• Tidak ada hasil yang ditemukan

KONSEP MASLAHAH DALAM HUKUM ISLAM

1.3 Klasifikasi Maslahah

1.3.1 Klasifikasi Dari Perspektif Pengiktirafan Syarak

Antara perselisihan pendapat yang berlaku di kalangan sarjana hukum Islam adalah berkaitan sama ada syariat itu menerangkan semua maslahah dan nass telah mencukupi untuk menumpukan kemaslahatan manusia atau sebaliknya. Lantaran itu, disaran untuk menggunakan qiyas sekiranya tidak terdapat dalam

nass. Lanjutan dari pemikiran yang melihat nass syarak sebagai asas utama dalam penilaian maslahah, maka majoriti sarjana hukum menerima pembahagian

maslahah kepada tiga iaitu maslahah mu„tabarah, maslahah mulghah dan

maslahah mursalah.

i) Maslahah Mu‘tabarah

Maslahah mu„tabarah ialah maslahah yang diperakui oleh syarak serta ada dalil yang tertentu menunjukkan pengiktirafan terhadap sesuatu perkara yang munasabah tanpa merujuk asal yang tertentu daripada syarak.21 Maslahah ini juga dikenali dengan istilah al-munasib al-mu„tabarah, yang mana hasilnya kembali kepada qiyas. Oleh demikian itu, harus berdalil dengan maslahah ini dan berlakulah hukum terhadap sesuatu perkara. Sebagai contoh, Firman Allah SWT :

                      

21 Badran, Abu al-„Aynayn Badran (1969), Usul al-Fiqh al-Islami, Qahirah : Dar al-Ma‟arif, ms. 209.

(Wahai orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat Jumaat, Maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu Mengetahui).

Surah al-Jumu„ah (62) : 9

Ayat ini menunjukkan arahan meninggalkan jual beli disebabkan seruan solat pada hari Jumaat. Ini kerana berjual beli pada ketika itu boleh melalaikan diri dari mengingati Allah SWT dan solat. Maka setiap perlakuan muamalah yang lain seperti mengambil upah dan proses gadaian adalah turut sama perlu ditinggalkan kerana boleh melalaikan diri dari mengingati Allah SWT dan solat. Proses pembinaan hukum ini disebut sebagai qiyas kerana mempunyai „illah yang sama.22

ii) Maslahah Mulghah

Maslahah ini adalah maslahah yang tidak diiktiraf oleh syarak. Para sarjana hukum Islam sepakat menyatakan maslahah ini tidak sesuai untuk dijadikan sebab bagi disandarkan hukum, walaupun akal manusia mengandaikan dapat memberi manfaat kepada mereka.23

Sebenarnya pada perkara yang dihapuskan itu mempunyai maslahah yang lebih penting untuk diutamakan. Sebagai contoh, menyamakan anak lelaki dan anak perempuan dalam mewarisi harta pusaka kerana memandangkan mereka itu sama dari sudut kebaikan dan darjat kekeluargaan. Ini bertentangan dengan firman Allah SWT :

22

al-Bugha, Mustafa Dib (Dr.), op.cit., ms. 32.

23 Ashqar, „Umar Sulayman „Abd Allah (Dr.) (t.th), Nazarat fi Usul Fiqh, Jordan : Dar al-Nafa‟is, ms 228.

        

(Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan)

Surah al-Nisa‟ (4) : 11

Maslahah ini adalah terhapus, kerana dengan menggunakan kaedah ini bermaksud menghapuskan maslahah yang lebih kuat dan dikawal oleh syarak iaitu memelihara hak yang perlu ada pada lelaki. Syarak telah menetapkan bahawa kaum lelaki adalah bertanggungjawab dalam keluarga dan masyarakat24 seperti firman Allah SWT berikut :

 

 

(Kaum lelaki itu adalah pemimpim dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum wanita).

Surah al-Nisa‟ (4) : 34

iii) Maslahah Mursalah

Maslahah mursalah terdiri daripada dua patah perkataan. Seperti mana maklum maksud maslahah telah dihuraikan di atas, manakala mursalah sinonim dengan perkataan mutlaqah iaitu bermaksud tidak berkait atau terlepas25

. Secara

umumnya membawa erti maslahah yang tidak diperincikan oleh dalil syarak.

Para sajana hukum Islam sering menyebut maslahah mursalah dengan pelbagai istilah lain iaitu istislah, istidlal, mulaim mursal dan munasib mursal.

