama beliau telah diadakan pada 16 Jun 2010 (Rabu), pukul 2:00 petang – 2:30 petang di UiTM Dungun, Terengganu.

44

Mohammad Fuad Kamaludin al-Maliki (2009), Al-Bayan ke-8 : Barzanji Menurut Perspektif

Bacaan barzanji yang dialunkan oleh masyarakat Melayu terdiri daripada dua jenis iaitu bacaan al-barzanji nathar ( ) karangan Syaikh Ja‘far

al-Barzanji bermula pada muka surat 101 sehingga 12645. Manakala jenis kedua pula ialah bacaan al-barzanji nazam ( ) karangan cicit Syaikh Ja‘far

al-Barzanji iaitu Sayyid Zayn al-‘Abidin ibn Sayyid Muhammad al-Hadi bermula dari muka surat 127 sehingga 13346.

Perlu dijelaskan bahawa terdapat salah tanggapan dari sebahagian kalangan masyarakat bahawa kitab Majmua‘ah Mawlid Syaraf al-Anam atau dikenali juga sebagai kitab Barzanji merupakan kitab karangan Syaikh Ja‘far al-Barzanji keseluruhannya. Sedangkan kitab tersebut bukan sahaja mengandungi karangan beliau dan cicitnya, tetapi juga mengandungi bacaan syaraf al-anam, qasidah burdah, doa khatam al-Quran, ‘aqidah al-‘awam, ratib al-haddad, talqin, dan sebagainya yang bukan karangan beliau47.

Berkaitan amalan barzanji yang dilakukan oleh masayarakat Islam di Malaysia khususnya dan di Nusantara amnya telah terdapat beberapa fatwa tempatan yang menjelaskan bahawa harus dan dibolehkan meneruskan amalan tersebut.

45

Al-Barzanji, Ja‘far bin Hasan bin ‘Abd al-Karim al-Husayni al-Syahruzuri (1429H/2008M),

Mawlid al-Barzanji wa fi awwalihi al-Qawl al-Wadih al-Mufid fi Qira‟ah al-Mawlid fi kulli „Am

Jadid, Tahqiq : Bassam Muhammad Barud, UAE : Isdarat al-Sahah al-Khazrajiyyah, cet. 1, ms. 101-126.

46

Ibid., ms 127-133.

47

Berikut adalah fatwa yang dikeluarkan oleh mufti ketiga Negeri Melaka iaitu Datuk Hj. Yunus bin Mohd. Yatim bagi menjelaskan amalan barzanji yang dilakukan dinegeri tersebut :

“Apakah hukumnya membaca barzanji yang diamalkan di negeri ini? Ada yang mengatakan baik kerana mengingati sejarah Rasulullah, juga memuliakan Rasulullah. Adalah dimaklumkan bahawa bacaan barzanji telah menjadi suatu tradisi keagamaan bagi masyarakat Islam di sebelah sini dan ia adalah dianggap salah satu cabang kebudayaan Islam. Kitab barzanji yang dibaca itu mengandungi sejarah hidup Rasulullah (Sirah Nabawiyyah) selain daripada puji-pujian bagi rasul junjungan alam. Membacanya dapat pahala dengan niat hendak mengetahui sejarah hidup Rasulullah yang mana percaya kepada rasul salah satu rukun iman. Orang Islam hendaklah mengetahui Rasulullah, ayahanda dan bonda juga anak-anaknya walaupun kebanyakan umat Islam di negeri ini yang membaca barzanji tidak faham ertinya tetapi bacan-bacaan mereka betul dan tidak lari dari ayat-ayat yang berkenaan. Oleh itu, membaca barzanji diberi pahala kepada yang membacanya kerana ada kaitan dengan sejarah Rasulullah S.A.W. dan memuliakan rasul utusan Allah itu, sebagaimana firman Allah yang bermaksud : Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya mengucap selawat atas Nabi, wahai orang yang beriman, hendaklah selawat dan salam ke atasnya48”.

