• Tidak ada hasil yang ditemukan

KONSEP MASLAHAH DALAM HUKUM ISLAM

1.8 Hubungan Maslahah Dengan Bid‘ah

1.8.5 Hubungan Sunnah Dengan Bid‘ah

Sunnah merupakan perkataan yang antonim dengan perkataan bid„ah dan

mempunyai hubung kait secara langsung atau tidak langsung. Berikut dijelaskan kedudukan sunnah.

Dari sudut bahasa, sunnah bermaksud tariqah (jalan) sama ada baik atau buruk191. Sekiranya dirujukkan kepada diri Nabi SAW, sunnah ialah kebiasaan atau amalan baginda SAW yang selalu dilakukan. Berhubung dengan maksud tersebut terdapat sebuah hadis yang menyatakan sunnah sebagai jalan yang baik atau buruk sepertimana berikut :

190

al-Suhaymi, Salih bin Sa‟ad (Dr.), op.cit., ms. 101.

191

Sya„ban Muhammad Isma„il, op.cit., juz. 1, ms. 134. Musa bin Fathullah Harun (Dr.) (1996),

”Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa yang mengasaskan jalan yang baik maka ia mendapat ganjaran daripadanya dan ganjaran orang yang mengamalkannya tanpa sebarang kekurangan daripada pahalanya sesuatu pun. Sesiapa yang mengasaskan jalan yang tidak baik maka ia menanggung dosanya dan dosa orang yang mengamalkannya tanpa sebarang kekurangan daripada dosa-dosanya sesuatu pun”192.

Jadi maksud perkataan ( ) adalah melakukan sesuatu

yang boleh diikuti oleh orang lain. Setiap yang orang melakukan sesuatu perkara kemudian diikuti oleh orang lain dikatakan sebagai ( ), iaitu dia yang

mula-mula melakukannya agar diikuti193.

Berikut dibentangkan maksud al-sunnah dari sudut istilah pula. Menurut para ulamak usul al-fiqh, al-sunnah bermaksud :

“Sesuatu yang datang daripada Nabi SAW dalam bentuk perkataan atau perbuatan atau perakuan194”.

Bagi ahli hadis pula, sunnah ialah :

192 Nawawi, Abi Zakariyya Yahya ibn Syarf Dimashqi, op.cit., : Kitab Zakah, Bab al-Hathu „Ala al-Sadaqah walau bi Syaqqi Tamrah aw bi Kalimah Tayyibah, jld. 7, ms. 105-106.

193

Badrul Munir Muhamad Nur (Dr.) (2005), Kedudukan al-Sunnah Dalam Sintaksis Arab, Kuala Lumpur : Unit Penerbitan KUIM, cet. 1, ms. 48.

194

“Sesuatu yang disandarkan kepada Nabi SAW baik berupa perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat-sifat fizikal, akhlak, sirah perjalanan sama ada sebelum dibangkitkan menjadi rasul seperti peristiwa di dalam gua Hira‟ atau sesudahnya195”.

Mengikut istilah para fuqaha, sunnah ialah :

“Setiap ibadat sunat yang diambil dari Nabi SAW iaitu selain daripada ibadat-ibadat yang diwajibkan196”.

Setelah dibentangkan pengertian sunnah di atas, maka jelaslah bahawa

al-sunnah secara umum merupakan perkataan yang bertentangan dengan bid„ah.

Perkara ini telah mendapat perhatian para ulamak dalam memberi maksud lain bagi sunnah197.

Namun begitu, golongan yang membahagikan bid„ah kepada hasanah dan

sayyi‟ah, tidaklah bermaksud bid„ah itu hanya membawa kepada satu pengertian

semata-mata iaitu setiap yang berlawanan dengan sunnah. Sebagai contoh pembinaan jambatan dan lain-lain isu yang berhubungkait dengan pembangunan umat adalah dikira juga sebagai bid„ah, tetapi walaupun begitu, ia dikategorikan sebagai bid„ah hasanah. Dalam masa yang sama mereka tidak juga menafikan

195 Muhammad „Ajjaj al-Khatib (Dr.) (2001M/1421H), Usul al-Hadith „Ulumuh wa Mustalahuh, Beirut : Dar al-Fikr, ms. 19.

196

Al-Zaydan, „Abd al-Karim (Dr.), op.cit., ms. 165.

