• Tidak ada hasil yang ditemukan

PANDANGAN FUQAHA TERHADAP SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

3.2 Perbahasan Sambutan Maulidur Rasul

3.2.1 Hujah-Hujah Keharusan Sambutan Maulidur Rasul

3.2.1.2 Berdasarkan Dalil-Dalil Hadis

Berikut dibentangkan dalil-dalil dari hadis yang mengharuskan sambutan maulidur rasul diadakan :

i) Mengingati Hari Bersejarah

Islam mengajar umatnya mengenang peristiwa yang berlaku dalam sejarah sebagai pengajaran. Nabi Muhammad SAW sendiri mengambil kira ikatan masa dengan pelbagai peristiwa besar di dalam agama yang telah berlaku sebelumnya. Sebagai contoh peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram yang digambarkan di dalam hadis berikut :

“Daripada Ibn „Abbas r.a. : bahawasanya Nabi SAW ketika datang ke Madinah maka baginda mendapati orang Yahudi berpuasa pada hari „Asyura‟ iaitu hari 10 Muharram. Lalu

baginda bertanya mereka : “Kenapa kalian berpuasa pada hari „Asyura‟? Jawab mereka: itulah hari Fir'aun ditenggelamkan

dan Musa diselamatkan, maka kami berpuasa kerana bersyukur

11 „Abd Allah Husayni Makki Hasyimi (1996), Ihtifal bi Mawlid Nabi bayn

kepada Allah SWT. Maka Nabi SAW berkata : Kami lebih layak bagi Musa daripada kalian12”.

Peristiwa kelahiran junjungan Nabi Muhammad SAW adalah merupakan sejarah dunia yang terbesar. Kelahiran baginda SAW bukan sekadar hanya kelahiran peribadi sebagai manusia utama, malah merangkumi seluruh sudut kehidupan manusia dalam menghadapi perkembangan sejarah di masa hadapan dari sudut keagamaan, sosial, politik, ekonomi dan peradaban.

Berdasarkan hadis di atas, Ibn Hajar al-„Asqalani menyatakan bahawa umat Islam dibolehkan dan bahkan dianjurkan memperingati hari-hari bersejarah yang dianggap besar umpamanya maulidur rasul, Isra‟ Mi„raj, Nuzul al-Quran, hari „Asyura dan lain-lain. Ini kerana Nabi SAW pun memperingati hari karamnya Firaun di laut dan bebasnya Musa dengan melakukan puasa „Asyura sebagai tanda bersyukur di atas lenyapnya kebatilan dan tegaknya yang hak13.

Dalam hadis di atas jelas menunjukkan bahawa mengingati hari bersejarah adalah dibenarkan dalam Islam. Maulidur rasul juga merupakan salah satu hari bersejarah sebagaimana hari „Asyura. Justeru itu, sambutan ini boleh diadakan tanpa sebarang keraguan.

12

Al-Bukhari, Abi „Abd Allah Muhammad bin Isma„il bin Ibrahim bin Bardizbah al-Ju„fa (2001M/1421H), Sahih al-Bukhari : Kitab al-Manaqib : Ityan al-Yahud al-Nabi s.a.w. hina

qudima al-Madinah, Qahirah : Dar al-Taqwa, cet. 1, no. 1865, jld. 1, ms. 478. al-Nawawi, Abi Zakariyya Yahya ibn Syarf al-Dimasyqi, op.cit., Bab Fadl Siyam Yawm „Asyura, no. 2651, jld 8, ms.250-251. Ibn Hajar al-„Asqalani, Ahmad bin „Ali (2001M/1421H), Fath al-Bari Syarh Sahih

al-Bukhari : Kitab Sawm : Bab Sawm Yawm „Asyura, Riyad : Maktabah Malik Fahd al-Wataniyyah, no. 2004, jld. 4, ms. 287.

13 Ibn Hajar al-„Asqalani, Ahmad bin „Ali, op.cit., Kitab al- Sawm : Bab Sawm Yawm „Asyura, jld. 4, ms. 290-292.

ii) Keistimewaan Hari Kelahiran Nabi Muhammad SAW

Nabi Muhammad SAW mengutamakan hari kelahiran baginda sendiri dengan cara berpuasa sebagai tanda bersyukur kepada Allah SWT. Ini jelas terdapat dalam hadis berikut :

Daripada Abi Qatadah al-Ansari r.a., bahawasanya Nabi SAW

telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda: “Pada hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan menjadi rasul”.14

Berdasarkan hadis di atas, Rasulullah SAW menegaskan kelebihan hari kelahirannya berbanding hari-hari lain. Oleh itu setiap mukmin sewajarnya berlumba-lumba beramal dan bersyukur dengan kelahiran baginda SAW yang membawa rahmat kepada seluruh alam.

Demikian cara yang ditunjukkan baginda SAW dalam menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT. Namun begitu terdapat pelbagai cara lain lagi yang selaras dengan syariat boleh dilaksanakan seperti berpuasa, membuat jamuan dan berkumpul untuk berzikir, berselawat atau mendengar sirah baginda SAW. Walaubagaimanapun cara menyambut maulidur rasul boleh berubah mengikut keadaan dan tempat namun yang penting adalah erti sambutan tetap sama15.

