• Tidak ada hasil yang ditemukan

Analisis Dasar Perumahan Negara (DRN) dan Program Perumahan Rakyat (PPR)

PROFAIL, SUMBER MAKLUMAT DAN ANALISIS DASAR SERTA PROGRAM PERUMAHAN

Rajah 6.7: Status pekerjaan

6.4 Analisis Dasar Perumahan Negara (DRN) dan Program Perumahan Rakyat (PPR)

Pelancaran Dasar Perumahan Negara (DRN) adalah amat sesuai dan bertepatan dengan cabaran semasa yang dihadapi oleh industri perumahan. Adalah menjadi harapan Kerajaan untuk menjadikan DRN sebagai alat berkesan bagi memastikan keteguhan industri perumahan. DRN juga akan memberi perhatian terhadap pembangunan yang seimbang dengan penggunaan konsep pemajuan dan pembinaan perumahan yang mesra alam serta penggunaan teknologi dan inovasi baru dalam sektor perumahan. Dengan pelaksanaan DRN, sektor perumahan akan dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara secara langsung dan merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 (KPKT, 2011).

Kerajaan komited ke arah memastikan penyediaan rumah kediaman yang mencukupi, berkualiti dan mampu dimiliki bagi memenuhi keperluan penduduk yang semakin bertambah. Komitmen ini dapat dicapai melalui strategi yang memberi keseimbangan kepada permintaan dan penawaran, memperkenalkan industri perumahan

141

yang cekap dan mapan serta menyediakan kemudahan awam dan persekitaran yang bersih. Dalam hubungan ini, adalah mustahak bagi Kerajaan dan sektor swasta bekerjasama untuk mewujudkan industri perumahan yang berdaya saing dan mapan. Kerjasama ini akan memberi manfaat kepada pemilik rumah dan juga pemaju perumahan.

Dalam hal ini, pembentukan Dasar Perumahan Negara (DRN) adalah tepat pada masanya untuk membantu sektor swasta menyahut seruan Kerajaan bagi mencapai matlamat menyediakan perumahan yang mencukupi dan mampu dimiliki bagi kumpulan yang memerlukan. Untuk memastikan sektor perumahan mencapai kemajuan yang diharapkan dan menyumbang secara positif kepada pertumbuhan ekonomi negara secara berterusan, DRN dijangkakan mampu menyelesaikan masalah dan cabaran yang berkaitan dengan kualiti pembinaan, isu projek perumahan terbengkalai, dan keupayaan memiliki atau menyewa rumah melalui sistem pengagihan yang efektif dalam Program Perumahan Rakyat (PPR). Oleh hal yang demikian, adalah diharapkan DRN, dengan enam (6) teras strategik dan dua puluh (20) pernyataan dasar dapat menyediakan hala tuju yang jelas kepada agensi Kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri dalam perancangan dan pembangunan sektor perumahan yang maju dan berdaya saing (KPKT, 2011).

Dasar Perumahan Negara (DRN) diwujudkan untuk menggariskan halatuju serta dijadikan asas dalam perancangan dan pembangunan sektor perumahan di peringkat persekutuan, negeri dan tempatan. Matlamat DRN adalah untuk menyediakan rumah yang mencukupi, selesa, berkualiti, dan mampu dimiliki bagi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat. DRN juga diperkenalkan untuk menangani isu dan cabaran yang dihadapi oleh industri perumahan pada masa kini. Isu-isu yang kompleks dan mencabar serta cabaran memerlukan penyelesaian yang cekap bagi menjamin pertumbuhan industri yang sihat dan mapan. Untuk merealisasikan matlamat dan objektif DRN, satu pelan tindakan akan

142

dibentuk untuk menggariskan langkah-langkah strategik yang selaras dengan matlamat dan teras DRN. Kejayaan dalam melaksanakan DRN ini juga memerlukan kerjasama dan komitmen daripada pelbagai pihak dalam industri perumahan di negara ini. Sehubungan itu, kerjasama yang erat di antara sektor awam dan sektor swasta amatlah penting dalam menangani pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi oleh industri perumahan. Pelaksanaan DRN akan dapat menyumbang sebanyak mungkin kepada pertumbuhan ekonomi negara walaupun ianya masih dibelenggu dengan kemungkinan yang tidak pasti pada masa hadapan (KPKT, 2011; New Straits Times, 11 February 2011).