197

Al-Qaradawi, Yusuf (Dr.) (1999), Al-Sunnah wa al-Bid„ah, Qahirah : Maktabah Wahbah, ms. 8. Asmawi Haji Ehsan (2003), Ilmu Hadith : Hadith Sebagai Sumber Hukum Islam, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka, cet. 1, ms. 4.

tentang kewujudan perkara yang dimaksudkan dalam hadis bahawa bid„ah berlawanan dengan al-sunnah, melainkan mereka menamakannya sebagai bid„ah dalalah198

.

Perlu difahami bahawa seruan merintis atau mengasaskan sunnah yang baik adalah terbuka luas. Berikut dinyatakan dalil-dalil yang memberi kebenaran dalam mengadakan al-sunnah yang baik secara bebas tanpa ada sebarang halangan.

“Sesiapa yang menyeru kepada hidayah, maka akan diberikan pahala sebanyak pahala orang yang menurutinya dan tidak sedikit pun berkurangan daripada pahala mereka itu. Sesiapa yang menyeru kepada kesesatan dia diberikan dosa sebanyak dosa-dosa mereka yang menurutinya dan tidak sedikit pun berkurangan daripada dosa-dosa mereka itu199”.

“Sesiapa yang menunjuk ke arah kebaikan, maka baginya pahala seperti orang yang melakukannya 200”.

Dalam menghalusi makna sunnah dan bid„ah, bukanlah bermakna sesuatu perkara yang diada-adakan tidak boleh diterima langsung kerana tidak pernah diamalkan atau wujud pada zaman Nabi SAW dan para sahabat. Namun, penolakan amalan yang dilabel sebagai bid„ah adalah kerana percanggahan

198

„Izzat, „Ali „Atiyyah, op.cit., ms. 160.

199 al-Nawawi, Abi Zakariyya Yahya ibn Syarf al-Dimasyqi (2000/1421H), op.cit., Kitab al-‟Ilm :

Bab Man Sanna Sunnatan Hasanatan aw Sayyiatan, Beirut : Dar al-Ma‟rifah, cet. 7, jld. 16, no. 6745, ms. 444.

200 Ibid., : Kitab al-Jihad : Bab : Fadl I‟anah al-Ghazi fi Sabil Allah bi markub wa ghayrih, wa

dengan nass, prinsip syariat dan kaedah istinbat. Percanggahan terhadap perkara tersebut yang mengeluarkan sesuatu dari syariat Nabi SAW wajar disebut sebagai

bid„ah dalalah bukannya bid„ah hasanah201

.

1.9 Kesimpulan

Para sarjana hukum Islam menerima aplikasi maslahah dalam pembinaan hukum. Namun begitu, mereka hanya berbeza dari sudut pendekatan aplikasi melalui prosedur tertentu dan istilah yang tersendiri. Setelah menelusuri konsep maslahah secara terperinci di atas dapatlah dinyatakan bahawa maslahah yang dibincang dan dimaksudkan adalah merujuk kepada maslahah mursalah. Dari sudut pengamalannya terdapat juga sebahagian sarjana hukum Islam yang menolak aplikasi maslahah dalam pembinaan hukum atas dasar berbaur dengan hawa nafsu dan keinginan. Setelah dikaji, penolakan mereka adalah disebabkan istilah yang diguna dan bukannya konsep yang terima dalam maslahah.

Setelah diteliti konsep bid„ah secara terperinci, maslahah sebenarnya mempunyai hubungan yang rapat dengan bid„ah hasanah. Perbezaan yang berlaku hanyalah dari sudut tanggapan makna, iaitu ada golongan yang meluaskan dan ada yang menyempitkan pemakaiannya.

Pemakaian maslahah sebagai prinsip utama dalam penilaian hukum Islam semasa amat bertepatan dengan prinsip syariah yang meraikan kehidupan masyarakat yang sentiasa berkembang dan berubah berdasarkan kedudukan

201

zaman dan tempat. Oleh itu, tanpa maslahah, para sarjana hukum Islam akan berhadapan dengan kesulitan dalam membina hukum Islam yang relevan dan menyentuh segala aspek kehidupan.

Melalui aplikasi maslahah dalam pembinaan hukum Islam, pastinya hukum tersebut tidak kaku dan tidak sulit, sebaliknya sesuai dengan hal ehwal semasa masyarakat. Namun ianya tidaklah bebas tanpa sebarang piawaian seperti mana yang telah ditetapkan oleh para sarjana hukum Islam.

BAB DUA