24

al-Bugha, Mustafa Dib (Dr.),op.cit., ms. 33.

25 Zaydan, „Abd. Karim (Dr.), (1992), Al-Wajiz fi Usul Fiqh, Qahirah : Dar Tawzi‟ wa al-Nasyr al-Islamiyyah, ms. 237.

Namun begitu, yang menjadi sandaran ialah hakikat maksud daripada sesuatu istilah itu sendiri dan bukan sebutannya26.

Penggunaan nama istislah dan istidlal adalah merujuk kepada penekanan metodnya. Seterusnya pemakaian nama maslahah dinilai dari perspektif sesuatu perkara itu merupakan hikmah dan tujuan yang ingin diwujudkan disebalik hukum yang akan ditetapkan. Manakala penggunaan nama munasib pula ditinjau dari sudut sesuatu perkara itu merupakan „illah yang menyebabkan sesuatu hukum harus ditetapkan. Penggunaan nama mursalah pula merujuk kepada sesuatu perkara itu tidak ditunjukkan oleh dalil tertentu sama ada diiktiraf atau ditolak. Istilah mulac

im pula digunakan adalah kerana sesuatu perkara itu dilihat selari

dengan tujuan syarak27.Berikut dibentangkan definisi maslahah mursalah yang diberikan oleh para sarjana hukum.

i) Wahbah al-Zuhayli mengemukakan :

“Maslahah mursalah adalah suatu sifat atau keterangan yang

selari dengan kehendak dan tujuan syarak tetapi tidak didapati dalil tertentu daripada syarak sama ada mengiktirafnya atau menolaknya namun pelaksanaan hukum tersebut mendatangkan kemaslahatan kepada manusia dan menjauhkan dari kemudaratan”28

.

26 al-Buti, Muhammad Sa„id Ramadan, op.cit., ms 329.

27

Ibid.

28 al-Zuhayli, Wahbah (2005M/1426H), Usul al-Fiqh al-Islami, Damsyiq : Dar al-Fikr, cet. 3, juz. 2, ms. 37.

ii) Muhammad Sa„id Ramadhan al-Buti pula mendefinisikan :

“Hakikat maslahah mursalah ialah setiap manfaat yang

terkandung dalam tujuan Syari„ tanpa sebarang dalil yang

membenarkan atau menolaknya”29.

iii) Imam al-Ghazali pula menyatakan :

“Maslahah yang tidak ditunjukkan oleh dalil tertentu dari syarak

yang membatalkan atau membenarkannya”30

.

Seterusnya Imam al-Ghazali menegaskan lagi tentang maslahah mursalah dalam kenyataannya seperti berikut :

“Setiap maslahah yang kembali untuk memelihara tujuan syarak

yang diketahui dari al-Quran, hadis dan Ijma„, maka maslahah itu

tidak terkeluar dari dalil-dalil tersebut. Ia tidak dinamakan qiyas,

tetapi dinamakan maslahah mursalah kerana qiyas mempunyai

dalilnya yang tertentu. Adanya maslahah tersebut dikehendaki

oleh syarak diketahui bukan sahaja dari satu dalil, namun berdasarkan dalil yang cukup banyak serta tidak terhitung dari al-Quran, hadis, tempat, situasi dan tanda-tanda lain. Oleh kerana itu dinamakan maslahah mursalah31

.

29

al-Buti, Muhammad Sa‟id Ramadan, op.cit., ms 330.

30

al-Ghazali, Abi Hamid bin Muhammad bin Muhammad, op.cit., juz 1, ms. 416.

31

Berdasarkan semua definisi yang telah dibentangkan di atas dapatlah disimpulkan bahawa maslahah mursalah mengandungi kriteria-kriteria berikut :

i) Maslahah ini tidak ditunjukkan atau diperincikan oleh dalil syarak sama ada diiktiraf atau ditolak.

ii) Terdapat sifat-sifat yang selari dengan tujuan syarak iaitu untuk memelihara agama, jiwa, akal, harta benda dan keturunan.

Sebagai contohnya ialah kewajipan membayar cukai pada saat negara memerlukan biaya untuk memenuhi keperluan yang mendesak bagi keperluan membela maruah umat Islam.

1.3.2 Klasifikasi Dari Perspektif Susunan Keutamaan, Kekuatan Dan