Jadual 6.6: Pandangan responden mengenai Dasar Perumahan Negara (DRN) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) (Peratus)

Bil. Kenyataan Ya Tidak Tidak pasti

1. Perumahan PPR ini memberi manfaat kepada responden 98.3 0.7 0.9 2. PPR dapat memenuhi keperluan tempat kediaman bagi

golongan berpendapatan rendah.

98.1 0.9 0.9 3. PPR perlu dijual kepada penghuninya agar dapat

dijadikan aset kekal dan bermakna pada masa hadapan.

98.1 0.9 0.9 4. PPR dapat menyelesaikan masalah setinggan di bandar. 95.5 2.1 2.4 5. PPR dapat menyediakan perumahan yang mencukupi

mengikut keperluan khusus golongan yang memerlukannya.

92.3 2.8 4.9

6. DRN dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik dan kurang mampu untuk memiliki tempat tinggal yang selesa.

75.1 3.8 21.0

7. DRN dapat menyediakan rumah yang mencukupi, selesa, berkualiti dan mampu dimiliki bagi

meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.

66.9 8.6 24.5

8. DRN dapat meningkatkan keupayaan dan aksesibiliti rakyat bagi memiliki atau menyewa rumah.

64.8 3.5 31.7 9. Pembinaan PPR ini perlu diperluaskan ke seluruh

kawasan di seluruh negara

61.5 20.8 17.8 10. DRN penting kepada pembangunan perumahan negara. 59.7 7.3 33.0 11. DRN dapat dijadikan asas dalam perancangan dan

pembangunan sektor perumahan di peringkat persekutuan, negeri dan tempatan.

54.2 4.8 41.1

12. DRN dapat menyediakan perumahan dengan persekitaran yang selamat, sihat dan sejahtera di samping kemudahan awam yang lengkap dan

143

kemudahan taman rekreasi yang bermutu.

13. DRN dapat menangani isu dan cabaran yang dihadapi oleh industri perumahan pada masa kini.

43.1 9.9 47.0 14. DRN dapat menetapkan hala tuju kemapanan sektor

perumahan.

39.5 7.0 53.5 15. DRN dapat dijadikan alat yang berkesan bagi

memastikan keteguhan industri perumahan.

38.9 8.2 52.9 16. DRN dapat mewujudkan industri perumahan yang

berdaya saing dan mapan.

38.8 7.1 54.1 17. Pengetahuan responden terhadap kewujudan Dasar

Perumahan Negara (DRN).

38.4 35.0 26.6 18. Responden mengetahui bahawa Program Perumahan

Rakyat (PPR) merupakan salah satu teras DRN

37.8 24.0 38.2 19. DRN dapat menyediakan perumahan yang mencukupi

dan berkualiti dengan kemudahan yang lengkap dan persekitaran yang kondusif.

35.5 19.6 44.9

20. DRN mampu menyelesaikan masalah dan cabaran yang berkaitan dengan kualiti pembinaan, isu projek

perumahan terbengkalai, dan keupayaan memiliki atau menyewa rumah melalui sistem pengagihan yang efektif dalam Program Perumahan Rakyat (PPR).

32.5 3.9 63.6

21. Dengan pelaksanaan DRN, sektor perumahan akan dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara secara langsung dan merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

31.2 11.7 57.1

22. DRN dapat menghasilkan pembangunan yang seimbang dengan penggunaan konsep pemajuan dan pembinaan perumahan yang mesra alam serta penggunaan teknologi dan inovasi baru dalam sektor perumahan.

30.9 14.3 54.8

23. DRN dengan enam (6) teras strategik dan dua puluh (20) pernyataan dasar dapat menyediakan hala tuju yang jelas kepada agensi Kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri dalam perancangan dan pembangunan sektor perumahan yang maju dan berdaya saing.

