• Tidak ada hasil yang ditemukan

KONSEP MASLAHAH DALAM HUKUM ISLAM

1.8 Hubungan Maslahah Dengan Bid‘ah

1.8.4 Klasifikasi Bid‘ah

Terdapat pelbagai klasifikasi bid„ah sekiranya ditinjau dari pelbagai perspektif yang berbeza-beza. Berikut dibentangkan penjelasannya secara ringkas :

a. Bid‘ah Hasanah Dan Sayyia’h

Berkaitan pengertian bid„ah hasanah ialah sesuatu yang dianggap baik selagi tidak bertentangan dengan dalil-dalil daripada al-quran, hadis, ijma„ ulama dan kaedah-kaedah syariah. Manakala pengertian bid„ah sayyia‟h pula ialah sesuatu perkara yang tidak terdapat nass secara umum atau khusus menjelaskannya172

.

b. Bid‘ah Seperti Hukum Yang Lima

Bid„ah dalam kategori ini terbentuk kepada wajib, haram, sunat, harus dan

makruh. Cara penentuannya adalah dengan merujuk kepada kaedah-kaedah syarak dalam menilai hukum yang lima tersebut173.

c. Bid‘ah Haqiqiyyah Dan Idafiyyah

Pembahagian seperti ini telah dipelopori oleh Imam al-Syatibi. Pengertian bid„ah haqiqiyyah adalah sesuatu yang tidak berdasarkan dalil-dalil syarak dari al-Quran, hadis, qiyas atau ijma„ ulama secara umum atau khusus 174

. Sebagai contoh ialah menolak untuk berhujah dengan al-Quran dan hadis atau mendahului akal

172

Klasifikasi bid„ah seperti ini telah dijelaskan dengan panjang lebar dalam sub topik konsep

bid„ah di atas. Sila lihat Abu Syamah Syafi‟i (1992M), Ba„ith „ala Inkar Bida„ wa

al-Hawadith, Edit : al-Syaikh Ibrahim Ramadan, Beirut : Dar al-Fikr al-Banani, cet. 1, ms. 32-35. Lihat al-Zarkhasyi, al-Manthur fi al-Qawa‟id, Beirut : Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah, cet. 1, jld 1, ms. 115.

173

Lihat Ibn „Abd Salam, Abi Muhammad „Izz Din „Abd „Aziz ibn „Abd Salam al-Salmi, op.cit., juz 2, ms. 133. Lihat „Abd al-Karim Murad, et.al., op.cit., ms. 75-76.

174

daripada dalil-dalil serta menjadikan akal sebagai sumber utama sedangkan syarak hanya menjadi pelengkap kepada akal sahaja 175.

Bid„ah idafiyyah pula adalah bid„ah yang boleh dilihat melalui dua sudut. Sudut pertama sebagai suatu amalan yang mempunyai dalil dari al-quran, hadis,

ijma„ ulamak. Sekiranya dilihat dari sudut kedua pula amalan tersebut tidak ada hubungan langsung dengan sebarang dalil, bahkan tergolong dalam bid„ah haqiqiyyah 176

.

Sebagai contoh bid„ah idafiyyah ialah mengkhususkan puasa pada hari-hari yang tertentu (selain daripada hari-hari-hari-hari yang diharamkan berpuasa) dan membiasakan diri dengan berpuasa pada hari-hari tersebut. Puasa tersebut memanglah dari segi zatnya disandarkan kepada dalil dan merupakan sebaik-baik amalan, tetapi jika dilihat dari segi cara pelaksanaan maka ia menjadi bid„ah kerana tidak dilakukan oleh Nabi SAW dan para sahabat177.

d. Bid‘ah Fi‘liyyah Dan Tarkiyyah

Bid„ah bukan sahaja merangkumi melakukan perbuatan yang patut ditinggalkan

kerana bercanggah dengan al-sunnah atau bid„ah fi„liyyah, malah juga

175 „Adawi, Muhammad ibn Ahmad (1934), Usul fi Bid‟ wa Sunan, Mesir : Mustafa al-Babi al-Halabi, ms. 22.

176

Lihat al-Syatibi, Ibrahim ibn Musa al-Lakhmi (2003M/1424H), op.cit., jld. 1, ms. 197.

177 „Izzat, „Ali „Atiyyah (1980M/1400H), al-Bid„ah Tahdiduha wa Mawqif al-Islam min ha, Beirut : Dar al-Kutub al-„Arabi, ms. 275-276.

merangkumi perbuatan meninggalkan sesuatu yang sepatutnya dilakukan atau disebut sebagai tarkiyyah178.

Antara bid„ah tarkiyyah ialah meninggalkan sesuatu yang dituntut oleh syarak supaya melaksanakannya atau digalakkan melakukannya, kecuali kerana terdapat sesuatu keuzuran syar„i. Paling merbahaya apabila ia melibatkan pertukaran beberapa perkara yang telah disyariatkan oleh Islam dengan sesuatu yang dicipta oleh diri sendiri, seperti zikir, sunat nawafil dan sebagainya179

.

Manakala antara contoh bid„ah fi„liyyah pula ialah mencipta hadis-hadis

mawdu„ dan menambah ke atas syarak, sesuatu yang bukan darinya, seperti menambahkan bilangan rakaat solat yang telah ditetapkan atau bilangan hari berpuasa, solat di waktu-waktu yang diharamkan dan lain-lain180.

e. Bid‘ah Kulliyah Dan Juz‘iyyah

Bid„ah berbeza antara satu sama lain dari sudut kesan-kesannya dan juga dari

sudut kecacatan-kecacatan yang berlaku ke atas syariat. Kesan bid„ah itu tidak hanya menimpa pihak yang melakukannya, bahkan turut juga melibatkan orang lain, ia disebut sebagai bid„ah kulliyyah181.