Seterusnya Jawatankuasa Fatwa Singapura telah menjelaskan amalan barzanji seperti berikut :

“Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa mereka-reka ibadat hukumnya adalah haram kecuali yang disyariatkan. Adapun amalan-amalan seperti kenduri arwah, tahlil, marhaban, barzanji dan doa selamat, tidaklah dapat dikategorikan dalam kategori mengada-adakan ibadat yang dilarang, kerana perkara-perkara tersebut merupakan amalan uruf yang tidak bertentangan dengan dasar-dasar pokok Islam bahkan ada dasarnya yang tertentu dalam agama49”.

Manakala Mufti Kerajaan Negeri Johor iaitu Allahyarham Dato’ Syed Alwi bin Tahir al-Haddad menjelaskan berkaitan barzanji sebagaimana berikut :

48

Sila lihat laman web Jabatan Mufti Melaka, http://www.al-azim.com/jmm/fatwa/pandangan.htm

(23 Julai 2010)

49

Sila lihat laman web Sistem Pengurusan Fatwa, Institut Pengurusan Dan Penyelidikan Fatwa Sedunia, Universiti Sains Islam Malaysia, http://infad.usim.edu.my/ (23 Julai 2010)

“Bersyukurlah kepada Allah kerana maulid Nabi SAW serta menzahirkan kesukaan adalah sunat. Orang yang tidak faham membaca maulid agaknya ia tentu tidak faham membaca al-Quran dan tidak faham al-Fatihah lebih lagi. Ini adalah sebab mereka taqsir (kekurangan), tuan boleh belajar bahasa Arab (bahasa

al-Quran) kerana al-Quran itu daripada Allah untuk manusia. Di dalamnya ada hukum-hukum perintah dan tegah kenapa orang-orang Islam yang menerima surat daripada kerajaan yang mereka tidak tahu bahasanya tidak duduk diam. Bahkan mereka bergopoh-gapah membawa kepada orang yang tahu bahasanya membacakan dan menerangkan maknanya kepadanya sehingga faham kandungannya, tetapi al-Quran Kitab Allah yang diturunkan kerana manusia semuanya kebanyakkan orang-orang Islam tidak mengambil berat mengetahui isisnya 50”.

Demikianlah beberapa fatwa yang telah dikeluarkan secara rasmi oleh badan yang berautoriti dalam mengharuskan amalan barzanji dan perlu berusaha memahami maksud prosa-prosa barzanji sebaiknya. Walaupun fatwa ini tidak bersifat menyeluruh untuk masyarakat Malaysia kerana digunapakai pada negeri tertentu, namun persoalan yang boleh ditimbulkan adakah masyarakat yang mengamalkan bacaan barzanji boleh dihukum salah, syirik, tahayul, khurafat dan sebagainya, sedangkan fatwa-fatwa tersebut dikeluarkan oleh ilmuan agama yang arif.

2.5 Kesimpulan

Sambutan maulidur rasul yang diadakan di Malaysia bukanlah suatu sambutan yang asing, bahkan sudah menjadi kelaziman saban tahun pada bulan Rabiul Awwal masyarakat Malaysia menyambut di pelbagai peringkat dari organisasi yang kecil sehingga ke peringkat kebangsaan.

50

Fatwa Mufti Kerajaan Johor Yang Difatwakan oleh Dato’ Syed Alwi bin Tahir al-Haddad (1981M/1401), Johor : Bahagian Penerbitan Jabatan Agama Johor, cet. 3, jld. 1, ms. 340.

Setelah diteliti pengisian yang diadakan di dalam sambutan maulidur rasul, maka jelas tidak terdapat unsur negatif yang menyebabkan berlaku keburukkan di kalangan masyarakat Malaysia. Sebaliknya sambutan tersebut mendatangkan pelbagai manfaat dan kebaikan kepada masyarakat yang menyertai aktiviti yang diadakan.

Seterusnya, sambutan maulidur rasul ini juga diakui keharusan dan dibolehkan untuk diadakan oleh para ilmuan agama tempatan yang berautoriti seperti mufti, pensyarah dan pegawai hal ehwal Islam JAKIM.