17.4 4.1 78.5

24. Responden faham terhadap kandungan Dasar Perumahan Negara (DRN).

8.0 60.2 31.7 Sumber: Soal selidik (2013)

Seterusnya responden turut ditanyakan pengetahuan dan persepsi mengenai Dasar Perumahan Negara (DRN) dan Program Perumahan Rakyat (PPR). Dapatan kajian menunjukkan hanya 38.4 peratus responden menyatakan mereka tahu kewujudan Dasar

144

Perumahan Negara (DRN), 35.0 peratus menyatakan tidak mengetahui kewujudan dasar tersebut dan 26.6 peratus tidak pasti (Lihat Soalan 17, Jadual 6.6). Ini menunjukkan penghuni PPR yang merangkumi pelbagai latar belakang pendidikan dan ekonomi mempunyai tahap pengetahuan yang pelbagai. Hal ini disebabkan sama ada sikap mereka sama ada ambil berat ataupun tidak kisah dengan dasar dan pembangunan negara lantaran sibuk dengan kerja dan urusan harian ataupun menganggap perkara tersebut tidak penting dalam kehidupan mereka.

Daripada 38.4 peratus responden yang tahu mengenai Dasar Perumahan Negara (DRN) tersebut, hanya 8.0 peratus faham kandungan dasar kerajaan tersebut, berbanding 60.2 peratus tidak faham dan 31.7 peratus tidak pasti (Rujuk Soalan 24, Jadual 6.6). Ini kerana gaya bahasa yang digunakan dalam dokumen dasar/polisi negara tersebut terlalu formal dan sukar difahami oleh penghuni PPR yang kebanyakannya berpendidikan pada peringkat SPM sahaja. Ini menunjukkan mereka masih tidak dapat memahami hasrat kerajaan untuk menghasilkan kualiti hidup rakyat terutamanya penghuni bandar yang baik dan dapat menyumbang kepada kemajuan negara. Justeru pihak berkuasa perlu terus berusaha menerangkan kepada rakyat mengenai hasrat serta pentingnya DRN dalam bahasa yang mudah difahami untuk menghasilkan rakyat yang matang, dapat berdikari, berfikiran terbuka seterusnya dapat memberi idea atau buah fikiran kepada kerajaan untuk sama-sama menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara bagi mencapai sebuah negara yang maju, seiring dengan negara-negara Eropah Barat dan Asia Timur.

Namun demikian, majoriti responden bersetuju bahawa secara umumnya DRN penting kepada pembangunan negara serta dapat dijadikan asas dalam perancangan dan pembangunan sektor perumahan di peringkat persekutuan, negeri dan tempatan (Rujuk Soalan 11, Jadual 6.6). Kerajaan akan membantu golongan yang masih belum mempunyai

145

rumah sendiri terutamanya di kawasan bandar atau berhampiran tempat kerja masing-masing melalui penyelarasan atau koordinasi yang berkesan dan bersefahaman antara peringkat Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan (Wan Husin, 2013). Dapatan ini selaras dengan ciri-ciri Teori Institusionalisme iaitu dasar atau polisi yang dibentuk oleh kerajaan berdasarkan isu dan keperluan semasa. Dalam konteks kajian ini, tindakan kerajaan menyelaraskan sektor perumahan dari segi keperluan semasa dengan mewujudkan rumah PPR selari dengan Teori Institusionalisme yang mementingkan penghasilan sesuatu dasar berdasarkan keperluan untuk rakyat demi mewujudkan kesejahteraan sosial di negara ini.

Apa yang menariknya ialah majoriti golongan yang menyatakan ‘tidak pasti’ terhadap sesuatu persoalan iaitu pada soalan 13 hingga 23. Golongan tidak pasti ini merupakan golongan yang tidak mempunyai masa untuk aktiviti selain kerja masing-masing. Mereka bertolak ke tempat kerja seawal jam 6 pagi dan pulang atau tiba di rumah ada yang sehingga jam 10 atau 11 malam seterusnya rehat dan tidur kemudian keesokan paginya meneruskan aktiviti kerja seperti biasa. Ini menyebabkan mereka tiada masa untuk diluangkan bagi aktiviti ilmu dan bersosial maka hidup mereka hanya berfokuskan kepada kerja melainkan 2 hari cuti pada hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad, itupun jika mereka tidak terlibat dengan syif. Golongan ini juga tidak mendapat maklumat yang tepat dan menyeluruh serta senang difahami mengenai polisi atau dasar kerajaan.