178 al-Suhaimi, Salih bin Sa„ad (Dr.), Tanbih Uli al-Absar ila Kamal al-Din wa ma fi al-bid‟ min

al-Akhtar, ms. 97-99. al-Ruhayli, Ibrahim „Amir (2002), Manhaj Ahli Sunnah Menghadapi Ahli

Bidaah, Abu Ahmad Syamsuddin (terj.). Jakarta : Pustaka al-Kautsar, ms. 50. 179

Ibid.

180

Ibid.

181 „Ali Mahfuz, Syaikh (2001M/1422H), Ibda‟ fi Madar Ibtida‟, Beirut : Dar Kutub al-„Ilmiyyah, cet. 1, ms. 66-67. T.M Hasbi al-Shiddieqy (1986), Kriteria Antara Sunnah dan Bidaah. Johor Bahru : Thinker‟s Library Sdn. Bhd. ms. 63.

Seandainya kesan bidaah itu hanya menimpa pelaku bid„ah sahaja, ia dinamakan bid„ah juz‟iyyah. Seperti seseorang melakukan sesuatu amalan dalam bentuk yang bercanggah dengan al-sunnah tetapi kesannya tidak menimpa orang lain, kerana pelaku bid„ah juz‟iyyah bukanlah seorang yang diikuti atau diterima oleh masyarakat182.

f. Bid‘ah ‘Ibadiyyah Dan ‘Adiyyah

Bid„ah „ibadiyyah ialah bid„ah yang dilakukan dengan maksud mendekatkan diri dengan Allah SWT untuk mendapatkan pahala yang banyak. Contohnya ialah solat khas Nisfu Sya„ban, solat al-Raghaib, solat malam „Asyura’, puasa pada hari

Isra‟ Mi„raj dan sebagainya183

.

Manakala bid„ah „adiyyah ialah bid„ah yang dikerjakan bukan kerana hendak mendekatkan diri dengan Allah SWT, tetapi mengenai urusan interaksi antara manusia yang bertentangan dengan batas-batas yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Bid„ah ini adalah seperti kahwin tanpa mahar, menceraikan isteri dalam tempoh haid dan menghalalkan riba dalam proses jual beli184.

g. Bid’ah ‘Itiqadiyyah, ‘Amaliyyah Dan Qawliyyah

Bid„ah „itiqadiyyah ialah bid„ah yang melibatkan perkara keimanan, ia termasuk ke dalam sebesar-besar dosa dan hukumnya mengkufurkan. Umpamanya syirik

182

Ibid.

183

‘Izzat „Ali „Atiyyah, op.cit., ms. 257.

184

kepada Allah SWT, berdoa kepada sesuatu selain Allah SWT, kepercayaan

wahdat al-wujud di kalangan orang-orang sufi dan sebagainya185

.

Bid„ah „amaliyyah ialah mengubah sesuatu yang datang dari Nabi SAW

ataupun ucapan-ucapan yang berlawanan dengan sunnah seperti ucapan-ucapan yang dilakukan oleh kebanyakan golongan-golongan sesat186.

Bid„ah qawliyyah pula melibatkan perubahan kepada ucapan-ucapan yang

dibawa oleh Nabi SAW atau menuturkan sesuatu perkataan yang bercanggah dengan sunnah, sepertimana yang dilakukan oleh kebanyakan golongan-golongan sesat di sepanjang sejarah Islam187.

h. Bid‘ah Zamaniyyah Dan Makaniyyah

Bid„ah zamaniyyah ialah bid„ah yang berkaitan dengan masa-masa yang tertentu seperti solat khas pada malam al-Qadr, puasa khas pada hari Khamis minggu pertama bulan Rejab dan lain-lain lagi188.

Bid„ah makaniyyah ialah bid„ah yang dilakukan pada tempat-tempat yang tertentu seperti tempat kematian, perkuburan para wali, para syuhada‟ dan sebagainya189.

185 .Ahmad bin Hajar Ali Butami al-Ban„ali (1982M/1402H), Tahdhir al-Muslimin „an al-Ibtida‟

wa al-Bida„ fi al-Din, t.tp. : t.pt., ms. 90.

186

Ibrahim „Amir al-Ruhayli, op.cit., ms. 52.

187

‘Izzat „Ali „Atiyyah, op.cit., ms. 304.

188

„Ali Mahfuz, al-Syaikh, op.cit., ms. 59-60.

189

i. Bid‘ah Basitah Dan Murakkabah

Bid„ah basitah ialah bid„ah yang melibatkan percanggahan yang ringkas dan tidak menyebabkan percanggahan kepada aspek-aspek lain, seperti orang yang menunaikan solat sunat sebaik sahaja selesai menunaikan solat fardhu tanpa diselangi bertasbih. Manakala bid„ah murakkabah ialah bid„ah yang melibatkan beberapa bid„ah yang berkumpul menjadi satu190.

Walaupun pelbagai klasifikasi bid„ah menurut pandangan para ulamak, namun yang pasti mereka semua sebulat suara menyatakan bahawa bid„ah adalah perkara-perkara baru yang diada-adakan malah bertentangan dengan dalil-dalil syariat dan menyifatkan sebagai tercela serta sesat.