14 al-Nawawi, Abi Zakariyya Yahya ibn Syarf al-Dimasyqi, op.cit., Bab Istihbab Siyam, no. 2742, jld 8, ms.293.

15

iii) Tanda Kegembiraan Dengan Kelahiran Nabi Muhammad SAW

Sambutan terhadap kelahiran Nabi Muhammad SAW adalah merupakan suatu bentuk tanda kegembiraan dan kebahagiaan dengan pengutusan baginda SAW ke muka bumi ini. Malah orang kafir juga mendapat manfaat dengan kegembiraan kelahiran baginda berdasarkan hadis berikut :

“Urwah berkata : Thuwaibah adalah hamba perempuan kepada Abu Lahab yang telah dibebaskan, kemudian Thuwaibah menyusukan Nabi SAW. Ketika Abu Lahab meninggal dunia, sebahagian anggota keluarganya bermimpi tentang kesedihan Abu Lahab, lalu dia bertanya, apa yang kamu dapati? Abu Lahab berkata : Saya belum pernah bertemu dengan kalian, hanya pada hari ini saya diberi keringanan azab kerana memerdekakan Thuwaibah”16.

Walaupun riwayat hadis ini adalah berstatus mursal, namun diterima kerana diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari. Malah hadis ini dipegang oleh para Huffaz yang dikategorikan dalam bab manaqib dan khasa’is, bukan dalam bab halal dan haram. Bagi para ilmuan sudah tentu mengetahui perbezaan antara beristidlal dengan manaqib dalam menentukan hukum-hakam17

.

Hadis di atas menjelaskan bahawa, Abu Lahab telah mendapat keringanan azab disebabkan bergembira dengan kelahiran baginda SAW, maka bagaimana pula dengan umat Muhammad SAW yang bergembira di atas kelahiran Nabi

16

al-Bukhari, Abi „Abd Allah Muhammad bin Isma„il bin Ibrahim bin Bardizbah al-Ju‟fa, op.cit.,

Kitab al-Nikah : Bab wa Ummahatukum Lati Arda‟nakum, no. 4711, jld. 3, ms.12. Ibn Hajar al-„Asqalani, Ahmad bin „Ali, op.cit., Kitab al-Nikah : Bab wa Ummahatukum al-Lati Arda‟nakum, no. 5101, jld. 9, ms. 43.

17

SAW? Sudah tentu, mereka akan dapat pahala yang lebih besar dari Allah SWT dan dimasukkan ke dalam syurga yang penuh nikmat18.

Seterusnya Syams al-Din Muhammad bin Nasir al-Din al-Dimasyqi telah mengungkapkan dalam perkara ini beberapa rangkap syair di dalam kitabnya

Mawrid al-Sadi fi Mawlid al-Hadi seperti berikut19

:

Jika seorang kafir yang memang dicela,

Hancur luluh tangannya di dalam neraka dan kekal selamanya. Apabila setiap hari Isnin tiba,

Maka diringan azabnya kerana gembira dengan kelahiran Ahmad. Sudah tentu lebih ganjaran bagi hamba yang disepanjang usianya, Bergembira dengan Ahmad dan meninggal sebagai seorang yang bertauhid.

Ini menunjukan bahawa sambutan maulidur rasul yang diadakan di atas dasar melahirkan perasaan gembira dengan kelahiran baginda SAW adalah dibenarkan dan diberikan ganjaran pahala selaras dengan niat yang ikhlas.

iv) Saranan Menganjurkan Amalan Kebaikan

Terdapat sebuah hadis baginda SAW yang memberi motivasi dalam menggalakkan seluruh umat Islam untuk menganjurkan kebaikan supaya

18 Suyuti, Imam Hafiz Jalal Din „Abd Rahman bin Abi Bakr (1992), Hawi li

al-Fatawi : Husn al-Maqsad fi „Amal al-Mawlid, ms. 196.

memperolehi pahala yang berlipat kali ganda. Berikut adalah hadis tersebut yang boleh dijadikan landasan dalam menyambut maulidur rasul.

”Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa yang mengasaskan jalan yang baik maka ia mendapat ganjaran daripadanya dan ganjaran orang yang mengamalkannya tanpa sebarang kekurangan daripada pahalanya sesuatu pun. Sesiapa yang mengasaskan jalan yang tidak baik maka ia menanggung dosanya dan dosa orang yang mengamalkannya tanpa sebarang kekurangan daripada dosa-dosanya sesuatu pun”20.

Hadis di atas menjelaskan bahawa setiap perkara yang terkandung di dalamnya kebaikan dan selari dengan dalil-dalil syarak, tidak bertujuan untuk mereka-reka suatu perkara baru yang bercanggah dengan syariah serta tidak mengandungi perkara mungkar, maka perkara itu termasuk dalam agama.21 Ini menunjukkan sambutan maulidur rasul yang diadakan kerana mempunyai kebaikan dan manfaat akan diberi pahala bagi orang yang menyambutnya. Malah pahala dari amalan yang dirintis akan berlipat kali ganda tanpa mengurangkan amalan orang yang terkemudian.