Selain itu, golongan ini juga dikatakan golongan atas pagar yang tidak atau jarang berpartisipasi dalam aktiviti sosial dan politik. Golongan ini juga menjadi ‘penentu’ kepada kemenangan atau kekuatan terakhir sokongan kepada parti politik yang bertanding dalam pilihan raya. Justeru, pihak yang berkenaan perlu membuat sesuatu agar golongan ini dapat memahami aspirasi atau harapan sesuatu pihak sama ada kerajaan atau parti politik agar

146

mereka dapat bersama-sama dengan rakyat yang lain untuk menyumbang kepada proses sosialisasi dan berpartisipasi dalam sistem demokrasi negara iaitu politik dan pilihan raya. Ini penting agar semua pihak dapat berganding bahu dalam menentu dan menjayakan proses pembangunan dan kemajuan insan dan fizikal negara.

Jadual 6.7: Ujian Taburan Silang antara persoalan “Adakah anda tahu kewujudan Dasar Perumahan Negara (DRN)” dengan “pihak manakah yang menjadi pilihan anda pada PRU

2013 yang lalu” Jawapan Pihak manakah yang menjadi

pilihan anda pada PRU 2013 yang lalu Jumlah BN PR Ya 63.0% 37.0% 100% Tidak 55.3% 44.7% 100% Tidak pasti 62.0% 38.0% 100%

Sumber: Soal selidik (2013)

Daripada ujian taburan silang yang dibuat, majoriti lebih 50 peratus responden yang tahu kewujudan DRN menyokong BN dalam PRU 2013 yang lalu (Lihat Jadual 6.7). Majoriti responden yang tahu dengan kewujudan DRN menyokong BN kerana mereka mengambil tahu kewujudan dasar negara tersebut melalui sumber maklumat arus perdana sama ada media cetak mahupun media elektronik. Mereka juga adalah penyokong BN/kerajaan yang setia dan bersetuju dengan apa juga dasar yang dirancangkan oleh kerajaan/BN. Bagi membuat interpretasi output khi kuasa, perkara yang perlu diberi perhatian ialah nilai Khi Kuasa Dua. Ujian Khi Kuasa Dua χ2 ialah 5.393a dengan df=2. Nilai p bagi ujian Khi Kuasa Dua ialah 0.067, iaitu p< .05 (Lihat Jadual 6.8 dalam Lampiran). Ini menunjukkan bahawa terdapat perkaitan yang signifikan dalam jawapan persetujuan antara jawapan tersebut.

147

Jadual 6.9: Ujian Taburan Silang antara persoalan “DRN penting kepada pembangunan perumahan negara” dengan “pihak manakah yang menjadi pilihan anda pada PRU 2013

yang lalu”

Jawapan Pihak manakah yang menjadi pilihan anda pada PRU 2013

yang lalu Jumlah BN PR Ya 63.2% 36.8% 100% Tidak 46.2% 53.8% 100% Tidak pasti 57.5% 42.5% 100%

Sumber: Soal selidik (2013)

Daripada ujian taburan silang yang dibuat, majoriti lebih 50 peratus responden menyatakan “DRN penting kepada pembangunan perumahan negara” menyokong BN dalam PRU 2013 yang lalu (Lihat Jadual 6.9). Majoriti responden bersikap positif dengan dasar kerajaan dan mengakui kepentingan DRN kepada rakyat dan juga untuk perkembangan dasar perumahan negara dengan harapan kerajaan terus memberi perhatian untuk memastikan semua rakyat akan memiliki aset terpenting iaitu rumah bagi memastikan kesejahteraan hidup rakyat dijaga dan terjamin. Dapatan ini juga selaras dengan Teori Ruangan Pengundian bahawa kerajaan atau parti yang memperjuangkan kebajikan rakyat dengan trek rekod yang baik dan terbukti dilaksanakan dalam tempoh penguasaan sesuatu kerajaan atau parti itu akan disokong dan terbukti BN telah menang di kawasan Daerah Mengundi yang mempunyai PPR ini. Bagi membuat interpretasi output khi kuasa, perkara yang perlu diberi perhatian ialah nilai Khi Kuasa Dua. Ujian Khi Kuasa Dua χ2 ialah 9.813a dengan df=2. Nilai p bagi ujian Khi Kuasa Dua ialah 0.007, iaitu p< .05 (Lihat Jadual 6.10 dalam Lampiran). Ini menunjukkan bahawa terdapat perkaitan yang signifikan dalam jawapan persetujuan antara jawapan tersebut.

Mereka juga menyatakan DRN dapat menyediakan rumah yang mencukupi, selesa, berkualiti dan mampu dimiliki bagi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat dan dapat

148

membantu golongan yang kurang bernasib baik dan kurang mampu untuk memiliki tempat tinggal yang selesa (Rujuk Soalan 1 hingga 8, Jadual 6.6). Garis panduan serta peraturan yang berkaitan dengan perumahan yang mengutamakan rakyat oleh kerajaan adalah penting bagi mewujudkan persekitaran kehidupan masyarakat yang dijamin haknya dalam segala urusan yang berkaitan dengan pemilikan serta kualiti rumah yang diduduki oleh pemilik (Mohd Shahrin, 2014). Ini adalah penting agar penghuni rumah dapat tinggal dalam rumah dengan hati yang tenang, selesa, selamat di samping dapat membantu semaksimum mungkin golongan yang tidak mampu memiliki rumah agar dapat memiliki rumah sendiri. Jadual 6.11: Ujian Taburan Silang antara persoalan “DRN dapat menyediakan rumah yang mencukupi, selesa, berkualiti dan mampu dimiliki bagi meningkatkan kesejahteraan hidup

rakyat” dengan “pihak manakah yang menjadi pilihan anda pada PRU 2013 yang lalu” Jawapan Pihak manakah yang menjadi

pilihan anda pada PRU 2013 yang lalu Jumlah BN PR Ya 65.5% 34.5% 100% Tidak 28.3% 71.7% 100% Tidak pasti 56.5% 43.5% 100%

Sumber: Soal selidik (2013)

Daripada ujian taburan silang yang dibuat, majoriti lebih 50 peratus responden menyatakan “DRN dapat menyediakan rumah yang mencukupi, selesa, berkualiti dan mampu dimiliki bagi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat” menyokong BN dalam PRU 2013 yang lalu (Lihat Jadual 6.11). Responden yang menyokong BN bersetuju bahawa DRN dapat menyediakan rumah yang mencukupi, selesa, berkualiti dan mampu dimiliki bagi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat. Mereka berkeyakinan setiap dasar perumahan yang diperkenalkan Kerajaan BN akan memastikan rakyat dapat hidup dengan selesa demi kemakmuran bersama. Bagi membuat interpretasi output khi kuasa, perkara yang perlu diberi perhatian ialah nilai Khi Kuasa Dua. Ujian Khi Kuasa Dua χ2 ialah

149

48.847a dengan df=2. Nilai p bagi ujian Khi Kuasa Dua ialah 0.000, iaitu p< .05 (Lihat Jadual 6.12 dalam Lampiran). Ini menunjukkan bahawa terdapat perkaitan yang signifikan dalam jawapan persetujuan antara jawapan tersebut.

Jadual 6.13: Ujian Taburan Silang antara persoalan “PPR dapat menyediakan perumahan yang mencukupi mengikut keperluan khusus golongan yang memerlukannya” dengan

“pihak manakah yang menjadi pilihan anda pada PRU 2013 yang lalu” Jawapan Pihak manakah yang menjadi

pilihan anda pada PRU 2013 yang lalu Jumlah BN PR Ya 61.6% 38.4% 100% Tidak 16.7% 83.3% 100% Tidak pasti 55.8% 44.2% 100%

Sumber: Soal selidik (2013)

Daripada ujian taburan silang yang dibuat, majoriti lebih 50 peratus responden menyatakan “PPR dapat menyediakan perumahan yang mencukupi mengikut keperluan khusus golongan yang memerlukannya” menyokong BN dalam PRU 2013 yang lalu (Lihat Jadual 6.13). Bagi responden yang menyokong BN, tradisi membela rakyat demi menjamin kemakmuran negara tersemat dalam hati dan sanubari mereka seterusnya memastikan mereka terus menyokong BN dalam pilihan raya. Bagi membuat interpretasi output khi kuasa, perkara yang perlu diberi perhatian ialah nilai Khi Kuasa Dua. Ujian Khi Kuasa Dua χ2 ialah 24.924a dengan df=2. Nilai p bagi ujian Khi Kuasa Dua ialah 0.000, iaitu p< .05 (Lihat Jadual 6.14 dalam Lampiran). Ini menunjukkan bahawa terdapat perkaitan yang signifikan dalam jawapan persetujuan antara jawapan tersebut.

Bagi soalan yang melibatkan aspek halatuju industri perumahan, inovasi, prospek ekonomi perumahan dan perancangan strategik perumahan di negara ini, majoriti (Lihat Soalan 8, 11 dan 14, Jadual 6.6) responden tidak memahami dengan ciri-ciri dalam dasar

150

perumahan tersebut kerana mereka tidak memahami aspek-aspek teknikal serta terma-terma yang sukar dan komplikated tersebut sebaliknya mereka hanya mahukan unit perumahan ditambah dari semasa ke semasa dengan kadar harga serta logistik kedudukan perumahan yang sewajarnya iaitu berdekatan dengan pusat kemudahan ekonomi dan sosial serta mempunyai tahap keselamatan yang baik dan diyakini.

Apabila ditanya mengenai pengetahuan responden berkenaan Program Perumahan Rakyat (PPR) yang merupakan salah satu teras DRN, jumlah yang mengiyakan, menidakkan serta tidak pasti adalah seimbang. Ini kerana mereka tidak membaca dengan teliti kandungan atau intipati DRN. Ini disebabkan mereka sama ada sibuk atau tidak memahami objektif pembentukan DRN di samping tidak mendapatkan penerangan atau penjelasan yang lebih lanjut oleh pihak berkuasa mengenai teras-teras yang terdapat dalam DRN tersebut.

Responden juga bersetuju bahawa PPR dapat menyelesaikan masalah setinggan serta memenuhi keperluan perumahan di kawasan bandar di samping dapat memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah dan mereka juga bersetuju bahawa rumah PPR perlu dijual kepada penghuninya agar dapat dijadikan aset kekal dan bermakna pada masa hadapan. Ini menunjukkan projek pembangunan perumahan PPR yang direalisasikan kerajaan hingga masa kini mendapat sokongan rakyat dan perlu diteruskan dari semasa ke semasa bagi menghasilkan kualiti hidup penghuni bandar yang baik, mapan serta selesa.

151

Jadual 6.15: Ujian Taburan Silang antara persoalan “PPR dapat memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah” dengan “pihak manakah yang

menjadi pilihan anda pada PRU 2013 yang lalu” Jawapan Pihak manakah yang menjadi

pilihan anda pada PRU 2013 yang lalu Jumlah BN PR Ya 60.5% 39.5% 100% Tidak 20.0% 80.0% 100% Tidak pasti 50.0% 50.0% 100%

Sumber: Soal selidik (2013)

Daripada ujian taburan silang yang dibuat, majoriti lebih 50 peratus responden menyatakan “PPR dapat memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah” menyokong BN dalam PRU 2013 yang lalu (Lihat Jadual 6.15). Majoriti responden yang menyokong BN bersetuju dengan kenyataan “PPR dapat memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah” kerana mereka yakin bahawa Kerajaan BN bersungguh-sungguh berusaha untuk memastikan rakyat dapat tinggal dalam rumah yang selesa sama ada menyewa mahupun bagi memiliki rumah sendiri.

Jadual 6.17: Ujian Taburan Silang antara persoalan “Dasar Perumahan Negara (DRN) penting kepada pembangunan negara”dengan etnik

Jawapan Etnik Jumlah

Melayu Cina India Bumiputera Sabah/Sarawak

Ya 74.0% 16.1% 12.3% 2.4% 100%

Tidak 37.2% 43.6% 17.9% 1.3% 100% Tidak pasti 30.6% 37.1% 30.0% 2.3% 100%

Sumber: Soal selidik (2013)

Bagi membuat interpretasi output khi kuasa, perkara yang perlu diberi perhatian ialah nilai Khi Kuasa Dua. Ujian Khi Kuasa Dua χ2 ialah 7.210a dengan df=2. Nilai p bagi ujian Khi Kuasa Dua ialah 0.027, iaitu p< .05 (Lihat Jadual 6.16 dalam Lampiran). Ini

152

menunjukkan bahawa terdapat perkaitan yang signifikan dalam jawapan persetujuan antara jawapan tersebut.

Bahagian ini membincangkan mengenai perkaitan pembolehubah antara etnik dengan “Dasar Perumahan Negara (DRN) penting kepada pembangunan negara”. Daripada ujian taburan silang yang dibuat, responden Melayu lebih mengiyakan pernyataan di atas berbanding responden berbangsa Cina, India dan Bumiputera Sabah/Sarawak (Lihat Jadual 6.17). Ini kerana responden Melayu yakin dengan dasar perumahan yang diperkenalkan oleh pemimpin mereka untuk memastikan kebajikan sosial dan kualiti hidup bangsa mereka terbela melalui kediaman atau ke arah pemilikan rumah sendiri terutamanya bagi penghuni bandar. Bagi membuat interpretasi output khi kuasa, perkara yang perlu diberi perhatian ialah nilai Khi Kuasa Dua. Ujian Khi Kuasa Dua χ2 bagi ketiga-tiga jawapan ialah 206.094a dengan df=6. Nilai p bagi ujian Khi Kuasa Dua ialah 0.000, iaitu p< .05 (Lihat Jadual 6.18 dalam Lampiran). Ini menunjukkan bahawa terdapat perkaitan yang signifikan dalam jawapan persetujuan antara etnik-etnik tersebut.

Jadual 6.19: Ujian Taburan Silang antara persoalan “Dasar Perumahan Negara (DRN) penting kepada pembangunan negara”dengan jantina

Jawapan Jantina Jumlah

Lelaki Perempuan

Ya 67.7% 32.3% 100%

Tidak 66.7% 33.3% 100%

Tidak pasti 39.9% 60.1% 100% Sumber: Soal selidik (2013)

Bahagian ini membincangkan mengenai perkaitan pembolehubah antara jantina dengan “Dasar Perumahan Negara (DRN) penting kepada pembangunan negara”. Daripada ujian taburan silang yang dibuat, responden lelaki lebih mengiyakan pernyataan di atas berbanding responden perempuan (Lihat Jadual 6.19). Kaum lelaki lebih berfikiran terbuka

153

dan matang dalam memutuskan kehidupan mereka terutamanya bagi yang sudah berumahtangga. Bagi mereka, dasar perumahan yang mementingkan kesejahteraan sosial dan kualiti hidup adalah penting bagi menghasilkan kehidupan yang tenang dan bahagia. Bagi membuat interpretasi output khi kuasa, perkara yang perlu diberi perhatian ialah nilai Khi Kuasa Dua. Ujian Khi Kuasa Dua χ2 bagi kedua-dua jawapan ialah 74.493a dengan df=2. Nilai p bagi ujian Khi Kuasa Dua ialah 0.000, iaitu p< .05 (Lihat Jadual 6.20 dalam Lampiran). Ini menunjukkan bahawa terdapat perkaitan yang signifikan dalam jawapan persetujuan antara kedua-dua jenis jantina tersebut.

Jadual 6.21: Ujian Taburan Silang antara persoalan “Dasar Perumahan Negara (DRN) penting kepada pembangunan negara”dengan status perkahwinan

Jawapan Status perkahwinan Jumlah

Bujang Berkahwin Duda Janda

Ya 20.5% 75.7% 0.8% 3.0% 100%

Tidak 34.6% 64.1% 0.0% 1.3% 100% Tidak pasti 22.7% 73.9% 1.1% 2.3% 100%

Sumber: Soal selidik (2013)

Daripada ujian taburan silang yang dibuat, responden berkahwin lebih mengiyakan pernyataan di atas berbanding responden bujang, duda dan janda (Lihat Jadual 6.21). golongan yang sudah berkahwin terbukti sudah teruji dalam kehidupan mereka dengan tanggungjawab sebagai ketua keluarga bagi memastikan ahli-ahli keluarga iaitu isteri dan anak-anak dapat hidup dengan selesa. Mereka inginkan suatu dasar perumahan yang baik dan mementingkan tanggungjawab sosial untuk menghasilkan keluarga yang bahagia,